Benarkah Bendera Sulu UTC Tidak Berdasarkan Sejarah?
Peace be with you dear Asree,
I'm the owner and researcher of the web site on Royal Sultanates flags and symbols (Sulu, Ranao Area and Maguindanao ) www.webalice.it/paopadd.
I write you just to say that on some web sites and blog spots related to the Sultanate of Sulu The Sultanate flag have a non correct datation...
The Sulu Sultanate flag , red with WHITE stars and kalis /budjak was created around 1899, before all the flags were quite differents, this flag remaind us the American flag , I suspect this flag was adopted by HRH Sultan Haji Mohammed Jamalul Kiram II under suggestion of the U.S.A Govt. ...!!!. Anyway, this flag wasn't born in 1700 A.D. I'm studying The flags of Minda and Sulu since 1990 and I can affirm that..
Also the interpretation of the kalis and budjak as symbols of some Sultans is not correct, before to say that we must show clear evidences, I think this theory came from a friend of mine: Datu Ali of the Adinda Family...., this theory is just a supposition..
If the New Organizations, Groups and Movements for the Independence of Lupa Sug want to adopt this flag with some variations ( yellow stars, Shahada etc...) They can do it without any kind of problem because the people is the true sovereign I think..
Thanks for your attention, may God bless you and your great people.
Paolo P. (paopadd)
paopadd@alice.it
Datu as Buayan na Italy
------------------------
Ulasan:
Saya ucapkan terima kasih pada Paolo P. atas respon beliau terhadap webblog kami http://taymanghud.blogspot.com. Beliau hanya menimbulkan yang dikatakan fakta bendera Sulu yang sebelum ini bintangya berwarna putih kemudian UTC mengubahnya kepada warna kuning dan sebagainya (termasuk memasukkan kalimah syahadah dalam bendera).
Beliau tidak bersetuju tentang usia bendera tersebut berasal dari abad ke-17 dan menganggap interpretasi tentang bendera tersebut adalah datang dari teori Datu Ali bin Datu Aliuddin Haddis Pabila- Aranan. Sebenarnya orang yang mengatakan bahawa bendera tersebut telah wujud semenjak abad ke-17 ialah Prof. D. Emmanuel D. Mangubat (bekas pensyarah sejarah kesultanan Sulu di MSU Bongao?) dan wartawan akhbar Mindanao, Mr. Hader Glang. Sebenarnya saya sendiri memihak kepada Datu Ali Aman tentang teorinya bahawa Keris ialah Kiram dan Tombak ialah Aranan. Ini kerana saya telah kaji sendiri berkenaan kebenaran teori Datu Ali Aman adalah benar berdasarkan kronologi kenaikan takhta Sultan Azimuddin dan Sultan Bantilan Muizzuddin I.
Berkenaan usia bendera tersebut yang bermula pada abad 17, pada awalnya saya juga tidak bersetuju. Tetapi setelah diteliti memang ada kebenarannya walaupun ianya hanya sekadar teori. Rupa bentuk bendera tersebut adalah simbol penggiliran yang dilakukan oleh anak-anak Sultan Salahuddin Karamat Bakhtiar. Umum mengetahui Sultan ini memerintah pada akhir abad ke-17. Sultan Salahuddin telah memulakan sistem Tartib dengan menggilirkan anak-anaknya ditabal Sultan (bermula anaknya dari isteri pertama hingga anaknya dari isteri ketiga).
Kemudian pada zaman Sultan Badaruddin I bin Sultan Salahuddin Karamat, baginda menyerahkan takhta kepada anakandanya dari isteri pertama asal dari Soppeng (wanita Bugis) bernama Sultan Azimuddin @ Fernando-I. Kemudian Sultan Azimuddin membawa diri ke Zamboanga kemudian ke Manila setelah bertengkar dengan adindanya (lain ibu) iaitu Datu Bantilan (pengawal Datu Bantilan melontar tombak ke arah Sultan Azimuddin lalu mengenai kakinya sehingga cedera). Kemudian Datu Bantilan di lantik oleh Rumah Bichara menjadi Sultan menggantikan abangnya yang membawa diri ke Manila.
Penggiliran takhta ini berlaku walaupun penuh dengan muslihat dan tipu daya sehingga ke zaman Sultan Jamalul Alam @ Azam bin Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Sultan Jamalul Alam mendapat takhtanya serta sokongan kuat dari datuk saudaranya Sultan Muhammad Aranan Puyo. Ketika ini keluarga Kiram dan Aranan sangat berkasih sayang serta bersatu padu menghalang kenaikan takhta dari keluarga Shakiraullah dan Harun Arrasyid sehingga ke zaman pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II bin Sultan Jamalul Alam @ Azam. Oleh kerana rapatnya keluarga Kiram dan Aranan ketika itu, Sultan Jamalul Kiram II menggubah satu bendera sebagai mengenangkan kasih sayang dan kekeluargaan antara keluarga Kiram dan Aranan. Dalam www.webalice.it/paopadd kita akan jumpa satu gambar klasik tahun 1933 di Sulu sedang ditegakkan oleh beberapa orang Tausug di tepi pantai. Sultan Jamalul Kiram II memerintah bermula dari tahun 1884-1936 dan wafat tanpa zuriat.
Sultan Jamalul Kiram II telah melantik Rajamudanya ketika itu yang kemungkinannya adalah dari keluarga Aranan malangnya telah dibunuh. Ada yang mengatakan bahawa Rajamuda tersebut ialah Datu Rajamuda @ Ladjamura Mawallil Wasit bin Sultan Jamalul Azam yang mati dibunuh (diracun) sebelum berjaya ditabal sultan.
Menurut beberapa sumber, ketika berkecamuknya peperangan 1900-1915 antara para Datu Tausug dan tentera Amerika Syarikat di Bud Daho (600 orang dibunuh beramai-ramai termasuk anak siteri) dan Bud Bagsak (1000 orang dibunuh beramai-ramai termasuk anak isteri), menyebabkan ramai keluarga Kiram melarikan diri. Keluarga Aranan yang ketika itu memang tinggal menetap di Pulau Siasi telah menjadi tempat persinggahan keluarga Kiram sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Sandakan (Borneo Utara).
Maka saya tidak bersetuju dengan Paolo P. yang mengatakan penciptaan bendera serta maksud lambang dalam bendera tersebut adalah cadangan Sultan Jamalul Kiram II dengan cadangan atau persetujuan Amerika Syarikat sendiri. AS tiada kaitan dengan hal ini, mereka hanya datang dengan "niat" membantu Sultan Sulu. Ia sebenarnya adalah berdasarkan sejarah kekeluargaan dalam masa yang sama menjadi bukti kepada Tertib kenaikan takhta kerana terlalu banyak bukti (yang Paolo P. mungkin tidak bertemu dengan bukti berupa catatan khutbah-khutbah seperti yang dicatat oleh Najeeb Saleeby dan Cesar Adib Majul) yang boleh dijadikan sandaran.
|