Bhg 2: Menelusuri Sejarah Orang Laut @ Sulug-Phoenyx
PENEMUAN TAPAK BANDAR PURBA DI JOLO, SULU
Kedatangan kami ke Jolo, Sulu baru-baru ini telah menjadi rahmat yang tidak terhingga kepada umat Tausug dan umat Islam keseluruhannya. Sebuah kawasan tanah datar yang tidak jauh dari Daerah Parang dan Daerah Indanan telah ditemukan satu kawasan Bandar Kota Purba yang tertanam sedalam lebih dua meter ke dalam bumi. Menurut Saudara Sham seorang graduan Universiti WEMSU di Zamboanga City yang menemui kawasan tersebut menyatakan bahawa kawasan yang dipercayai Bandar Purba tertanam sedalam lebih dua meter itu mempunyai dinding batu.
Tidak jauh dari Bandar Purba tersebut terdapat satu kawasan tinggi yang mempunyai bekas bangunan batu yang sudah musnah yang disebut oleh orang tempatan sebagai "Kota Ma'as" bermaksud Kota Tua. Menurut Tuan Hj Kerry Abdullah yang pernah datang ke situ ketika zaman MNLF berperang dengan Marcos dulu pada tahun 70-an, Kota Ma'as tersebut sudah kehilangan bentuk kotanya yang asal. Hanya tinggal batu-bata hitam yang lusuh yang langsung tidak memperlihatkan bentuk kota sebagaimana namanya Kota Ma'as. Kemungkinan besar bangunan tersebut telaha lama dibangunkan lebih lama mendahului bangunan Piramid bangsa Mesir, Ziggurat bangsa Sumeria dan bangunan Kuil Piramid bangsa Maya. Untuk mendapatkan anggaran usia bangunan tersebut sampel perlu diambil dan menghantarkannya ke makmal agar ujian Radio Karbon dapat dijalankan.
Dengan kewujudan Bandar Purba yang tertanam dalam bumi tersebut menunjukkan bahawa Pulau Atlantis yang telah disebut oleh ahli falsafah Yunani bernama Plato itu sebenarnya ialah Pulau Jolo (Sug). Dengan sokongan pelbagai bukti perhubungan antara manusia kawasan Laut Meditranian dengan Sulug Phoenyx dari kepulauan Sulu menunjukkan Timur Bumi yang dimaksudkan oleh Bangsa Israel, Bangsa Mesir Purba dan Bangsa Sumeria adalah Kepulauan Sulu itu sendiri tanpa keraguan. Tempat di mana tertanamnya Bandar Purba tersebut sebenarnya berada di kawasan berpagar dengan menggunakan buluh yang dinamakan "Likusan" bermaksud "dikelilingi". Masyarakat Sulug yang menduduki "Likusan" ini menutur bahasa Sulug loghat "Lucoes" atau Lugus yang menggunakan "E" pepet dan kebanyakan kaum lelakinya berjambang dan berkulit cerah kemerahan.
Tentang bangsa Sulug Lucoes ini sebenarnya telah lama menjadi kebingungan kepada bangsa Eropah terutama para pencatat sejarah Spanyol. Mereka sebenarnya tidak mengetahui secara mendalam perhubungan bangsa Israel dengan Sulug di kepulauan Sulu yang sudah lama berlangsung ribuan tahun dahulu.
Jes Tirol telah menulis dalam The Bohol Chronicle menjelaskan,
"Spanish records mention of a mysterious people known as Lequios. Modern historians variously identified them as Okinawans, Koreans, or Vietnamese. They were favorite targets of Spanish ships during the time of General Miguel Lopez de Legazpi because the ships of the Lequios were always laden with gold and silver".
