BLACK BOOK!! BUKU TERBARU PROF. NELSON DINO SULU (NELDY JOLO) TELAH TERBIT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, December 1, 2011 0 ulasan


The Black Book is now available. To avail please contact Ms. Sher @ Neldy Facebook.

TAHNIAH BUAT KARYAWAN TAUSUG GLOBAL MEDIA (TGM) NELDY JOLO!!

Saudara Neldy yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Sulu (MSU) selama 3 tahun dan pernah mengembara ke Jepun, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia dan Filipina menyampaikan ceramah tentang TAUSUG kini telah berjaya mencetak bukunya bertajuk MAAS NUR MISUARI.

Sebelum ini beliau hampir bersetuju untuk mencetak buku tersebut di Kuala Lumpur. Namun atas alasan tertentu beliau mengalihcetak bukunya di Zamboanga City pula. Sebelum buku ini dicetak, pelbagai pihak terutama dari Amerika Syarikat (beberapa orang Profesor), Saudi Arabia, Qatar-Bahrain, Malaysia, Filipina, Perancis telah membuat tempahan lebih awal. Kerana tidak semudah itu menulis tentang perjuangan NUR MISUARI kecuali mereka yang berpengalaman bergaul dan "masak" dengan MNLF itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang aktivis muda Nasional Tausug yang mempunyai gagasan yang berbeza dari Nur Misuari dan MNLF nya telah berjaya menulis "Novel" tentang perjuangan BANGSAMORO itu. Para ahli dan komander MNLF dan MILF totok yang mengetahui lebih awal tentang buku ini tidak sabar-sabar membacanya. Sebilangannya begitu sangsi hala tuju tulisan ini yang mereka bayangkan adalah "tulisan negatif" terhadap perjuangan MNLF dan BANGSAMORO.

"Baca dulu keseluruhan kandungan buku ini barulah komen..." Ujar Neldy kepada yang selalu bertanya samada tulisan beliau itu bernada negatif atau positif. Kesangsian terhadap tulisan Neldy itu mungkin disebabkan beliau telah dimaklumi sebagai salah seorang PEJUANG KEMERDEKAAN TAUSUG yang lebih memihak kepada mengembalikan KEDAULATAN KESULTANAN SULU berbanding kemerdekaan BANGSAMORO.

"Kami generasi muda tiada pilihan lain selain KEMERDEKAAN sekali pun menggunakan flatform dari Kesultanan Sulu kerana perjuangan asal MNLF sudah menyimpang dari kehendak asal iaitu dari kemerdekaan kepada AUTONOMI... namun buku ini bukanlah menghentam semberono keatas peribadi Maas Nur Misuari, tetapi satu kenyataan sejarah MAAS dan MNLF serta saranan idea yang membina... kami generasi muda merasakan masih ada jalan keluar... inilah maksud buku ini" Ujar beliau lagi tanpa berselindung.

Grafik ihsan saudara Alyazir Rajim (TGM). Nombor telefon pada grafik ini telah ditukar ke nombor lain. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila ke Neldy Facebook.
Link

Post a Comment