Mengharap Bantuan Hanya Kepada ALLAH SWT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, January 13, 2010 0 ulasan

Beberapa hari lalu penulis bertemu dengan Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah di rumah persinggahannya di Gombak. Beliau menasihatkan kepada penulis dan juga kepada semua umat Islam Sulu agar senantiasa melakukan sembahyang malam merintih bermunajat memohon bantuan Ilahi agar kemerdekaan Sulu dapat ke tangan umat Islam yang bertaqwa.

Ia ditujukan kepada pemimpin kemerdekaan Sulu agar perjuangan mereka mendapat keredhaan Allah SWT, mereka perlu mendekatkan diri dengan Maha PENCIPTA dengan bersungguh-sungguh mengamalkan segala perintah dan meninggalkan segala larangan yakni mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Pemimpin yang hanya mengharap kepada bantuan Allah SWT bukannya kepada manusia sahajalah yang akan dapat kemerdekaan Sulu kelak.

Sekiranya pemimpin kemerdekaan Sulu tidak menunaikan Solat sahaja, lantaran para pengikut pun turut tidak melaksanakannya maka pasti bukan kemenangan yang akan didapati tetapi kehancuran. Bagaimana mungkin satu perjuangan yang mahu menegakkan NEGARA ISLAM SULU tetapi rata-rata "Para Pejuangnya" meninggalkan Solat sedangkan solat itu adalah pokok ibadat. Kerana Rasul SAW sendiri mengingatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka mereka telah meruntuhkan agama. Malah dalam hadis yang lain menyatakan bahawa perbezaan ummatnya dengan orang kafir ialah SOLAT.

Rasulullah SAW adalah penghulu segala Nabi dan Rasul yang sangat sayang dan kasih akan ummatnya. Baginda adalah Rasul Terakhir yang menjadi Rahmatan Lil Alamin hinggakan ummatnya sahaja mendapat pelbagai kelebihan berbanding ummat para nabi dan rasul sebelumnya. Salah satu keistimewaan ummat Muhammad SAW ialah membersihkan diri 5 kali sehari semalam dengan wudhuk dan senantiasa memperbaharui iman dengan Syahadah dalam setiap kali Solat mereka, sebab itu bala bencana tidak disegerakan oleh Allah SWT berbanding ummat nabi-nabi sebelumnya.

Sebab itu ketika saat-saat akhir hayat Rasulullah SAW, Baginda mengingatkan kepada ummatnya agar SOLAT! SOLAT! SOLAT! Betapa sayangnya Baginda SAW kepada ummatnya lantaran Baginda SAW menyebut UMMATKU! UMMATKU! UMMATKU!! Syahdu dan menghibakan bila terkenang saat-saat akhir Baginda SAW pulang ke hadrat KEKASIHNYA masih sempat mengingatkan beberapa perkara iaitu,
  • Solat!! (Mengingatkan kepada ummatnya agar jangan meninggalkan Solat)
  • Ummati!! (Ummatnya yang Baginda kasihi akan ditinggalkan, sekiranya tidak mengikut Quran dan Sunnahnya pasti akan dihumban ke dalam neraka)
  • Bersugi (Rasul SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat bersugi yang dibantu oleh Sayyidatina Aisyah r.a. sendiri. Menunjukkan Baginda SAW sendiri mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan adalah lambang ketaqwaan).
Mari bermuhasabah diri kita semua kerana pasti NEGARA ISLAM AKHIR ZAMAN yang akan bila-bila masa muncul berada dalam zaman kita ini, maka dengan muhasabah tersebut dapat membetulkan niat dan Aqidah kita di atas landasan yang benar dan diredhai.

Amin Ya Rabbal Alamin!!

ASREESULU



Post a Comment