Ramadhan Al-Mubarak: Makanan Sulug Mengubat Kerinduan Kampung & pendedahan beberapa istilah Sulug (edited)
Walau pun kuih muih banyak persamaan dengan kuih muih Melayu tetapi beberapa jenis kuih rasanya berbeza. Beberapa jenis kuih Sulug yang tidak di temui di Malaysia dan Indonesia ialah Patulakan dan Biyanban dan beberapa jenis kuih lagi berasaskan "ubi kayu" (singkong).
Salah satu kuih yang mempunyai rupa bentuk sama dengan karipap di Malaysia ialah yang Sulug namakan Pastel. Pastel biasanya diisi dengan meehun goreng bawang putih. Dimakan dengan memasukkan kuah bawang putih berendam cuka, ia sungguh lazat yang kelazatannya akan senantiasa teringat-ingat. Indonesia juga menyebut karipap dengan Pastel, sama dengan sebutan Sulug.
Dalam video di atas terdapat perkataan,
- Baha', bermaksud banjir atau air bah.
- Siyuruh, bermaksud bubur kacang atau bubur pulut. Kata asal Siyuruh ialah Siyudu atau "di sudu".
- Satti, sebutan Sulug bagi sate.
- Panyam, sebutan bagi Penyalam.
- Ja, sebutan bagi kuih Jala.
- Baulo, sebutan bagi Bahulu.
- Putan, kata asalnya ialah pulutan, sebutan bagi pulut.
- Sindul, sebutan bagi cendol.
- Kaka'un, bermaksud makanan.
- Ka'unun, bermaksud nasi.
- Naka'un, bermaksud telah dimakan.
- Kiya'un, bermaksud sedang dimakan.
Gamai atau rumpai laut manik adalah makanan tradisi Sulug yang kaya dengan zat Iodin. Gamai biasanya digaul bersama mangga muda cincang dimakan bersama Piyutu atau Siyanglag (dibuat dari ubi kayu @ singkong).
Agar-agar laut @ rumput laut turut menjadi makanan kegemaran Sulug.
Antara makanan kegemaran Sulug ialah memakan gamat secara mentah. Ia dihiris kecil-kecil kemudian digaul dengan limau dan mangga muda cincang kemudian dimakan bersama Siyanglag atau Piyutu (dibuat dari ubi kayu @ singkong). Memakan gamat secara mentah adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.
Piyutu @ Putu, dibuat dari ubi kayu yang dimasak secara kukus. Ditabur sedikit kelapa parut menambahlazatkan lagi Piyutu. Memakan putu menyebabkan si pemakannya masih berasa kenyang sehari suntuk dengan hanya sekali makan. Putu sekiranya dijemur beberapa hari boleh dijadikan peluru Meriam Lantaka @ Lela. Ketika melawan Spanyol dulu Sulug menggunakan putu sebagai peluru meriam sekiranya kehabisan bekalan peluru. Sekiranya anda kebal dengan peluru besi atau tembaga tetapi tidak bagi "peluru piyutu" Sulug. Lupakan sahaja ilmu kebal anda.
Agar-agar laut @ rumput laut turut menjadi makanan kegemaran Sulug.
Antara makanan kegemaran Sulug ialah memakan gamat secara mentah. Ia dihiris kecil-kecil kemudian digaul dengan limau dan mangga muda cincang kemudian dimakan bersama Siyanglag atau Piyutu (dibuat dari ubi kayu @ singkong). Memakan gamat secara mentah adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.
Piyutu @ Putu, dibuat dari ubi kayu yang dimasak secara kukus. Ditabur sedikit kelapa parut menambahlazatkan lagi Piyutu. Memakan putu menyebabkan si pemakannya masih berasa kenyang sehari suntuk dengan hanya sekali makan. Putu sekiranya dijemur beberapa hari boleh dijadikan peluru Meriam Lantaka @ Lela. Ketika melawan Spanyol dulu Sulug menggunakan putu sebagai peluru meriam sekiranya kehabisan bekalan peluru. Sekiranya anda kebal dengan peluru besi atau tembaga tetapi tidak bagi "peluru piyutu" Sulug. Lupakan sahaja ilmu kebal anda.
Dalam video di atas terdapat telur penyu dan telur ayam. Sulug menyebut telur dengan Itlug @ Itlog. Kalau kita perhatikan ia seperti sebutan Bahasa Melayu Kedah "Teloq" menjadi itlog. Perkataan Sulug banyak terkandung bahasa yang mirip dengan sebutan Kedah sebagai contoh,
- Nyioq (Nyiur), dalam Bahasa Sulug disebut "Nyiug" bagi pokok kelapa.
- Bara, disebut "Baga".
- Beras, disebut "Bugas".
- Rimba, disebut "Gimba".
- Berat, disebut "Bugat".
- Suria, disebut "Suga".
- Barat, disebut "Bagat" (ha bagat bermaksud di sebelah barat).
- Para-para disebut "Paga-paga".
