Sultan Bantilan akan membuat lawatan rasmi ke Indonesia?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, June 3, 2009 0 ulasan

Foto diambil oleh Neldy Jolo. Antara Sultan dan penulis ialah Peguam Kerajaan Sulu (penasihat undang-undang) ialah Atty. Meltino Jaujan Sibulan.

Ketika saya menghubungi pejabat Istana Sultan Sulu minggu lepas mereka tengah membuat persediaan untuk membuat lawatan ke Indonesia. Antara rangka lawatan ialah menemui dan membuat perbincangan dengan Mufti Sulu Datu Paduka Maulana Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab serta menemui para habaib dan pemimpin kerajaan dan tempatan.

Bro Atty. Meltino Jaujan sibuk mengatur dan menyusun surat-menyuratnya untuk dihantar ke kedutaan negara-negara asing di Manila. Antara agenda menarik yang telah diaturkan ialah menemui kedutaan Negara Brunei Darussalam di Manila dan Indonesia. Persoalannya berjayakah mereka membuat hubungan antarabangsa tanpa melalui atau persetujuan Filipina?

Kita doakan mereka berjaya menghubungi kedutaan negara asing untuk menyampaikan agenda DYMM Sultan Bantilan Muizuddin II Aranan demi kebaikan umat Islam Sulu, amiiin!.



Ulasan:
Seorang kawan pernah menyarankan:

"Kalau susah sangat diterima oleh Negara Luar (termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei) lebih baik Sultan Bantilan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina. Kerana mustahil negara Islam lain akan membela Sulu selain dari negara Kafir".

Ini adalah saranan yang agak radikal. Setahu saya perinsip Sultan Bantilan Muizuddin II ialah tidak mahu bekerjasama dengan Filipina kerana sudah tentu akan menyentuh hal kedaulatan Sulu yang sekarang dibawah kawalan Filipina. Apa yang pasti akan berlaku ialah Sultan Bantilan akan lebih mudah bekerjasama dengan MNLF, MILF dan Abu Sayyaf. Saya katakan demikian adalah keranan OIC dan Amerika Syarikat telah pun beri lampu hijau "Sekiranya anda bersatu bergabung bersama-sama atas satu tujuan keamanan anda akan mendapat apa sahaja yang anda mahu setelah itu" iaitu kemerdekaan.

Bagi Filipina, Malaysia dan Indonesia, apakah erti kemerdekaan Sulu sekiranya ia benar-benar berlaku? Satu sahaja jawapan yang difikirkan yang selama ini telah menjadi mimpi ngeri buat kita iaitu "KEHANCURAN MAPHILINDO".

Mari kita sama-sama sediakan payung sebelum hujan dengan merapatkan barisan dan hubungan ukhuwwah umat Islam. Bantu membantu adalah jalan terbaik buat kita untuk menghadapi semua ini. So, apakah yang telah kita lakukan untuk umat Sulu selama ini?

  • Menangkap mereka (yang datang ke Sabah) untuk dihalau semula ke Filipina?
  • Membiarkan anak-anak Sulu tanpa bantuan pendidikan sekali pun mereka menjadi pendatang haram di Sabah?
  • Dimana hak kemanusiaan mereka kita letak?
  • Membiarkan kesultanan Sulu terumbang ambing penuh dengan penyamar Sultan?
  • Membiarkan "Sabahan" yang anti-Sulu dan anti-Islam mencaci-maki rakyat Sulu dengan gelaran PTI, pendatang haram serta bermacam lagi penghinaan?
Sungguh malang, umat Islam Semenanjung Malaysia tidak akan mampu lagi membantu Saudara Sulu mereka di Sabah kerana UMNO sendiri bakal dikalahkan dalam pilihanraya umum akan datang ditangan "Sabahan" yang anti-Sulu dan anti-Islam. Benarkah?

Post a Comment