Tausug Dari Kacamata Masyarakat Filipina

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 31, 2009 0 ulasan

Cerita: Neldy Jolo
Ulasan: Asree
Cerita melalui talipon. Pengalamannya selama berkelana di seluruh Filipina dari Sulu ke Luzon.

TAUSUG DIHORMATI?
"Pengalaman menjadi pelajar di salah satu universiti di Marawi City, Mindanao menghasilkan beberapa cerita menarik tentang bagaimana pandangan kaum lain terhadap Tausug. Kaum Maranao dan Maguindanao bila mengetahui yang mereka bawa bergaduh ialah Tausug mereka akan cepat-cepat redakan keadaan samada meminta maaf atau lari sahaja.

Dikalangan kaum Mindanao saya punya pengalaman bergaduh dengan Maguindanao dengan Maranao. Tidak pula bagi kaum Iranun, kerana Iranun sangat menghormati Tausug. Iranun kiranya bertembung dengan Tausug selalu mengalah sambil berkata "Sulug anan, manga pagari' tano" (Tausug, mereka adalah saudara kita). Kerana mereka tahu, sifat Tausug tidak suka memulakan pergaduhan.

Di Pulau Luzon, Tausug dikenali sebagai Suluan atau Joloano manakala di Mindanao, Visaya, Cebu dan lain-lain tempat Tausug dikenali sebagai SULUG. Dikalangan masyarakat Filipina begitu mengenali Tausug dengan dua perkara.

Pertama: Tausug adalah kaum yang berani
Kedua: Tausug adalah manusia baik"

Ulasan: Dua perkara di atas adalah gelaran kepada sifat Tausug di mana-mana sekali pun ada juga yang menggelar Tausug sebagai "perompak dan pengganas" tetapi keseluruhan dua perkara di atas tetap diberi kepada Tausug hingga kini.

KAUM WARAY VISAYA
Di Pulau Visaya kaum yang sangat berani ialah kaum Waray. Mereka bertebaran dimerata tempat di kepulauan Filipina yang dikenali sebagai berani tetapi tidak di Sulu. Kaum Waray ditakuti di kalangan kaum beragama Kristian.

"Saya pernah menaiki kapal di Pulau Cebu, tiba-tiba terlanggar bahu seorang lelaki Waray. Beliau terus menolak saya menunjukkan kemarahan (mungkin marah dengan terlanggar bahu yang saya tidak sengaja) lalu saya pegang dan memulas tangannya. Saya katakan padanya agar jangan memulakannya kerana saya akan melawan. Dia terkejut lalu bertanya saya berasal dari mana, saya menjawab dari Sulu. Dia tanya samada saya berbangsa Sulug saya kata memang saya Sulug. Tiba-tiba berubah wajahnya dan menunjukkan sikap berbaik-baik.

Sepanjang perjalanan di dalam kapal beliau menceritakan kepada saya tentang keberanian dan kebaikan Tausug. Menurutnya, orang kampungnya yang menjadi tentera Filipina tidak mahu dihantar bertugas ke Sulu kerana takut dibunuh oleh Tausug. Sebilangan besar langsung letak jawatan bila terdengar mereka akan ditugaskan di Sulu.

Sebenarnya ia bukanlah pelik bagi saya. Kerana sebelum ini saya pernah saksikan sendiri di lapangan terbang Jolo, Sulu bagaimana sekumpulan tentera Filipina yang baru sampai di lapangan terbang Jolo meninggalkan senjata dan seragam mereka lalu naik kapal kembali ke kampung mereka sambil membebel bahawa mereka tidak dimaklumkan langsung yang mereka akan ditugaskan di Sulu".


RAHSIA KEBERANIAN
"Pada tahun 2000 saya pernah berkunjung ke Illigan (Beberapa puluh kilometer dari Cotabatu) bersama 3 orang sahabat yang juga berasal dari Jolo. Ketika kami melintasi satu kawasan yang dipenuhi oleh kaum Visaya mabuk (jumlah mereka lebih kurang 30 orang) salah seorang sahabat saya telah berselisih faham lalu berlaku pertengkaran dengan salah seorang Visaya yang ada di situ sehingga membawa kepada pergaduhan. Apa yang berlaku kami berempat telah diserang dan dibelasah sehingga lebam dan luka-luka. Oleh kerana mereka terlalu ramai dan saya pula risau salah seorang dari kami dikeroyok maka kami masing-masing bersandar bahu membahu agar tidak terpisah.

Saya berseru dalam bahasa Tausug kepada 3 sahabat "Ayaw kita niyu dumagan misan kita niyu mapusat!!" (Jangan lari walau pun kita dilanyak sampai lumat!!). Tiba-tiba mereka terkejut setelah mereka dengar kami bertutur dalam bahasa Tausug lalu beberapa orang dari mereka cabut lari. Setelah lihat yang lain lari maka yang tinggal pun lari, yang akhirnya semua lari. Oleh kerana terlalu geram kami mengejar dan sempat menangkap seorang lalu kami belasah cukup-cukup. Apa yang saya paling risau dan tidak sanggup menghadapinya ialah sekiranya kami dipanggil PENAKUT oleh mereka, sebab itu saya seru mereka jangan lari biar pun dibelasah hingga lumat, janji jangan lari.

