Bhg 3: Bangsa Eropah berasal dari kepulauan Sulu?
PENDAHULUAN:
MANUSIA TELAH PUN ADA SEBELUM ADAM A.S.
Para ahli antropologi dan sejarahwan barat yang meyakini EVOLUSI manusia berasal dari beruk seperti Teori Darwin ini menyatakan bahawa manusia sudah memang wujud berjuta-juta tahun dahulu di muka bumi. Dengan kata lain PENCIPTAAN ADAM a.s. yang didakwa sebagai Manusia pertama oleh agamawan Samawi (Yahudi, Kristian, Islam) kononnya adalah tidak benar kerana tidak bersifat saintifik.
Para ilmuan Islam telah mengambil inisiatif mengkaji sumber-sumber para ahli Evolusi yang anti agama itu dengan tujuan untuk mempertahankan AGAMA dan menampakkan kebatilan doktrin Evolusi. Kajian saintifik yang dijalankan oleh pengkaji Islam seperti Harun Yahya (Adnan Oktar) itu mendapati kajian Evolusi mereka penuh dengan kedustaan dan fosil-fosil rekaan, maka kita dapati KEBENARAN itu berpihak kepada Agama SAMAWI (ajaran dari langit). Sebagai contoh, terdapat kenyataan dalam Al-Qur'an yang menunjukkan bahawa sebelum Nabi Adam a.s. dicipta oleh-NYA telah ada manusia sebelumnya di muka bumi.
"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah Al-Baqarah, ayat 30).
Pertanyaan para malaikat itu menunjukkan telah ada manusia lain yang suka berbunuhan (berperang bertumpah darah) sebelumnya yang kemudian telah dipupuskan oleh Allah swt. Malaikat menjelaskan bahawa golongan merekalah yang sepatutnya menjadi KHALIFAH di muka bumi itu kerana mereka senantiasa berzikir kepada NYA. Namun Allah swt lebih mengetahui yang tidak diketahui oleh makhluk ciptaan-Nya. Dengan itu terjawaplah persoalan mengapa banyak fosil berupa manusia yang ditemui berusia berjuta-juta tahun itu berdasarkan pentarikhan Radiokarbon memang wujud.
Malah hidupan yang besar-besar (Dinosur) itu sendiri Agama Samawi tidak menafikannya. Begitu jelas dalam Islam bahawa selepas penciptaan Bumi dalam 6 masa, maka dicipta lah hidupan (Flora & Fauna) oleh Tuhan pada masa ke-7. Adapun manusia purba dan haiwan serta tumbuhan raksasa telah pupus binasa dengan kehendak Allah Azza Wajalla jua. Fasa ke-6 dan ke-7 ini Adam a.s. belum dicipta. Menurut para saintis alternatif, sebelum ADAM zahir, telah ada golongan manusia yang amat maju yang mampu mencipta kenderaan terapung melawan graviti.
Dan mereka juga mampu mencipta senjata yang amat dahsyat (beribu kali ganda berbanding senjata Nuklear hari ini). Pada akhirnya muka bumi telah mengalami perubahan cuaca mendadak disebabkan perang senjata pemusnah mereka sendiri. Sehingga hari ini kesan-kesannya masih boleh dilihat di mereta tempat di dunia. Pertanyaan Malaikat kepada Allah Maha Pencipta yang terdapat dalam Al-Qur'an telah membuktikan bahawa Al-Qur'an telah mendahului kajian SAINS Moden hari ini tentang hidupan terawal di bumi.
Salah satu kawah di Gosses Bluff, Australia. Menurut saintis ada 10 buah kawah besar di seluruh dunia yang disebabkan oleh METEOR. Para Saintis alternatif pula tidak menolak ia disebabkan oleh Meteor tetapi menurut mereka ada kemungkinan ia disebabkan oleh perang Nuklear berpuluh ribu tahun yang lampau. Hal inilah yang menyebabkan perubahan suhu bumi dan kepupusan flora dan fauna zaman Jurasik.
