Mengharap Bantuan Hanya Kepada ALLAH SWT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, January 13, 2010 0 ulasan

Beberapa hari lalu penulis bertemu dengan Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah di rumah persinggahannya di Gombak. Beliau menasihatkan kepada penulis dan juga kepada semua umat Islam Sulu agar senantiasa melakukan sembahyang malam merintih bermunajat memohon bantuan Ilahi agar kemerdekaan Sulu dapat ke tangan umat Islam yang bertaqwa.

Ia ditujukan kepada pemimpin kemerdekaan Sulu agar perjuangan mereka mendapat keredhaan Allah SWT, mereka perlu mendekatkan diri dengan Maha PENCIPTA dengan bersungguh-sungguh mengamalkan segala perintah dan meninggalkan segala larangan yakni mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Pemimpin yang hanya mengharap kepada bantuan Allah SWT bukannya kepada manusia sahajalah yang akan dapat kemerdekaan Sulu kelak.

Sekiranya pemimpin kemerdekaan Sulu tidak menunaikan Solat sahaja, lantaran para pengikut pun turut tidak melaksanakannya maka pasti bukan kemenangan yang akan didapati tetapi kehancuran. Bagaimana mungkin satu perjuangan yang mahu menegakkan NEGARA ISLAM SULU tetapi rata-rata "Para Pejuangnya" meninggalkan Solat sedangkan solat itu adalah pokok ibadat. Kerana Rasul SAW sendiri mengingatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka mereka telah meruntuhkan agama. Malah dalam hadis yang lain menyatakan bahawa perbezaan ummatnya dengan orang kafir ialah SOLAT.

Rasulullah SAW adalah penghulu segala Nabi dan Rasul yang sangat sayang dan kasih akan ummatnya. Baginda adalah Rasul Terakhir yang menjadi Rahmatan Lil Alamin hinggakan ummatnya sahaja mendapat pelbagai kelebihan berbanding ummat para nabi dan rasul sebelumnya. Salah satu keistimewaan ummat Muhammad SAW ialah membersihkan diri 5 kali sehari semalam dengan wudhuk dan senantiasa memperbaharui iman dengan Syahadah dalam setiap kali Solat mereka, sebab itu bala bencana tidak disegerakan oleh Allah SWT berbanding ummat nabi-nabi sebelumnya.

Sebab itu ketika saat-saat akhir hayat Rasulullah SAW, Baginda mengingatkan kepada ummatnya agar SOLAT! SOLAT! SOLAT! Betapa sayangnya Baginda SAW kepada ummatnya lantaran Baginda SAW menyebut UMMATKU! UMMATKU! UMMATKU!! Syahdu dan menghibakan bila terkenang saat-saat akhir Baginda SAW pulang ke hadrat KEKASIHNYA masih sempat mengingatkan beberapa perkara iaitu,
  • Solat!! (Mengingatkan kepada ummatnya agar jangan meninggalkan Solat)
  • Ummati!! (Ummatnya yang Baginda kasihi akan ditinggalkan, sekiranya tidak mengikut Quran dan Sunnahnya pasti akan dihumban ke dalam neraka)
  • Bersugi (Rasul SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat bersugi yang dibantu oleh Sayyidatina Aisyah r.a. sendiri. Menunjukkan Baginda SAW sendiri mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan adalah lambang ketaqwaan).
Mari bermuhasabah diri kita semua kerana pasti NEGARA ISLAM AKHIR ZAMAN yang akan bila-bila masa muncul berada dalam zaman kita ini, maka dengan muhasabah tersebut dapat membetulkan niat dan Aqidah kita di atas landasan yang benar dan diredhai.

Amin Ya Rabbal Alamin!!

ASREESULU



Unjuk Rasa Di PERKARANGAN MASJID NEGARA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, January 8, 2010 0 ulasan

Penulis bergambar bersama pemimpin ummat Islam di perkarangan Masjid Negara.

Masjid Negara, Kuala Lumpur, 08 Jan 2010: Penulis menunaikan sembahyang jumaat bersama sahabat-sahabat pelbagai kumpulan NGO di Masjid Negara kelmarin. Seusai solat Jumaat telah diadakan unjuk rasa secara aman di perkarangan masjid tersebut sebagai membantah PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH dalam penerbitan Gereja Katolik di Malaysia.

Penulis bergambar dan beramah mesra bersama pendakwah, iaitu dari kiri Ustaz Tabib Noh, penulis, Ayah Halim, Ustaz Mustapha Al-Kelantani.