"According to Documents 98, the Lequios were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and silver when trading at Ophir. Okinawans, Koreans, and Vietnamese people are not big nor are they white. Their beards are just small goatees and could not satisfy the word "bearded". Therefore they were not the Lequios. So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"
Dalam catatan Spanyol juga dinyatakan maksud sebenar Lucoes kerana menurut linguistiknya perkataan Lucoes atau Liquios berasal dari perkataan Ibrani. Tambah Jes Tirol lagi "The Hebrew word "LEQOT" or "LIQQET" means to gather, to glean. It resembles closely the word Lequios. It will fit the men of King Solomon's fleet who gathered gold and silver."
Sebenarnya perkataan "Likus" itu sebenarnya bukanlah hanya terdapat dalam bahasa Hebrew malah dalam bahasa Sulug juga ada. Walhal kata Likus asalnya dari bahasa Sulug (Hal ini kami telah bahas lebih terperinci dalam artikel yang lepas dalam tajuk "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines").
*(Kampung "Likusan" mempunyai tepi pantai berpasir mengadap ke Laut Sulu yang kebetulan juga Pulau Lugus dan Pulau Tapul dapat dilihat dengan jelas. Likusan sudah tidak berpenghuni lagi kecuali satu keluarga sahaja iaitu keluarga saudara Sham sendiri. Menurut saudara Sham kebanyakan kaum lelaki Kg Likusan tersebut telah mati Syahid ketika berperang dengan tentera Marcos dahulu. Setelah selesai perang, saki-baki penduduknya berhijrah ke Pulau Lugus dan Pulau Tapul dan sebilangannya lagi berhijrah ke Sabah dan Semenanjung Malaysia).
KAITAN BANGSA SULUG DENGAN BANGSA INDIA
Dalam artikel kami yang lepas bertajuk "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines" kami telah dedahkan bagaimana Bangsa Sulug Darat (Buranun) menguasai kepulauan Asia Tenggara dengan kekuatan armada laut mereka menyerang penempatan-penempatan Bangsa Irian/Papua yang berkulit hitam. Penaklukan Sulug ke atas kepulauan Asia Tenggara dimungkinkan oleh desakan perdagangan yang memerlukan tenaga buruh yang bukan sedikit.
Ia dianggarkan bermula antara 11,000 hingga 6,000 tahun sebelum Masihi iaitu setelah berlakunya letusan banjir besar. Bangsa Sulug Buranun yang ketika itu masih berwajah Dayak serta tubuh badan yang dipenuhi tatu bersaing sesama mereka untuk mendapatkan tenaga buruh dalam bentuk perhambaan yang kebanyakannya mereka tangkap dari kepulauan Irian/Papua. Bangsa Irian/Papua yang digelar Nuu Waar ini bukanlah mudah untuk menangkap mereka sewenang-wenang kerana mereka juga terdiri dari pahlawan-pahlawan peperangan yang biasa dengan laut dan perang saudara.
Walau bagaimana pun kekuatan bangsa Nuu Waar di Pulau Irian tidak setanding dengan kekuatan Bangsa Sulug Buranun yang jauh lebih bersedia, terancang dan bersemangat. Bangsa Nuu Waar dijadikan pekerja buruh dan senantiasa dibawa ke hulu ke hilir menyeberangi laut hingga mengelilingi glob. Dari sini bermulalah kehidupan bangsa Laut yang kita panggil hari ini sebagai "Orang Laut". Oleh kerana bahasa pertuturan Bangsa Nuu Waar tidak jauh berbeza dengan Bahasa Sulug Buranun disebabkan mereka masih bersepupu dari keluarga anak-anak Noh a.s. maka antara mereka mudah diserasikan.
Sulug Buranun akhirnya berjaya membawa Orang Laut berkulit hitam ini ke muara Sungai Gangga India, ke muara Sungai Tigris dan Euphrates, ke kawasan benua Afrika, ke kepulauan Karebian sehingg masuk ke Laut Meditranian sebagai pekerja buruh terutama sebagai pendayung kapal dan pengangkut barang secara berdikit-dikit. Antara 6000 hingga 4000 tahun sebelum Masihi diperkirakan jalan perdagangan laut dengan negeri China masih belum dikenali. Perdagangan terawal yang bertaraf antarabangsa ketika itu adalah India, ini kerana India berada di tengah laluan samada laut dan darat antara barat (Eropah & Timur Tengah) dan timur (Asia Tenggara).
