APAKAH REAKSI TAUSUG TERHADAP PERJANJIAN DAMAI ANTARA MILF DAN GRP?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, October 15, 2012 2 ulasan

KETUA Panel Damai Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal (kiri) bertukar dokumen dengan ketua perunding damai kerajaan Filipina, Marvic Leonen (kanan) selepas pemeteraian kerangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan MILF, di Istana Malacanang, Manila petang tadi. Turut menyaksikan detik bersejarah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (belakang-kiri), perunding damai kerajaan Malaysia, Datuk Tengku Abdul Ghafar Tengku Mohamed (tengah) dan Presiden Filipina, Benigno Aquino (belakang-kanan). - Foto Reuters
Oct 15, 2012 4:56 pm



PERJANJIAN DAMAI FILIPINA-MILF BAWA KESAN POSITIF UNTUK SABAH - NAJIB
Bernama Media – Sat, Oct 13, 2012

PENAMPANG, 13 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia menjadi pemimpin dalam mendamaikan kumpulan berkonflik di selatan Filipina selama lebih 40 tahun turut memberikan kesan positif kepada Sabah. 

Perdana Menteri berkata ini kerana faktor ketidakstabilan dan kemunduran di wilayah Mindanao telah menyumbang kepada kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah. 

"Kalau kawasan (Selatan Filipina) itu dapat dibangunkan...tiada lagi alasan mereka masuk ke Sabah. Ini sangat baik untuk Sabah," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini. 

Pada Ahad lepas, Najib menyambut baik pengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). 

Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia mulai 2 hingga 7 Okt. -- BERNAMA


Berikut adalah berita terkini di manila:
http://www.bharian.com.my/

Ulasan:

Assalamualaikum Warahmatullah,

Agak lama saya tinggalkan Blog Tausug Global ini tanpa mengisi sebarang artikel disebabkan beberapa perkara yang mendesak. Kali ini saya dipaksa dan terdesak pula menulis oleh keadaan semasa disebabkan isu termeterai perdamaian antara Filipina dan MILF. Persoalan demi persoalan daripada sahabat-sahabat FB di mana-mana yang bertanyakan reaksi SSDI dan penjelasan dari pihak Tausug Global sendiri, antara soalan ialah, 


  1. "Apakah reaksi SSDI (Kesultanan Sulu Darul Islam) terhadap perjanjian damai MILF dengan GRP (Government Republic of the Philippines)".
  2. "Apakah pandangan PBMM Sultan Bantilan II terhadap perkembangan ini?"
  3. "Bukankah lebih baik SSDI turut serta dan menyokong perjanjian damai tersebut, kerana ia untuk kebaikan umat Islam Moro keseluruhannya samada Mindanao mahupun Sulu".
  4. "Apakah pandangan MNLF terhadap kumpulan saingannya MILF itu ketika ini?".


Untuk menjawap empat persoalan di atas ada baiknya kita menelusuri apakah keuntungan yang masing-masing dapat dari termeterainya perjanjian damai tersebut. Kita perlu melihat bahawa perjanjian damai tersebut melibatkan 3 pihak, yakni bukan hanya sekadar Manila dan MILF, malah Kuala Lumpur sekali.

Dari kaji selidik yang TGM (Tausug Global Media) dapat kumpul dalam beberapa temubual termasuk melihat reaksi penyokong dan pendokong MILF dalam beberapa forum FB, bahawa PERJANJIAN DAMAI tersebut yang menjadi arkitek utamanya ialah Perdana Menteri DS Najib Razak. Kerana menurut mereka adalah sangat mengejutkan Malaysia tiba-tiba begitu beriya-iya membantu selesaikan masalah Selatan Filipina kerana dalam beberapa pusingan rundingan damai sebelumnya, pihak Malaysia kelihatannya tidak berapa cergas dan proaktif untuk menawarkan "keuntungan" kepada Filipina supaya kerajaan Filipina menerima draf damai MILF dapatkan HAK AUTONOMI di Selatan.

Kehairanan pertama: 
Mangapa Malaysia tiba-tiba begitu berminat selesaikan masalah di Selatan Filipina? Mungkinkah ada kaitan dengan SABAH? Kalau ya, mengapa? Sebab masalah RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC Projek/Palsu) dan PTI dari Sulu-Mindanao yang ramai di Sabah?


