Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Tuesday, March 30, 2010
1 ulasan
Video di atas adalah penjelasan menyeluruh oleh DYMM Datu Ladjamura bin Datu Wasik - Aranan. Penjelasan berkisar tentang persoalan seorang wartawan stesyen radio tempatan Sulu,
Tausug bukanlah satu "kaum" sahaja malah adalah terdiri dari berbilang kaum.
Tausug bukannya "Filipino" atau "Moro", ia adalah tetap Tausug yakni Rakyat Kesultanan Sulu.
Tausug sememangnya merdeka, kerja UTC sekarang hanya mengembalikan sahaja kemerdekaan Sulu.
"Kemerdekaan Semula" hanya akan dapat dicapai setelah Tausug kesemuanya bersatu iaitu setelah memahami konsep Kesultanan Sulu seperti yang tercatat dalam sejarah.
Kesultanan Sulu bukan hanya sultan, tanpa rakyat sultan tidak wujud kuasanya. Tiada kuasa maka tiadalah kerajaan pentadbir. Hari ini mereka yang menamakan diri mereka sultan sebenarnya bukanlah sultan kerana masih terikat kerakyatannya dengan Filipino. Buktinya keluar negara pun gunakan passport Filipina.
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Saturday, March 27, 2010
0
ulasan
Nama sebenar beliau ialah Abdul Qahhar Mudzakkar. Beliau telah dilaporkan mati dibunuh tetapi pada hakikatnya beliau masih hidup. Beliau mati sakit pada tahun 2006 lalu setelah berjaya membangun perkampungan Islam dan membuka pesantren di Batam, Indonesia. Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah adalah saksinya.
Penulis ucapkan jutaan terima kasih buat Al-Fadhil Al-Habib Al-Huda "Abdullah" AL-Minangkabawi yang memberikan foto-foto Almarhum KH. Qahhar Muzakkar dan video-video ceramahnya baru-baru ini kepada penulis.
Perjalanan Habib "Abdullah" merentas laut Sulu kemudian berjumpa DYMM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan di Zamboangga City telah membuka jalan awal silaturrahim serumpun dan seagama antara Ummat Islam Indonesia & Ummat Islam Sulu. Ada pun tujuan utamanya ke Sulu adalah kerana amanat Tuan Guru beliau iaitu Almarhum KH. Qahhar Muzakkar Al-Sulawesi menelusuri kembali jejak perjalanan dakwah dan perjuangan beliau ketika masih hidup dahulu.
Beliau datang dengan barang dagangan, persis seperti para ulama' yang berdakwah masuk ke Sulu era kurun ke-13 dahulu. Telah menjadi tradisi para ulama' ketika dulu berdakwah sambil berniaga. Untung perniagaan digunakan selama berada di perantauan menjadikan mereka pendakwah yang berkemampuan sebab itu tidak meminta-minta.
RIWAYAT KH QAHHAR MUZAKKAR DI SULU Menurut Habib Al-Huda "Abdullah" Al-Minangkabawi yang mana beliau sendiri pernah menjadi setiausaha dan jurutulis KH Qahhar, bahawa KH Qahhar pernah tinggal di Sulu agak lama ketika era pemerintahan Presiden Seokarno di Indonesia ketika itu. Beliau menjadi buruan kerajaan Indonesia lantaran beliau membawa diri berkelana ke pelusuk dunia termasuk di Sulu ketika itu adalah kerana mengelak dari bertembung dengan pihak keselamatan Indonesia.
Menurut Datu Nasir Al-Balangingi bahawa ayahandanya pernah bersama memancing ikan di Sulu dengan KH Qahhar ketika dulu. Menurut ayahanda beliau, KH Qahhar adalah seorang yang soleh yang senantiasa menjaga ibadah. Oleh kerana KH Qahhar mempunyai "ilmu" ganjil, maka ramai dari kalangan mujahidin Tausug belajar dengan beliau.
Penulis bertanya apakah "ilmu" ganjil KH Qahhar itu, Datu Nasir bercerita,
"Ketika Qahhar sedang buang hajat di satu tempat tiba-tiba muncul seorang lelaki Tausug dari arah belakangnya lalu melepaskan tembakan satu clip tanpa henti ke arah beliau. Asap menyelubungi tempat pembuangan hajat sehingga Qahhar tidak kelihatan dalam asap tebal tersebut. Bila asap hilang kelihatan Qahhar sedang berdiri dan membetulkan kainnya tanpa satu kecederaan pun di badannya dengan izin Allah sambil berkata, "Sepatutnya kamu tunggu saya selesai membuang hajat dahulu..." sambil tersenyum."
Menurut Datu Nasir lagi KH Qahhar fasih berbahasa Tausug tinggal lagi agak pelat menyebut beberapa perkatan seperti "dupang" KH Qahhar menyebutnya "Tuppang". KH Qahhar telah berkahwin dengan sepupu kepada Datu Nasir dan berjaya melahirkan beberapa orang anak yang sekarang masih hidup di Sulu.
Antara cerita Datu Nasir lagi ialah,
"Suatu hari ayahanda saya menemani Qahhar memancing ikan di laut. Suatu ketika mereka telah dihanyutkan entah kemana. Langit semakin gelap dengan awan tebal yang bakal menurunkan hujan lebat tiba-tiba ayah saya mengeluh kerana takut dilanda angin ribut ditengah laut. Tiba-tiba Qahhar mengarahkan ayah melepaskan kain layar. Ayah berkata "bukankah ini akan menyebabkan kita semakin ditiup ke belakang, tuan" Qahhar terus berkata kepada ayah "Tuppang" yang bermaksud "bodoh" kenapa tidak ikut sahaja arahannya."
"Yang menghairankan ayah ialah setelah dibuka kain layar tiba-tiba kapal mereka bergerak menyongsang angin menuju ke Sulu bukannya ke belakang. Ayah terpinga-pinga bagaimana berlaku demikian? Yang lagi menghairankan baju Qahhar tidak basah walau pun mereka telah dilanda hujan lebat berbanding bajunya yang sudah basah kuyup."
Foto KH Qahhar sedang berceramah di atas pentas dakwah beberapa tahun sebelum kewafatannya. Beliau berjaya membuka pesantren dan perkampungan Islam di Batam dan membuka kelas-kelas pengajian Sufi.
