SEJARAH SULAWESI: MENELUSURI BUGIS & ORANG LAUT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, January 29, 2011 40 ulasan

INTRODUKSI
Satu satunya sumber sejarah Bugis klasik yang dikatakan terpanjang di dunia ialah senaskah buku bertulis tulisan Lontara (Brahmi) bertajuk "I La Galigo" yang sekarang tersimpan rapi di beberapa perpustakaan Eropah termasuk Perpustakaan Leiden di Belanda. Naskah La Galigo yang panjang itu sebahagiannya gagal diselamatkan yang selamat hanya 600 muka surat sahaja. Sebahagiannya telah rosak oleh serangga atau reput ketika dalam simpanan selama beberapa ratus tahun. Walau pun La Galigo tidak dapat diakui sebagai "Sumber sejarah Bugis" sepenuhnya oleh ahli sejarah disebabkan oleh kandungannya yang lebih kepada mitos dan mistis namun sekurang-kurangnya telah berjaya menjelaskan bentuk masyarakat Bugis sebelum abad ke-14.


Mengungkap sejarah Bugis menurut konteks dan interpretasi kami Bugis terbahagi dua secara geografi iaitu Bugis Gunung dan Bugis Laut. Penempatan Bugis terawal ialah di kawasan teluk yang dikenali sebagai LUWU' hari ini. Menurut beberapa catatan sejarah Bangsa Bugis terawal Luwu' @ Luwuk ini berasal dari Sumatera iaitu dari satu suku kaum purba yang dikenali sebagai Bangsa Nias. Ini kerana Suku Nias yang dikatakan kehidupannya lebih kepada gaya hidup Orang Laut. Kalau perkara tersebut benar maka sudah tentu ada bangsa Gunung yang menjadi penguasa mereka kerana Orang Laut tidak akan berhijrah atau tinggal di satu kawasan laut tanpa penguasa sebagai peraih dan pembeli kepada hasil laut mereka.


Perkara ini perlulah difahami sebagai ikatan Laut dan Darat, maritim dan agraria untuk mewujudkan keseimbangan sehingga terbentuknya kerajaan-kerajaan awal. Maka tidak hairanlah mengapa terdapatnya bangsa Toraja yang hidup di pergunungan Luwu' manakala terdapatnya penempatan Orang Laut di Wajo' di mana tempat berkumpulnya masyarakat Bajau (Bajo'). Masyarakat Toraja mempunyai adat budaya persis Masyarakat Batak di Sumatera. Bentuk rumah adat, persenjataan dan peralatan pertanian tidak ubah seperti apa yang dimiliki oleh Batak di Sumatera. Maka kenyataan beberapa keterangan sejarah tentang Bugis berasal dari Sumatera kemungkinan adalah benar. Kalau pun Bugis adalah asal-usul Orang Nias dan Batak di Sumatera maka itu pun lebih mendekati kebenaran. Perkara ini akan dibuktikan secara lanjut.


Menurut pengkaji sejarah Bugis hanya datang ke Pulau Nias sekitar abad ke-18. Menurut Hämmerle (2004), sekitar 250 tahun yang lalu orang Bugis berlabuh di pulau Simeulue, Nias, dan kepulauan Batu. Di mana mereka mendapat pulau kosong, di situ mereka memberi nama pulau bersangkutan. Keterangan ini selaras dengan isi legenda asal-mula pulau-pulau Batu. Selain itu, keterangan ini menunjukkan kedatangan orang Bugis di kepulauan Batu pada abad 18 (sekitar tahun 1750), suatu rentang waktu yang relatif jauh dibanding abad 12 sebagaimana perkiraan Mufti.[01]


ASALNYA NAMA BUGIS

Menurut tradisi lisan dan beberapa keterangan yang kita boleh dapat dari sumber internet nama BUGIS dikatakan berasal dari seseorang yang bernama "Ugi", manakala dari sumber lain menyatakan bahawa Bugis diambil dari kata "Buki" atau "Bukit" kerana kehidupan masyarakat RAJA yang tinggal di pergunungan seperti TORAJA sangat sinonim dengan bukit. Apa yang menjadi kehairanan mengapa huruf "S" disebut sehingga menjadi Bukis atau Bugis? Satu kemungkinan kata asal BUGIS muncul dari perkataan asing yang akhirnya menjadi "jenama" Bugis seperti hari ini.


Menurut seorang pengkaji sejarah Sabah (North Borneo) bernama Abdul Samad Al-Suguti yang juga mahir dengan sejarah Bugis, beliau telah menyatakan bahawa nama UGIS diambil dari panggilan "Orang Portugis" yang pertama kali datang ke Asia Tenggara melalui Gujerat di India sekitar abad ke-11 hingga abad ke-13. Kerana sebahagian Orang Portugis ini lari dari tanah asal mereka Portugal kerana Perang Salib menuju ke India. Mereka adalah Portugis beragama Islam yang kalah kepada Portugis dan Spanyol Kristian mengikut kapal-kapal dagang Arab. Dari India mereka mengikut kapal layar menuju ke kepulauan rempah sehingga tiba di Makassar dan Luwu'.


Kalau ini benar maka kemungkinan besar disinilah kerajaan yang dinamakan oleh
Prester John seperti yang dinyatakan oleh Padri-padri Jesuit kepada Raja Kristian Portugal sehingga menggalakkan Portugal menjalankan ekspedisi mereka yang pertama ke Asia Tenggara. Bangsa Eropah yang pertama mencatat sejarah dan peta Sulawesi ialah bangsa Portugis.

  • Peta Sulawesi yang dilukis Portugis pertama kali pada tahun 1534 tidak menyentuh tentang Goa, dan hanya memeta 'Siom"(Siang), 'Tello'(Tallo') dan 'Agacim'(Garassi'). Mengikut penulisan Antonio de Paiva, Goa, (di mana didalam penulisannya merujuk kepada Bandar Besar) yang kemudiannya muncul di peta Portugis... [02]
Menurut Abdul Samad Al-Suguti lagi pelayaran Portugis ke Nusantara telah ditemani oleh pemandu pelayaran yang handal bernama Hendry The Black yang ketika itu menetap di Spanyol. Hendry The Black adalah berbangsa Sulug yang pernah menjadi pemandu arah kepada Ferdinand Magellan dan telah berjaya memesongkan Magellan dari singgah ke Pulau Jolo, Sulu. Tetapi pelayaran Portugis sebelumnya seperti Barbossa pernah singgah di Pulau Jolo Sulu antara 1512-1520an. Kemungkinan besar disinilah bermula bangsa Portugis digelar oleh Sulug sebagai "Tau Ugis". Ugis dalam bahasa Sulug bermaksud "Kulit Putih" (seperti Albino juga dipanggil Ugis).


PERHUBUNGAN BONE & BELANDA MENGUATKAN NAMA BUGIS

Antara Portugis, Spanyol dan Belanda sebenarnya menutur satu bahasa yang dipanggil bahasa Latin. Antara mereka masih berhubungkait dan satu rumpun. Bukan sekadar berkongsi bahasa malah berkongsi rupa paras yang sesetengahnya berkulit putih dan berambut perang. Secara harfiah mereka digelar oleh Sulug sebagai Ugis yang bermaksud orang berkulit putih. Dalam sejarah Bugis, kerajaan yang sangat kuat bersekutu dengan orang kulit putih Belanda ialah kerajaan Bone yang dipimpin oleh Arung Palakka.

  • Perhubungan yang jelas muncul selepas abad ke 15. Pada tahun 1667, Belanda memaksa pemerintah Goa untuk mengaku kalah dengan menandatangani Perjanjian Bungaya. Dalam perjuangan ini, Goa dibantu oleh Arung Matoa dari Wajo'. Pada tahun berikutnya, kubu Tosora dimusnahkan oleh Belanda dan sekutunya La Tenritta' Arung Palakka dari Bone. [03]
Perhubungan Bone-Belanda atau Bone-Ugis kemungkinan besar telah menghasilkan nama baru iaitu Bu-Gis maka tidak hairanlah mengapa nama Bugis sangat sinonim dengan Bone hari ini. Bahasa Bugis standard di Sulawesi ialah yang mereka namakan sebagai bahasa Bone. Bahasa Bone dan Luwu' masih saling memahami berbeza dengan bahasa Makassar. Perbezaan bahasa Makassar hanyalah pada Slanga dan perubahan pada perkataan namun cara sebutannya masih dalam sebutan Bugis. Kemungkinan berlakunya perubahan kepada bahasa Makassar adalah kerana kontak dengan pihak luar sangat ketara berbanding Luwuk dan Bone. Sebagai bukti dalam struktur bahasa Bugis secara keseluruhan pun kita dapati terdapat unsur-unsur bahasa Latin seperti penggunaan "La" (La Galigo, La Tenritta, La Ma'dukelleng) ditambah dengan binaan kapal Pinisi Bugis yang mirip dengan kapal Portugis atau Arab.