  • Menurut beberapa andaian, PM DS Najib dan BN-UMNOnya sekarang sedang dilanda malapetaka kehilangan pengundi majoriti di negeri Sabah disebabkan desakan oleh pihak Pribumi Sabah untuk kerajaan ambil tindakan terhadap PTI Sulu-Mindanao tidak dihiraukan oleh kerajaan BN-Umno. Maka pengundi Sabahan beralih mendokong Keadilan dan PAS atau Barisan Alternatif sebagai menunjukkan protes mereka.
Untuk mengurangkan kemarahan Sabahan maka kerajaan BN terpaksa meluluskan RCI kemudiannya. Namun bagi Sabahan ia masih tidak cukup meyakinkan kerana kerajaan kelihatannya tidak punya mekanisma kukuh Bila dan Bagaimana PTI dan IC Projek itu dapat dihapuskan. Sebab itu mereka beralih kepada BA untuk selesaikan masalah PTI sekiranya menang dalam PRU-13, inilah yang sangat menakutkan bagi kerajaan yang sedia ada.

Dalam hal ini sangat jelas SABAHAN yang kebanyakannya tidak mengetahui sejarah Sabah yang benar, dengan hanya menggunakan ukuran Jus Soli dan semangat Perkauman serta Kenegerian, tidak menginginkan ada pihak tanpa izin dari luar yang datang masuk berkongsi KEK REZEKI dengan mereka. Pihak PTI dari "Selatan Filipina" terutamanya dilihat sebagai pihak utama yang bukan sahaja datang mengongsi malah dilihat sebagai merampas KEK.


Bagi PM Malaysia dan parti BN pula, mereka akan kehilangan PUTRAJAYA sekiranya mereka kehilangan sokongan majoriti di Sabah. Mereka juga maklum, kumpulan BA terutamanya DS Anwar Ibrahim akan menjalankan gerakan balas dendam kepada musuh-musuh politiknya setelah menang dalam PRU-13. Kes Rasuah, pembelian kapal selam dan Altantuya nampaknya begitu sangat mengerikan. Tiada jalan lain kecuali MENGHIBURKAN HATI SABAHAN demi mendapatkan sokongan mereka dalam PRU-13. Bagaimana? 

Selesaikan masalah di selatan Filipina, menjanjikan pelaburan bernilai berBILLION Ringgit kepada Filipina dengan syarat TERIMA PELANDAMAI MALAYSIA iaitu FILIPINA kena terima keinginan MILF untuk dapatkan autonomi. Dan MILF jangan banyak bicara dan DEMAND lagi, kerana MILF pun sudah mengah dan seperti keldai tua yang hanya berjalan dua kaki mengheret kakinya yang lain.

Kemudian kalau dah tandatangan maka MALAYSIA akan isytiharkan SELATAN FILIPINA dah selamat dan semakin maju dengan pembangunan (walau pun belum nampak). Malaysia mengharapkan PTI "Filipina" yang ramai di Sabah akan gembira dan bersorak bahawa PM adalah HERO yang sebenar, tanpa mereka sedari lepas ini mereka akan ditangkap dan dihalau ke wilayah BANGSAMORO AUTONOMI dengan jayanya. Maka tak hairan hari ini ramai Tausug FILIPINO yang tak tahu apa-apa begitu gembira sambil bersorak "Yahoooo!! Bangsamoro dah merdeka!!". Bila pulak merdekanya?

Dari konteks politik Kerajaan Malaysia, Sabahan kemudiannya akan menyokong dan seterusnya mendapat kemenangan dalam PRU-13. Tahniah!!


Kehairanan kedua:
MILF? Mengapa MILF begitu mengharapkan Filipina menerima dirinya mendapatkan autonomi walau pun Filipina MENYAMPAH dengan mereka. Kerana dia ibarat keldai tua yang dah jadi HKU (Haiwan Kurang Upaya). Mereka sudah tidak larat berperang lawan Filipina kerana banyak sebab terutamanya kehilangan sumber bantuan dari luar dan gerakan Kesultanan Maguindanao semakin berleluasa kerana terikut dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam di kepulauan Sulu. 

