Ramai Tausug Yang Mati Dalam Rumah Merah DI SABAH!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, March 13, 2011 4 ulasan

Seminggu yang lalu penulis telah dikejutkan oleh panggilan dari seorang anggota UTC di Kota Kinabalu yang juga pemimpin berjawatan Paduka Daerah menjaga hal ehwal Tausug di Sabah iaitu Syarif Tala. Beliau menelefon ketika di Balai Polis yang tidak lama kemudian beliau dimasukkan ke dalam Rumah Merah Imegresen sebagai tahanan reman. Beliau minta penulis sampaikan perkara tersebut kepada kenalan yang bekerja dalam kerajaan agar berbuat sesuatu menghalang menangkapan terhadap Tausug di Sabah. Penulis tidak dapat melakukan apa-apa kerana Malaysia ada undang-undang dan terikat dengan undang-undang (Jus Soli) yang menangkap sesiapa sahaja yang tiada pas perjalanan sah.

Kelmarin beliau menelefon lagi dari Rumah Merah dan memaklumkan kepada sahabat-sahabat UTC yang lain bahawa menurut laporan dari dalam Rumah Merah sendiri bahawa Tausug ramai yang telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit. Mereka mati disebabkan tidak mendapat rawatan yang sempurna malah menurut laporan kebanyakan kes penyakit mereka tidak dirawat langsung. Kebanyakan kematian tidak diketahui oleh sanak saudara mereka menyebabkan mereka dikebumikan entah di mana. Bayangkan ini baru satu Rumah Merah bayangkan di Rumah Merah yang lain di seluruh Sabah?

Hal ini sangat menyedihkan bagi Tausug dan umat Islam khususnya kerana gagal membantu atau sekurang-kurangnya dapat menangani sedikit dari masalah ini agar tidak merosakkan hubungan antara Melayu dan Tausug. Tausug sangat mengharapkan bantuan dari saudara Melayu mereka di Malaysia membantu meringankan beban saudara Tausug mereka yang menetap mencari makan halal di negeri Sabah. Hal ini nampaknya akan merujuk kepada BANGSA sekiranya "Islam" sudah tidak diterima sebagai "kayu ukur" lagi terhadap bantuan persaudaraan. Amat malang seribu kali malang sekiranya setiap bulan dan tahun ratusan Tausug dipenjara dan terbunuh di dalam tahanan menjadikan Tausug tiada pilihan kecuali "terpaksa" menurut sahaja kemarahan dan kebencian mereka terhadap Malaysia.

Penulis sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak dapat menghalang sumpah seranah mereka ketika menelefon penulis walau pun diusahakan memujuk mereka untuk kembali sahaja ke Sulu dan bangunkan negara Sulu agar tidak dianiaya oleh saudara Islam mereka di Malaysia namun ia tetap akan mereka simpan sampai bila-bila pengalaman pahit mereka dalam tahanan Polis dan Imegresen. Penulis melihat perkara ini sekiranya berterusan akan "membahayakan negara" dalam jangka masa panjang.


ANALISIS TERHADAP MALAYSIA DAN KEPELBAGAIAN PANDANGAN

Dalam satu mesyuarat dengan Sultaan Bantilan II di Jolo, Sulu sebelum diadakan Assertion of Independence di Bandar Jolo pada 17 November 2010 lalu yang turut dihadiri oleh para Datu dan Syarif, Panglima dan Paduka hal ini turut dibangkitkan. Nampaknya sudah begitu banyak laporan terhadap Sultan Bantilan II yang datang dari mulut para "Halau" berkenaan penyakit dan kematian yang dibiarkan oleh kerajaan Malaysia. Pembinaan Rumah Merah yang semakin banyak di setiap daerah di Sabah bukannya membantu mengurus para "Halau" Tausug malah menambah penyakit dan kematian yang menurut laporan para Halau sendiri kebanyakannya diketahui oleh pemimpin politik Melayu sendiri.