Arung Palakka pahlawan Bugis Bone yang tiada tandingan pada zamannya. Beliau menjadi seorang Raja Bone dan menjadi anjakan paradigma menjulangnya nama Bugis dipersada Nusantara sehingga ke hari ini.


PERHUBUNGAN SULUG & BUGIS

Antara Bugis dan Sulug siapa lebih awal meneroka laut Nusantara bukanlah motif utama dalam artikel ini kerana sekiranya diselami secara mendalam kedua-duanya saling berkaitan. Kenyataan kami bahawa Sulug adalah asal dan permulaan manusia secara teori, kemudian teori kami disertakan dengan bukti berdasarkan linguistik dan pengucapan secara phonology, maka persoalan siapa lebih dulu belayar samada Bugis atau Sulug tidaklah berbangkit kerana ia sudah pun difahami.

Jelasnya, Bugis adalah Sulug dan kalau pun dikatakan bahawa Sulug adalah Bugis tidaklah menjadi masalah. Tinggal lagi pembuktian secara jujur dari mana permulaan nama Bugis serta persamaan bahasa dan lidah dengan Sulug perlulah dirungkai. Secara fakta Bugis baru dikenali hanya bermula abad ke-12 hingga abad ke-17 berbanding Sulug yang sudah menduduki persisiran pantai Burma hingga ke Johor, dari Sumatera hingga ke Pulau Flores semenjak permulaan kerajaan Srivijaya abad ke-7. Malah jauh dari itu Sulug sudah menguasai Laut China Selatan kerana penguasaan dagang mereka terhadap Champa-Canton hingga ke Tanah Melayu-Siam.

Catatan Arab abad ke-9 seperti Al-Idrisi dan Al-Mas'udi menulis bahawa kerajaan hebat di India Timur (Asia Tenggara) adalah kerajaan Maharaja Zabag (Nama Sulug disalah sebut menjadi Zabag @ Zabaj) yang merangkumi semua kepulauan Asia Tenggara. Sebagai bukti nama Kota Solok, Kabupaten Solok, Istana Solok, Sungai Solok, Kampung Solok, Solo, Solot, Solox, Solor berada di mana-mana di seluruh Asia Tenggara. Malah pada lidah Arab juga masih kekal penyebutan mereka terhadap Sulug terutama pada amalan tafakur Sulug yang orang Arab namakan "amalan Suluk" serta sistem pasar perdagangan yang mereka namakan sebagai "Suq" yang bermaksud pasar Sug @ Sulug.

Bugis sebelum kedatangan Portugis dipanggil oleh orang-orang Sulug sebagai "Baklaya" yang mungkin berasal dari kata "Mag Layag" bermaksud "belayar" atau "Mag Laya" bermaksud "Menjala". Bangsa Baklaya ramai menduduki pesisir pantai Luuk, Parang sehingga ke Pulau Basilan di Kepulauan Sulu. Bangsa Baklaya datang dari pulau yang kita kenali sebagai Sulawesi hari ini. Bangsa Baklaya sangat menghormati Bangsa Buranun di pulau Jolo kerana Suku Sulug Buranun di Pulau Jolo sangat anti pendatang terutama kepada bangsa Baklaya yang dianggap sebagai "Orang Laut". Suku Sulug Buranun yang sangat rapat dengan Baklaya ialah Taguimaha.

Suku Sulug Taguimaha kemungkinan namanya diambil dari kata "Tau Gimbah" (Orang menghuni rimba) atau "Tag umah" (Empunya tanah huma - tempat bercucuk tanam) kerana kebiasaan Sulug Taguimah sebagai penguasa laut dan darat sehingga ke Selat Melaka dan Laut China Selatan. Sulug Taguimah ini disebut oleh Portugis di Melaka sebagai "Lucoes People" yang kaya dengan perdagangan Emas dan Perak di seluruh Asia Tenggara. Bangsa yang baik dan suka berniaga tetapi juga adalah pahlawan yang ganas di laut. Sulug Taguimah sangat rapat dengan Suku Baklaya yang juga dikatakan sangat handal di laut samada sebagai pahlawan, penyelam atau pendayung kapal.

Bangsa Baklaya menutur satu bahasa yang mirip dengan bahasa Sulug Laut dan Taguimah di samping bahasa daerah mereka sendiri yang berintonasikan Bahasa Papua. Hari ini Baklaya dikenali sebagai Bugis setelah kedatangan Portugis ke kepulauan Sulu. Kekecewaan Portugis untuk mengekalkan hubungan dagangnya dengan Sulu terubat dengan penguasaannya terhadap Sulawesi sehingga ke Pulau Flores untuk mendapatkan rempah sebelum Belanda. Perjanjian sempadan perdagangan antara Spanyol dan Belanda antara abad ke-16 ke-17 akhirnya telah memisahkan hubungan langsung Sulug dan Baklaya (Bugis). Laut Sulu yang luas itu akhirnya juga turut dibahagi dan dijenamakan dengan "Celebes Sea" yang bermaksud Sulu-East Sea yang kemudian berubah sebutannya menjadi "Suluwesi".

Akhirnya pulau Baklaya juga turut dinamakan sebagai Pulau Suluwesi. Setelah tamatnya zaman Kolonial Belanda merdeka ke tangan Indonesia maka kini ditukar namanya menjadi "Sulawesi" yang kebetulan sesuai dengan bahasa Baklaya yang bermaksud Besi Panas, Sula (panas), Wesi (Besi). Secara kebetulan tanah Baklaya sejak zaman Srivijaya dan Majapahit telah menjadi pusat perlombongan besi yang lokasinya berada di atas pergunungan Luwu' di kawasan Makale.

Senjata tradisi kebanggaan Bugis yang dinamakan Badik.


Keris besar yang menjadi senjata tradisi Sulug berabad-abad lamanya yang dipanggil Sundang ini telah didakwa sebagai senjata tradisi Bugis. Setelah diselidik Bugis hanya mendapat senjata ini setelah bergabung dengan Sulug Laut Balangingi' selepas abad ke-17. Muzium Istana Datu Luwu' di Kota Palopo telah membuktikan hanya Parang Badik sahaja dan keris Jawa yang disebut sebagai senjata tradisi Bugis manakala keris besar Sundang tidak tersenarai.

Antara pahlawan Melayu yang paling suka menggunakan Sundang Sulug ialah Mat Kilau. Kehebatan Sundang ialah boleh memutuskan paku yang berdiameter tebal dengan sekali libas tanpa menjejaskan matanya. Mata Sundang yang paling keras ialah yang ditempa bersama besi magnet. Hingga hari ini Sundang masih digunakan oleh Tausug di kepulauan Sulu sebagai alternatif kepada senapang M-16. Sebilah Keris Sundang magnet boleh mencecah harga RM8,000 hingga RM17,000.


KEMUNCULAN BALANGINGI' & IRANUN BERSAMA BUGIS
Antara Buranun dan Orang Laut keduanya mempunyai gaya bahasa dan intonasi yang sangat jauh berbeza walau pun saling pinjam meminjam istilah. Bagi Buranun, Orang Laut adalah bangsa yang tidak mempunyai adat dan budaya yang hanya sesuai dijadikan suruhan dan hamba. Buranun tidak menyedari bahawa Orang Laut tanpa Buranun akan mengalami kepincangan dalam menjalankan kehidupan harian mereka. Sebab itu mengapa munculnya Sulug Taguimaha yang pada awalnya tinggal bertani di kaki-kaki gunung sebagai Buranun yang akhirnya turun ke pantai menjalankan usaha sama, perdagangan dan kehidupan harian bersama Orang Laut. Mungkin kerana hasil tani yang kurang menjadi maka Buranun turun ke pasar-pasar menjadi peniaga dan berhubung secara langsung dengan Orang Laut.

