Lim Kit Siang Terkejut Dengan Surat Kelahiran UTC!!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, March 31, 2009 4 ulasan

Sultanate of Sulu & North Borneo/Sabah issuing birth certificates for children born in Sabah


"In Parliament yesterday, I gave the Deputy Home Minister, Datuk Chor Chee Heung a copy of a birth certificate issued by the Sultanate of Sulu & North Borneo/Sabah for children born in Sabah, challenging Malaysian sovereignty in Sabah, as he said he was unaware of the existence of such birth certificates". Sila klik untuk baca seterusnya.

Ulasan:
Nampaknya DAP mula resah dengan penangan surat kelahiran UTC. Ganjil, bagaimana Lim Kit Siang mendakwa "birth certificate issued by the Sultanate of Sulu & North Borneo/Sabah" sedangkan North Borneo atau Sabah tidak tertulis dalam surat kelahiran UTC. Sebenarnya ia hanya terdapat di bawah bendera (sebelah kanan) dengan tulisan kecil yang hanya merujuk sejarah bendera tersebut.

Lim Kit Siang mungkin tidak tahu negara kita Malaysia masih membayar wang pajakan rm5,300 setahun kepada 9 waris Kiram. Kesian Uncle Lim.

Untuk makluman, Sultan Bantilan Muizzuddin II Aranan yang mengeluarkan surat kelahiran tersebut adalah untuk rakyatnya bukan untuk rakyat Malaysia dan Filipina. Lagi pun Sultan Bantilan tidak pernah keluarkan kenyataan "Mahu Menuntut Sabah" sehingga hari ini kerana tahu Malaysia masih membayar pajakan setiap tahun. 

Diharap Malaysia mengambil sikap berhati-hati terhadap sebarang tindakan kepada pemegang surat kelahiran UTC ini di Sabah. Kalau pihak keselamatan menangkapnya lalu menghantarnya ke Filipina sedangkan dia bukan rakyat Filipina, ini boleh dicatat sebagai penganiayaan kepada rakyat Sultan Sulu. Rakyat Sulu dan Malaysia majoriti sama-sama Islam, eloklah diperhalusi perkara ini sebelum menjadi "bom nuklear". Silap-silap Malaysia masuk perangkap sebagaimana Filipina terperangkap pada 17hb Mac baru-baru ini. 

Sudah masanya Malaysia menghantar delegasi menemui Sultan Bantilan Muizzuddin II di Sulu, atau Kementerian Luar Malaysia memanggil Kementerian Luar Sultan Sulu untuk perbincangan secara muhibbah. Jadikan persaudaraan seagama sebagai pengikat tolak ansur sesama kita. Bagi saya setakat Lim Kit Siang tiada hal, biar dia dengan kerjanya.

Melayu Malaysia dan Tausug Sulu adalah bersaudara!!
  1. aku mau tanya ?apa motif kau buat blog ni dan kenapa tidak dlm bahasa tausug? kalau setakat mau PROMOSI bangsamu nda pyh la!!!

    Melayu Malaysia dan Tausug Sulu adalah bersaudara!! semua umat islam bersaudara tapi tidak senegara UTC adalah UTC ,Malaysian adalah Malaysian..betul sejarah mempengaruhi tapi dulu lain sekarang lain . Malaysia Boleh!! Suluk tak Boleh!!.. Hahahaha

  1. Hahaha, Jaidi, memang kau boleh!! Boleh mengutuk!! Kontek saya untuk meyuarakan kutukan anda. Kita tengok betulkah anda Melayu Malaysia?

  1. siapa anda yang hendak nengarah kan kementerian luar malaysia....adakah kementerian luar sulu diiktiraf oleh filipina????jika tidak lebih baik lupa kan sahaja...negara malaysia hanya berurusan dengan negara yang diiktiraf sahaja...kesultanan sulu hanya nama...no more than that...buktikan kesultanan sulu diiktiraf oleh negara filipina...

  1. Saudara saudara ku,kalau nak baca sejarah keturunan Suluk ni baca jak la,jangan kutuk-kutuk...nanti akan membabitkan@menyinggung perasaan kami (Bangsa Suluk).

Post a Comment