Sambungan Bhg 3 (Dungsun): Phoenix & Matahari Terbit
KAITAN DUNGSUN & PHOENIX
Semua negera-negara Asia Tenggara samada Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lainnya hari ini hanya merujuk Budaya Dong Sun @ Dung Son @ Dusun di Vietnam sebagai satu-satunya akar atau asal-usul budaya masing-masing. Ini kerana pada masa ini (500 tahun sebelum Masihi atau lebih lama dari itu) masih belum wujud negara yang dinamakan China, Melayu mahu pun Jawa, yang ada hanyalah Dungson di Vietnam sahaja. Malangnya, kalau pun ianya ada, jelas tidak ada satu catatan pun yang boleh dirujuk kecuali beberapa catatan India dan Eropah yang juga masih diselubungi kekaburan. Maka apa yang boleh dilakukan oleh para pengkaji Nusantara ialah menumpukan hipotesis asal-usul bangsa mereka kepada Dongsun di vietnam itu.
Pada catatan sebelumnya kami telah menjelaskan bahawa asal usul bangsa Phoenisia di Laut Mediterranean itu sebenarnya berasal dari Timur yang juga kita boleh rujuk kepada akar budaya Dongsun. Phoenisia tidak syak lagi adalah Bangsa Dongsun kepulauan yang bukan sahaja duduknya di Vietnam Purba itu malah sampai ke Australia, kepulauan Pasifik bahkan sampai ke Amerika. Hal ini bertitik tolak dari burung Cenderawasih yang mana bangsa Eropah Purba, Mesir, Bani Israel, Aryan dan Arab menyebutnya sebagai burung Phoenix.
Burung Cenderawasih @ Phoenix yang paling cantik dan besar hanya boleh ditemui di Australia dan sekitar pulau Papua / Irian Jaya hari ini. Kalau pun ada di Borneo dan Kepulauan Sulu Utara, tidaklah sebaik yang terdapat di Papua/Irian/Australia. Kehebatan burung Phoenix ini adalah kerana mitosnya yang luar biasa,
- "It is also believed that the phoenix lived for more than 500 years and it could fly to great lengths. The phoenix has become a symbol of immortal life and rebirth."[01]
- (Ia juga dipercayai bahawa phoenix boleh hidup selama lebih 500 tahun dan ia boleh terbang jarak jauh. Phoenix telah menjadi simbol kehidupan abadi dan kelahiran semula.)
Sekiranya ada pengkaji yang menyatakan "mitos tuah" Cenderawasih @ Phoenix itu berasal dari Eropah, Mesir, Arab dan India yang dibawa oleh para pedagang dari sana maka sudah pasti dapat disangkal dengan mudah. Ini kerana bukti-bukti jelas telah pun nyata bahawa penggunaan bulu burung pada kepala bangsa Dongsun Purba menunjukkan Asia Tenggara Timurlah permulaan kepada mitos Phoenix ini. Malah para sejarahwan Eropah sendiri kebingungan ketika menggambarkan rupa bentuk burung Phoenix dan asal-usulnya kerana mereka sendiri tidak pernah nampak kecuali apa yang diceritakan oleh orang Mesir dan yang terdapat pada lukisan-lukisan sahaja.
Antara mereka yang kebingungan ialah seorang sejarahwan Yunani Purba abad ke-5 sebelum Masihi bernama Herodotus yang menulis tentang gambaran orang Mesir terhadap burung Phoenix dan kaitannya dengan matahari.
- "There is a particular feat they say the phoenix performs; I do not believe it myself, but they say that the bird sets out from its homeland in Arabia on a journey to the sanctuary of the sun, bringing its father sealed in myrrh, and buries its father there."[02]
- (Terdapat satu gambaran yang tertentu yang mereka katakan tentang kemampuan phoenix; Saya sendiri tidak mempercayainya, tetapi mereka mengatakan bahawa burung itu telah berhijrah dari tanah asalnya di negeri Arab dalam perjalanan ke tempat selamat di matahari, dengan membawa bapanya yang dimeteraikan dalam murrh, lalu mengebumikannya di sana)
- "According to the Persians best informed in history, the Phoenicians began the quarrel. These people, who had formerly reached the shores of the Erythraean Sea, having migrated to the Mediterranean from an unknown origin and settled in the parts which they now inhabit, began at once, they say, to adventure on long voyages, freighting their vessels with the wares of Egypt and Assyria...."[03]
- (Menurut orang-orang Parsi sebagai yang terbaik mendapat maklumat dalam sejarah, orang-orang Phoenisia telah mula bergaduh. Orang-orang ini, yang dahulunya telah sampai ke pantai Laut Erythraean (Laut Merah), kemudian telah berhijrah ke Mediterranean yang tidak diketahui dari mana asal-usul mereka dan menetap di bahagian-bahagian yang kini mereka mendudukinya, mengembara dalam pelayaran yang begitu jauh, telah pernah sekali, mereka berkata, kapal-kapal mereka membawa barangan kepunyaan Mesir dan Assyria ....")