Di kalangan kaum Visaya, mereka mengenali Tausug dengan "Bangsa yang tidak takut mati" dan "Tidak akan lari walaupun keseorangan". Sahabat saya bernama Mudar pernah bersekolah di Pulau Cebu. Satu ketika beliau berselisih faham dengan pemuda Visaya dari suku kaum Waray sehingga membawa kepada pergaduhan. Beliau telah ditetak dengan sebilah parang lalu beliau tahan dengan tangannya menyebabkan tangannya terbelah dan parang sampai ke kepalanya. Bro Mudar tidak lari seinci pun atau menunjukkan wajah kesakitan malah terus merampas parang tersebut lalu mengejar waray untuk membalas. Malangnya Waray telah lari langkah seribu".

Ulasan: Ternyata keberanian Tausug ialah semata-mata berpunca dari takut MARUAH TERCALAR. Oleh kerana takut dipanggil PENAKUT sanggup melawan 30 orang musuh sekali pun tidak mampu melawannya. Situasi seperti ini tidak hanya berlaku kepada Neldy Jolo dan kawan-kawannya malah keseluruhan kaum Tausug terutama Tausug dari suku Buranun mempunyai keberanian pelik seperti ini yang disemai sejak kecil.


KEBERANIAN DISEBABKAN GENETIK?
"Saya punya seorang sahabat Tausug di Sulu yang ayahnya bernama Julhassad (namanya lebih kurang) pernah jadi tentera Filipina ketika dulu. Beliau berkata, ayahnya telah ditugaskan di Mindanao ketika itu telah ditawarkan oleh satu keluarga untuk menikahi anak perempuan mereka. Keluarga tersebut mahu Julhassad mengahwini anak mereka hanya semata-mata untuk mendapatkan anak lelaki "Tausug". Sekiranya Julhassad menceraikannya setelah itu mereka tidak kesah yang penting mereka dapat cucu lelaki "Tausug". Ternyata ia menjadi kebanggaan sekiranya mereka punya keluarga Tausug".

Ulasan: Malangnya Julhassad tidak berminat dengan tawaran tersebut. Perlulah dijelaskan, sebahagian Tausug masih memandang rendah terhadap kaum lain terutama kaum Visaya yang mereka anggap sebagai "hamba abdi" Spanyol ketika dulu. Malah Tausug masih menggelar semua kaum yang beragama Kristian samada Tagalog, Bagubo, Illonggo, Ilocano, Surigaonun, Hiligaynon atau siapa sahaja asalkan beragama Kristian semuanya "dibungkus" dengan istilah "Visaya". Hinggakan Visaya itu sendiri membawa maksud "Kafir" kepada Tausug hingga kini.

Persoalannya benarkah keberanian Tausug disebabkan Genetik? Atau keberanian tersebut telah disemai dari kecil oleh kaluarga mereka? Saya berpandangan ia disebabkan persekitaran serta budaya kebiasaan telah menjadikan mereka demikian. Tausug malu digelar penakut sebab itu sanggup mati dari menanggung malu kerana ibu bapanya senantiasa mengingatkan bahawa tiada datuk neneknya yang dayus takut pada "Visaya Kafir". Sebab itu lari dari musuh adalah simbol "kedayusan" yang akan menjangkiti generasinya yang akan datang. Keberanian inilah yang diakui oleh General Tentera Amerika Syarikat ketika dulu.

Seperti pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 oleh tentera Amerika Syarikat yang di arah oleh General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan:

"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Dalam Press Release, 1,000 Tausug warriors who fought and died at Bud Dajo Battle pada March 8, 2006, Senator Aquilino Nene Q. Pimentel, Jr. berkata:

“Pahlawan-pahlawan Tausug dan ahli keluarga mereka yang menentang pencerobohan asing di Perang Gunung Dahu (Bud Dahu [Battle of Bud Dahu]) patut di iktiraf kerana keberanian dan keperwiraan mereka. Jarang kita temui di dalam sejarah, keberanian seperti yang di tunjukan oleh Tausug di Bud Dahu. Keberanian dan pengorbanan mereka mempertahankan Bud Dahu boleh di bandingkan dengan lagenda kemenangan penganut Yahudi (Jewish) menentang penjajah Roman di tahun 72 A.D, zaman Kristian di puncak kubu bernama Masada.

Semangat Tausug tidak takut akan mati (never-say-die spirit) di Bud Dahu di contohi oleh juruterbang Kamikaze Jepun yang melanggar kapal perang Amerika di perang Okinawa hingga ke penghujung Perang Dunia Kedua di Pacific. Bud Dahu berdiri megah di dalam rekod keberanian pahlawan-pahlawan dan orang-orang yang melawan demi kemerdekaan negara mereka dan ia yakni berada di tahap Masada yang tinggi dari Okinawa dan Saipan”.

Pertama: "Helo! Asree, aku nak bagi kamu satu maklumat....!!""