Dalam hal ini, penulis dan sahabat-sahabat yang datang dari Kuala Lumpur berusaha memberi penjelasan berkenaan suasana politik di Malaysia dan tidak menyalahkan Melayu semata-mata walau pun mereka yang menerajui arus politik perdana negara. Untuk menenangkan keadaan kami menjelaskan satu-persatu masalah yang dihadapi oleh Melayu yang menerajui kepimpinan di Malaysia yang dengan demikian dapat meredakan sentimen dan prasangka buruk terhadap Melayu. Isu ini perlu diredakan kerana "kami" berada di tengah-tengah terhimpit antara Malaysia dan Sulu kerana kami walau pun Tausug tetapi dalam masa yang sama adalah warganegara Malaysia. Perkara inilah yang mungkin dijadikan modal oleh Dt Albi menuduh penulis dan kawan-kawan yang datang dari Kuala Lumpur sebagai "Tali barut Malaysia" yang merancang memusnahkan gerakan Kesultanan Sulu.

Dalam perbincangan yang menyentuh "penangkapan dan kematian" Tausug di Rumah Merah seluruh Sabah ini kami tidak dapat menjadikan "Islam" sebagai sebagai modal untuk tenangkan perasaan kecewa Tausug kerana akan mereka persoalkan iaitu "Kalau pemimpin Melayu itu Islam sudah tentu mereka menerima kita sebagai saudara seIslam bukan sebagai pelarian dan pendatang haram". Akhirnya kami memberi jawapan berdasarkan kelemahan Melayu itu sendiri sebagai "alat" untuk tenangkan keadaan antaranya,

  • Kita Tausug kena memahami, Melayu terikat dengan Perjanjian Sosial yang telah pun menjadi perlembagaan Negara Malaysia iaitu berkongsi kuasa dengan bangsa Cina, India dan Peribumi Sabah dan Sarawak. Ini bermakna Melayu Islam di Malaysia bukan penguasa Mutlak sekali pun punya Sultan sebagaimana Brunei.
  • Kita Tausug kena memahami, Melayu yang meneraju kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa penuh terhadap negeri-negeri dalam kesatuannya terutama Sabah dan Sarawak yang punya undang-undang berbeza berdasarkan undang-undang atau ordinan British lagi. Contohnya undang-undang Buruh di Sabah tidak boleh diubah oleh Persekutuan seperti yang telah termaktub dalam 20 perkara syarat kemasukan Sabah/Sarawak 16 Sept 1963, ini termasuklah imegresen dan lain-lain.
  • Kita Tausug kena memahami, dari segi politik UNDI Kadazan-Dusun lebih berkuasa di negeri Sabah berbanding Melayu maka yang berkuasa di Sabah adalah UNDI KADAZAN DUSUN bukannya Melayu Islam maka kita Tausug tidak boleh harapkan Melayu Islam di Sabah ini kerana AGAMA RASMI negeri SABAH ialah BEBAS, bukan Kristian atau Islam (walau pun menurut agama rasmi Persekutuan), maka kebebasan ini menyebabkan Gereja bebas berdakyah dan membina sebanyak mungkin gereja dan boleh menyebarkan agama Kristian semahunya tanpa halangan berbanding di semenanjung Malaysia.
  • Kita Tausug kena memahami, Melayu kini semakin hilang kuasa politik kerana sudah menjadi minoriti dibawah 40% berbanding bangsa lain. Menurut takrifan sarjana bahawa Melayu hanyalah yang berbahasa Melayu, Islam dan mengamalkan adat budaya Melayu maka peribumi Sabah Sarawak, Orang Asli, Cina dan India bukanlah Melayu (takrifan ini masih dipegang oleh JPN-KDN). Perkembangan terkini di Sabah terutamanya telah ada gerakan "memerdekakan Sabah" keluar dari Malaysia oleh kumpulan Kadazan-Dusun dan Cina yang kini semakin hangat. Kumpulan India (HINDRAF) mahukan hak yang lebih baik, Cina (persatuan-persatuan suku Cina) pula mendesak untuk dapatkan hak menjadi PM dan mahu taraf BUMIPUTRA dihapuskan, hal ini menyebabkan pemimpin Melayu melancarkan program 1 Malaysia untuk mengurangkan tekanan.
Nasihat penulis kepada sahabat-sahabat UTC, kalian hendaklah bersabar dengan ujian Tuhan ini dengan tidak menyalahkan Melayu kerana Melayu sendiri sudah lemah sejak kedatangan British dan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 menambahbrukkan lagi keadaan Melayu yang terpaksa berkompromi memberikan banyak keistimewaan terhadap bangsa lain. Tausug kena berdikari sekarang tanpa mengharapkan orang lain untuk membangunkan Sulu. Tausug ada kekuatan sehingga muncul kerajaannya semula. Kami hanya mampu berdoa agar Tausug cepat-cepat muncul kembali membangun Islam dan mendapatkan kekayaannya semula. Ameen ya Rabbal alamin.

