Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, March 25, 2013 7 ulasan

Justice Secretary Leila de Lima. INQUIRER FILE PHOTO



Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'.

"Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi

Sumber: FB Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia
-----------------------------------------------

ULASAN:

Tembelang Filipina semakin jelas, semakin memperlihatkan keterkaitan pencerobohan jahat KIRAM di Lahad Datu itu dengan agenda Filipina sebagaimana yg kita boleh lihat dalam kenyataan di atas.

Menuntut Sabah bukanlah jalan penyelesaian kerana semua maklum kekuatan hujjah dalam mana-mana pengadilan pun akan tetap dimenangi oleh Malaysia. Apatah lagi De Lima sendiri mengaitkan pencerobohan Kiram di Lahad Datu itu adalah kesinambungan dari Komando Jabidah yang diasaskan oleh Marcos tahun 1968 itu menguatkan lagi bukti Filipina tak akan mampu menuntut Sabah.

Filipina nampaknya memerah otak selama berdekad untuk bagaimana dapat menuntut SABAH dari Malaysia. Satu kerja yang sia-sia dan membuang masa buat Filipina yang semakin miskin dan papa yang sekarang hanya bergantung harap kepada sumbangan kewangan anggota OIC terhadap ARMM (Autonomy  Region Muslim Mindanao) untuk terus hidup mentadbir Filipina. Bayangkan tanpa ARMM negara Filipina mungkin takkan dapat memberikan makanan kepada pekerja kerajaannya di semua sektor.

Jalan terakhirnya ialah bagaimana mendapatkan monopoli minyak Sulu dan Spratley untuk diusahakan agar negaranya dapat pendapatan baru untuk memacu kerajaannya menjadi negara kaya mengatasi negara-negara ASEAN lain. 

Untuk merealisasikannya  Filipina mendapati hanya dengan menggunakan nama SULTANATE OF SULU & North Borneo sahaja sebagai ALAT untuk mendapatkan Sabah itu semula dan sekaligus Basin Minyak Sulu dan Spratley akan lengkap jatuh ke dalam tangannya. Umum mengetahui USA sendiri berada di kepulauan Sulu saat ini atas nama BALIKATAN (latihan bersama tentera Marin Filipina dan Marin USA). Umum mengetahui juga bahawa USA yang tidak pernah puas dengan telaga minyak yang dia rampas dari Timur Tengah itu juga sekarang sedang mencari-cari telaga minyak di tempat lain demi kelangsungan ekonomi dan kuasa ketenteraannya terus bertahan dan kekal sebagai Polis Dunia.

Tun Datu Mustapha menurut Tarsilah Brunei Almarhum masih dari jalur keluarga BANTILAN.


KESULTANAN SULU HARUS MENYATAKAN PENDIRIANNYA

Sangat malang bagi Filipina, mereka tak tahu bahawa kesultanan Sulu yang mereka dakwa sebagai benar dari keluarga KIRAM seperti Jamalul III itu dapat membantunya menuntut Sabah walhal sebaliknya akan bakal memalukan dirinya sendiri. Sejak tahun 60-an sehingga saat ini, Filipina sering dimalukan oleh Malaysia  kerana ketidak tahuan Filipina terhadap apa yang mereka dakwa SABAH sebagai WILAYAH FILIPINA itu.

Filipina ingat mereka boleh tuntut Sabah dari Malaysia begitu mudah. Filipina harus faham masyarakat Suluk di Sabah itu tidak mungkin menyokong Filipina sebagai mana Tun Datu Mustapha menempelak keluarga Kiram yang redha sertai Filipina tahun 1962, yang kemudian Tun Datu Mustapha bertindak drastik membawa Sabah masuk ke persekutuan Malaysia. Sebab itu sehingga kini keluarga Tun Datu Mustapha masih berseteru dengan keluarga Kiram disebabkan Isu Sabah sertai Persekutuan Malaysia 16 Sept. 1963.

