Tausug Juga Dijual Oleh Balangingi?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, June 4, 2009 6 ulasan


Tarikh Temuramah: 2008
Tempat: Kg Forest Sandakan
DAK: Datu Ali Kuyung
Penemuramah: Asree

Dikalangan Tausug Sandakan maklum pada ketika dulu Bajau Balangingi dan Iranun adalah salah satu dari tentera laut Sulu yang kuat, berani dan ganas. Pengawal Laut atau dalam istilah Tausugnya "Mangayaw" adalah panggilan kepada Bajau Balangingi dan Iranun ini.

Menurut salah seorang ahli salasilah dari keluarga Aranan di Sandakan bernama Datu Muhammad Ali Kuyung menjelaskan bahawa kehebatan Bajau Balangingi dan Iranun ketika dulu telah berjaya menyelamatkan Sulu dari ancaman Spanyol dan Belanda. Malah German dan Francis tidak pernah terfikir mengganggu gugat kedaulatan Kesultanan Sulu ketika itu adalah disebabkan kekuatan maritim Sulu.
Kapal Adjung Joanga adalah yang terbesar sebagai kapal perang tentera laut Sulu. Di atasnya diletak dua buah meriam besar di hadapan dan para pahlawannya menjadi pendayung. Salah seorang ditugaskan memukul gendang atau tabuh untuk digunakan sebagai bunyi arahan.

Menurut saudara Neldy Jolo, Spanyol sendiri sekiranya hendak merentas Laut Sulu untuk ke Zamboanga perlu menyusur perairan pantai Palawan sebelum terus memecut ke Zamboanga. Ini adalah satu-satunya cara untuk selamat dari ancaman Bajau Balangingi dan Iranun ketika itu yang berkeliaran sepanjang masa di Laut Sulu hingga ke perairan Luzon dan Laut China Selatan.

Neldy Jolo dalam kajiannya mendapati terdapat catatan yang menyatakan ketika Portugis berjaya mengalahkan Melaka pada 1511, pengembara Portugis terkenal iaitu Ferdinand Magellan pernah singgah di Melaka dan mendapatkan orang Brunei (kemungkinan Pangeran) untuk meminta bantuan menemaninya merentas Laut Sulu. Kerana Magellan tahu hanya orang Brunei yang dipercayai oleh Tausug kerana punya hubungan kekeluargaan kesultanan Sulu dan Brunei. Magellan berjaya singgah di Jolo pada 1512 sebelum meneruskan perjalannya ke Lisbon melalui kepulauan Luzon. (Ini adalah pelayaran F. Magellan yang pertama sebelum beliau kembali semula ke Cebu untuk kali kedua pada 1521 atas nama Kerajaan Spanyol).

Neldy Jolo beri maklumat dalam bahasa Inggeris:

Charles Kimball said in his article,

“The Portuguese Quest for Spices and Souls” at http://xenohistorian.faithweb.com/: “The Malaccan force outnumbered the Portuguese by a factor of 15 to 1, but the superior technology of Portuguese ships and cannon prevailed, and Malacca fell after a six-week siege....."

"Afterwards Portugal sent expeditions to the Moluccas (1512), China (1513), and Japan (1543), securing trade with all of those places…Eventually the Portuguese paid toll to the Sultan of Brunei so that they could sail around North Borneo and through the Sulu Sea to reach the Spice Islands without being molested.”

Tausug memanggil PARAKKOA kepada kapal ini. Ia dapat bergerak laju di lautan dalam apa jua keadaan cuaca. Selalu digunakan oleh Balangingi dan Iranun berperang atau meronda Laut Sulu.

Mark Twains pernah menulis bahawa Bajau Balangingi dan Iranun merentas lautan mencari hamba untuk dijual hingga sampai ke Friday Island di Australia. Malah mereka senantiasa menyusur perairan kepulauan Jawa dan Sumatera. Mereka sering menyerang hendap kapal-kapal yang mereka jumpa dan orang yang mereka tangkap mereka jual di Makassar dan Sulu. Hinggakan orang-orang Jawa memanggil mereka dengan panggilan "Bajak Laut" (sempena nama Bajau Laut Balangingi) bermaksud perompak laut. Di Pulau Palawan hari ini terdapat suku kaum Asli Batak yang dipercayai berasal dari Sumatera yang telah dibawa oleh Balangingi Dan Iranun. Di Malaysia perompak laut digelar Lanun (sempena nama Iranun) walaupun sebenarnya mereka bukanlah perompak tetapi hanya penjaga laut Sulu sahaja.

Berikut soal-jawab dengan Datu Muhammad Ali Kuyung (DAK):

Asree:
Datu, apa yang datu faham tentang Bajau Balangingi dan Iranun?

DAK:
Mereka adalah tentera laut Sulu. Tanpa mereka Laut Sulu tidak akan terjaga dari anasir luar.

Asree:
Benarkah mereka sering menangkap orang untuk dijual?

DAK:
Hahahaha! Ya, sesetengah kes mereka dijadikan senjata oleh Sultan Sulu untuk mengaibkan atau menghancurkan musuh politiknya sebagai hukuman peribadi.

Asree:
Sudah tentu musuh Sultan adalah Tausug sendiri?

DAK:
Ya, malah sebahagiannya adalah keluarga para Datu sendiri. Cara Balangingi menangkap orang ialah dengan menggunakan pukat. Mereka menunggu dari atas pokok, bila mangsa lalu dibawah mereka terus tangkap dengan pukat atau jaring. Orang tua-tua kami menceritakan hal ini.

Asree:
Kemudian mereka bawa kemana? Mereka jual?