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 30, 2009 7 ulasan


Tausug Pembela

Cerita Satu: Melalui Talipon,

"Bro, tulisan mu dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu terdapat cerita tentang tentera Sultan Sulu datang membantu selesaikan perang saudara Brunei tahun 1675. Sebenarnya tentera Sulu tersebut ialah diketuai oleh Panglima Ilidji dengan 800 ke 1000 tentera laut Bajau Balangingi dan Iranun membantunya".

Ulasan:
Kemungkinan adalah benar maklumat beliau. Setahu saya ada 3 panglima Tausug yang mengetuai peperangan membantu Sultan Brunei ketika itu (menurut tradisi lisan) termasuklah Panglima Ilidji. Peperangan selama sehari setengah (Setengah sumber 3 hari) mengalahkan Pangeran Abdul Mubin (pencopot takhta) di Pulau Chermin. Panglima Ilidji mengejar Abdul Mubin sampai masuk kedalam Masjid lalu memenggal kepalanya dengan barung. Sultan Muhyiddin kemudian menghadiahkan Borneo Utara kepada Sultan Sulu setelah itu.

-------------------------

Cerita Dua:
Cerita seorang kawan (pesara tentera Malaysia Jurulatih Base 300) ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur akhir tahun 2008:

"Asree, kamu tahu siapa yang membantu Malaysia membunuh dan mengalahkan tentera komunis yang terakhir di Sarawak era 70-an? Tidak lain dan tidak bukan ialah bangsa kamu. Ketika tentera Malaysia buntu bagaimana menghapuskan komunis di Sarawak, bangsa kamu datang membantu hapuskan komunis di hutan Sarawak. Kamu tak tahu bangsa kamu sangat ramai di Sarawak?"

Ulasan:
Saya teruja dengan cerita beliau menyebabkan mata saya hanya terkebil-kebil.

--------------------------

Cerita tiga:

Diceritakan oleh Safri beliau berbangsa Bugis Bone dari Sulawesi (Beliau menjadi pakcik saya setelah berkahwin dengan ibu saudara saya bernama Merhama binti Muhammad Salleh, beliau sangat fasih berbahasa Tausug),

"Asree, beberapa tahun lalu saya kembali ke Sulawesi. Ketika itu kecoh tentang pergaduhan Islam dan Kristian  di sana hingga merebak ke kampung saya. Setibanya saya di kampung tiba-tiba mereka datang (orang kampung dan saudara maranya) mengerumuni saya sambil bertanya "Mana isteri kamu?" saya jawab saya tinggalkan di Sandakan. Mereka bertanya lagi "Bukankah isteri kamu berbangsa Suluk?" saya mengiyakan dengan penuh kehairanan, mungkin keluarga saya telah maklumkan kepada mereka tentang isteri saya berbangsa Suluk (Tausug)".

"Setelah diteliti rupa-rupanya pada tahun 2003 lalu telah berlaku satu tragedi berdarah Islam vs Kristian. Satu pagi di waktu Subuh sekumpulan orang Kristian menyerbu masjid lalu menembak puluhan jamaah yang sedang bersolat ketika itu. Semua jamaah syahid ketika bersolat mengadap Maha Pencipta. Orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyuarakan kemarahan kepada pihak keselamatan Indonesia kerana gagal memberkas seterusnya menghukum para pembunuh tersebut".

"Selang beberapa hari (samada di waktu pagi atau petang tak ingat) tiba-tiba beberapa Pump-Boat telah muncul dari arah laut yang dinaiki oleh beberapa orang berbaju celoreng dengan bendera merah terpacak dibelakang bot mereka secepat kilat mendarat. Masuk meluru ke satu kampung lalu menembak dan membunuh penghuni kampung tersebut lalu mereka secepat kilat bergerak menaiki bot dan pergi dari situ. Penghuni kampung sekitar kecoh dan setelah diperiksa orang kampung yang dibunuh itu adalah beragama Kristian dan mereka inilah yang bertanggung jawab membunuh puluhan muslimin yang sedang bersolat di masjid tempohari"

"Telah heboh di pelusuk kampung bahawa yang datang membalas terhadap pembunuhan muslimin dalam masjid itu ialah berbangsa Suluk dari Filipina Selatan. Baju celoreng yang mereka pakai bukan celoreng Indonesia. Mereka memacak bendera merah (kemungkinan bendera MNLF). Akhirnya saya dikenali di kampung sebagai yang bertuah memperisterikan orang Suluk (Tausug)".

Ulasan:
Hairan juga saya dengan cerita pakcik saya yang berbangsa Bugis ni. Menakjubkan pun ada!!