- Layar disebut "Layag".
- Ratus disebut "Gatus"
- Hang dalam bahasa Kedah merujuk kepada kata nama, dalam bahasa Sulug Hang digunakan sebagai kata nisbah sebagai contoh Hang dupa (sedepa), hang ka tao (seorang), Hang gatus (seratus), Hang ka dan (sejalan), Hang ka batak (sekumpulan), Hang ka butuk (seikat), Hang ka lupa (serupa) dll.
- Malaka, bermaksud cantik, menawan, jelita. Kata asal nama Negeri Melaka hari ini.
- Dohol @ Duhul, bermaksud hujung. Kata asal bagi nama negeri Johor hari ini.
- Kadtuha @ Kataha, bermaksud "pergi ke sana" membawa makna destinasi. Kata asal bagi negeri Kedah hari ini.
- Langka Suka, bermaksud "yang disukai dan dimanjakan" gabungan bahasa Sulug dan Sanskrit. Kata asal bagi kerajaan awal Langkasuka.
- Siam, bermaksud sembilan. Kata asal bagi kerajaan Siam.
- Jambi (di Sumatra), bermaksud tukar (barter), kata asal dalam bahasa Sulug ialah Chambi @ Sambi. Kata asal kerajaan Melayu Jambi yang menjadi pusat perdagangan abad ke-7.
- Palembang (di Sumatra), bermaksud "berpasangan". Kata asal penempatan Sri Vijaya di Sumatra sebelum hijrah ke Malaka.
- Riau, bermaksud "jernih" kata asalnya Rihau @ Lihau. Hari ini dikenali sebagai Kepulauan Riau.
- Telengngannu (bahasa orang Laut), bermaksud "engkau terdengar" yang hari ini dikenali sebagai Negeri Terengganu.
- Palahang (bahasa Orang Laut), bermaksud "biawak". Sulug menyebutnya Pahang (kerana kebiasaan menghilangkan konsonan L), inilah asal-usul nama Negeri Pahang.
- Dungun (di Terengganu dan Kepulauan Sulu), bermaksud "tempat berlabuh" segala kapal. Dalam bahasa Sulug Dung bermaksud "haluan", ia ditambah "un" menjadi Dung-un bermaksud "tempat tujuan segala haluan". Di kepulauan Sulu ada 3 tempat yang dinamakan Dungun selain di Terengganu.
- Marang (di Terengganu), bermaksud buah Marang (Tarap). Menurut tradisi lisan Sulug buah Marang dari kepulauan Sulu telah pernah dibawa ke Terengganu. Buah Marang hanya tumbuh di kepulauan Sulu, ia sedap dimakan dengan isi yang lembut dan manis.
- Budma, bermaksud pergunungan. Kata asal bagi Negara Burma yang pernah dihuni oleh Sulug ketika dulu. Ia sama dengan sebutan Taguimaha @ Taguima bermaksud Tau Gimba (orang yang menghuni hutan).
- Linggi, bermaksud memancing. Kata asal sungai Linggi di negeri Sembilan, kerana ketika dulu sepanjang Sungai Linggi pernah dihuni oleh Sulug.
- Langkawi, bermaksud yang dimanjakan. Sulug menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat persinggahan dan dinamakan Langkawi kerana tempatnya yang indah dan menarik yang patut dimanjakan. Langka bermaksud manja.
- Minangkabau, bermaksud menang dalam pertandingan tanduk kerbau. Ketika Pahlawan Sulug bernama Panglima Ilidji beradu kerbau dengan orang Batak di satu tempat yang luas dinamakan Padang di Sumatra ketika dulu, Panglima Ilidji berjaya memenangi pertandingan tersebut mengalahkan Batak. Kemenangan tersebut menyebabkan Sulug berjaya mendapatkan wilayah Padang sehingga ke Bukit Tinggi. Batak yang kalah terpaksa memberi ruang kepada Sulug membina penempatan di sekitar Padang. Masyarakat Sulug berasimilasi dengan Batak mewujudkan masyarakat Padang, Pagar Ruyung dan Minangkabau. Maka tidak hairanlah mengapa Masyarakat Minang di Padang masih mengaku sebagai "Kami orang Solok". Sebilangan masyarakat Minang ikut belayar bersama Sulug ke Melaka menyusur Sungai Linggi sehingga sampai ke ulu sungai dan tinggal di sana. Penempatan Minang hari ini masih wujud yang dinamakan Negeri Sembilan. Peristiwa tanduk kerbau berlaku dianggarkan kira-kira antara abad ke-5 hingga ke-7 Masihi.
- Padang, bermaksud lalang. Sulug menyebutnya "Parang" yang kemudian Bahasa Melayu mengambilnya sebagai nama kepada "kawasan lapang ditumbuhi rumput @ lalang". Inilah kata asal daerah Padang di Sumatra Indonesia hari ini.
