Buku Sejarah Sulug 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, March 31, 2011 0 ulasan

Kami mengharapkan dari doa sahabat-sahabat pelawat blog untuk sama-sama mendoakan buku Sejarah Sulug dapat dicetak sebelum Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bulan April 2011, Ameeeen Ya Rabbal Alameeeennn!!

DEFINASI SULUK & TEORI PENGAMBILAN ISTILAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, March 30, 2011 1 ulasan


Apakah maksud sebenar istilah SULUK? Dari mana ia diambil sehingga menjadi satu istilah penting dalam disiplin ILMU TASAWWUF? Perkara ini perlu dirungkai dan ditelusuri yang walau pun sebahagiannya menggunakan kaedah teori namun sekurang-kurangnya dapat memberi jalan kepada pengkaji-pengkaji lain memperluaskan kajian pada masa akan datang. Selama beberapa bulan yang lalu kami telah menjalankan beberapa penelitian terhadap istilah SULUK samada ia memang bahasa Arab atau pun ianya satu istilah asing yang dimasukkan kemudian ke dalam bahasa Arab. Dalam penelitian kami mendapati istilah "SUQ" (i.e. Pasar) dalam bahasa Arab itu juga kemungkinan besar datang dari istilah asing.

Bahasa Arab adalah bahasa yang paling unik dalam dunia yang bukan sahaja sangat istimewa kedudukannya disisi agama Islam malah bangsa lain turut mengiktiraf bahasa Arab sebagai bahasa Ilmu mengikut sejarahnya hingga menjadi penyebab anjakan paradigma kepada teknologi moden manusia hari ini. Walau pun begitu, bahasa Arab telah di'subur'kan dengan istilah-istilah asing lain yang dicedok dari bahasa Latin, Ibrani, Aryan, India malah bahasa-bahasa dari Nusantara. Antara contoh asal bahasa Nusantara ialah,

  • IN, bermaksud 'sungguh', dari bahasa Nusantara (Sulug: IN, penegasan kata dalam percakapan).
  • an-NAR, bermaksud api, berasal dari bahasa Nusantara iaitu NARAKA @ Nuraka @ Neraka.

  • an-NAS, bermaksud manusia, dari bahasa Nusantara.

  • ad-DUNNYA, bermaksud dunia, dari bahasa Nusantara.

  • MATAR, bermaksud hujan, kemungkinan berasal dari kata "mata air" yang juga dari bahasa Nusantara.

  • MALAK, bermaksud bidadari, kata Malaikat juga diambil dari kata Malak yang menurut ahli bahasa ia berasal dari kata Semitik (i.e. Bani Sem bin Noah a.s.). Arab menyebut Malak menjadi Malakh @ Malakha (sebutan Hebrew) kerana huruf KAF berbunyi "kh" (Tajwid: Mahfuz). Kemungkinan berasal dari lidah Nusantara yang diambil dari kata MALAK (Sulug: Malak, bermaksud cantik bak bidadari syurga. Melayu: Merak, i.e. burung Merak).

  • BAHAR, bermaksud laut, berasal dari Nusantara (Sulug: Baha', i.e. banjir besar. Melayu: Bah, i.e. limpahan air @ banjir).

  • AWAM, bermaksud orang kebanyakan, berasal dari Nusantara (Sulug: kurang pengetahuan atau jahil, kerana majoriti manusia adalah "awam" dibanding dengan yang berpengetahuan).
  • KAUM, bermaksud kelompok masyarakat, berasal dari Nusantara (Sulug: Kaum @ Kawman bermakna penempatan kelompok manusia. Melayu: Kaum).
  • BATHIN, bermaksud rasa dalaman @ tenaga dalam yang tersembunyi, berasal dari Nusantara (Sulug: Batin. Melayu: Batin).
  • KUM, bermaksud 'anda' atau 'kamu', berasal dari Nusantara (Sulug: Kamu. Melayu: Kamu).
  • NAFAS, bermaksud 'bebas' atau pernafasan, berasal dari Nusantara (Sulug: Napas. Melayu: Nafas).
  • MAKSUD, sama pengertian dengan bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Sulug bermakna 'tujuan'.

  • Dan banyak lagi...


PERMULAAN ILMU SUFI (TASAWWUF) DALAM TRADISI ISLAM

Selepas kewafatan Rasulullah SAW pada awal abad ke-7, Hadith Baginda SAW pun mula dikumpul dan dibukukan (Al-Qur'an diperindah @ disistematiskan) yang kemudiannya diikuti oleh penyusunan disiplin ilmu-ilmu Islam lain seperti Feqah (Ushul Fiqh), Qiraat, Aqidah (Ushuluddin), Nahu, Akhlak (Tasawwuf), Tawarikh dan ilmu-ilmu lain. Kewujudan nama SULUK hanya jelas setelah kemunculan ilmu Tasawwuf dalam kerangka Tareqat Jama'ie setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Kemunculan para Tabi'en seperti Al-Hassan Al-Bashri (642-728 @ 737), Uwais Al-Qarni,
telah mula memperkenalkan budaya Sufi terawal. Menurut catatan sejarah, sahabat Nabi yang pertama sekali melembagakan Tasawwuf dengan cara mendirikan Madrasah Tasawwuf adalahHuzaifah bin Al-Yamani[01], sedangkan Imam Sufi yang pertama dalam sejarah Islam adalah Hasan Al-Basri ( 21-110 H ) seorang ulama tabi'in, murid pertama dari Huzaifah bin Al-Yamani, beliau dianggap tokoh permulaan dan yang paling pertama meletakkan dasar metodologi ilmu Tasawwuf. Hasan Al-Basri adalah orang yang pertama mempraktik, berbicara serta menguraikan maksud Tasawwuf sebagai pembuka jalan generasi berikutnya.

Menurut sebahagian pengkaji, Tasawwuf atau kata asalnya SUFI ini telah pun muncul ketika Rasulullah SAW masih hidup iaitu setelah kedatangan Muhajirin ke Madinah Al-Munawwarah. Golongan Muhajirin sebahagiannya dikatakan telah menetap di serambi Masjid Nabawi (i.e. Suffah) sebagai golongan fakir miskin yang hanya menumpukan masa mereka dengan berzikir dan beribadah kepada Allah SWT. Kemiskinan menyebabkan mereka memakai baju kasar (diperbuat dari bulu kambing yang dipanggil Suf) walau pun sebahagian mereka sebelumnya kaya ketika di Makkah. Sebahagian ulama' membantah penisbahan Sufi kepada Suffah dan Suf seperti di atas kerana bersalahan dengan tatabahasa Arab.

  • Pendapat ini ditolak, kerana dari segi bahasa, sekiranya mereka menyandarkan kepada Ahli Suffah, maka mereka akan dipanggil sebagai Suffi, iaitu dengan dua fa, sedangkan perkataan sufi hanya mempunyai satu fa. Pengarang Qamus al-Muhit menyatakan, bahawa sandaran nama ini adalah salah dari segi tatabahasa Bahasa Arab.[02]
Begitu hangat perdebatan para ilmuan Islam terhadap asal-usul nama Sufi (Tasawwuf) ini hinggakan Sheikh Zarruq r.a. menyebut, definasi Tasawwuf mencapai sehingga dua ribu pentakrifan. (Ibn Ajibah, Iqaz al Himam. H: 24).

Kami mencadangkan, bahawa kata Sufi berasal dari kata Suci yang datang dari bahasa Nusantara (Sulug: Sussi @ Sutsi) yang kemungkinan disalah sebut menjadi Sufi. Kerana sifat seorang Sufi ialah menyucikan dirinya dari perbuatan tercela menuju kepada akhlak mulia dan terpuji demi mendekatkan diri kepada Allah Maha Pengasih.

  • Abu Muhammad al-Jariri r.a. berkata "(Tasawwuf) adalah berakhlak dengan segala akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang hina". (Al-Qusyari, Risalah al-Qusyairiyyah fi Ilmi al-Tasawwuf. H: 280).
  • "Orang sufi juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran zahir dan batin". (Abdul Aziz Ahmad Mansur, Al-Tasawwuf al-Islami al-Sohih, H: 24-27).


PENGERTIAN SULUK & KAITANNYA DENGAN PELAYARAN

Apakah yang dimaksudkan dengan SULUK? Istilah Suluk tidak dapat dipisahkan dari Sufi kerana ia adalah elemen terpenting sebagai pelengkap seseorang menjadi Sufi. Suluk secara harfiah bermaksud "perjalanan menuju Ilahi" manakala individu yang melakukan perjalanan tersebut disebut SALIK. Dalam satu kitab Tasawwuf yang membahas maksud Suluk atau Salik bertajuk Risalah Siyar As-Suluk menyatakan,

"Secara semulajadi, setiap Salik yang berjalan menempuhi jalan kerohanian memerlukan dua perkara:-

  • 1. Jazbah
  • 2. Suluk
Ada Salik yang telah dikurniakan Jazbah terlebih dahulu kemudian barulah dia memulakan usahanya menempuh perjalanan Suluk. Sesetengah Salik pula perlu berusaha atas jalan Suluk terlebih dahulu dan kemudian baharulah dikurniakan Jazbah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dalam kedua-dua keadaan ini, Salik perlu kepada kedua- duanya iaitu Jazbah dan usaha Suluk. Jazbah adalah tarikan Batin dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan orang yang dikurniakan tarikan Batin tersebut dipanggil Mazjub. Usaha (i.e. melakukan perjalanan) adalah Suluk dan orang yang menjalani Suluk dipanggil Salik."[03]

Suluk dalam penjelasan (pada konteks Tasawwuf) di atas membawa maksud "Musafir atau Perjalanan" kerohanian seseorang ke satu destinasi (keredhaan dan cinta Ilahi) dan secara umum adalah seiring dengan maksud PELAYARAN. Walau pun pelayaran lebih khusus kepada perjalanan laut berbanding dengan maksud musafir secara umum, namun ia tetap menunjukkan keadaan sifat 'perjalanan' yang sama. Dalam bahasa Inggeris pelayaran disebut "Voyage" yang juga sinonim dengan "Travell" sedangkan Traveller bermaksud pelayar atau bermakna Salik. Pengertian ini diperjelaskan dengan lebih mudah dalam kitab Suluk yang terkenal ketika membahas panduan PERJALANAN SEORANG SALIK bertajuk 'Umdatussalik ('Umdat al-Salik) [04] dalam translasi Inggerisnya Syeikh Nuh Ha Mim Keller (penterjemah) menjelaskan,

  • "Traveller (Salik) derives from travel (suluk), meaning to proceed along, the allusion being to the spiritual journey, meaning one's seeking knowledge of the rules of religion with seriousness and effort, to thereby reach Allah Most High and be saved perdition". Tajuk: Author's Introduction to 'Umadat al-Salik, m.s. 48.
(Traveller (Salik) berasal dari perjalanan (suluk), yang bermaksud untuk meneruskan, yang kiasan ke perjalanan spiritual, yang bererti seseorang mencari pengetahuan melalui peraturan-peraturan agama dengan keseriusan dan usaha, sehingga mencapai Allah Maha Tinggi dan terselamat dari kebinasaan).

