Bhg 1: Menelusuri Sejarah Orang Laut @ Sulug-Phoenyx
Bentuk dan rupa Palakaya @ Parakkoa @ Caracoas Tausug yang pernah belayar beribu-ribu tahun dahulu mengelilingi glob. Dengan hanya menggunakan bintang dan matahari serta menduga arah angin menjadikan Tausug yang terhandal dan terawal dalam pelayaran di dunia.
PENDAHULUAN
Dalam posting kami yang lepas, paparan demi paparan sejarah Sulug @ Tausug yang bermula dari Kepulauan Sulu sehingga Meditranian dan Benua Amerika telah membuka sedikit demi sedikit mata akal kita untuk menilai semula "Hidangan Sejarah" oleh Barat yang selama ini menjadi "makanan" kita. Kajian pada akhirnya membuktikan "Hidangan Sejarah" Barat penuh dengan kekurangan dan kecacatan hinggakan hampir tiada satu pun yang boleh dijadikan hujah dan sandaran atas nama sejarah. Bagi mereka zaman emas ketamadunan manusia moden hari ini bermula pada zaman Mesir Purba dan beberapa tamadun awal yang lain yang mana, lama sebelum itu manusia telah menempuhi zaman gangsa, zaman besi, zaman batu sehingga ke zaman Dinosur.
Sebahagiannya benar terutama yang merujuk kepada fosil dan artifak Arkeologi yang kemudian mereka suaikan dengan akal lojik mereka sendiri sebagaimana yang kita panggil hari ini sebagai "teori". Dalam hal ini Harun Yahya telah mendedahkan kepincangan teori mereka dengan analogi yang masuk akal dan saintifik berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Menurut pertimbangan beliau keyakinan adanya zaman batu bagi manusia sama lah dengan meyakini manusia berasal dari beruk maka dengan sendirinya ia menafikan Al-Quran iaitu kenyataan manusia berasal dari Adam a.s.. Maka keyakinan fasad seperti demikian akan memerangkap umat manusia ke dalam pemikiran Atheis @ Mulhid (Tidak meyakini kewujudan Tuhan Maha Pencipta) atas keyakinan bahawa "Bumi terbentuk dengan sendirinya secara alami tanpa sesiapa yang menciptanya".
Sebagai contoh, ketika zaman moden hari ini yang begitu canggih dengan kewujudan teknologi sains yang menyebabkan manusia sudah mampu sampai ke angkasa lepas namun dalam masa yang sama, nun jauh di benua Afrika masih wujud manusia memegang tombak dan busur yang ketinggalan zaman. Di tengah benua Australia masih terdapat manusia Oborigin yang masih kelihatan kuno dan primitif. Bayangkan 10,000 tahun yang akan datang, sekiranya ada ahli sains yang berjaya menemui artifak Oborigin Australia dan Afrika yang kemudian mengimbasnya dengan Radio Karbon? Sudah tentu ia mendapati bahawa artifak tersebut bertarikh tahun 2010 lalu membuat kesimpulan tahun 2010 manusia masih di zaman batu yang kehidupannya sangat primitif. Walhal kemajuan berada di tempat yang lain.
Video anak-anak Bajau Laut ini bertarikh 23 November 2010 di pelabuhan kapal Bandar Jolo, Sulu. Kepakaran dan kehebatan mereka menyelam masih tiada tandingan hingga hari ini. Walau pun mereka kelihatan meminta wang namun mereka sebenarnya kaya dengan hasil laut. Untuk mendapatkan makanan bukanlah sukar buat mereka.
BAJAU LAUT SULU & BANGSA SPANYOL
Menelusuri sejarah Orang Laut bagi kami perlulah memulakannya di kepulauan Sulu kerana bentuk geografinya yang terkandung banyak pulau serta arus lautnya yang deras. Menyebabkan sekitar laut kepulauan tersebut menjadi sarang ikan-ikan Tuna bertelur bersama ikan-ikan batu karang yang lain. Ditambah dengan kewujudan beberapa jenis kerang yang menghasilkan mutiara berharga menjadikan kepulauan Sulu begitu berharga dan istimewa buat manusia yang bergelar Orang Laut.