Bangsa Mesir Purba sememangnya menyembah Matahari sejak sekian lama. Ia bermula dari Tauhid yang benar dan menyembah TUHAN YANG ESA yang kemudian berubah kepada penyembahan makhluk seperti Matahari itu. Mereka terbawa-bawa oleh kesesatan bani Yafits bin Noh a.s. yang pada mulanya mereka bersembahyang berkiblat ke Timur kerana berkeyakinan Nabi Adam a.s. telah dicipta di "The Garden of Eden" (Syurga) berada di sebelah Timur itu (yang dikenal sebagai SIRINDIP @ Suvarnadvipa). Di mana, disitulah juga tempat keluarnya Matahari. Maka secara lojik akal mereka, Tuhan juga sudah tentu kerajaannya berada di sana.
Malangnya, setelah ribuan tahun berlalu menyembah ke arah Timur itu, sekonyong-konyong bertukar pula kepada menyembah Matahari. Kerana secara kebetulan pula Matahari terbit dari Timur. Ini adalah persangkaan salah dari generasi kemudian yang memberi interpretasi bahawa nenek moyang mereka terdahulu menyembah Tuhan di arah matahari terbit itu menyangka sebagai menyembah MATAHARI. Lebih parah lagi anak-anak Bani Yafits merubah lagi persangkaan mereka, dari menyembah Matahari kepada menyembah Api pula kerana unsurnya yang sama iaitu Cahaya dan kepanasan. Pelopornya adalah anak-cucu Bani Yafits juga dari jalur Madai dan Magog (Makjuj) sehingga terbentuk yang disebut oleh orang Eropah sebagai Agama Zoroaster. Tetapi bangsa Arab dan Israel yang lebih mengetahui keturunan manusia, mereka tidak namakan Zoroaster tetapi mereka sebut sebagai MAJUSI.
Ia berasal dari kata Ma'juj @ Majuz (Magog). Inilah sebab utama mengapa bangsa Aryan beragama Majusi yang mana setelah beberapa ribu tahun, ajaran menyembah api ini turut menular pada ajaran Hindu dan Kristian. Hindu bukan sahaja menggunakan api untuk membakar mayat malah diadaptasi ke dalam budaya perkahwinan dan sembahyang mereka setiap hari. Demikian yang berlaku kepada ajaran Kristian, menurut beberapa sumber, St. Paul itu (arkitek kitab Perjanjian Baru) walau pun dikatakan sebagai berdarah Yahudi, namun ia turut dikenal sebagai berketurunan Aryan yang leluhurnya menganut Majusi (menyembah api).
St. Paul lebih menyokong ajaran Hellenistik bangsa Yunani-Rom digabungkan dengan ajaran Al-Masih sehingga menjadi Triniti (bapa, anak, Roh Kudus). Maka wujudlah namanya ajaran Kristian yang bermaksud ajaran menyembah Sun (Son of God) Matahari (Salib sebenarnya adalah bentuk sinar matahari). Sehingga hari ini mendiang padri-padri Kristian yang dianggap suci akan dilukiskan gambar atau patung mereka dengan diletak "Hallow" tanda bulat atas/belakang kepala yang bermaksud sinar matahari.
PHOENISIA DAN LOGAM (TEMBAGA @ TIMAH @ BESI @ EMAS @ PERAK)
Di kepulauan Carebbean di Laut Atlantik, masyarakatnya mempunyai sebutan purba terhadap "Copper" iaitu yang mereka sebut "TUMBAGA" (Tembaga). Sebenarnya yang bawa tembaga ini adalah bangsa Phonesia dari Asia Tenggara. Sebutan Tumbaga adalag sebutan DONGSUN kepulauan yang bermaksud "kemerahan seperti bara api". Nama tumbaga ini juga turut disebut oleh bangsa Amerika Latin ketika dulu. Sudah tentu bukanlah perkara yang menghairankan kalau dikatakan bahawa bangsa Phonesia dari Timur lah yang mula-mula melombong dan melebur besi, emas, tembaga, perak, timah malah mencampurkan logam tersebut untuk menjadi logam lain. Kemudian mereka perdagangkan ke seluruh glob.