KH QAHHAR, MUJAHID LAGENDA NUSANTARA Menurut Habib "Abdullah" Al-Minangkabawi, KH. Qahhar adalah berketurunan Bugis Paloppo dari Sulawesi Selatan. Beliau adalah salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia bersama sahabatnya iaitu Presiden Seokarno sendiri. Oleh kerana telah menjadi buruan kerajaan, beliau telah menjalankan penyamaran yang sukar dikesan hingga dikatakan kulit tua beliau yang berkedut seribu itu pun dapat beliau tutupi.
Kehebatan beliau menyamar hinggakan pihak keselamatan Indonesia ketika itu sukar menangkapnya adalah satu kelebihan tersendiri atau karamah beliau yang dianugerahkan Allah swt kepada para mujahid-Nya. Sehingga kini beliau telah menjadi satu lagenda Nusantara yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Di Sulu, Tausug memanggilnya dengan panggilan "Kahal Musakkal" iaitu seorang guru dan mujahid yang hebat.
Sejak dahulu lagi penulis sendiri telah menjadikan KH Qahhar Muzakkar sebagai idola kerana kegigihan beliau memperjuangkan pemerintahan Islam di Indonesia. Beliau bukan sahaja seorang mujahid malah juga sebagai Murabbi yang ahli dalam ilmu "mengenal diri" menggunakan kaedah zikir dan tareqat sufi. Nampaknya topi penulis sendiri seolah-olah jelmaan topi KH Qahhar Muzakkar.
Mari kita hadiahkan KH Qahhar dan para mujahid Nusantara serta mujahidin seluruh dunia umumnya dengan surah Al Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah di syurga yang penuh kinakmatan "abadi". Al-Fatihahhh!!
Dan tidak lupa juga kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mujahidin era Moro National Libaretion Front (MNLF) di Sulu dan Mindanao dahulu yang gugur syahid berperang dengan kuffar Marcos. Mereka bukannya mati katak kerana MNLF dan pemimpinnya tetapi perjuangan mereka adalah kerana Allah dan Rasul-Nya (jihad fisabilillah), membela bangsa dan Negara tercinta. Al-Fatihah!!
ASREESULU InsyaAllah video ceramah KH Qahhar Muzakkar akan penulis masukkan ke dalam Youtube.com kemudian.
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Friday, March 26, 2010
0
ulasan
Alhamdulillah Buletin Tausug Global telah pun siap dicetak. Dengan hanya 12 muka surat diisi dengan 5 bahasa telah menjadikan Buletin Tausug Global sebagai Surat Khabar Bulanan Kesultanan Sulu Darul Islam yang pertama. Cetakan terhad yang pertama ialah cuma 1000 naskah. Pada 6hb April nanti akan dicetak lagi insyaAllah 5000 naskah.
Hanya ahli Kelab Tausug Global sahaja yang dibenarkan membeli atau ahli yang punya Surat Kelahiran Tausug UTC dan yang ada ID hijau. Untuk pembelian dan tempahan sila sms nama dan alamat anda serta nombor ID Hijau Tausug atau no ID Biru bagi ahli kelab Tausug Global.
Sebarkan salawat ini untuk kemerdekaan Sulu. Allah swt bersama rakyat Sulu dan syafaat Muhammad SAW kepada mereka yang selalu mengucapkan salawat untuknya. Semoga keberkatan salawat akan menjadikan bumi Sulu dan Nusantara umumnya aman makmur dan mendapat keampunan Ilahi.
Penulis dan sahabat-sahabat yang menyokong gerakan UTC di Malaysia telah mengambil inisiatif mencetak VCD/DVD mengandungi Salawat Burdah dendangan Syed Muhammad Al-Hussein ini serta alunan asma' Allah, nasyid dendangan Bro. Sami Yusuf.
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Wednesday, March 24, 2010
0
ulasan
Beberapa hari lalu penulis bermusafir hampir ke semua tempat di seluruh Sabah membuat kaji selidik tahap kemiskinan dan keperluan masyarakat Sulu terutama pendidikan kepada anak-anak. Kaji selidik sangat perlu untuk memudahkan program-program kebajikan disalurkan di masa akan datang.
Bagi penulis, yang paling penting ialah bagaimana golongan terpelajar Tausug dapat membentuk golongan remaja dan kanak-kanak di kawasan kampung mereka. Untuk memudahkan penyampaian perlulah dikaji arah tuju dan selera golongan muda ini agar dakwah boleh dimasukkan ke dalam jiwa raga mereka mengikut keperluan.
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Tuesday, March 23, 2010
0
ulasan
Pada awal tahun 2008 lalu pakcik penulis, Imam Yasin meluahkan kerisauannya bahawa untuk memerdekakan sesuatu negara adalah kerja besar, bukannya kerja satu dua tahun tetapi memakan masa lama dan korban yang bukan sedikit. Malah katanya, untuk memerdekakan Sulu sebagai contoh, tidak semudah itu adalah kerana kepentingan beberapa buah negara keatas wilayah Sulu. Sudah tentu akan dimusnahkan lebih awal dengan pelbagai sabotaj dan pengkhianatan.
Di luar sana kedengaran beberapa suara dari kelompok bekas-bekas pejuang Moro (MNLF/MILF), UMOA @ UMO, dan bekas anggota Abu Sayyaf bahawa adalah mustahil memerdekakan Sulu semula dengan jalan "Tanpa Perang". Kerana hanya perang sahaja yang boleh "membebaskan" Moro Land bukan dengan hanya mengangkat bendera sambil menjerit-jerit di tepian jalan Jolo seperti yang dilakukan oleh United Tausug Citizens (UTC).
Mendengar pelbagai komen dan ulasan seperti di atas, sahabat-sahabat penulis sebilangannya begitu terganggu dan mula takut untuk meneruskan perjuangan UTC. Untuk itu, penulis telah membuat kenyataan yang menambahkan lagi "kerisauan" mereka iaitu,
"Sekiranya ada pihak yang mahu memusnahkan perjuangan mengembalikan Kemerdekaan Sulu yang dilagang UTC maka kita mempersilakan mereka. Kerana saya yakin, kerja-kerja sabotaj dan pengkhianatan mereka akan dimusnahkan Tuhan. Pasti ia akan bocor dan akan ditulis dalam catatan sejarah...."