Bangsa Sulug bermaksud Bangsa Arus (laut) yang kehidupannya berkait rapat dengan laut samada laut tersebut dijadikan tempat mendapatkan makanan laut mahu pun menjadikan laut sebagai "lebuh raya" meluncurkan kapal-kapal dagang mereka ke setiap tempat penjuru dunia menjadi bukti kepada kewujudan awal manusia moden. Manusia Sulug yang asalnya dari sulbi Nabi Adam a.s. beranak pinak dengan cepat menyebar ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan laut. Kepakaran mereka membina kapal diwarisi dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Idris a.s. dan Noh a.s. yang begitu canggih menjadikan Bangsa Sulug sebagai bangsa induk "menyebarkan" spesis manusia ke seluruh dunia.
Melihat Orang Laut dan mengkaji keberadaannya bukan hanya perlu mengkaji susuk "Orang Bajau" di kepulauan Sulu termasuk Sulawesi sehingga ke kepulauan Andaman di Laut India tetapi juga perlu melihat susuk tubuh Bangsa Laut di sekitar Laut Meditranian hari ini. Berdasarkan penelitian kami Bangsa Spanyol yang menuturkan bahasa Latin hari ini sebenarnya menuturkan Bahasa Orang Laut dari kepulauan Sulu berdasarkan beberapa bukti. Sebab itu jangan hairan sekiranya anda datang ke kepulauan Sulu kemudian terdengar perbualan Orang Bajau Laut "irama dan loghat" bahasanya 95% seperti bercakap dalam bahasa Spanyol (Latin). Anda boleh bandingkan pertuturan Drama berbahasa Latin di kaca TV dengan bahasa pertuturan Orang Laut di kepulauan Sulu terutama yang digelar Pala'o (Parahu @ Pharaoh).
Maka tidak hairanlah mengapa Spanyol sangat berminat dengan kepulauan Sulu (yang dikenali kepulauan Philippines hari ini) kerana di sinilah asal-usul nenek moyang mereka yang terdiri dari Sulug Laut. Mengapa Spanyol tidak berminat dengan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu adalah kerana mereka sendiri tahu asal-usul bangsa yang mereka panggil sebagai Melayu juga berasal dari kepulauan Sulu. Begitu jelas dari sumber Portugis bahawa sumber kekayaan dan kekuatan berada di kepulauan Sulu.
Dari catatan Barbossa dan Pegafetta menyatakan kebenaran bahawa ketika mereka singgah di Malaka @ Melaka mereka mendapati terdapat 500 keluarga Sulug yang mereka panggil Lucoes yang menguasai perdagangan di Melaka malah menguasai kepimpinan di sana. Tidak hairan sehingga hari ini masih wujud sebanyak enam belas Kg Solok @ Sulug di sekitar Melaka sehingga ke Negeri Sembilan sebagai bukti. Anda boleh melihatnya dalam Google Earth dengan menaip "Solok". Hal ini disahkan oleh Prof Dr. Ben J. Kadil, seorang professor sejarah dari Illigan City.
KAITAN RAPAT ANTARA BAHASA LAUT & DARAT
Untuk lebih memahami cicit Adam a.s. yang bergelar Orang Laut ini perlulah mengetahui mengapa wujud nama Orang Laut dalam keluarga Sulug @ Tausug di kepulauan Sulu. Berikut terdapat beberapa sub-etnik secara linguistik dalam keluarga Sulug,
- Buranun & Taguimaha (Lucoes @ Lugus), penutur bahasa Sulug darat purba yang asal disebut sebagai Bahasa Sug atau Bahasa Sinug atau Bahasa Tausug yang banyak ditutur oleh penduduk pergunungan sehingga ke Borneo, Mindanao dan Luzon-Visayas.
- Samar-Bajau (Orang Laut @ Parahu @ Luwo), penutur bahasa Sulug laut yang bertebaran di seluruh Nusantara sehingga ke Benua Australia dan Pulau Hawaii di Laut Pasifik.
- Lalom (bahasa laut), Laum (bahasa darat), bahasa darat hanya membuang "L" adalah kebiasaan dan kesesuaian lidah. = Lalom dalam bahasa Melayu bermaksud "Dalam".
- Sallog @ Solog (bahasa laut), Sug (bahasa darat), "L" dibuang kebiasaan bahasa darat bermaksud "Arus" dalam bahasa Melayu.
- Tallo @ Tulo (bahasa laut), Tuo (bahasa darat), juga membuang "L" sebagai kebiasaan yang bermaksud angka "Tiga".
- Aho' (bahasa laut), Hu'o (bahasa darat), bermaksud "Ya" dalam bahasa Melayu.
- Taha' (bahasa Laut), Haba' (bahasa darat), bermaksud "Panjang" dalam bahasa Melayu.