Bagi bangsa Eropah Purba termasuk Mesir dan Bani Israel, bangsa Phoenisia adalah segala-galanya buat mereka. Kalau bukan bangsa Phoenisia yang datang membawa tulisan (abjad terawal) tidak mungkin bangsa Yunani-Rome, Mesir, Sumeria-Arab mendapat tulisan mereka seterusnya menjadi bangsa bertamadun seperti hari ini. Ketika orang Eropah hanya menggunakan batu-batu kerikil untuk mengira, Phoenisia datang bukan sahaja mengajarkan mereka kiraan matematik malah mengajar mereka mengenal warna ungu, jenis-jenis logam, emas, perak, permata, mutiara, kain, damar, dan membuat kapal layar. Yang lebih mahal buat mereka ialah BUDAYA TIMUR yang dibawa oleh Phoenisia itu telah menjadi anjakan paradigma hinggakan kota-kota penguasa yang kaya bertambah dengan pesatnya di sekitar laut Mediterranean itu.
Kemudian muncullah Tamadun Mesir Purba, Rome, Yunani, Sumeria, India dan China hasil dari tamadun bangsa Phoenisia. Begitu hebat bangsa Phoenisia ini sehingga ke hari ini masih menjadi misteri. Walau pun kita di sini sudah dikira mendapat jawapannya (menurut interpretasi kita) namun para pengkaji sejarah masih ragu menerima kenyataan ini. Bagi mereka Asia Tenggara ini sangat kompleks bukan sahaja terdiri dari banyak kepulauan yang sukar dikenal pasti malah suku kaumnya juga terlalu banyak. Sukar untuk meletakkan kata putus lokasi sebenar tempat keluarnya bangsa Phonesia kecuali semuanya mengaku sebagai tempat asal Phoenisia itu. Namun mereka sepakat bahawa wilayah Phoenisia yang asal adalah dari TIMUR tempat keluarnya matahari dan mempunyai tanah yang subur.
- "Some of the historians working from within the cultural horizons of southernmost Sumer, where the earliest surviving non-Biblical source of the Biblical account lies, point to the quite genuine Bronze Age entrepôt of the island Dilmun (theorized by some to be Bahrain) in the Middle / Near East, described as 'the place where the sun rises' and 'the Land of the Living'."[04]
- (Ada ahli sejarah yang bekerja mengkaji dari ruang lingkup budaya Sumer selatan, di mana terdapatnya sumber terawal bukan Bible yang masih utuh, di mana penilaian Bible terletak, iaitu titik asal permulaan zaman gangsa iaitu Pulaun Dilmun (teori oleh sesetengah orang menyatakan sebagai Bahrain) dalam Timur Tengah / Dekat, yang digambarkan sebagai 'tempat terbit matahari' dan 'Tanah Kehidupan')
Pembentukan Tamadun Sumer @ Sumeria (seawal 6000 ke 5000 tahun sebelum Masihi) di kawasan Iraq adalah lebih awal berbanding Tamadun Mesir Purba, dan Tamadun-Tamadun awal lain seperti Maya-Aztec-Inca di Amerika Latin dan Tamadun China. Malah India hanya mendapat kemajuan ketamadunannya setelah Arab menyusuri kapal dagang laut Phoenisia ke India. Eropah kemudiannya turut menyusur jejak kapal laut Phoenisia yang datang berulang alik ke Mediterranean dan India sehingga terbentuknya zaman percampuran ras Indo-Eropah di laut Mediterranean.
Telah menjadi tandatanya kepada pengkaji mengapa India menjadi pusat pertemuan utama antara Timur dan Barat ketika itu? Bukankah lebih baik para pedagang terus sahaja ke Nusantara? Salah satu sebab terpenting mengapa para pedagang Eropah dan Arab enggan meneruskan perjalanan ke Nusantara dan hanya tertumpu di India berabad-abad lamanya adalah disebabkan laluan kapal yang sempit merentas kepulauan yang penuh dengan perompak laut. Mereka hanya akan dapat laluan selamat sekiranya ada pemerintah yang berkuasa menjaga laluan Selat Melaka itu. Sekiranya kita teliti sejarah kemunculan SriVijaya di Selat Melaka abad ke-7 itu sebenarnya ada kaitan dengan penumpasan kepada perompak laut. Tidak hairan setelah itu, muncullah Jambi, Palembang, Kedah tua dan Melaka sebagai negeri yang maju kerana menjadi tempat persinggahan dagang yang selamat. Munculnya nama Srivijaya itu pun membawa maksud Sinar Kejayaan dan kekayaan.
Cerita Srivijaya ini sudah masuk abad setelah Masihi, sedangkan cerita peradaban purba semuanya berlaku ribuan tahun sebelum Masihi. Menurut beberapa catatan, Phoenisia berasal dari tanah DILMUN yang mana bermulanya logam Tembaga di sebelah Timur.