  • ''Telah bersabda Rasulullah SAW, "Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya". (HR. Muslim dan Ahmad)
  1. sabah sememangnya sebuah negeri yang sepatutnya bebas beragama. Perlembagaan Persekutuan tidak boleh mempertikaikan perkara ini kerana sblm kemasukkan Sabah dgn Semenajung Malaysia, perjanjian ini sudah dipersetujui. Namun, apa yang dilihat hari ini..perlembagaan persekutuan seolah over shadow perjanjian yang sudah dipersetujui. Mungkin benar kata PM..MELAYU MUDAH LUPA...

    Walau apapun, saya tidak takut dgn perlembagaan persekutuan. yang saya tahu saya adalah anak peribumi sabah yang berhak penuh terhadap tanah air sabahku ini. Yang aku tahu...aku hidup bebas tanpa dibelenggu gangguan politik Melayu Semenanjung. Tidak kah mereka sedar...kaum Melayu itu sendiri pendatang yang menetap di Semenanjung..orang asal semenanjung msia adalah orang Asli...Tapi si Pendatang melayu ini mengiktiraf sendiri ketuanan mereka di tanah penduduk asal. Sangat tidak sedar diri. Bangunlah wahai Melayu..korek balik sejarah kedatangan bangsa melayu di Tanah Semenanjung. 1 Malaysia hanyalah gimik...stupid gimik semata2 untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik seseorang individu. Politik kotor sebegini takkan ke mana. Akan berakhir ke kuburan juga. Apa ada pada 1 Malaysia sekiranya dalam setiap jabatan kerajaan diletak kuoata kemasukkan mengikut bangsa...?? tak ke bodoh. Melayu takut berkongsi kuasa dgn kaum lain, sebab itu terpaksa menggunakan taktik kotor untuk menang dlm pertandingan yang tidak berasas...tidak sedar diri..itu perumpamaan yang paling sesuai digunapakai bagi semua kaum melayu khususnya yang konon2nya memperjuangkan hak bangsa. Engkau siapa nak berjuang untuk bangsa...???? Jgn suka memanipulasi kata2 dan berlakon di depan masyarakat semata2 sebab orang Sabah bukan bodoh! sedarlah wahai melayu...balik la ke negara asal usul kamu. Apa yang melucukan..orang melayu suka ckp 'mcm org indon..mcm org indon'..sedangkan hakikatnya mereka tu berakar umbi dari Indonesia. Sungguh memalukan apabila sesuatu bangsa itu menafikan asal usulnya sendiri. Hasrat komen bukan untuk mengapi2 kan sesiapa..cuma ingin memperingatkan orang melayu ini untuk sedar diri sebelum terlewat.

  1. My Name Is.... jangan limit kan pengetahuan sejarah anda hanya teks buku sejarah sekolah menengah sahaja. Semenanjung sememangnya adalah sebahagian daripada gagasan melayu. Orang asli yang wujud di semenanjung itu sebenarnya Melayu. Kita dalam gagasan tanah dan kepulauan Melayu adalah serumpun.
    Mungkin anda tidak sedar bahawa anda peribumi juga adalah etnik Melayu, dan yang anda kritik tu pula etmik Melayu yang lain. Buka mata dan carilah rahsia Melayu di pentas sunda. Tanah yang kita pijak ini telah dikurniakan Allah kepada Melayu (bangsa misteri) dari keturunan anak-anak Nabi Ibrahim A.S dan Siti Katurah dan juga sebahagiannya daripada keturunan Siti Katurah selepas banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Noh.

  1. Asree Sug yang tak HABIS-HABIS dengan propaganda pembohongan Kesultanan Sulunya. Seperti juga dalam you tube ini http://www.youtube.com/watch?v=cDvWSWJuj-k

  1. Kalau kamu memperjuangkan bangsa tausug memamang sepatutnyalah sebab suku kamu, namun sedikit silap tempat kamu memperjuangkannya...

Post a Comment