----------------------------

Cerita empat:

Cerita seorang penyanyi Tagalog pekerja kelab malam di Kuala Lumpur bernama Jackol. Beliau berasal dari Manila dan pernah menetap di Davao,

"Asree, kamu tahu Tausug sangat ganas dan pempunyai budaya perang yang tidak bertempat. Kelemahan Tausug hanya satu iaitu sekiranya kita berkawan dan mengasihi mereka, persahabatan tersebut akan mereka jadikan sebagai darah daging seperti saudara mereka sendiri. Mereka sanggup membela kita hingga ke titisan darah mereka yang terakhir sebagai sahabat sekalipun kita bukan Islam seperti mereka. Selama saya di Davao saya punya sahabat Tausug yang ramai. Bagaimana saya dapat berkawan dengan mereka? Sebab saya selalu nyanyikan lagu Slow Rock kegemaran mereka pada bila-bila masa mereka minta. Hahaha...!! Tausug suka lagu Rock jiwang!! Hahahaha"

"Satu hari, saya diugut oleh beberapa samseng Visaya hingga telah mengganggu kehidupan harian saya. Akhirnya situasi saya yang terancam diketahui oleh salah seorang sahabat Tausug lalu meminta saya tunjukkan dimana lokasi samseng tersebut. Seperti tidak sayangkan nyawanya sendiri beliau langsung meluru ke arah kumpulan samseng lalu mencabar mereka satu lawan satu dengannya. Malangnya beliau telah ditumbuk dikeroyok seorang diri, saya hanya pandang dari jauh tanpa buat apa-apa. Tidak berapa lama kemudian kawan Tausug lain datang membantu sambil membawa pisau dan parang menyebabkan kumpulan samseng melarikan diri".

Ulasan:
Jackol ketika bercerita tidak tahu yang saya sendiri berbangsa Tausug. Dan Jackol tidak tahu Tausug di Malaysia tidaklah seberani (membabi buta) seperti tausug di Filipina Selatan. Adalah disebabkan mereka (Tausug) di sana hidup tanpa undang-undang.

Tausug Panggapi'? (Tausug Pembela?)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Model dari Sandakan: Bro. Tong & Aliazer. Sponsor Pakaian Tausug: Tazmira. Senjata Tausug: Bro. Jalsani. Lokasi: Taman Jalil Alip Sandakan.

Maksud Puisi

Ku mulakan dengan seruan,
Agar generasi ku dikenali,
Jangan terlalu dimanjakan,
Supaya tidak berantakan.

Orang tua-tua kita telah beritahu,
Bangsa kita sememangnya Merdeka,
Negeri kita terpelihara,
Kini, dari dulu sejak zaman Kastila (Spanyol).

Hari ini tohmahan semakin menjadi-jadi,
Kononnya bangsa kita pengkhianat,
Tiada konon janji yang termeterai,
Kecuali kita musnahkan kesemuanya.

Hey! Orang yang banyak mulut,
Hentikan cakap dari belakang,
Silakan ke hadapan,
Agar kalian dapat menyaksikan kebenaran.

Ingatlah kalian,
Tausug tidak suka melawan,
Kalau bukan dicabar terlebih dahulu,
Bukti ketulusan pekerti.

Sila buka segala buku sejarah,
Siapa yang mula-mula ke hadapan,
Membantu dalam peperangan,
Sekiranya bangsa lain di aniaya.

Tausug bukan penjajah,
Kerana kebenaranlah yang mereka munculkan,
Saudara Muslim dibawa berganding bahu,
Seteru (kafir) yang mengaku kalah.

Mungkin mereka lupa mengira,
Sifat (kaul fiil) sebenar bangsa kita,
Sejak dulu berkasih-sayang,
Kepada bangsa lain yang seagama.

Aku hanya memberi anjakan,
Bukan bermaksud buruk,
Bukan juga memberi tohmah,
Hanya bertukar fikiran.

Kebenaran ku buktikan,
Bahawa Tausug adalah pembela,
Tiada bangsa lain setara,
Hidup hanya untuk membela.

Tausug memang bangsawan,
Kaum Bajau adalah saudaranya,
Menemaninya merentas segala lautan,
Berdagang mutiara ke negeri orang.

Tausug sememangnya kaya raya,
Emas dan mutiara sebagai modal,
Pandai berdagang secara BARTER,
Hingga ke Negeri China dan Negeri Melayu. 

Tausug Bugaan?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, May 29, 2009 0 ulasan

Apabila Fitnah & Adu Domba Berleluasa Dalam Perjuangan

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, May 11, 2009 0 ulasan


Foto kenangan di Zamboanga Mac 2009

Semalam sahabat saya dari Sandakan mengubungi saya dengan melaporkan beberapa fitnah terhadap saya yang antaranya "Asreemoro adalah talibarut kerajaan Malaysia" dan "Asreemoro adalah agen pemusnah Tausug (UTC)".

Saya katakan pada sahabat saya iaitu mereka yang menuduh mesti mendatangkan 4 orang saksi terhadap tuduhan mereka. Atau sekurang-kurangnya si penuduh bersua muka dengan saya, kalau tidak saya katakan mereka adalah pendusta dan sesungguhnya "tuduhan telah berpatah balik ke muka mereka sendiri".

Mereka sangat jahil dengan keadaan mereka sendiri tanpa menyedari sesiapa sahaja boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan "talibarut, informer dan sebagainya". Samada sedar atau tidak dikalangan kaum Tausug dalam perkampungan mereka berlambak informer. Beratus-ratus pemberi maklumat berserakan di mana-mana yang mana tujuan mereka adalah untuk menjaga ke amanan negara.