- Empon (bahasa laut), Epun (bahasa darat), bermaksud "Gigi" dalam bahasa Melayu.
- Dan banyak lagi...
"The area of present-day Iraq is the site of ancient Sumer and Akkad, two city-states that produced the most sophisticated armies of the Bronze Age. The Greeks called the area Mesopotamia, literally the "land between the two rivers," a reference to the Tigris and Euphrates basin. In the Bible, the area is called Shumer , the original Sumerian word for the southern part of Iraq, the site of Sumer with its capital at the city of Ur.... Sumerian civilization was among the oldest urban civilizations on the planet. In Sumer the first attempts at writing emerged to produce ancient cuneiform, a form of administrative language written as wedged strokes on clay tablets". http://thegreekkeysociety.blogspot.com/
KAITAN BANGSA SUMER & SAMAR DI SULU
Mengkaji asal-usul bangsa Arab tidak akan sempurna tanpa mengkaji terlebih dahulu sejarah Sumeria. Bangsa Sumeria sebenarnya adalah bangsa Laut yang berkulit gelap pada asalnya yang kemudian menduduki muara sungai Tigris dan Euphrates beribu-ribu tahun dahulu. Mereka datang dari kepulauan Sulu (disebut kepulauan Filipina hari ini) sebab itu mengapa hingga hari ini di kepulauan Visayas Filipina terdapat satu pulau yang dinamakan Pulau SAMAR. Pulau Samar tersebut secara kebetulan pula berdepan dengan satu kawasan kepulauan kecil yang dinamakan PALAU yang bermaksud Perahu atau Pala'o.
Lidah Sulug menyebut SAMAR dengan Samal ("R" bertukar "L" pada kebiasaan lidah Sulug). Samal dalam bahasa Sulug bermaksud "Orang Laut". Sebenarnya gelaran SAMA kepada Orang Laut adalah tidak sama maknanya dengan SAMAL. Walau pun ianya sesuai dan secara kebetulan menjadi gelaran kepada Orang Laut namun istilah SAMAL lebih merujuk kepada sejarah Orang Laut itu sendiri. Sedangkan istilah SAMA itu adalah lebih kepada sifat Orang Laut yang senantiasa berperahu bersama-sama dalam satu keluarga. Maka sebutan atau gelaran tepat bagi Orang Laut sebenarnya ialah Samar atau Samal sebagaimana yang biasa disebut pada lidah Tausug hari ini.
Istilah Sumer @ Samar ini sebenarnya begitu terkenal tanpa disedari oleh orang-orang Sulug sendiri sebab itu mengapa sehingga hari ini Bangsa Inggeris tahu menamakan cuaca panas dengan "Summer" yang menjadikannya sebagai masa percutian, berjemur dan bermandi-manda di laut meniru perbuatan "Orang Laut" Sulu semenjak beribu tahun yang lalu. Maklumat ini bukan sekadar teori kerana ia disokong oleh catatan Israel purba dan tradisi lisan bangsa Sumeria yang sudah menjadi bangsa Arab hari ini. Mereka nyatakan bahawa asal-usul nenek moyang mereka berada di kawasan Timur Bumi dimana terdapatnya Syurga yang dinamakan "Garden of Eden". Sebab itu mengapa Thomas Kheifer menulis pengakuan kaum tua Tausug di Jolo, Sulu yang mendakwa Bangsa Arab adalah Tausug pada awalnya. Hal ini telah pun kami sentuh dalam posting yang lepas.
Saksikan siri dokumentari Ratu Hatchepsut dari pertama hingga akhir serta lihat bentuk kapalnya yang mirip dengan kapal laut Sulu. Persoalan yang masih membingungkan ahli sains barat ialah mengapa Ratu Fir'aun tersebut sangat mengagumi Tanah Punt dan dimanakah lokasi sebenar Tanah Punt?.
Perhatikan kapal Palakaya @ Parakkoa @ Caracoas Tausug ini sama dengan bentuk kapal laut Mesir Purba pada zaman Ratu Hatchepsut 1500 SM. Perbezaan hanya Parakkoa Tausug punya Katig (buluh pengimbang) berbanding kapal laut Mesir. Rahsia perhubungan Fir'aun dengan Tanah Sulu yang dipanggil "Land of Punt".
Palakaya @ Parakkoa Tausug abad ke-17.
Palakaya @ Parakkoa Tausug abad ke-17.