Ini bermakna kata SULUK dari segi istilah diertikan dengan perjalanan samada jalan darat atau laut. Manakala dari segi bahasa diertikan sebagai perjalanan rohani seseorang untuk mencapai (keredhaan) Allah yang Maha Tinggi. Persoalannya mengapa PERJALANAN itu tidak disebut Musafir (Safar) sahaja sebagai kebiasaan dalam bahasa Arab? Ini menunjukkan bahawa istilah Suluk ini adalah juga berasal dari bahasa asing yang dimasukkan ke dalam bahasa dan budaya Arab lebih seribu tahun yang lalu malah mungkin lama sebelum kelahiran Rasulullah SAW lagi nama SULUK itu sudah wujud di tanah Arab tidaklah mustahil. Apa yang menarik dalam penjelasan ini ialah kata SULUK telah dapat dimengerti dari segi "istilah" dan "bahasa" yang sebelum ini begitu kabur pemahaman terhadapnya.

Seperkara lagi ialah kata SULUK di atas hanya dikaitkan dengan amalan kesufian yang berbentuk rohani atau pada sebutan Nusantaranya KEBATINAN. Ini bermakna Suluk sangat berkait dengan ilmu-ilmu kebatinan sebagai kebiasaan masyarakat Nusantara dalam persilatan dan pertapaan sebagai sebahagian tradisi Hindu-Buddha lama sebelum kedatangan Islam. Tinggal lagi, penyandaran ilmu kebatinan Nusantara kepada Hindu-Buddha ditanggapi sebagai ilmu sihir oleh para ilmuwan Islam hari ini. Apakah ilmu-ilmu kebatinan Nusantara sebelum kelahiran Rasulullah SAW itu benar datang dari ilmu-ilmu sihir para sami Hindu-Buddha semata-mata atau sebenarnya amalan tersebut sudah memang wujud semenjak Adam a.s.? (Hal ini perlu dibahas dalam tajuk yang lain).


PENAFIAN TERHADAP KEWUJUDAN ILMU TASAWWUF

Apakah para ilmuwan Islam dulu hingga hari ini sepakat menggunakan istilah Suluk dalam tulisan atau halaqah pengajian mereka? Sebenarnya tiada satu pun kesepakatan tentang penggunaan Suluk kerana kata Suluk hanya digunakan secara meluas setelah kewafatan Rasulullah SAW yang disebar-luaskan oleh para pendokong dan pengamal Tareqat Sufi. Malah sebahagian ilmuwan Islam menentang kewujudan Tareqat Sufi dan amalan Suluk kerana bagi mereka ianya datang dari amalan jahiliyah Hindu-Buddha bukannya datang dari Rasulullah SAW sendiri. Antara kenyataan mereka ialah,

  • "Wujud persamaan doktrin dalam ideologi tariqat sufi/tasawuf dengan kepercayaan mistik agama Hindu-Buddha. Sufi/tasawuf berasal dari Agama Majusi yang meresap masuk apabila ramai penganut dan para pendita Agama Hindu dan Buddha memeluk agama Islam." Dr. Qassim Ganny, Tarikh at-Tasawwuf fil Islam.
  • "Asal perkataan sufi adalah daripada perkataan Greek, iaitu 'sofea' bermaksud hikmah atau bijaksana." Ruj: Muhammad Jamil Zainu, Al-Sufiah fii Mizan al-Kitab wa al-Sunnah.
Para penentang kebanyakannya adalah dari kumpulan yang mengaku Muslim berfahaman Salaf @ Salafi (sesetengahnya digelar Wahhabi). Sekiranya anda telesuri kenyataan para penentang Tariqat Sufi dan Tasawwuf di atas sebenarnya telah bercampur baur antara kebenaran dan kedustaan. Menilai Tariqat Sufi dan Tasawwuf menyamakannya dengan amalan kufur Hindu-Buddha serta Greek (Yunani) berdasarkan amalan Hindu-Buddha yang mereka lihat pada tokong dan kuil serta Yoga hari ini sahaja. Mereka tidak melihat dan mengkaji bahawa amalan Hindu-Buddha ketika dulu adalah murni dari ajaran para Nabi dan Rasul tetapi telah diseleweng sehingga membawa kepada penyembahan patung.

Yang jelas bukan semua amalan Hindu-Buddha itu salah sebagai contoh amalan bertapa @ mengasingkan diri (Uzlah) di gua-gua batu di atas gunung-ganang adalah amalan purba Nusantara yang dinisbahkan kepada amalan Hindu-Buddha namun kaedah Uzlah ini juga turut diamalkan oleh Rasulullah SAW di Gua Hira' sebelum turunnya wahyu pertama dari Tuhan. Malah lama sebelum itu Nabi Musa Kalimullah turut naik ke atas Bukit Sinai mengasingkan diri untuk bertemu Tuhannya. Mengapa mereka tidak mengaitkan perlakuan Muhammad SAW dan Musa Kalimullah dengan amalan Hindu-Buddha pula? Ini menunjukkan amalan Bertapa atau Suluk bukanlah amalan sesat Hindu-Buddha tetapi telah lama wujud sebelum kewujudan Hindu-Buddha itu sendiri.


PENEMPATAN DAN BAHASA SULUG DI SELURUH NUSANTARA

Telah pun dimaklumi bahawa bangsa purba yang menetap di Kepulauan Sulu dipanggil BANGSA SULUG. Dalam catatan kami terhadap Sejarah Sulug ini satu teori (Teori Likusantara) telah kami bentangkan bagaimana bangsa ini dapat menyebar ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan kapal layar KATIGAN berjaya membawa kaum-kaum kulit hitam Nuu Waar (PAPUA) ke seluruh dunia samada sebagai pendayung kapal dan pekerja buruh dalam perdagangan merentas benua. Mereka angkut dari pulau Irian/Papua sehingga ke benua Amerika (kepulauan Pasifik) dan ke India hingga sampai ke benua Afrika dan Mediterranian.

Teori ini lebih kepada mengesahkan kewujudan manusia berasal dari satu keturunan sama iaitu Adam a.s. dan membatalkan dakwaan "manusia terawal di Nusantara adalah Negrito sebelum kedatangan bangsa kulit Cerah dari utara" kerana samada Negrito atau Kulit Cerah sebenarnya telah lahir serentak dari satu keturunan Adam a.s..

Bangsa Sulug hari ini sudah tidak menyebut nama bangsa mereka sebagai Sulug kecuali dengan nama TAUSUG. Tetapi bangsa dan kaum lain masih menyebutnya Sulug hari ini antaranya,

  • Melayu Brunei masih memanggil nama Sulug (mereka menyebut Suluk) kepada Tausug di kepulauan Sulu.
  • Maguindanao - Maranao-Iranun di Mindanao masih menyebutnya Sulug.
  • Visaya di Filipina masih menyebut Sulug (Tagalog sahaja yang menyebut Joloano kepada Tausug kerana mengikut lidah Spanyol).
  • Kalibugan di Mindanao juga menyebutnya Sulug.
Ketika dulu sebelum kedatangan penjajah Eropah ke Nusantara bangsa Melayu (Sumatera dan Melaka), Batak, Aceh, orang-orang Jawa, Flores, Banjar, Tidung dan Bugis turut memanggil Tausug sebagai Sulug tetapi dengan sebutan Suluk atau SOLOK pada lidah mereka. Hari ini bangsa Solok di Tanah Melayu, Sumatera dan Tanah Jawa sudah hilang samada kembali ke Kepulauan Sulu atau terasimilasi dengan bangsa lain yang disebutkan di atas. Untuk membuktikan kebenaran ini pengesahan dari tinggalan-tinggalan atau jejak Sulug di tempat-tempat tersebut perlulah ada. Berikut disenaraikan beberapa lokasi yang terdapat jejak SOLOK,

Di Malaysia:
  • Terdapat lebih dari 16 kampung Solok di sekitar Melaka sehingga ke sempadan Negeri Sembilan hari ini (lihat gambarajah atau peta Melaka Google Earth pada posting yang lepas).
  • Nama-nama negeri, daerah dan Sungai di Tanah Melayu mempunyai makna dalam bahasa Solok seperti Johor (i.e. Hujung), Malaka (i.e. Cantik bak bidadari), Kedah (i.e. Ke destinasi), Pahang (i.e. Biawak), Raub (i.e. Terbalik @ Tiarap), Dungun (i.e. Tempat kapal berlabuh), Marang (i.e. Buah Tarap), Ipoh (i.e. Racun pada sumpit atau panah), Linggi (i.e. Memancing), Langkawi (i.e. Kemanjaan) dll.
  • Bahasa Melayu banyak terkandung persamaan penyebutan bahasa Solok seperti Sembahyang (Sumba-ha-Yang), Takut (i.e. Bongkah Batu Karang di tengah laut yang menyeramkan kalau dilihat dari atas), Laut (sbt. Laud), Karang (i.e. Batu karang terdampar di tepi pantai menjadi batu-batu, sbt. Kalang), Latah (i.e. Seseorang yang bercakap banyak atau membebel), Tanggung (i.e. Pikul barang atas bahu @ belakang, Tumanggung bermaksud yang memikul), Tetak (sbt. Tutuk @ Tuktuk), Ragut (sbt. Lagut, maksud menetak dengan pantas), Tebas (sbt. Tegbas, maksud menetak kayu), Lapah (sbt. Lapa, maksud menebas rumput), Kabus (i.e. fikiran yang kabur kewarasannya), Ikat (sbt. Hukut @ Heket pada sebutan Lucoes @ Lugus), Utuh (sbt. Utu', bermaksud "jantan" atau lelaki), Tempelak (Tumpalak), Mantap (Mahantap) dll.
Di Indonesia:
  • Banyak penempatan Solok di sekitar Sumatera sehingga ke Tanah Jawa sampai ke Flores, Kalimantan dan Sulawesi antaranya masih terdapat Kota Solok dan Kabupaten Solok serta nama-nama tempat atau daerah dalam bahasa Solok seperti Jambi (i.e. Tukar barang @ Barter), Palembang (i.e. Dipasangkan @ Berpasangan), Pariaman (i.e. Pasar Parian), Minangkabao (i.e. Menang dalam pertandingan tanduk kerbau), Padang (i.e. Lalang, sbt. Parang), Solo (Di Jawa Tengah) dll.
  • Dari segi bahasa pula sebahagian dari bahasa suku Batak terkandung beberapa persamaan perbendaharaan kata Solok seperti Takaw (Curi) dan Panakaw (Pencuri) dan lain-lain. Penggunaan imbuhan samada awalan dan akhiran Pa, Ma, Ka, Un, Si, Um, bahasa Batak sama seperti struktur bahasa Solok di kepulauan Sulu.