Bagi Tun Datu Mustapha, sekiranya KIRAM berusaha mentadbir sendiri Sulu tanpa Filipina, yakni memunculkan semula institusi Kesultanan Sulu berdaulat dengan menghalau Filipina keluar dari wilayah Sulu maka tiada masalah bagi Tun Mustapha untuk bersahabat atau sertai Sulu. Walau pun begitu bagi Tun Mustapha, beliau lebih layak menjadi Sultan Sulu berbanding keluarga KIRAM yang sudah lama ditolak oleh Tausug para Datu dan Syarif. Perlulah digaris bawahi bahawa Tun Datu Mustapha telah disenaraikan oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam dalam salasilah Kesultanan Sulu sebagai dari keluarga SULTAN BANTILAN I. Maka Tun Datu Mustapha masih dari jalur Bantilan yang secara protokol lebih layak diangkat oleh para Datu dan Syarif memegang tampuk Kesultanan Sulu.

Filipina tidak boleh menafikan Tun Datu Mustapha kerana Tun lebih layak berbanding keluarga KIRAM. Malah sekiranya Tun Datu Mustapha berkempen kepada keluarga Datu dan Syarif Sulu untuk sertai memasukkan wilayah SULU ke Persekutuan Malaysia, nescaya boleh sahaja berlaku atas beberapa kondisi.

Keluarga Tun Datu Mustapha dah diakui sebagai Keluarga Sultan Bantilan I yang lebih afdhal berbanding KIRAM dalam protokol kesultanan Sulu. Pusat Sejarah Brunei telah mengakuinya sebagaimana yg tertera dalam TARSILAH BRUNEI I & II susunan Pehin Dato' Muhammad Jamil Assufri.

Dalam beberapa kondisi, Keluarga Tun Datu Mustapha harus bekerjasama dengan SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) di Jolo, Sulu agar Sabah Kekal BERADA DALAM TANGAN MALAYSIA. Hal ini harus ada dokongan dari SABAHAN (Suluk, Bajau, Iranun, Kadazan-Dusun-Murut, Sungai, Idaan, Bugis dll) membuat satu referendum untuk SABAH kekal dalam Malaysia atas persetujuan SSDI sendiri, yakni dalam masa yang sama segala selera Filipina menuntut Sabah akan ternafi.

SSDI yang dipimpin Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan beberapa kondisi yang dipersetujui bersama keluarga Tun Datu Mustapha bersama SABAHAN, tidak mengiktiraf FILIPINA sebagai PEMILIK KEPULAUAN SULU agar ternafi tuntutannya terhadap SABAH. Satu kerja gila kepada satu negara kristian seperti Filipina mengakui Sulu yang majoriti Muslim sebagai wilayahnya, walhal jelas Muslimin Sulu masih tidak dapat dia tundukkan sehingga saat ini.

WASSALAM
  1. As Salam,

    Sekiranya Filipina mahu mengambil Sabah, dia perlu berhadapan dengan 'bulan' dan 'bintang', bukannya 'pelita minyak gas' (Kiram). Sabah akan selamanya milik Malaysia, dan sejak dahulu lagi rakyat Sabah telah bersetuju untuk masuk ke dalam Persekutuan Malaysia. Jika mereka mahu mengambil Sabah (mungkin demi Gospel Kristian?) pasti seluruh Rakyat akan menentangnya.

  1. Tak kisa la pilipina ka malaysia ka tapi mengapa kaum suluk di angap pencerobo da tanya ic di tudu pencerobo lau nak cek ic pasport cek je la kaarin macik aku di tahan da dia di bebaskan ic pula yg di tahan terpaksa pata balik ke balai polis ambil ic haizzzzzzz. Just for share

  1. Semakin menarik untuk disimak sengketa ini. Saya sebagai puak Melayu, berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat, tinggal di Jakarta, mengikuti terus masalah ini...