- "Dilmun (sometimes transliterated Telmun) is a land mentioned by Mesopotamian Civilizations as a trade partner, source of raw material, copper, and entrepot of the Mesopotamia and the Indus Valley Civilization trade route. Although the exact location of Dilmun is unclear, it might be associated with the islands of Bahrain, the Eastern Province of Saudi Arabia, Qatar, Oman and nearby Iranian coast in the Persian Gulf."[05]
- (Dilmun (kadang-kadang diterjemahkan Telmun) adalah tanah yang disebutkan oleh Peradaban Mesopotamia sebagai rakan perdagangan, sumber bahan asas (pukal), tembaga, dan gudang keperluan bagi Mesopotamia serta mempunyai hubungan dagang dengan Peradaban Lembah Indus (ini bermakna DILMUN bukanlah India). Meskipun lokasi yang tepat bagi Dilmun tidaklah begitu jelas, ia mungkin dikaitkan dengan pulau Bahrain, Bahagian Timur Arab Saudi, Qatar, Oman dan berhampiran pantai Iran di Teluk Parsi.)
KAITAN ANTARA DUNG SON DAN DUSUN DI BORNEO SERTA NUSANTARA
Kalau di Sabah terdapat satu kaum Buranun (pergunungan) yang menggelar bangsa mereka sebagai Dusun. Walau pun mereka menguasai gunung tetapi mereka juga menguasai sepanjang sungai Sugut dan Sungai Kinabatangan yang mengadap ke Laut Sulu. Bangsa Dusun yang menguasai Sungai mereka namakan sebagai Orang Sungai. Penempatan terbesar mereka di Asia Tenggara hanyalah di keseluruhan pulau Borneo.
Sesetengah mereka dipanggil sebagai Dayak Darat dan Dayak Laut yang menggunakan sejenis pedang Purba Bani Yafits (Mandao atau Kampilan dan beberapa nama lagi yang turut digunakan oleh Monggol dan Tiong Hwa) dan sumpit serta busur sebagai senjata berburu dan mempertahankan diri. Mereka juga ada di pulau Mindanao yang dipanggil bangsa Maguindanao (Maranao-Iranun) dan kepulauan Sulu Utara (Filipina: Luzon-Visaya). Mereka dikenali sebagai suku-suku bangsa Pagan pada awalnya namun kemudiannya sebahagian mereka telah masuk Islam atau pun Kristian. Kami berkeyakinan bahawa bangsa Dong Sun yang masih wujud di Borneo ialah bangsa DUSUN itu. Suku dayak dan suku-suku lain di Borneo itu hanyalah sebagai pecahan (sub-etnik) dari Dusun.
Orang-orang Sulu di kepulauan kelihatannya berada di tengah-tengah antara pulau pulau besar seperti Pulau Luzon, Pulau Mindanao, Borneo dan Sulawesi malah pulau Papua/Irian sehingga ke Australia kelihatannya turut "bersekongkol" memagar gugusan kepulauan Sulu. Kedudukan ini (Tuhan telah mengaturnya sebegitu rupa) seolah-olah ingin menjelaskan sesuatu yang penting kepada mereka khususnya yang ingin mengkaji asal-usul bangsa Phoenix @ Phoenisia yang sebenar.
Walau pun gambaran asal-usulnya telah jelas bagi sesetengah pembaca seperti yang telah kami jelaskan sebelumnya, namun masih ada yang meletak keraguan. Sesetangah pembaca akan merujuk Phoenisia sebagai Melayu, begitu juga dengan orang Jawa yang begitu optimis bahawa Phoenisia adalah dari tanah Jawa. Orang Bugis juga demikian dengan berbangga dan penuh semangat sebagai bangsa asal-usul Phoenisia Timur kerana telah pun kami jelaskan perkaitan sebelumnya.
Ada juga yang begitu gembira sehingga melelehkan air mata terharu kerana sudah menjumpai akar bangsanya yang sebenar berasal dari Dung Son Purba di Vietnam lalu turun menyebar ke Kemboja, Tanah Siam seterusnya ke Tanah Melayu dan Sumatra. Orang Filipina pun berfikiran begitu tetapi lebih cacamarba kerana berkeyakinan bahawa mereka adalah bangsa dari India yang berkasta Visya atau Srivijaya yang kemudian menjadi bangsa Visaya. Dalam masa yang sama pengkaji sejarah Filipina sendiri berkeyakinan bahawa 10 Datu yang datang dari kepulauan Sulu (Jolo) adalah akar keturunan mereka yang asal yang kemudian menyebar ke kepulauan Sulu Utara (Luzon-Visaya).