Perkembangan India sebagai pusat perdagangan antarabangsa ketika itu menyebabkan permintaan tenaga buruh semakin meningkat. Bangsa Sulug pula senantiasa berulang-alik melalui jalan laut mengangkut bangsa Nuu Waar dari Pulau Irian ke India. Segala rempah ratus yang ditanam di Asia Tenggara telah diangkut ke India kerana pasarannya yang menggalakkan. Bangsa Timur Tengah berkunjung ke India samada dengan jalan darat atau dengan jalan laut. Manakala Bangsa Eropah hanya bergantung harap dengan pedagang Timur Tengah untuk mendapatkan keperluan mereka. Satu-satunya yang mampu merentas lautan menuju ke laut Meditranian membawa barang dagang ialah kapal-kapal Sulug.
Ketika penempatan bangsa Sulug Buranun di India memenuhi kawasan yang punya aktiviti perdagangan dan menjadi pangkalan perdagangan Sulug antara Timur dan Barat menjadikan India igauan kepada kuasa besar untuk menaklukinya. Sebab itu Bangsa Aryan telah mula bertindak menyerang sekaligus menakluk India pada tahun 1600 sebelum Masihi. Memaksa masyarakat Sulug berundur ke selatan India dan ke sebelah kawasan yang dipanggil BURMA (Budma, dibaca terbalik Ma-Bud dalam bahasa Sulug bermaksud bergunung-ganang). Manakala yang lainnya hijrah ke Kepulauan Andaman & Nicobar di Laut India, maka tidak hairanlah sehingga hari ini mengapa wujud bangsa Kulit Hitam di kepulauan tersebut yang rupa parasnya persis seperti rupa paras dan bentuk badan Bangsa Nuu Waar dari Pulau Irian/Papua. Mereka sebenarnya di bawa oleh Bangsa Sulug.
Setelah Masihi, Bangsa Sulug di Selatan India telah muncul dengan peradaban baru iaitu munculnya pengajaran Hindu dan Buddha dengan menggunakan tulisan dan bahasa Sanskrit. Asas-asas tulisan dan bahasa Sanskrit ialah berdasarkan tulisan dan bahasa Sulug Purba yang semenjak ratusan tahun mengalami perubahan dan penambahan di tangan para sami-sami Hindu dan Buddha di sekitar India sehingga di bawa ke Asia Tenggara melalui kapal perdagangan. Sebelum Masihi jalan perdagangan ke China melalui laut sudah pun bermula berdikit-dikit. Hinggalah awal selepas Masihi perkembangan tulisan dan bahasa Sanskrit mula menular melalui tulisan-tulisan oleh para penyebar ajaran Hindu Buddha sehingga sampai ke kepulauan Sulu. Bangsa Sulug Laut di Sumatera mula berasimilasi dan mempelajari Sanskrit menjadi anjakan paradigma kepada Bangsa Laut seperti mereka.
KEMBALINYA ORANG LAUT BERSAMA BANGSA ISRAEL KE SULU
Semenjak pemerintahan Bangsa Israel oleh Raja Daud a.s. pada tahun 1000 SM dan Raja Sulaiman a.s. Orang Laut telah mendapat status yang lebih baik berbanding di tempat lain. Orang Laut atau Sulug Laut Phoenicia yang begitu ramai di Laut Meditranian ketika itu kebanyakan mereka telah menjadi tentera dalam kempen-kempen peperangan di laut. Nama Bangsa Phoenicia begitu menjulang tinggi bergantung kepada kepintaran pemimpin mereka. Sebagai contoh pada zaman Raja Sulaiman a.s. terdapat seorang Raja Phoenicia yang handal bernama Raja Huram @ Hiram yang memerintah Bandar Tyre yang mana menurut catatan Flavius Josephus Raja Huram bertutur dalam bahasa Sulug.