Usaha sama Taguimaha dengan Orang Laut akhirnya menghasilkan satu suku Sulug Laut yang amat ganas dan kejam yang para ahli sejarah barat kenali sebagai Balanguingui People (Orang Balangingi'). Balangingi' akhirnya menjadi terkenal sebagai penguasa laut yang baru menggantikan Taguimaha atau Lucoes (Lugus) yang pernah terkenal pada abad 13 hingga abad 15 di seluruh Asia Tenggara. Nama Balangingi' kemungkinan diambil dari kata Sulug "Bala' pamanga tau Mangi'" (Bala mangingi') bermaksud bala kepada orang-orang jahat. Suku Sulug Laut Balangingi' ini menutur bahasa Laut (Bajau) yang dipanggil sebagai bahasa Samal Balangingi'. Perbezaan bahasa Balangingi' dengan bahasa Samal Pala'o (Parahu @ Bajau Laut) ialah pada intonasi sahaja sedangkan akar bahasanya 98% sama. Intonasi dan gaya bahasa Samal Pala'o (Bajau Laut) sebenarnya menggunakan intonasi Baklaya atau Bugis yang juga sama intonasinya dengan pertuturan Orang Papua @ Nuu Waar.

Beberapa abad lamanya antara abad ke-16 hingga 18, Samal Balangingi' menjadi penguasa laut di seluruh Asia Tenggara yang secara dasarnya tunduk kepada kekuasaan Kesultanan Sulu. Pencatat sejarah seperti Dylrample dan dinukil oleh Saleeby dan Majul menyatakan bahawa telah menjadi tradisi Balangingi' yang menjadi penguasa laut yang merompak dan menjahanamkan penempatan-penempatan pribumi Visaya Filipina Spanyol, menangkap mereka lalu dijual ke merata tempat sebagai hamba dan mereka terlepas dari penguasaan para Datu dan Kesultanan Sulu. Walau bagaimana pun Balangingi' telah diakui sebagai tentera bebas (militia) Kesultanan Sulu yang ditugaskan menjaga Laut Sulu, Laut China Selatan dan Selat Melaka agar bangsa Eropah yang menggunakan laut tersebut tetap membayar cukai kepada Kesultanan Sulu.

Balangingi' telah mengetuai banyak ekspedisi rompakan dan menjual manusia terhadap penempatan Visaya Spanyol yang sebenarnya sudah lama berkolaborasi dengan suku Dayak Laut Tidung dari Kalimantan Timur. Tidung mula menjulang namanya sebagai pahlawan Kalimantan Timur setelah menyertai ekspedisi rompakan Balangingi'. Kehebatan Balangingi' telah menjadi buah mulut sehingga menjadi tarikan kepada suku dayak laut IRANUN di Pulau Mindanao untuk menyertai militia tentera Laut Sulu. Kemasukan Iranun menyertai tentera Laut Sulu yang dikepalai oleh Balangingi' ini ialah pada awal abad ke-17 bermula ketika Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bongsu bin Sultan Hassan yang menjadi Sultan Sulu ketika itu mengahwinkan anaknya dengan Sultan Qudarat yang menjadi Sultan Maguindanao.

Pada abad yang sama kebetulan pula berlaku peperangan antara Sultan Hassanuddin dari Makassar melawan Arung Palakka dari Bone yang dibantu Belanda sehingga memusnahkan kota pertahanan Makassar. Kekalahan Makassar menjadikan sebahagian mereka pelarian bersama Bugis Luwu' dan terpaksa menyertai kapal-kapal laut Balangingi' dan Iranun menuju Keupulauan Riau-Johor manakala sebilangannya menuju ke Kalimantan Timur dan kepulauan Sulu. Kehebatan Raja Bone bernama Arung Palakka tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kerajaan Bugis kerana bergabung dengan tentera Belanda. Malah kerajaan Minangkabau dimana terletaknya kota purba Sulug di Sumatera turut juga dimusnahkan oleh Arung Palakka atas permintaan Belanda pada 1666 M. Kemungkinan inilah yang menjadi sebab selepas beberapa puluh tahun keturunan Raja Minangkabau lari belayar ke Tanah Melayu dan menubuhkan kerajaan Negeri Sembilan pada 1770-an oleh Raja Malewar.

Kehebatan Arung Palakka bersama Belanda menguasai perairan kepulauan rempah menjadikan sebahagian musuh-musuh Arung Palakka dari Bugis Makassar dan Bugis Luwu' menjadi perompak laut bersama Balangingi' dan Iranun. Antara abad ke-17 hingga ke-18 Belanda terpaksa menghantar delegasi ke Jolo, Sulu meminta kepada Sultan Sulu menghalang Balangingi' dari merompak dan menangkap orang di wilayah perdagangannya. Kawasan perdagangan Inggeris di Tanah Melayu juga turut terjejas kerana Balangingi' dan Iranun (orang Melayu memanggilnya Ilanun @ Lanun) meronda kawasan Laut China Selatan sehingga menangkap orang-orang Kelantan sesuka hati lalu dijual ke Jolo dan Makassar. Spanyol di Manila adalah mangsa yang paling teruk terjejas sehingga kehidupan masyarakat Visaya Kristian di Filipina diselubungi mimpi ngeri setiap hari.


BALANGINGI' DARI BAJO' LAUT MENJADI BAJAK LAUT
Hari ini orang Melayu di Malaysia menggelar perompak laut dengan gelaran LANUN berdasarkan kenangan buruk mereka dengan Suku Dayak Laut Iranun dari Mindanao yang menyertai ekspedisi rompakan dan menjual orang bersama Balangingi' di sekitar perairan Tanah Melayu beberapa abad yang lalu. Tanpa disedari seorang pahlawan Iranun hari ini telah menjadi ketua speaker Dewan Parlimen Malaysia iaitu Tan Sri Datuk Sri Utama Pandikar Amin Mulia. Keberanian dan tawakal yang dimiliki Tan Sri Pandikar Amin sesuai dengan namanya sebagai PENDEKAR. Manakala di Indonesia pula perompak laut digelar BAJAK LAUT. Dari manakah asal penggelaran bajak laut ini oleh orang-orang Indonesia?

Orang Bugis menggelar Balangingi' dengan Bajo' Laut yang bermaksud Bajau Laut kerana secara tradisi Balangingi' bukan sahaja menutur bahasa Bajau malah menjadi penguasa kepada orang-orang Laut dan sebahagian orang-orang darat. Terkenalnya Bajo' Laut pada lidah Bugis akhirnya berubah bunyi sebutannya kepada Baja' Laut (dalam bahasa Indonesia ditulis BAJAK LAUT) bermaksud perompak laut. Tanpa disedari oleh Indonesia dan Malaysia malah orang-orang Sulug sendiri Balangingi' sebenarnya adalah penutur bahasa Sulug yang fasih dan menyebut diri mereka sebagai bangsa Sulug @ Suluk @ Solok atau TAUSUG. Ini kerana seperti yang kami jelaskan di atas, hilangnya Taguimaha dan Lucoes sebenarnya diganti oleh Balangingi' yang pada awalnya adalah Buranun. Inilah jawapan kepada persoalan "Dimanakah menghilangnya Taguimaha dan Lucoes yang hebat itu?"

Bajau Laut Semporna, Sabah hari ini.


KEAGUNGAN BUGIS TEMPAT KELUARNYA ORANG LAUT

Sebahagian pengkaji sejarah yang mendalami asal-usul Bangsa Bugis telah mendapati bahawa kewujudan Bugis sangat bergantung dengan Orang Laut. Tanpa Orang Laut bangsa Bugis tidak akan mencapai kegemilangannya seperti yang dikenali hari ini. Di dalam artikel kami yang lepas "Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines" telah mengemukakan teori Sulug Purba (bangsa yang badannya dipenuhi tatu dan kepalanya memakai hiasan bulu burung) dari kepulauan Sulu (Mindanao-Borneo-Jolo) dari keturunan Japhet @ Yafit cicit Nabi Nuh a.s. beribu ribu tahun yang lalu telah menjalankan perluasan kuasa sehingga ke Pulau Papua. Mereka menangkap bangsa Papua @ Nuu Waar yang berkulit hitam dijadikan suruhan mendayung kapal dan penyelam serta nelayan mereka. Pusat transit Sulug Purba ketika itu ialah bermula dari Sulawesi Utara (Manado) sehingga ke Timur Leste dan Pulau Jawa.

Sulug Buranun dari kepulauan Sulu dengan khidmat Orang Papua @ Nuu Waar yang berkulit hitam telah sampai ke Laut Meditranian dan Benua Amerika. Sulug Buranun telah sampai ke Sungai Gangga India, Sungai Euphrates dan Tigris di Timur Tengah dan Laut Merah sehingga kemudiannya belayar mengelilingi Afrika dan masuk ke Laut Meditranian. Di sepanjang laluan mereka, bangsa Sulug bertatu (tatu dalam bahasa Eropah disebut Pict @ Pint @ Punt) telah meninggalkan orang-orang kulit hitam Papua @ Nuu Waar bersama sebahagian mereka sehingga membentuk bangsa-bangsa manusia dan pelbagai bahasa sehingga ke hari ini.