Informer Filipina berlambak di negeri Sabah begitu juga Indonesia, siapa tahu? Who cares? Persoalannya dimana kita letak diri kita, sekiranya kita memang senantiasa menjaga ke amanan apa yang perlu dirisaukan? Kalau dah memang penjenayah atau memang berasa diri telah buat kesalahan sudah tentulah takutkan informer atau SB.

Pecah belah kepada perjuangan Tausug sejak dahulu lagi hingga hari ini akan berterusan sampai bila-bila. Dalam MNLF sendiri sejak dari awal telah dirosakkan oleh fitnah dan adu domba hingga kesatuan Muslimin Tausug "Mustahil" untuk dapat disatukan kembali. Terbukti, hingga hari ini perjuangan Muslimin Tausug dan Maguindanao semakin hancur dengan kumpulan masing-masing semakin hari semakin berpecah. Ibarat cermin yang sudah retak seribu, sekali pun tidak dihempas ia akan terburai dan berserakan.

Tausug yang masih meneruskan budaya menjaga maruah hingga kini. Foto diambil sekitar 1900-an.

Kelemahan Tausug kerana pegangan agama yang cetek dan kejahilan yang berleluasa. Kelemahan Maguindanao, Maranao pula ialah tiada jati diri sekali pun terkenal dengan pengetahuan agama yang tinggi. Tausug menuduh Maguindanao dan Maranao sebagai "sanggup menjual isteri sendiri", Maguindanao-Maranao pula menuduh Tausug sebagai "Berani yang tiada makna, kerana terpaksa berperang disebabkan terkepung di Pulau-pulau".

Sultan dan Datu Maguindanao. Foto antara tahun 1900 dan 1930.

Demikian Tausug sebilangannya senantiasa merendah-rendahkan kaum Bajau terutama Bajau Pala'o dan Luwa'an. Manakala kaum Bajau pula menggelar Tausug sebagai jahat dan memperlakukan mereka sebagai "hamba-abdi" mereka. Sehingga muncul satu cerita, bagaimana seorang pendakwah datang bertdakwah dikalangan kaum Bajau Laut di Sulu. Ketika ustaz menjelaskan bahawa sesiapa yang melafazkan kalimah syahadat maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh nikmat dan kesenangan, salah seorang pendengar Bajau Laut yang hadir bertanya:

"Dalam syurga ada Tausug tak ustaz?" Maka ustaz menjawab "Ya sekiranya Tausug beriman dan bertaqwa pasti mereka juga akan masuk syurga" Bajau Laut berkata "Ahhh!! Tausug juga ada di syurga??!! Saya tidak mahu masuk syurga!!".

Lihat, bagaimana ini berlaku dikalangan kaum Sulu? Ia adalah adu-domba, fitnah yang secara semula jadi datang dari kaum Sulu sendiri atau datang dari "pecah & perintah" musuh-musuh Islam. Mari kita nilai dan lihat semula diri kita tanpa menyalahkan orang lain. Bersatu semula dibawah payung dua kalimah syahadat. Dengan demikian segala perbezaan pendapat dapat dikesampingkan, dan tujuan utama yang dipersetujui bersama haruslah dikedepankan bersama-sama. InsyaAllah kejayaan pasti di tangan KITA!

Ulasan:
Saya berpandangan, sesiapa sahaja yang duduk di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia secara tak langsung mereka juga adalah "Talibarut" kepada kerajaan. Kerana sebagai warganegara sesuatu negara sudah pasti mempunyai hak dalam perlembagaan (hak pendidikan, perubatan dan sebagainya) maka sudah pasti kerajaan juga ada hak terhadap rakyatnya iaitu perlunya mematuhi undang-undang negara. Maka jangan langgar peraturan negara kiranya tidak mahu ditangkap atau dizalimi. Punca kezaliman adalah kerana anda menzalimi diri sendiri.

Kiranya tidak sanggup menjadi "talibarut" atau tidak mahu ditangkap sekiranya anda berbuat jenayah sekali pun, carilah negara lain yang bebas "melakukan jenayah" dan bebas dari tuntutan menjadi "talibarut" mana-mana kerajaan.

Kita Tausug di Malaysia menghadapi situasi yang sukar terutama yang telah menjadi warganegara, iaitu antara kepentingan negara dan kepentingan bangsa anda (Tausug). Apa yang perlu dilakukan ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam menghakimi keadaan ini. Kerana tiada keadilan tanpa kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Saya percaya umat Islam Malaysia akan bersikap adil kepada Bangsa Muslim Tausug selagi Tausug berpegang dengan keadilan Islam.

Cendera Mata Peninggalan Perang Jepun di Jolo, Sulu.

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan



Dear Brother Asree,

I am writing this letter to seek for assistance to contact the rightful person in connection with the HISTORICAL MEMORABILIA of the Diet House of Japan (Please see attachement). I have also heard about Sheiji Shemomura who came to Philippine looking for the said artifact, I searched his address in the internet and prepared a letter for him but until now no response has been received by the undersigned or whether or not it reaches Mr. Sheiji (Please see attached letter). 

We firmly believe that the said item is indeed owned by somebody connected with any of the family of the Royal Highness in Japan considering the fact that the seal of the emperor is found on the surface of the artifact and other important markings such as Mount Fuji, the Diet House of Japan among others. I do understand this is very historical in nature.
 