Kawah terkecil ini bertempat di Barringer Crater, Arizona, US. Untuk melihat 8 lagi kawah terbesar di seluruh dunia sila klik ke: 10 Greatest Major-Impact Craters on Earth (photo).
PERBAHASAN DI MANA ADAM A.S. DITURUNKAN
01. CEYLON (SRI LANKA) ADALAH SIRINDIP YANG SEBENAR?
Sebahagian besar Ilmuan Islam meyakini bahawa Adam a.s. telah diturunkan oleh Allah swt di Selon (Ceylon dalam sebutan British, kata asalnya Sinhalaya @ Sinhala, sekarang dinamakan Sri Lanka hanya bermula pada tahun 1972) yang juga dinamakan Taprobane dan Serendip oleh pelayar Arab. Sirindip adalah satu istilah yang begitu luas digunakan oleh orang Arab yang merujuk kepada kepulauan "Sebelah India". Walau bagaimana pun istilah Sirindip ini masih diperselisihkan terutama bila ia diketahui bahawa nama SIRINDIP adalah sebutan Arab bagi Suvarnadvipa (Kepulauan Emas).
Orang-orang Nusantara yang belajar agama di Timur Tengah pada abad ke-17 juga mendapat nama Sirindip ini pada lidah pedagang Arab yang berulang alik ke India. Antara ulama' tersohor Nusantara yang menyebut SIRINDIP itu adalah Selon (Ceylon @ Sri Lanka) ialah Syeikh Yusuf Al-Makassari.
"...berkata hamba yang fakir, yang rendah, yang tenggelam dalam dosa,... Ketika kami dengan takdir dan qada Allah berada di bumi Selon, tempat turunnya Safiullah Adam a.s. dari Syurga, yang terkenal dengan Pulau Sarandib, tempat pengasingan pemberontak, beberapa saudara di antara sahabat dan haji-haji yang tercinta, minta kepada saya, supaya saya menulis risalah tentang Ghayat al-ikhtisar wa nihayat al-intizar (Risalah Tujuan yang tersingkat dan akhir yang diharap)". (Karangan Syeikh Yusuf Al-Makassari, kelolaan P. Voorhoeve hlm. 314, Anom. salinan dari Microfilm MSKBG 108 Arab...).
Menurut tradisi lisan Solok di kepulauan Sulu, Syeikh Yusuf adalah salah seorang dari wali 7 yang membawa Islam ke kepulauan Sulu. Namun menurut beberapa pengkaji termasuk Prof. Cesar Adib Majul telah mempersoalkan kesahihan kedatangan wali 7 ke Kepulauan Sulu. Hal ini berkemungkinan hanya berlaku kepada orang-orang Sulu yang berulang-alik ke Makassar dan Banten (Jawa) dan dapat belajar terus dari Syeikh Yusuf. Kemudian bekas pelajar Syeikh Yusuf dari kalangan orang Solok ini kembali ke Sulu dan berdakwah pula di sana. Walau bagaimana pun, tradisi lisan orang Suluk yang menyatakan Syeikh Yusuf pernah ke Sulu tidak lah pula dapat ditolak bulat-bulat. Kemungkinan juga benar.
Maka tidak hairan mengapa ilmu Tasawwuf ala Syeikh Yusuf Al-Makassari sehingga hari ini sangat berpengaruh dikalangan imam-imam di pedalaman Jolo. Kaedah Syeikh Yusuf dalam ilmu Suluk Sufi ini ialah Falsafah kepada mengenal KEKASIH (Tuhan). Ia menggunakan kaedah soal-jawab seperti teka-teki untuk mendapat kefahaman ilmu MENGENAL TUHAN. Nampaknya kaedah ini sangat sesuai dengan orang kepulauan Sulu yang lebih banyak menghafal tradisi lisan dari menulis dan membaca.
Berbalik kepada Selon (Ceylon) yang hari ini kita kenali sebagai Sri Lanka, sekiranya kita menggunakan kaedah antro-linguistik (usul kajian bahasa), nama asal Ceylon itu ialah Sin-ha-laya atau Sinhala sahaja. Sinha sebenarnya membawa maksud SINGA (Lion) dalam bahasa sanskrit, yang sebenarnya kalau kita selidiki secara teliti ia bukanlah dari bahasa Sanskrit tetapi berasal dari bahasa Nusantara iaitu SINGGAH. Pulau kecil di hujung selatan India itu biasanya akan dijadikan persinggahan untuk menuju ke Goa (India Barat) atau terus ke Teluk Farsi dan tempat-tempat lain di Barat.