Skejap India, sekejap Sulu, bingung dan membingungkan. Maka tidak hairan pula kalau ada yang mendakwa mereka dari keturunan MAKHLUK ASING dari angkasa lepas. Inilah fahaman yang dianut oleh Freemason di Filipina hari ini. Ia memang kelihatan lucu tapi benar dakwaan seperti ini memang wujud. Malah yang mengaku nenek moyangnya dari beruk pun ada. Apa pun keadaannya terserah kepada tanggapan masing-masing. Fokus kepada bangsa Dong Sun di sebelah Timur Nusantara yang memakai bulu burung atas kepala sebagai lambang Phoenix atau Phoenisia (gelaran Eropah-Parsi), mereka dikatakan sebagai hasil dari satu peradaban termaju yang dipanggil peradaban Lemuria atau Mu bagi bangsa Jepun.
Kami mencadangkan peradaban Lemuria ini bukan sahaja telah wujud setelah banjir besar malah lama sebelum itu. Satu kemungkinan yang boleh dipertimbangkan ialah Nabi Idris a.s. lah yang membangunkan Tamadun ini malah sudah bermula seawal masa hayat Nabi Adam a.s. di negeri SIRINDIP @ Suvarnadvipa. Idris adalah sebutan Arab tetapi sebutan Eropahnya (Ibrani) ialah Enoch (Suluk: Enut, bermaksud berdikit-dikit, Anud: gerak air). Beliau adalah yang sangat mahir dalam ilmu bintang, pembinaan kapal, pertanian dan membina blok bangunan tinggi seperti Piramid. Tamadun Lemuria adalah Tamadun Dong Sun Purba yang bermula disini. Satu kemungkinan yang boleh dipertimbangkan ialah Noah a.s. sendiri membina kapalnya di sekitar laut Sulu samada di gunung Kinabalu atau pun di pergunungan Jolo.
Noah kemungkinan dari bahasa Suluk yang berubah sebutannya dari Luha (air mata) berubah kepada sebutan Nuha @ Noah. Para mufassir Islam ada yang merujuk nama Noh atau Noah itu berasal dari kata AIR MATA. Demikian juga dengan pembinaan kapal besar, ternyata hanyalah orang kepulauan dengan teknologi Phoenisia sahaja yang mampu membina kapal sebesar bahtera Nabi Noah a.s. itu dengan perintah Allah swt. Demikian dengan nama bukit JUDI tempat pendaratan bahteranya. Dengan menggunakan kaedah Antro-Linguistik, Judi dapat dihubungkan dengan bahasa kepulauan Sulu yang bermaksud "DATU". JUDI @ Djude @ Dote, Bani Israel menyebut DATU dengan sebutan DOTE atau Dath. Wisno dalam bukunya Yakju Makjuj II (cetakan PTS, 2010) menjelaskan bahawa Judi itu bermaksud "Datuk".
ANTRO-LINGUISTIK: DUNGSON, DUNGSONG, RUSUNG, LUSUNG, LOZON
Apakah maksud DONG SUN @ DUNG SON? Untuk mengetahuinya pengkaji tidak akan menemui maknanya yang nyata tanpa merujuk kepada BANGSA KEPULAUAN SULU yang lebih banyak menyimpan rahsia tradisi lisan pulau-pulau samada besar atau kecil yang berada di sekelilingnya. Kerana pulau kecil ini walau pun hanya sekadar sebesar "tahi lalat" (sekiranya dilihat di peta dunia) namun ia telah diakui sebagai yang mempunyai aura kekuasaan purba yang tidak dapat ditandingi. Kenyataan ini mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak namun faktanya terlalu banyak sehingga tidak ada seorang pengkaji pun yang punya akal sihat dapat menolaknya.
DUNG SON dalam bahasa Sulug @ Suluk:
- Dung Son adalah dua perkataan terpisah iaitu Dung (Depan kapal atau haluan kapal), Son (asalnya dari kata SUNG bermaksud "gerak ke hadapan"). Contoh ayat DUNG: "Pa harapun in DUNG sin kappal pa sadlupan" bermaksud "Dihadapkan depan @ haluan kapal ke arah matahari terbenam". Contoh ayat SUNG: "SUNG kamu manga taymanghud" bermaksud "Silakan (ke hadapan) wahai saudara sekalian".
- Kemudian Bahasa Melayu meminjam perkataan Suluk ini (Solud @ SUD-DONG @ SUDONG, lidah Suluk biasanya hurup "D" di tengah akan berbunyi "L" atau "R" dan akan menjadi SULONG dan SURONG).
- Menjadi Sorong iaitu "menggerakkan sesuatu ke hadapan atau ke tepi".
- Menjadi SULUNG iaitu "yang terkehadapan", terdahulu atau terawal dan juga digunakan untuk "anak yang pertama".