PERUBAHAN ISTILAH 'SULUG' DALAM BAHASA TAUSUG

Beberapa ratus tahun telah berlalu bangsa Sulug semakin mengalami perubahan. Telah menjadi Sunnahtullah (semulajadi) makhluk yang bernama manusia pasti akan mengalami perubahan demi perubahan seiring dengan perkembangan zaman. Pertuturan bahasa Adam a.s. yang pada asalnya bermula pada satu bahasa sahaja telah mula mengalami perubahan dialek setelah Bani Adam berhijrah yakni berjauhan dengan bahasa induk mereka. Sub-etnik atau suku-suku kaum mula terhasil dan mewujudkan bahasa baru mengikut persekitaran mereka.

Sulug atau Tausug di kepulauan Sulu walau pun berusaha mengekalkan bahasa dan budayanya namun kemasukan bahasa dan budaya asing lain tidaklah dapat dihalang apatah lagi sifat pelayar dan dagang Tausug itu sendiri yang membawanya ke merata tempat beratus tahun dahulu. Pastinya setelah kembali ke kepulauan Sulu mereka akan membawa sebahagian dari kepakaran dan budaya asing yang pada akhirnya diserap menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. Adalah satu sikap yang keterlaluan bagi Tausug yang tidak mengaku bahawa bangsa mereka telah gagal diasimilasi atau diserapi oleh bahasa dan budaya asing. Sebagai contoh, bagaimana "budaya dan lidah China" berjaya mengubah bahasa asal Tausug dari bahasa Sulug Klasik menjadi bahasa SUG moden hari ini adalah kerana beratus tahun malah beribu tahun Sulug mengikat kerjasama dengan bangsa China sehingga berlaku asimilasi sesama mereka dalam jangka masa yang begitu lama. Sebagai contoh perubahan kata "Bunar" (Melayu: Benar) dalam bahasa klasik Tausug menjadi "Bunal" dalam bahasa Tausug moden.

Malah, yang tidak dapat disangkal lagi, bagaimana 'irama lagu India' serta bahasanya masih berakar kukuh dalam bahasa Sulug @ Sug hari ini menunjukkan juga Sulug telah lama mengikat hubungan hingga terasimilasi dengan India beribu tahun dahulu adalah satu kenyataan. Sebagai contoh reaksi teguran Tausug masih menyebut "Areeeeee...!" (Melayu: Amboi) sama dengan reaksi bahasa Tamil di filem-filem India hari ini. Malah lagu (Qiraat) ketika membaca Al-Qur'an atau melaungkan azan iramanya sama dengan lagu-lagu klasik Tamil di kaca-kaca TV.

Seiring dengan kemasukan bahasa dan budaya asing sebutan 'Sulug' juga telah mengalami perubahan sebagai contoh nama SULUG sendiri sudah berubah makna. Ketika orang-orang luar sibuk menamakan TAUSUG di kepulauan Sulu dengan nama SULUK atau SULUG tetapi orang-orang Tausug sendiri tidak memanggil diri mereka sebagai Suluk atau Sulug hari ini kecuali dengan panggilan SUG atau Tausug sahaja. Tausug tidak menyedari bahawa SUG itu adalah singkatan bagi SULUG kerana kebiasaannya lidah mereka membuang "L" di tengah-tengah perkataan dan ini bukanlah menghairankan kalau berlaku 'kejahilan' kerana Tausug semenjak kedatangan Amerika Syarikat (AS) pada 1890-an telah menutup pintu terhadap 'pendidikan barat' menyebabkan mereka terputus dari 'budaya ilmu'.

Pada akhirnya kebanyakan Tausug telah menjadi 'awam' atau jahil dari menulis peristiwa atau sejarah mereka sendiri apatah lagi membukukan DAMAN (gurindam/pantun) atau TARASUL (kisah-kisah kepahlawanan) yang menjadi budaya mereka beribu tahun. Bagi Tausug belajar di sekolah barat AS akan menjadikan Tausug 'kafir' beserta keturunan mereka sampai bila-bila menjadi punca Tausug gagal menyaingi kemahiran Kolonialis sehingga berlakunya Perang Dunia ke-II Tausug masih 'mengasingkan diri'. Maka sehingga hari ini nama SULUG itu sendiri kurang difahami oleh TAUSUG di kepulauan Sulu.

Nama SUG adalah singkatan bagi SULUG yang membawa maksud 'arus air' (Current) yang kehidupan mereka sinonim dengan pelayaran di laut beribu tahun yang lalu. TAU (Orang) dicantum dengan SUG (Arus laut) bermaksud orang atau bangsa yang mengikut arus laut (pelayar). Mereka belayar sehingga sampai ke Teluk Arab, Laut Merah dan laut Mediterranian dengan membawa nama SULUG hinggakan mereka dikenali oleh bangsa Arab sebagai SULUK (Travel) yang bermaksud pelayar. Sebutan Sulug menjadi SULUK pada lidah Arab adalah kerana tidak terdapat huruf "G" di hujung mana-mana perkataan dalam bahasa Arab. Lidah Melayu juga gagal membunyikan "G" pada hujung perkataan yang pastinya berbunyi "K" sebagaimana Arab.


KONOTASI 'SULUG' DALAM BUDAYA ILMU KEBATINAN

Hari ini kalau Tausug menyebut "SULUG" sebenarnya ia bermakna 'memakai'. 'Nag Sulug badju' bermaksud memakai baju. 'Nag Sulug sin ilmu' bermaksud memakai ilmu (kebatinan). Dalam budaya perang Tausug dahulu kala perkataan 'Nag Sulug sin ilmu' adalah satu kemestian bagi setiap lelaki Tausug sebagai pahlawan. Istilah 'ilmu' dalam bahasa Tausug bermaksud "Ilmu kebatinan" samada kebal dari senjata, memikat wanita, perdagangan, penunduk, berburu, menangkap ikan dan sebagainya dinamakan sebagai 'ilmu'. Sebelum kedatangan Agama Islam ke Nusantara, Tausug sudah pun lama mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan ini sehingga para pengkaji mendakwa bahawa ilmu-ilmu kebatinan Nusantara adalah datang dari Hindu-Buddha. Satu dakwaan yang belum disahkan oleh sebarang kajian sejarah secara ilmiah, hanya berdasarkan hipotesis semata-mata. Kerana kami berkeyakinan, Ilmu Kebatinan ini sudah lama wujud sebelum kemunculan Hinddu-Buddha yakni seiring dengan kewujudan Adam a.s. di muka bumi.

Sebagai contoh Tausug sangat terkenal dengan ilmu bintang (Buruj @ Astronomi) untuk digunakan dalam pelayaran yang sehingga hari ini masih digunakan oleh para pelayar Tausug di kepulauan Sulu. Tausug yang berjaya memiliki gabungan ilmu kebatinan dan ilmu Astronomi ini dipanggil "Tau ilmu'an" bermaksud "Orang yang sarat dengan ilmu". Berikut beberapa jenis ilmu Astronomi Tausug disebut ilmu Panduga dan ilmu Titik yang hingga hari masih tidak dapat ditandingi oleh orang-orang Kristian Filipina menyebabkan Tausug kekal tidak terkalahkan,

  • Ilmu PANDUGA
  • Ilmu TITIK (Titik 2, Titik 3, hingga Titik 6 dan Titik 7).
Kedua-dua ilmu di atas adalah berupa ilmu Astronomi yang hanya menggunakan, abjad-abjad, angka-angka dan tarikh-tarikh tertentu. Untuk menjadi pelayar yang handal Tausug wajib memiliki ilmu PANDUGA (Melayu: Menduga) iaitu mahir dengan arah bintang dan bulan serta kedudukan matahari. Sekiranya tanpa matahari dan bintang, menduga arah angin perlu digunakan. Ilmu Panduga terbahagi dua iaitu,

  • Panduga ha Baran (Menduga tubuh badan): Mendengar bisikan hati (Kasyaf) samada meneruskan perjalanan atau tidak. Samada NAHAS atau LABA. Kaedah ini memerlukan tafakur sejenak samada berdiri atau pun duduk dengan melafazkan beberapa ayat (sesetengahnya menggunakan Salawat pada Rasulullah SAW atau menyebut beberapa Asma' Allah). Jawapan akan diberi setelah selesai tafakur. Panduga ha Baran lebih kepada batin.
  • MAMANDUGA (menduga situasi): Ia lebih kepada memerhati keadaan sekeliling dan ini lebih kepada kemahiran dari pengalaman latih tubi. Seorang Tausug yang digelar pelayar yang handal sangat hafal dengan rupa bentuk ombak dan tiupan angin samada bakal hujan renyai-renyai atau pun ribut taufan bakal melanda. Kocak pada permukaan laut diketahui samada terdapat ikan atau gangguan jin laut. Untuk MAMANDUGA arah mata angin sensitiviti pipi diperlukan untuk menentukan lokasi Monsun dan boleh sampai ke pulau destinasi tanpa gunakan kompas. Ketika berdepan dengan musuh perlulah MAMANDUGA bahasa badan untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan musuh.

Ilmu Titik pula lebih kepada huruf @ Abjad, angka-angka dan hari bulan untuk menentukan perjalanan hidup. sebagai contoh Tausug yang kehilangan barang akan mengetahui samada dicuri atau tercicir di mana-mana dengan hanya menggunakan titik 7 (Masa ketujuh Allah swt mencipta hidupan di muka bumi). Untuk mengetahui aura negatif dan positif pada nama seseorang Tausug akan menggunakan titik 6 (Dalam enam masa Allah swt menciptakan bumi) sekiranya kiraan nama lebih kepada negatif maka disarankan menukar nama kepada nama yang lebih baik agar kehidupan senantiasa dalam keberuntungan dan berbudi. Kerana menurut Tausug, nama adalah satu do'a dan setiap bunyi pada sebutan nama mempunyai aura-aura tertentu samada positif atau negatif.

Dalam peperangan ilmu titik begitu penting bagi sesetengah Tausug. Ilmu titik dalam peperangan biasanya tidak akan diperturunkan sembarangan kerana bahayanya sangat besar kepada ummat. Ilmu titik perang hanya diperturunkan kepada keluarga terdekat yang baik dan berakhlak atau sahabat yang sangat dikasihi. Dikalangan Pahlawan Tausug, telah menjadi kebiasaan kepada pemilik ilmu ini menjadi orang yang rendah diri, pemaaf dan senantiasa mendamaikan orang yang bertelagah. Panglima dan Nakura' (Nakhoda) biasanya mahir dengan ilmu ini. Bagaimana ilmu titik perang ini digunakan dan bagaimana ia berfungsi?

Tausug yang punya ilmu titik perang biasanya sebelum menyerang akan mengambil nama penuh musuh terlebih dahulu. Dengan mengira huruf berdasarkan bunyi "A, I, U" pada nama akan dapat ditentukan bilah tarikh lahirnya dengan tepat. Maka serangan akan dilakukan tepat pada masa musuh dilahirkan ke dunia. Dalam kaedah ini, kemenangan adalah pasti sekali pun musuh terlalu ramai nisbah 3:40, yang 3 tetap akan menang. Ilmu titik ini masih banyak di kepulauan Sulu yang walau pun pengamalnya adalah orang-orang yang baik tetapi kadang-kadang terlepas juga ke tangan Tausug MUNDU (perompak laut).

