KESULTANAN SULU semakin menjadi REBUTAN!!
Beberapa hari lalu sahabat dari Zamboanga City menghubungi penulis berkenaan kemunculan satu lagi gerakan KESULTANAN SULU di Jolo. Menurut beliau gerakan baru ini juga mengajak kepada kesatuan tetapi yang menghairankan bagi beliau ialah gerakan tersebut lebih kearah menghancurkan UTC/P. Ini bermakna ia adalah pesaing yang mahu menyaingi UTC/P. Kalaulah benar mereka adalah pesaing yang mahu menghancurkan UTC/P maka sudah tentu mereka adalah persaingat negatif yang mengajak kepada perseteruan. Siapakah mereka ini?
Mari kita analisa gerakan ini berdasarkan keterangan dari Zamboanga City beberapa hari lalu,
- Bahawa gerakan ini kononnya adalah kesatuan Aranan dengan Kiram iaitu Muidzullail kiram di Jolo. Persoalannya siapakah Aranan yang disebut itu? Sedangkan yang mengapalai UTC adalah Aranan yang disokong oleh Shakiraullah (Datu Albi), Ar-Rasyid (Datu Satria Kota Marudu) dan beberapa ahli keluarga Kiram yang tidak begitu terkenal.
- Dikatakan mereka sangat menentang Surat Kelahiran UTC, kalau ini benar mereka adalah kumpulan seperti yang penulis kata sebelum ini "Tausug melawan Tausug". Kalau mereka bukan ditunggangi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan lambat laun akan ditunggangi juga kerana mereka inilah yang sedang dicari untuk "dibiayai" menghancurkan UTC.
- Mereka dikatakan adalah penabur fitnah dengan memburuk-burukkan terhadap pemimpin UTC, kalau ini benar maka sudah tentu sebahagian dari mereka adalah bekas ahli-ahli UTC sendiri yang mengetahui gerakan UTC dari dalam. Sekiranya kita rujuk dari segi ilmu akhlak, mereka ini tidak boleh dipercayai "Manusia yang suka memburuk-burukkan saudaranya di hadapan anda maka tidak mustahil anda sendiri akan diburuk-burukkannya suatu hari nanti di hadapan manusia lain pula". Maka manusia seperti ini perlu disekolahkan semula kerana memiliki Fi'li-Qauli yang buruk lantaran gemar menabur fitnah dalam masyarakat.
- Dikatakan mereka sedang merangka untuk membuat pertemuan mereka sendiri dengan para Datu Kesultanan Sulu (bukan pendokong UTC) di Tawi-Tawi atau Jolo pada bulan Februari 2010. Bagi penulis hal ini tidak mengapa. Siapa sahaja berhak untuk menghimpun atau berbincang. Tetapi kiranya perhimpunan mereka penuh dengan fitnah dan hasad dengki ini bukannya penyatuan tetapi perpecahan, dibimbangi mereka yang akan jadi mangsa terhadap "fitnah" mereka sendiri. Kerana mulut badan binasa seperti kata pepatah.
- Walaubagaimana pun perjuangan mereka, tanpa menyatu dalam gerakan keamanan seperti yang dilagang UTC mereka pasti gagal sebagaimana gerakan-gerakan sebelum ini. Kerana, gerakan tanpa didahului rakyat dengan hanya sekadar perjuangan MAHU MENJADI SULTAN TAWI-TAWI, yang lain pula SULTAN DI PALAWAN, BASILAN, SABAH dan sebagainya tetap akan sia-sia. Sekali pun mereka dikatakan dapat sokongan United Nation tetapi tanpa dokongan rakyat merka hanya dipandang sebagai Gila Kuasa dan membuang masa oleh PBB (UN).
Penulis sebenarnya tidak gusar dengan perkembangan ini kerana sudah pun dijangka. Satu-satu perjuangan mesti ada pro kontranya. Untuk menilai mana yang benar antara keduanya perlulah dirujuk sejarah darimana asal pro nya dan asal kontranya. Sudah pasti samada pro dan kontra akan ada risiko dan akibatnya. Dalam hal ini sebagai pemerhati, perlulah dilihat dari segi fakta siapa yang lebih benar. Sudah tentu tingkat kesabaran masing-masing perlu diambil kira bukannya berdasar emosi semata-mata.
Gerakan kemerdekaan Sulu UTC di Sulu dipandang kecil tetapi bak kata pepatah kecil-kecil cili padi, kerana masih sanggup masuk gelanggang untuk berlawan. Para penentang UTC kena mempunyai keberanian dan pengorbanan yang sama agar dapat menyainginya.
