Tausug Masih Dengan Tradisi Senjata Atau Sengaja Dibiarkan??

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, April 27, 2009 0 ulasan

Video di atas menunjukkan kepada kita beberapa kenyataan:

  • 1-Tausug masih meneruskan tradisi memegang senjata di setiap pulau dan perkampungan atau daerah dengan alasan"senjata untuk perlindungan  diri".
  • 2-Merujuk kepada video di atas, sebelum Polis Marin Filipina (yang majoritinya Kristian) datang menyelesaikan konflik keluarga, Polis Sulu yang majoritinya Tausug datang terlebih dahulu untuk mengadili mereka. Polis Marin Filipina hanya bertindak sekiranya Polis Tausug gagal menyelesaikan konflik.
  • 3-Terbukti Tausug berterusan dibiarkan memegang senjata sewenang-wenang oleh Filipina adalah bertujuan membiarkan bangsa ini berbunuhan sesama sendiri selama-lamanya?? 
  • 4-Hal ini menimbulkan persoalan samada Filipina sengaja membiarkan Tausug memegang senjata (untuk berbunuhan sesama sendiri) atau Filipina sendiri tidak mampu melucutkan senjata dari tangan Tausug? Sekiranya tidak mampu sudah tentu dapat diberi tanggapan bahawa Tausug masih terlalu kuat tetapi kekuatannya tidak dapat disatukan disebabkan perpecahan sesama mereka?
  • 5-Yang menakutkan kerajaan Filipina sekarang ini ialah sekiranya ada pemimpin yang berjaya menyatukan kekuatan Tausug maka sudah tentu Tausug bukan sahaja mampu mengalahkan Filipina malah akan menjadi tentera pemusnah dimana-mana sahaja.
  • 6-Menurut beberapa kenyataan dari bekas pemimpin MNLF, bahawa di seluruh kepulauan Filipina, hanya Sulu sahaja yang dibiarkan memegang senjata serta dibiarkan undang-undang rimba (siapa yang kuat dan ramai pengikut dialah yang berkuasa) bermaharajalela di semua kepulauan Sulu.
  • 7-Sebenarnya, Sulu dibiarkan menjadi seperti ini agar tidak bersatu dan berterusan berebut kuasa di kawasan masing-masing. Dengan keadaan ini juga menyebabkan para pelawat asing atau wartawan dan pendakwah sukar masuk. Hingga hari ini, rakyat Sulu sangat tertinggal dari segi pendidikan dan kemajuan. Yang tidak berdaya akan lari ke Sabah.

Sebenarnya kerajaan Malaysia samada sedar atau tidak, kebanyakan penduduk Sulu pernah menetap di Sabah (Sandakan, Kudat, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Semporna, P. Labuan dll). Hingga kini Kaum Sulu telah pun menjadi majoriti di Sabah. Mereka sering berulang alik ke Sulu demikian yang di Sulu juga sering berulang alik ke Sabah, ini berlaku sejak dahulu kala.

Setiap tahun Kerajaan Malaysia berjaya menangkap puluhan ribu rakyat Sulu yang sebilangannya disebat (dirotan) tanpa belas kasihan kerana dianggap memasuki Sabah tanpa pass perjalanan sah kemudian dihantar pulang ke Sulu melalui Filipina. Keadaan ini sangat mengkhuatirkan kita, kerana sekiranya ada pemimpin Sulu yang menghimpunkan puluhan ribu kaum Sulu yang pernah ditangkap (dirotan dan sebilangan mati dalam tahanan rumah merah di seluruh Sabah) untuk dijadikan "tentera pembalas dendam" sudah tentu malapetaka tidak dapat dielakkan dengan tentera Melayu Malaysia suatu masa nanti.

Cadangan Kepada Malaysia dan OIC
Malaysia sekiranya jujur untuk menyelamatkan saudara mereka Tausug dari berterusan diperalat dan diperlakukan oleh Filipina, haruslah bertindak segera:

  • 1- Membantu meletakkan semula kuasa Sultan sebagai simbol keamanan di Sulu dengan mencari waris sebenar yang diperakui sejarah. Kerana hanya Sultan yang DIPERAKUI semua yang dapat menyatukan Tausug seperti dimasa kegemilangannya yang lalu.
  • 2- Sekiranya sukar mencari atau menentukan waris sebenar, Majlis Diraja Sulu mestilah diwujudkan dengan kerjasama Filipina dan Malaysia, iaitu memanggil semua waris Kesultanan Sulu yang selama ini mengaku sebagai Sultan yang sah (Kiram, Shakirullah, Aranan, Harun Ar-Rasyid).
  • 3- Memanggil Queen Elizabeth II of England dan Sultan Brunei Darussalam sebagai Saksi atau Pemerhati dalam Majlis Diraja Sulu nanti.
  • 4- Setelah Waris Sultan Sulu yang sebenar dikenal pasti maka Sultan Sulu akan diangkat dari kalangan Sultan-sultan Sulu sebelum ini. Sekiranya sukar (sebab ramai yang salasilahnya benar), maka Sultan Agung perlu dipilih dari kalangan mereka dan setiap Pulau dan Wilayah Jajahan Sulu diletakkan Sultan (seperti sistem Kesultanan di Malaysia).
  • 5- Dalam hal ini, para Datu Mindanao akan menyertai Majlis Diraja Sulu kerana wilayah mereka juga memerlukan Sultan sebagai simbol mereka kerana sebelum ini para Datu Maguindanao dan Maranao menyuarakan kebimbangan sekiranya Sultan Sulu membiarkan mereka. Mereka juga boleh dimasukkan kedalam sistem penggiliran Sultan Agung dalam Majlis Diraja Sulu.
  • 6- MNLF, MILF serta Abu Sayyaf akan diserap masuk kedalam Tentera Diraja Sulu untuk menamatkan konflik bersenjata. Sekiranya mereka enggan, OIC dan Badan Dunia perlu memulaukan mereka. Sekiranya mereka menentang Kesatuan Negara Sulu para mufti di negara-negara Islam boleh mengeluarkan fatwa terhadap mereka dengan hukuman BUGHAT (menentang pemerintah Islam).
Negara Malaysia kena memulakan hal ini kerana kelayakannya sebagai negara jiran dan penerima tunggal Pelarian Perang 1972, MNLF vs Marcos. Malaysia juga perlu mengambil jalan peneraju kepada dialog "Sulu-Filipina-Malaysia" kerana kes tuntutan Sabah hingga hari ini masih diwar-warkan oleh Filipina dengan Sultan Sulu yang diselianya. Tanpa tindakan proaktif Malaysia, dibimbangi keadaan tuntutan terhadap Sabah oleh Filipina akan BEREVOLUSI kepada tuntutan yang lebih BIJAK dan TERATUR dimasa-masa akan datang.

Mengapa saya katakan demikian? Kerana buku kami "Tausug and The Sulu Sultanate" sekarang tengah dikaji di Universiti Zamboanga dan MSU Bongao kerana kandungannya yang boleh digunakan sebagai "Senjata Baru" terhadap Tuntutan Sabah. Malah kandungan blog ini juga mereka kaji dari masa kesemasa kerana mencerminkan kehendak rakyat Sulu secara keseluruhan.

Dialog ini sebenarnya akan mengundang minat Negara China kerana berdasarkan kes Pulau Taiwan dan Kepulauan Spratley. Menurut dari sumber China, Kesultanan Sulu dan Kerajaan Kayangan China mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat sejak bermulanya perniagaan Mutiara berabad-abad lalu. Menurut dari sumber China, tentera Sulu (Iranun dan Bajau Balangingi) adalah pemilik sebenar Pulau Taiwan dan Kepulauan Spratley. Sebab itu hingga hari ini China masih gagal menguasai Taiwan dan Spratley adalah kerana pemilik asalnya telah hilang (iaitu kesultanan Sulu). Sebab itu, setiap individu yang ditabal sebagai Sultan Sulu (walau pun palsu) Negara China akan memanggilnya ke Beijing malah ada yang menaiki pesawat rasmi kerajaan China sendiri. Kemungkinan Negara China masih tercari-cari pewaris sebenar yang belum ditemui hingga kini.

Peta Taiwan yang ketika dulu pernah dikuasai oleh tentera laut Sulu (Iranun dan Bajau Balangingi). Antara tugas Tentera Laut Sulu ketika itu ialah mengawal dan menjaga pedagang mutiara Sulu ke China. Iranun dan Bajau Balangngi berpangkalan di Sulu dan Pantai Barat Sabah (hingga hari ini Bajau Balangingi dikenali sebagai Bajau Kota Belud di Sabah)

Dalam hal ini, Amerika Syarikat juga sangat maklum sebab itu bermula dari Taiwan hingga ke Sulu masih dalam jagaan dan perhatiannya. 
Kapal-kapal pengangkut US Fleet berada di mana-mana termasuk di Laut Sulu dan di perairan Taiwan.

Post a Comment