  1. lihatlah bagaimana orang Melayu saling berebut warisan. Saya rasa harus dipulangkan kepada orang Sulu sendiri.Orang Sulu yang kini terpecah secara geografis dan pemerintahan harus memilih, mana yang lebih leluasa, masuk semuanya dalam Kerajaan Malaysia, Republik Filiphina, atau berdiri sendiri. Kekayaan alam wilayah Sulu menjadi rebutan, namun orang Sulu yang terkenal pemberani itu harus ingat, jangan menjadi ayam yang mati di lumbung padi.Kalau memang Malaysia masih membayar uang sewa kepada pihak Kesultanan Sulu, berarti tanah Sulu masih sah milik rakyat Sulu. Dan Malaysia harus mau mendengarkan hasil referandum. Jika mereka memilih Malaysia, Filiphina juga harus legawa. tapi jika mereka berdiri sendiri, hormati keputusan mereka. Jangan gara2x cadangan besar minyak dan gas di kepulauan Sulu dan Sabah, kita menumpahkan darah anak2x Melayu hanya demi kepentingan politik pemerintah Malaysia, Filiphina, maupun pihak asing (US dan UK yang sering membeli hak eksplorasi blok minyak dan gas. Salam damai.

  1. salam ummat melayu
    salam umat bajau tausug
    salam seluruh ummat manusia

    Inilah bahana sebuah alkisah maharaja yang tiada bertakhta. Tiada rakyat diperintahkannya. Maka sekian lamanyalah, ia berduka lara nestapa. Lantaran bergelombanganlah jiwa jahat menghendaki daulat fantasinya. Walaupun ia sedar bahawa tindakannya itu amat bertentangan dengan sunnahtullah. Tidak di indahnya walaupun mencincang bibit zuriat jajahannya. Namun padanya nasihat pastor lagi afdal daripada sedarah daging.

    Wahai bangsaku... bajausuluk yang lembut tutur kata dalam nada kasar dimaknai sunnattullah. Adat timur serta leluhur budi perkerti bangsamu...Saya tegaskan padamu.... kitalah bangsa yang pernah mewarnai bangsa lautan purbakala di sammutdra nusantara, dijambat hamparan pepasir, lelumpur kayu bakau, ditimur yang dijanjikan. Namun kini kamu sudah gagal meneropong, menDNA keluhuran susilah bangsa.

    Wahai bangsaku bajausuluk,... alam semulajadi tanah lautan kita sehening- bening mentari menyesing seawal pagi, sepatutnya budi perlakuan serta tindakan kita di dasari cerminan alam semulajadi indah permai. Namun seolah terlihat ketidak tangkasan kita bermain berhelai ketawa digelodak lumpur budaya dajjal yang telah para dajjal renjiskan.

    Wahai bangsaku bajausuluk.....kita adalah bangsa yang hebat, tiada serumpun kita boleh hidup melalui hikayat riwayat yang amat panjang tidur kekeringan dan bangun kekontangan, dalam gelodak bernanah fahaman dajjalis. Namun ini semua kita lalui.

    Seperkara setulus jiwaku.....terluah dari kalbuku.....bersatulah...bersatu membebas diri, dari apa2 anasir pencincang silaturrahim perkerti budi.

    salam akhir mula
    dari
    Hang@Pang@Tidak berlima berseorangan@Laksamana Allihoo
    DisallangTimbangLautan,Sammut-draa bernusa antara.
    Di atas Teratak PralkangParau,AdjungBahthera,Sampan.

  1. Sepertinya kita tela lama memderita muslim mindanao tela lama de ketahui ole dunia bahawa merika adala perang agama justru jgn la kita berperang sesama islam sejara mengatakan sabah perna di takluki ole sultan sulu kita tidak kisa walaupun sabah masuk malaysia tapi yg kita kisah sangat mengapa kaum suluk harus di ketepikan dari sabah merika adala prebumi sabah tapi tak apa la allah lebih mengatui segalanya maka jom kita berdoa kepada allah semoga kita akan di jadikan bala tentera imam mahdi walla hualam jgn sombong pada allah justru kita berdoa je kepadanya :)

  1. Saya bangsa suluk no comen dlm hal nie tpi apapun kita tunggu imam mahdi tuk mengadilinya

Post a Comment