Persahabatan Raja Huram dengan Sulaiman a.s. mewujudkan satu kekuatan ketenteraan dan perdagangan yang tiada tolok bandingya ketika itu sehingga kedua-duanya merancang untuk sama-sama membuat ekspedisi ke kepulauan Sulu. Walau pun sebahagian ahli sejarah masih mempersoalkan samada Nabi Sulaiman a.s. dan Raja Huram berjaya menjalankan ekspedisi bersama ke kepulauan Sulu namun telah di sahkan oleh tradisi lisan Sulug bahawa Raja Sulaiman a.s. berjaya sampai ke Pulau Pata, Sulu. Ia turut digambarkan dalam Al-qur'an dan Bible tentang kedatangan kapal Sulaiman a.s. ke "tanah yang diberkati" atau The Land of Ophir iaitu kepulauan Sulu.
Kewafatan Raja Sulaiman a.s. menyebabkan kejatuhan kerajaan Israel. Perpecahan dan perang saudara melanda selama lebih 200 tahun shinggalah pada 600 tahun sebelum Masihi, Bangsa Asyur (Bangsa Arab) datang menyerang dan memusnahkan kerajaan Israel menjadikan mereka hamba dan merempat. Selama beberapa ratus tahun telah terputusnya kenabian hinggakan 10 kaum Bangsa Israel telah kembali ke tempat asal nenek moyang mereka meninggalkan bumi Israel menuju ke Kepulauan Sulu. Bangsa Israel duduk di Pulau Jolo dan pulau-pulau sekitar (Pulau Lugus, Pulau Tapul, Pulau Pata dan Pulau Basilan) serta sebilangannya menuju ke Pulau Sibu dan Pulau Luzon. Bangsa Israel kehidupan semulajadinya adalah Sulug Buranun yang terpaksa bergantung kepada Sulug Laut untuk dapat sampai ke Kepulauan Sulu.
Apakah yang berlaku kepada Bangsa Sulug Laut atau Phoenicia yang juga sebahagian besar mereka lari beramai-ramai dari kekejaman Bangsa Asyur menuju ke Kepulauan Sulu?
Hal yang paling menarik dibicarakan ialah bagaimana kita dapat membezakan Sulug Laut yang datang dari Laut Meditranian dengan Sulug Laut yang memang sedia ada di Nusantara atau di Kepulauan Sulu? Untuk membezakannya adalah mudah iaitu melihat rupa paras dan bentuk badan serta bentuk perahu mereka.
Sulug Laut atau Orang Laut yang asal biasanya,
Sulug Laut atau Phoenicia yang datang dari Laut Meditranian biasanya,
Kehebatan bangsa Bugis adalah kerana sebahagian Bangsa Sulug Darat era Sri Vijaya dari kepulauan Sulu telah menguasai Pulau Sulawesi dan berlaku asimilasi kaum. Kewujudan perkampungan Solok yang banyak disekitar Sulawesi membuktikan kebenaran dakwaan ini. Istilah Bugis hanya diketahui wujud pada abad ke-17 yang mana mereka sebelum ini pun turut dipanggil Sulug. Samada Sulug Laut atau pun Sulug Darat.
KEHEBATAN BANGSA LAUT PHOENICIA & BENTUK KAPALNYA
Beribu-ribu tahun yang lampau, di Laut Meditranian satu Bangsa Laut telah muncul dari arah Laut Atlantik dengan kapal ganjil yang punya Katig mengimbangi kapal mereka yang sarat dengan barang dagangan. Mereka bertutur dengan bahasa pelik bagi bangsa Eropah yang mendengarnya tetapi tidak pelik bagi bangsa Mesir ketika itu. Setelah selesai berdagang sebahagian mereka kembali membawa barang dagangan lagi dan sebahagian yang lain tinggal menetap di Laut Meditranian. Hal yang demikian berulang dan bertali arus secara berdikit-dikit sehinggalah tanpa disedari bangsa Sulug Laut ini semakin ramai.