Kebanyakan ilmu Tausug dilakukan dengan bertapa (Tafakur) untuk menjana aura (kekuatan) sebelum mereka turun berperang. Sehingga kedatangan para Syarif membawa Islam ke kepulauan Sulu, Tausug masih mengamalkan ilmu ini. Hanyasanya para syarif telah "mengislamkan" ilmu ini yang asalnya menggunakan jampi serapah dalam bahasa sanskrit Hindu-Buddha atau dalam bahasa Sug klasik ditukar kepada jampi (Rukyah) dari Al-Qur'an dan Sunnah.

Banyak lagi jenis ilmu titik yang diamalkan oleh Tausug yang tak dapat disenaraikan dalam tulisan ini hinggakan orang-orang China banyak belajar dari Tausug ketika dulu. Ilmu Tausug ini dibawa ke China dan dikenali sebagai ilmu TAO (Taoisme). Kami percaya ilmu Tao ini para pedagang Tausug lah yang membawanya ke China hinggakan orang China sendiri menggelar Tausug sebagai TAO-PO yang bermaksud Orang Pulau. Hingga hari ini ilmu kebatinan TAO (Taoisme) banyak menggunakan jampi serapah dan menggunakan ilmu-ilmu titik yang mereka kenali sebagai FENG-SUI. Yang hanya menjadi berbeza antara ilmu TAO-China dan Ilmu Tausug di kepulauan Sulu ialah penganut TAO di China menjalankan upacara "kesurupan jin" dan pertunjukan kebatinan sedangkan Tausug tidak menunjuk-nunjuk ilmu kebatinan mereka sebagaimana di China.


ILMU SULUG MENJADI ILMU SULUK
Pada zaman Spanyol dan Amerika Syarikat di Sulu, para mujahid Tausug sebelum menyerang berani mati (Juramentado) mereka akan menjalankan sembahyang taubat dan zikir beberapa hari lamanya yang biasanya dipandu oleh seorang imam atau Syeikh Syarif sebelum menyerang dan terbunuh. Inilah yang dikatakan ilmu Tausug atau ilmu Suluk. Iaitu melakukan upacara tertentu yang dahulunya berwarna Hindu-Buddha yang kemudian ditukar kepada warna Islam (Jihad fi sabilillah). Kaedah atau amalan yang dijadikan upacara ini sangat terkenal ketika zaman AS masuk ke Sulu yang sebenarnya bukanlah perkara baru.

Ia diketahui demikian hanyalah setelah ianya ditulis oleh para penulis peristiwa ketika itu oleh orang-orang Amerika sendiri yang pandai menulis sejarah [05]. Barangkali kalau tidak ditulis sehingga hari ini generasi Tausug tidak mengetahui bagaimana kaedah nenek moyang mereka berperang dengan Satru' (Seteru). Telah menjadi bukti bahawa Tausug yang datang ke Teluk Arab, laut Merah dan laut Mediterranian beribu tahun dahulu sebelum kelahiran Rasulullah SAW telah terkenal dengan ilmu kebatinan yang disebutkan di atas. Dengan menggunakan kaedah atau ajaran Buddha dan Hindu dalam tafakur mereka bukan sahaja Tausug dikenali sebagai SULUK adalah pelayar malah sebagai SULUK yang menjalankan upacara tafakur (bertapa @ Yoga). Tafakur Tausug dilakukan bukan sekadar menjana aura perang malah sebagai pembersihan diri menuju kepada Maha Pencipta sebagaimana yang dilakukan oleh Buddha.

Maka, istilah Suluk telah menjadi terkenal yang bukan sahaja disebabkan oleh perkembangan Islam dalam bidang Tasawwuf malah lama dari itu sehingga mempengaruhi peribadatan para Rahib Kristian dan sebahagian para pemikir Yunani (Greece) sebelum era empayar Raja Iskandar Zulkarnain. Maka tidak hairanlah kalau sesetengah umat Islam mengecap ilmu Tasawwuf (Suluk) berasal dari ajaran Hindu-Buddha dan falsafah Yunani adalah kerana disebabkan sejarah keterlibatan Sulug @ Tausug itu sendiri sebagai pelayar dan pengamal ilmu kebatinan berwarna Hindu-Buddha yang mereka bawa dari Nusantara. Jelasnya, Tausug yang ketika itu digelar Sulug telah menjadi punca kepada penggelaran SULUK.

Hal ini sekiranya dipanjangkan kepada istilah "SUQ" dalam bahasa Arab yang bermaksud 'pasar' juga tidak lari dari orang-orang Tausug sendiri yang memenuhi pasar-pasar di tanah Arab kerana sudah menjadi budaya Tausug yang menguasai perdagangan ketika dulu di mana sahaja mereka berada. Sekiranya diperhalusi SUQ seolah-olah bermaksud "Tempat para pedagang Sulug berniaga".



Footnote:

[01] Drs. H. A. Mustofa, Akhlak Tasawuf, Pustaka Setia Bandung, 1997 cet. I, hal. 214. Ruj: http://maasyikta.blogspot.com.

[02] Musafir Ilallah, http://simusafirilahi.blogspot.com/2010/05/definisi-sufi-dan-tasawwuf.html.

[03] Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk, http://www.scribd.com/doc/27797173/Risalah-Siyar-As-Suluk-Kuliah-1-2-3.

[04] 'Umdat al-Salik, Ahmad ibn Naqib al-Misri (w 769/1368), ditranslasi ke bahasa Inggeris oleh Syeikh Nuh Ha Mim Keller dengan tajuk Reliance of the Traveller: A Classic Manual of Islamic Sacred Law. Cetakan Amana Publications, Beltsville, Maryland U.S.A. diterbitkan pada 1991.

[05] History of Sulu, Najeeb Saleeby.

KEKALUTAN YANG MELANDA MANILA MENGHADAPI TSUNAMI SSDI

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Muslim CSOs back Aquino's reform agenda
March 21, 2011, 4:17pm

ZAMBOANGA CITY, Philippines – Several Muslim civil society organizations (CSOs) based in Region 9 are pushing for the postponement of the August 8 elections in the Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM).

The group that joined the postponement bandwagon and allowing

President Aquino to appoint ARMM caretakers are the Sulu Sultanate Advisory Council (SSAC) headed by Sansibar Hadjulani, Anak Sug Alliance for Peace and Progress (ASAPP) chaired by Moro National Liberation Front senior official Abu Amri Taddik; the 1-Alliance of Muslim Organizations to Reform ARMM (1-AMOR), led by interim president Hadji Mohammad Ersad “Bebot” Malli; Alliance of Metro Manila Tausugs represented by Omar Haruddin; and Basilan Advocate for Peace, Environment and Sustainable Development (BAPESDA) chaired by Modyr Tupay.

Leaders and members of the groups also trooped to Metro Manila for the rally as they joined others of the same persuasion.

They said they found nothing wrong with the President’s desire to synchronize the ARMM election with the mid-term poll in 2013 and replace the incumbent ARMM officials with officers-in-charge (OICs).



Presiden Noynoy Aquino


ULASAN:
Komen Habib Zakaria "Kerry" Abdullah berkenaan laporan berita di atas ialah,

"Berita di atas sebenarnya hanya diketahui tujuan dan maksudnya oleh Presiden Noy Noy Aquino seorang. Menangguhkan pilihanraya ARMM begitu jelas pada pandangan SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) bahawa Presiden Filipina menyembunyikan rahsia kepada rakyatnya berkenaan kedudukan Sulu yang sebenarnya bukanlah termasuk dalam wilayah Filipina. Presiden tidak dapat mendedahkan rahsia tersebut demi menjaga kerjaya politiknya. Filipina sangat mengharapkan Kesultanan Sulu tidak akan berjaya diiktiraf dan selama itu pula mereka masih bebas menyedut apa sahaja dari bumi Sulu".

Komen dari Neldy Jolo,

"Apa sahaja yang Filipina buat samada mengekang, menghalang atau pun mengadakan sebarang program mengalihkan tumpuan kepada isu kewujudan SSDI, keuntungan tetap akan berpihak kepada SSDI. Tindakan menangguhkan pilihanraya ARMM oleh sebilangan pemimpin Tausug dalam ARMM sebenarnya lebih menguntungkan SSDI."

Berdasarkan komentar dari Habib Kerry dan Neldy Jolo di atas bahawa penangguhan Pilihanraya ARMM atas nasihat beberapa orang yang dipanggil sebagai Sulu Sultanate Advisory Council (SSAC) menunjukkan bahawa gerakan mengembalikan kedaulatan Kesultanan Sulu yang dimulakan oleh HRH Sultan Bantilan II telah meraih satu lagi kejayaan besar. Filipina telah mewujudkan SSAC (menggunakan nama Sulu Sultanate) tanpa persetujuan rakyat Tausug Sulu yang sudah pasti akan dibangkang oleh mereka. Keterdesakan Filipina menggunakan nama Sulu Sultanate sebagai landasan untuk meneruskan penguasaan sementara mereka selama mana Kesultanan Sulu belum mendapat mandat memerintah sepenuhnya oleh pihak antarabangsa sangatlah jelas dan memalukan.

SSDI hanya sekadar tersenyum memerhatikan gelagat Filipina dalam menangani "kemunculan dan kewujudan" kumpulan gerakan HRH Sultan Bantilan II. Kekalutan Filipina ini pasti akan sampai ke hujungnya dimana pada ketika itu mereka terpaksa berkata "Baiklah, anda (SSDI) ambillah Sulu semula dan jangan kacau kami lagi". Apakah SSDI berpuas hati ketika itu?

Buku Jingga PKR Tarikan Suluk di SABAH?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, March 29, 2011 6 ulasan


Sebuah Filem "Halaw" yang telah mendapat perhatian antarabangsa terhadap nasib Tausug (Suluk) di negeri Sabah, Malaysia.

Tausug yang baru datang ke Sabah atau yang selalu berulang-alik samada berniaga, melawat atau bekerja mencari sesuap nasi biasanya akan tinggal di rumah saudara mara mereka (warganegara Malaysia) selama berada di Sabah. Sebilangan besar Tausug tidak mempunyai PASS perjalanan yang sah menyebabkan mereka ditangkap oleh pihak keselamatan Malaysia.

Tausug di negeri Sabah dipanggil SULUK oleh orang-orang tempatan ini 100% masih mempunyai keluarga di kepulauan Sulu walau pun nenek moyang mereka beratus tahun sudah menetap di Negeri Sabah lama sebelum kemasukan negeri Sabah ke Persekutuan Malaysia 16 September 1963. Ini bermakna antara kepulauan Sulu dan negeri Sabah, mana yang lebih ramai Tausug tidaklah dapat dibezakan. Bagi Tausug Sulu dan Sabah adalah tempat mereka sekali pun berbeza pentadbiran dari segi Politik dan Nasionalisma. Sebab itu mengapa Tausug terlalu ramai yang menetap di negeri Sabah tanpa pass perjalanan SAH hingga mencecah jutaan jiwa.