In view threof, I would like to personally turn over this item to the rightful owner in lieu of something beneficial to my family and my home town or a finder's reward shall be accorded to us. I have made some research about this coin for your ready reference. (Please see attached). I would like also to officially transact this thru proper channel, the Japanese Embassy or any of your Japanese Friend if you have.

Looking forward to hearing from you. Thank you


Sincerely,

RUHIR A. SHAMMAH
Municipal Planning & Development Coordinator
Department Head I
Concurrent In-Charge of  Jolo Area Coordinating Center
Office of the Mayor
7400-Jolo, Sulu (Philippines)






Ulasan:
Saudara Ruhir berasal dri Jolo Sulu telah menghubungi saya dari Jolo setelah terbaca blog Tausug-Global. Walau pun beliau tidak memahami bahasa dalam blog beliau berusaha mencari kawan yang boleh berbahasa Melayu di Jolo untuk alih bahasakan kandungan blog untuk mudah beliau fahami.

Beberapa hari beliau menghubungi saya melalui telepon mudah alih beliau dari Jolo agar syiling besar (lebih besar dari telapak tangan) yang beliau beli dari pada penyelam kaum Bajau Laut di Jolo beberapa tahun yang lalu. Beliau percaya syiling besar berupa seperti tembaga itu adalah kepunyaan kerajaan Jepun era Perang Dunia ke-2. Ini kerana beberapa individu yang ada kaitan dengan Maharaja Jepun pernah datang ke Cebu yang beliau percaya sedang mencari sesuatu.

Sesungguhnya beliau sangat berharap untuk mengembalikan barang berharga tersebut kepada kerajaan Jepun atau pemilik kepada cenderamata itu. Sesiapa yang berminat atau yang punya perhubungan dengan individu pencari barang antik Jepun bolehlah menghubungi saya.

Rahsia Pembunuhan Jabidah 1968 Terbongkar?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 3, 2009 1 ulasan

Pembunuhan beramai-ramai Tausug dan Bajau Jabidah oleh Marcos pada tahun 1968 telah menyebabkan peperangan besar yang meletus pada 1972. Perang tersebut adalah perang "MNLF melawan Marcos" menyebabkan malapetaka yang telah menghancurkan kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu ketika dulu. Sehingga kini walaupun perang tidak sehebat dulu kesan dari kehancurannya masih tidak mampu dipulihkan samada MNLF atau Filipina sendiri. 

Persoalannya, benarkah pembunuhan Jabidah tersebut wujud seperti yang didakwa? Umum mengetahui pembunuhan Jabidah adalah punca kepada peperangan MNLF melawan Marcos (Filipina) pada 1972.

Kebenaran pembunuhan Jabidah 1968 hingga hari ini menjadi satu tandatanya kepada generasi muda kaum Sulu terutama anak-anak bekas pejuang MNLF. Untuk mengetahui pembunuhan Jabidah sila ke ruangan buku "Tausug & Kesultanan Sulu" dalam bab TAUSUG BANGSA PEMBELA, dinyatakan:

  • Pembelaan orang Tausug bersama Bajao terhadap Sabah ketika peristiwa PEMBUNUHAN JABIDAH 1968. Pembunuhan Jabidah Special Forces di Pulau Corregidor di Luzon ini sangat menarik perhatian yang menyebabkan malapetaka yang berterusan sehingga kini. Sebab itu kami menamakan peristiwa Pembunuhan Jabidah ini sebagai “Bermulanya satu perkara yang menghasilkan satu perkara dan hakikatnya cuma satu perkara”.
  • Bermulanya satu perkara: “When Malaysia regained her independence from British colonial rule, it had colonized Sabah……”.[4] Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 menaikkan kemarahan Presiden Filipina iaitu Ferdinand E.Marcos dengan menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu. Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan menggang gu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia merdeka serta konfrontasi Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.
  • Operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka”. Fasa pertama Marcos melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun yang dihimpun dari Sulu dan Tawi-tawi. Dalam pe-ringkat ini mereka dilatih di Bandar Pulau Simunul di Tawi-tawi. Mereka dilatih dengan dijanjikan elaun bulanan 50 Peso malah dijanjikan akan diserap ke dalam Tentera Elit Filipina yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Dari bulan Ogos hingga bulan Disember 1967 mereka berlatih bersungguh-sungguh dalam Unit Komando : Jabidah, tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka dilatih.
  • Pada 30hb Disember 1967 latihan fasa kedua bermula. Mereka (Tausug dan Bajao) diarah menaiki kapal tentera laut Filipina menuju ke Luzon iaitu di satu pulau dinamakan Pulau Corregidor kononnya untuk latihan yang lebih khusus dan istimewa. Malangnya ketika mereka berlatih di pulau ini telah bocor rahsia akan tujuan mereka dilatih iaitu untuk Operasi Merdeka “Menyerang Sabah”. “It struck the recruits that the plan would mean not only fighting their brother muslim in Sabah (tentera Malaysia), but also possibly killing their own Tausug and Sama (Bajao) relatives living there. Additionally, the recruits had already begun to feel disgruntled over the non-payment of the promise Peso 50 monthly allowance. The recruits then demanded to be returned home”.[5]
  • Akhirnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 mereka dibunuh beramai-ramai cuma seorang yang bernasib baik sempat menyelamatkan diri. “Jibin Arula, the survivor, said that he heard a series of shots and saw his colleagues fall. He ran towards a mountain and rolled off the edge on the sea. He recalled clinging to a plank of wood and stayed afloat. By morning, fishers from nearby Cavite rescued him”.[6]
  • Menghasilkan satu perkara: Disebabkan pembunuhan Jabidah itu tunjuk perasaan dari kalangan pelajar Moro telah berlaku berminggu-minggu lamanya di luar istana presiden di Manila. Ini termasuklah Prof. Nur Misuari sendiri yang mengetuai bantahan dan tunjuk perasaan yang mana ketika itu beliau adalah pensyarah Sains Politik. Secara diam-diam maka tertubuhlah MNLF (Barisan Pembebasan Moro Kebangsaan) yang diketuai oleh Nur Misuari sendiri. MNLF mula bersorak dengan slogan “Kemerdekaan” wilayah Moroland (Mindanao dan Sulu) dari kerajaan Filipina dan rela bertumpah darah sekiranya perlu yakni perang jihad fisabilillah. Sejak itu bantuan dari negara-negara Islam yang simpati mula menghujani kem-kem MNLF manakala pihak Amerika Syarikat pula menyerahkan sepenuhnya masaalah itu kepada Ferdinand Marcos untuk menyelesaikannya sendiri (benarkah?). Bekas-bekas tentera MNLF pada hari ini turut menyatakan Amerika Syarikat dan pihak Vatican juga turut terlibat dalam membantu Marcos memerangi MNLF itu. Bagi Vatican setelah kacau bilau dan kelaparan melanda umat Islam Moro (pelarian perang) maka “bantuan kemanusiaan” bolehlah di hantar kesana (inilah program pemurtadan yang licik?). Bagi Amerika Syarikat pula, peperangan adalah durian runtuh baginya sebab Filipina akan membeli senjata sebanyak mungkin untuk menampung peperangan sekalipun secara hutang.
  • Maka dengan tertubuhnya MNLF serta mencurahnya bantuan antarabangsa (Negara Islam) kepadanya ditambah pula oleh tindakan agresif MNLF (mula menunjukkan penentangan kerana tentera militia Ilaga telah memulakan pembunuhan terhadap orang-orang Islam) yang dilihat sebagai bermulanya “Holy War” itu. Ferdinand Marcos pun mendapat lampu hijau untuk mengistiharkan undang-undang tentera (Martial Law) pada 1972 di Selatan Filipina. Dengan bala tentera yang lengkap tentera Marcos mula melanyak Selatan Filipina bersama armada lautnya serta jet-jet tentera udaranya yang canggih mula mengebom pulau-pulau yang dilaporkan punya aktivis MNLF (walhal tanpa mengira MNLF atau rakyat awam sama sahaja). Hasilnya, umat Islam Sulu menjadi kacau bilau hingga menjadi pelarian ke Sabah yang mungkin selama-lamanya akan menjadi pelarian.
  • Hakikatnya cuma satu perkara: Persoalannya, adakah Ferdinand Marcos benar-benar mahu melatih Tentera Jabidah itu untuk menyerang Sabah? Adalah di luar pertimbangan akal yang sihat apabila menugaskan orang Islam iaitu orang Tausug dan Bajao memerangi keluarga mereka sendiri di Sabah? Sememangnya Marcos memang sedia maklum orang yang dilatihnya pasti enggan menyerang Sabah. Apakah ada udang di sebalik batu? Inilah hakikat yang kami mahu para pembaca memikirkannya dan berkongsi dengan kami untuk mendapat jawapan dalam bab-bab seterusnya. (Sila lihat di mukasurat yang lebih khusus dalam buku ini tentang Marcos dan bagaimana Marcos memanipulasi harta Kesultanan Sulu hingga munculnya idea “Perang-perang” itu).[7] Berakhir petikan dari buku Tausug & Kesultanan Sulu.

Menurut *Neldy Jolo salah seorang pengkaji sejarah "Moro" beliau telah pergi sendiri ke Pulau Caregidor Island (tidak jauh dari pantai Manila) melihat lokasi pembunuhan Jabidah serta mengadakan kaji-selidik terhadap generasi tua yang menghuni awal pulau tersebut, ternyata penduduk tua pulau itu tidak pernah mendengar malah menafikan tentang pembunuhan Jabidah atau mana-mana lokasi latihan tentera di pulau tersebut. 

Menurut Neldy Jolo lagi versi terlalu banyak tentang peristiwa pembunuhan Jabidah menyebabkan pembunuhan Jabidah boleh dikategorikan sebagai "Modal propaganda yang tidak benar dan tiada asas" yang penuh dengan unsur "wayang" kedustaan. Keraguan telah menyelubungi kes pembunuhan Jabidah sejak dari awal sebelum munculnya MNLF lagi.