- Batak, bermaksud "kumpulan" atau kelompok. Kemungkinan besar Bangsa Batak mempunyai nama lain sebelum Sulug menamakan mereka Batak. Penjenamaan semula ini sebagai contoh berlaku kepada Tausug di Jolo, Sulu apabila Spanyol memanggil Moro. Istilah Moro hampir-hampir menghilangkan identiti Sulug @ Tausug di Kepulauan Sulu menjadi bangsa Moro. Sekiranya Sulug membiarkan penggelaran Moro lambat laun mereka akan menjadi betul-betul Bangsa Moro sebagaimana nama Batak (Orang Gunung) dan Melayu (Orang Samal Laut) berdasarkan panggilan oleh Sulug. Terdapat istilah lain yang sinonim dengan batak dalam bahasa Sulug iaitu Butuk (ikatan), Bata' (pengikut @ suruhan), Bata'-bata' (anak kecil @ budak-budak).
- Malayu, bermaksud di lokasi atau destinasi jauh. Kata dasarnya Layu (jauh) dalam bahasa Sulug, penambahan Ma (kata sifat @ keadaan) menjadikan Malayu sebagai destinasi yang jauh. Sulug menyebut Malaggu' (keadaan besar), Madayaw (keadaan bagus), Masarap (rasa yang sedap) Malingkat (keadaan yang cantik) dll. Orang Laut yang membantu Sulug berniaga (Banyyaga') membawa barang dagangan ke China sehingga ke Laut Meditranian telah dipanggil Malayu oleh Sulug kerana sifat mereka yang rajin bekerja membawa barang dagangan ke tempat-tempat jauh ke serata dunia.
- Tambunan (di Sabah), bermaksud "ditimbus". Nama Tambunan juga terdapat di Pulau Basilan yang juga bermaksud ditimbus. Batu bata yang disusun atau timbunan tanah digunakan untuk membuat bangunan atau kota pertahanan.
- Suluwesi @ Sulu-Basi', bermaksud lokasi tempat Sulug melombong besi. Tradisi lisan Sulug menyatakan bahawa negeri terdapatnya "Pantan Basi" (Serambi Besi) ialah yang kita kenali sebagai Sulawesi di Indonesia hari ini. Sulug mengambil bangsa Dayak di Kalimantan dan Bangsa Nuu Waar dari Irian Jaya/Papua sebagai pekerja melombong dan melebur besi. Penggabungan ini akhirnya mewujudkan bangsa Baklaya pada abad ke-14, sehingga abad ke-17 (era Belanda) Baklaya telah mendapat nama baru iaitu Makassar dan Bugis. Kerjasama Bone dan Ugis (Belanda) memerangi Makassar dipercayai mewujudkan nama Bu-Gis (Bone+Ugis). Sulug menyebut Portugis sebagai Ugis (bermaksud kulit putih), sebab itu American dipanggil Milikan.
- Makassar, gabungan istilah Sulug dan Malayu, Ma-Kassar (bersikap kasar).
- Tidung, bermaksud tudung. Sulug menyebut Tirung atau Tirun kepada Dayak Laut Tarakan (di Kalimantan). Tirung dalam bahasa Sulug bermaksud "penutup kepala @ tudung" adalah menjadi kebiasaan Dayak Laut menggunakan tudung kepala yang diperbuat dari bulu-bulu burung ketika dulu menyebabkan mereka dipanggil Tirung oleh Sulug. Hari ini kaum Tidung di Tarakan dan Pantai Timur Sabah sudah tidak kelihatan seperti kaum Dayak. Budaya dan adat resam mereka sudah menjadi Sulug dan majoriti mereka sudah diislamkan oleh Sulug selama mereka berasimilasi semenjak bermula era kesultanan Sulu.Perhatikan pakaian tradisi wanita Tidung Kalimantan ini masih menggunakan Baju Batawi Sulug. Bahasanya lebih kepada bahasa Tidung bercampur Melayu Banjar dan bahasa Sulug. Antara Sultan Sulu yang memperisterikan Puteri Tidung ialah Sultan Badaruddin I abad ke-17.
Banyak istilah di tanah Melayu hari ini tidak diketahui maknanya atau maksud sebenar nama-nama tersebut yang sebenarnya adalah datang dari lidah Sulug. Sebagai contoh nama Melayu sendiri tidak diketahui makna sebenar oleh orang-orang Melayu Malaysia termasuklah para sarjana. Sekiranya kita meneliti kenyataan di atas, akan memberikan kita satu pencerahan betapa bahasa Sulug itu kaya dengan istilah dan kata sendi membuktikan Bahasa Sulug pernah mendominasi Nusantara ribuan tahun lamanya sebelum kemunculan Sanskrit dan bahasa Melayu.
Mari Belajar Bahasa Sulug @ Suluk
Sila klik tajuk-tajuk di bawah,
- Persamaan Bahasa Sulug dan Bahasa Melayu
- Bersajak Tausug translasi ke Bahasa Melayu 1
- Bersajak Tausug translasi ke Bahasa Melayu 2
|