Asimilasi bangsa Sulug bertatu (seperti mana bangsa Dayak yang kita kenali hari ini) dengan bangsa Papua di sekitar antara Ternate-Ambon sehingga ke Sulawesi hari ini telah menghasilkan satu ras bangsa Laut yang pekerjaan mereka menyumbang tenaga buruh kepada pelayar-pelayar. Asal-usul bahasa Melayu Purba dan bahasa Bajau Purba juga mula terbentuk dari sini kerana dijadikan sebagai pusat perlombongan besi yang dieksport ke Kerajaan Punan sehingga China dan India. Sekiranya kita padankan bahasa secara phonology bangsa Jawa juga kemungkinan besar bermula di sini kerana tanah Jawa menjadi tempat persinggahan strategik antara India dan Sulawesi. Malah kemungkinan besar isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. juga berasal dari sini disebabkan ajaran leluhur Bugis ialah Hindu Monotheisme sebagaimana fahaman Hindu di Bali.

Tugu tangan sedang memegang parang Bugis atau Badik manakala di bawahnya tertulis Toddo' Puli' Temmalara' (Bilak dipacak tidak akan berganjak lagi) dalam bahasa Bugis loghat Luwu' atau Palopo. Kalau dialih bahasakan ke bahasa Sulug ialah Hikausuk di' na mahublut. Tetapi sekiranya ditafsir secara kata perkata dalam bahasa Sulug ialah Kuddu' di'mauli' di'malarak. Kuddu' dalam bahasa Sulug bermaksud "dicucuk", Di'mauli' bermaksud "tidak pulih @ kembali", Di'malarak bermaksud "tidak akan roboh".

Ajaran Hindu Monotheisme juga turut dianut oleh Sulug di Kalimantan Timur (Kerajaan Hindu Kutai) sehingga ke Kepulauan Sulu kerana kebiasaan mereka yang tidak membuat patung Dewa-Dewi (para malaikat) yang kemudian mereka sembah sebagaimana kesesatan Hindu di India. Bangsa Bugis terbahagi bahasanya kepada dua iaitu bahasa Sulug seperti yang ditutur oleh Tausug di Kepulauan Sulu dan bahasa Pala'o (Parahu). Bugis Luwu' menutur mirip bahasa Buranun dan bahasa Bugis Wajo' sehingga ke Bone bercampur dengan bahasa Pala'o manakala Toraja yang tinggal di atas gunung bahasanya sama dengan Bugis Luwu'.

Sekiranya para pengkaji membuat kajian tentang bahasa Bugis adalah satu kemestian memulakannya di negeri Luwu' @ LUWUK yang lokasinya antara Kota Palopo dengan Daerah Wajo'. Kerana disinilah bermulanya bapa sejarah Bugis yang terkenal iaitu Sawerigading dan dari sini juga terhasilnya catatan awal Bugis yang terpanjang di dunia yang dikenali sebagai "I La Galigo". Bahasa Luwuk secara phonology lebih mirip dengan bahasa Sulug yang bercampur dengan bahasa Bajau. Sebagai contoh paparan di bawah ini (BM Bahasa Melayu, BS Bahasa Sulug, BB Bahasa Bugis, BL Bahasa Laut),


  • BM: Bangsa kita, BS: Bangsa ta, BB: Bangsa ta, BL: Bangsa ta,
  • BM: Bangsanya, BS: Bangsa niya, BB: Bangsa na, BL: Bangsa na,
  • BM: Orang, BS: Tau, BB: Tau, BL: A'a,
  • BM: Hari, BS: Adlaw, BB: Allau, BL: Allau,
  • BM: Makan, BS: Kumaun, BB: Kumande, BL: Mangan,
  • BM: Kopak, BS: Tibi' @ Tubi', BB: Tubi', BL: Tibi',
  • BM: Tabik, BS: Tabiya', BB: Tabi', BL: Tabiya',
  • BM: Satu, BS: Esa, BB: Me'sa, BL: Dakayu' @ Dakaw',
  • BM: Mati, BS: Matay, BB: Matey, BL: Matey,
  • BM: Benua (Tanah besar), BS: Banua (Tanah perkampungan), BB: Banua (Rumah), BL: Banua,
  • BM: Teluk, BS: Lu'uk, BB: Teluk @ Luwuk, BL: Lu'uk @ Luwuk,
  • BM: Dulu, BS: Una @ Tagna', BB: Jolo, BL: Dahu, (Kemungkinan besar nama Jolo iaitu Pulau Jolo di Sulu mendapat nama dari lidah Bugis @ Baklaya yang bermaksud "negeri tempat pendahulu").
  • BM: Ayam, BS: Manuk, BB: Manuk, BL: Manuk,
  • BM: Tuan, BS: Tuan, BB: Arung @ Daeng, BL: Arung,
  • BM: Orang Tua, BS: Tau Ma'as, BB: Matoa (pemimpin), BL: Matto'a,

ASAL-USUL BERMULANYA BANGSA LUWA'AN BANI ISRAEL
Satu tradisi lisan yang masih tersimpan rapi dalam masyarakat Sulug Buranun hingga hari ini ialah permulaan sejarah Orang Laut yang dikatakan terjadi disebabkan sumpahan Nabi Daud a.s. kapada satu bangsa nelayan yang menduduki tepi pantai Jerusalem. Mereka diarahkan oleh Nabi Daud a.s. agar tidak menangkap pada hari Jumaat dengan memperuntukkan hari tersebut untuk sembahyang kepada Allah swt. Tetapi ketika tibanya hari Jumaat sedang sembahyang berlangsung ikan-ikan pun keluar di gigi air dengan banyaknya menyebabkan para nelayan melompat meninggalkan tempat sembahyang menuju ke perahu mereka lalu menangkap ikan. Maka Nabi Daud a.s. pun menukar hari cuti untuk ibadat dari Jumaat ke hari Sabtu pula. Malangnya pada hari Sabtu ikan pun keluar dengan banyaknya menyebabkan nelayan sekali lagi melompat meninggalkan rumah ibadat pada hari Sabtu tersebut lalu menangkap ikan.

Bila diketahui oleh Daud a.s. maka baginda pun naik murka lalu menyumpah para nelayan tersebut menjadi beruk atau monyet kerana lebih mengutamakan dunia berbanding suruhan Allah Azza Wajallah. Menurut tradisi lisan Sulug Buranun, nelayan yang sempat sampai ke darat menjadi beruk manakala yang terus tinggal di laut mereka digelar "Luwa'an" yang bermaksud "Yang diluahkan oleh Tuhan". Dalam bahasa Hebrew @ Ibrani LUWA' bermaksud dimuntah atau diluahkan sama dengan bahasa Sulug dan Malayu hari ini. Umum mengetahui kerajaan Daud a.s. berada di Jerusalem di Laut Meditranian bukannya di Nusantara atau Asia Tenggara.


Satu teori yang mungkin boleh menyelesaikan teka-teki nama LUWA'AN ini ialah seperti yang terdapat dalam sejarah Luwuk di Sulawesi. Kalau anda bertanya kepada Orang Bugis apa maksud Luwu' @ Luwuk mereka hanya mengatakan "Luwu' itu adalah satu nama daerah tempat sejarah awalnya Bugis dari Sawerigading". Manakala yang lebih mengkaji sejarah Bugis akan mengatakan bahawa Luwuk berasal dari kata Lawu' (Laut) sebagai mana yang dinyatakan oleh ketua Pusat Sejarah Datu Luwu' di Istana Datu, Kota Palopo. Sebenarnya sekiranya kita perhati lokasi sebenar Negeri Luwuk di Sulawesi kita akan dapati ianya berada di hujung kawasan teluk. Dalam bahasa Sulug teluk disebut "LU'UK" yang kami rasa Bahasa Bugis telah kehilangan perkataan ini dalam kamus bahasa mereka.