Nampaknya penduduk Singapura pun menyedari kesilapan orang terdahulu mentafsirkan nama Singapura sebagai Negeri Singa. Lambang pada patung yang dijadikan simbol Singapura menjelaskan pada kita akan kekeliruan nama Singapura itu sendiri iaitu singa berekor ikan.
Singgah-Pura atau Singa-Pura? Negeri tempat persinggahan atau negeri terdapatnya binatang singa? Kedudukan lokasinya serta latar belakang sejarah awalnya sebagai tempat persinggahan para pedagang dari China ke India.
Hal ini sama dengan apa yang berlaku ke atas SINGAPURA yang kononnya bermaksud Negeri Singa, wal hal ia membawa maksud negeri persinggahan. Adalah di luar akal yang sihat kalau ada yang menyangka di situ terdapat banyak binatang Singa. Kalau Harimau-Pura mungkin masih boleh diterima. Orang-orang Sulu sehingga hari ini masih menyebut Singga-Pura kepada negeri Tumasek itu. Nampaknya bahasa Sulu lebih tepat menyebut Singgah-Pura sebagai menunjukkan NEGERI TEMPAT PERSINGGAHAN bukannya Singapura (Negeri Singa).
02. DIMANA NEGERI SIRINDIP YANG SEBENAR?
Sekarang mari kita rungkai mengapa dikatakan negeri Sin-ha (Ceylon) itu dikatakan sebagai tempat turunnya Adam a.s. dan kemudian setelah menyedari bahawa Ceylon (Sri Lanka) itu bukannya Sirindip yang sebenar akhirnya satu pulau lagi mula dinamakan Sing-ha (Singapore) itu. Kesilapan para ulama' yang mengambil bulat-bulat nama Sirindip itu sebagai Ceylon (Sri Lanka) telah diperbetulkan oleh kitab-kitab karangan Al-Biruni (973-1048), Al-Idrisi (1099–1165 atau 1166), Al-Mas'udi (871-957) dan beberapa pencatat sejarah Arab tersohor lainnya.
Keterangan Al-Biruni adalah yang paling akurat dalam menyatakan dimana lokasi sebenar SRINDIP itu berdasarkan pengkajiannya selama 13 tahun di India. Beliau mahir berbahasa Sanskrit sehingga mampu menterjemahkan kitab-kitab Sanskrit ke Bahasa Arab. Beliau mengatakan,
"Pulau-pulau sebelah timur di lautan ini (Laut Champa), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu, Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas ... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu."
Ini adalah peta Asia Tenggara hari ini. Bayangkan di zaman dahulu sebelum ada nama Philippines, Malaysia dan Indonesia? Apakah nama negeri kepulauan DI SEBELAH TIMUR LAUT CHAMPA (VIETNAM)?
Ini bermakna Al-Biruni tidak mengambil rujukan di atas catatan Al-Mas'udi yang lebih awal menyatakan,
"Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah."
Apabila dikatakan bahawa wilayah Zabaj atau yang dikatakan sebagai wilayah Suvarnadvipa itu berpusat di sebelah timur laut Champa, lebih hampir ke China berbanding India menunjukkan bahawa ada satu RAHSIA di sana yang masih tertimbus. Dinamakan wilayah Maharaja yang dikatakan mempunyai kekuatan tentera yang tidak terhitung hinggakan keluasan pemerintahan kepulauannya sangat luas. Malah kapal laut yang sangat laju pun tidak mungkin dapat melawat keseluruhan pulau-pulau tersebut dalam masa dua tahun. Hal ini akan membuka ruang kepada kita untuk merungkai tempat yang dikatakan "Kepulauan yang lebih hampir dengan China" ini.