- Dung sebagaimana tadi bermaksud "Haluan @ depan kapal". Satu perkataan yang sinonim ialah JUNG, yang bermaksud hujung depan kapal yang biasanya dibentuk melentik ke atas dan tajam. Sesetengah Jung diukir kepala kuda atau naga. Kapal layar besar Suluk biasanya mereka namakan A-JUNG yang kadang-kadang disebut Adjung membawa maksud hadapan kapal yang mempunyai muncung melentik ke atas. A-JUNG ini akhirnya dipinjam oleh bahasa Melayu menjadi Hadjung atau HUJUNG.
- Kata asal TAN-JUNG juga sama, dari lidah Suluk kerana sifat TANJUNG itu ialah kawasan tepi pantai yang memanjang dan menajam hujungnya ke laut. Sehingga hari ini Melayu menggunakan nama TANJUNG sama dengan Suluk.
Nama LUSUNG yang dikenal oleh Spanyol dari lidah orang Manila itu adalah variasi sebutan dari nama Dung-Song@ DUNGSON. Menjadi kebiasaan Orang Jepun menyebutnya Rusong yang merujuk kepada pedagang kepulauan Sulu, lama sebelum kedatangan Spanyol lagi. Orang Rusung kepulauan ini juga menguasai kawasan Timur China yang dinamakan Shan-Dong hari ini. Shan-Dong berasal dari nama Son-Dung yang disebut terbalik oleh orang China dari sebutan asalnya Dung-Son. Menurut sejarah China dan Jepun, bangsa kepulauan adalah bangsa pedagang yang mahir sebagai pelayar yang dinamakan Rusung atau Lusung. Maharaja China sangat mengasihi mereka hinggakan ketika Maharaja China menutup perdagangan lautnya dari didatangi oleh pedagang Melayu, India dan Eropah, namun orang kepulauan yang dipanggil Lusung ini masih diizinkan berdagang.
Ini bermakna wilayah China Timur itu adalah termasuk wilayah purba kepulauan Sulu. Ternyata nama Shan-Dong itu lebih jelas hampirnya dengan nama Dung Son @ Rusung @ Luzun @ Lozon. Tidak hairanlah mengapa Sultan Sulu (Sultan Batara Alawaddin bin Sultan Shariful Hashim) yang mangkat tahun 1417, ketika dalam perjalanan pulang bertemu dengan Maharaja China itu dikebumikan di wilayah Shan-Dong yang seolah-olah Tuhan menunjukkan bahawa Shandong masih dikira sebagai wilayah SULU. Lojiknya ialah Maharaja China memakaikannya baju kebesaran Maharaja China (baju merah berlukis naga emas), bermain kuda dan berburu bersamanya yang kemudian setelah mangkat dikebumikan di Shandong pula siap dengan upacara Raja-raja China. Ini adalah satu pengiktirafan kekuatan LAUT SULU yang berwenang terhadap aliran dagang laut hinggakan Maharaja China menganggap Sultan Sulu sebagai setara dengannya.
Maka kita boleh membuat andaian bahawa wilayah Dung Son purba (sebelum dikuasai oleh Dinasti-dinasti China kemudiannya) itu luas terbentang bermula dari Wilayah Shan-Dong hari ini sehingga masuk ke kawasan pantai Barat Lautnya yang kita panggil Vietnam sekarang sehingga masuk ke Kemboja. Di tengahnya tersepit bandar-bandar dagang China yang disebut Shanghai dan Canton @ Kanton (Hong Kong). Kanton itu sendiri dalam bahasa kepulauan Sulu bermaksud "pusat lawatan" iaitu samada disebut Kadtuan atau Kadtuon. Kalau didengar oleh mereka yang tidak biasa dengan sebutan Suluk, sebutannya seolah-olah berbunyi "Kantuon". Kanton dan KEDAH (i.e. Kadta-ha @ Kadtu-ha) mempunyai etimologi yang sama dalam bahasa Suluk. Kajian lain menyatakan Canton berasal dari istilah Eropah abad ke-16 yang datang kemudian, walhal nama Kanton sudah pun wujud ketika kedatangan rombongan dakwah Sa'ad bin Abi Waqqas pada abad ke-7 lagi.
Wilayah Timur China ini (dari Shandong ke Vietnam) sebenarnya adalah "Lupa' Higad" (tanah besar) bagi orang-orang Sulu. Wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah SIN atau SINIM yang asal sebagaimana yang disebut oleh Bani Israel. Pusat SINIM terletak di kepulauan yang pakar melebur berjenis-jenis logam hinggakan merekalah yang mula-mula menggunakan wang syiling perak dan emas yang orang-orang Sulu panggil SIN (bermaksud duit syiling). SIN emas ini telah disebarkan ke seluruh dunia oleh Bangsa Phoenix @ Phoenisia kepulauan Timur ini hinggakan ia mendapat gelaran wilayah atau tanah SIN dalam Kitab Perjanjian lama. Kebiasaan orang-orang Sulu membuat lubang di tengah Syiling ("Tuhugun", dicucuk dengan tali) untuk memudahkan mereka membawanya merentas lautan. Dinasti-dinasti China kemudiannya mengadaptasi dalam pemerintahan mereka.
