KERIS TAUSUG UNTUK DIJUAL!! HARGA BOLEH DIRUNDING!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, December 1, 2011 1 ulasan

Keris Sundang ini bukan sekadar perhiasan malah boleh dipusakakan kepada anak yang layak. Ia kepunyaan saudara Shariff Muhammad Hassan dari Banting Selangor yang meminta penulis menjualnya. Beliau membelinya di Zamboanga City, Sulu untuk koleksi peribadi ketika beliau bercuti ke kampung halaman keluarganya beberapa bulan yang lalu. Sundang Tausug yang mempunyai nilai RM10,000 ini beliau hanya menjualnya dengan harga murah kepada sesiapa yang berminat dengan sejarah Sulu sahaja.


Sundang Tausug ini penulis telah ukur tuahnya dan mendapati ia berakhir dengan "Hidup", ini bermakna ia dengan izin Allah swt akan membawa tuah kepada pemiliknya. Panjangnya sederhana yang dituang dari jenis besi keras (bukan besi spring kereta seperti kebiasaan keris replika), berlok 7 sebagai menggambarkan 7 lapis petala langit dan bumi, atau masa ke-7 hidupan flora & Fauna dicipta oleh Allah swt di muka bumi. Bilah sebelah berukir BISMILLAH manakala sebelah bilah lagi berukir LAM JALALAH berhias ALIF III.


LAM JALALAH bermaksud kalimah NAFI ISBAT (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH) menunjukkan kalimah dan zikir tertinggi dalam Islam. ALIF III pula adalah ilmu SULUK di kepulauan Sulu yang menurut tradisi lisan Tausug telah dibawa oleh Ahlul Bait Rasulullah SAW ke Sulu yang mana ilmu ALIF III ini berasal dari kitab purba Monotisme Nabi Musa a.s. yang dinamakan KITAB BAGHAWI. Kitab Baghawi menurut orang tua-tua Suluk di Kepulauan Sulu lagi adalah ilmu yang diperturunkan dari Nabi Adam a.s. sehingga kepada nabi Ibrahim a.s.

Keindahan Keris ini ada pada Lok 7 dan hiasan pada ulunya yang berukir cantik dari kulit kupang Mutiara asli. Pada sarungnya dililit indah dengan rotan halus yang tahan lasak manakala ulunya pula dianyam dengan benang keras hitam yang dipanggil BAYKASKAS. Tidak seperti Sundang Datu Tausug yang biasanya mempunyai ulu disalut ukiran perak dan bertombol kepala kakak tua, Sundang atau Kalis Tausug ini hanya dibentuk khas untuk ahli KUNTAO yang menyerang secara dekat. Kebaikan BAYKASKAS ialah walau pun berlumuran darah ia masih boleh dicengkam dan dipegang oleh tangan berbanding ulu Sundang Datu bersalut perak yang menjadi licin sekiranya berlumuran darah atau air.

Di Jolo, Keris bentuk ini adalah yang paling banyak dimiliki oleh Tausug berbanding Sundang Datu yang hanya dimiliki oleh para Datu (Pemerintah) sahaja. Keris Tausug berhias BAYKASKAS sangat diminati oleh Kaum Maranao-Iranun-Maguindanao di pulau besar Mindanao. Keris ini sebenarnya adalah hasil tempaan terbaik Maranao tanpa meletak "asang-asang". Ramai para pakar tempa keris dari kalangan Tausug telah meninggal dunia samada Syahid, mati sakit atau bersara hinggakan tempaan keris Tausug ini kebanyakannya diambil alih oleh suku kaum Maranao di Mindanao. Wallahu a'lam.


Model Cilik: Ahmad Qaradhawy bin Asree Sug & Muhammad Ato'illah bin Asree Sug, murid sekolah rendah dan pra-sekolah SK PUTRAJAYA Prsint 14 (1).
  1. Assalmualaikum...Asree.....saya sangat tertarik dengan Kesultanan Sulu. Ingin rasanya nak bersua muka dengan saudara jika ada kelapangan. Kerana saya sangat yakin....panji-panji hitam bermula dari sana. Allahhuakbar 3 x. Salam perkenalan dari saya

Post a Comment