MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN & REAKSI

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, December 4, 2010 1 ulasan


Benarkah Sulu telah merdeka? Satu pertanyaan ringkas yang sukar dijawap oleh ahli MNLF atau MILF tetapi mudah bagi ahli UTC atau rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam menjawapnya. Malah pihak Filipina dan Amerika Syarikat sendiri boleh menjawapnya dengan mudah iaitu "Sememangnya Sulu sejak dari dulu merdeka!". Untuk mengetahui jawapan Filipina dan Amerika Syarikat tersebut benar demikian ialah dengan melihat situasi dan kondesi sikap kerajaan Filipina dan reaksi AS sebelum dan selepas hari pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada 17 Nov 2010 baru-baru ini.


SIKAP FILIPINA
Pihak luar yang menghantar pemantau @ perisik pada 17 Nov baru-baru ini pada awalnya tertanya-tanya mengapa kerajaan Filipina tidak mengambil tindakan menghalang KEMERDEKAAN SULU yang jelas telah MENCAKAR dan MEROBEK kedaulatannya terhadap Kepulauan Sulu. Mengapa Filipina berdiam diri? Filipina sengaja membiarkan atau sememangnya tidak mampu berbuat apa-apa? Mari kita lihat apa kata Tentera Marin Filipina,

"Kami diarahkan agar tidak mendekati bendera Sulu sejauh 100 meter serta dilarang sama sekali menyentuh rakyat United Tausug..." Ujar seorang tentera Marin.

Seorang Peace Keeper UTC telah bertanya kepada seorang Tentera Marin "Kalau UTC semakin kuat dan kukuh tentu pada akhirnya akan berlaku peperangan antara kami dengan kamu.." Maka dijawap oleh tentera Marin Filipina "Tidak mungkin kami berperang dengan anda, kerana kami akan keluar setelah kalian menjadi kuat dan boleh menjaga wilayah ini".

Setelah selesai pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada 17 Nov baru-baru ini, unit Peace Keeper yang menjaga Pejabat Pendaftaran United Tausug di Buansa, Indanan yang jauhnya hanya beberapa kilometer dari Bandar Jolo telah mula memegang senjata M-16 dan M-14 seramai 9 anggota. Hal ini telah menimbulkan rasa panik dikalangan kejiranan sehingga beberapa rumah dikosongkan kerana takut United Tausug tersebut akan diserang oleh Tentera Marin atau BALIKATAN. Rasa panik akhirnya telah sampai ke pengetahuan Balai Polis Filipina hinggakan beberapa buah helikopter dan kapal terbang kecil tanpa juruterbang yang hanya dilengkapi kamera berlegar sekitar Buansa.

Akhirnya DO Indanan datang berjumpa salah seorang pemimpin United Tausug untuk meminta dirundingkan beberapa perkara antaranya ialah "Pihak polis tidak akan menghalang penggunaan senjata dikalangan Peace Keeper United Tausug, yang diharapkan ialah sekiranya pihak bersenjata United Tausug memasuki Bandar Jolo mesti memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu demikian sebaliknya iaitu sekiranya pihak polis melalui atau memasuki kawasan bersenjata United Tausug pihak polis akan memaklumkan terlebih dahulu kepada United Tausug". Malangnya tidak dipersetujui oleh pemimpin United Tausug atas dasar bahawa Tentera Kesultanan Sulu bebas bergerak kemana sahaja yang mereka mahu tanpa terikat dengan persetujuan pihak keselamatan Filipina kerana rakyat Kesultanan Sulu telah pun isytiharkan kemerdekaan. Penggunaan senjata adalah wajib bagi tentera sebuah negara yang merdeka.

Beberapa hari yang lalu Peace Keeper United Tausug telah mula membina Kem Tentera berdekatan Indanan dan mula menjalankan registrasi senjata persendirian untuk kegunaan Tentera United Tausug yang dinamakan TAF (Tausug Arm Forces). TAF telah ditubuhkan sejak tahun 2007 yang pada awalnya dikenali sebagai Peace Keepers United Tausug Citizens yang bertindak sebagai Pengawal Keselamatan tanpa senjata. Registrasi beberapa minggu yang lalu menyenaraikan hampir 2000 anggota TAF sebagai ahli awal. Beberapa bekas anggota MNLF dan MILF telah mula berdikit-dikit mendaftarkan diri sebagai anggota TAF kerana melihat kejayaan United Tausug menegakkan entiti Kesultanan Sulu membuahkan hasil. Kejayaan United Tausug isytiharkan kemerdekaan 17 Nov tanpa tentangan dan halangan dari pihak Filipina telah menimbulkan reaksi yang bercampur baur dikalangan pemimpin MNLF yang masih berkubu di atas pergunungan Jolo.



