JANGAN TAKUT ISLAM MEMERINTAH!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, December 14, 2010 0 ulasan


Arrgggghhh...Tidak!! Habislah...!!
Tidakkkk!! Tolong kami Tuhannnn!!
Jeritan memecah keheningan malam,
Dari rumah ke rumah bersahutan,
Seperti suara ketakutan bercampur ngeri,
Histeria pun tidak, gila pun tidak,
Entah apakah sebabnya.

Mereka telah Merdeka!! Habislah kita!!
Mereka telah bebas!! Musnahlah kita!!
Jeritan ketakutan tanpa harap dan keyakinan lagi,
Jeritan datang dari satu rumah mewah,
Bak istana indahnya berpagar batu marmar,
Itulah jeritan si kaya yang takutkan kemerdekaan,
Kemerdekaan siapa? Siapa yang merdeka?
Mengapa begitu menakutkan sekali?

Tidak jauh dari situ,
Satu rumah mewah lagi berdiri,
Tersergam indah tiga tingkat bak mahligai,
Kereta mewah berderet dengan pengawalnya,
Kaya sungguh aset tidak ternilai,
Tidaaakkkk!! Tidakkk! Oh, tidakkk!!
Mereka telah bebas merdeka, tidakkk!!
Kedengaran jeritan ngeri dari tuan rumahnya,
Penuh ketakutan tanpa harapan,
Siapa yang merdeka sehingga begitu menakutkan?
Mengapa si kaya begitu takut?
Seolah-olah mereka begitu berdosa sekali?
Si berdosa yang takutkan hukuman?

Tiba-tiba kedengaran satu jeritan,
Wahai sahabat ku sekalian! Janganlah risau dan takut!
Mereka hanyalah bangsa yang tiada guna!
Mengaku Tausug berani tetapi bodoh!
Yang sering bersengketa dan berkhianat sesama!
Mereka hanya MERDEKA pada nama!
Tidak mungkin mereka dapat berdiri di kaki sendiri!
Lihatlah, mereka semakin musnah!
Bijak pandai yang pimpin mereka terlalu ego,
Yang hanya menerima pendapat sendiri,
Tanpa Syura dan perancangan rapi!

Malam tiba-tiba senyap,
Senyap dari jeritan ngeri dan ketakutan,
Kahahahaha! Hahahaha! Bagus!! Bagus sekali!!
Mari kita bergembira dan berseronok raikannya!!
Suara gembira tiba-tiba memecah kesunyian,
Hilai ketawa mengganti suara kengerian tadi,
Orang-orang kaya mula keluar dari rumah mewah mereka,
Berhimpun di tepi pantai meraikan kegembiraan,
Pantai yang kebetulan mengadap ke Laut Sulu,
Laut yang mana terdapat sebuah pulau bersejarah,
Tempat bermulanya manusia dan keagungannya,
Tempat bangsa manusia berhati besi yang ditakuti,
Itulah Bangsa Tausug yang kaya harta dan sejarah,
Merekalah bangsa yang telah isytiharkan diri MERDEKA.

Ingat! Kita jangan layan kemerdekaan mereka!
Kita semua mesti senyap dan jangan beri reaksi!
Kalau mereka datang hantar deligasi, kita diamkan diri!
Biar mereka merempat dan meminta sedekah pada kita!
Biar mereka berlutut dan bersujud di hadapan kita!
Konon mereka berani sebenarnya bodoh!! Horreyyyyy!!
Mereka bersorak gembira sambil menyalakan bunga api,
Bunga api bergemerlapan di langit malam,
Sayup-sayup cahaya bunga api kelihatan dari Pulau Sulu.

Suasana di Pulau Sulu berlaku sebaliknya,
Kelihatan Bangsa Tausug sedang bermunajat,
Bermuhasabah dan bermuraqabah diri,
Berzikir dan berdoa ke hadrat Ilahi,
Agar kemerdekaan tetap berdiri,
Walau pengkhianat berjaya menyusup masuk,
Walau kemerdekaan mereka tidak bersahut,
Mereka tahu Tuhan Maha Berkuasa lagi Mengetahui.

Di keheningan malam di atas gunung Tumantangis,
Di puncak gunung Bagsak, gunung Dahu' dan gunung Datu,
Tersergam makam para Syuhada' dan para Syarif,
Sayup-sayup bunyi zikir kedengaran bersahut-sahutan,
HU Allah! HU Allah! HU Allah!!
Dengan tangisan Zauk, Mahabbah dan Rindu,
Runut zikrullah dari dalam kubur para wali Allah itu,
Mereka tetap hidup dan mendapat rezeki di sisi-Nya.

Bunyi zikir dari pergunungan turun dibawa angin tenang,
Menuju lembah Buansa ke sebatang tiang bendera,
Itulah bendera merah sedang berkibar dalam alunan zikir,
Bendera berkat dan berdarjat kerana tertulis kalimat,
Kalimat suci Dua Kalimah Syahadat,
La ilaha illallah Muhammadurrasulullah!

Tiba-tiba bergema satu suara berdoa,
Doa seorang hamba penuh harap dengan Tawassul,
Ya Tuhan Semesta Alam, dengan berkat kekasih-Mu,
iaitu Muhammad SAW dan para Ahlul Baitnya,
Dan para sahabatnya yang telah Engkau janjikan syurga,
Dengan berkat para Syuhada' dan para wali-wali-Mu,
Serta berkat para hamba-Mu yang amilin dan Mukhlisina Lahuddin,
Satukanlah hati-hati kami agar terhindar dari perpecahan,
Teguhkanlah negara kami dengan bendera mulia ini,
Lembutkanlah hati para musuh-musuh kami,
Hapuskanlah segala niat jahat mereka,
Musnahkanlah segala sabotaj mereka,
Sirnakanlah segala buruk sangka dan adu domba mereka,
Sekiranya mereka tetap memerangi kami,
Dengan mereka bersama DAJJAL maka musnahkanlah,
Dengan mereka bersama KUFFAR hancurkanlah,
Dengan mereka bersama MUNAFIK ranapkanlah,
Berilah kami kekuatan memusnahkan mereka......!
Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Qahhar, Ya Mutakabbir!!

Doa masih berterusan dengan tangisan dan penuh harap,
Bumi Sulu seolah-olah bergegar, Laut Sulu seakan bergelora,
Mengaminkan doa Bangsa Tausug yang selama ini teraniaya,
Langit Sulu semakin cerah tanda Subuh menjelma,
Bumi Sulu mula disinari matahari, kekuatan Sulu mula kembali,
Kekuatan yang dijanjikan buat bangsa GHURABA',
Bangsa dari Timur yang bergelar Ikhwan,
Warisan pahlawan berhati besi seramai tentera Thalut dan Badar,

Ya Allah! Tiada kekuatan melainkan kekuatan Mu!
Bersedialah kalian buat yang bersorak gembira di sana,
Yang memperlekeh bangsa ini dan menghinanya,
Wahai musuh Allah pilihlah salah satu dari keduanya,
"KALIAN MAHU ISLAM ATAU BERI JIZYAH?"


Dzulasree
Selasa, 14 Dis 201

Post a Comment