Burung Phoenix dari "GARDEN OF EDEN" MENJADI IDENTITI ASAL BANGSA PHOENICIA
Saksikan pengakuan pengacara tua BBC ini tentang burung Phoenix sebagai Burung dari Syurga yang berasal dari GARDEN OF EDEN. Beliau mendakwa bahawa yang dimaksudkan GARDEN OF EDEN disebelah Timur itu ialah Papua New Guenie
Dalam catatan sejarah Eropah, Mesir Purba dan Sumeria, telah pernah mengalami penipuan oleh Bangsa Phoenisia yang datang dari Timur Bumi. Mereka membawa burung Cenderawasih dari pelbagai jenis dan warna yang mereka tangkap di Papua kemudian memotong kedua-dua kakinya dan diawetkan, lalu menjualnya kepada bangsa Mesir dengan mendakwanya sebagai burung dari langit yang ajaib. Ia dikatakan sebagai lambang keabadian dan kelahiran semula.
Mengapa Bangsa Mesir, Yunani, Bani Israel dan Sumeria Purba percaya kepada bangsa Kepulauan ini? Kerana bangsa yang meletak bulu burung di atas kepala dan mahir melebur logam (emas, tembaga, besi, timah) ini adalah bangsa yang mempunyai peradaban tinggi ketika itu. Sama seperti kita melihat Orang Kulit Putih dari barat hari ini yang datang ke negara kita yang kita anggap sebagai mempunyai peradaban (kemajuan teknologi) hebat hinggakan apa sahaja produk, malah budaya mereka kita anggap hebat.
Bayangkan hari ini manusia menyanjung Barat, tetapi ketika zaman purba yakni sebelum tulisan abjad dibawa dari timur ke Barat, bangsa Kepulauan dari Timur Bumi sangat disanjung. Kehebatan Bangsa Dari TIMUR ini yang bukan sahaja sebagai ahli pelayaran yang handal malah sebagai pahlawan yang tiada tolok bandingnya samada di darat mahu pun di laut ketika itu.
Hinggakan setiap daerah yang mereka lalui dan berasimilasi dengan penduduknya disepanjang perjalanan ke barat sehingga kini masih ingat asal usul mereka. Sehingga keturunannya pada satu masa seperti Bangsa Eropah, Mesir, Sumeria-Mesopotamia telah mengaku bahawa nenek moyang mereka berasal dari sebelah TIMUR BUMI yang dipanggil "The Garden of EDEN" yakni tempat bermulanya ADAM DAN HAWA. Ini bermakna bukan sekadar Bangsa Phoenisia yang berasimilasi dengan nenek moyang mereka malah turut maklum bahawa tempat tinggal Phoenisia di sebelah Timur Bumi itu adalah tempat asal bapa manusia terawal iatu ADAM a.s.
|
ohh gitu toh sejarah'a. mksh yaa ^^
mmpir d blog sya juga yaa
http://how-yourblog.blogspot.com/