LAPORAN PERARAKAN 21 MAC 2013 DI BANDAR JOLO, SULU DARUL ISLAM

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, March 21, 2013 1 ulasan


Gambar hiasan file lama perarakan SSDI




Hari ini 21 Mac 2013 akan diadakan perhimpunaan RIBUAN TAUSUG akan membanjiri Jolo yang datang dari pelusuk kepulauan Sulu. beberapa pengaku Sultan Sulu akan turut hadir membawa penyokong masing-masing antaranya ialah Sultan Muidzullail T Kiram, Sultan Paramount Bahjin dan Sultan Bantilan II.

Ini adalah kenyataan para profesional Tausug untuk mendokong perarakan RIBUAN UMAT TAUSUG ini.  SSDI dan pemimpin utamanya Sultan Bantilan II turut dijemput oleh Komiti dalam perhimpunan ini untuk menyampaikan pandangannya terhadap Isu pencerobohan di Sabah oleh Militia Kiram dan mengemukakan penjelasannya terhadap konteks PAJAKAN North Borneo berdasarkan sejarah. Maka dengan itu Sultan Bantilan setuju hadir dengan beberapa kondisi bahawa bendera kesultanan yang dibawa ialah bendera SSDI. Maknanya bendera rasmi perarakan ini menggunakan bendera merah SSDI sebagai simbol kedaulatan KESULTANAN SULU. Berikut ialah kenyataan dan tujuan komiti profesional mengadakan majlis perarakan.


MAJLIS BANGSA SUG "WALK FOR A CAUSE"

Assalamu Alykum.

The Majlis Bangsa Sug has convened many times on matters concerning Sabah dispute between the Malaysian Government and the Sulu Sultanate, and the saddening plight of the civilian Tausugs and other tribes in the state of Sabah, Tawi-Tawi, Sulu, and other provinces in the Southern Philippines.

In consonance with the UN call to stop violence and Human Rights violation in Sabah, and in cognizance of the U.S. President call to recognize the legitimacy of both proprietary and sovereign rights of the Sultanate of Sulu over Sabah, the Majlis Bangsa Sug hereby invite you and your students (murid), employees or supporters to join us in our "Walk for a Cause" and Prayer Rally on March 21, 2013, 8:00 o'clock in the morning at Indanan Complex, Indanan, Sulu.

We anticipate your support and prayer for our fellow Bangsa Sug (Ra'ayat of Sulu Sultanate). Thus, we highly appreciate your presence on this important gathering. For more information, please contact the convenor at mobile number 09274968171.

May Allahu Ta'ala shower his blessings and forgiveness upon us all.

(Sgnd)
DR. HANNBAL BARA, PROF. SAHIE S. UDJAH, ADZFAR USMAN, ABIJAR SALAHUDDIN, USTADZ YAHIYA ABDULLAH, convenors.

Shared by Dr. Raden Ikbala


---------------------------------------------------------------------------


JAWAPAN dari laporan TGM

Laporan Dari perararakn di Jolo Sulu Darul Islam....

Sultan Bantilan II bersama para pengikutnya para Datu dan Syarif, Panglima dan Paduka telah diminta hadir oleh kumpulan Professional dalam perararakan tersebut yg baru sahaja selesai petang tadi. Tujuan perarakan pada awalnya diberitahu adalah untuk menandakan bersatunya rakyat dibawa Kesultanan Sulu.

Pada awalnya ramai Sultan-sultan dijemput antaranya Muidzullail T Kiram, Paramount Bahjin, Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dan beberapa wakil ahli politik Tausug Pinoy termasuklah wakil dari Gobernor Shakur Tan. Disaat-saat akhir Datu Muidzullail T Kiram yang juga pengaku Sultan Sulu & North Borneo telah tarik diri dari program tersebut tanpa memberitahu alasannya.

Ketika bermulanya program itu Sultan Bantilan II berasakan ada muslihat dan tipu helah. Sultan Bantilan II dan beberapa menteri utamanya membuat keputusan untuk hanya menghantar wakil sahaja tanpa kehadiran Baginda. Kemudian tekaan semakin jelas benarnya bahawa SSDI diperangkap oleh Filipino professional rupa-rupanya program tersebut dibuat untuk MENYOKONG PENCEROBOHAN KIRAM si SULTAN FILIPINO itu. Silih berganti ucapan dari pelbagai pihak di atas pentas yang mana majoriti para hadirin adalah dari rakyat SSDI dengan panji merah mereka dikibarkan tanda dokongan kepada PERPADUAN.

Sehingga selesai program bersurai, Sultan Bantilan II sendiri dikatakan tidak hadir dalam majlis itu kerana dapat mengesan muslihat lebih awal. Ketika kami hubungi Menteri Luar SSDI yang sekarang sedang berada di Jolo, Datu Habib Zakaria Abdullah, beliau menyatakan bahawa Sultan Bantilan II murka dengan perbuatan tipu muslihat KIRAM itu. Baginda mengarahkan penyokong dan pendokongnya agar berhati hati dari ditemuramah wartawan upahan yang sedang berlegar meminta soal-jawab dokongan kepada gerakan Kiram menceroboh Sabah. 

Menurut ketua Tentera RTAF (Royal Tausug Arm Force) SSDI, Datu Komander Sharif Tining menyatakan bahawa wakil SSDI tidak turunkan tandatangan malah mengoyak kertas borang yang telah diminta untuk wakil SSDI isi sebagai tanda sokongan. Ternyata SSDI diperangkap untuk membawa bendera ke majlis itu kerana hanya SSDI yang punya ramai penyokong sehingga perarakan dipenuhi oleh kumpulan rakyat SSDI. Kiram sebenarnya tiada rakyat di Jolo, Sulu Darul Islam yang ada secara majoriti ialah rakyat SSDI Sultan Bantilan II. 

Menurut Menteri Luar, Sultan Bantilan II akan keluarkan surat bantahan terhadap manipulasi KIRAM terhadap bendera SSDI dalam majlis tersebut seolah-olah SSDI mendokong kerja khianat KIRAM ceroboh SABAH.

Insyaa Allah dalam masa terdekat Surat Bantahan Sultan Bantilan II akan dihantar kepada komiti penganjur program tidak bertanggungjawab itu dan meminta ia disebarkan dalam blog dan surat khabar Malaysia dan Indonesia.

Semoga Allah swt selamatkan UMMAH dari tipu daya PENDUSTA dan PENCEROBOH Kiram dan ayahnya FILIPINA yang pastinya bukan sahaja Tausug yang cintakan keamanan melaknat mereka malah ALLAH SWT telah pun menghina para pendusta atas nama SULTAN SULU buat selama-lamanya.

sekian terima kasih,

"YANG BERKHIDMAT UNTUK DARUL ISLAM"

DZULASREE H.
Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI.



  1. As-Salam

    Muslihat ini pernah digunakan oleh Gabenor dan Residen British dalam menjajah negeri-negeri di Malaysia. Sultan-sultan ditipu untuk menandatangani surat agar British mengambil segala hasil mahsul tanah Melayu. Ada juga sultan yang diugut dan dipujuk rayu.

    Si Kiram ini begitu licik, tak disangka. Tapi yang Mulia Sultan Bantilan dipelihara Allah hendaknya.

    Sester,
    Malaysia

Post a Comment