Kononnya nama "China" hanya bermula ketika era pemerintahan Dinasti Qin. Namun hingga hari ini masih menjadi tandatanya asal usul permulaan nama China. Apakah nama China ini diambil dari nama SIN (Kepulauan di sebelah Timur Laut Champa) atau diambil dari nama "Si" dalam sebutan Tionghwa yang merujuk kepada SUTERA?
03. TANDATANYA NAMA "CHINA"
Tahukah anda dari mana nama CHINA itu muncul? Sejak bila ia mula dikenali? Para ahli sejarah bersepakat bahawa tidak pernah muncul nama China sebelum Masihi. China atau Sinea hanya muncul dalam catatan Ptolemy pada tahun 150 setelah Masihi. Sedangkan sebelumnya iaitu dalam catatan Strabo (tahun 20 setelah Masihi), Pomponius Mela (tahun 50 setelah Masihi) dan beberapa dekad kemudian catatan Pliny the Elder tidak pernah menyebut nama "CHINA". Bangsa Eropah hanya mengenali orang China sebagai Seres atau Sereca yang bermaksud "Silk" (Sutera). Nama Chi-na muncul dari asbab "Si" dalam sebutan China yang bermaksud Sutera.
"Seres (Gr. Σῆρες, Lat. Sērēs) was the ancient Greek and Roman name for the inhabitants of eastern Central Asia.[1] It meant "of silk," or people of the "land where silk comes from." The country of the Seres was Serica. The name is thought to derive from the Chinese word for silk, si (Traditional Chinese: 絲; Simplified Chinese: 丝; pinyin: sī). It is itself at the origin of the Latin for "silk", sērĭcă". (Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Seres)
Semua bangsa di Asia Tenggara sendiri tidak menyebut China tetapi menyebutnya Zhonghua atau Thionghwa @ Tiong Hua. Hanya Orang Sulu di kepulauan Sulu menyebutnya Lannang, pada hal orang Sulu lah yang paling rapat dengan orang China. Hinggakan yang mempopularkan nama Encik (Suluk: Insi') yang bermaksud "perempuan Lannang bermata sepet yang kaya" adalah orang-orang kepulauan Sulu, yang kemudian digunakan oleh orang Melayu sebagai gelaran hormat (Orang Manila Tagalog @ Visaya menyebut Insi' @ Enchik merujuk kepada "mata sepet"). Nama China hanya muncul sebelum era Sri Vijaya (Era Ptolemy di Eropah) dan semakin dikenali dengan nama China ketika kedatangan Kolonialis Eropah ke Asia Tenggara.
Catatan Ptolemy buat pertama kali mengungkap Sinae,
"The inhabited part of our earth is bounded on the east by the Unknown Land which lies along the region occupied by the eastermost nations of Asia Major, the Sinae and the nations of Serice" (Ptolemy Geographia, ca 150 AD)
"Bahagian yang berpenghuni di bumi kita disempadani di sebelah timur oleh Tanah Tidak Diketahui yang terletak di sepanjang wilayah yang diduduki oleh kebanyakan bangsa-bangsa sebelah Timur di Asia Major, iaitu Sinae dan bangsa-bangsa Serice" (Geographia Ptolemy, sekitar 150 setelah Masihi)
Ptolemy juga dapat mengukur lokasi sebenar bangsa Sinea di Timur ini dalam catatannya. Namun, terdapat satu lokasi yang tidak dapat mereka ukur lokasinya dengan tepat iaitu WILAYAH SIN yang sebenar. Nama ini menjadi kekeliruan sehingga dua pulau turut disangka sebagai SIN yang sebenar iaitu SIN-HA-LAYA (Ceylon @ Sri Lanka) dan SIN-HA-PURA (Singapura). Wilayah Sin tercatat dalam Kitab Perjanjian Lama,
"The land of Sin (Hebrew: סִינִים), also known as Sinim is mentioned in the Hebrew Bible, in the Book of Isaiah 49:12: "Behold, these shall come from far: and, lo, these from the north and from the west; and these from the land of Sin."