PERSEPSI SALAH TENTANG ISTILAH LUSUNG DAN LOZON
Penjelasan nama DUNG SON dengan menggunakan Antro-Linguistik (usul kajian bahasa) dapat memberikan kita pencerahan bahawa DUNG SON dan SOLOK atau SULUG atau pun juga SUG itu adalah nama yang sama dan sinonim dengan "perjalanan kapal laut yang mengikut atau menyongsang arus". Para pencatat dan pengkaji sejarah Eropah sendiri telah mengakui bahawa nama LOZON itu adalah sebuah pulau kecil sahaja yang terletak antara pulau Mindanao dan Borneo. Spanyol dengan bangganya menamakan pulau SOLUD-DONG (Selurong, Manila) sebagai LUZON sebenarnya adalah satu kesilapan.
Samada DUNG SON, DUNGSUN, RUSUNG atau LUSUNG ia masih membawa maksud kapal laut yang sudah tentu pergantungan utamanya kepada laut untuk dapat belayar itu telah diakui oleh para pengkaji. Seorang pengkaji dari China, Siuala ding Meangubie telah menjelaskan dalam kajiannya bertajuk "A Preliminary Investigation Into its Role in East Asian history" menyatakan,
- "The Spaniards, unfamiliar with this native concept of territory, naturally thought that Lusung referred to land instead of water. Thus when they conquered Lusung in 1571 AD, they mistakenly thought they had conquered the entire island. Taking after the Spaniards' mistake, geographers up to the present refer to the entire northernmost major island of the Philippine archipelago as Luzon {Lusung}."
- (Sepanyol, yang tidak biasa dengan konsep pribumi wilayah ini, dengan sendirinya berpendapat bahawa Lusung disebut sebagai tanah dan bukannya air. Kemudian, apabila mereka menakluk Lusung (pulau Luzon sekarang) dalam 1571 Masihi, mereka tersilap kerana menyangka mereka telah menakluki seluruh kepulauan. Berdasarkan kesilapan Sepanyol itu, para ahli goegrafi sehingga hari ini telah menamakan kepada pulau utama di keseluruhan utara kepulauan Filipina sebagai Luzon {Lusung}.)
Pulau Sulu Utara itu bukanlah pusat LOZON kerana kekuatan Bangsa LOZON itu tertumpu di sebuah pulau kecil sahaja di tengah Laut Sulu (menurut sejarahwan, sebelum kedatangan Kolonialis laut Selebes itu sebenarnya adalah Laut Sulu). Ia dinamakan Jolo (Holo @ Hulu) kerana sifatnya sebagai pusat kekuasaan (penghulu) kepulauan sesuai dengan kenyataan Al-Biruni dan sejarahwan Arab lainnya yang merujuk Sirindip sebagai hanya pulau dan penguasa pulau-pulau.
Peter Schreurs telah menulis tajuk khusus berkenaan Voyage of Ferdinand Magellan dalam buku Philippine Quarterly of Culture and Society, Vol. 28, March 2000, No. 1, yang diterbitkan oleh San Carlos Publications, bahawa Charlotte Gastaldi (1561 M), Gerardus Mercator (1569 M) dan Abraham Ortelius dalam Theatrum Orbis Terrarum (Theatre of the World) iaitu pada tahun 1570 mereka telah memberitahu berkenaan pulau kecil yang berada berdekatan pulau Basilan (Barat Laut) itulah sebenarnya yang dinamakan Lozon.
- "This tiny island of Lozon in the Sulu Sea disappeared from the maps after the Spaniards had occupied the northern Philippines, and it was replaced by the real Luzon".
- (Pulau kecil Lozon ini yang berada di Laut Sulu, telah hilang dari dalam peta-peta iaitu selepas Sepanyol telah menduduki utara Filipina, dan ia telah digantikan oleh Luzon sebenar (yang dikenal hari ini)).
- "Pigafetta was told that ‘two days from Chippit (near Basilan) to the northwest is a large island called Lozon’…thus Gastaldi, in 1561, with nothing more than Pigafetta’s second-hand mention of the island to go on, introduced the first definitive reference to Luzon on a western map…Gastaldi simply judged a two-day sail to the northwest of one of his Quipits (near Basilan), engraved an island and labeled it Lozon."