Kemasukan Bahasa Melayu (Bahasa Indonesia) telah menggantikan "Lu'uk" atau Luwuk dalam bahasa asal Bugis menjadi TELUK sahaja. Luwuk sebenarnya bermaksud Teluk sebagaimana sebutan Sulug ini kerana bahasa Sulug adalah sebahagian dari bahasa Bugis. Dari sini kita akan dapat bayangan bahawa Luwa'an itu sebenarnya adalah Luwu'an yang bermaksud Orang Laut yang berasal dari Luwu' @ Luwuk di Sulawesi Selatan. Sebutan Sulug "Lu'uk" tidak memungkinkan nama Luwa'an itu datang dari lidah Sulug tetapi sebenarnya datang dari lidah Baklaya @ Bugis. Jelasnya, bangsa laut Luwa'an yang dimaksudkan dalam tradisi lisan Sulug itu datang dari Laut Meditranian hanyalah kembali ke Sulawesi sebagai tempat asal mereka yang sememangnya dikenali sebagai bangsa laut Luwu'an. Maka teori kami yang menyatakan bahawa bangsa Laut Phoenicia berasal dari kawasan sekitar kepulauan Sulu adalah benar.

Luwu'an atau Luwa'an sebenarnya telah pun lama wujud sebelum Daud a.s. lagi. Sumpahan Daud a.s. kepada Orang Laut hanya menambahkan lagi keyakinan bahawa Orang Laut tetap Orang Laut selagi mereka tidak berasimilasi dengan bangsa darat lain mereka adalah bangsa yang sukar diislamkan. Ternyata Orang Laut atau Bajau telah berjaya membina kerajaan mereka sendiri dengan pimpinan ketua-ketua mereka yang telah berjaya diislamkan. Mereka mendapat nama baru mereka sebagai Bugis pada abad ke-17 dan menemui kekuatan mereka membina empayar Bugis dalam era penjajahan Belanda. Kewujudan nama-nama seperti Arung Palakka atau para Arung Matoa, para Daeng atau Karaeng, Opuh lebih kepada panggilan ketua-ketua Orang Laut Luwu'an di Sulawesi.

Sangkir serampang dua mata kerajaan Luwuk.

Bumbung rumah Bugis Luwuk yang berlambang serampang dua mata.

Terbukti hingg hari ini Bugis menjadikan lambang Sangir @ Sangkir @ Sangkil yang berserampang dua sebagai identiti Bugis. Hinggakan lambang serampang dua mata mereka jadikan sebagai hiasan bumbung rumah-rumah mereka. Serampang dua mata adalah senjata menangkap ikan Orang Laut Luwu'an di kepulauan Sulu yang kalau bermata satu mereka namakan Sangir atau Sangkil. Intonasi bahasa Orang Laut Luwu'an di kepulauan Sulu juga sama dengan intonasi bahasa Bugis menunjukkan lokasi sebenar tempat asal-usul mereka di Sulawesi. Kepulauan Sulu hanyalah menjadi negara kedua mereka disebabkan kekayaan dan kekuasaan empayar Sulug di masa lalu sebagai penyelam mutiara yang dapat dikongsi. Kekuasaan Sulug yang menjadikan Makassar sebagai sahabat perdagangan hamba abdi menjadikan sebahagian Orang Laut tersiksa. Sehingga membawa kepada kerjasama Arung Palakka dengan Belanda memusnahkan Makassar.

[01] http://ila-galigo.blogspot.com/2011/01/leluhur-bugis-orang-nias.html
[02] Sejarah Awal Bugis, Wikipedia,

[03] Ibid,

WAHAI MUSA, ENGKAU ADALAH AKU!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, January 27, 2011 0 ulasan

Salam sejahtera wahai Musa,
Rahmat dan kasih sayang Allah Azza Wajallah,
Buat diri mu, ahli mu dan kaum mu,
Celakalah Fir'aun yang mengaku Tuhan,
Binasalah mereka yang engkar,
Yang berpaling dari Taurat Tuhan mu.

Wahai Musa Khalilullah,
Engkau sebenarnya adalah aku,
Dan aku adalah engkau,
Aku dan engkau adalah satu jalan,
Kita sama dan serupa menelusuri,
Mengapa?

Adakah kerana kita sama datang dari yang SATU?
Kerana dari pada-Nya kita datang?
Dan kepada-Nya tempat kita kembali?
Adakah kerana kita sama manusia dari benih Adam?
Lantaran aku adalah engkau dan engkau adalah aku?

Wahai Musa, demi Allah yang mencipta langit dan bumi,
Aku bukanlah Rasul dan Nabi seperti mu,
Iman dan taqwa serta sabar mu dari tuntunan wahyu,
Sedangkan aku hanyalah insan biasa yang berdosa,
Yang saban hari berperang dengan hawa nafsu,
Mujahadah hingga ke nafas terakhir hayat ku.

Tetapi wahai Musa,
Aku tetap mengatakan engkau adalah aku,
Dan aku adalah engkau, bukan semata aku mahu menjadi engkau,
Sebagaimana aku juga mahu menjadi Muhammad SAW,
Berakhlak berbudi beriman dan bertaqwa seperti Baginda SAW,
Aku adalah engkau dan engkau adalah aku wahai Musa,
Kerana kita ada persamaan dan keserupaan,
Iaitu kecenderungan mendedahkan asal-usul manusia,
Dari mana mereka datang dan bermula.

Engkau wahai Musa, punya sejarah duka,
Diselamatkan Tuhan dari pembunuhan anak lelaki,
Dihanyutkan ke Sungai Nil menuju ke Istana Fir'aun,
Lahir dari BANGSA HEBAT tetapi menjadi pelarian dan hamba,
Kepada bangsa Fir'aun yang berkuasa, kaya-raya,
Demikian diriku jua seperti engkau, punya sejarah duka,
Lari dari pembunuhan membabi-buta Fir'aun Marcos,
Dihanyutkan di Laut Sulu menuju ke Malaysia,
Lahir dari BANGSA HEBAT tetapi menjadi pelarian perang,
Menjadi kuli dan hamba abdi di "negara orang",
Dipenjara dirotan, disepak terajang kerana sesuap nasi.

Engkau wahai Musa, mendapat wahyu dari Tuhan mu,
Agar menyelamatkan kaum mu dari "kedayusan" dan kehinaan,
Dengan mula menulis sejarah bangsa-bangsa anak Adam a.s.,
Mempertemukan Bangsa Israel dan Bangsa Fir'aun bersaudara,
Yang bermula dari Adam dan Hawa yang menyembah Satu Tuhan,
Engkau menyeru kepada Fir'aun agar menyembah Tuhan Yang Esa,
Yang mencipta langit dan bumi, siang dan malam, segalanya.

Demikian diri ku Wahai Musa Alaihissalam,
Hanya sekadar mendapat ilham dan ma'unah dari Tuhan,
Untuk menyelamatkan kaum ku dari kedayusan dan kehinaan,
Ku kumpul data sejarah dan menelusurinya,
Menulis permulaan manusia dari Adam dan Hawa di Timur Dunia,
Bahawa Sulug, Melayu, China dan lainnya bersaudara,
Malah aku dapati bahasa engkau sendiri wahai Musa,
Adalah sama seperti bahasa yang aku tutur,
Sulug dan Israel rupa-rupanya adalah bangsa yang sama,
Ternyata Sulug adalah BANGSA PARA NABI dan RASUL,
Patutlah sifat dan perangai pun sama.

Wahai Musa, seperti yang ku katakan,
Engkau adalah aku dan aku adalah engkau,
Kalau engkau dibantu oleh Harun maka aku ada Nelson,
Kalau engkau ada penentang yang engkar dari kaum mu,
Maka aku juga demikian, seagama dan sebangsa mencerca,
Tapi aku tidak hirau dan ambil peduli segala ugutan,
Mereka tidak dapat memberi mudharat walau pun sedikit,
Ku anggap mereka seperti anjing kurap menyalak bukit,
Iaitu setelah keterangan dijelas dari kulit ke kulit,
Malah ada yang tertawa kerana anggap tidak masuk akal,
Mereka tidak ubah seperti Samiri dan para pengikutnya,
Sanggup menyembah Sapi Emas yang berkata-kata,
Berbanding ajaran engkau wahai Musa.

Wahai Musa, engkau adalah benar dalam merungkai sejarah,
Membangkitkan kesedaran kekuatan BANGSA agar bangun berdiri,
Menguatkan semangat dan jati diri BANGSA PILIHAN,
Bangsa yang hanya memilih Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya,
Aku juga mahu seperti engkau dalam merungkai sejarah,
Sedarkan kekuatan bangsa agar bangun dari tidur yang panjang,
Sedarkan Sulug sebagai Bangsa Pilihan permulaan kebangsawanan,
Pilihan Rasulullah SAW di akhir zaman,
Sebagai bangsa GHURABA' berhati besi di sebelah Timur,
Bangsa terkaya di bumi meliputi Timur dan Barat,
Pada akhirnya dapat mengembalikan maruah Agama dan Bangsa,
Menakluk dunia ke arah DUNIA BARU ISLAM.