"Tanah Sin (Ibrani: סִינִים), juga dikenali sebagai Sinim telah disebut dalam Alkitab Ibrani, di dalam Kitab Yesaya 49:12: "Ketika ini hendaklah datang dari jauh: dan, sesungguhnya, ini dari utara dan dari barat, dan ini dari tanah Sin".
04. TANAH SIN @ SINIM DAN KAITANNYA DENGAN RATU SABA' SERTA DUNGSUN (DUSUN)
Dalam ayat Bible seterusnya kita akan lihat bahawa tanah SIN ini ada hubungan dengan pemerintahan RAJA WANITA yang kaya bernama Queen of Sheba (Ratu Balqis) yang dalam Al-Qur'an disebut sebagai Malika Saba' (Raja Wanita Saba').
Book of Isaiah 60:6, "And they from Sheba shall come: they shall bring forth gold and incense; and they shall show forth the praises of the Lord".
Dari Kitab Yesaya 60:6, "Dan mereka dari Sheba akan datang: mereka hendaklah mengeluarkan emas dan kemenyan, dan mereka akan menampakkan memuji Tuhan".
Menurut para pentafsir Bible, Ratu Saba' datang dari sebelah Yaman atau Ethiopia yang membawa Emas, rempah ratus dan batu-batu berharga (mungkin permata, kristal, zamrud dan mutiara) ini menunjukkan bahawa Ratu Saba' adalah berasal dari negeri kepulauan Nusantara kerana rempah ratus, damar (termasuk kemenyan), emas dan permata @ mutiara berharga banyak terdapat di Nusantara terutama di kepulauan sebelah timur yang lebih hampir dengan China.
Gendang Dong Son (Dusun?) berusia 300 tahun sebelum masihi yang juga terdapat di Tanah Melayu, Jawa dan tempat-tempat lain di sekitar Nusantara. Pentarikhan Radiokarbon menunjukkan asal-usul gendang tembaga/gangsa ini didahului oleh gendang di Vietnam. Maka kesimpulannya gendang tersebut berasal dari Tamadun Dong Son di Vietnam.
Lukisan seni Dong Son yang serupa dengan lukisan bangsa Maya & Aztect di Amerika. Perahu Dong Son dengan imej burung berjambul menjadi identiti. Sehingga hari ini imej berjambul burung ini masih menjadi budaya Dayak di Borneo, Aeta-Igorot di Sulu Utara, Nias di Sumatera dan kaum-kaum asli di Taiwan.
Tahukah anda bangsa yang mengetahui tanah Saba' ialah bangsa DUNGSUN atau bangsa Dusun Purba? Bangsa Dungsun pertama kali dapat dijumpai oleh ahli antropologi ialah berdasarkan tinggalan peralatan gangsa dan tembaga yang dijumpai di Vietnam. Menurut pentarikhan Radiokarbon peralatan Dungsun tersebut berusia 300 tahun sebelum Masihi malah mungkin lebih lama dari itu. Melihat kualiti peralatan gangsa tersebut para saintis telah membuat kesimpulan bahawa bangsa DUNGSUN adalah hasil dari satu PERADABAN termaju yang pernah wujud ribuan tahun sebelum kemunculan peradaban Mesir Purba dan Sumeria.
Peradaban ini dikenali sebagai PERADABAN LEMURIA. Penemuan mengejutkan tentang budaya Dungsun ini ialah pada kuburan mereka, mayat-mayat dimasukkan kedalam perahu bercadik (Katig, i.e. buluh pengimbang) dan pada kepala mayat terdapat bulu-bulu burung (seperti Dayak di Borneo dan kepulauan Sulu Utara, Mindanao atau Red Indian di Amerika). Menurut sebahagian pengkaji, bangsa Dungsun bukan berasal dari tanah besar tetapi berasal dari kepulauan yang berkemungkinan lari ke tanah besar disebabkan oleh letusan gunung berapi di tempat asal mereka.