Bangsa ini mula menguasai perairan dan tepi-tepi pantai dengan perdagangan dan penempatan mereka. Mereka ditemani oleh Sulug Darat yang menjadi majikan mereka. Berkembanglah masyarakat ini sehingga berjaya menubuhkan kota-kota dan membentuk tentera-tentera. Maka muncullah penaklukan dan peperangan merebut kuasa perdagangan sesama mereka setelah itu. Muncullah Negara Fir'aun Mesir, muncullah negara Rom, Jerusalem, Kanaan dan sebagainya sepanjang beberapa ribu tahun. Dalam kecamuk peperangan Laut Meditranian ini sangat jelas ras dan bangsa begitu memainkan peranan. Iberia dan Carthage, Kanaan dan Mesir memiliki tentera yang terdiri dari Bangsa Laut yang sangat handal berperang melawan kulit putih Eropah terutama peperangan di laut.
Sebagai contoh peperangan antara Hannibal (248-183 SM) dari Carthage dengan bala tenteranya yang terdiri dari Bangsa Laut Phoenicia telah berjaya memusnahkan negara Rom yang canggih lagi kaya itu melalui jalan darat. Hannibal yang telah menjadi legenda ini akhirnya dapat menguasai laut dan menduduki Iberia (Sekarang Spanyol) bersama pengikutnya yang terdiri dari Bangsa Laut Phoenicia. Sekiranya kita mengkaji dengan melihat bagaimana peperangan Bangsa Phoenicia melawan bangsa lain di Laut Meditranian kita akan mendapati perahu Lepa Orang Laut di Kepulauan Sulu hari ini sebenarnya adalah perahu perang ketika di Laut Meditranian.
Tujuan bawah perahu itu ditajamkan terutama dibahagian hadapan sebenarnya untuk melanggar dan memusnahkan kapal-kapal musuh ketika peperangan di laut. Peperangan di laut bukan sahaja perlu cekap berenang malah perlu membina perahu yang boleh memusnahkan perahu musuh secara serta merta.
HUBUNGAN SULUG LAUT DENGAN BANGSA MELAYU
Dari mana nama Melayu bermula dan mengapa dikatakan Melayu? Siapa yang menggelarkan Bangsa Melayu sebagai Melayu? Seorang hamba Allah yang sekarang tinggal di Pulau Labuan bernama Ustaz Taha bin Muhammad Salleh yang berasal dari Pulau Basilan, Sulu memberitahu kami bahawa dalam bahasa Sulug terdapat 2 perkataan yang serupa tetapi berbeza maknanya. Beliau memberi penjelasan ringkas 2 perkataan tersebut ialah,
Maka jelaslah sebutan Malayu @ Melayu itu rupa-rupanya datang dari bahasa Sulug. Patutlah maksud sebenar tidak dapat diketahui oleh orang Melayu Malaysia dan Indonesia. Ini bermakna sejak dari dulu iaitu lebih seribu tahun yang lalu orang-orang Melayu ketika itu fasih dan faham berbahasa Sulug Darat yang datang dari kepulauan Sulu sebagaimana nenek moyang mereka dahulu yang terdiri dari Sulug Laut. Sah lah Melayu adalah Berjauh dan Berjauh adalah Bajau dan Bajau adalah Orang Laut yang berasal dari kepulauan Sulu. Maka fahamlah kita bahawa Orang Laut itu adalah Bangsa Sulug Laut bersaudara dengan Bangsa Sulug Darat Buranun.
