Misuari: It’s a recipe for another big, big war in Mindanao

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, October 18, 2012 0 ulasan

MNLF leader Nur Misuari (sulu.gov.ph photo)



“This framework agreement to me would be a recipe for another big, big war in Mindanao,” Nur Misuari said.

“Cut my throat if Hadji Murad can ensure peace in Mindanao,” Misuari said, referring to Murad Ebrahim, chairman of the MILF, who witnessed the signing of the framework accord in Malacañang Monday with President Aquino and Malaysian Prime Minister Najib Razak.

Misuari, leader of the Moro National Liberation Front (MNLF) that signed a peace agreement with the government in 1996, continued to rant Monday against a new peace accord.
The MILF, he said, is “so unpopular in Mindanao.”

Read more:


Ulasan:

Kenyataan Prof Nur Misuari sebagai pemimpin utama MNLF bahawa Perjanjian Damai yang ditandatangani dua hari lepas antara MILF dengan Manila adalah resipi ke arah satu lagi peperangan besar, bukanlah sekadar ugutan peribadi daripada beliau tapi adalah juga ugutan daripada majoriti penduduk kepulauan Sulu secara keseluruhan.

Reaksi negatif dan konfrontasi dari beliau memang sudah dijangka. Apakah benar Prof Nur Misuari akan lencarkan peperangan sekiranya MILF-Manila masuk mentadbir Kepulauan Sulu yang majoritinya Tausug? Kawasan Mindanao mungkin tiada halangan buat MILF untuk mentadbir kerana di sana majoritinya adalah penyokong dan pendokong MILF sebangsa dan sebahasa Maranao-Maguindanao.

Persoalannya adakah Prof Nur mampu mengangkat senjata sekali lagi? Hal ini perlu diperhalusi dan diberi pertimbangan wajar berdasarkan keadaan persekitaran Sulu samada MNLF masih boleh memberikan pukulan atau sebaliknya. Dalam keadaan tertentu Prof Nur memiliki kelebihan "boleh melawan" sekiranya puak-puak bersenjata sebanyak 5 kumpulan di pulau Jolo dan Basilan menyahut pelawaan beliau memerangi pentadbiran BANGSAMORO AUTONOMY MILF itu. 

Dari segi kelebihan politik, keadaan sekarang boleh dijadikan modal oleh beliau untuk berkempen ke seluruh Sulu dan Mindanao, dengan demikian keyakinan masyarakat akan kembali kepadanya terutamanya sokongan Tausug. Kerana sebelum ini, Tausug di kepulauan Sulu secara keseluruhan melihatnya sebagai pemimpin "ayam mati" yang kalah di meja rundingan 1996, yakni sudah akur dan tunduk kepada kehendak kafir menjadi Filipino. Harapan penduduk Sulu sejak sekian lama ialah KEMERDEKAAN bukan Autonomi tipu dan dusta yang merugikan umat Islam seperti yang berlaku sekarang.

Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik, Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa. Hanya yang perlu beliau fikirkan ialah bagaimana bertahan tanpa sokongan luar. Kerana terang-terang Prof Nur menentang Perjanjian Damai MILF-MANILA sebenarnya turut menentang inisiatif Malaysia sebagai broker kepada termeterainya perjanjian tersebut di atas kertas. Tanpa Malaysia, sokongan dan dokongan luar tidak mungkin sampai kerana laluan segala bantuan masuk menyusup melalui Sabah masuk ke kepulauan Sulu sebagaimana yang berlaku pada perang Moro 1972.


PROF NUR AKAN BEROLEH KEMENANGAN SEKIRANYA....
Sekiranya beliau lebih bijak dengan memanjangkan akal dan fikirnya, beliau akan mengubah taktik yang lebih ampuh dan mengerikan buat Filipina dan MILF malah mungkin Malaysia akan menjadi pucat lesi, iaitu mendokong dan menyokong KESULTANAN SULU DARUL ISLAM atau SSDI yang sekarang semakin mengakar di kepulauan Sulu. Prof Nur bukannya tidak tahu generasi muda yang berjuang dalam SSDI itu sebahagian besar adalah keluarganya sendiri.

