TIPS: Bagaimana Mensabotaj Kemerdekaan Sulu
Pada awal tahun 2008 lalu pakcik penulis, Imam Yasin meluahkan kerisauannya bahawa untuk memerdekakan sesuatu negara adalah kerja besar, bukannya kerja satu dua tahun tetapi memakan masa lama dan korban yang bukan sedikit. Malah katanya, untuk memerdekakan Sulu sebagai contoh, tidak semudah itu adalah kerana kepentingan beberapa buah negara keatas wilayah Sulu. Sudah tentu akan dimusnahkan lebih awal dengan pelbagai sabotaj dan pengkhianatan.
Di luar sana kedengaran beberapa suara dari kelompok bekas-bekas pejuang Moro (MNLF/MILF), UMOA @ UMO, dan bekas anggota Abu Sayyaf bahawa adalah mustahil memerdekakan Sulu semula dengan jalan "Tanpa Perang". Kerana hanya perang sahaja yang boleh "membebaskan" Moro Land bukan dengan hanya mengangkat bendera sambil menjerit-jerit di tepian jalan Jolo seperti yang dilakukan oleh United Tausug Citizens (UTC).
Mendengar pelbagai komen dan ulasan seperti di atas, sahabat-sahabat penulis sebilangannya begitu terganggu dan mula takut untuk meneruskan perjuangan UTC. Untuk itu, penulis telah membuat kenyataan yang menambahkan lagi "kerisauan" mereka iaitu,
"Sekiranya ada pihak yang mahu memusnahkan perjuangan mengembalikan Kemerdekaan Sulu yang dilagang UTC maka kita mempersilakan mereka. Kerana saya yakin, kerja-kerja sabotaj dan pengkhianatan mereka akan dimusnahkan Tuhan. Pasti ia akan bocor dan akan ditulis dalam catatan sejarah...."
Berikut adalah Tips penulis, beberapa bentuk sabotaj yang boleh dilakukan untuk memusnahkan UTC kepada mana-mana pihak terutama kepada kerajaan Filipina, sebahagiannya telah pun berlaku,
Kepada Ummah, marilah kita bersatu kerana Allah dan Rasul-Nya. Jangan kerana mahukan "wilayah" atau tanah yang kita dakwa sebagai milik kita lantaran kita sanggup berbunuhan dan mensabotaj saudara kita yang lain. Jangan kerana harta dan kekayaan sementara kita sanggup diperalat membunuh dan memusnahkan Bangsa, Negara sendiri dan Agama tercinta ini.
Salah seorang pemimpin utama MNLF pernah berkata bahawa, "Perniagaan yang paling menguntungkan di dunia ialah Perang Revolusi".
Keyakinan bahawa setiap perancangan jahat keatas golongan yang teraniaya akan digagalkan oleh Allah swt dan pasti akan ditimpakan balasan di dunia lagi sebelum datangnya hari hisab.
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir merancang tipu helah untuk memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang tipu helah dan Allah juga menggagal tipu helah mereka. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang membalas tipu helah mereka" [Surah al-Anfal:ayat 30]
ASREESULU

- Mewujudkan Semula Peperangan: Marcos telah melakukan hal ini dan nampaknya kaedah ini telah berjaya menghancurkan Tausug & Kesultanannya sehingga menjadi "Pelarian Perang" dan "Pendatang Tanpa Izin" di Sabah, Malaysia. Untuk mewujudkannya semula hari ini perlulah menyatukan semula bekas-bekas pejuang Moro dengan menamakannya A, B atau C sebagai nama baru untuk gantikan nama lama seperti MNLF, MILF, Ansarul Islam dan sebagainya.
- Mewujudkan Kumpulan Pengganas: Maka mudahlah dipergunakan untuk mencetuskan "ketakutan" kepada rakyat Sulu seterusnya menghalang mereka kembali ke Jolo, Sulu untuk perjuangan Tausug dan Kesultanannya dan dalam masa yang sama akan menghalang pemberita asing masuk membuat liputan di kepulauan Sulu, kalau pun ada hanya tertumpu kepada "ganasnya pengganas Muslim Sulu" mencolek dan membunuh. Pencolekan, pembunuhan, rogol, rompakan walau pun dilakukan oleh pihak tentera Filipina akan tetap "dituding" kepada pengganas Muslim Sulu tersebut.
- Menukar Identiti Asal: Hal ini berjaya dilakukan oleh Marcos kerana mengetahui kekuatan Muslimin Sulu adalah tiga perkara iaitu Bangsa, Negara (wilayah) dan Aqeedah (Islam). Maka ditukarlah nama Tausug itu berdikit-dikit dengan panggilan Moro (bangsa), Moro Land menjadi Republik Moro (wilayah) dan kaedah Komunis-Muslim sebagai keyakinan baru mengambil perjuangan Revolusi Fidel Castro di Cuba. Apa yang dikatakan Komunis-Muslim ialah perjuangan Revolusi ala Komunis yang dilakukan oleh tentera pemisah beragama Islam. Mana mungkin Islam dapat bersatu dengan komunisme. Fahaman Revolusi inilah yang diajarkan di kem-kem MNLF di awal-awal perjuangan mereka dulu.
- Menangkap Dan Membunuh Kesemuanya: Ini adalah langkah terakhir kepada "pakar" sabotaj iaitu dengan menangkap dan membunuh kesemua penduduk Sulu agar tidak bangkit lagi memperjuangkan kemerdekaan mereka semula sampai kiamat. Maka wilayah bersejarah gugusan kepulauan Sulu Muslimin Tausug tidak akan kembali lagi. Tetapi jangan jadi seperti lagenda Ali Hanafiah yang tidak berjaya membunuh seorang kafir wanita hamil yang pada akhirnya anak yang dalam kandungan tersebut kemudiannya telah lahir dan menyebarkan kekafiran kepada keturunannya. Oleh sebab itu, "pensabotaj" jangan mensisakan seorang pun mesti membunuh semuanya.

|