REAKSI MNLF ISYTIHAR KEMERDEKAAN
Sejak termeterainya perjanjian damai MNLF dengan Kerajaan Manila pada 1996 dahulu maka secara rasmi semua anggota termasuk pemimpin MNLF telah "terikat tangan" dari melakukan sebarang aktiviti "memperjuangkan kemerdekaan Bangsa Moro & Moro Land". Malah secara automatik semua anggota MNLF telah menjadi Filipino dibawah bendera Kristian Manila. Kerana, antara kandungan perjanjian tersebut ialah MNLF tidak boleh bertindak "Mewujudkan matawang sendiri", tidak boleh mewujudkan kewarganegaraan sendiri, tidak boleh mewujudkan perhubungan luar dan beberapa perkara lagi.

Maka tiada harapan lagi bagi MNLF untuk dapatkan kemerdekaan MORO-LAND mereka buat selama-lamanya sekali pun Pengerusi Seumur Hidup MNLF, Nur Misuari senantiasa mewar-warkan kemerdekaan Moro Land dari masa ke semasa. Hari ini MNLF telah berpecah berkeping-keping hinggakan muncul beberapa individu yang mengaku sebagai Pengerusi MNLF yang baru. Oleh kerana MNLF walau pun telah terkandas masih memberikan janji-janji kosong untuk kemerdekaan Moro Land mereka sehingga hampir setiap beberapa bulan akan ada sahaja yang manyuarakan tarikh tertentu yang kononnya Nur Misuari akan bakal dan berjaya isytiharkan kemerdekaan Moro Land. Janji janji kemerdekaan yang hanya tinggal mitos buat selama-lamanya. Apakah reaksi kebanyakan anggota MNLF yang masih mengharapkan keajaiban itu terhadap Deklarasi Kemerdekaan Kesultanan Sulu Darul Islam?

Pada 19 Nov 2010 baru-baru ini selepas dua hari deklarasi kemerdekaan Sulu di perkarangan Plaza Tulay yang kebetulan berada di tepi pejabat MNLF telah menaikkan inspirasi Bangsa Moro MNLF untuk isytiharkan kemerdekaan mereka pula. Telah tersebar ke pergunungan Jolo bahawa United Tausug telah berjaya isytiharkan kemerdekaan tanpa halangan dan tentangan dari pihak Filipina maka sudah tiba masanya MNLF pula isytiharkan kemerdekaan yang sudah tentu tidak akan diganggu oleh Filipina sebagaimana United Tausug. Sebab itu hari ketiga iaitu tepat pada 19hb Nov MNLF telah memanggil ahli mereka untuk memulakan perarakan membawa bendera MNLF. Berita telah sampai ke telinga Tentera Marin Filipina hinggakan persimpangan jalan utama telah mula dikawal secara ketat untuk menghalang perarakan MNLF tersebut. Perarakan MNLF kali ini telah terbantut kerana kalau diteruskan akan berlaku peperangan antara mereka dengan Tentera Marin Filipina yang dibantu oleh teknologi Amerika Syarikat.

Berita begitu cepat tersebar terhadap kegagalan perarakan MNLF tersebut kerana difahamkan mereka akan berarak sambil membawa bendera MNLF. United Tausug dan kepimpinannya telah lama menjemput ahli atau anggota MNLF agar melepaskan pakaian dan bendera MNLF untuk masuk menyertai United Tausug menegakkan Kesultanan Sulu semula, namun pemimpin MNLF masih berdegil dan berdolak dalih sambil mempertahankan keyakinan mereka bahawa "Moro Land hanya akan berjaya dimerdekakan dengan jalan peperangan". United Tausug telah ingatkan mereka untuk membuang nama Bangsa Moro ditukar dengan nama Tausug sebagai rakyat asal Kepulauan Sulu kerana kalau MNLF menggunakan Bangsa Moro bermakna MNLF bertindak merampas Sulu dari tangan Tausug dan Kesultanan Sulu pendek kata MNLF telah memusuhi dan memerangi Tausug dan Kesultanan Sulu. Maka secara automatik MNLF telah bertindak memerangi Amerika Syarikat sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian Bates 1898 iaitu Kerajaan Amerika Syarikat bertanggungjawab melindungi Tausug & Kesultanan Sulu dari serangan musuh.


25hb Nov MNLF ISYTIHARKAN KEMERDEKAAN DI MARANG
Selepas tersebarnya kegagalan MNLF berarak pada 19hb Nov di Bandar Jolo yang sebenarnya dilihat oleh Tentera Marin Filipina sebagai tindakan "mensabotaj perarakan United Tausug" yang masih berhimpun di perkarangan Plaza Tulay ketika itu menaikkan semangat Komander Khaid dan rakan-rakan MNLF untuk bangun menutup keaiban di kubu mereka berhampiran Kg Marang. Melihat keadaan ini beberapa pemimpin tua yang berpengaruh dari United Tausug telah datang menemui pemimpin MNLF termasuk menemui Komander Khaid untuk memujuk mereka menyertai United Tausug kerana Tausug Arm Forces (TAF) telah pun ditubuhkan tanpa halangan dan tentangan kerajaan Filipina dan pihak AS sendiri. Menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu Darul Islam telah pun diterima kemerdekaannya oleh kerajaan Filipina dan AS sebab itu MNLF perlu dibubarkan dan menyatu dengan United Tausug dibawah panji Kesultanan Sulu namun telah ditolak oleh para Komander MNLF.

