Pertama: "Helo! Asree, aku nak bagi kamu satu maklumat....!!""

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 30, 2009 7 ulasan


Tausug Pembela

Cerita Satu: Melalui Talipon,

"Bro, tulisan mu dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu terdapat cerita tentang tentera Sultan Sulu datang membantu selesaikan perang saudara Brunei tahun 1675. Sebenarnya tentera Sulu tersebut ialah diketuai oleh Panglima Ilidji dengan 800 ke 1000 tentera laut Bajau Balangingi dan Iranun membantunya".

Ulasan:
Kemungkinan adalah benar maklumat beliau. Setahu saya ada 3 panglima Tausug yang mengetuai peperangan membantu Sultan Brunei ketika itu (menurut tradisi lisan) termasuklah Panglima Ilidji. Peperangan selama sehari setengah (Setengah sumber 3 hari) mengalahkan Pangeran Abdul Mubin (pencopot takhta) di Pulau Chermin. Panglima Ilidji mengejar Abdul Mubin sampai masuk kedalam Masjid lalu memenggal kepalanya dengan barung. Sultan Muhyiddin kemudian menghadiahkan Borneo Utara kepada Sultan Sulu setelah itu.

-------------------------

Cerita Dua:
Cerita seorang kawan (pesara tentera Malaysia Jurulatih Base 300) ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur akhir tahun 2008:

"Asree, kamu tahu siapa yang membantu Malaysia membunuh dan mengalahkan tentera komunis yang terakhir di Sarawak era 70-an? Tidak lain dan tidak bukan ialah bangsa kamu. Ketika tentera Malaysia buntu bagaimana menghapuskan komunis di Sarawak, bangsa kamu datang membantu hapuskan komunis di hutan Sarawak. Kamu tak tahu bangsa kamu sangat ramai di Sarawak?"

Ulasan:
Saya teruja dengan cerita beliau menyebabkan mata saya hanya terkebil-kebil.

--------------------------

Cerita tiga:

Diceritakan oleh Safri beliau berbangsa Bugis Bone dari Sulawesi (Beliau menjadi pakcik saya setelah berkahwin dengan ibu saudara saya bernama Merhama binti Muhammad Salleh, beliau sangat fasih berbahasa Tausug),

"Asree, beberapa tahun lalu saya kembali ke Sulawesi. Ketika itu kecoh tentang pergaduhan Islam dan Kristian  di sana hingga merebak ke kampung saya. Setibanya saya di kampung tiba-tiba mereka datang (orang kampung dan saudara maranya) mengerumuni saya sambil bertanya "Mana isteri kamu?" saya jawab saya tinggalkan di Sandakan. Mereka bertanya lagi "Bukankah isteri kamu berbangsa Suluk?" saya mengiyakan dengan penuh kehairanan, mungkin keluarga saya telah maklumkan kepada mereka tentang isteri saya berbangsa Suluk (Tausug)".

"Setelah diteliti rupa-rupanya pada tahun 2003 lalu telah berlaku satu tragedi berdarah Islam vs Kristian. Satu pagi di waktu Subuh sekumpulan orang Kristian menyerbu masjid lalu menembak puluhan jamaah yang sedang bersolat ketika itu. Semua jamaah syahid ketika bersolat mengadap Maha Pencipta. Orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyuarakan kemarahan kepada pihak keselamatan Indonesia kerana gagal memberkas seterusnya menghukum para pembunuh tersebut".

"Selang beberapa hari (samada di waktu pagi atau petang tak ingat) tiba-tiba beberapa Pump-Boat telah muncul dari arah laut yang dinaiki oleh beberapa orang berbaju celoreng dengan bendera merah terpacak dibelakang bot mereka secepat kilat mendarat. Masuk meluru ke satu kampung lalu menembak dan membunuh penghuni kampung tersebut lalu mereka secepat kilat bergerak menaiki bot dan pergi dari situ. Penghuni kampung sekitar kecoh dan setelah diperiksa orang kampung yang dibunuh itu adalah beragama Kristian dan mereka inilah yang bertanggung jawab membunuh puluhan muslimin yang sedang bersolat di masjid tempohari"

"Telah heboh di pelusuk kampung bahawa yang datang membalas terhadap pembunuhan muslimin dalam masjid itu ialah berbangsa Suluk dari Filipina Selatan. Baju celoreng yang mereka pakai bukan celoreng Indonesia. Mereka memacak bendera merah (kemungkinan bendera MNLF). Akhirnya saya dikenali di kampung sebagai yang bertuah memperisterikan orang Suluk (Tausug)".

Ulasan:
Hairan juga saya dengan cerita pakcik saya yang berbangsa Bugis ni. Menakjubkan pun ada!!

----------------------------

Cerita empat:

Cerita seorang penyanyi Tagalog pekerja kelab malam di Kuala Lumpur bernama Jackol. Beliau berasal dari Manila dan pernah menetap di Davao,

"Asree, kamu tahu Tausug sangat ganas dan pempunyai budaya perang yang tidak bertempat. Kelemahan Tausug hanya satu iaitu sekiranya kita berkawan dan mengasihi mereka, persahabatan tersebut akan mereka jadikan sebagai darah daging seperti saudara mereka sendiri. Mereka sanggup membela kita hingga ke titisan darah mereka yang terakhir sebagai sahabat sekalipun kita bukan Islam seperti mereka. Selama saya di Davao saya punya sahabat Tausug yang ramai. Bagaimana saya dapat berkawan dengan mereka? Sebab saya selalu nyanyikan lagu Slow Rock kegemaran mereka pada bila-bila masa mereka minta. Hahaha...!! Tausug suka lagu Rock jiwang!! Hahahaha"

"Satu hari, saya diugut oleh beberapa samseng Visaya hingga telah mengganggu kehidupan harian saya. Akhirnya situasi saya yang terancam diketahui oleh salah seorang sahabat Tausug lalu meminta saya tunjukkan dimana lokasi samseng tersebut. Seperti tidak sayangkan nyawanya sendiri beliau langsung meluru ke arah kumpulan samseng lalu mencabar mereka satu lawan satu dengannya. Malangnya beliau telah ditumbuk dikeroyok seorang diri, saya hanya pandang dari jauh tanpa buat apa-apa. Tidak berapa lama kemudian kawan Tausug lain datang membantu sambil membawa pisau dan parang menyebabkan kumpulan samseng melarikan diri".

Ulasan:
Jackol ketika bercerita tidak tahu yang saya sendiri berbangsa Tausug. Dan Jackol tidak tahu Tausug di Malaysia tidaklah seberani (membabi buta) seperti tausug di Filipina Selatan. Adalah disebabkan mereka (Tausug) di sana hidup tanpa undang-undang.
  1. salam.. magulangku..
    in nganku Datu Hazriel B. Datu Atik....
    nag istadi aku ha Uitm Shah Alam Malaysia...
    bia' diin aku manjari mag comunicate ibanmu?
    mataud in istori mu pasal sin Datu...
    it's attract me..

  1. dasar penipu!!! barang tiada bukti jangan jual disini la..
    sekadar cakap-cakap lisan.. siapa-siapa pun boleh buat..kenapa tidak cakap bangsa mu pernah berperang diengland atau di jerman melawan nazi?...dasar syok sendiri...beginikah perangai kamu..suka mendabik dada keatas sesuatu yang tidak benar...

  1. biasalah tu leopurpleman...orang2 bangsa tausug ni memang jenis syok sendiri..diorang ni anggap bangsa diorg ni (tausug) adalah bangsa mulia walaupun pada hakikatnya bangsa mereka ini adalah bangsa yang hina...kononnya bangsa mereka berani padahal penakut...dulu masa zaman kesultanan sulu...kalau bukan kerana orang2 bangginggi dan iranun yang banyak berkorban mempertahankan bumi sulu....mereka ni bangsa tausug macam taik bah dengan orang sepanyol...tapi tengoklah sekarang...tetap menafikan semua itu walaupun satu dunia tahu tentang jasa dan pengorbanan org2 bangginggi dan iranun....tetap menegakkkan kononnya merekalah bangsa yang berani...sebab itulah bila saya terbaca buku tulisan si asreemsulu ini yang bertajuk "tausug & kesultanan sulu"....saya tertawa seorang2....saya rasa macam sedang membaca buku kartun....apa taknya...hampir kesemua isi ceritanya...semuanya satu pembohongan dan mengarut....tak tau lah dari mana dia dapat sumber2nya....semuanya seakan-akan satu cerita khayalan yang syok sendiri saja...aduhhhhh....tausug...tausug....bawa2lah insaf sedikit...janganlah terlalu mengagung2kan bangsa sendiri...berpijaklah dibumi yang nyata....wahai bro asree...cuba kau fikir sejenak broo...kalau betullah bangsamu itu...bangsa yang mulia...yang berani....cuba kau fikir...dizaman penjajahan sepanyol....dapat bangsamu mengusir keluar penjajah sepanyol dari tanah sulu....jawapannya...TIDAK....ok..kemudian datang bangsa amerika....dapat bangsamu megusir keluar orang amerika...jawapannya...TIDAK...dan sekarang ini...kerajaan kristian filifina...dapat bangsamu mengusir tentera2 kerajaan filipina daripada tanah sulu...jawapannya...TIDAK....so dimana letaknya yang kau katakan bangsamu adalah bangsa yang berani.....sedangkan tidak ada satu bangsa pun dalam dunia ini dapat kau tewaskan....aduhh...tausug...tausug....fikir2lah...buatkan aku tergelak saja sendiri.....ariosssss........

  1. apapun islam i2 indah,kalau bukan islam xkan ada kegemilangan kesultanan sulu,bersatu muslimin membela kaum muslimin yang tertindas..peace sultan sulu..

  1. pesal la korang ni mcm bngang jew nk komen...bro asree nk bgtau tentang sejarah kesultanan sulu yg btl...spya kmu dpt fhm keadaan sulu skrng...korang kn islam yg korang hina ni islam jgk...cblah guna otak dulu sblm cmmnt...mcm bodoh jew korang ni....

  1. Jgn la menghina dan mengguris perasaan c penulis. Bahasa jiwa bangsa. Mestilah dia tulis yg baik2 saja sebab bangsa dia. Siapa yg x sayang bangsa? Siapa pulak yg menghina bangsa sendiri.
    Apa yg kmu baca tu simpan utk dri sendiri dan nilai sendiri dgn cara positif yakni ambil yg jernih buang yang keruh.
    Saya bukan pure tausug tapi mix bangingie basilan.

  1. Wei suluk sudah2 la tu nak banggakan bangsa sendiri aq baca statement kau nie asreemoro tergelak aku kau fikir bangsa kamu tu kuat la hebatlah tp sayang asree kamu semua mcm bodoh buat malu bangsa sendiri hahahahahaha semua org tahu dan x suka kamu wahai suluk tp ingat kalau masih ada lagi statement kau buat aku ketawakan jerk kau bangsa x tau malu suluk tetap suluk kami anti suluk

Post a Comment