Tausug Panggapi'? (Tausug Pembela?)
Model dari Sandakan: Bro. Tong & Aliazer. Sponsor Pakaian Tausug: Tazmira. Senjata Tausug: Bro. Jalsani. Lokasi: Taman Jalil Alip Sandakan.
Maksud Puisi
Ku mulakan dengan seruan,
Agar generasi ku dikenali,
Jangan terlalu dimanjakan,
Supaya tidak berantakan.
Orang tua-tua kita telah beritahu,
Bangsa kita sememangnya Merdeka,
Negeri kita terpelihara,
Kini, dari dulu sejak zaman Kastila (Spanyol).
Hari ini tohmahan semakin menjadi-jadi,
Kononnya bangsa kita pengkhianat,
Tiada konon janji yang termeterai,
Kecuali kita musnahkan kesemuanya.
Hey! Orang yang banyak mulut,
Hentikan cakap dari belakang,
Silakan ke hadapan,
Agar kalian dapat menyaksikan kebenaran.
Ingatlah kalian,
Tausug tidak suka melawan,
Kalau bukan dicabar terlebih dahulu,
Bukti ketulusan pekerti.
Sila buka segala buku sejarah,
Siapa yang mula-mula ke hadapan,
Membantu dalam peperangan,
Sekiranya bangsa lain di aniaya.
Tausug bukan penjajah,
Kerana kebenaranlah yang mereka munculkan,
Saudara Muslim dibawa berganding bahu,
Seteru (kafir) yang mengaku kalah.
Mungkin mereka lupa mengira,
Sifat (kaul fiil) sebenar bangsa kita,
Sejak dulu berkasih-sayang,
Kepada bangsa lain yang seagama.
Aku hanya memberi anjakan,
Bukan bermaksud buruk,
Bukan juga memberi tohmah,
Hanya bertukar fikiran.
Kebenaran ku buktikan,
Bahawa Tausug adalah pembela,
Tiada bangsa lain setara,
Hidup hanya untuk membela.
Tausug memang bangsawan,
Kaum Bajau adalah saudaranya,
Menemaninya merentas segala lautan,
Berdagang mutiara ke negeri orang.
Tausug sememangnya kaya raya,
Emas dan mutiara sebagai modal,
Pandai berdagang secara BARTER,
Hingga ke Negeri China dan Negeri Melayu.
|