Hakikatnya, tidak ada seorang pun SULUK warganegara Malaysia di negeri Sabah yang tidak mempunyai saudara mara di kepulauan Sulu, yang kemudiannya datang melawat mereka di negeri Sabah tanpa pass perjalanan sah. Satu keadaan atau suasana yang tidak mungkin TERHAPUS iaitu iakatan kekeluargaan TAUSUG. Maka, sebarang penangkapan oleh kerajaan Negeri Sabah keatas TAUSUG (yang datang dari kepulauan Sulu) sebenarnya telah dipandang "aniaya" oleh SULUK warga negara Malaysia.


MASA DEPAN POLITIK NEGERI SABAH DI TANGAN ORANG SULUK?
Baru-baru ini seorang sahabat dalam FB telah mengenengahkan isu Buku Jingga sambil mengajak anak-anak Suluk warganegara Malaysia bertindak membuat perubahan menukar BN ke PKR kerana menurutnya PKR mempunyai dasar prihatin terhadap kehadiran Suluk di negeri Sabah yang selama ini dipandang "sebelah" mata oleh kerajaan Barisan National (BN). Buku Jingga ini kemudiannya menjadi perbahasan hangat dalam online dikalangan para pengundi Suluk kerana kandungannya dalam para 3 begitu menonjol dan sangat-sangat membantu untuk menyelesaikan masalah saudara mara mereka yang tidak punya PASS PERJALANAN SAH. Berikut antara kandungan dalam Buku Jingga,


"100 HARI PARTI KEADILAN RAKYAT DI NEGERI SABAH: Dalam masa 100 hari pertama mengambil alih pentadbiran negeri Sabah. PKR akan berkerjasama dengan rakan politik didalam Pakatan Rakyat untuk melancarkan reformasi berikut untuk membela rakyat......

3. Menyempurnakan penubuhan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah dan menawarkan peluang menjadi penduduk tetap tanpa hak mengundi kepada pendatang tanpa izin dengan tujuan memutihkan senerai kerakyataan dan pengundi."

Apakah reaksi BN-UMNO terhadap Buku Jingga ini? Kalau PKR menawarkan penduduk tetap (IC Merah) apa pula yang ditawarkan oleh Barisan National?


Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memegang Buku Jingga.

Sulu Archipelago Book 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, March 27, 2011 0 ulasan

Pengarang: Neldy Jolo
Grafik kulit luar: Asree Sug @ Dzulasree

Apakah buku saudara Neldy Jolo berjaya dicetak sebelum berlangsungnya Pesta Buku di PWTC Kuala Lumpur bulan April ini? Kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar buku beliau dapat dicetak secepat mungkin sebelum Pesta Buku berlangsung. Kita tunggu........!

Persidangan Kementerian SSDI di BONGAO April 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, March 26, 2011 0 ulasan



Source: tausugglobalmedia Facebook

Dedikasi buat kekasih kami Rasulullah SAW

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, March 20, 2011 0 ulasan



Maksudnya:

BENIH KEISLAMAN

Islam telah tumbuh di Lupa' Sug (Tanah Sug),
Ditanam oleh para Ahlul Bait tanpa lelah,
Kalimatusyahadat disuburkan,
Kalimatuttauhid diguna untuk membela,

Datuk tuan Makhdum, terima kasih,
Ilmu yang kalian tanam telah makbul,
Sultan Shariful Hashim, pada zahir meluruskan,
Syara' dibentangkan diberi kepercayaan kepada Tausug,

Allahu Akbar takbir mulia,
Berkumandang siang malam tidak lenyap dek masa,
Esok atau lusa kekuatan kan kembali jua,
Islam lampu suwasa, pendirian kepada pemerintah.

PENJELASAN & ANALISIS: Mengembalikan Kekuatan Kesultanan Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, March 18, 2011 0 ulasan

Tentera MNLF (Moro) sedang melakukan rondaan.


PERJUANGAN REPUBLIK BANGSA MORO

Apakah yang dimaksudkan dengan panggilan "Moro"? Moro secara istilah bermaksud "Orang Islam" dan secara bahasa bermaksud "Orang Islam Mauricenia di Andalusia yang pernah menakluk Spanyol". Maka apakah pula maksud "Bangsa Moro"? Nama "Bangsa Moro" hanya dijadikan "Istilah Kesatuan" oleh kumpulan MNLF (Moro National Libaretion Front) untuk menyatukan Orang Islam Mindanao dan Kepulauan Sulu agar berjuang secara bersenjata membebaskan kedua-dua wilayah tersebut dari pemerintahan Filipina. Perjuangan "Bangsa Moro" dirancang untuk menubuhkan satu negara kesatuan yang dipanggil "Republik Bangsa Moro". Persoalannya, di manakah kejayaan "Perjuangan Bangsa Moro" selama 40 tahun yang bermula pada 1972 itu?

Menunggu selama 40 tahun tanpa apa-apa kejayaan malah semakin terikat dan tertipu ketika MNLF menandatangani perjanjian damai 1996 menjadikan "Bangsa Moro" sudah tidak relevan lagi untuk dijadikan "landasan" memperjuangkan kemerdekaan "Republik Bangsa Moro" hari ini malah untuk selama-lamanya. Kecuali para bekas pejuang "Moro" tersebut meninggalkan perjuangan lama mereka dan mula mengkaji dan menggunakan taktik atau kaedah lain yang jauh lebih efektif. Ini kerana Republik Bangsa Moro sendiri setelah diteliti tidak mungkin akan terealisasi disebabkan persoalan "Bahasa apakah yang akan digunakan oleh Republik Bangsa Moro sebagai bahasa rasmi negara sekiranya mendapat kemerdekaan?", gunakan bahasa Sug (Tausug) atau bahasa Maguindanao? Pastinya Tausug tidak akan terima bahasa Maguindanao sebagai bahasa rasmi demikian Maguindanao yang sejak sekian lama "tidak sebulu" dengan Tausug. Kesimpulan yang menjadi persoalan ini ialah "Apakah sebenarnya bahasa BANGSA MORO?". Ternyata bahasa Bangsa Moro yang asli ialah bahasa orang Morocco di Maghribi (Afrika Utara) iaitu bahasa Berber-Arab yang sudah lama merdeka di tangan Penjajah Perancis.

Tentera Moro

Hingga hari ini para pejuang Republik Bangsa Moro itu sendiri sudah berpecah kepada dua kumpulan bangsa iaitu kumpulan Tausug (MNLF) dan kumpulan Maguindanao (MILF) bagaimana menyatukan dua etnik bangsa yang sudah berpecah ini. Hinggakan memeningkan kepala OIC serta anggota penaja perjanjian damainya yang terdiri dari Malaysia dan Indonesia. Nampaknya yang paling bingung terhadap perkembangan ini ialah Negara Malaysia sendiri dan Indonesia yang selama ini menjadi broker peribadi perjanjian damai antara MNLF-MILF dengan Filipina. Sekiranya kita perhalusi lambat laun Malaysia dan Indonesia suatu hari nanti akan dilihat sebagai "pemain" kepada perjanjian damai bersama Filipina atas dasar "Kepentingan Wilayah" yang menjadi "interest bersama" tanpa disedari. Inilah kebimbangan yang pasti akan berlaku terutamanya apabila perkara yang menjadi kebimbangan ini turut ditunggangi oleh "Kuasa Besar" suatu hari nanti.


PERJANJIAN DAMAI ADALAH TIPU HELAH, PECAH DAN PERINTAH?

Menurut Habib Zakaria Abdullah yang menjawat sebagai Penasihat Utama kepada Sultan Bantilan II yang juga pernah menjawat dalam Majlis Tertinggi MNLF ketika dulu telah mendedahkan perbualan antara pemimpin MNLF dengan Presiden Libya, Mu'ammar Ghadafy. Presiden Libya tersebut adalah antara penyokong kuat perjuangan MNLF ketika dulu tetapi setelah menyedari peperangan Filipina melawan MNLF dulu ada "udang di sebalik batu" maka segala bantuan kepada MNLF telah beliau hentikan. Mua'ammar Ghadafy melihat segala perjanjian damai yang diwujudkan dengan pemantauan OIC adalah "permainan" semata-mata. Maka nasihat terakhir Mu'ammar Ghadafy kepada Nur Misuari lebih kurang ialah,

  • "Gantikan perjuangan kalian kepada memperjuangkan Kesultanan Sulu insyaAllah kalian akan berjaya"
Muammar Gaddafi, Presiden Libya.

Manurut Habib Zakaria, memperjuangkan Kesultanan Sulu amat berat bagi Nur Misuari kerana sejak dahulu lagi pemimpin tertinggi MNLF itu berangan-angan menjadi presiden Republik Bangsa Moro sebagaimana Presiden Libya dan Presiden Cuba (Fidal Castro). Maka memperjuangkan Kesultanan Sulu menyebabkan beliau terpaksa berada dibawah pemerintahan para Datu dan Sultan Sulu dan hal ini sangat mustahil baginya.


OIC adalah kesatuan negara-negara Islam dibawah seliaan PBB (UN) yang tidak berkuasa mengiktiraf sesuatu negara menjadi merdeka kerana perkara tersebut berada dalam tangan PBB yang diselia oleh USA-Freemason (NWO). Perkara ini turut didedahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Baqi (Mufti Region 9) yang sekarang bertugas di pejabat OIC di Jeddah Arab Saudi yang menyatakan bahawa OIC tidak akan menerima Republik Bangsa Moro merdeka dari Filipina apatah lagi Kesultanan Sulu kerana bidang kuasa mengiktiraf kemerdekaan sesuatu negara hanyalah pada tangan PBB (UN). Walau bagaimana pun menurut Ustaz Abdul Baqi, kes Kesultanan Sulu adalah berbeza dari perjuangan Bangsa Moro MNLF dan MILF kerana perjuangan Bangsa Moro sudah berakhir pada tahun 1996 yang sudah menyerahkan "diri mereka" kepada kekuasaan Filipina sebagai wilayah Autonomi bukannya kemerdekaan.

Maka sebarang tindakan yang dinamakan sebagai "Menandatangani Perjanjian" yang ditaja oleh mana-mana broker perjanjian damai yang dinaungi OIC itu hanyalah sebagai "perjanjian menguatkan Autonomi" bukannya kemerdekaan. Jelasnya, perjuangan KEMERDEKAAN sudah tidak ada kecuali atas nama KESULTANAN SULU sahaja lagi. Menurut Ustaz Abdul Baqi yang disokong oleh Habib Zakaria, Habib Pang (Tapul), Habib Nukrie (Jolo), Hj Abdullah (Bungao), Komander Datu Jul Lutian (Sabah) para pejuang MNLF patut diheret masuk ke dalam perjuangan Kesultanan Sulu dan menjadikan mereka TENTERA DIRAJA SULU dengan demikian permainan perang dan aliran keganasan dapat dihentikan. Bagaimanakah caranya?

Habib Zakaria Abdullah.


