Islamisasi Di Philippines: Kerja Keras Yang Berterusan

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, August 22, 2010 0 ulasan


Hari ini umat Kristian Filipina sudah mula memahami Islam dan berbondong-bondong masuk Islam samada di tangan para pendakwah luar atau dari pendakwah dalam Filipina sendiri. Adalah amat sukar bagi Padri-padri mengkristiankan mana-mana Muslimin Sulu atau Mindanao hari ini. Para Padri berkerja keras mengkristiankan Muslimin Sulu dan Mindanao tanpa menyedari umat Islam telah melakukan perkara yang sama di Utara Filipina, iaitu MENGISLAMKAN Visaya dan Tagalog tanpa henti.

Sebenarnya patut ada para ustaz Tausug dari kepulauan Sulu membuat dakwah susulan kepada Visaya-Tagalog yang telah berjaya diislamkan itu, iaitu menjalankan kelas-kelas susulan,
  • Kelas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah,
  • Kelas pemahaman sejarah bahawa Tagalog-Visaya nenek moyang mereka berasal dari kepulauan Sulu.
Tagalog-Visaya sebenarnya hingga hari ini risau atau takut berhadapan dengan Sulug dari Sulu hinggakan kalau mereka terdengar ada "Tausug" atau "Joloano" datang ke kampung mereka menjadikan keadaan kampung seperti terkena serangan wabak "Selsema babi" lagaknya. Hari ini Tagalog-Visaya yang sudah berjaya diislamkan berasa rendah diri bila berada di hadapan Tausug adalah kerana faktor sejarah. Untuk menghilangkan rasa rendah diri mereka umat Islam Sulu perlu memberikan mereka penjelasan dan bimbingan bahawa mereka walau pun Tagalog atau Visaya adalah juga berasal dari kepulauan Sulu, dengan demikian mereka berasa bangga dan menaikkan moral mereka seterusnya dapat membantu merealisasikan "Kembalikan Kemerdekaan Sulu" ke asalnya. Tagalog dan Visaya perlu diserap menjadi TAUSUG semula sebagaimana dahulu kala, Tausug bukannya hak istimewa orang-orang Sulug @ Suluk @ Solok di kepulauan Sulu sahaja, ianya hak KESELURUHAN KEPULAUAN SULU (termasuk Filipina Tengah dan Utara), serta umat Islam Nusantara sekaligus.

Beberapa tahun lalu, ketika UTC di Sulu memulakan gerakan pendaftaran Tausug menjadi rakyat Kesultanan Sulu, beratus-ratus bangsa Visaya dari Tengah Filipina masuk mendaftar dan masuk Islam semata-mata mahu menjadi "Tausug". Malah ketika rombongan "pendaftaran" UTC sampai di Lahad Datu, Sabah, para pekerja Visaya Filipina lebih 300 orang mendaftar menjadi "Tausug" telah menjadi kejutan kepada Tausug sendiri yang "enggan" mendaftarkan diri. Nampaknya mereka mahukan Islam setelah menyedari nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Sulu. Dakwah umat Islam kepada Tagalog-Visaya perlu diubah dengan teknik menjadikan mereka TAUSUG semula adalah kerana kebanggaan mereka sekiranya menjadi TAUSUG telah lama tersemat dalam jiwa raga mereka. Sebab itu mengapa orang Tagalog-Visaya di Tengah dan Utara Filipina sangat berhati-hati bercakap dengan anda sekiranya anda diketahui berketurunan Tausug dari Jolo, Sulu.

Nama Tausug atau Sulug @ Suluk @ Solok mempunyai aura tersendiri yang anda dapat rasa sekiranya dapat bergaul dengan orang-orang Sulug yang berasal dari Kepulauan Sulu dan anda akan dapati diri anda lama kelamaan akan diresapi aura Tausug. Sifat dan sikap anda berubah, cara anda bercakap dan bergaul juga turut berubah, anda berubah dan terus berubah menjadi Sulug. Malangnya anda akan menjadi Sulug yang dayus dan bodoh sekiranya anda tersalah pergaulan dengan menyertai Sulug penagih dadah, gila perempuan dan kuasa, iaitu tanpa ada perjuangan dalam hidup sebagai Islam, yang ada hanya berjuang "untuk mendapatkan makanan" tidak ubah seperti kambing dan lembu "hidup hanya untuk makan" kemudian mati (disembelih?).


Kehidupan umat Islam hari ini tidak ubah seperti kambing yang makan dengan bebas tetapi batang leher terikat yang kemudian hari disembelih. Itulah hakikat kehidupan Muslimin hari ini berasa diri aman dan "merdeka" tetapi hakikatnya batang leher mereka "diikat" oleh Bank-Riba dan sistem pemerintahan negara yang juga berasakan Bank-Riba. Rumah, kereta, tanah dan sebagainya adalah milik Bank samada ia sewa beli atau di cagarkan sebagai sandaran pinjaman Bank. Demikianlah juga yang melanda umat Tausug di Kepulauan Sulu, terikat dengan sistem Filipina, mereka tidak akan berubah sehinggalah mereka sendiri bertindak "bersatu" mengubah keadaan mereka iaitu dengan kembali memerdekakan Sulu.


Asreesulu

Post a Comment