NUR MISUARI: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga?
Selasa lalu (16 Mac), seorang yang pernah menjadi wakil OIC yang juga pernah menandatangani Tripoli Agreement 1976 antara Moro dengan Filipina iaitu Abdul Salam Altreki telah membuat pertemuan dengan Nur Misuari dan Gloria Macapagal Arroyo di Manila.
Altreki yang sekarang menjawat jawatan President General Assembly di PBB dikatakan enggan menerima permintaan Nur Misuari untuk mewujudkan perjanjian baru dengan Filipina kerana perjanjian Tripoli dan ARMM 1996 sudah mencukupi.
Altreki juga dikatakan tidak menerima permintaan Nur Misuari agar kes Bangsa Moro Vs. Filipina dibawa ke PBB kerana kes Bangsa Moro adalah masalah dalaman Filipina, maka hanya OIC yang layak "mengurusnya" bukan PBB. Dalam hal ini Gloria juga tidak dapat berbuat apa-apa.
Persoalannya mengapa pertemuan tiga pihak (PBB-Filipina-Moro) di Manila itu diadakan dengan permintaan demikian? Ia tampak perjumpaa luar biasa. Ianya cuba diperlihatkan seperti perjumpaan biasa-biasa sahaja sebagaimana perjumpaan yang lalu dalam rundingan damai walau pun pada hakikatnya kesedaran Rakyat Sulu mewujudkan Kewarganegaraan (CITIZENSHIP) sendiri sudah semakin luar biasa di gugusan kepulauan Sulu hari ini.
Ulasan:
Filipina semakin terdesak kerana "permainan" perang dan keganasan tidak laku lagi saat ini berbanding ketika era Marcos dan Estrada. Rakyat Sulu semakin bijak dengan tidak mahu digelar "Bangsa Moro" lagi seperti dulu. Belajar dari kesilapan lalu dengan enggan menerima perang dan keganasan adalah lambang Tausug dan Kesultanan Sulu sejak dahulu kala. Sebenarnya sekiranya kita teropong ke belakang melihat pada perjanjian Autonomi (ARMM) yang ditandatangani oleh Nur Misuari sendiri pada 1996 dahulu, membuktikan satu kesilapan besar Nur Misuari serta salah langkah terbesar bagi pihak Kerajaan Filipina sendiri.
Tipu daya Filipina berjaya memaksa Nur Misuari sebagai wakil Moro menurunkan tandatangan dengan harapan bahawa dengan termeterainya perjanjian tersebut maka MUSNAHLAH harapan Tausug dan para Datu untuk mewujudkan Kesultanan Sulu semula. Hilangnya istilah TAUSUG dan Kesultanan Sulu dalam ingatan rakyat dengan digantikan Bangsa Moro dan Republik Moro telah menggembirakan Filipina. Malang bagi Moro dan Filipina, kerana generasi muda Tausug telah mengesan kesilapan mereka iaitu seperti yang tertulis dalam syarat ARMM 1996 antaranya ialah,
Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh Moro (MNLF/MILF) dan pemimpinnya Nur Misuari selepas ini? Tiada jalan lain ialah dengan menyertai United Tausug Citizens sebagaimana tindakan YM Datu Albi Ahmad Julkarnain. Sekiranya enggan mereka boleh menyertai mana-mana individu yang sudah lama mengangkat diri sendiri menjadi Sultan Filipina seperti Sultan Fuad Kiram, Sultan Esmail kiram dan abangnya Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Aguimuddin, Sultan Roodinhood, dll.
Atau pun mereka menyertai sahaja individu yang beriya-iya mahu menjadi Sultan Sulu, kerana terlalu ramai keluarga Aranan dan Kiram di Malaysia yang terjerit-jerit mahu jadi Sultan sekarang ini. Pilihan ada pada setiap individu samada mahu mengikut Sultan yang "Masuk bakul angkat sendiri" atau perhimpunan rakyat bersatu untuk memilih Sultan Sulu yang layak seperti UTC. Satu pilihan lagi buat pemimpin Moro ialah "menjerumuskan diri" mereka masuk kedalam arena Politik Filipina samada masuk bertanding calon Mayor atau Gobernor. Sekiranya ini berlaku maka samalah seperti kata pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga pula". Kerana kekecewaan dan kerugian akan menimpa diri mereka sehingga kiamat.
ASREESULU

Altreki sedang berucap seolah-olah berkata, "Bangsa Moro punya kes bukan urusan PBB... lainlah kalau urusan Tausug & Sultanate of Sulu, pura-pura tak faham ke?"
Persoalannya mengapa pertemuan tiga pihak (PBB-Filipina-Moro) di Manila itu diadakan dengan permintaan demikian? Ia tampak perjumpaa luar biasa. Ianya cuba diperlihatkan seperti perjumpaan biasa-biasa sahaja sebagaimana perjumpaan yang lalu dalam rundingan damai walau pun pada hakikatnya kesedaran Rakyat Sulu mewujudkan Kewarganegaraan (CITIZENSHIP) sendiri sudah semakin luar biasa di gugusan kepulauan Sulu hari ini.
Gloria sedang berfikir, "Sebelum pilihanraya umum bulan Mei ni aku nak mendaftar jadi United Tausug Citizens. Aku nak ajak Joseph Estrada sekali...hmmm"
Ulasan:
Filipina semakin terdesak kerana "permainan" perang dan keganasan tidak laku lagi saat ini berbanding ketika era Marcos dan Estrada. Rakyat Sulu semakin bijak dengan tidak mahu digelar "Bangsa Moro" lagi seperti dulu. Belajar dari kesilapan lalu dengan enggan menerima perang dan keganasan adalah lambang Tausug dan Kesultanan Sulu sejak dahulu kala. Sebenarnya sekiranya kita teropong ke belakang melihat pada perjanjian Autonomi (ARMM) yang ditandatangani oleh Nur Misuari sendiri pada 1996 dahulu, membuktikan satu kesilapan besar Nur Misuari serta salah langkah terbesar bagi pihak Kerajaan Filipina sendiri.
Tipu daya Filipina berjaya memaksa Nur Misuari sebagai wakil Moro menurunkan tandatangan dengan harapan bahawa dengan termeterainya perjanjian tersebut maka MUSNAHLAH harapan Tausug dan para Datu untuk mewujudkan Kesultanan Sulu semula. Hilangnya istilah TAUSUG dan Kesultanan Sulu dalam ingatan rakyat dengan digantikan Bangsa Moro dan Republik Moro telah menggembirakan Filipina. Malang bagi Moro dan Filipina, kerana generasi muda Tausug telah mengesan kesilapan mereka iaitu seperti yang tertulis dalam syarat ARMM 1996 antaranya ialah,
- Moro tidak boleh mewujudkan KEWARGANEGARAAN sendiri selain FILIPNO. Dalam hal ini kita lihat MALAYSIA mendapat hak melabelkan semua PELARIAN PERANG MORO yang lari ke Sabah sebagai "FILIPINO". Terbukti dalam setiap Pass IMM13 tertulis warganegara Filipino. Nur Misuari tidak dapat salahkan Malaysia kerana beliau sendiri yang mengakuinya.
- Moro tidak boleh mengutip cukai kerana ia hak Kerajaan Filipina. Begitulah bunyi syarat ARMM yang ditimpakan keatas umat Islam Mindanao samada yang mengaku Moro mahu pun yang tidak.

|