Akhir sekali wahai Musa Alaihissalam,
Diri ku tidaklah sehebat diri mu,
Kerana perbezaan kemampuan, keterbatasan zaman dan masa,
Engkau lebih hebat kerana pilihan Tuhan,
Walau sejuta kali aku mengatakan bahawa diri ku adalah engkau,
Engkau tetaplah engkau dan aku tetap aku,
Yang menjadikan kita sama hanyalah;

KITA SATU BANGSA (Sulug), SATU AGAMA (Islam) SATU PERJUANGAN, SATU SEJARAH (Kepulauan Sulu) DAN BERASAL DARI ALLAH YANG SATU.

Wassalam

DZULASREE
03:07 am, Khamis
Padang Sappa, Luwu,
Sulawesi Selatan, Indonesia.

"Kemungkinan Musa bermaksud MUSSA' dalam bahasa Sulug ialah "Mutiara" kerana secara kebetulan Nabi Musa menjadi berharga seperti mutiara pada Istana Fir'aun dan menjadi mutiara berharga menyinari Bani Israel keluar dari kegelapan kepada cahaya Islam"

PERJALANAN KE SULAWESI SELATAN & KALIMANTAN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, January 26, 2011 2 ulasan

Peluang keemasan dipelawa berkunjung ke Sulawesi Selatan dari pakcik penulis tidak dilepaskan begitu sahaja. Pakcik mengajak penulis ke sana dengan tujuan "balik kampung" kerana pakcik penulis tidak pernah balik ke Sulawesi Selatan yang menjadi tanah tumpah darahnya semenjak tahun 1977 lagi. Ini bermakna beliau berpetualang atau mengembara ke Malaysia selama lebih 30 tahun.

Kesempatan menemani pakcik telah membuka peluang untuk penulis mengkaji lebih mendalam lagi sejarah Bugis yang selama ini penulis hanya berkesempatan membaca di buku-buku dan artikel-artikel internet. Datang sendiri dengan bertanya, mengambil gambar, mencatat dan bersilaturrahim dengan penduduk asli Bugis di wilayah Luwu tempat asalnya Bugis dari Sarawegading tidak sama dengan hanya bertanya kepada orang Bugis di Sabah yang kebanyakannya kurang memahami sejarah mereka sendiri. Kalau ada pun ceritanya lebih kepada semangat kesukuan (Bone, Palopo, Makassar, Toraja) semata-mata berbanding menceritakan perkara yang sebenarnya.

Beberapa matlamat telah penulis titip di dalam nota kaki untuk disempurnakan di Luwu, Sulawesi Selatan antaranya ialah menjawap beberapa persoalan;

  • Asal-usul Bugis & Perkaitannya dengan Sulug
  • Phonology antara Bugis & Sulug
  • Phonology antara Makassar, Bone, Palopo dan Toraja.
  • Phonology antara Bugis, Melayu, Dayak, Papua & Batak.
  • Bila & Sebab-sebab Bugis bertebaran keluar dari Tanah Bugis
  • Mengapa Bugis menggunakan simbol serampang dua mata (Sangir @ Sangkir @ Sangkil)
  • Mencari perkampungan Sulug di Bone

Kemudian penulis juga menitipkan pada nota kaki berkenaan lawatan sampingan ke Kalimantan Timur bermula dari Balik papan hingga Tarakan sebelum sampai ke Nunukan. Matlamat di Kalimantan ialah,

  • BALIK PAPAN: Mencari pusat sejarah Dayak & Banjar
  • Phonology antara Sulug & Banjar serta Dayak (Punan, Kayan)
  • TARAKAN: Perkaitan Dayak Bruso dengan Tidung
  • Mencari Istana Sulug di Brau dan Kerajaan Bolongan
  • Dapatkan foto dan maklumat Dayak Kutai yang menubuhkan kerajaan Hindu Kutai

Penulis telah hampir mendapatkan jawapan secara keseluruhan namun masih ada beberapa perkara yang perlu dilawat ulang ke Kalimantan terutama ke Brau di mana terletaknya Istana Sulug yang disebut oleh orang tempatan sebagai Astana Solok. Penulis gagal ke Brau kerana lokasinya yang agak jauh dari Balik Papan.

InsyaAllah, penulis akan paparkan gambar-gambar bersejarah yang boleh dikongsi bersama pelawat blog TG kerana Bugis dan Sulug adalah keluarga terdekat sama dekatnya dengan Dayak secara budaya, linguistik dan genetik.

Dzulasree
8:45 pm
Rabu, 26 Jan 2011
Kg. Panji, Semporna.

Bhg 3: PENJELASAN SULUG BURANUN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, January 9, 2011 10 ulasan

Catatan purba Sumerian yang dikaitkan dengan BURANUN dari kepulauan Sulu. Menurut catatan, Buranun bermaksud SULUG yang dikaitkan dengan aliran air. Dengan hanya menaip Buranun dan Sumerian dalam enjin carian Google anda akan menemui banyak data tentang bangsa Sumer dan kaitannya dengan Buranun.

KAJIAN DARI SUMBER SAMAWI
Mengkaji asal-usul manusia dari mana bermula pasti tidak akan lari dari sumber-sumber samawi (Taurat, Injil & Qur'an). Sumber Samawi bermaksud Sumber Langit yakni dari Allah swt. Inilah yang dikatakan wahyu, dan wahyu itu adalah benar maka sebab itu sumber yang paling benar ialah sebagaimana yang diisyaratkan dalam Al-Qur'an Al-Karim. Inilah satu-satunya sumber selamat dalam merungkai sejarah manusia hari ini. Sumber selamat bermaksud sumber yang tiada keraguan baginya. Sumber selamat dengan kata lain ialah sumber ISLAM itu sendiri. Maka apabila Al-Qur'an menyatakan bahawa "Dahulunya bumi dan Langit adalah satu" maka ia adalah benar sesuai dengan kajian sains kemudiannya yang menemui "Teori Big Bang". Begitu juga dengan penemuan perincian proses Embrio dalam rahim ibu Al-Qur'an telah mendahului kajian sains hari ini yang mendapati kenyataan dalam Qur'an tersebut adalah benar.

Maka ketika Al-Qur'an dan Al-Sunnah menyatakan bahawa "Manusia itu adalah dari satu sumber iaitu Allah swt menciptakan Adam a.s. dari tanah yang hitam lalu menciptakan Hawa pula" kemudian beranak pinak sehingga ke zaman Nabi Noh a.s.. Kemudian berlaku letusan banjir besar menenggelamkan dan memusnahkan permukaan bumi dan peradabannya lalu beranak pinaklah anak-anak Noh a.s. bertebaran keseluruh dunia menjadi pelbagai bangsa sehingga hari ini. Peradaban mula dibangunkan semula dengan segala pengetahuan teknologi kembali ke asal.

Kajian ini bukannya kajian berupa teka-teki dengan istilah-istilah "Altar-altar terahsia" berbelit-belit seperti kajian pada blog-blog yang lain, ianya berdasarkan tradisi lisan dan catatan-catatan parasasti yang dihimpunkan kemudian dibuat analisis berdasarkan bahasa, adat & budaya Tausug di kepulauan Sulu. Dengan menyesuaikan bahasa dan budaya Tausug di Kepulauan Sulu dengan nama-nama lokasi di Asia Tenggara sehingga ke Laut Meditranian membuktikan bahawa semua bangsa manusia datang dari satu sumber dan dari satu kawasan kepulauan iaitu kepulauan Sulu.

Di dalam kitab-kitab Samawi tidak pernah dinyatakan secara tuntas di mana Adam a.s. mula diturunkan ke bumi kecuali yang dinamakan "Garden of Eden" atau pun yang disebut "taman-taman Syurga" pada awal penciptaan kemudian diturunkan ke bumi. Satu-satunya sumber yang menyatakan Adam a.s. diturunkan di India adalah datang dari Israiliyat Bani Israel yang mana kebenarannya masih dipersoalkan.

Tausug di Kepulauan Sulu dipanggil Moro oleh Spanyol hanya kerana menganut fahaman Agama yang sama dengan bangsa Moors di Spanyol. Budaya perang Bangsa Tausug Buranun hingga hari ini masih dikenang oleh Spanyol dan Amerika Syarikat sebagai IDENTITI TAUSUG yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah. Bangsa yang sedikit yang hanya duduk di pulau kecil tetapi ratusan tahun tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana bangsa yang mahu menakluk mereka. Spanyol dan Amerika Syarikat tidak menyedari bahawa nenek moyang mereka sendiri lebih 10,000 tahun yang lalu berasal dari kepulauan Sulu.