Tersebarnya buku Tausug & the Sulu Sultanate di Mindanao di kalangan MILF sendiri menjadikan jiwa raga mereka melolong meminta bantuan kepada sesiapa sahaja untuk bantu PERDAMAIAN dengan Filipina. Buku tersebut yang pada awalnya mereka terima dengan gembira, namun setelah terbacanya mereka menjadi pucat lesi. Buktinya, ketika saya datang ke meja bulat mereka di kedai kopi di Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhajer Iqbal yang menjadi ketual panel MILF bila nampak saya datang, beliau terus minta diri tanpa sempat berbicara dengannya. Kerana kami pernah berbual panjang pada perjanjian damai yang lepas di Putrajaya dan saya serahkan beberapa naskah buku Tausug pada mereka. Saya bersangka baik, mungkin kebetulan beliau memang ada urusan lain yg lebih penting sebab tu minta diri. 

Siapa MILF? Secara  fakta kumpulan MILF majoritinya terdiri dari suku kaum Maranao-Maguindanao. Mereka dari segi bahasa dan budaya sangat berbeza dengan Tausug di kepulauan Sulu. Yang sama hanyalah beragama Islam bermazhab Syafi'e. Mereka secara genetik adalah dari Sub-Etnik Iranun @ Ilanun di Mindanao. Pada awalnya mereka adalah dalam kumpulan pejuang MNLF (Moro National Lebaretion Front) bersama-sama Tausug. Namun setelah Nur Misuari menandatangani perjanjian Autonomi tahun 1996 mereka tidak setuju lalu MUFARAKAH (memisahkan diri) dan membuat kumpulan baru dinamakan MILF (Moro Islamic Lebaretion Front) yakni mereka hanya mahukan INDEPENDEN (Kemerdekaan) bukannya Autonomi. Tapi apa yang berlaku sekarang mereka terpaksa mengikut jejak MNLF menerima pelan damai Autonomi. 

Mereka perlu bersedia, untuk menerima nasib yang sama sebagaimana yang menimpa Nur Misuari dan MNLFnya iaitu ditipu hidup-hidup oleh Filipina tanpa melaksanakan sebarang komitmen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. MILF hanya mahukan TAMATKAN PEPERANGAN sebab mereka tiada pahlawan lasak sebagaimana yang dimiliki oleh Tausug di kepulauan Sulu. Dengan termeterainya perjanjian ini maka secara moral MILF telah berjaya mendapat peluang merampas kuasa pentadbiran dari tangan TAUSUG. Walau pun dia tahu, Tausug di kepulauan Sulu tidak boleh ditadbir oleh sesiapa pun kecuali Kesultanan Sulu. MILF boleh cuba dengan kerajaan Autonomi Bangsamoronya. Dia bakal berhadapan dengan situasi dimana masyarakat Tausug TIDAK MAHU DIGELAR BANGSA MORO apatah lagi sekiranya diperintah oleh kaum yang bukan sebangsa dengan mereka.


Kehairanan ketiga:
Filipina? Dahulunya mereka lebih kaya dari Malaysia ketika Ferdinand Marcos memerintah secara kuku besi kerana nilai matawang Peso lebih tinggi berbanding Ringgit. Tapi setelah Filipina memilih berperang dengan orang Islam di selatannya maka mereka menjadi semakin miskin dan papa kedana. Ditambah dengan rasuah dan politik cabul yang mereka amalkan sehinggakan aset negara banyak disonglap oleh keluarga Marcos ketika dulu manjadikan Filipina "Hidup segan mati tak mahu" sehingga hari ini. beberapa penganalisis ekonomi Filipina sendiri menyatakan bahawa, kerajaan Filipina sekarang sangat bergantung dengan ARMM (Autonomous Region Muslim Mindanao), kerana wang dana bantuan negara Islam terutama negara-negara Arab Kaya dalam OIC yang dihantar ke ARMM dikaut pula oleh Filipina, hanya beberapa peratusan kecil yang diserahkan kepada ARMM untuk mentadbir Selatan. Ini bermakna Filipina sudah bankrap.