IMPAK KEMASUKAN PEJUANG BERSENJATA MENYERTAI KESULTANAN SULU

Kemasukan Habib Zakaria dan Kom. Datu Jul Lutian ke dalam perjuangan Kesultanan Sulu hari ini menjadi kekuatan baru untuk mendapatkan semula kepercayaan para Komander MNLF menyertai perjuangan kemerdekaan Sulu yang tidak pernah hilang di tangan Kesultanan Sulu. Nampaknya para wartawan Tausug yang menjalankan Road Show beberapa tahun lalu perlu diberi penghormatan kerana berjaya meyakinkan Habib Zakaria dan para Komander MNLF lain menyertai gerakan Kesultanan Sulu. Persoalannya sejauh mana kejayaan Habib Zakaria dan Kom. Datu Jul Lutian membawa masuk para komander MNLF?

Satu langkah terawal ialah perlunya pemusatan kepercayaan kepada SATU SULTAN yang diyakini benar, jujur dan adil untuk dijadikan simbol kesatuan. Hal ini menjadikan Sultan Muhammad Bantilan Muizuddin II menjadi pilihan para Habib dan Komander, Panglima, Datu dan Paduka kerana latar belakangnya yang dapat diterima. Kreteria Sultan Bantilan yang,

  • Diangkat oleh rakyat (bukan dia yang mengangkat dirinya sendiri) atas persetujuan para Datu dan Syarif (bukan hanya 60 orang),
  • Waris Kesultanan Sulu yang benar (Jelas Salasilah Kedatuannya).
  • Diangkat menjadi Sultan Sulu di Lupah Sug (Jolo) sebagai tanah Kesultanan (bukan di tempat lain seperti Tawi-Tawi, Manila, Sabah dan sebagainya).
  • Mengangkat bendera Kesultanan yang asal tanpa diiringi oleh bendera negara lain.
  • Berjaya memikat ribuan manusia memperjuangkan semula Kesultanan Sulu.
  • Miskin dan berpengetahuan (walau pun kurang pendidikan formal), kerana kalau dia memang kaya sudah tentu bila-bila masa boleh mengangkat dirinya jadi Sultan kerana kemampuannya, dan kalau pun berpendidikan tinggi tahap Doktor Falsafah (PhD) kalau tiada pengetahuan bagaimana memikat sokongan manusia malah terkenal dengan penipuan dan putarbelit sangatlah tidak layak diangkat menjadi "KETUA NEGARA SULU".
  • Menjadikan Agama Islam sebagai panduan bernegara.
Sultan Bantilan II (berbaju kuning) bersama pendokongnya iaitu Sultan Karimul Makhdum Dr. Ben Kadil dari Iligan City.

Perkara di atas yang menjadi kreteria Sultan Sulu dan menurut pemerhatian para wartawan Tausug, pulau Tawi-Tawi adalah tempat yang sesuai menarik para Komander MNLF dengan bermodalkan kreteria Sultan Bantilan II selepas pulau Jolo. Baru-baru ini, Habib Zakaria dan Kom. Datu Jul Lutian dengan sokongan Raja Bandahara Hj Abdullah Imao di Bungao berjaya memberi keyakinan kepada seorang Komander MNLF lagi iaitu Habib Achmad yang mempunyai 500 pejuang MNLF terlatih di bawah seliaannya di pulau Tawi-Tawi. Habib Achmad adalah seorang saudagar yang aktif yang senantiasa mengekalkan kemanan dengan Filipina selama beberapa tahun yang lalu dan kini telah menyertai dan mendokong Sultan Bantilan II.


Beberapa Komander MNLF lagi sedang diusahakan untuk diberi kefahaman tentang perjuangan Kesultanan Sulu. Kefahaman amat perlu kerana perjuangan ini tidak mempunyai dana atau bantuan kewangan dari luar maka kegagalan memahami perjuangan ini akan menyebabkan pembelotan dan pengkhianatan di masa akan datang. Sebagai contoh, Albi Julkarnain Ahmad masuk dalam perjuangan Kesultanan Sulu yang diselia oleh Sultan Bantilan II gagal diberi kefahaman sehingga Albi keluar semula menjadi pembelot kerana mendapati perjuangan Kesultanan Sulu Sultan Bantilan II tidak punya wang atau dana untuk beliau gunakan membeli ubat penyakit kencing manis dan darah tingginya.

Menurut Habib Zakaria, Kesultanan Sulu hanya akan berjaya mengembalikan kekuatannya sekiranya Tausug yang ikut serta terdiri dari mereka yang KEBAL dari lapar dan dahaga, KEBAL dari cemuhan dan penghinaan, KEBAL dari gertakan dan ugutan, KEBAL dari kecewa dan kecil hati, KEBAL dari rasa takut dan kecut, KEBAL dari tawaran harta dan wanita oleh pihak yang mahu mensabotaj perjuangan ini. Persoalannya, apakah impak kepada perjuangan ini sekiranya para pejuang MNLF berjaya ditarik masuk? Satu kemungkinan yang tidak dapat dielakkan ialah "KEMBALINYA KEKUATAN PERANG TAUSUG" seperti mana kegemilangan sejarahnya yang lalu. Kerana, kekuatan KETENTERAAN TAUSUG dibawah perjuangan Republik Bangsa Moro MNLF dahulu adalah berbeza dengan kekuatan TENTERA TAUSUG dibawah nama KESULTANAN SULU. Apakah yang menyebabkannya berbeza?


KELEBIHAN KEKUATAN TENTERA DI BAWAH KESULTANAN SULU

Mengikut penelitian para komander MNLF yang telah menyertai perjuangan Kesultanan Sulu Sultan Bantilan II, Filipina tidak akan melawan berperang dengan para pejuang bersenjata Tausug (Tentera Diraja Tausug) sekiranya berlaku pertembungan ketenteraan Kesultanan Sulu dengan Tentera Filipina. Hal ini sekiranya ditanggapi sebagai hanya angan-angan sahaja oleh sebilangan penganalisis namun mengikut pengalaman dari rakyat Sultan Bantilan II sendiri, perkara tersebut adalah benar. Ia telah diakui oleh tentera Marin Filipina sendiri,

  • "Kalian sekiranya sudah kuat, kami tidak perlu memerangi kalian, kami hanya berundur keluar dari wilayah kalian kembali ke Luzon-Visaya".

Ini bermaksud, kekuatan Kesultanan Sulu hanya akan diakui sekiranya kekuatan ketenteraan kembali semula kepadanya. Perlulah diperjelaskan, kekuatan tentera Sulu tidak boleh disatukan dengan "Sumbangan Wang atau Harta" semata-mata sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tetapi dengan iman dan taqwa serta semangat Tausug itu sendiri. Perjuangan adalah amat berbeza natijahnya antara yang didorong oleh WANG @ HARTA atau perjuangan Sabilillah. Perjuangan yang didorong oleh WANG bermatlamatkan untuk hidup lebih lama dengan kesenangan sekali pun dengan pengkhianatan dan kekufuran.

Bendera rasmi Kesultanan Sulu Darul Islam.

Kekuatan ketenteraan Sulu juga pasti akan menamatkan tajaan "perjanjian damai" oleh OIC yang dilakukan oleh Malaysia dan Indonesia kerana MNLF sudah diserap menjadi Tentera Diraja Sulu. Maka, sekiranya sebelum ini Malaysia dan Indonesia tidak memperdulikan "Gerakan Kesultanan Sulu oleh kumpulan Sultan Bantilan II" kerana sibuk dengan perjanjian damai yang mereka taja antara MNLF-MILF dengan Filipina, maka tiada pilihan lain bagi Malaysia dan Indonesia "terpaksa berhadapan" dengan Kesultanan Sulu yang sebelum ini mereka cuba elakkan sejauh mungkin. Bagaimana tajaan perjanjian damai itu dapat dilakukan sekiranya MNLF-MILF sudah bubar? (MNLF sertai Kesultanan Sulu manakala MILF menyokong pula kesultanan Maguindanao).

Persoalannya, bagaimana kalau Malaysia dan Indonesia bersatu memerangi TAUSUG? Hal ini tidak mungkin berlaku kerana Tausug sendiri mustahil menyahut cabaran Malaysia dan Indonesia kerana kekuatan Kesultanan Sulu yang amat terbatas di samping kedua-duanya beragama Islam sebagaimana Tausug. Perkara ini mestilah dilihat berdasarkan sejarah sifat dan sikap Tausug terhadap KERAJAAN ISLAM lain di masa lalu. Sebagai contoh,

  • Kesultanan Sulu membiarkan wilayahnya (Basilan dan Zamboanga) dinamakan sebagai WILAYAH SULTAN QUDARAT di Mindanao kerana faktor KEKELUARGAAN (Sultan Sulu mengahwinkan Puterinya dengan Sultan Qudarat).
  • Satu lagi ialah Kesultanan Sulu membiarkan KESULTANAN BRUNEI "mengkleim" bahawa Kepulauan Sulu adalah wilayah kekuasaan Kesultanan Brunei yang juga disebabkan faktor KEKELUARGAAN (perkahwinan campur antara Brunei dan Tausug).
  • Malah, yang paling dekat dengan kita hari ini ialah pada tahun 1968, KOMANDO JABIDAH TAUSUG/SAMAL yang dilatih oleh Marcos untuk memerangi Sabah, Malaysia ketika dulu sanggup dibunuh oleh tentera Marcos dari merelakan diri mereka dikerah oleh orang kafir menyerang saudara seagama dengan mereka di Malaysia.
Kenyataan di atas menjadi satu bukti bagaimana sifat dan sikap Tausug terhadap saudara seagamanya yang lebih mengutamakan PERSAUDARAAN berbanding kepentingan wilayah. Maka, sekali lagi dinyatakan, sangat mustahil Malaysia dan Indonesia menyerang Kesultanan Sulu kerana Sulu sendiri tidak punya kekuatan untuk melawan. Persoalannya bagaimana kalau Tausug benar-benar diserang oleh saudara mereka dari Malaysia dan Indonesia?


KEKUATAN & PERJUANGAN TERAKHIR TAUSUG

Jawapan kepada persoalan di atas, bagaimana kalau Malaysia dan Indonesia memerangi Tausug sebenarnya mudah. Sekiranya Kesultanan Sulu memperjuangkan Islam dan sistemnya dalam membentuk negara DARUL ISLAM dan kemudian diserang oleh negara lain yang juga mengaku sebagai "NEGARA ISLAM" maka perlulah dilihat "Siapakah yang benar-benar memperjuangkan Islam dan sistemnya"? Mustahil para pejuang Islam berperang sesama sendiri kecuali antara mereka ada yang telah disusupi oleh "pengaruh Dajjal" yang menyebabkan mereka memerangi umat Islam lain. Hal ini bukanlah sukar untuk diadili kerana begitu jelas arah tuju sistem negara-negara yang mengaku dirinya sebagai "Negara Islam".

Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal ialah mana-mana negara yang mahu menegakkan Islam dan peraturannya maka mereka perlu "melangkah mayat" GERAKAN FREEMASON SEDUNIA terlebih dahulu, yang mana sejak dulu menguasai Amerika Syarikat, Sistem Kewangan Antarabangsa (Gold Barr) dan United Nation (PBB) hari ini. Menurut para Nasionalis, Modernis, Liberalis, Sosialis yang beragama Islam bahawa hari ini sangat mustahil menegakkan Islam dan peraturannya dalam negara selagi terikat dengan sistem kewangan antarabangsa yang dipegang Freemason.