KAITAN BANGSA MESIR & ORANG LAUT
Sekiranya anda adalah seorang pengkaji sejarah Laut Meditranian anda tidak akan dapat lari dari dua soalan. Siapakah sebenarnya Orang Laut di Meditranian ini? Dari manakah mereka datang? Hingga hari ini para pengkaji sejarah Eropah masih belum mendapat jawapan pasti akan asal-usul bangsa Laut ini. Orang Laut di Meditranian sejak dahulu kala dikenali sebagai Phoenician yang bermaksud Bangsa Burung Phoenyx (Cenderawasih). Mereka sejak beribu-ribu tahun yang lalu datang dari Kepulauan Sulu masuk ke Laut Meditranian melalui Laut Atlantik. Mereka digelar Phoenicia yang dikaitkan dengan kehebatan burung lagenda yang terbang kemana sahaja menurut arah angin ke seluruh dunia dengan jalan laut.
Berikut adalah peta perjalanan dagang Bangsa Phoenicia menurut kajian saintis Eropah hari ini. Saintis hanya mengetahui Phoenicia masuk melalui Laut Atlantik datang menguasai perdagangan dan mengubah cara hidup manusia di sekitar Laut Meditranian. Hal inilah yang menyebabkan Plato menyebut bahawa kekuatan bangsa ini berasal dari sebuah pulau hebat bernama Pulau Atlantis hanya kerana mereka kebetulan datang dari arah laut Atlantik.
Sebenarnya Bangsa Sulug Phoenyx ini datang dengan perahu besar mereka yang ganjil kerana mempunyai Katig (Buluh pengimbang) yang diketuai oleh "Nakhoda" sebagai ketua kapal (Biasanya yang menjadi Nakhoda ialah dari suku Sulug Darat yang secara semula jadi menjadi pemimpin kepada suku Sulug Laut). Kapal-kapal Sulug yang telah rosak teruk terpaksa digantii dengan kapal baru tetapi kali ini tanpa Katig (buluh pengimbang) kerana ketiadaan pokok buluh di sekitar tepi pantai Laut Meditranian. Mereka terpaksa membina kapal yang lebih lebar di bahagian ruang bawahnya yang bukan sahaja dapat membantu memuat barang dagang yang berskala besar malah membantu menyeimbangkan kapal.
*(Kata asal NAKHODA adalah dari bahasa Sulug yang disebut Nagkuda bermaksud "Yang berkuda". Kerana telah menjadi kebiasaan pemimpin Sulug yang bergelar Datu senantiasa menaiki kuda sebagai lambang kekayaan dan status mereka sebab itu digelar dengan gelaran Nagkuda (Sulug menyebutnya Nakura', "D" menjadi "R" sebagai kebiasaan lidah). Hingga hari ini pun Tausug di Kepulauan Sulu memanggil pemimpin mereka dengan Nakura'. Bagi Sulug gelaran Nakura' @ Nakhoda bukan sekadar panggilan kepada ketua kapal sahaja malah kepada semua pemimpin yang memimpin mereka).
Sebenarnya kedatangan Sulug Phoenicia ke Laut Meditranian bukanlah kali pertama semenjak bertebaran bangsa anak-anak Noh a.s. yang turun dari Gunung Ararat, Turkey (lokasi pendaratan Bahtera Noh a.s.). Walau pun arus pelayaran terhenti beberapa puluh tahun atas sebab-sebab peperangan di sepanjang laluan yang menjadi persinggahan kapal-kapal Sulug namun ia tetap berkesinambungan. Inilah yang menyebabkan wujudnya bangsa Mesir Purba yang paling handal membina Piramid dan patung-patung besar. Bangsa Mesir Purba adalah hasil asimilasi bangsa Sumeria yang datang dari Tanah Sumer melalui darat dengan Bangsa Sulug yang datang dari kepulauan Sulu melalui laut ke Laut Meditranian.
Percantuman mereka menghasilkan satu ras yang berperadaban tinggi sehingga menghasilkan bangunan-bangunan canggih di zaman mereka. Masing-masing membawa kemahiran Tamadun Lemuria dari Timur (kepulauan Sulu) yang dipelopori oleh anak-anak Idris a.s. sehingga Noh a.s. sebagaimana yang diajarkan kepada mereka oleh Nabi Adam a.s.. Oleh sebab itulah mengapa mereka sangat mengagungkan bulan, bintang, matahari dan gunung-ganang sebagai lambang kewujudan bangsa mereka. Satu lambang ketamadunan Lemuria begitu canggih yang sehingga hari ini masih menjadi identiti Bangsa Sulug di kepulauan Sulu.