Maka Malayu @ Melayu itu adalah Bangsa Sulug atau Tausug. Sebab itu mengapa dikatakan Sulug atau Tausug tidak mahu mengaku sebagai Melayu adalah kerana panggilan Melayu kepada Tausug oleh orang Melayu sendiri adalah tidak tepat. Bagaimana Orang Melayu beriya-iya memasukkan bangsa lain ke dalam Melayu sedangkan nama Melayu itu sendiri tidak difahami oleh orang Melayu. Maka benarlah kata-kata Dr. Siddiq Fadhil bahawa "Istilah Melayu adalah sekadar interpretasi yang tidak difahami" yang mana masyarakat Melayu hari ini memahami bahawa siapa sahaja boleh mengaku Melayu sekiranya beragama Islam dan mengamalkan adat budaya dan bahasa Melayu dalam kehidupannya, lalu bagaimana yang bukan Islam dan tidak mengamalkan adat budaya dan bahasa Melayu sedangkan ibu dan ayahnya berketurunan Melayu? Murtad sebagai contoh....
Untuk mempertemukan Bangsa Melayu dengan Bangsa Sulug bukannya sukar yang perlu dilakukan ialah mendedahkan rentetan sejarah dari mana kedua-dua bangsa bermula. Selagi ianya tidak ditemui dan dirungkai maka selagi itulah keegoan menguasai penyokong bangsa masing-masing. Sudah pun jelas lagi bersuluh kedudukan sebenar berdasarkan penjelasan di atas. Pembaca boleh menilai dan membuat keputusan memilih antara Sulug dan Melayu.
BANGSA SULUG DI SUMATERA & SANSKRIT
Dalam catatan sejarah Sumatra menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan awal telah pun muncul sebelum Masihi berdasarkan artifak arkeologi tetapi masih kabur tentangnya sehinggalah kemunculan Kerajaan Sri Vijaya pada abad ke-6 yang menghasilkan prasasti berupa tulisan Sanskrit pada batu. Tulisan-tulisan tersebut berjaya dibaca dan ditranslasi sehingga difahami bahawa kerajaan terawal Asia Tenggara ialah kerajaan Sri Vijaya. Apakah bahasa pertuturan Sri Vijaya kalau bukan Sanskrit?
Setelah dikaji Kerajaan Sri Vijaya menggunakan banyak bahasa kerana jajahan takluknya yang begitu luas sudah tentu mempunyai pelbagai jenis bahasa. Tinggal lagi bahasa persuratan yang Sri Vijaya gunakan ialah bahasa Sanskrit yang muncul dari Selatan India sebagai perantara. Sekiranya diperhalusi nama-nama raja Sri Vijaya dan nama-nama tempat di Sumatera dan di Tanah Melayu terbukti menggunakan nama-nama dalam bahasa Sulug. Ini bermakna bahasa utama pemimpin Sri Vijaya ialah bahasa Sulug manakala bahasa Sanskrit hanyalah bahasa perantara dengan para pedagang India dan Orang Laut yang menggunakan bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit setelah kehilangan Kerajaan Sri Vijaya juga dikatakan turut hilang. Kemanakah bahasa dan tulisan Sanskrit menghilang. Sebenarnya apabila tamadun yang sedia ada telah didatangi oleh tamadun yang lebih hebat maka mahu atau tidak tamadun lama terpaksa dibiarkan tertimbus dan seterusnya hilang kerana orang sudah memilih lain yang lebih baik. Akhirnya Sanskrit telah ditimbus oleh kedatangan Islam yang menukarkan tulisan dan bahasa keilmuan Sanksrit kepada tulisan dan bahasa Arab.
Bahasa Sanskrit sebenarnya tidak hilang kerana bahasa itulah yang digunakan oleh Orang Laut yang sudah berasimilasi dengan Bangsa Selatan India. Oleh kerana Orang Laut digelar Berjauh @ Bajau ketika itu yang lebih sesuai dalam bahasa Sanskrit maka setelah kedatangan Bangsa Sulug yang bertali arus dari kepulauan Sulu untuk hijrah dan berdagang ke Sumatra, Burma, Duhul (Johor hari ini), Rihau (Riau hari ini) sehingga Kadtuha (Kedah hari ini) maka nama tersebut telah ditukar Orang-orang Sulug mengikut kesesuaian lidah mereka. Berjauh @ Bajau dalam bahasa Sanskrit ditukar ke bahasa Sulug iaitu Malayu.