Maka pada 25hb Nov 2010 Komander Khaid dan beberapa pemimpin MNLF dengan beraninya telah menaikkan bendera MNLF sambil melaungkan Kemerdekaan Bangsa Moro di Kg Marang. Maka berita pun telah tersebar dengan cepat bahawa MNLF telah isytiharkan kemerdekaan mereka menyebabkan reaksi Negatif dari pihak Tentera Marin dan pihak AS sendiri. Sebenarnya kelakuan MNLF isytiharkan kemerdekaan mereka telah dilihat oleh Kerajaan Manila sebagai sabotaj terhadap United Tausug dan Kesultanan Sulu yang mana Manila tidak mahu dilihat sebagai menggalakkan sabotaj terhadap Tausug & Kesultanan Sulu. Maka tiada jalan lain kecuali menghapuskan pemimpin MNLF yang telah bersubahat isytiharkan kemerdekaan Moro Land mereka. Nampaknya AS perlu memainkan peranannya.


REAKSI AMERIKA SYARIKAT
Kemudian pada 27hb Nov pihak Tentera Marin Filipina dengan kerjasama AS telah mengeluarkan kertas bercetak dengan cepat yang menunjukkan gambar-gambar pemimpin MNLF yang dipercayai telah bersubahat isytiharkan kemerdekaan Moro Land tersebut. Kali ini semua mereka telah di tulis sebagai "Terrorist" dengan wang ganjaran ratusan ribu Peso kepada sesiapa yang berjaya menangkap mereka. Amat menyedihkan buat pemimpin MNLF kerana selama ini mereka tidak pernah dicap sebagai pengganas kini mereka telah berkongsi nama dengan Osama bin Laden pula. Hal ini telah menjadi kegemparan buat pemimpin MNLF kerana kali ini AS telah campur tangan dengan menggelar pengganas kepada anggota MNLF yang sebenarnya telah dilihat dengan sengaja mensabotaj United Tausug & Kesultanan Sulu.

Beberapa orang telah dihantar oleh beberapa pemimpin MNLF untuk datang bertemu pemimpin United Tausug meminta diselesaikan perkara tersebut dengan pihak AS kerana gelaran Terrorist amat berat buat mereka. Mereka telah suarakan bahawa tidak lama lagi tentera Marin Filipina dan tentera AS tentu akan datang menggempur kedudukan mereka di pergunungan Jolo tersebut.

Kita tunggu dan lihat......


KESIMPULAN
Penjelasan di atas sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada pembaca betapa Tausug & Kesultanan Sulu telah diterima dan diakui kemerdekaannya oleh pihak Filipina dangan restu Amerika Syarikat atas dasar sejarah dan keamanan sejagat di rantau Asia Tenggara ini. Hal ini sekiranya diperhalusi akan terfokus kepada sejarah bermulanya Bates Treaty 1898 antara Kesultanan Sulu dan Amerika Syarikat iaitu dua negara merdeka yang perlu saling bantu membantu menghadapi musuh bersama.

Sebenarnya Tausug & Kesultanan Sulu tidak memerlukan pengisytiharan untuk merdeka kerana tidak pernah dijajah mahupun ditakluki oleh mana-mana negara kerana sekiranya kembali kepada sejarah Tausug dan Kesultanan Sulu kita akan dapati Sulu adalah satu Empayar mencakup rantau Asia Tenggara sehingga ke Selatan India (zaman sanskrit Hindu-Buddha) lama sebelum kewujudan Tamadun Sumeria dan Mesir purba lagi. Amerika Syarikat telah menerima hakikat bahawa Sulu bukan sekadar Empayar ketika dulu malah pernah menjadi pusat Ketamadunan yang mana kalau dibongkar dan dirungkai sejarahnya akan menyebabkan perubahan Sejarah Dunia.

Kini, Sulu telah isytiharkan kemerdekaannya dan adalah satu tanggungjawab besar buat Tausug menjaga dan mempertahankan kemerdekaannya. Dengan kerjasama kuasa besar seperti AS diharapkan Sulu akan mendapat kemajuan dari segi material dan spiritual yakni dunia dan akhirat sehingga kiamat. Kita berkeyakinan bahawa AS akan menoleh semula sejarah kerjasama antara mereka dengan Kesultanan Sulu pada perjanjian Bates 1898 yang lalu sebagai pengikat kerjasama demi keamanan dan kesejahteraan Sulu Darul Islam.
  1. Daulat UTC!
    semoga diberkati Allah buat selamanya.... amin

Post a Comment