Sokongan Umat Islam MALAYSIA & INDONESIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, January 4, 2010 0 ulasan


Beberapa hari lepas, penulis telah dihubungi oleh ikhwan yang datang dari Jakarta iaitu Ustaz Hasri Sorimuda Harahap bersama seorang Ustaz (Mudir Raudatul Islam) untuk bertemu di Seri Kembangan kerana ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan.

Turut dalam perjumpaan tersebut ialah Ustaz Dr. Azizi dan isu perbualan ialah berkenaan dakwah Islamiyah Nusantara termasuklah pembangunan pendidikan anak-anak Sulu. Akhir perbualan sebelum berpisah Rombongan Ustaz Hasri meminta penulis menggubah sebuah logo rasmi RAUDATUL ISLAM yang dikatakan adalah sebuah Madrasah atau pesantren yang akan dibuka tidak lama lagi Kuala Lumpur. Penulis diberi tempoh menyiapkan logo sehingga 5hb Januari.
Logo rasmi Raudatul Islam yang penulis gubah
pada perasmiannya di Kuala Lumpur 6hb nanti.

DI RUMAH PRIHATIN
Alhamdulillah logo berjaya disiapkan dalam masa beberapa jam maka pada tengah hari kelmarin penulis telah berjumpa dengan Ustaz Hasri di Kajang. Ustaz Hasri telah maklumkan bahawa mereka sedang berada di Rumah Kebajikan Prihatin yang kalau penulis datang pasti akan mendapat idea agar Rumah Kebajikan serupa dapat didirikan di Sulu. Penulis bergegas ke sana dan dapati perkarangan rumah tersebut begitu ramai orang sedang menunggu.


DI TANJUNG KLING MELAKA
Pada sebelah petang selepas waktu Asar penulis bersama saudara Hassan @ Aku Tausug bergegas dari Seri Kembangan, Selangor menuju ke Melaka yang jaraknya lebih kurang 150 KM. Kami sampai ke Tanjung Kling ketika waktu Isyak di rumah Ayahanda Panglima Amran @ Rafiq yang juga dari jamaah PEKIDA Sabah. Penulis menyampaikan salam Ayahanda Dr Masjuki kepada Ayahanda Amran, kemudian kami menunggu ketibaan para ahli yang lain. Ayahanda Amran adalah berketurunan Tausug yang fasih berbahasa Brunei dan bahasa Sama-Balangingi.

Beliau mempunyai rumah di Brunei Darussalam dan kenal dengan Dr Pangeran Amir dan Pengetua Pusat Sejarah Brunei Darussalam iaitu Prof Dr Pehin Mohammad Jamil Al-Sufri. Keluarga beliau masih ramai di Jolo Sulu, Brunei Darussalam dan Tawau Sabah. Sekarang beliau menetap di Melaka dan Kuala Lumpur.


Tepat jam 10 malam majlis dimulakan dengan penulis menjelaskan sejarah Tausug dan apa yang dikatakan Tausug dalam definisi yang lebih tepat. Kemudian dijelaskan apa yang dikatakan UTC dan perjuangannya mengembalikan kemerdekaan Sulu dengan menggunakan kaedah "Tanpa Senjata" (Anti Peperangan dan Anti Keganasan). Penulis menyampaikan ceramah dalam bahasa TAUSUG sebab kesemua hadirin adalah berketurunan Tausug yang bekerja di PETRONAS Melaka.

Jam 11:30 malam penulis diajukan banyak soalan oleh para hadirin dan penulis telah menjawab segala persoalan mereka dengan fakta dan bukti berdasarkan sejarah dan pengalaman. Tepat jam 12 tengah malam majlis selesai dan sebelum bersurai Ayahanda mengulas atau menggulung segala penjelasan penulis dari perspektif Islam dan masyarakat Nusantara. Beliau menyarankan betapa pentingnya umat Islam Nusantara membantu kemerdekaan Sulu pada 2010 ini nanti kerana tanpa dokongan dan sokongan umat Islam maka segala Status Saudara Seislam itu pasti tiada gunanya lagi.


Apa yang mendukacitakan nanti ialah sekiranya umat agama lain yang akan bersusah payah membantu kemerdekaan Sulu maka sudah pasti lebih memalukan umat Islam sendiri sebagai negara yang berjiran.

ASREESULU

Post a Comment