GELARAN SUQ DAN SULUK OLEH BANGSA ARAB
Arus perdagangan dari Eropah-Arab menuju ke China menjadi kesibukan buat kerajaan Sri Vijaya yang mana raja dan para penguasanya berbangsa Sulug dari kepulauan Sulu. Kehebatan Sulug mengendalikan kapal dagang menjadikan mereka terkenal. Hinggakan pasar-pasar di tanah Arab dipenuhi oleh bangsa Sulug sebab itu mengapa orang Arab memanggil pasar dengan "Suq" (salah sebutan bagi Sug, tidak terdapat bunyi "G" dalam bahasa Arab). Sebelum kedatangan Islam Bangsa Sulug menganut fahaman Hanif Nabi Ibrahim a.s. (Hindu India) dan ajaran Buddha yang selalu mengamalkan tafakkur atau bertapa untuk mengawal nafsu. Kebiasaan Bangsa Sulug duduk bertafakur di tepi-tepi pasar di tanah Arab akhirnya menjadi buah mulut. Sejak itu terkenallah amalan tafakkur tersebut sebagai amalan Suluk (salah sebutan bagi Sulug kerana tidak terdapat bunyi "G" dalam bahasa Arab).
Bersambung...

Wajah tipikal Sulug Lucoes yang menduduki Kg Likusan. Lelaki dalam gambar adalah saudara kandung kepada saudara Sham. Gambar diambil oleh Shrf Yazir Shrf Rajim pada bulan November yang lalu.

- Mempunyai bibir yang tebal dan berkulit hitam.
- Rupa paras lebih mirip wajah Orang Melayu atau Sulug Darat Buranun.
- Perahu mempunyai Katig (buluh pengimbang).
Sulug Laut atau Phoenicia yang datang dari Laut Meditranian biasanya,
- Mempunyai bibir yang nipis sebelah atas seperti bibir Eropah.
- Berhidung agak mancung, berbadan tinggi, berbahu bidang.
- Kulit mempunyai lapisan putih cerah seperti kulit Eropah yang walau pun kelihatan hitam oleh bakaran cahaya matahari namun masih kelihatan putihnya.
- Perahu mereka tidak mempunyai Katig (buluh pengimbang) atasnya berbentuk melengkung, bawahnya lurus dan tajam di bahagian hadapan serta muncung hadapannya berukir indah, inilah perahu yang dipanggil Perahu Lepa.
- Majoritinya mendarat di Utara Pulau Sulawesi dan dikenali sebagai Bangsa Luwo @ Luwa' yang dapat sumpahan dari Nabi Daud a.s. di Jerusalem kerana menangkap ikan di hari Sabtu.
- Sebahagiannya tinggal di Kepulauan Burma dan Thailand sehingga ke Sumatera dan Kepulauan Riau.
Kehebatan bangsa Bugis adalah kerana sebahagian Bangsa Sulug Darat era Sri Vijaya dari kepulauan Sulu telah menguasai Pulau Sulawesi dan berlaku asimilasi kaum. Kewujudan perkampungan Solok yang banyak disekitar Sulawesi membuktikan kebenaran dakwaan ini. Istilah Bugis hanya diketahui wujud pada abad ke-17 yang mana mereka sebelum ini pun turut dipanggil Sulug. Samada Sulug Laut atau pun Sulug Darat.
Perahu Lepa Orang Laut Moken dari kepulauan Thailand dan Burma yang dipanggil Ka-bang (Bang-ka). Perhatikan bahagian bawah depan dan belakangnya ditajamkan.
