PERLUNYA MAJLIS SYURA DIWUJUDKAN
Assalamualaikum warahmatullah Wabarokatuhu,
Penulis berasa terpanggil untuk melontarkan beberapa idea untuk menambah serta "mencantikkan jambangan bunga di halaman rumah Tausug Citizens" kerana walau pun "bunga-bungaan yang dijadikan jambangan" sudah diletakkan oleh mereka ketika deklarasi kemerdekaan Sulu pada 17 Nov 2010 yang lepas sudah dikira cantik dan menawan tetapi ia masih kelihatan kusut masai pada reka letaknya. Beberapa "jambangan bunga" nampaknya diletak bukan pada tempatnya.
Sebagai contoh ialah perjalanan majlis yang tidak terancang telah menyebabkan segala keputusan setelah itu menjadi huru hara. Inilah punca utama kepada kepincangan yang berlaku iaitu semua program tidak terancang dan teratur adalah disebabkan TIADA MAJLIS SYURA. Berkenaan majlis Syura inilah mengapa penulis dan Tuan Hj Kerry datang lebih awal ke Jolo, Sulu empat minggu sebelum deklarasi kemerdekaan Sulu berlangsung bertujuan membantu adakan persediaan membentuk majlis Syura.
Pada awalnya berjalan lancar tetapi setelah hampir pada tarikh 17 November maka tersebarlah fitnah yang penulis kira sebagai "senjata menghalang" bantuan penulis dan Tuan Hj Kerry iaitu amaran berbunyi "Awas! Akan ada pihak yang datang dari Malaysia untuk memusnahkan deklarasi Kemerdekaan Sulu pada 17 November 2010". Fitnah ini begitu cepat tersebar menyebabkan penulis dan Tuan Hj Kerry berpandangan sesama kami dan mula menjadi tanda tanya siapakah yang begitu berhati busuk menyebarkan fitnah sekotor itu?
Penulis mula terhidu baunya dari mana fitnah ini bermula kerana tidak syak lagi "pihak" yang dimaksudkan yang kononnya akan memusnahkan deklarasi kemerdekaan Sulu tersebut tidak lain ialah penulis sendiri dan Tuan Hj Kerry serta rombongan yang datang dari North Borneo (Sabah) kalau tidak siapa lagi. Umum mengetahui jawatan penulis dalam program Kesultanan Sulu ini ialah "Wakil Rasmi (Ambasador) Kesultanan Sulu di Malaysia" yang dipanggil sebagai Malaysian Affairs yang membawa gelaran Datu Paduka Wazir.
Fitnah busuk ini akhirnya menyebabkan penulis tidak dapat menegur segala kesilapan kata-kata pemimpin Tausug Citizens di Jolo, Sulu kerana sebarang bangkangan dari penulis akan dikira sebagai "tanda-tanda" sebagai pemusnah deklarasi yang dihantar oleh Malaysia. Ini terbukti penulis telah mengaturkan tiga kali mesyuarat bersama pemimpin Tausug yang juga turut dihadiri oleh Tuan Hj Kerry sendiri dan telah berjaya hasilkan resolusi namun telah dibakul sampahkan oleh pihak yang telah termakan fitnah tersebut. Oleh yang demikian penulis telah mengambil keputusan menahan diri dari memberikan pandangan dan teguran pada sebarang majlis yang diadakan oleh Atty. Meltino termasuk pada majlis deklarasi kemerdekaan Sulu pada 17 Nov 2010 tersebut.
Penulis telah maklumkan kepada Tuan Hj Kerry dan beliau hanya mengambil sikap berdiam diri. Nampaknya Tuan Hj Kerry terpaksa memikul tugas berat dengan menjadi pembangkang dalam majlis pemilihan Prime Minister dan para ahli kabinetnya iaitu membangkang setiap perkara kurang tepat dengan membetulkannya. Tuan Hj Kerry berjuang bersendirian membentangkan pendapat dan pandangan seperti yang diputuskan dalam tiga mesyuarat yang kami adakan sebelum ini namun keputusan tidak berpihak kepada "keputusan mesyuarat" rakyat tersebut, yang diterima ialah keputusan yang dibacakan oleh Atty. Meltino berdasarkan pandangannya sebagai peguam @ Legal Counsel.
