Apabila Fitnah & Adu Domba Berleluasa Dalam Perjuangan
Foto kenangan di Zamboanga Mac 2009
Semalam sahabat saya dari Sandakan mengubungi saya dengan melaporkan beberapa fitnah terhadap saya yang antaranya "Asreemoro adalah talibarut kerajaan Malaysia" dan "Asreemoro adalah agen pemusnah Tausug (UTC)".
Saya katakan pada sahabat saya iaitu mereka yang menuduh mesti mendatangkan 4 orang saksi terhadap tuduhan mereka. Atau sekurang-kurangnya si penuduh bersua muka dengan saya, kalau tidak saya katakan mereka adalah pendusta dan sesungguhnya "tuduhan telah berpatah balik ke muka mereka sendiri".
Mereka sangat jahil dengan keadaan mereka sendiri tanpa menyedari sesiapa sahaja boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan "talibarut, informer dan sebagainya". Samada sedar atau tidak dikalangan kaum Tausug dalam perkampungan mereka berlambak informer. Beratus-ratus pemberi maklumat berserakan di mana-mana yang mana tujuan mereka adalah untuk menjaga ke amanan negara.
Informer Filipina berlambak di negeri Sabah begitu juga Indonesia, siapa tahu? Who cares? Persoalannya dimana kita letak diri kita, sekiranya kita memang senantiasa menjaga ke amanan apa yang perlu dirisaukan? Kalau dah memang penjenayah atau memang berasa diri telah buat kesalahan sudah tentulah takutkan informer atau SB.
Pecah belah kepada perjuangan Tausug sejak dahulu lagi hingga hari ini akan berterusan sampai bila-bila. Dalam MNLF sendiri sejak dari awal telah dirosakkan oleh fitnah dan adu domba hingga kesatuan Muslimin Tausug "Mustahil" untuk dapat disatukan kembali. Terbukti, hingga hari ini perjuangan Muslimin Tausug dan Maguindanao semakin hancur dengan kumpulan masing-masing semakin hari semakin berpecah. Ibarat cermin yang sudah retak seribu, sekali pun tidak dihempas ia akan terburai dan berserakan.
Tausug yang masih meneruskan budaya menjaga maruah hingga kini. Foto diambil sekitar 1900-an.
Kelemahan Tausug kerana pegangan agama yang cetek dan kejahilan yang berleluasa. Kelemahan Maguindanao, Maranao pula ialah tiada jati diri sekali pun terkenal dengan pengetahuan agama yang tinggi. Tausug menuduh Maguindanao dan Maranao sebagai "sanggup menjual isteri sendiri", Maguindanao-Maranao pula menuduh Tausug sebagai "Berani yang tiada makna, kerana terpaksa berperang disebabkan terkepung di Pulau-pulau".
Sultan dan Datu Maguindanao. Foto antara tahun 1900 dan 1930.
Demikian Tausug sebilangannya senantiasa merendah-rendahkan kaum Bajau terutama Bajau Pala'o dan Luwa'an. Manakala kaum Bajau pula menggelar Tausug sebagai jahat dan memperlakukan mereka sebagai "hamba-abdi" mereka. Sehingga muncul satu cerita, bagaimana seorang pendakwah datang bertdakwah dikalangan kaum Bajau Laut di Sulu. Ketika ustaz menjelaskan bahawa sesiapa yang melafazkan kalimah syahadat maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh nikmat dan kesenangan, salah seorang pendengar Bajau Laut yang hadir bertanya:
"Dalam syurga ada Tausug tak ustaz?" Maka ustaz menjawab "Ya sekiranya Tausug beriman dan bertaqwa pasti mereka juga akan masuk syurga" Bajau Laut berkata "Ahhh!! Tausug juga ada di syurga??!! Saya tidak mahu masuk syurga!!".
Lihat, bagaimana ini berlaku dikalangan kaum Sulu? Ia adalah adu-domba, fitnah yang secara semula jadi datang dari kaum Sulu sendiri atau datang dari "pecah & perintah" musuh-musuh Islam. Mari kita nilai dan lihat semula diri kita tanpa menyalahkan orang lain. Bersatu semula dibawah payung dua kalimah syahadat. Dengan demikian segala perbezaan pendapat dapat dikesampingkan, dan tujuan utama yang dipersetujui bersama haruslah dikedepankan bersama-sama. InsyaAllah kejayaan pasti di tangan KITA!
Ulasan:
Saya berpandangan, sesiapa sahaja yang duduk di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia secara tak langsung mereka juga adalah "Talibarut" kepada kerajaan. Kerana sebagai warganegara sesuatu negara sudah pasti mempunyai hak dalam perlembagaan (hak pendidikan, perubatan dan sebagainya) maka sudah pasti kerajaan juga ada hak terhadap rakyatnya iaitu perlunya mematuhi undang-undang negara. Maka jangan langgar peraturan negara kiranya tidak mahu ditangkap atau dizalimi. Punca kezaliman adalah kerana anda menzalimi diri sendiri.
Kiranya tidak sanggup menjadi "talibarut" atau tidak mahu ditangkap sekiranya anda berbuat jenayah sekali pun, carilah negara lain yang bebas "melakukan jenayah" dan bebas dari tuntutan menjadi "talibarut" mana-mana kerajaan.
Kita Tausug di Malaysia menghadapi situasi yang sukar terutama yang telah menjadi warganegara, iaitu antara kepentingan negara dan kepentingan bangsa anda (Tausug). Apa yang perlu dilakukan ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam menghakimi keadaan ini. Kerana tiada keadilan tanpa kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Saya percaya umat Islam Malaysia akan bersikap adil kepada Bangsa Muslim Tausug selagi Tausug berpegang dengan keadilan Islam.
|