Berikut adalah Tips penulis, beberapa bentuk sabotaj yang boleh dilakukan untuk memusnahkan UTC kepada mana-mana pihak terutama kepada kerajaan Filipina, sebahagiannya telah pun berlaku,
Mewujudkan Semula Peperangan:Marcos telah melakukan hal ini dan nampaknya kaedah ini telah berjaya menghancurkan Tausug & Kesultanannya sehingga menjadi "Pelarian Perang" dan "Pendatang Tanpa Izin" di Sabah, Malaysia. Untuk mewujudkannya semula hari ini perlulah menyatukan semula bekas-bekas pejuang Moro dengan menamakannya A, B atau C sebagai nama baru untuk gantikan nama lama seperti MNLF, MILF, Ansarul Islam dan sebagainya.
Mewujudkan Kumpulan Pengganas: Maka mudahlah dipergunakan untuk mencetuskan "ketakutan" kepada rakyat Sulu seterusnya menghalang mereka kembali ke Jolo, Sulu untuk perjuangan Tausug dan Kesultanannya dan dalam masa yang sama akan menghalang pemberita asing masuk membuat liputan di kepulauan Sulu, kalau pun ada hanya tertumpu kepada "ganasnya pengganas Muslim Sulu" mencolek dan membunuh. Pencolekan, pembunuhan, rogol, rompakan walau pun dilakukan oleh pihak tentera Filipina akan tetap "dituding" kepada pengganas Muslim Sulu tersebut.
Menukar Identiti Asal: Hal ini berjaya dilakukan oleh Marcos kerana mengetahui kekuatan Muslimin Sulu adalah tiga perkara iaitu Bangsa, Negara (wilayah) dan Aqeedah (Islam). Maka ditukarlah nama Tausug itu berdikit-dikit dengan panggilan Moro (bangsa), Moro Land menjadi Republik Moro (wilayah) dan kaedah Komunis-Muslim sebagai keyakinan baru mengambil perjuangan Revolusi Fidel Castro di Cuba. Apa yang dikatakan Komunis-Muslim ialah perjuangan Revolusi ala Komunis yang dilakukan oleh tentera pemisah beragama Islam. Mana mungkin Islam dapat bersatu dengan komunisme. Fahaman Revolusi inilah yang diajarkan di kem-kem MNLF di awal-awal perjuangan mereka dulu.
Menangkap Dan Membunuh Kesemuanya: Ini adalah langkah terakhir kepada "pakar" sabotaj iaitu dengan menangkap dan membunuh kesemua penduduk Sulu agar tidak bangkit lagi memperjuangkan kemerdekaan mereka semula sampai kiamat. Maka wilayah bersejarah gugusan kepulauan Sulu Muslimin Tausug tidak akan kembali lagi. Tetapi jangan jadi seperti lagenda Ali Hanafiah yang tidak berjaya membunuh seorang kafir wanita hamil yang pada akhirnya anak yang dalam kandungan tersebut kemudiannya telah lahir dan menyebarkan kekafiran kepada keturunannya. Oleh sebab itu, "pensabotaj" jangan mensisakan seorang pun mesti membunuh semuanya.
Kepada Ummah, marilah kita bersatu kerana Allah dan Rasul-Nya. Jangan kerana mahukan "wilayah" atau tanah yang kita dakwa sebagai milik kita lantaran kita sanggup berbunuhan dan mensabotaj saudara kita yang lain. Jangan kerana harta dan kekayaan sementara kita sanggup diperalat membunuh dan memusnahkan Bangsa, Negara sendiri dan Agama tercinta ini.
Salah seorang pemimpin utama MNLF pernah berkata bahawa, "Perniagaan yang paling menguntungkan di dunia ialah Perang Revolusi".
Keyakinan bahawa setiap perancangan jahat keatas golongan yang teraniaya akan digagalkan oleh Allah swt dan pasti akan ditimpakan balasan di dunia lagi sebelum datangnya hari hisab.
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir merancang tipu helah untuk memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang tipu helah dan Allah juga menggagal tipu helah mereka. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang membalas tipu helah mereka" [Surah al-Anfal:ayat 30]
Posted by DZULASREE @ Asree Sug on
Monday, March 22, 2010
0
ulasan
Selasa lalu (16 Mac), seorang yang pernah menjadi wakil OIC yang juga pernah menandatangani Tripoli Agreement 1976 antara Moro dengan Filipina iaitu Abdul Salam Altreki telah membuat pertemuan dengan Nur Misuari dan Gloria Macapagal Arroyo di Manila.
Altreki yang sekarang menjawat jawatan President General Assembly di PBB dikatakan enggan menerima permintaan Nur Misuari untuk mewujudkan perjanjian baru dengan Filipina kerana perjanjian Tripoli dan ARMM 1996 sudah mencukupi.
Altreki juga dikatakan tidak menerima permintaan Nur Misuari agar kes Bangsa Moro Vs. Filipina dibawa ke PBB kerana kes Bangsa Moro adalah masalah dalaman Filipina, maka hanya OIC yang layak "mengurusnya" bukan PBB. Dalam hal ini Gloria juga tidak dapat berbuat apa-apa.
Altreki sedang berucap seolah-olah berkata, "Bangsa Moro punya kes bukan urusan PBB... lainlah kalau urusan Tausug & Sultanate of Sulu, pura-pura tak faham ke?"
Persoalannya mengapa pertemuan tiga pihak (PBB-Filipina-Moro) di Manila itu diadakan dengan permintaan demikian? Ia tampak perjumpaa luar biasa. Ianya cuba diperlihatkan seperti perjumpaan biasa-biasa sahaja sebagaimana perjumpaan yang lalu dalam rundingan damai walau pun pada hakikatnya kesedaran Rakyat Sulu mewujudkan Kewarganegaraan (CITIZENSHIP) sendiri sudah semakin luar biasa di gugusan kepulauan Sulu hari ini.