Perkarangan masjid bukan sahaja dipenuhi oleh ratusan umat Islam malah puluhan wartawan samada dalam dan luar negara turut berada di situ membuat liputan. Umat Islam kaum Suluk atau Tausug dari Melaka dan Shah Alam turut hadir memberi sokongan.


Penulis mengambil gambar para pemimpin Suluk dari Selangor dan Melaka yang turut memberi sokongan.

PENYERAHAN WATIKAH 06 Jan 2010

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan



Penulis sebagai mewakili Rumah Bichara telah menyerahkan watikah tugasan kepada Paduka Wazir Ustaz Hasri pada malam perasmian Raudatul Islam 06 Jan 2010. Majlis walau sederhana namun berjaya menampilkan suasana muhibbah dan menghiburkan buat hadirin. Majlis berjalan dengan meriah Alhamdulillah. Tujuan watikah ialah "penyatuan ummat Islam Nusantara, Satu Agama, Satu Rumpun, Satu Perjuangan". Walau berbeza negara dan etnik keturunan namun semangat keislaman dan persaudaraan mesti diperkuatkan dengan majlis-majlis seperti ini.

Penulis menandatangani buku Tausug yang dibeli oleh hadirin seusai majlis.

Rangka Akhir BULETIN TAUSUG GLOBAL

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Buletin Tausug yang pertama insyaAllah akan dicetak hujung bulan Januari ini. Sidang ridaksinya sedang berkerja menyiapkan artikel. Buletin mengandungi 12 muka surat dengan menggunakan 5 bahasa iaitu bahasa Sug, Melayu, Sama-Bajau, Inggeris dan Yakan. Kos redaksi cetakan awal ini telah ditanggung oleh YM Datu Albi sendiri dalam Council of Regents dan rakyat Sulu (UTP).

ALBUM LAGU KEBANGSAAN
YM Datu Albi telah maklumkan kepada penulis bahawa sekarang UTP sedang merangka kerja pembikinan album lagu-lagu patriotik buat menaikkan semangat jihad umat Islam Sulu. Artis dan sesi rakaman sedang dirangka samada rakamannya dibuat di Sabah, Malaysia atau di Zamboanga City belum dapat dipastikan. Ia akan bergantung kepada kos operasi. Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan di Zamboanga City.

Antara penulis dalam Buletin Tausug Global ialah,
  • Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah, (dari Negeri Kedah, Malaysia)
  • Datu Paduka Maulana Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab, (dari Petamburan Jakarta, Indonesia)
  • Ustaz Hatta bin Sawabi (dari Sandakan Sabah, Malaysia)
  • YM Datu Albi sendiri, (dari Zamboanga City dan Jolo, Sulu Darul Islam)
  • Atty. Meltino Jaujan Sibulan, (dari Jolo, Sulu Darul Islam)
  • penulis sendiri, (dari Kuala Lumpur, Malaysia)
  • Neldy Jolo, (dari Sandakan dan Zamboanga City)
  • Aliazer Al-Janjawi, (dari Sandakan) dan
  • beberapa orang penulis tamu berbahasa Sama-Bajau dan Yakan.

Wartawan sepenuh masa ialah Neldy Jolo dan Aliazer sendiri manakala ketua pengarangnya ialah YM Datu Albi manakala penulis sebagai pembantu merangkap penasihat perjalanan buletin sahaja. InsyaAllah kita akan bertemu dalam Buletin Tausug Global yang akan dicetak dan diterbitkan di Zamboanga City pada hujung Januari ini.

ASREESULU

Sokongan Umat Islam MALAYSIA & INDONESIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, January 4, 2010 0 ulasan


Beberapa hari lepas, penulis telah dihubungi oleh ikhwan yang datang dari Jakarta iaitu Ustaz Hasri Sorimuda Harahap bersama seorang Ustaz (Mudir Raudatul Islam) untuk bertemu di Seri Kembangan kerana ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan.

Turut dalam perjumpaan tersebut ialah Ustaz Dr. Azizi dan isu perbualan ialah berkenaan dakwah Islamiyah Nusantara termasuklah pembangunan pendidikan anak-anak Sulu. Akhir perbualan sebelum berpisah Rombongan Ustaz Hasri meminta penulis menggubah sebuah logo rasmi RAUDATUL ISLAM yang dikatakan adalah sebuah Madrasah atau pesantren yang akan dibuka tidak lama lagi Kuala Lumpur. Penulis diberi tempoh menyiapkan logo sehingga 5hb Januari.
Logo rasmi Raudatul Islam yang penulis gubah
pada perasmiannya di Kuala Lumpur 6hb nanti.