Berikut adalah keputusan dalam 3 mesyuarat (Syura) yang Tuan Hj Kerry sendiri hadiri sebelum hari deklarasi dan selepasnya:
Dalam hal ini penulis telah memaklumkan kepada sahabat-sahabat rombongan penyokong Tausug dari Malaysia agar bersabar dan menerima keputusan Atty. Meltino seadanya kerana sebarang bangkangan dari pihak Tausug Malaysia akan menyebabkan persengketaan kerana fitnah telah pun tersebar memburukkan lagi keadaan. Kami hanya mampu berdoa ke hadrat Allah SWT agar kesatuan dan perpaduan akan tetap utuh. Tuhan lebih mengetahui betapa pilunya hati penyokong Tausug yang datang dari Malaysia dengan fitnah yang demikian, namun Tuhan juga mengetahui betapa kesabaran kami juga mempunyai had dan terbatas.
WUJUDKAN MAJLIS SYURA RAKYAT TAUSUG
Sesampai di Sabah, penulis telah mula terdengar "bincang-bincang" dari ahli penyokong Tausug di mana-mana berkenaan beberapa perkara yang menjadi kesilapan dalam majlis deklarasi Kemerdekaan Sulu yang lalu. Antara mereka ada yang mencadangkan untuk tidak menerima sebarang perlantikan ahli kabinet yang dibuat oleh Datu Albi kerana tidak menepati protokol malah kata mereka sehingga hari ini Datu Albi masih enggan mendaftar diri serta ahli keluarganya menjadi Rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam. Mereka rasa tertipu.
Dalam hal ini penulis perlu mengingatkan penyokong Tausug dari Malaysia agar tidak tersalah langkah bersengketa dengan Datu Albi kerana yang membawa beliau masuk ke United Tausug Citizens ialah Atty. Meltino sendiri maka sebarang permusuhan dengan Datu Albi maka akan turut memusuhi Atty. Meltino. Semua pihak perlu bersabar dan membuang rasa tidak puas hati dengan kembali beristighfar dan berselawat ke atas Rasulullah SAW agar akal kita senantiasa berfikiran rasional.
Perjuangan ini bukan hanya perjuangan kita tetapi adalah juga perjuangan anak cucu kita di kemudian nanti. Sebarang "warna buruk" yang kita pamerkan dalam perjuangan ini akhirnya akan menimpa generasi kita yang akan datang dengan rasa malu kepada masyarakat dan sumpah seranah kepada kita sendiri. Warna buruk kita pasti akan tertulis dalam lembaran sejarah tausug sampai kiamat. Ianya sudah pasti akan menjadi kedukaan dan kesengsaraan kita di alam kubur kelak. Wal 'iyazubillah!! (Piyakalayu' sin Tuhan).
Apa yang perlu dilakukan ialah menubuhkan satu Majlis Syura Tausug (MASYTA) di peringkat dalam & luar negara bertujuan membentuk kesepakatan dari segi tindakan untuk dijadikan SUARA PEMUTUS kepada sebarang keputusan Kesultanan Sulu di Jolo, Sulu. Dengan demikian tiada lagi mana-mana individu yang "berkuasa" memaksakan keputusan peribadinya untuk diterima oleh rakyat melainkan keputusan kolektif oleh MASYTA. Semua Raja Bandahara (Paduka Daerah) di Jolo, Sulu perlu menubuhkan MASYTA mereka demikian di Tawi-Tawi, Basilan, Zamboanga dan Illigan. Setiap negeri yang punya MASYTA dan keputusannya perlu dibawa ke Rumah Bichara untuk dibahas pula sebelum keputusan terakhir diserahkan kepada Sultan Sulu untuk ditandatangani.