Gloria sedang berfikir, "Sebelum pilihanraya umum bulan Mei ni aku nak mendaftar jadi United Tausug Citizens. Aku nak ajak Joseph Estrada sekali...hmmm"
Ulasan: Filipina semakin terdesak kerana "permainan" perang dan keganasan tidak laku lagi saat ini berbanding ketika era Marcos dan Estrada. Rakyat Sulu semakin bijak dengan tidak mahu digelar "Bangsa Moro" lagi seperti dulu. Belajar dari kesilapan lalu dengan enggan menerima perang dan keganasan adalah lambang Tausug dan Kesultanan Sulu sejak dahulu kala.Sebenarnya sekiranya kita teropong ke belakang melihat pada perjanjian Autonomi (ARMM) yang ditandatangani oleh Nur Misuari sendiri pada 1996 dahulu, membuktikan satu kesilapan besar Nur Misuari serta salah langkah terbesar bagi pihak Kerajaan Filipina sendiri.
Tipu daya Filipina berjaya memaksa Nur Misuari sebagai wakil Moro menurunkan tandatangan dengan harapan bahawa dengan termeterainya perjanjian tersebut maka MUSNAHLAH harapan Tausug dan para Datu untuk mewujudkan Kesultanan Sulu semula. Hilangnya istilah TAUSUG dan Kesultanan Sulu dalam ingatan rakyat dengan digantikan Bangsa Moro dan Republik Moro telah menggembirakan Filipina.Malang bagi Moro dan Filipina, kerana generasi muda Tausug telah mengesan kesilapan mereka iaitu seperti yang tertulis dalam syarat ARMM 1996 antaranya ialah,
Moro tidak boleh mewujudkan KEWARGANEGARAAN sendiri selain FILIPNO. Dalam hal ini kita lihat MALAYSIA mendapat hak melabelkan semua PELARIAN PERANG MORO yang lari ke Sabah sebagai "FILIPINO". Terbukti dalam setiap Pass IMM13 tertulis warganegara Filipino. Nur Misuari tidak dapat salahkan Malaysia kerana beliau sendiri yang mengakuinya.
Moro tidak boleh mengutip cukai kerana ia hak Kerajaan Filipina. Begitulah bunyi syarat ARMM yang ditimpakan keatas umat Islam Mindanao samada yang mengaku Moro mahu pun yang tidak.
Generasi Tausug hari ini telah mengkaji dua perkara di atas. Setelah mendapat jawapannya maka tertubuhlah United Tausug Citizens untuk mengembalikan Tausug & Kesultanan Sulu sebagaimana ia wujud di masa lalu.
Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh Moro (MNLF/MILF) dan pemimpinnya Nur Misuari selepas ini? Tiada jalan lain ialah dengan menyertai United Tausug Citizens sebagaimana tindakan YM Datu Albi Ahmad Julkarnain. Sekiranya enggan mereka boleh menyertai mana-mana individu yang sudah lama mengangkat diri sendiri menjadi Sultan Filipina seperti Sultan Fuad Kiram, Sultan Esmail kiram dan abangnya Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Aguimuddin, Sultan Roodinhood, dll.
Atau pun mereka menyertai sahaja individu yang beriya-iya mahu menjadi Sultan Sulu, kerana terlalu ramai keluarga Aranan dan Kiram di Malaysia yang terjerit-jerit mahu jadi Sultan sekarang ini. Pilihan ada pada setiap individu samada mahu mengikut Sultan yang "Masuk bakul angkat sendiri" atau perhimpunan rakyat bersatu untuk memilih Sultan Sulu yang layak seperti UTC.Satu pilihan lagi buat pemimpin Moro ialah "menjerumuskan diri" mereka masuk kedalam arena Politik Filipina samada masuk bertanding calon Mayor atau Gobernor. Sekiranya ini berlaku maka samalah seperti kata pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga pula".Kerana kekecewaan dan kerugian akan menimpa diri mereka sehingga kiamat.
Saudara Jamal (bukan nama sebenar) memberitahu penulis,
"Seorang wartawan yang pernah menghadiri perhimpunan 3000 MAYOR seluruh Mindanao yang diadakan di Manila beberapa bulan lalu telah terkejut..."
Penulis bertanya beliau apa yang mengejutkan wartawan tersebut,
"Beliau terkejut bila terlihat tayangan video perarakan United Tausug Citizens di Jolo, Sulu yang kami bawa baru-baru ini bahawa perkara inilah (perarakan TAUSUG) yang dijadikan isu dalam perhimpunan tersebut."
Beliau kononnya telah mendengar ucapan dalam perhimpunan 3000 Mayor tersebut bahawa sudah sampai masanya para Mayor sekelian bekerja keras berkhidmat jujur memenangi hati rakyat MINDANAO untuk FILIPINA, kerana sekiranya Kesultanan Sulu bangkit menghimpun serta menyedarkan rakyat Sulu maka MAYOR akan lemah dan seterusnya tidak berkuasa lagi.
Cerita di atas disahkan oleh x-Komander MNLF, Jul Bin Lutian.
KAJIAN SEJARAH ALTERNATIF: Teori, analisis, cerita benar, tradisi lisan, antro-linguistik dll dalam membongkar rahsia bangsa SEBELAH TIMUR NUSANTARA.
Sila ADD Tuan Blog
Grafik Ihsan http://www.alltausug.co.cc/
Grafik Ihsan http://www.alltausug.co.cc/
Grafik Ihsan http://www.alltausug.co.cc/
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR BAGAIMANA BANGSA SULUG YANG HANYA DUDUK DI SEBUAH PULAU KECIL TAPI DAPAT MENGUASAI ASIA TENGGARA KETIKA DULU? Rujuk kenyataan Al-Mas'udi, Al-Idrisi dan para ahli sejarah Arab lain abad ke-9.
FAKTA AL-BIRUNI & AL-MAS'UDI
"Pulau-pulau sebelah timur di lautan ini (Laut Champa), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu, Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas ... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu."(Al-Biruni, 1030 M)
"Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah."(Al-Mas'udi, 943 M)
AHLI BARU TGM
ILIGAN CITY, MINDANAO.
ZAMBOANGA CITY, SULU.
Tausug Global Bulletin
Lihat PELUKIS TAUSUG
Translator Bantuan
Kedudukan Sebenar!!