Khabar Yang Merisaukan
Ketika penulis mengadakan kaji-selidik ketika menyiapkan buku Tausug & Kesultanan Sulu ketika dulu, telah mendapati beberapa pandangan dari bekas anggota MNLF dan penduduk umum Sulu di Sabah tentang keterlibatan beberapa pihak yang menjadi pencetus kepada peperangan MNLF Vs Marcos. Tanpa menuduh secara langsung siapa yang terlibat penulis hanya ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung blog ini tentang beberapa fakta:

  • Pertama: Pada 1968 Marcos melatih Tausug dan Bajau di Pulau Simunul untuk dijadikan Komando Jabidah seramai hampir 200 orang dengan tujuan menyerang Sabah. Tujuan latihan (menyerang Sabah) tidak didedahkan oleh Marcos kepada Komando Jabidah ini. Setelah latihan beberapa bulan di Pulau Simunul tamat mereka pun dibawa ke Caregidor Island yang tidak jauh dari Manila. Kemudian mereka dibunuh beramai-ramai setelah kononnya Komando Jabidah (Tausug dan Bajau) mengetahui bahawa tujuan mereka dilatih adalah untuk menyerang Sabah. Menurut sumber, mereka dibunuh sebab mereka enggan menerus latihan setelah mengetahui mereka akan diarahkan menyerang Sabah.
  • Kedua: Ketika pembunuhan tersebut, salah seorang komando Jabidah berjaya meloloskan diri lalu berenang ke laut dan diselamatkan oleh nelayan dari Cavite. "Bintang" yang berjaya meloloskan diri tersebut bernama Jibin Arula yang menurut Neldy Jolo beliau masih hidup hingga hari ini. Persoalannya, mengapa Jibin Arula menghilang dan kebenaran ceritanya tidak pernah didedahkan sehingga terjadinya cerita yang pelbagai versi? Hebat sungguh Jibin Arula hingga terselamat dari pembunuhan tersebut seperti "Rambo" dalam panggung wayang? Beliau berjaya "membalas dendam" dengan tertubuhnya "MNLF" yang kemudian berperang dengan Marcos. Kemudian MNLF kalah perang serta Tausug dan Kesultanan Sulu turut lari ke Sabah beramai-ramai menyelamatkan diri bersama "Komander" MNLF? Dayus!!??
  • Ketiga: Reaksi Malaysia ketika itu positif terutama Tun Datu Mustapha menyediakan bantuan kemanusiaan kepada MNLF dan Tausug dengan menyediakan kawasan Jampiras serta membenarkan kemasukan "Pelarian Perang" masuk ke Sabah. Satu persoalan, mengapa kerajaan Malaysia menyumbat ke dalam ISA beberapa individu Tausug (antara tahun 1968-70) dengan tuduhan "Terlibat dengan latihan Komando Jabidah"? Mereka disumbat selama 6 bulan dalam tahanan tanpa bicara ketika itu. Seorang sahabat penulis dari Sandakan mengesahkan hal ini dengan mendedahkan beberapa nama antaranya kerabat dari Kesultanan Sulu sendiri. Yang menghairankan mengapa mesti kerabat Kesultanan Sulu? Mungkin disebabkan mereka yang selama ini mengklaim Sabah? Atau ianya tindakan bersendirian beberapa pemimpin Sabah ketika itu atas dasar Peribadi? Pemimpin MNLF hingga hari ini mengetahui bahawa Tun Mustapha sejak dari awal bercita-cita menjadi Sultan di Sabah. Beberapa orang lama Sabahan di Sandakan mengesahkan hal ini kepada penulis.
  • Keempat: Pada tahun 1970 kononnya 10 orang Tausug berjaya melarikan "Dokumen" penting yang melibatkan tuntutan Sabah dari Istana Malacanang. Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Malaysia menyebabkan Marcos naik angin lalu menubuhkan kumpulan pengganas Illaga Kristian di Zamboanga. Illaga membunuh ramai orang Islam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa. Kumpulan Illaga ini terdiri dari kaum Visaya kafir yang menjadikan memotong telinga muslimin sebagai identiti mereka. Umat Islam Sulu membalas dengan menubuhkan kumpulan Mujahidin Ansarul Islam. Setelah kemunculan MNLF, Ansarul Islam menyertai MNLF dengan harapan membalas dendam terhadap pembunuhan terhadap saudara mereka sebelum ini oleh Illaga.
  • Kelima: Kedatangan penulis ke Sulu baru-baru ini terdengar beberapa khabar yang merisaukan penulis ialah dakwaan beberapa anggota bekas MNLF bahawa negara Malaysia telah membantu perjuangan MNLF melawan Marcos tetapi sebenarnya "membantu" menghancurkan lagi umat Tausug dan Sulu. Menurut mereka kiranya Malaysia membantu, sudah tentu MNLF dibekalkan dengan senjata berat yang mampu menyaingi kekuatan tentera Filipina ketika itu. Kini, MNLF dan Sultan Fuad Abdulla Kiram bersatu dengan bantuan Filipina secara tidak langsung untuk merialisasikan "Tuntutan Terhadap Sabah" akan berjaya setelah Negara Sulu akan muncul tidak lama lagi dibawah seliaan dan pentadbiran mereka.
Bersambung......