Pangalay Tarian Keamanan 1 Dunia

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, August 7, 2010 1 ulasan

Saudara Rad dijemput khas dari Jolo menari di satu majlis keraian di Manila.

Tarian Pangalay Sulug sekiranya kita perhatikan memiliki dua perkara terpenting yang mempunyai kaitan dengan kehidupan harian Bangsa Sulug iaitu Arus Laut dan Angin. Kalau kita lihat video di atas kelihatan penarinya saudara Rad menari seolah-olah dibawah arus air laut dan melayang-layang dibawa angin ke hulu ke hilir. Menggambarkan bagaimana Sulug belayar di lautan luas berdagang ke seluruh dunia dengan menggunakan kapal layar tentunya sangat bergantung dengan tiupan angin.

Pangalay satu tarian keamanan, keharmonian, kesejahteraan, kegembiraan serta ekspresi kecintaan kepada tanah air menunjukkan keluhuran budi dan budaya Sulug tidak akan hilang sampai bila-bila. Generasi muda Melayu hari ini perlukan semangat Sulug untuk mendapatkan semula kekuatan "Bangsa Melayu yang telah mula hilang".


Pangalay yang ditarikan oleh pelajar Universiti Bongao, Tawi-Tawi, Sulu. Gabungan Silat dan tarian diiringi penyertaan pangalay wanita menunjukkan wajah budaya Sulug. Untuk menjadi wanita Sulug memerlukan kesabaran, kelembutan, ketabahan dan keberanian sebagaimana kaum lelakinya.

Asreesulu
  1. assalamualaikum..
    hambouk pangasubu, laung sin bajau in tarian pangalay timubu' dain ha bangsa nila. biayadiin baha' kabuktian ta in pangalay ini asal niya dain bangsa Suluk?

Post a Comment