Sekiranya kita melihat gambar-gambar Dayak, Sulu Utara (Filipina hari ini) sehingga Mindanao kebanyakan mereka bertatu dan memakai bulu burung atas kepala dan menggunakan perahu bercadik (Katig). Mengecap tatu pada badan ini dipanggil Pintados (Pint) dalam bahasa Latin. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Pict (badan bergambar) dan disebut oleh bangsa Maya @ Aztect sebagai PUNT. Bangsa Maya dan Aztect nampaknya mempunyai pertalian rapat dengan bangsa PUNT ini. Tidak syak lagi Sinim yang dimaksudkan ialah kepulauan sebelah TIMUR yang lokasinya antara China dan Australia.
Hal ini perlu dilihat pada bangsa Phoenesia di Laut Mediterranean berkenaan SINIM tersebut bukanlah China tetapi adalah kepulauan yang mereka rujuk sebagai Australia.
"Sinim is an an Ancient Hebrew and Phoenician term for Australia. The Phoenicians sailed to every corner of the globe. They circumnavigated Africa and Britain. They also reached Scandinavia and the Americas. The Phoenician script was introduced to Indonesia from before 600 BCE. The Ancient Egyptians, Phoenicians, and Hebrews had knowledge of Australia." (Rujuk: Awakens China : A New World Superpower? www.cephasministry.com/)
"Sinim adalah dari bahasa Ibrani Kuno dan istilah Phoenicia bagi Australia. Orang Fenisia telah pun belayar ke setiap penjuru dunia. Mereka mengelilingi Afrika dan Britain. Mereka juga sampai ke Scandinavia dan Amerika. Tulisan Phoenicia telah diperkenalkan ke Indonesia dari sebelum 600 SM. Orang-orang Mesir purba, Phoenicia, dan Ibrani memang mempunyai pengetahuan tentang Australia."
Permulaan bangsa Phoenisia adalah percantuman antara Bani Ham dan Bani Sam. Namun Bani Sam yang lebih mendominasi kerangka awal Bangsa Phoenisia sehingga dipanggil SAMAR atau Samaria @ Samaritan (di kepulauan Sulu dipanggil SAMAL, kerana "R" biasanya berbunyi "L"). Mereka dianggap oleh pakar genetik sebagai Semitik (Bani Sam, samada Arab atau Israel). Namun, tradisi Raja-Raja Bani Yafits telah meletakkan keduanya (Bani Sam dan Bani Ham) sebagai "ditapak kaki" yang hanya dijadikan sebagai tapak selipar. Raja Pharaoh (Fir'aun) contohnya menurut para ahli sejarah adalah berkulit putih berambut perang dari Bani Yafits. Raja Pharaoh beratus tahun memerangi dan memperhambakan Bani Sam dan Bani Ham.
Capal atau selipar Raja Pharaoh (Fir'aun) yang memaparkan imej Bani Ham (berkulit hitam) dan Bani Sam (berkulit cerah berambut perang) menunjukkan ketinggian darjat Fir'aun yang pada akhirnya mengaku Tuhan.
Bani Ham dan Bani Sam kerana tidak tahan dengan budaya angkuh Raja Pharaoh dan kekejaman Assyiria mereka berbondong-bondong lari ke hujung sebelah timur Nusantara.
- Tahukah anda mengapa orang Bugis di Sulawesi menamakan kapal layar purba mereka dengan nama KAPAL FINISI? Ini kerana Bugis adalah sebahagian dari bangsa Phoenisia.
- Tahukah anda orang-orang Brunei menamakan Borneo Utara sebagai SABA'? Wilayah Saba' adalah bertempat di kepulauan bermula dari pantai Timur Sabah sehingga ke barat Mindanao.
- Tahukah anda bangsa Dungsun @ DONG-SUN @ DUNG-SON disebut oleh orang Jepun sebagai RUSUNG? Yang kemudian disebut Lu-Sung oleh sebahagian pedagang Lannang (China), yang kemudian disebut oleh Portugis sebagai Lozon? Orangnya pula dipanggil Luzoes atau Lucoes oleh Portugis Melaka abad ke-15?
- Tahukah anda mengapa bangsa LUZON @ DUSUN @ DUNGSUN hingga hari ini terdapat banyak perkataan Ibrani (Bahasa Bani Israel) dalam bahasa harian mereka?