Pinjaman tidak berbayarnya dari IMF selepas kejatuhan ekonomi 1997 yang lalu menjadikan Filipina tidak layak mendapat pinjaman lagi. Manila hanya mengharapkan OIC beri bantuan melalui ARMM untuk menampung sesuap nasi kerajaannya. Sekarang keadaan semakin menjerut perut dan leher Filipina, kerana pergolakan di negara-negara anggota OIC di Timur Tengah sekarang seperti di Syiria, Iraq dan beberapa negara lagi menyebabkan bantuan kepada ARMM sudah terputus. Kalau pun masih ada hanya mampu membeli kertas tandasnya sahaja. Maka Filipina perlu "Do Something" dalam kadar segera.

Tiada jalan lain kecuali PANASKAN TUNTUTAN TERHADAP SABAH untuk dijadikan sebab dapatkan bantuan dari Malaysia setelah masanya tiba. Dalam beberapa bulan yang lalu yang saya kira bermula tahun 2010, beberapa pihak di Filipina termasuk Sultan Sulu palsu telah melakukan asakan dalam media menghangatkan isu tuntutan Sabah untuk diserahkan kepada Filipina. Satu tuntutan lucu yang menjadi bahan gelak ketawa masyarakat Sulu, kerana Filipina sendiri maklum, dirinya tidak layak menuntut Sabah atas nama Kesultanan Sulu kerana dia sendiri telah melupuskan hak Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Seperti mengantuk disorongkan bantal, tiba-tiba Filipina dikejutkan dengan pelawaan Malaysia untuk beri bantuan pelaburan dagang ke Filipina dari Malaysia berjumlah beberapa Billion Ringgit, dengan syarat TERIMA MILF mendapatkan Autonomi. Maka, selamatlah pentadbiran Filipina selama beberapa tahun untuk bertahan dari kemelut kejatuhan ekonomi dunia. Seperti yang kita lihat pada gambar diatas. Kegembiraan kelihatan diwajah masing-masing seolah-olah tergambar kejayaan POLITIK yang belum pasti.


Pandangan MNLF:
Beberapa hari lalu, seorang sahabat dalam TGM telah beritahu bahawa beliau mendapat berita Maas Nur Misuari berang dengan termeterainya perjanjian damai antara MILF dengan GRP. Nur Misuari sebenarnya sedang buat persiapan untuk bertanding dalam pemilihan Ketua ARMM. Alih-alih baju ARMM telah bertukar nama jadi BANGSAMORO AUTONOMY dibawah pentadbiran MILF. Seperti kepalanya dihempap rumah sahabat sendiri, beliau sukar menerima hakikat mengapa beliau disisihkan oleh Filipina malah OIC sendiri telah lepas tangan dari melibatkan Nur Misuari terutama dalam isu IMPLEMENTASI perjanjian 1996 yang sehingga hari ini tidak dilaksanakan oleh Filipina.

Nasi sudah menjadi bubur buat Nur Misuari, perjanjian 1996 yang beliau tandatangani dengan Filipina itu sekarang sudah LUPUS dengan termeterainya perjanjian baru antara MILF dengan GRP. Kemarahan Nur Misuari sebenarnya turut dirasa oleh MNLF keseluruhannya samada yang dah diserap ke dalam pentadbiran Filipina atau yang masih memilih menjadi pejuang di pergunungan Jolo dan Basilan. Kelihatan beberapa kumpulan kecil dari pihak Sulu ada yang gembira sampai melelehkan air mata kerana menyangka ia adalah INDEPENDEN kepada MNLF. Almaklum, berita dari mulut ke mulut lama-lama akan berubah menjadi air tempias mulut sahaja. 

Kesimpulannya, Nur Misuari dan kumpulan MNLF serpihan lainnya tidak akan bersetuju dengan perjanjian damai MILF, kecuali mungkin mereka dipujuk dengan dilantik menjadi pegawai pemerintah BANGSAMORO AUTONOMI.

Maka apa pula pandangan Tausug dan Kesultanan Sulu Darul Islam?



Bersambung di artikel akan datang.....
  1. mantap...tapi kenapa malaysia tak tuntut filipina bebaskan jer selatan filipina...merdekakan wilayah ARMM...aku rasa kerana duit filipina mst follow cakap malaysia...

  1. This comment has been removed by the author.

Post a Comment