InsyaAllah segala kemelut dan buruk sangka akan dapat ditepis dan diselesaikan melalui majlis Syura ini. Tiada lagi fitnah dan adu domba. Tiada lagi gila kuasa dan harta serta kepentingan peribadi melainkan semuanya dibahas terlebih dahulu dalam MASYTA. Secara kasar MASYTA adalah merupakan RUMAH BICHARA KECIL sebelum dibawa ke Rumah Bichara induk. MASYTA perlu berlandaskan neraca Syari'ah agar segala keputusan senantiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
*MASYTA hanyalah cadangan penulis semata-mata. Nama atau istilah perlulah dirujuk semula kepada mesyuarat Tausug yang dihadiri oleh para Panglima, Paduka Daerah, Paduka Wazir dan sebagainya sekiranya dipersetujui, sekiranya ada istilah yang lebih baik amatlah dialu-alukan.

- Memerintah selepas deklarasi kemerdekaan samada dengan persetujuan Filipina atau pun tidak, alasannya ialah Sulu sememangnya merdeka di bawah Kesultanan Sulu Darul Islam semenjak tahun 1405 M.
- Deklarasi dan perarakan hanya perlu dilakukan selama sehari kerana sebarang penambahan hari (berkampung di Plaza Tulay) akan menambah kos yang besar yang sepatutnya kos tersebut digunakan untuk menampung pentadbiran kerajaan Kesultanan Sulu.
- Penubuhan ahli Rumah Bichara (Majlis Syura Negara) @ Legislative dan Kerajaan Pentadbir Negara @ Executive yang diketuai oleh Bandahara (Prime Minister) dan ahli kabinetnya, iaitu Majlis Syura dan Kerajaan Pentadbir adalah terpisah agar tidak wujud lobi melobi dan politik wang serta berlakunya pertindihan kuasa. Bandahara tidak boleh menguasai Rumah Bichara sedangkan Rumah Bichara pula adalah penggubal undang-undang dan pemantau Kerajaan Bandahara di bawah Majlis Syarak dan Kehakiman Syariah @ Judiciary.
- Perlunya Rumah Bichara melantik Sultan Sulu yang sah sebagai Ketua Negara agar Kerajaan mendapat kesempurnaan sebagai Sultanate of Sulu kerana selagi tiada Sultan maka Kerajaan Sulu tidak boleh dinamakan Sultanate of Sulu melainkan REPUBLIK. Kemudian Rumah Bichara perlu memilih individu yang sesuai, bijak, sihat, sempurna akal serta beragama untuk dijadikan BANDAHARA (Prime Minister) sebagai ketua pentadbir Kerajaan Kesultanan Sulu. Kemudian Bandahara perlu memilih ahli kabinetnya berdasarkan cadangan dari Rumah Bichara kemudian "Wajib" mengangkat sumpah dan bai'ah (Sumpah Setia) kepada Sultan Sulu bersama ahli kabinetnya setelah dilakukan terlebih dahulu oleh Ahli Rumah Bichara.
- Setelah tertubuh 4 elemen utama dalam kerajaan Sulu iaitu (1) Rumah Bichara @ Legislative, (2) Majlis Syarak & Kehakiman Syari'ah @ Judiciary, (3) Sultan Sulu, (4) Kerajaan Pentadbir @ Executive, maka pelan ekonomi akan dilancarkan diikuti oleh aktiviti Menteri Luar dan Menteri Pertahanan (Ketenteraan).
- Dan banyak lagi....
Dalam hal ini penulis telah memaklumkan kepada sahabat-sahabat rombongan penyokong Tausug dari Malaysia agar bersabar dan menerima keputusan Atty. Meltino seadanya kerana sebarang bangkangan dari pihak Tausug Malaysia akan menyebabkan persengketaan kerana fitnah telah pun tersebar memburukkan lagi keadaan. Kami hanya mampu berdoa ke hadrat Allah SWT agar kesatuan dan perpaduan akan tetap utuh. Tuhan lebih mengetahui betapa pilunya hati penyokong Tausug yang datang dari Malaysia dengan fitnah yang demikian, namun Tuhan juga mengetahui betapa kesabaran kami juga mempunyai had dan terbatas.