Tulisan Bangsa Sumer Purba yang berasal dari lukisan-lukisan yang berubah kepada tulisan pepaku @ bebaji.
Bangsa Mesir Purba dari muara sungai Nil di Laut Meditranian dan Bangsa Sumeria dari sungai Tigris dan Euphrates tidak jauh berbeza sebab itu mereka sama-sama pandai membuat bangunan tinggi dan berkongsi kaedah tulisan yang sama. Piramid di Mesir dan Ziggurat di Sumeria. Tulisan mereka bermula dari lukisan-lukisan berevolusi menjadi tulisan, tulisan Sulug yang dipanggil LUNTAR (Alibata baybayin) di kepulauan Sulu juga sama iaitu dari lukisan menjadi lambang-lambang ringkas yang akhirnya menjadi abjad tulisan.
Kedatangan Bangsa Sulug yang bertali arus ke Laut Meditranian dengan alasan perdagangan bukan sahaja berjaya memajukan setiap tempat yang mereka singgahi di sepanjang perjalanan ke Laut Meditranian tersebut malah menjadikan setiap bangsa manusia kekal mengetahui asal-usul dari mana mereka bermula. Tidak hairanlah mengapa perbendaharaan bahasa Sulug masih terkandung dalam bahasa Mesir Purba dan Sumeria @ Arab hari ini. Maka tidak hairanlah juga mengapa raja-raja Mesir Purba memiliki bentuk kapal serupa dengan kapal Sulug dan bangga menggelar diri mereka sebagai Pharaoh (Parahu @ Pala'o @ Fir'aun) yang berasal dari tanah nenek moyang mereka di kepulauan Sulu.
Kapal laut Mesir Purba Dinasti ke-XVIII (1580-1350 SM).
Jenis kapal laut yang digunakan oleh Queen Hatshepsut menuju ke Land of Punt melalui Laut Merah sehingga ke Laut India bertemu King Perehu (Raja Perahu). Sebenarnya dari abad ke-17 bangsa Eropah menggelar Asia Tenggara termasuk kepulauan Sulu sebagai kawasan EAST INDIA.
Jenis kapal laut yang digunakan oleh Queen Hatshepsut menuju ke Land of Punt melalui Laut Merah sehingga ke Laut India bertemu King Perehu (Raja Perahu). Sebenarnya dari abad ke-17 bangsa Eropah menggelar Asia Tenggara termasuk kepulauan Sulu sebagai kawasan EAST INDIA.
Perubahan kapal dagang Sulug Phoenisia di Laut Meditranian hanyalah pada dua perkara iaitu membuang Katig (buluh pengimbang, kerana ketiadaan pokok buluh) dan meluaskan ruang (luang) bawahnya sebagai alternatif pengimbang kapal. Ruang pendayung, tiang layar dan kawasan rehat (tandas) di belakang masih dikekalkan sebagaimana kapal Sulug yang asal.
BANGSA SULUG MENGHASILKAN BANGSA ISRAEL
Kedatangan Bangsa Sulug yang bertali arus ke Laut Meditranian telah menghasilkan banyak penempatan manusia termasuk di kawasan persinggahan di sepanjang perjalanan mereka dari Kepulauan Sulu ke Laut Meditranian. Satu perkara yang mesti difahami ialah Bangsa Sulug ini terbahagi dua iaitu Sulug Darat dan Sulug Laut. Sulug Darat biasanya jadi penguasa manakala Sulug Laut menjadi golongan pekerja atau pun hamba. Menunjukkan satu bentuk kasta atau jurang berdasarkan perbezaan status, budaya dan bahasa antara penguasa dan pekerja.
Sebab itu mengapa dalam budaya Sulug Purba di kepulauan Sulu terdapat dua kelompok terbesar iaitu kelompok Buranun (Bangsa Gunung yang berkasta tinggi) dan Samar @ Samal (Bangsa Laut yang berkasta rendah). Walau pun kedua-dua kelompok ini sangat mahir dengan laut namun kasta tersebut menyebabkan mereka terasing hinggakan menjadi perkara yang memalukan bagi lelaki Buranun memperisterikan wanita Samal. Hal ini masih berlaku di kepulauan Sulu hari ini walau pun agama Islam yang mereka anut melarang kebangsaan membeza-bezakan kasta tinggi dan rendah namun masih juga diamalkan. Dalam Islam semua bangsa adalah sama yang membezakan manusia adalah iman dan taqwa sahaja.
