Tausug Adalah Yang Paling HINA Di Sabah?
Tausug (Sulug, Bajau, Yakan, Kalibugan, Kagayan dari Sulu) yang tidak mempunyai pass perjalanan sah adalah dianggap PATI (Pendatang Tanpa Izin). Mereka datang untuk mencari sesuap nasi kepada keluarga dan anak-anak mereka. Mereka datang menyusup melepasi kawalan sempadan perairan Filipina-Sabah dan bekerja sebagai buruh kasar dan peniaga tepi jalan di seluruh Sabah.
Sejak beberapa dekad mereka keluar masuk ke Sabah dan membina perumahan setinggan yang compang-camping sebagai tempat tinggal sementara mereka sekadar dapat berteduh dari hujan dan terik matahari. Pemandangan biasa di seluruh Sabah, dari P. Labuan ke Kota Kinabalu, dari Keningau ke Kudat dan dari Tawau ke Sandakan rumah setinggan mereka berada di mana-mana. Juga adalah pemandangan biasa mereka dikejar oleh Polis dengan 'Road-Block' dimana-mana jalan untuk menangkap mereka lalu dimasukkan kedalam 'Lock-Up' seterusnya disumbat ke Rumah Merah (Pusat Tahanan Sementara Jabatan Imigresen) beberapa bulan sebelum dihantar ke "Filipina". Lagi teruk dirotan dulu sebelum dihantar ke Filipina.
Ramai SABAHAN yang persoalkan mengapa mereka dibiarkan kerajaan masuk berniaga dan membina rumah setinggan di seluruh Sabah? SABAHAN meminta agar kerajaan bertindak tegas merobohkan rumah mereka serta menangkap lalu menghalau mereka semula ke Filipina. Persoalannya, benarkah kaum Tausug yang dianggap PATI ini warga Filipina? Kalau benar mereka warga Filipina tentu mereka punya Kad Pengenalan Filipina bukti nyata sebagai warga Filipina. Ternyata tidak ada!!
So, mereka warga apa? Warga tanpa negara? Kalau YA! Warga Malaysia dan SABAHAN khususnya telah lakukan kezaliman, penganiayaan dan tiada perikemanusiaan dengan merobohkan perumahan mereka malah menyumbat mereka ke Rumah Merah seterusnya menghalau mereka ke Filipina (Negara Kafir) yang mereka sendiri tidak akui sebagai warganya!! Sedangkan mereka WARGA TANPA NEGARA!!
Seorang penulis bernama Roslee Mardan bekerja di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah telah kerap kali menulis di akhbar-akhbar tempatan tentang kaum Tausug yang telah dianggap "Orang Filipin", antara petikan dari tulisannya:
"Sebenarnya harus difahami bahawa Sabah satu-satunya negeri di Malaysia sudah lama ‘berendam air mata’ akibat kebanjiran pendatang asing. Ini dialami terutama penduduk tempatan sendiri".
...."Di pinggir bandar, pendatang asing membina rumah setinggan. Agak menghairankan pula, rumah setinggan dibina sejak tahun 80-an kini sudah dinaik taraf menjadi sebuah kampung. Berkali-kali pihak Majlis Perbandaran Kota Kinabalu pada masa itu (kini Majlis Bandaraya) merobohkan perkampungan terbabit.
Pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menyediakan kemudahan asas bagi memenuhi tanggungjawab kemanusiaan kepada penduduk warga asing.
Masalah tahap kebersihan di bandar utama di Sabah juga disebabkan faktor atau sikap ‘pengotor’ warga pendatang asing. Sampah sarap kelihatan bertaburan. Malah, ada masanya pihak berkuasa dituduh tidak menjalankan tugas dengan sempurna.
Dengan mengambil contoh di Kota Kinabalu, misalnya, kedai makan menjadi lokasi meminta sedekah oleh golongan kanak-kanak pendatang asing. Malah di tepi jalan raya, wanita warga Filipina berniaga secara haram.
Antara barang diniagakan ialah barangan rokok dan pakaian. Didapati semua barangan berkualiti rendah. Dari sudut ekonomi juga warga Filipina atau pendatang asing ini kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar dalam sektor pembinaan dan pembantu di pasar raya, kedai runcit dan tukang sapu".
Ulasan:
Ya Allah!! Selamatkanlah umat Islam dari menindas saudara mereka sendiri. Kiranya ada pemimpin Tausug yang berkarisma membela nasib mereka sudah tentu mereka tidak tertindas dan dihina seperti hari ini. Kalaulah benar-benar UMNO telah masuk membawa kekuatan ke Sabah untuk membela ummah tentunya Muslimin Sulu telah terbela. Malangnya mereka hanya menjadi tunggangan oleh serakah Politik kesukuan.
Kalaulah Ummat Islam Sulu diberi ruang berniaga sudah tentu tidak jadi peniaga HARAM. Kalaulah Muslimin Sulu diberi tempat khas membina rumah dengan pemantauan pihak berkuasa (agar tersusun dan teratur) sudah tentu tiada rumah setinggan. Kalaulah anak-anak Muslimin Sulu diberi ruang belajar dan menuntut ilmu sudah tentu generasinya terdidik jadi pembersih tidak jadi peminta-minta atau penjenayah!!
Akhirnya SABAHAN akan memilih jalan seperti jalan tulisan ROSLEE MARDAN (http://ukm2010.uum.edu.my/ukmver2/pentadbiran.asp), yang akhirnya suatu hari nanti Kaum Sulu akan diapi-apikan kemarahannya yang memungkinkan pemberontakan KAUM di SABAH. Tiada yang untung melainkan kerugian kepada Ummah!!
Artikel penuh Roslee Mardan: http://cerry.kadazandusun.my/?p=10
|