SEMINAR PENCERAHAN: PUNCA & PENYELESAIAN PENCEROBOHAN DI SABAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, March 6, 2013 10 ulasan


ULASAN:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu...

Setelah hampir sejam berbincang dengan Puan Sabariah Abdullah petang kelmarin di pejabat Saba Islamic Media Sdn Bhd, maka beliau mengambil keputusan untuk membantu menyelamatkan keadaan dengan menganjurkan mini seminar di ruang IIS supaya para NGO dan mereka yang mencintai keamanan mendapat pencerahan.

Kerajaan dan rakyat Malaysia wajib diberikan pencerahan bagaimana konflik Sulu bermula semenjak zaman kolonialis sehingga selepas perang dunia ke II, konflik Sulu dengan Filipina yang kemudian membawa kepada pencerobohan sebilangan kecil pengaku Tentera Diraja Sulu KIRAM ke Sabah. 

Dalam seminar mini ini saya selaku penceramah akan cuba memberikan pencerahan sebaik mungkin untuk membantu meleraikan permasalahan ke arah satu tindakan "menang-menang" kepada umat Islam Sulu dan umat Islam Malaysia. Sangat jelas, kesengsaraan umat Islam Sulu yang sejarah perangnya lebih panjang dan lebih berdarah dari PALESTIN itu telah pun ditunggangi oleh anasir luar.

Oleh yang demikian, saya akan membentangkan juga beberapa analisis siapa sebenarnya yang MENUNGGANGI sebilangan kecil masyarakat Sulu ini. 

Antara tajuk yang akan dibahas ialah:


  • Sejarah Peperangan Sulu dengan Spanyol secara ringkas.
  • Pemilikan Sabah dari Brunei kepada Sulu, kemudian kepada Inggeris secara Pajak dan disambung oleh Malaysia.
  • Benarkah wilayah Sulu itu berjaya menjadi wilayah Filipino? Apakah akibatnya kalau pengaku Sultan Sulu itu menjadi Filipino?
  • Menjelaskan secara ringkas tentang sejarah MNLF, MILF dan Abu Sayyaf serta peranan Tun Datu Mustapha membantu saudara seagamanya di Sulu mempertahankan diri dari serangan Filipina tahun 1972.
  • Perseteruan Keluarga Kiram dengan Tun Datu Mustapha sebelum North Borneo sertai Persekutuan Malaysia 16 September 1963.

Juga akan membahas, bagaimana cara kenaikan Sultan Sulu yang sah di masa akan datang yang diangkat Rakyat Jelata Sulu akan menjadikan SABAH itu menjadi KEKAL berada dalam tangan MALAYSIA sampai kiamat. Satu rahsia yang tidak pernah diketahui oleh sejarahwan kita hari ini bahawa dengan mematuhi perjanjian pajakan 1878 itu, Sabah akan kekal ditangan PEMAJAK buat selama-lamanya selama mana PEMAJAK itu mematuhi konteks SYARAT "SELAMA ADA BULAN DAN BINTANG NORTH BORNEO ITU KEKAL SEBAGAI PAJAK. Maka Bulan dan Bintang ini akan dibahas secara mudah difahami sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Sulu.

Kaedah Bulan dan Bintang sebenarnya akan memerangkap KIRAM.

Jumpa di hari seminar, Wassalam.


  1. Boleh ceritakan sekali bangsa Iranun dan Tausug? atau yang disalah ertikan dengan istilah Lanun?

  1. Iranun adalah salah satu dari Suku gunung di Mindanao yg menyerupai DAYAK borneo... mereka menjadi tentera Laut Sulu ketika dulu bekerja untuk kesultanan Sulu... Iranun dalam bahasa Sulu disebut ILANUN... keranan Lidah Sulu sukar menyebut R... akan menjadi L....

    Sesetengah kes... orang Iranun sendiri menyebut kaum mereka dengan panggilan TAW LANEN bermaksud ORANG LANUN....

  1. saya tidak tahu situasi di Filipina, apakah kerajaan di sana masih memerangi umat Islam?

    Jika tidak, turunkanlah senjata. Dan utamakanlah ilmu agama bagi membimbing hidup, juga ilmu dunia bagi menyenangkan hidup.


  1. Kebetulan Tragedi Lahat Datu, maka lebih popular Bangsa Melayu di seluroh dunia sekarang.

    Saya sentiasa perihatin agar satu nokhtah akan bertemu nanti diatas daya usaha kedamaian dari keikhlasan tuan tuan.

  1. Petahankan sabah daripada Filipina darul kuffar itu. Jangan biarkan satu lagi wilahyah kerajaan umat islam jatuh. Dahlah Islam bukan majoriti di Sabah. Jika Sabah dirampas oleh Filipina. Makin Pupuslah islam di Wilayah borneo. Berjuanglah demi Allah dan Rasulnya! Allahuakbar!!

  1. salam umat melayu
    salam khas tuan empunya blog

    Saya Madkaya b abdul gapul. Saya gagal menghubungi tuan. Teringin mengikuti mini seminar yang tuan adakan. Apa perlukah saya mendaftar?. Andai perlu, adakah memadai sekiranya saya hanya memberi tahu kehadiran saya melalui ruang komen. Terima kasih


  1. Oh, di Setiawangsa Kuala Lumpur. agak jauh dari terengganu

    Saya harap ada media tempatan yang akan membuat liputan dan berkongsi pencerahan kepada yang tidak dapat pergi.

    -Sester

    Terengganu Malaysia

  1. Wahai umat islam di asia ini jangan lah kamu beprang sesama sendiri padahal kamu adalah org muslim..ini bukan ajaran nabi kita...tu israil patut di serang...kesian palestin

  1. esok ni kn...mcm mo p. tpi tmpt tu not sure d mn.

  1. Nampak sngt mat suluk ni dgn hidden agenda dia....

Post a Comment