DI RUMAH PRIHATIN
Alhamdulillah logo berjaya disiapkan dalam masa beberapa jam maka pada tengah hari kelmarin penulis telah berjumpa dengan Ustaz Hasri di Kajang. Ustaz Hasri telah maklumkan bahawa mereka sedang berada di Rumah Kebajikan Prihatin yang kalau penulis datang pasti akan mendapat idea agar Rumah Kebajikan serupa dapat didirikan di Sulu. Penulis bergegas ke sana dan dapati perkarangan rumah tersebut begitu ramai orang sedang menunggu.


DI TANJUNG KLING MELAKA
Pada sebelah petang selepas waktu Asar penulis bersama saudara Hassan @ Aku Tausug bergegas dari Seri Kembangan, Selangor menuju ke Melaka yang jaraknya lebih kurang 150 KM. Kami sampai ke Tanjung Kling ketika waktu Isyak di rumah Ayahanda Panglima Amran @ Rafiq yang juga dari jamaah PEKIDA Sabah. Penulis menyampaikan salam Ayahanda Dr Masjuki kepada Ayahanda Amran, kemudian kami menunggu ketibaan para ahli yang lain. Ayahanda Amran adalah berketurunan Tausug yang fasih berbahasa Brunei dan bahasa Sama-Balangingi.

Beliau mempunyai rumah di Brunei Darussalam dan kenal dengan Dr Pangeran Amir dan Pengetua Pusat Sejarah Brunei Darussalam iaitu Prof Dr Pehin Mohammad Jamil Al-Sufri. Keluarga beliau masih ramai di Jolo Sulu, Brunei Darussalam dan Tawau Sabah. Sekarang beliau menetap di Melaka dan Kuala Lumpur.


Tepat jam 10 malam majlis dimulakan dengan penulis menjelaskan sejarah Tausug dan apa yang dikatakan Tausug dalam definisi yang lebih tepat. Kemudian dijelaskan apa yang dikatakan UTC dan perjuangannya mengembalikan kemerdekaan Sulu dengan menggunakan kaedah "Tanpa Senjata" (Anti Peperangan dan Anti Keganasan). Penulis menyampaikan ceramah dalam bahasa TAUSUG sebab kesemua hadirin adalah berketurunan Tausug yang bekerja di PETRONAS Melaka.

Jam 11:30 malam penulis diajukan banyak soalan oleh para hadirin dan penulis telah menjawab segala persoalan mereka dengan fakta dan bukti berdasarkan sejarah dan pengalaman. Tepat jam 12 tengah malam majlis selesai dan sebelum bersurai Ayahanda mengulas atau menggulung segala penjelasan penulis dari perspektif Islam dan masyarakat Nusantara. Beliau menyarankan betapa pentingnya umat Islam Nusantara membantu kemerdekaan Sulu pada 2010 ini nanti kerana tanpa dokongan dan sokongan umat Islam maka segala Status Saudara Seislam itu pasti tiada gunanya lagi.


Apa yang mendukacitakan nanti ialah sekiranya umat agama lain yang akan bersusah payah membantu kemerdekaan Sulu maka sudah pasti lebih memalukan umat Islam sendiri sebagai negara yang berjiran.

ASREESULU

KESULTANAN SULU semakin menjadi REBUTAN!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, January 1, 2010 0 ulasan


Nampaknya "Kesultanan Sulu" semakin HANGAT dan menjadi rebutan. Bila sahaja kelihatan KEJAYAAN memerdekakan Sulu semakin dekat maka yang sebelum ini tiada cita-cita mahu merampas kuasa tiba-tiba muncul dengan mengaku "Akulah yang paling layak menjadi Sultan anda". Kita persilakan mereka ke hadapan UNTUK MENJADI SULTAN. Nampaknya mereka kepingin mengangkat diri sendiri jadi Sultan, bukan mengikut kemahuan rakyat.

Beberapa hari lalu sahabat dari Zamboanga City menghubungi penulis berkenaan kemunculan satu lagi gerakan KESULTANAN SULU di Jolo. Menurut beliau gerakan baru ini juga mengajak kepada kesatuan tetapi yang menghairankan bagi beliau ialah gerakan tersebut lebih kearah menghancurkan UTC/P. Ini bermakna ia adalah pesaing yang mahu menyaingi UTC/P. Kalaulah benar mereka adalah pesaing yang mahu menghancurkan UTC/P maka sudah tentu mereka adalah persaingat negatif yang mengajak kepada perseteruan. Siapakah mereka ini?