In LAUREL VS. MISA, 44 O.G. 1176, the Philippine Supreme Court said that,
“The absolute and permanent allegiance of the inhabitants [TAUSUG CITIZENS] of a territory [SULTANATE OF SULU] occupied by the enemy [FILIPINOS OF REPUBLIC OF THE PHILIPPINES] to their legitimate government [SULTANATE OF SULU GOVERNMENT]
or sovereign is not abrogated or severed by the enemy [PHILIPPINE] occupation, because sovereignty of the government or sovereign de jure [SULTANATE OF SULU] is not transferred thereby to the occupier [FILIPINOS OF THE PHILIPPINES], and if it is not transferred to the occupant [FILIPINOS], it must necessarily remain vested in the titular government [SULTANATE OF SULU].
What may be suspended is the government [SULTANATE GOVERNMENT] of the territory [SULTANATE OF SULU] occupied by the enemy [FILIPINOS] which passes temporarily to the occupant [PHILIPPINE GOVERNMENT].
And, since sovereignty itself is not suspended and subsists during the enemy [PHILIPPINE] occupation, the allegiance of the inhabitants [TAUSUGS] to their legitimate government [SULTANATE OF SULU GOVERNMENT] or sovereign, SUBSISTS and therefore,
there is no such thing as suspended political laws of the occupied territory [Sultanate of Sulu] are suspended or held in abeyance during the military occupation [by the Philippines] is a rule intended for the government of the civil inhabitants [civilian Tausugs] of the occupied territory [Sultanate of Sulu] and DOES NOT BIND THE ENEMIES [Tausugs of Sultanate] AT WAR".
Rujuk/see: Ruffy, et al. vs. Chief of Staff, 75 Phil. 875.
Membongkar keturunan Queen Elizabeth dan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo serta Sultan Bolkiah kononnya berbangsa Tausug? Klik foto untuk mengetahuinya!!
Fakta: Analisis Akhir Zaman
Satu analisis beserta bukti sejarah. Diulas oleh Neldy Jolo dalam ruangan komen. Klik untuk mengetahui kebenarannya!!
"The most revealing recent book on the subject of the Moro race or the Tausug, and the Sulu Sultanate. It takes the readers through the entire period: from the early Muslim travelers who broght Islam to the region, to the Spanish Conquistador, to Marco's era, to the Philipine's claim on Sabah today.
The reader is taken on an intriguing path of discovery - on the little known as second heir to the Sulu Sultanate, and in a nutshell, a proposed solution to the 'Moro problem'. You will find this book special and very different!"
Ini Dia Aplikasi Chat Android Terbaik
-
Di waktu dulu sistem operasi yang popular pada ponsel adalah hp java dan
symbian, namun saat ini sahabat juga tentu sudah tahu sistem operasi
Android lah y...
THE CRAFT CAN CAPTURE IT
-
*THE CRAFT CAN CAPTURE IT*
*By Neldy Jolo*
Oh well I got an angry email to begin my day
Because of my last post on the Jabidah thing yesterday
*Galit sa ak...
WHISPERING BALI
-
*Neldy Jolo*
I have wanted to visit Bali before it became known after the bombing. The
month August just started and it as month of Ramadhan, the fasting ...
SURAH ADDUHA"
-
ÙˆَالضُّØَÙ‰
Sapahan ku bennal si waktu (duha) paangkat ne in mata ellew
ÙˆَاللَّÙŠْÙ„ِ Ø¥ِØ°َا سَجَÙ‰
Duk bennal teed in sangem hinek duk saplag ne in lindem nen...
Introduction & Pre-thought
-
*Indaginislangan*: A Melange of Thoughts and Feelings is a product of
discussion of both of us on how to spread the virus of peace in the realm
of literary...
13 years ago
Komen Tokoh:
1- "Sejarah perjuangan satu bangsa dari rumpun Melayu, pulaunya kecil tapi hairan boleh menjadi satu empayar...."
YB Datuk Taufik Bin Abu Bakar Titingan
Pembantu Menteri Kewangan Sabah
(Merasmikan buku Tausug & Kesultanan Sulu di Auditorium Perpustakaan Tawau pada 26hb Ogos 2007)
----------------------
2- "Nak beli satu...ahaa, tak mengapa saya beli tiga...."
Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam
Menteri Besar Melaka
Telatah ketika membeli 3 buah buku Tausug & Kesultanan Sulu di Dewan Masyarakat Sandakan pada 2007 (Pemilihan UMNO Kinabatangan).
----------------------
3- "Asree, bagi saya buku U lagi, baru boleh komen...."
Pak Habib, Syed Hussein Al-Attas
Penulis Buku Politik Tersohor
Asreemoro pernah memberi Pak Habib buku pada 2007.
---------------------
4- "Buku kamu boleh tahan bah...."
Bro Nazrey Johani (Raihan)
Penasyid & Pendakwah
-------------------- 5- "Menarik! Lebih menarik lagi penulisnya berbangsa Tausug, menulis buku ini dalam Bahasa Melayu...."
Yang Mulia Tuan SyedAbhoud Syed Lingga
Institute Of Bangsamoro, Cotabato, Mindanao.
Mantan Presiden ABIM ke-5
Saya ucapkan setinggi tahniah atas penulisan buku ini. Bagi saya yang telah mengikuti perjuangan Bangsa Moro sejak tahun 70-an lagi, setelah membacanya, kefahaman saya mengenai perjuangan suci Bangsa Moro semakin jelas. Fakta-fakta yang dikemukakan begitu meyakinkan. Kekeliruan mengenai siapa Sultan yang sah dan layak untuk menuntut kedaulatan Kesultanan Sulu juga terhurai dengan kajian yang susah untuk dipertikaikan.
Penerangan mengenai asal usul Bangsa Tausug sebagai bangsa majoriti di Kepulauan Sulu banyak membantu kefahaman mengenai pelbagai bangsa yang menghuni Kepulauan ini yang dinamakan Bangsa Moro oleh Penjajah Sepanyol.
Apa yang menarik dari buku ini ialah penulisan sejarah yang agak lengkap bagi sesiapa yang ingin mengkaji dan memahami perjuangan Bangsa Moro yang dikatakan sebagai perjuangan yang terpanjang dan yang paling berdarah umat Islam didalam sejarah penentangan Penjajah Barat.