Beliau mungkin sudah mencuba mendekati Sultan Fuad dan Sultan Esmail II atau Sultan Jamalul III untuk mengkaji kelebihan sekiranya beliau bergabung dengan SULTAN SULU tersebut, tapi beliau dapati mendekati Sultan Sulu itu tadi tiada manfaat malah membuang masa. Mungkin ini yang berlaku sebelumnya lantaran beliau tidak berminat bersua muka dengan pemimpin SSDI.

Nampaknya dia tersalah nilai dan tersilap tanggapan, perbezaan program Sultan Fuad, Sultan Esmail II, dan Sultan Jamalul III berbanding SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) adalah seperti LANGIT dan BUMI. Kerana Sultan-sultan yang disebut di atas adalah Sultan yang mengangkat diri sendiri tanpa dokongan rakyat, malah mereka didokong oleh Filipina dengan diberi pelbagai bantuan peribadi tidak seperti SSDI yang tidak mahu Filipina campur tangan dalam hal ehwalnya. 

Program SSDI selama hampir 10 tahun yang bermula dari tahun 2005 itu sehingga kini adalah program membentuk NEGARA MERDEKA berasaskan hak Kedaulatan (Sovereignty) Kesultanan Sulu. Yang mana hak tersebut adalah Perpetual (Kekal sampai kiamat) yang dijamin oleh undang-undang Antarabangsa. Nama Kesultanan Sulu bukanlah hanya Sultan semata-mata tapi bersama gerakan rakyat para Datu, Syarif, panglima dan rakyat bawahan dari golongan marhain dengan kempen KEWARGANEGARAAN SENDIRI sebagai identiti terpisah dari Kerajaan Manila.

Sekiranya Allah SWT memberikan pertimbangan berserta hidayah ke dalam hati sanubarinya, pasti beliau menyadari bahawa SSDI adalah jalan terbaik kerana SSDI lah yang didokong oleh moyangnya yang terkenal pahlawan dilaut tanpa tandingan sehingga berjaya selamatkan perang saudara 12 tahun di negeri Brunei iaitu Panglima Ilidji. Dari Panglima Ilidji inilah Borneo Utara (North Borneo) dihadiahkan oleh Sultan Brunei kepada Kesultanan Sulu sebagai tanda terima kasih.

Amat malang, sekiranya beliau sehingga masuk ke liang lahad tetap dengan KERAKYATAN FILIPINOnya. Kerakyatan yang ditentang oleh nenek moyangnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kerana Filipino itu bermaksud "Hamba rakyat kepada King Philip II (Raja Spanyol yang menjajah Filipina Utara)". Semoga Allah SWT memberikannya kefahaman sebagaimana kefahaman nenek moyangnya para syuhada' yang enggan difilipinokan dan kekal mengangkat darjat Kesultanan Sulu sebagai pemerintah DARUL ISLAM SULU.


PENUTUP
Sekiranya Prof Nur menyertai SSDI maka sudah menjadi tanggungjawabnya untuk akur dengan konsep Syurah yakni kesepakatan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW di dalam Rumah Bichara. Patuh kepada Sultan Sulu sebagai Ayahanda tertinggi dan adat kebangsawanan disanjung tinggi sebagai Uruf dalam budaya Tausug.

Mengikut segala dasar SSDI iaitu tidak berseteru dengan negara-negara jiran selama mana mereka mengekalkan hubungan dagang dan diplomatik serta menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Tausug yang berada di negeri mereka. Tiada sengketa dengan Filipina, tiada sengketa dengan Malaysia dan Indonesia, tiada sengketa dengan kaum-kaum lain di Mindanao. Akur kepada keputusan Sultan Sulu melalui Rumah Bichara agar North Borneo (Sabah) kekal dalam Malaysia selama mana Malaysia menjaga hak-hak Sulu dan rakyatnya serta selama mana North Borneo ditadbir oleh orang Islam yang adil dan saksama.

"DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA JUA TEMPAT KITA KEMBALI"

Post a Comment