Mari kita analisa gerakan ini berdasarkan keterangan dari Zamboanga City beberapa hari lalu,
  • Bahawa gerakan ini kononnya adalah kesatuan Aranan dengan Kiram iaitu Muidzullail kiram di Jolo. Persoalannya siapakah Aranan yang disebut itu? Sedangkan yang mengapalai UTC adalah Aranan yang disokong oleh Shakiraullah (Datu Albi), Ar-Rasyid (Datu Satria Kota Marudu) dan beberapa ahli keluarga Kiram yang tidak begitu terkenal.
  • Dikatakan mereka sangat menentang Surat Kelahiran UTC, kalau ini benar mereka adalah kumpulan seperti yang penulis kata sebelum ini "Tausug melawan Tausug". Kalau mereka bukan ditunggangi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan lambat laun akan ditunggangi juga kerana mereka inilah yang sedang dicari untuk "dibiayai" menghancurkan UTC.
  • Mereka dikatakan adalah penabur fitnah dengan memburuk-burukkan terhadap pemimpin UTC, kalau ini benar maka sudah tentu sebahagian dari mereka adalah bekas ahli-ahli UTC sendiri yang mengetahui gerakan UTC dari dalam. Sekiranya kita rujuk dari segi ilmu akhlak, mereka ini tidak boleh dipercayai "Manusia yang suka memburuk-burukkan saudaranya di hadapan anda maka tidak mustahil anda sendiri akan diburuk-burukkannya suatu hari nanti di hadapan manusia lain pula". Maka manusia seperti ini perlu disekolahkan semula kerana memiliki Fi'li-Qauli yang buruk lantaran gemar menabur fitnah dalam masyarakat.
  • Dikatakan mereka sedang merangka untuk membuat pertemuan mereka sendiri dengan para Datu Kesultanan Sulu (bukan pendokong UTC) di Tawi-Tawi atau Jolo pada bulan Februari 2010. Bagi penulis hal ini tidak mengapa. Siapa sahaja berhak untuk menghimpun atau berbincang. Tetapi kiranya perhimpunan mereka penuh dengan fitnah dan hasad dengki ini bukannya penyatuan tetapi perpecahan, dibimbangi mereka yang akan jadi mangsa terhadap "fitnah" mereka sendiri. Kerana mulut badan binasa seperti kata pepatah.
  • Walaubagaimana pun perjuangan mereka, tanpa menyatu dalam gerakan keamanan seperti yang dilagang UTC mereka pasti gagal sebagaimana gerakan-gerakan sebelum ini. Kerana, gerakan tanpa didahului rakyat dengan hanya sekadar perjuangan MAHU MENJADI SULTAN TAWI-TAWI, yang lain pula SULTAN DI PALAWAN, BASILAN, SABAH dan sebagainya tetap akan sia-sia. Sekali pun mereka dikatakan dapat sokongan United Nation tetapi tanpa dokongan rakyat merka hanya dipandang sebagai Gila Kuasa dan membuang masa oleh PBB (UN).

Penulis sebenarnya tidak gusar dengan perkembangan ini kerana sudah pun dijangka. Satu-satu perjuangan mesti ada pro kontranya. Untuk menilai mana yang benar antara keduanya perlulah dirujuk sejarah darimana asal pro nya dan asal kontranya. Sudah pasti samada pro dan kontra akan ada risiko dan akibatnya. Dalam hal ini sebagai pemerhati, perlulah dilihat dari segi fakta siapa yang lebih benar. Sudah tentu tingkat kesabaran masing-masing perlu diambil kira bukannya berdasar emosi semata-mata.

Gerakan kemerdekaan Sulu UTC di Sulu dipandang kecil tetapi bak kata pepatah kecil-kecil cili padi, kerana masih sanggup masuk gelanggang untuk berlawan. Para penentang UTC kena mempunyai keberanian dan pengorbanan yang sama agar dapat menyainginya.


SEBAB DAN AKIBAT
Apakah sebabnya? Tentulah kerana adanya "Rasa Tidak Puas Hati" di pihak yang kontra. Apakah akibatnya atau risiko yang bakal ditanggung? Antara keduanya sesiapa yang lebih kuat fakta dan buktinya serta sestimetik mengurus keadaan atau gerakan maka dialah yang akan memberikan risiko merbahaya kepada pesaingnya.