Saya rasa buku ini harus menjadi bacaan wajib bagi sesiapa juga yang terlibat didalam sebarang usaha damai di Selatan Filipina. Kegagalan untuk memahami sejarah ini sebagaimana yang tercatit didalam buku ini, adalah suatu kesilapan besar, kerana nantinya penyelesaian tidak akan tercapai kerana kegagalan memahami sejarah dari perspektif pejuang.
Tahniah sekali lagi kepada Asreemoro kerana inisiatif yang membuka mata ini. Semoga ALlah ta'ala jua akan membalas segala usaha dan perjuangan saudara dalam mengangkat martabat Kesultanan Sulu.
Ikhlas,
Ahmad Azam Abdul Rahman Pengerusi, Future Global Network Foundation Kuala Lumpur, 7 April 2009
Nota: Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pengerusi Future Global Network Foundation (FGN) dan Ahli Jawatankuasa Kanan dalam International Movement for a Just World (JUST), dan ahli Transparency International Malaysia. Pada bulan Disember 2007, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi kepada Commission for Social, Humanitarian and Solidarity Union of NGO’s of The Islamic World (UNIW). Presiden ABIM ke-5 (1997-2005).
Komen Dr Farid:
"For a comprehensive review of the history of the “Moro problem” and interesting insights into the Filipino claim on Sabah and related issues, I recommend that you read Tausug & the Sulu Sultanate by Asreemoro (Saba Islamic Media, 2008)".
"Although Malaysian, the author is of Suluk descent and understands the Moro people intimately. His research and the information he has provided are highly commendable, and he has presented his arguments well".
Dr Amir Farid Isahak
The founding president of Guolin Qigong Association Malaysia and former vice-president of the Malaysian Reiki Association
Komen Hj Zakaria
Aluan dalam Bahasa Inggeris: "Tausug & Kesultanan Sulu by Asreemoro. This book, written by a Tausug youth, is a must read for all 'Bangsa Sug" who understand English and Malay. This is one of the Moro feats we all can be proud of. What more to think that he's only equivalent to a high school graduate!"
Aluan dalam Bahasa Sulug: "In book ini subay bassahun iban pangadjian sin katan Bangsamoro makahati mag English iban mag Malayo. Hambuok ini dain ha manga kalabbiyan sin 'Bangsa Sug', bukun hadlangan in pagka kulang pangadji' pasal in sia ini bali 'high school graduate' da. InshaAllah, gumuwa' da in book ini ha bahasa Sug".
Hj Zakaria 'Kerry' Abdullah Bangsamoro Research Centre Kuala Lumpur, Malaysia.
Dari Ust. Hj Abd Halim Abbas
"Satu usaha mendedahkan sejarah panjang bangsa Tausug, tapi masih banyak yang tersembunyi dalam lipatan sejarah. Asri (Asreemoro) membongkar semuanya untuk tatapan generasi akan datang"
Ust. Hj Abdul Halim AbbasKedah
Biodata: Ust. Hj Abd. Halim adalah guru "perjuangan" kepada Asreemoro yang banyak membantu hingga terterbitnya buku Tausug & Kesultanan Sulu. Beliau adalah anak jati Negeri Kedah yang tidak asing lagi bagi mereka yang senantiasa mengikuti perkembangan jamaah dakwah Islamiyah di Malaysia.
Hari ini, beliau banyak meluangkan masanya di negeri Sabah memberi susulan dakwah kepada golongan mualaf masuk ke kampung-kampung bersama para sahabatnya. Beliau rapat dengan para pemimpin Tausug di seluruh Sabah dan senantiasa menekankan pentingnya PENDIDIKAN kepada anak-anak Tausug terutamanya pendidikan Al-Quran dan Sunnah. Tanpa pendidikan, generasi Tausug akan datang akan hanya menjadi debu berserakan diterbangkan angin dimana-mana iaitu kehancuran umat Tausug.
Dengan menggunakan pendekatan dakwah Imam Hassan Al-Banna iaitu dengan menyatukan semua golongan Muslimin yang mengaku Ahli Sunnah wal Jamaah, menepikan perbezaan pendapat dalam dakwah dan tarbiyah serta ibadah demi kesatuan Muslimin akhir zaman. Bagi beliau Muslimin akan dapat disatukan kekuatan dengan cara ini untuk menghadapi musuh-musuh Islam masa kini dan akan datang.
Dari Ust. Nazri Hussein
"...adalah sebuah buku yang hebat yang perlu kita baca. Merungkai satu kajian sejarah silam yang hampir dilupakan oleh generasi kini. Anda perlu tahu, segalanya terkandung di dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu".
Ust. Nazri Hessein Guru Utama Perguruan Gerak Sejati (Puchong) http://nurul-haq.blogspot.com/
Biodata: Beliau adalah guru Tenaga Dalam Nusantara (Olah Nafas) kepada Asreemoro. Mempunyai ratusan murid di seluruh Semenanjung Malaysia dan pakar dalam Rawatan Alternatif. Beliau mahir dalam Ilmu Bekam, Akapungktur, Refleksology, serta pakar dalam ubat-ubatan herba merawat santau dan barah.
Dalam rawatan Alternatif beliau pernah belajar dengan Ustaz Harun Din serta berguru dengan berpuluh guru dari Malaysia hingga Indonesia. Kepakaran beliau dalam Ilmu Tenaga Dalam (Aura) terbukti dengan beribu pesakit Mistik/ganjil pulih ditangannya dengan izin Allah swt. Beliau mula membuka Klinik Rawatan di Puchong pada tahun 2005.
SMS Bersama Al-Habib Rizieq
SMS dari dalam Penjara POLDA, 16hb April 2009,
"...InsyaAllah dalam masa terdekat saya sudah boleh pulang ke rumah untuk kembali berdakwah, dan masa selanjutnya sudah boleh keluar negeri. Salam buat Tuan Sultan (Sultan Bantilan Muizzuddin II Aranan) dan segenap rakyat Sulu. Semoga Allah SWT senantiasa memberkahi Negeri Sulu dan menjadikannya sebagai Baldatun Thoyyibah. Amiiiin"
Ketika beliau diajukan dengan pertanyaan apa yang harus dilakukan untuk pendidikan dan pembelaan anak miskin yatim piatu dan para balu Sulu beliau membalas,
"...Itu masalah keumatan yang sangat penting. Kita akan pikirkan bersama untuk mencari jalan keluarnya. InsyaAllah akan datang pertolongan Allah SWT untuk membantu para janda & anak yatim serta fakir miskin di Sulu, termasuk masjid dan madrasah.