KEHEBATAN BANGSA LAUT PHOENICIA & BENTUK KAPALNYA
Beribu-ribu tahun yang lampau, di Laut Meditranian satu Bangsa Laut telah muncul dari arah Laut Atlantik dengan kapal ganjil yang punya Katig mengimbangi kapal mereka yang sarat dengan barang dagangan. Mereka bertutur dengan bahasa pelik bagi bangsa Eropah yang mendengarnya tetapi tidak pelik bagi bangsa Mesir ketika itu. Setelah selesai berdagang sebahagian mereka kembali membawa barang dagangan lagi dan sebahagian yang lain tinggal menetap di Laut Meditranian. Hal yang demikian berulang dan bertali arus secara berdikit-dikit sehinggalah tanpa disedari bangsa Sulug Laut ini semakin ramai.
Bangsa ini mula menguasai perairan dan tepi-tepi pantai dengan perdagangan dan penempatan mereka. Mereka ditemani oleh Sulug Darat yang menjadi majikan mereka. Berkembanglah masyarakat ini sehingga berjaya menubuhkan kota-kota dan membentuk tentera-tentera. Maka muncullah penaklukan dan peperangan merebut kuasa perdagangan sesama mereka setelah itu. Muncullah Negara Fir'aun Mesir, muncullah negara Rom, Jerusalem, Kanaan dan sebagainya sepanjang beberapa ribu tahun. Dalam kecamuk peperangan Laut Meditranian ini sangat jelas ras dan bangsa begitu memainkan peranan. Iberia dan Carthage, Kanaan dan Mesir memiliki tentera yang terdiri dari Bangsa Laut yang sangat handal berperang melawan kulit putih Eropah terutama peperangan di laut.
Sebagai contoh peperangan antara Hannibal (248-183 SM) dari Carthage dengan bala tenteranya yang terdiri dari Bangsa Laut Phoenicia telah berjaya memusnahkan negara Rom yang canggih lagi kaya itu melalui jalan darat. Hannibal yang telah menjadi legenda ini akhirnya dapat menguasai laut dan menduduki Iberia (Sekarang Spanyol) bersama pengikutnya yang terdiri dari Bangsa Laut Phoenicia. Sekiranya kita mengkaji dengan melihat bagaimana peperangan Bangsa Phoenicia melawan bangsa lain di Laut Meditranian kita akan mendapati perahu Lepa Orang Laut di Kepulauan Sulu hari ini sebenarnya adalah perahu perang ketika di Laut Meditranian.
Tujuan bawah perahu itu ditajamkan terutama dibahagian hadapan sebenarnya untuk melanggar dan memusnahkan kapal-kapal musuh ketika peperangan di laut. Peperangan di laut bukan sahaja perlu cekap berenang malah perlu membina perahu yang boleh memusnahkan perahu musuh secara serta merta.
Perhatikan kapal perang Phoenicia yang lebih besar mempunyai basi tajam di bahagian bawah hadapan sebagai pemusnah kapal musuh. Rujuk http://www.cartage.org.lb/
HUBUNGAN SULUG LAUT DENGAN BANGSA MELAYU
Dari mana nama Melayu bermula dan mengapa dikatakan Melayu? Siapa yang menggelarkan Bangsa Melayu sebagai Melayu? Seorang hamba Allah yang sekarang tinggal di Pulau Labuan bernama Ustaz Taha bin Muhammad Salleh yang berasal dari Pulau Basilan, Sulu memberitahu kami bahawa dalam bahasa Sulug terdapat 2 perkataan yang serupa tetapi berbeza maknanya. Beliau memberi penjelasan ringkas 2 perkataan tersebut ialah,
- Malayu = Kata dasarnya ialah Layu manakala Ma adalah imbuhan. Malayu bermaksud tidak segar atau hampir rosak atau basi sebagai contoh "sayur atau ikan yang dijual di pasar pada sebelah petang sudah tidak segar lagi yang kemungkinan sudah rosak atau tidak boleh dimakan". Inilah maksud Malayu dalam bahasa Sulug.
- Malayu' = Kata dasarnya Layu' manakala Ma adalah imbuhan. Layu' bermaksud jauh dan sekiranya ditambah imbuhan Ma akan bermaksud "BERJAUH".

|