TIGRIS & EUPHRATES KAITANNYA DENGAN BURANUN & EROPAH
Persoalannya mengapa India? Kerana India adalah Metropolitan perdagangan antarabangsa antara 10,000 hingga 6000 tahun sebelum Masihi selepas berlakunya banjir besar di zaman Nabi Noh a.s.. Sehingga abad ke-15 Asia Tenggara masih tidak dikenali lokasinya secara menyeluruh oleh bangsa Eropah hinggakan nama Asia Tenggara hanya disebut sebagai East India. Maklumat East India hanyalah muncul setelah bangsa Eropah terbaca catatan-catatan Arab yang ditranslasi ke bahasa-bahasa Eropah setelah Perang Salib.

Permulaan Bangsa India bermula di Sungai Gangga yang dibangunkan oleh Bangsa Sulug Buranun dari Kepulauan Sulu dengan kerjasama bangsa kulit hitam Nuu Waar (Papua/Irian) kemudian bangsa ini menyebar ke tempat lain beribu-ribu tahun sehingga sampai ke Sungai Tigris dan Euphrates. Ketika itu bahasa Sulug masih satu iaitu bahasa Nabi Adam a.s. yang berbeza hanyalah loghat dan lenggok bahasa. Semakin lama jauh dari bangsa Induk, bahasa dan budaya mula berubah dan mula menunjukkan perbezaan rupa paras kerana faktor cuaca dan pemakanan. Dari sini bermulalah bangsa Arab dari kerajaan Mesopotamia seperti Akkadian, Babilon, Assyur dan lain-lain.

Merujuk kepada tulisan bebaji pada batu bangsa Sumerian yang menduduki Sungai Euphrates dan Tigris bahawa bangsa mereka berasal dari aliran air. Dengan menyebut Buranun yang bermaksud Bangsa Gunung (Budanun dalam bahasa Sulug bermaksud Orang Gunung yang membawa pengertian "berkasta tinggi, berbudaya dan bermaruah") telah mengesahkan kenyataan Thomas Kheifer dalam catatan beliau bahawa Bangsa Arab berasal dari Kepulauan Sulu atau Tausug. Ini bermakna bangsa Arab adalah hasil asimilasi bangsa Sulug Buranun berkulit cerah dan Sulug Laut berkulit hitam yang datang dari Sungai Gangga India sebelum ini. Beribu-ribu tahun Bangsa Sumer menyusur ke hulu sungai Tigris dan Euphrates sehingga mereka bertemu dengan anak-anak Noh a.s. di sekitar pergunungan Ararat (Turkey hari ini). Lama sebelum itu anak-anak Noh a.s. yang turun dari bahtera mereka di gunung Ararat mula menyusur ke Eropah dan membentuk bangsa kulit putih. Dianggarkan sehingga 6000 tahun sebelum Masihi bangsa-bangsa ini mula menduduki sekitar laut Meditranian dan mula membentuk dan membina peradaban.


KAITAN BURANUN DENGAN KUIL MAYA, ZIGGURAT & PIRAMID
Agak pelik bagi sesetengah pihak sekiranya ada saintis yang berkeyakinan bahawa manusia berasal dari angkasa lepas. Sesetengah saintis pula percaya manusia adalah hasil dari evolusi binatang monyet menjadi manusia moden beransur-ansur sehingga hari ini. Kalau anda seorang yang beriman dengan Allah dan Rasul saw dan percaya dengan hari Qiamat, Syurga dan Neraka sudah tentu anda akan menolak keyakinan para saintis tersebut kerana bagi anda Manusia dan alam semesta adalah hasil ciptaan Allah Maha Pencipta bukannya terbentuk atau terjadi dengan sendirinya. Sebenarnya bukanlah perkara pelik sekiranya ada ahli sains yang berkeyakinan Athies (tidak meyakini kewujudan Tuhan) seperti itu adalah kerana mereka sendiri menyalah tafsirkan kenyataan dalam catatan-catatan batu Bangsa Sumeria yang menyatakan bahawa bangsa mereka berasal dari angkasa lepas.

Para saintis hari ini gagal menyuaikan "puzzle" mengapa bangsa Sumeria menggelarkan diri mereka sebagai BURANUN (lihat gambar pertama di atas). Para saintis bingung apa sebenarnya yang dimaksudkan Buranun tersebut. Saintis gagal melihat dan menyelidik mengapa bangsa awal Sumeria sangat suka berumah di atas gunung dan mengapa mereka sangat mencintai gunung. Menurut catatan Sumeria pada prasasti mereka menyatakan bahawa asal-usul bangsa mereka ialah di atas pergunungan di "Garden of Eden" di kawasan "Land of the East" di mana bermulanya matahari terbit, tidak syak lagi ialah di kepulauan Sulu.

Hingga hari ini kita akan dapat lihat bangunan-bangunan purba di kawasan puncak pergunungan sekitar Tigris dan Euphrates. Menurut catatan, bangsa Sumeria membina bangunan atas gunung tersebut sebagai mengingati kampung halaman nenek moyang mereka di Garden of Eden. Sebab itu mengapa bangsa Sumer kemudiannya membina kuil Ziggurat yang berbentuk gunung juga sebagai mengingati Garden of Eden. Hal ini turut berlaku pada Bangsa Buranun yang menjadi raja Parahu (Pala'o) di Mesir. Bangsa Buranun yang menjadi penguasa kepada bangsa kulit hitam Parahu (Pala'o) di Mesir mula membina gunung berbentuk piramid sebagai mengingati nenek moyang mereka yang berasal dari Garden of Eden.

Setiap kemangkatan raja mereka yang agung akan mereka semadikan dalam gunung buatan berbentuk piramid seolah-olah sebagai penghormatan terakhir "kembalinya sang raja ke Garden of Eden" tempat asal nenek moyang mereka sebagai Buranun. Sehingga hari ini saintis masih tidak mengerti mengapa Raja-raja Mesir Purba memanggil diri mereka sebagai Raja PARAHU (Pharaoh) bermaksud "penguasa kepada bangsa laut". Saintis masih gagal mengerti mengapa bangsa Mesir Purba sangat mengagungkan "The Land of Punt" yang lokasinya berada di kawasan Timur Bumi tempat bermula keluarnya matahari. The Land of Punt itulah asal-usul nenek moyang mereka yang hebat yang menjadikan lautan hanya di tapak kaki mereka. Bangsa Punt itulah bangsa terawal yang duduknya di kepulauan Sulu (dalam bahasa Sulug Punt atau Pun @ Puun bermaksud "Pusat" atau tempat "Permulaan").

Bagaimana pula dengan Bangsa Maya di Amerika Latin? Mengkaji bangsa Maya di Peru dan sekitarnya memerlukan penelitian keatas tinggalan-tinggalan sejarah berbentuk prasasti bangunan kuil, bangunan purba dan lukisan-lukisan kecil pada dinding dan lukisan besar di kawasan padang berpasir dan berbatu berekar-ekar luasnya. Saintis turut menyalah tafsirkan lukisan-lukisan Maya pada dinding samada di pahat atau catan kerana terdapat beberapa imej yang menunjukkan seseorang sedang menaiki pesawat terbang. Hal inilah yang menguatkan tanggapan para saintis bahawa manusia dan teknologinya yang ada hari ini adalah hasil kontak dengan makhluk asing di luar bumi. Sebab itu kononnya mengapa bangsa Maya telah membina kuil berbentuk gunung seperti piramid adalah kerana piramid tersebut dijadikan sebagai tempat berhubung dengan makhluk asing di luar bumi. Satu tanggapan yang tidak berpijak di bumi nyata. Hingga hari ini pun UFO atau makhluk asing itu masih belum terbukti wujud kecuali jejak-jejak Jin dan Syaitan yang muncul dari imajinasi dan halusinasi mistik mereka semata-mata.

Satu persoalan dari manakah bangsa Maya berasal? Dalam catatan kami pada posting yang lepas di tajuk "Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines" telah kami nyatakan catatan bangsa Maya sendiri bahawa mereka berasal dari sebuah negara kepulauan. Nenek moyang mereka menyelamatkan diri dari bencana alam yang dahsyat lari belayar merentas Lautan Pasifik menuju ke Benua Amerika. Negara Kepulauan yang mereka maksudkan tidak lain ialah Kepulauan Sulu. Kerana nama MAYA itu sendiri adalah dari bahasa Sulug yang membawa maksud "Burung berbulu perang dan kuning".