- (Pigafetta telah diberitahu bahawa 'dua hari dari Chippit (berhampiran Basilan) di barat laut adalah sebuah pulau besar yang dipanggil Lozon' ... dengan itu, Gastaldi pada tahun 1561, ia tidak lebih hanya sekadar menurut kenyataan daripada Pigafetta berkenaan pulau itu untuk pergi ke sana, inilah pertama kalinya diperkenalkan secara muktamad sebagai rujukan kepada Luzon di dalam peta barat ... Gastaldi sekadar membuat keputusan belayar dua hari ke barat laut satu Quipits (berhampiran Basilan), mengukir sebuah pulau dan dia labelkannya Lozon.)
Persoalannya dari mana Pigafetta mendapat maklumat tentang nama dan lokasi Lozon (DUNG SON) itu berada di Laut Sulu iaitu di barat laut pulau Basilan? Telah dijelaskan dalam buku yang sama iaitu Pigafetta sendiri telah bertemu dan bercakap dengan orang Lozon.
- "Pigafetta himself actually met and spoke with a native of Luzon. Leaving Borneo on 29 July 1521, the Spanish believe they were being ambushed, attacked some junks and capture the “son of the king of Lozon” who was the captain general of the King of Brunei. Pigafetta explained that the man from Lozon “had come with the junks from a great city called Lao” which was at the end of Borneo facing (in other words, the southwest coast), which they claimed to have just sacked…The Magellan crew also met with the traders from Lozon when they put into Timor".
- (Pigafetta sendiri sebenarnya bertemu dan bercakap dengan pribumi Luzon. Dengan bergegas meninggalkan Borneo pada 29 Julai 1521, kerana Sepanyol percaya mereka sedang diserang hendap, (disebabkan) berlaku serangan beberapa jung dan menangkap "anak raja Lozon" yang pernah menjadi ketua pasukan tentera Raja Brunei. Pigafetta menjelaskan bahawa orang dari Lozon itu "telah datang dengan jung dari sebuah bandar yang hebat yang dipanggil Lao" yang terletak pada hujung Borneo menghadap (dalam erti kata lain, di pantai barat daya), yang mereka dakwa baru sahaja dipecat... anak-anak kapal Magellan juga bertemu dengan peniaga-peniaga dari Lozon apabila mereka memasuki pulau Timor).
Bangsa Eropah telah diberi amaran lebih awal oleh bangsa Arab berkenaan kekuatan pulau kecil itu. Sebab itu Inggeris dan Belanda tidak pernah mencabar Suluk berperang kecuali Spanyol kerana Spanyol menganggap dirinya lebih kuat dan canggih dari orang-orang Sulu yang ketinggalan zaman. Ternyata, selama beberapa abad Spanyol menyerang Sulu, tidak pernah dicatat bahawa Spanyol telah menang melainkan menjadi miskin papa kedana disebabkan serangan-serangan balas oleh orang Sulu terhadap kedudukan mereka di Filipina. Kolonialis yang menjadi kaya raya hanyalah Inggeris dan Belanda kerana memilih tidak berperang dengan Sulu.
Inggeris dan Belanda telah mengetahui bahawa kejatuhan mendadak Empayar Majapahit hanyalah kerana Majapahit memilih BERSETERU dengan Sulu. Mungkin Belanda dapat banyak maklumat kekuatan Suluk adalah dari lidah orang-orang Bugis manakala Inggeris pula kemungkinan dapat maklumat tentang Suluk setelah mereka datang ke Tanah Melayu. Mungkin orang-orang Melayu memberitahu tentang kekuatan Solok, malah Inggeris masih sempat melihat kekuatan maritim Solok di sekitar Selat Melaka dan Laut China selatan ketika era Sulu Zone.
Tajuk akan datang!!
- LAMPIRAN 1: Sejarah Perbalahan Bangsa Dusun dengan Kaum Karagang (Kadazan @ Dusun Bandar) di zaman Tun Fuad Donald Stephen.
- KEDATANGAN ANAK-ANAK IBRAHIM a.s. (Bani Israel & Bani Arab) KE TIMUR NUSANTARA: Menjelaskan gelombang kedatangan mereka dan sejauh mana kekuatan budaya dan bahasa Bani Israel dapat merubah bahasa dan budaya bangsa DUNGSUN @ Sulug.
- Membahas hubungan Raja Wanita dari Saba' dengan Raja Sulaiman a.s.
Notakaki:
[01] http://www.cooltattoofinder.com/bird-tattoos/myth-of-phoenix-bird-tattoo-art
[02] Herodotus. The Histories. Trans. R. Waterfield. Oxford: Oxford UP, 1998. Book 2, Chapter 73.p. 123.
[03] http://www.nationmaster.com/encyclopedia/Phoenicia [04] http://en.wikipedia.org/wiki/Garden_of_Eden [05] http://en.wikipedia.org/wiki/Dilmun
|
salam, brad bya pyanayaman na kaw hi srikandi ha blognya... panayama balik...