Nampaknya, sekiranya Sulu menjadi satu-satunya negara yang mahukan Islam dan peraturannya tertegak maka bukan sahaja Malaysia dan Indonesia yang "dikerah" melawannya malah negara-negara lain di seluruh dunia. Untuk memerangi Tausug sebenarnya adalah mudah kerana mereka sangat senang dikalahkan kerana tidak punya senjata berat dan jet pejuang sebagaimana Malaysia dan Indonesia. Tetapi sejarah membuktikan, hari ini Tausug kalah, esok mereka menyerang lagi, kalah lagi, menyerang lagi, sehingga berjaya MEMISKINKAN negara penyerangnya menjadi papa kedana dan merempat. Inilah yang mereka lakukan terhadap Majapahit, Spanyol, Amerika Syarikat dan Filipina. Amerika Syarikat bernasib baik kerana bertindak lebih bijak dengan mendalangi Perang Dunia II yang dengan dalam masa yang sama memindahkan Gold Barr Sulu seberat 617,000 Tan Metrik lalu meninggalkan Sulu (menyerahkannya kepada Filipina) maka selamatlah dia dari perang yang berpanjangan dengan TAUSUG.

Tausug bukanlah kuat sebagaimana yang disangka tetapi tersangat degil dan liat ditundukkan kerana sifat dan sikap mereka yang berhati besi selama mana mereka "meletakkan" sesuatu bangsa itu sebagai lawan yang perlu dimusnah dan disengsarakan sekurang-kurangnya mati bersama mereka. Kalau ada negara yang senang lenang yang kemudian berniat untuk "memusnahkan" Tausug perlulah berfikir dua ke tiga kali kerana Tausug dan negaranya itu sudah lama "musnah" maka memusnahkan sesuatu bangsa yang sudah lama musnah bukanlah tindakan yang bijak. Lihat sahaja rupa paras Bandar Jolo hari ini yang sudah kelihatan lusuh tanpa kemajuan dan pembangunan lebih 40 tahun, dan lihat pula keadaan Filipina hari ini yang sudah menjadi papa kedana sehingga rakyatnya menjadi "hamba abdi" (buruh, amah & pekerja sex) di luar negara, inilah kesan dari peperangan yang panjang antara Tausug dengan tentera Filipina. Ternyata Tausug masih berkubu di pedalaman Jolo tidak terkalahkan apatah lagi dilenyapkan dari muka bumi.

Sifat dan sikap Tausug sama seperti gambaran pada sifat dan sikap Joker dalam cerita Batman. Masih tersenyum walau pun telah dikalahkan, cari jalan bagaimana mengalahkan dan membunuh atau sekurang-kurangnya sama-sama terbunuh.


Kekuatan Tausug terletak pada adat dan budayanya yang berbeza serta terasing dari adat budaya Melayu apatah lagi Visaya. Tausug sangat menghormati Sultan selama mana Sultan menghormati mereka. Sekiranya Sultan bersekongkol dengan penjajah maka sejak itu Sultan sudah kehilangan kuasa terhadap mereka. Inilah yang berlaku terhadap Sultan Harun Ar-Rasyid yang ditinggalkan oleh Tausug kerana bersekongkol dengan Spanyol demikian pula dengan Sultan Muhammad Jamalul Kiram II (w 1936) yang ditinggalkan oleh Tausug kerana bersekongkol dengan Amerika Syarikat (sehingga hari ini keluarga Kiram masih terumbang-ambing kerana tidak mendapat sokongan Tausug). Berbeza dengan budaya masyarakat Melayu yang sangat mentaati Sultan walau apa pun keadaannya.


KESIMPULAN

Isu yang cuba diperjelaskan di atas ialah bagaimana mengembalikan kekuatan Tausug & Kesultanan Sulu kembali semula dihormati ialah dengan mengembalikan semula kekuatan ketenteraannya. Kekuatan tentera bukanlah untuk mengugut atau menakluk negara lain tetapi sekadar mengembalikan perhatian ANTARABANGSA terhadap Kesultanan Sulu. Kerana, mengapa MNLF dan MILF "dilayan" oleh OIC dan negara anggotanya adalah disebabkan MNLF/MILF punya tentera militia yang bersenjata penuh. Analisis ini telah pun disuarakan oleh para Wartawan Tausug kepada Sultan Bantilan II untuk dibawa ke mesyuarat Rumah Bichara atau Rumah Nakura' (Nakhoda). Sultan Bantilan II akhirnya berkenan untuk mewujudkan satu mekanisma yang lebih efektif untuk mendapatkan sokongan dan dokongan para Komander MNLF dengan para perajurit mereka bertujuan menguatkan KETENTERAAN TAUSUG dibawah naungan Baginda Sultan.

Dengan berjaya menarik semua komander MNLF masuk ke dalam perjuangan Kesultanan Sulu maka SUARA MERDEKA Tausug akan mula menjadi perhatian. OIC sudah tidak berpeluang lagi "menaja perjanjian damai" yang penuh dengan tipu helah dan kepalsuan yang kononnya ingin membantu "BANGSA MORO" MNLF dan MILF. Satu rahsia yang perlu didedahkan di sini ialah kelemahan Filipina yang takutkan MNLF merubah namanya kepada Tausug Royal Army (TRA). Malah Filipina sangat risau sekiranya Gelaran Moro semakin hilang dan dilupakan kerana gelaran MORO adalah salah satu produk Ferdinand Marcos untuk menghilangkan identiti TAUSUG. Suatu hari nanti pasti akan kelihatan pada muka depan akhbar iaitu,

"TENTERA SULTAN SULU BERPERANG DENGAN TENTERA FILIPINA"

Satu tajuk yang sangat ditakuti oleh Filipina kerana tajuk di atas menandakan Kesultanan Sulu bukan sahaja ingin mendapatkan gugusan Kepulauan Sulu malah wilayah Filipina sendiri seperti Luzon dan Visaya kerana ia masih termasuk dalam wilayah KESULTANAN SULU sebelum kedatangan Spanyol. Persoalannya mampukah Tausug melakukannya? Hanya Allah SWT yang mampu dan berkuasa merelisasikannya. Wallahu a'lam.

Ramai Tausug Yang Mati Dalam Rumah Merah DI SABAH!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, March 13, 2011 4 ulasan

Seminggu yang lalu penulis telah dikejutkan oleh panggilan dari seorang anggota UTC di Kota Kinabalu yang juga pemimpin berjawatan Paduka Daerah menjaga hal ehwal Tausug di Sabah iaitu Syarif Tala. Beliau menelefon ketika di Balai Polis yang tidak lama kemudian beliau dimasukkan ke dalam Rumah Merah Imegresen sebagai tahanan reman. Beliau minta penulis sampaikan perkara tersebut kepada kenalan yang bekerja dalam kerajaan agar berbuat sesuatu menghalang menangkapan terhadap Tausug di Sabah. Penulis tidak dapat melakukan apa-apa kerana Malaysia ada undang-undang dan terikat dengan undang-undang (Jus Soli) yang menangkap sesiapa sahaja yang tiada pas perjalanan sah.

Kelmarin beliau menelefon lagi dari Rumah Merah dan memaklumkan kepada sahabat-sahabat UTC yang lain bahawa menurut laporan dari dalam Rumah Merah sendiri bahawa Tausug ramai yang telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit. Mereka mati disebabkan tidak mendapat rawatan yang sempurna malah menurut laporan kebanyakan kes penyakit mereka tidak dirawat langsung. Kebanyakan kematian tidak diketahui oleh sanak saudara mereka menyebabkan mereka dikebumikan entah di mana. Bayangkan ini baru satu Rumah Merah bayangkan di Rumah Merah yang lain di seluruh Sabah?

Hal ini sangat menyedihkan bagi Tausug dan umat Islam khususnya kerana gagal membantu atau sekurang-kurangnya dapat menangani sedikit dari masalah ini agar tidak merosakkan hubungan antara Melayu dan Tausug. Tausug sangat mengharapkan bantuan dari saudara Melayu mereka di Malaysia membantu meringankan beban saudara Tausug mereka yang menetap mencari makan halal di negeri Sabah. Hal ini nampaknya akan merujuk kepada BANGSA sekiranya "Islam" sudah tidak diterima sebagai "kayu ukur" lagi terhadap bantuan persaudaraan. Amat malang seribu kali malang sekiranya setiap bulan dan tahun ratusan Tausug dipenjara dan terbunuh di dalam tahanan menjadikan Tausug tiada pilihan kecuali "terpaksa" menurut sahaja kemarahan dan kebencian mereka terhadap Malaysia.

Penulis sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak dapat menghalang sumpah seranah mereka ketika menelefon penulis walau pun diusahakan memujuk mereka untuk kembali sahaja ke Sulu dan bangunkan negara Sulu agar tidak dianiaya oleh saudara Islam mereka di Malaysia namun ia tetap akan mereka simpan sampai bila-bila pengalaman pahit mereka dalam tahanan Polis dan Imegresen. Penulis melihat perkara ini sekiranya berterusan akan "membahayakan negara" dalam jangka masa panjang.


ANALISIS TERHADAP MALAYSIA DAN KEPELBAGAIAN PANDANGAN

Dalam satu mesyuarat dengan Sultaan Bantilan II di Jolo, Sulu sebelum diadakan Assertion of Independence di Bandar Jolo pada 17 November 2010 lalu yang turut dihadiri oleh para Datu dan Syarif, Panglima dan Paduka hal ini turut dibangkitkan. Nampaknya sudah begitu banyak laporan terhadap Sultan Bantilan II yang datang dari mulut para "Halau" berkenaan penyakit dan kematian yang dibiarkan oleh kerajaan Malaysia. Pembinaan Rumah Merah yang semakin banyak di setiap daerah di Sabah bukannya membantu mengurus para "Halau" Tausug malah menambah penyakit dan kematian yang menurut laporan para Halau sendiri kebanyakannya diketahui oleh pemimpin politik Melayu sendiri.


Dalam hal ini, penulis dan sahabat-sahabat yang datang dari Kuala Lumpur berusaha memberi penjelasan berkenaan suasana politik di Malaysia dan tidak menyalahkan Melayu semata-mata walau pun mereka yang menerajui arus politik perdana negara. Untuk menenangkan keadaan kami menjelaskan satu-persatu masalah yang dihadapi oleh Melayu yang menerajui kepimpinan di Malaysia yang dengan demikian dapat meredakan sentimen dan prasangka buruk terhadap Melayu. Isu ini perlu diredakan kerana "kami" berada di tengah-tengah terhimpit antara Malaysia dan Sulu kerana kami walau pun Tausug tetapi dalam masa yang sama adalah warganegara Malaysia. Perkara inilah yang mungkin dijadikan modal oleh Dt Albi menuduh penulis dan kawan-kawan yang datang dari Kuala Lumpur sebagai "Tali barut Malaysia" yang merancang memusnahkan gerakan Kesultanan Sulu.