Sebab itu mengapa hingga hari ini bangsa Maya bangga dengan hiasan bulu-bulu burung pada kepala dan tubuh badan mereka. Bulu burung adalah lambang Bangsa Punt @ Puun di kepulauan Sulu sejak dahulu kala yang mereka namakan sebagai Phoenyx ( Cenderawasih). Bangsa Sulug Buranun beribu-ribu tahun dahulu melukiskan tatu pada tubuh badan mereka sebagai lambang kepahlawanan yang hingga hari ini masih kita lihat pada adat budaya Dayak Borneo dan Luzon-Visayas. Itulah juga yang terdapat pada adat budaya Maya. Mereka membina kuil berbentuk piramid sebagai pusat sesembahan dan mengingati asal-usul bangsa mereka sebagai Buranun.

Bersambung..

TAUSUG CITIZENS Tinggalkan UTP?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, January 3, 2011 0 ulasan


Pada 30hb Disember 2010, bertempat di Putik, Zamboanga City baru-baru ini telah berlangsung satu mesyuarat tergempar antara Sultan Muhammad Bantilan Muezuddin II (Datu Ladjamura Aranan) dengan beberapa orang ahli akademik dan usahawan. Mesyuarat tergempar diadakan atas desakan ahli dan penyokong Tausug Citizens dari North Borneo (Malaysia) dan Kepulauan Sulu berkenaan tindakan UTP (United Tausug People) membelakangi Pemimpin Agung Tausug Citizens iaitu Sultan Bantilan II. UTP yang dikepalai oleh Datu Albi Ahmad Julkarnain dan disokong oleh Atty. Meltino Jaujan Sibulan sebagai Legal Counsel telah dilihat oleh sebahagian besar Rakyat Tausug sebagai "Melakukan kerja-kerja peribadi tanpa syura rakyat".

Mesyuarat 30hb tersebut adalah mesyuarat Sultan Sulu Darul Islam yang sah dengan para cendekiawan dan usahawan Tausug bertujuan membentuk gerak kerja drastik menyelamatkan keadaan Tausug Citizens dari perpecahan dan kehancuran. Jelasnya, UTP yang dipandu oleh Datu Albi telah melakukan gerak kerja diluar aspirasi Rakyat Tausug secara keseluruhan sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini. Tindakan UTP akhirnya dianggap "tidak boleh diterima" dan "batal". Pendek kata segala gerak kerja UTP semenjak penubuhannya pada 17 November 2009 (Summit) yang lalu "mansuh" dengan sendirinya.

Menurut Prof. Tuttuh Ensano yang dihubungi dari Illigan City berpandangan bahawa segala tindakan dan gerak kerja UTP bermula dari pembentukannya adalah batal kerana tidak menurut syura yang sah. Menurut beliau, apakah kelayakan Atty. Meltino sebagai Legal Counsel boleh menurun dan menaikkan seseorang yang sudah ditabalkan menjadi Sultan Sulu oleh Rakyat Jelata? Apakah kelayakan beliau sebagai Legal Counsel boleh melantik "Prime Minister" tanpa kehadiran dan kewujudan Sultan Sulu itu sendiri? Sedangkan jelas tanpa Sultan yang menjadi pemimpin tertinggi secara Tradisi Kesultanan Sulu, segala jawatan dalam kerajaan termasuk "Prime Minister" tidak boleh dilantik. Maka kalau ada lantikan jawatan dalam kerajaan tanpa bai'ah dan sumpah setia di hadapan Sultan Sulu ia dikira batal dan rakyat berhak menolaknya.


KEPUTUSAN SULTAN BANTILAN II TERHADAP UTP
Bagi Sultan Bantilan II, baginda tiada masalah dengan pemimpin UTP seperti Datu Albi dan Atty. Meltino hanya yang Baginda sebut ialah "Pemimpin UTP lah yang bermasalah dengan Tausug Citizens (rakyat jelata) yang sebelum ini memberi sokongan dan dokongan kepada kewujudan UTP". Menurut Baginda Sultan lagi sepatutnya UTP bertindak professional menghadapi segala kemelut yang berbangkit yang melanda Tausug Citizens bukannya melucut dan membuang jawatan para pemimpin yang selama ini menyokong pembentukan UTP.

Sebagai contoh, Datu Albi dan Atty. Meltino yang melawat Tawi-Tawi baru-baru ini tidak dapat mengawal dan menyelamatkan keadaan perpecahan antara Kumpulan Hj Robin Imao dengan Kumpulan Salamaddin. Hj Robin Imao yang dilantik sebagai Raja Bandahara Pulau Tawi-Tawi oleh Sultan Bantilan II semenjak tahun 2008 telah diperlakukan oleh UTP secara tidak professional. Gelaran penipu dan pembohong oleh UTP kepada Hj Robin dan mesyuarat yang mengusulkan untuk memecat Hj Robin oleh UTP menyebabkan pengikut Hj Robin naik marah lalu mengumpulkan senjata berat mereka menghampiri Bongao untuk persediaan sekiranya UTP bertindak lebih jauh terhadap Hj Robin maka mereka akan masuk menyusup ke Bongao untuk membuat serangan terhadap musuh-musuh Hj Robin dari rumah ke rumah.

Keadaan genting ini menyebabkan Sultan Bantilan II terpaksa turun ke Pulau Tawi-Tawi dari Pulau Jolo untuk menenangkan penyokong Hj Robin. Akhirnya Hj Robin dan pengikutnya para Panglima dan Paduka dari Batu-batu, Sapah-Sapah, Simunul, Sibutu dan kepulauan lain patuh terhadap titah Sultan agar mereka bertenang dan jangan ikut campur urusan UTP sekiranya mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan Datu Albi dan Atty. Meltino. Maka di sinilah bermulanya Sultan Bantilan II bertitah mengisytiharkan kepada semua rakyat Tausug yang menyokong dan mendokong kebenaran agar kembali mengaktifkan United Tausug Citizens kembali seperti dulu dengan meninggalkan UTP yang ditadbir Datu Albi dan Atty. Meltino. Maka secara automatik Datu Ladjamura Aranan dikembalikan kepada takhtanya yang asal iaitu Paduka Batara Mahasari Maulana Al-Sultan Muhammad Bantilan Muezuddin II ibni Datu Wasik Aranan.

Kembalinya Sultan Bantilan II ke Jolo Sulu setelah selesaikan kes Hj Robin dengan UTP di Pulau Tawi-Tawi, Baginda langsung mengatur mesyuarat tergempar dengan Raja Bandahara Jolo (Andam bin Muharram) dan para Panglima dan Paduka yang dikepalai oleh Syarif Murakib Syarif Abirin (Menteri Dalam Negeri) yang diadakan pada hari Sabtu, 25 Disember 2010 bertempat di Pentas Astaka atas tanah Panglima Syarif Jurani bin Syarif Sunamun. Resolusi dari mesyuarat tergempar para Panglima dan Paduka Jolo tersebut menyatakan bahawa Kuasa Pemerintahan akan dikembalikan semula kepada Tuanku Sultan Bantilan II sebagai Pemimpin Tertinggi Tausug Citizens, Kesultanan Sulu Darul Islam. Kemudian pada 28 Disember 2010 Tuanku Sultan telah menghubungi Prof. Tuttuh Ensano untuk memaklumkan bahawa Baginda akan membuat lawatan balas ke Illigan City serta menghubungi Prof. Adil (MSU BONGAO) dan Prof. Alling (MSU SULU) serta Habib Abdurasul A. Sabban (Raja Bandahara Zamboanga) dan Habib Pang (Raja Bandahara Basilan).

Kata akhir dari Tuanku Sultan Bantilan II ialah

"Kita akan usahakan untuk dapatkan Peguam Antarabangsa dan menyusun pentadbiran Kesultanan Sulu semula dengan kerjasama para cendekiawan. Menyusun semula pelan ekonomi dengan bantuan usahawan Tausug yang berjaya secepat mungkin. Menarik pelabur dan pelan persahabatan (diplomatik) dengan negara jiran...."

Pandangan Baginda Sultan terhadap Datu Albi dan Atty. Meltino

"Mereka bukan musuh, mereka adalah tetap saudara kita. Oleh kerana mereka berkeras untuk terus memperjuangkan UTP maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kecuali membiarkan sahaja apa yang mereka mahu lakukan. Kita ada rakyat dan dokongan yang tidak berbelah bahagi dari para Raja Bandahara, Panglima dan Paduka di seluruh Kepulauan Sulu, Allah swt bersama kita!"