DAK:
Setahu saya mereka jual di "Lupa' Higad" samada mereka jual atau menjadi tawanan.

Asree:
Hahahaha! kesian betul. Apa maksud "Lupa' Higad"?

DAK:
Lupa' Higad bermaksud North Borneo (Sabah). Memang kesian, sebab itu saya ketika kecil dahulu, sekiranya ada Tausug dari Sulu sampai ke Sandakan dan bertanya, saya tidak mengaku Tausug Sandakan. Kerana menurut orang tua-tua ramai Tausug di Sandakan adalah dijual yang dibawa oleh Balangingi dan Iranun. Ini adalah perkara yang memalukan.

Asree:
Hahaha! Rupanya ada juga Tausug yang telah dijual ke Sabah. Maka Tausug jangan berbangga dengan status mereka terutama yang tinggal di Sandakan. Patutlah..... ada sebilangan Tausug Sabah hari ini tidak mengaku Tausug kerana mungkin malu dipanggil Tausug yang "Telah Dijual". Hari ini mereka berkeras hanya mahu dipanggil SULUK sahaja bukan Tausug. Bagaimana pula dengan Iranun?

DAK:
Saya tidak berapa tahu tentang Iranun, yang saya tahu kaum Bajau Tawi-Tawi ramai yang berkahwin campur dengan para Datu Iranun.

Asree:
Pakcik saya (Imam Yasin kg. Bahagia) pernah bercerita tentang sahabatnya yang pernah datang berdakwah ke Ulu Sungai Sugut (pendakwah dari jamaah Tabligh). Ketika mereka singgah di satu kampung tiba-tiba seorang tua muncul dengan wajah serius lalu bertanya kalau ada dikalangan mereka yang berbangsa Bajau Balangingi. Para jamaah yang kehairanan dengan pertanyaan orang tua tersebut bertanya semula apa sebenarnya yang berlaku. Pakcik tersebut menjelaskan bahawa datuknya telah dijual ke Sugut oleh Bajau Balangingi sebab tu hingga hari ini mereka berada di Sugut. Para jamaah tabligh terus berasa seram dengan pakcik tersebut yang kelihatan seperti ingin membalas dendam.

DAK:
Hahahahaha!... Itulah yang saya katakan. Tetapi bukanlah semua kaum Suluk di Sabah ni telah dijual oleh Balangingi.

(DAK menyebut Bajau Balangingi dengan sebutan BALANINI)

Kapal Adjung yang kecil seperti ini biasanya dipakai oleh tentera laut Sulu sebagai pengapit kepada kapal yang lebih besar seperti Adjung Joanga. Biasanya dipakai oleh Balangingi dan Iranun meronda perairan Borneo.

TAMBAHAN:
Walau apa pun keberanian Bajau Balangingi dan Iranun masih tetap bersandarkan kepada Tausug dan Kesultanan Sulu. Terkenalnya Balangingi dan Iranun samada terkenal sebagai tentera laut yang handal atau pun terkenal dengan "Perompak Laut" (Lanun & Bajak Laut) tetap dituding kepada Tausug. Pendek kata yang mendapat nama ialah tausug.

Pujian dan sindiran kepada keberanian berperang kaum Tausug adalah biasa dikalangan sarjana barat contohnya seperti yang dikatakan oleh En. James Dunnigan dalam artikelnya Tropical Vikings pada 17 Mac 2003 bahawa:

“Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas…mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)…antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.”

  1. Maka believe sa in Tausug... Mang in tausug ini tattap halaum sin spirit ketausugan.. tanttu in Dunia ini melu'nud halaum sin kawasa ta....
    ini in blog ku...

    http://unikorndragon.blogspot.com/

    salam :)

  1. This comment has been removed by the author.
  1. This comment has been removed by the author.
  1. This comment has been removed by the author.
  1. This comment has been removed by the author.
  1. Asree asree apa la yg ko merepek..datu ali kuyung Tu ada la ko jgk sendiri..hahaha..untk pengetahuan Knpa Tausug malu nk mengaku diri mereka ada lah tausug kerana di sbb kn Xda Ic. Xda documen..fahm ini baru la fakta yg benar..Ko ni bercerita mcm sja nak tarik perhatian si pembaca sja..tpi semua fakta yg ko tulis berdasar kn cerita rekaan sendiri pendek kata ada di sebalik rasa kecewa atau sakit hati sma orang Tausug mengaku jela asree..setahu sya bajau balangingi dn iranun tu..ketua mereka sendiri adalah Tausug sebagai capten panglima tentera mereka..lgi bajau balangingi dn iranun begitu taat kepda kesultanan sulu sehingga sanggup menjaga lautan sulu..tpi tmpa Tausug Bajau balangingindn iranun tidak akn berani berperang kecuali ketua mereka tausug yg istihar kn..pendek kata Tausug adala ketua mereka..fhm..bukan jgk kita nk berbangga dngn status kita..tpi kalau nk buat rekaan cerita bukti kn dlu..jgn berckp ikut kebodohan si datu ali buyung tu..ko nak up kaum ko pon jgn ingat Tausug tk tahu..bikin malu je ko ni sma kaum ko sendiri..aku rasa kalau ko di sulu bercerita mcm ni sampai balangingi akn gelak kn ko sendiri .Dn akn terkejut dngn cerita ko ni..wkakakakaka asree kalau org lain boleh la ko tipu..tapi dengan ank jati Tausug ko tak boleh nak tipu mereka..sejarah mereka begitu luas di zaman lampau..lawak betul rekaan cerita ko ni.budak tadika pon dpt tangkap jgk cra ko reka cerita ni..yela balangingi Palaho..tq hahahahahahha😂😂😂😂

Post a Comment