Inilah yang berlaku di sepanjang ribuan tahun, Sulug bertebaran membawa barang dagangan mereka sehingga ke India, Teluk Arab dan Laut Meditranian masih juga "membawa" kasta dua kelompok ini. Inilah juga yang berlaku kepada bangsa Sumeria dan bangsa Mesir Purba yang turut dihinggapi oleh "penyakit kasta" Sulug. Penyakit "kasta" ini juga berlaku kepada Bangsa Israel. Mengapa Bani Israel menganggap diri mereka adalah Manusia Pilihan? Bagaimana Bangsa Israel bermula?
Di kepulauan Sulu manusia yang masih menganggap diri mereka sebagai hebat dan manusia teragung ialah Sulug Darat yang menggelarkan diri mereka sebagai Buranun. Doktrin Buranun ialah "Kami adalah manusia terawal dan menguasai gunung-ganang" dan "Kami manusia berani, bermaruah, berbudaya, berbahasa berdarah pahlawan yang berkuasa". Ribuan tahun Sulug datang berkesinambungan ke Laut Meditranian membawa semangat Sulug Buranun mereka sehingga mereka berjaya mewujudkan satu perkampungan kecil di kawasan Timur Laut Meditranian. Kelompok Buranun ini akhirnya semakin berkembang dengan cara Buranun dan terhasillah satu Bangsa Hebat yang dipanggil Bangsa Israel.
Secara harfiah Israel terbit dari kata Hebrew "Yisrawel" bermaksud anak Nabi Ibrahim a.s. dari isterinya Sarah iaitu Nabi Ishak a.s.. Sedangkan Nabi Ibrahim a.s. menuturkan bahasa moyang mereka iaitu Eber, cicit Nabi Allah Noh a.s. yang kemudian bahasa ini disebut sebagai bahasa Hebrew berdasarkan nama Eber tersebut. Sedangkan Eber itu pula menuturkan bahasa Sulug Purba yang dibawa oleh Nabi Noh a.s. dari negara kepulauan di sebelah Timur Bumi iaitu kepulauan Sulu. Maka tidak hairanlah mengapa Bahasa Hebrew terkandung lebih 1,500 perbendaharaan kata Sulug kepulauan Sulu (Hal ini kami telah jelaskan secara terperinci dalam posting kami yang lepas bertajuk "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines"). Antara contoh persamaan sebutan bahasa Hebrew dengan Sulug ialah,
- Shiloh (Hebrew), bermaksud aman, rehat, damai.
- Shiloh (Sulug), bermaksud aman, rehat, damai.
- Shalom (Hebrew), bermaksud aman, damai dan selamat.
- Salum (Sulug), hanya menyebut Saum dengan membuang "L" bermaksud ruang bawah kolong sebagai tempat selamat dan aman dari panas dan hujan.
- Lahad (Hebrew), rumah atas menara,
- Lahad (Sulug), rumah @ ruang tempat bersemadi dalam tanah.
- Dote @ Dath (Hebrew), pemimpin yang dihormati.
- Datu @ Dats (Sulug), pemimpin berhormat yang memerintah.
- Ava @ Aba (Hebrew), bermaksud bapa atau ayah.
- Ama (Sulug), bermaksud bapa atau ayah.
- Ima (Hebrew), bermaksud ibu.
- Ina (Sulug), bermaksud ibu.
- Awlem (Hebrew), bermaksud alam ghaib.
- Alim (Sulug), bermaksud satu benda @ orang yang masuk ke alam ghaib.
- Malakha (Hebrew), bermaksud perempuan cantik bak bidadari syurga.
- Malakh (Sulug), bermaksud wanita cantik seperti bidadari.
Sifat dan sikap Bani Israel sebenarnya persis dengan sifat dan sikap Sulug Darat (Buranun) di kepulauan Sulu adalah kerana mereka adalah satu genetik terdekat. Perubahan rupa paras dan bentuk tubuh badan Bani Israel berbanding Sulug di kepulauan Sulu adalah kerana faktor cuaca persekitaran dan pemakanan. Bangsa Israel dan Bangsa Fir'aun dengan penguasa Bangsa Sumeria (Akkad, Babilon, Asyyur, Aryan) tidak jauh berbeza secara genetik iaitu masih keluarga terdekat kerana menganggap diri sebagai "Bangsa Pilihan" yang berkuasa.
Selesai Bahagian I
Bersambung di Bahagian II
|