Dalam perbincangan yang menyentuh "penangkapan dan kematian" Tausug di Rumah Merah seluruh Sabah ini kami tidak dapat menjadikan "Islam" sebagai sebagai modal untuk tenangkan perasaan kecewa Tausug kerana akan mereka persoalkan iaitu "Kalau pemimpin Melayu itu Islam sudah tentu mereka menerima kita sebagai saudara seIslam bukan sebagai pelarian dan pendatang haram". Akhirnya kami memberi jawapan berdasarkan kelemahan Melayu itu sendiri sebagai "alat" untuk tenangkan keadaan antaranya,

  • Kita Tausug kena memahami, Melayu terikat dengan Perjanjian Sosial yang telah pun menjadi perlembagaan Negara Malaysia iaitu berkongsi kuasa dengan bangsa Cina, India dan Peribumi Sabah dan Sarawak. Ini bermakna Melayu Islam di Malaysia bukan penguasa Mutlak sekali pun punya Sultan sebagaimana Brunei.
  • Kita Tausug kena memahami, Melayu yang meneraju kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa penuh terhadap negeri-negeri dalam kesatuannya terutama Sabah dan Sarawak yang punya undang-undang berbeza berdasarkan undang-undang atau ordinan British lagi. Contohnya undang-undang Buruh di Sabah tidak boleh diubah oleh Persekutuan seperti yang telah termaktub dalam 20 perkara syarat kemasukan Sabah/Sarawak 16 Sept 1963, ini termasuklah imegresen dan lain-lain.
  • Kita Tausug kena memahami, dari segi politik UNDI Kadazan-Dusun lebih berkuasa di negeri Sabah berbanding Melayu maka yang berkuasa di Sabah adalah UNDI KADAZAN DUSUN bukannya Melayu Islam maka kita Tausug tidak boleh harapkan Melayu Islam di Sabah ini kerana AGAMA RASMI negeri SABAH ialah BEBAS, bukan Kristian atau Islam (walau pun menurut agama rasmi Persekutuan), maka kebebasan ini menyebabkan Gereja bebas berdakyah dan membina sebanyak mungkin gereja dan boleh menyebarkan agama Kristian semahunya tanpa halangan berbanding di semenanjung Malaysia.
  • Kita Tausug kena memahami, Melayu kini semakin hilang kuasa politik kerana sudah menjadi minoriti dibawah 40% berbanding bangsa lain. Menurut takrifan sarjana bahawa Melayu hanyalah yang berbahasa Melayu, Islam dan mengamalkan adat budaya Melayu maka peribumi Sabah Sarawak, Orang Asli, Cina dan India bukanlah Melayu (takrifan ini masih dipegang oleh JPN-KDN). Perkembangan terkini di Sabah terutamanya telah ada gerakan "memerdekakan Sabah" keluar dari Malaysia oleh kumpulan Kadazan-Dusun dan Cina yang kini semakin hangat. Kumpulan India (HINDRAF) mahukan hak yang lebih baik, Cina (persatuan-persatuan suku Cina) pula mendesak untuk dapatkan hak menjadi PM dan mahu taraf BUMIPUTRA dihapuskan, hal ini menyebabkan pemimpin Melayu melancarkan program 1 Malaysia untuk mengurangkan tekanan.
Nasihat penulis kepada sahabat-sahabat UTC, kalian hendaklah bersabar dengan ujian Tuhan ini dengan tidak menyalahkan Melayu kerana Melayu sendiri sudah lemah sejak kedatangan British dan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 menambahbrukkan lagi keadaan Melayu yang terpaksa berkompromi memberikan banyak keistimewaan terhadap bangsa lain. Tausug kena berdikari sekarang tanpa mengharapkan orang lain untuk membangunkan Sulu. Tausug ada kekuatan sehingga muncul kerajaannya semula. Kami hanya mampu berdoa agar Tausug cepat-cepat muncul kembali membangun Islam dan mendapatkan kekayaannya semula. Ameen ya Rabbal alamin.

  • ''Telah bersabda Rasulullah SAW, "Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya". (HR. Muslim dan Ahmad)

Tausug Jangan Bersedih

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, March 12, 2011 0 ulasan

Syuhada' remaja Tausug penyerang berani mati yang menyerbu kawasan tentera Amerika Syarikat di Jolo, Sulu tahun 1909.


Tausug mengapa engkau bersedih?
Engkau bersedih sebab kehilangan negara asal mu?

Engkau bersedih sebab kehilangan kedaulatan Sultan mu?

Engkau bersedih sebab sudah kehilangan kekuatan maritim mu?

Engkau bersedih sebab sudah menjadi Visaya dan bangsa lain?

Atau pun,

Engkau bersedih sebab pahlawan mu sudah habis dibunuh,

dicincang dan disembelih?


Tausug jangan bersedih,

Engkau masih wujud tersimpan rapi seperti TUNUB,

Tunub yang tersimpan dalam sarang lebah,
Terkandung 1001 khasiat dari Tuhan mu,

Menjadi santapan Ratu lebah dan anak-anaknya,

Sumber kekuatan tentera lebah setiap generasi,

Tausug, engkau tidak ubah seperti lebah dan madunya,

Mengumpul madu untuk saudara-saudara mu,

Bunga-bungaan membiak bergembira dengan mu,

Nyawa mu dikorban demi sarang dan sepeasis mu,

Sehingga kiamat menjelang tiba,

Engkau masih membela dan berkorban,

Terbunuh dan teraniaya demi bangsa dan agama.


Tausug jangan bersedih,

Walau saban hari bangsa mu dikomplot dan disembelih,

Walau engkau ingin merdeka namun tidak diberi,

Walau engkau mahu bersahabat namun tidak layani,

Walau engkau merayu namun engkau tetap dimusuhi,

Walau engkau diracuni dengan tipu helah serta pecah dan perintah,

Dicincang lumat diburai tali perut mu,

Sehingga syahid menjadi tinggal sedikit, namun...

Engkau tetap akan bangkit bersama rombongan seramai 313 orang,

Menjadi golongan sedikit tetapi bersyukur,
"Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur"
(Saba’:13)

Tausug jangan bersedih,
Bersabarlah dan tingkatkan kesabaran mu,

Tambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mu,
Sempurnakan Iman dan taqwa mu,
Banyakkan sujud, zikir dan do'a mu,

Aktifkan Ilmu Sulug mu yang sudah lama tersimpan,
Ilmu perang para Nabi dan Rasul,

Ilmu perang para leluhur mu yang tidak terkalahkan,

Yang pernah menjadi "
alat" kekuatan bangsa mu beribu tahun,
Menjadi penguasa laut dan darat di seluruh dunia,

Memperhambakan bangsa lain yang menentang kebenaran,

Gunakanlah demi kebaikan sebagai tentera Tuhan,

Menurut syariat Muhammad
Sallallahu'alaihi wasallam.

Tausug jangan bersedih,

Allah Tuhan Semesta Alam bersama mu,
Rasul Habibullah mengasihi mu,

Malah Baginda SAW menyebut-nyebut kemunculan mu,

Sungguh kehilangan mu dalam pengetahuan dan perancangan Ilahi,

Sehingga kemunculan mu semula telah pun tertulis di Loh Mahfuz,

Kerana asbab kehilangan mu berpunca dari tiga bangsa,

Inggeris, Spanyol dan Belanda yang "
merampas" wilayah,
Tiga negara KUFAR yang juga dipimpin Raja,
Walau mereka pergi namun "wilayah" itu telah diserah kepada "bangsa terjajah",
Sebagai penyambung aspirasi dan sistem songsang mereka,

Hakikatnya ia masih wilayah Inggeris, Spanyol dan Belanda,
Ia hanya di 'Swasta' setiap lima tahun pilihanraya,
Suatu hari engkau akan menyerangnya?

Tausug jangan bersedih
,
Jangan engkau menyangka engkau belum merdeka,

Lantaran engkau bersedih dan berduka,
Mendongaklah ke langit dan lihatlah beribu bintang,

Lihatlah ke bawah melihat tanah,
Ia milik dan kepunyaan Tuhan mu,
bukan milik manusia,

Ucaplah Subhanallah memuji keagungan-Nya,

Lihatlah kulit pada jasad mu,
kepala, kaki dan tangan mu,

Ia bukanlah milik mu dan akan kembali jua,

Alhamdulillah engkau merasa hayat dan hidup yang sedar dan berakal,

Bagaimana kalau engkau diberi hayat sebagai lembu dan kambing?

Tanpa perjuangan yang hanya tahu makan dan beranak-pinak?

Sungguh semua manusia belum MERDEKA,

Kerana Kemerdekaan sebenar ialah masuknya manusia ke SYURGA,

Yang KEKAL ABADI.


Oleh itu,
Tausug Jangan bersedih!

Engkau pasti akan mati,

Sebagai pejuang yang kebal,

Dari rasa takut dan kecut,

Kerana bagi mu,

Tiada daya upaya,

Tiada kebaikan dan mudharat,

Melainkan dari Allah Azza Wajallah,

Syahid adalah idaman,

Menang pula adalah ujian,

Sejauh mana hukum Tuhan dilaksanakan,

Pada diri dan negara,
Untuk menuju Syurga atau Neraka,

Tanamkan di hati,

Untuk mati,

Sebagai Tausug yang bermaruah,

Dalam jihad fi sabilillah!


La ilaha ilallah Muhammadurrasulullah!


Dzulasree
Ahad, 1:35 am
13 Mac 2011
Gombak, Kuala Lumpur.

Berpuluh-puluh mayat para Syuhada' Tausug dibiyarkan mereput setelah beberapa minggu dibunuh bersama anak isteri mereka oleh tentera Amerika Syarikat 1900-an di Bud Bagsak.


Al-Fatihah kepada Syuhada' Tausug!!

Tausug sedang memperlihatkan aksi peperangan satu lawan satu menggunakan Budjak dan Taming.


Datu Tausug sedang menaiki kuda bersama pengiringnya tahun 1911.

Pahlawan Tausug dengan baju perang dan Barung di tangan.

Tausug sedang menunjukkan permainan perang. Caption: Moro warriors in their native war dance. The two most famous engaged in combat. The man behind the shield has twenty two nicks in his bolo which proves that he has killed that number of men.

Pahlawan Tausug Zamboanga dengan Barung terselit di pinggang tahun 1900-an.


Wajah tipikal Tausug: Para Datu Tausug yang rata-rata menyelitkan Barung di pinggang berbanding hanya Datu di kiri sekali yang menyelit Kalis Sundang.



Lampiran:

  • "Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya...." Al-Qur'an, al-A'raf (7) : 137
  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81).
Inggeris, Spanyol dan Belanda tiga negara "khalifah" yang dimaksudkan?

  • Telah diriwayatkan oleh sahabat, Tsauban r.a.: "Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu.” Kemudian beliau saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda: “Maka jika kamu melihatnya, berbai’atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, karena dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi". Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467: Mustadrak Al-Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, “Ini adalah hadits shahih menurut syarat Syaikhain.” (An-Nihayah fit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini).