Tembakan di Lahad Datu (hari membakar bendera Sabah?)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, April 8, 2009 0 ulasan

Huh!! Baru-baru ini berlaku pula tembak menembak di Lahad Datu. Hairan, keadaannya seperti video saya di atas (perarakan UTC dengan provokasi tembakan dari Polis MUNICIPAL Jolo). Bezanya yang ini dilakukan di Pasar Lahad Datu, kemudian Polisnya pula tembak tak tentu pasal tanpa tujuan (mungkin bertujuan menyuruh orang ramai bersurai).

Kita berterima kasih kepada pihak Polis yang cepat bertindak. Kita sangat mengharap video ini bukannya lakonana semata-mata. Kiranya lakonan ia kemungkinan hanya sebagai latihan Polis sebagaimana kita selalu melihat latihan Polis membenteras jenayah di KL dengan melakukan aksi tembak-menembak dengan perompak secara olok-olok. 

Kalau kita perhatikan video ini tampak seperti lakonan semata-mata meniru UTC Vs Polis MUNICIPAL Jolo di atas. Saya tidak pernah mendengar atau melihat mana-mana kejadian melerai tunjuk perasaan di Sabah PDRM melepaskan tembakan seperti ini, kalau ada pun ianya tembakan peluru pemedih mata bukannya peluru hidup. Pengalaman saya di Sandakan, pada awal tahun 80-an, pernah berlaku letupan bom di Sandakan ketika era MNLF dulu, tetapi Polis tidak pernah muncul di khalayak melepas tembakan memprovokasi semacam ini.

Sila lihat video Lahad Datu ini, mungkin diambil ketika tunjuk perasaan (bodoh?) 12 orang membakar bendera yang mengaku Kerabat Sultan Sulu baru-baru ini.

Perhatian:
UTC telah mengeluarkan kenyataan keras. Sesiapa yang terlibat atau bersubahat dalam mana-mana perhimpunan haram di Sabah, Malaysia dengan bertujuan ingin mengganggu ketenteraman dan sabotaj mengancam keselamatan negara (seperti membakar bendera Sabah dll) maka UTC berlepas tangan, kerana hal demikian bukan dasar atau perjuangan UTC. Diharapkan PDRM menangkap semua yang terlibat tanpa mengira latar belakang mereka.

Post a Comment