Dalam hal ini penulis lebih melihat kepada fakta semasa untuk menilai. Membandingkan mana-mana gerakan samada yang lebih dahulu atau yang datang kemudian. Biasanya yang datang kemudian akan mempunyai kelebihan menguasai keadaan tetapi memerlukan kekuatan bukti dan dokongan serta mempunyai kaedah ALTERNATIF yang lebih efisyen atau efektif kalau tidak DIA sendiri yang akan MUSNAH.

Musnah samada akan hilang berdikit-dikit atau musnah kerana dimusnahkan oleh lawannya. Yang lebih teruk dari itu ialah KEMUSNAHAN MORAL dan MARUAH sampai bila-bila kerana segala perlakuan mereka akan DITULIS oleh SEJARAH. Inilah yang dikatakan sebagai memalukan anak cucu sampai tujuh keturunan. Anak cucu bukan sahaja mendapat malu dan rendah diri malah akan turut mempersalahkan nenek moyangnya yang mengakibatkan demikian. Ia pasti akan ditulis, generasi akan datang mengadili mereka.

Sebagai contoh Perdana Menteri Sultan Jamalul Kiram II bernama Hj. Buto. Hingga hari ini para Datu menceritakan keburukan Hj. Buto kerana membelot dan menjadi penderhaka negara memihak kepada Amerika ketika dulu.


YANG HAK PASTI AKAN MENANG
Bagi penulis, surat kelahiran adalah satu alternatif untuk persediaan kearah kemerdekaan. Ia belum diiktiraf mana-mana negara kerana perjuangan UTC sendiri belum mendapat pengiktirafan. Penulis beranggapan seseorang yang menuduh surat kelahiran UTC adalah tiada nilai kerana tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, anggapan tersebut terlalu jahil kerana tidak dapat membezakan antara pendek dengan yang panjang mahu pun sebelum dan selepas.

Memang pun dimaklumi surat kelahiran UTC belum diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi sekurang-kurangnya Filipina telah pun mengiktirafnya secara tidak langsung. Marin Filipina tidak menangkap atau menganggu UTC semenjak awal-awal gerakannya. Tetapi penentang UTC yang terdiri dari bekas UTC sendiri tergamak tidak mengiktirafnya malah menabur fitnah hanya semata-mata rasa tidak puas hati mereka. Perasaan merajuk mereka lebih penting dari PERJUANGAN MENEGAKKAN KESATUAN RAKYAT untuk kemerdekaan Negara Bangsa dan Agama tercinta.

Sebab itu walau pun tidak diiktiraf oleh pihak penentang UTC namun surat kelahiran tersebut diiktiraf oleh ahli UTC sendiri seramai 35,000 orang. Surat kelahiran dilihat begitu penting kerana sebelum ini tidak pernah terdapat dalam sejarah perjuangan Sulu seperti yang dilakukan UTC dengan MENDAFTAR SURAT KELAHIRAN TAUSUG agar ada identiti sendiri seterusnya tidak lagi menjadi warga negara orang lain. Kalau penulis warga Malaysia pun, turut tumpang gembira kerana saudara seagama di Sulu telah berjaya menemui kaedah SELAMAT untuk kemerdekaan mereka bukannya berperang sebelum ini.

Sebagai warga Malaysia yang prihatin kepada umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan dimana-mana pun tanpa mengira tempat, maka menyokong Sulu untuk merdeka lebih-lebih lagi dituntut oleh agama kerana kedudukannya sebagai JIRAN. Begitu sedih dan memilukan Filipina sebagai negara KAFIR yang dilaknat oleh para Syuhada', para balu dan anak yatim Sulu selama ini telah mengiktiraf Surat Kelahiran UTC, tetapi tidak bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei?
Kita tergamak MENYURUH umat Islam lain agar menangkap dan memenjarakan warga Sulu (saudara sendiri) agar dirotan dan tersiksa berbulan-bulan dalam penjara Sabah tanpa menghiraukan anak kecil mereka menangis kelaparan di rumah buruk setinggan hanya semata-mata SURAT KELAHIRAN MEREKA TIDAK DIIKTIRAF? Sungguh, KAFIR Filipina lebih prihatin menangani UTC berbanding diri kita yang menganggap lebih Islam dan benar berbanding mereka.

ASREESULU
Salinan artikel akan dihantar ke email Mufti UTC di Jakarta.