SEBAB DAN AKIBAT
Apakah sebabnya? Tentulah kerana adanya "Rasa Tidak Puas Hati" di pihak yang kontra. Apakah akibatnya atau risiko yang bakal ditanggung? Antara keduanya sesiapa yang lebih kuat fakta dan buktinya serta sestimetik mengurus keadaan atau gerakan maka dialah yang akan memberikan risiko merbahaya kepada pesaingnya.
Dalam hal ini penulis lebih melihat kepada fakta semasa untuk menilai. Membandingkan mana-mana gerakan samada yang lebih dahulu atau yang datang kemudian. Biasanya yang datang kemudian akan mempunyai kelebihan menguasai keadaan tetapi memerlukan kekuatan bukti dan dokongan serta mempunyai kaedah ALTERNATIF yang lebih efisyen atau efektif kalau tidak DIA sendiri yang akan MUSNAH.
Musnah samada akan hilang berdikit-dikit atau musnah kerana dimusnahkan oleh lawannya. Yang lebih teruk dari itu ialah KEMUSNAHAN MORAL dan MARUAH sampai bila-bila kerana segala perlakuan mereka akan DITULIS oleh SEJARAH. Inilah yang dikatakan sebagai memalukan anak cucu sampai tujuh keturunan. Anak cucu bukan sahaja mendapat malu dan rendah diri malah akan turut mempersalahkan nenek moyangnya yang mengakibatkan demikian. Ia pasti akan ditulis, generasi akan datang mengadili mereka.
Sebagai contoh Perdana Menteri Sultan Jamalul Kiram II bernama Hj. Buto. Hingga hari ini para Datu menceritakan keburukan Hj. Buto kerana membelot dan menjadi penderhaka negara memihak kepada Amerika ketika dulu.
YANG HAK PASTI AKAN MENANG
Bagi penulis, surat kelahiran adalah satu alternatif untuk persediaan kearah kemerdekaan. Ia belum diiktiraf mana-mana negara kerana perjuangan UTC sendiri belum mendapat pengiktirafan. Penulis beranggapan seseorang yang menuduh surat kelahiran UTC adalah tiada nilai kerana tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, anggapan tersebut terlalu jahil kerana tidak dapat membezakan antara pendek dengan yang panjang mahu pun sebelum dan selepas.
Memang pun dimaklumi surat kelahiran UTC belum diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi sekurang-kurangnya Filipina telah pun mengiktirafnya secara tidak langsung. Marin Filipina tidak menangkap atau menganggu UTC semenjak awal-awal gerakannya. Tetapi penentang UTC yang terdiri dari bekas UTC sendiri tergamak tidak mengiktirafnya malah menabur fitnah hanya semata-mata rasa tidak puas hati mereka. Perasaan merajuk mereka lebih penting dari PERJUANGAN MENEGAKKAN KESATUAN RAKYAT untuk kemerdekaan Negara Bangsa dan Agama tercinta.
Sebab itu walau pun tidak diiktiraf oleh pihak penentang UTC namun surat kelahiran tersebut diiktiraf oleh ahli UTC sendiri seramai 35,000 orang. Surat kelahiran dilihat begitu penting kerana sebelum ini tidak pernah terdapat dalam sejarah perjuangan Sulu seperti yang dilakukan UTC dengan MENDAFTAR SURAT KELAHIRAN TAUSUG agar ada identiti sendiri seterusnya tidak lagi menjadi warga negara orang lain. Kalau penulis warga Malaysia pun, turut tumpang gembira kerana saudara seagama di Sulu telah berjaya menemui kaedah SELAMAT untuk kemerdekaan mereka bukannya berperang sebelum ini.
Sebagai warga Malaysia yang prihatin kepada umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan dimana-mana pun tanpa mengira tempat, maka menyokong Sulu untuk merdeka lebih-lebih lagi dituntut oleh agama kerana kedudukannya sebagai JIRAN. Begitu sedih dan memilukan Filipina sebagai negara KAFIR yang dilaknat oleh para Syuhada', para balu dan anak yatim Sulu selama ini telah mengiktiraf Surat Kelahiran UTC, tetapi tidak bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei?
Kita tergamak MENYURUH umat Islam lain agar menangkap dan memenjarakan warga Sulu (saudara sendiri) agar dirotan dan tersiksa berbulan-bulan dalam penjara Sabah tanpa menghiraukan anak kecil mereka menangis kelaparan di rumah buruk setinggan hanya semata-mata SURAT KELAHIRAN MEREKA TIDAK DIIKTIRAF? Sungguh, KAFIR Filipina lebih prihatin menangani UTC berbanding diri kita yang menganggap lebih Islam dan benar berbanding mereka.
ASREESULU
Salinan artikel akan dihantar ke email Mufti UTC di Jakarta.
|