- Apakah anda melihat terdapat perbezaan nyata antara Orang Suluk di kepulauan Sulu dan Orang Dusun di kaki Gunung Kinabalu? Perbezaannya hanyalah pegangan agama Animisma-Kristian dan Islam. Tanyalah orang tua di kaki Gunung Kinabalu tentang asal bangsa DUSUN, pasti anda dijawab, "Nenek moyang kami adalah pelaut".
Bersambung.....
Notakaki:
http://www.sott.net/articles/show/162746-10-greatest-major-impact-craters-on-earth-photo-
Petikan dari buku susunan Tudjimah Penerbit Universitas Indonesia (UI-PRESS), 2005. Tajuk: Syekh Yusuf Makasar, Riwayat dan Ajarannya.
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_former_name_of_Sri_Lanka
Al-Biruni, (973-1048), Abu Rayhan Muhammed Ibnu Ahmad Al-Biruni. Lahir di kota Kath – sekarang adalah kota Khiva – di sekitar wilayah aliran Sungai Oxus, Khwarizm (Uzbekistan). Selain menguasai bermacam ilmu pengetahuan, Al-Biruni juga fasih banyak bahasa seperti Arab, Turki, Persia, Sanskrit, Hebrew dan Suriah. Pada usia 27 tahun, dia menulis buku sejarah yang diberi judul Chronology. Sayangnya buku itu kini telah hilang. Dalam kitab yang ditulisnya Kitab fi Tahqiq ma li’l-Hind atau Penelitian tentang India, Al-Biruni telah berjaya membezakan antara metod saintifik dengan metod historis. Ini kerana pada tahun 1017 M hingga 1030 M, Al-Biruni mendapat kesempatan untuk melancong ke India. Selama 13 tahun, beliau mengkaji tentang selok belok India hingga melahirkan apa yang disebut "Indologi" atau kajian tentang India. Di negeri Hindustan itu, Al-Biruni mengumpulkan beragam bahan bagi penelitian monumental yang dilakukannya. Dia mengorek dan menghimpun sejarah, kebiasaan, keyakian atau kepercayaan yang dianut masyarakat di sub-benua India.
Al-Mas’udi, lahir 871-957 (Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi atau Abu Hassan ‘Ali bin al-Hasyn bin ‘Abdullah al-Mas’udi), bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.
Al-Idrisi, dilahirkan di Ceuta (Sabtah), Afrika Utara pada 1099, meninggal pada 1165 atau 1166 ketika beliau berusia 65 tahun (al-Sharif al-Idrisi al-Qurtubi). Beliau dikatakan berketurunan langsung dari Nabi Muhammad s.a.w. Namun kawasan Ceuta termasuk dalam wilayah Sepanyol. Beliau berketurunan daripada pemimpin Bani Hammudiyah yang pernah memerintah Malaga, Cueta dan Tangier hingga 1084 M. dikenali oleh masyarakat Barat sebagai ahli geografi yang telah membuat glob dunia daripada bahan perak seberat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicilia (sekarang disebut sebagai Sicily, sebuah pulau yang terletak di selatan Itali). Beberapa mahasiswa menyanjungnya sebagai ahli geografi dan kartografi terhebat pada abad pertengahan. Sumbangan Andalus yang terbanyak sekali dalam bidang geografi ialah daripada segi pengembaraan dan kartografi. Para pengembara Andalus telah mengembara jauh ke merata tempat di dalam dan juga di luar negeri untuk mencari maklumat mengenai geografi. Ini tidak terkecuali dengan al-Idrisi. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap wilayah di dunia.
Keterangan Seres bersumber dari Schoff, Wilfred H.: "The Eastern Iron Trade of the Roman Empire", Journal of the American Oriental Society, Vol. 35 (1915), pp. 224-239 (237).
|
Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil Aiicco Insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar 3% dikembalikan. jika anda berminat kenalan Ini (CEO) E-mail address: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc hanya dibenarkan pada pada usia 20 di atas.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Kami memberi pinjaman daripada 500,000 euro kepada 800,000 USD.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini pada .. SR GERAD Jude pinjaman Pelaburan plc: E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com