Kini yang penting, Sultan dan Rakyatnya wajib taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, wajib patuh kepada hukum Al-Qur'an & As-Sunnah, sehingga pertolongan Allah SWT mudah datang. Amiiinn"
"Untuk mendalami lagi isu Tausug yang ditohmah sebagai Pendatang Asing oleh pihak tertentu dan mengesahkan dakwaan bahawa Tausug adalah 'Anak Negeri' Sabah, saya membaca buku TAUSUG & KESULTANAN SULU karya Asreemoro.
Buku Versi SEJARAH MELAYU dan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ini ditulis oleh saudara Asreemoro mengikut gaya tulisan modern adalah penulisan semula buku sejarah mengikut sudut pandangan 'ex-parte' kerana ada kalanya anakronis dan menyimpang daripada fakta dan weelstenchauung.
Saya bangga dengan keberanian saudara Asree menulis buku berkenaan yang dibuat secara bersahaja berdasarkan fakta secara ex-parte dan bukannya secara ilmiah dan sudut pandangan seorang wartawan yang mengutamakan alibi dan bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Buku Tausug & Kesultanan Sulu memberi natijah yang amat besar kepada sejarah modern terutama sangkutan kepada desakan politik Filipina sekalipun buku tersebut lebih kepada Sastera Sejarah yang dipapah turun daripada satu generasi kepada suatu generasi tanpa melalui ujian forensik dan pentarikhan radio karbon".
Wartawan UTC
"Tausug dan kesultanan Sulu book is a great masterpiece of a Tausug writer, who viewed history of the Tausug based on the past, present and little ingredients of the future of this brave people. its a springboard of reviving the almost lost race in the Nusantara. This book is trying to tell the people of the World the lost kingdom and its treasure. Everyone has the right to write history.
Even if it's Ex-parte at least it did tell the whole world about the 2nd heir of the Sulu Sultanate. This is the fact that the world must know.
It is the right of every Tausug Children to write their history. We don't want anymore other writer writing our history because most of them are biased.
Asreemoro well serve as model to all of us. His braveness to write this hot topic had opened the eye of all writers. Although he is not an academe, at least he is telling us what is the truth behind.
Sulu Sultanate issues and the truth about the plight of the Tausug in Malaysia and in the Philippines.
Aliazer Abd Rajim Al-Janjawi
Youth Organizer of Kg. Bahagia, Sandakan
Wartawan Borneo Post
"...anak Sabah yang berjaya sebagai kartunis di Kuala Lumpur. Beliau juga menghasilkan buku Tausug dan Kesultanan Sulu, yang mendapat sambutan membanggakan. Buku ini boleh menjadi bahan dokumentasi yang menarik, dan juga boleh menjadi bahan perdebatan akademik yang menarik. Buku ini merupakan sumbangan zulasree terhadap dunia perbukuan di negara ini".
Abdul Naddin
Wartawan Borneo Post
Wartawan UTC & Sejarahwan
"Dalam banyak buku sejarah Sulu yang telah saya telah baca, buku Asreemoro lah yang saya pernah baca sampai empat kali. Adalah disebabkan kandungannya yang tersirat adalah baru dalam dunia akademik yang benar benar membina minda dan perasaan para pembaca untuk mencari kebenaran dalam rahsia kesultanan Sulu dan warganya Tausug" Neldy Jolo Dalam Cbox 01hb April 2009.
Biodata Neldy Jolo:
Di samping fasih berbahasa Melayu dan Tausug beliau juga adalah pakar dalam Forestry. Telah mendapatkan Ijazahnya di Mindanao State of University, Marawi City. Menjadi Pensyarah selama 3 tahun (2004-2006) di Mindanao State University, sulu. Mengambil Masternya ketika mengajar di MSU Sulu (Master of Public Administration & Master of Science in Agriculture). Beliau aktif mengkaji sejarah Sulu semenjak di bangku sekolah lagi. Telah berjaya siapkan manuskrip/monograf tentang sejarah Sulu bertajuk SULU ARCHIPELAGO: The Islands of Pearls and the Wisdom Behind It.
Tulisan Nelson Dino @ Neldy
"Sulu has been part of international turmoil. Thus needs help to bring back the peak of calmness. When I was in Jolo, I told myself that I am one of the luckiest men in the world. Sulu is bitterly known as the “Island of the No return” and “No Man Island”.
Many people wanted to visit Sulu, especially Jolo because of the reputation as centre for international pearl trading it has for centuries. I am proud that somehow Jolo still lingered in the mind of the international community.
Asreesulu or Asreemoro contacted me then that he wanted to visit Sulu for sometimes because his ancestor was originated from here. I told him that “I can guarantee your safety” when will visit Jolo soon. I was actually afraid of what I told him because I cannot be sure of my words to him that “he is safe to visit Jolo.”
Still my trust and confidence to let him visit Jolo was surrendered to God. I knew that Tausug people are not that bad as ever known to the people who hate them. Tausug people are just wanted to be given justice but some are not doing good things and let their people be part of the criticism of others as “uncivilised people”.
I am strongly recommending Jolo, Sulu and other islands around it to be visited, not to give damn of the kidnapping here for I believe it is not the real natives here who facilitated this business. The Tausug people are just victim of the situation of the political, social, economical and cultural chaos. The Tausug people became the collateral of the Sulu people elite to serve the interest to own Sulu as their business assets.
What Tausug people are waiting for now is the shining armour that could serve as the buffer of evil that strikes Sulu for so long. Bring back the glorified memories of Sulu from the cradle of peaceful end to the present conflict and dilemma.
As I heard from a Tausug elder, he said “As long as the Bud Tumantangis still standing erect, no evil traits that can destroy and drown Sulu.” Thus Sulu’s memory of the past shall become the glory of the future!"
Nelson Dino @ NELDY http://theislandsofpearls.blogspot.com/
Dari Blog Mohd. Fazli
Laman ini merupakan karya Asreemoro @ Julasri Bin Hajan, seorang Warga Malaysia keturunan Tausug. Walaupun kelahiran Sabah, beliau tetap kental dengan semangat kebangsaannya (Sulu) dan tetap berjuang membebaskan Sulu (Selatan Filipina) daripada penguasaan 'tak sah' Republik Filipina dan pajakan tak berpenghujung Persekutuan Malaysia keatas sebahagian wilayah Kesultanan Sulu di Sabah.
Segala usaha yang baik demi keamanan dan kelangsungan Kerajaan Islam Sulu/Mindanau dan atas nama pembelaan anak-anak Sulu- Islam yang hidup melarat, Saya sokong.
Mari kita Ikuti wadah perjuangan beliau ini. Mungkin banyak info yang belum kita ketahui.
Mohd Fazli Warga Johor Darul Takzim
Komen Nur Danial
"Buku Tausug and the Sulu Sultanate tulisan anda terdapat beberapa fakta yang memerlukan pembetulan dan kajian selanjutnya. Alhamdulillah sekalipun anda bukan ahli akedemik tetapi telah berjaya menjadi pencetus kepada bangsa Tausug untuk bangkit menulis menyuarakan kebenaran yang selama ini tertimbus atas nama kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu".
Pensyarah Bahasa Melayu & Islamic Leadership di Western Mindanao State University, Zamboanga City.
Derma Jariah
Matlamat Kempen: Program "Mengajar Di Rumah" kepada anak-anak Tausug (Sulug, Bajau, Yakan, Kalibugan, Kagayan, dll) yang tidak mampu atau layak memasuki sekolah kerajaan, Program "Guru-guru Amal" secara sukarela dari mana-mana NGO. Memerlukan dana untuk perlaksanaan program.
Segala bentuk bantuan dan derma sila berhubung dengan tuan blog untuk keterangan selanjutnya. Tertera dibawah no akaun sementara. Sila emailkan resit transaksi setelah bank-in.
Kepada Umat Islam Malaysia!!
Pusat Tahfiz As-Syatibiyah
Satu-satunya pusat Tahfiz Al-Quran yang dikendalikan oleh ustaz Tausug di Kota Kinabalu. Pengambilan pelajar biasanya tidak melebihi dari 40 orang kerana keterbatasan ruang dan guru yang mengajar juga terbatas. Untuk membina pusat-pusat pengajian swasta seperti ini di seluruh Sabah memerlukan modal yang mencukupi untuk menyewa tempat/lokasi dan menampung guru-guru serta makan minum pelajar. Untuk menyumbang sila klik ke blog mereka http://as-syatibiyah.blogspot.com/
To Malaysian Muslim, Please!!
"...perkara rotan ini bukannya penyelesai masalah, malah menambah masalah, dengan merotan ribuan orang Sulu setiap tahun bermakna ribuan bakal 'musuh' akan terhasil?" - Dipetik dari buku Tausug & Kesultanan Sulu, m.s. 193.
"Generasi baru mereka perlukan pendidikan Agama atau Akademik sebab merekalah penentu masa depan bangsa ini. Rosaknya mereka maka negara yang menampung mereka akan turut rosak di masa akan datang".
Dipetik dari buku Tausug & Kesultanan Sulu, m.s. 8.
Tumpung Tausug
PENJELASAN:
Tumpung dalam bahasa Sug bermaksud tabung dalam bahasa Melayu, kata asalnya adalah TAMPUNG yakni menampung sesuatu. Kamahardikaan bermaksud kemerdekaan. Tabung ini telah dilancarkan oleh Council of Regents Sultanate of Sulu di Jolo, Sulu atau Rumah Bichara pada 17 Disember 2009.
Tujuan tabung dilancarkan adalah untuk menghimpun dana rakyat Tausug agar dapat menunjangi program demi program ke arah terealisasinya kemerdekaan Sulu darul Islam pada 2010 dan selepasnya. Pada masa sama Tausug dapat menyimpan wang sebagai simpanan masa depan mereka.
Tabung hanya terbuka untuk rakyat Tausug sahaja di seluruh dunia. Urusniaga menggunakan matawang dari alamat semasa penabung. Kalau mereka tinggal di Amerika Syarikat maka urusniaga menggunakan USD, demikian RM (Ringgit Malaysia), DS (Dollar Singapore), DB (Dollar Brunei), P (Peso Phil.) dll.
Dua Tabung: Tabung terbahagi 2,
Pertama: Tabung Kansiya. Maksud kansiya sendiri adalah tabung dalam bahasa Spanyol (el-Kansya). Council of Regents (Rumah Bichara) jadikannya sebagai jenis tabungan. Polisi Tabung Kansiya berbentuk tetap-bebas secara bulanan. Iaitu simpanan boleh dibuat setiap bulan serendah RM2 seorang tanpa mengira peringkat umur.
Jumlah simpanan pula bergantung berapa banyak yang hendak disimpan. Urusan boleh dibuat melalui wakil-wakil yang dilantik, buku simpanan turut disediakan dan data akan disimpan secara online. Tempoh matang simpanan adalah 6 bulan, ia boleh dikeluarkan oleh penyimpan secara PINJAMAN selepas tempoh matang dan perlu dikembalikan secepat mungkin kerana ia adalah simpanan TETAP-BEBAS. Bebas bermaksud simpanan boleh dibuat dan dikeluarkan pada bila-bila masa sehingga kemerdekaan. Keuntungan atau dividend tahunan ialah 20%.
Kedua: Tabung Bon bermaksud "Savings bonds are non-marketable, meaning that they cannot be bought and sold after they are purchased from the government...". US mendefinasikan demikian dalam http://www.investorwords.com
Tabungan Bon dalam konteks Kemerdekaan Sulu adalah seperti yang kami jelaskan dalam artikel blog ini dalam tajuk Bon MERDEKA. Keterangan lanjut sila hubungi ibu pejabat Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di Kuala Lumpur:
Setiausaha kepada Wakil Rasmi: Tuan Hj Zakaria "Kerry" Abdullah, 2-2A, Jalan GJ 2, Batu 5 1/2 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Dikeluarkan oleh pejabat Wakil Rasmi: Julasri Hajad @ Asreesulu Datu Paduka Wazir Official Representative for Malaysia Affairs, Kuala Lumpur, Malaysia.