WUJUDKAN MAJLIS SYURA RAKYAT TAUSUG
Sesampai di Sabah, penulis telah mula terdengar "bincang-bincang" dari ahli penyokong Tausug di mana-mana berkenaan beberapa perkara yang menjadi kesilapan dalam majlis deklarasi Kemerdekaan Sulu yang lalu. Antara mereka ada yang mencadangkan untuk tidak menerima sebarang perlantikan ahli kabinet yang dibuat oleh Datu Albi kerana tidak menepati protokol malah kata mereka sehingga hari ini Datu Albi masih enggan mendaftar diri serta ahli keluarganya menjadi Rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam. Mereka rasa tertipu.
Dalam hal ini penulis perlu mengingatkan penyokong Tausug dari Malaysia agar tidak tersalah langkah bersengketa dengan Datu Albi kerana yang membawa beliau masuk ke United Tausug Citizens ialah Atty. Meltino sendiri maka sebarang permusuhan dengan Datu Albi maka akan turut memusuhi Atty. Meltino. Semua pihak perlu bersabar dan membuang rasa tidak puas hati dengan kembali beristighfar dan berselawat ke atas Rasulullah SAW agar akal kita senantiasa berfikiran rasional.
Perjuangan ini bukan hanya perjuangan kita tetapi adalah juga perjuangan anak cucu kita di kemudian nanti. Sebarang "warna buruk" yang kita pamerkan dalam perjuangan ini akhirnya akan menimpa generasi kita yang akan datang dengan rasa malu kepada masyarakat dan sumpah seranah kepada kita sendiri. Warna buruk kita pasti akan tertulis dalam lembaran sejarah tausug sampai kiamat. Ianya sudah pasti akan menjadi kedukaan dan kesengsaraan kita di alam kubur kelak. Wal 'iyazubillah!! (Piyakalayu' sin Tuhan).
Apa yang perlu dilakukan ialah menubuhkan satu Majlis Syura Tausug (MASYTA) di peringkat dalam & luar negara bertujuan membentuk kesepakatan dari segi tindakan untuk dijadikan SUARA PEMUTUS kepada sebarang keputusan Kesultanan Sulu di Jolo, Sulu. Dengan demikian tiada lagi mana-mana individu yang "berkuasa" memaksakan keputusan peribadinya untuk diterima oleh rakyat melainkan keputusan kolektif oleh MASYTA. Semua Raja Bandahara (Paduka Daerah) di Jolo, Sulu perlu menubuhkan MASYTA mereka demikian di Tawi-Tawi, Basilan, Zamboanga dan Illigan. Setiap negeri yang punya MASYTA dan keputusannya perlu dibawa ke Rumah Bichara untuk dibahas pula sebelum keputusan terakhir diserahkan kepada Sultan Sulu untuk ditandatangani.
InsyaAllah segala kemelut dan buruk sangka akan dapat ditepis dan diselesaikan melalui majlis Syura ini. Tiada lagi fitnah dan adu domba. Tiada lagi gila kuasa dan harta serta kepentingan peribadi melainkan semuanya dibahas terlebih dahulu dalam MASYTA. Secara kasar MASYTA adalah merupakan RUMAH BICHARA KECIL sebelum dibawa ke Rumah Bichara induk. MASYTA perlu berlandaskan neraca Syari'ah agar segala keputusan senantiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
*MASYTA hanyalah cadangan penulis semata-mata. Nama atau istilah perlulah dirujuk semula kepada mesyuarat Tausug yang dihadiri oleh para Panglima, Paduka Daerah, Paduka Wazir dan sebagainya sekiranya dipersetujui, sekiranya ada istilah yang lebih baik amatlah dialu-alukan.
|
MANG IN ATAI SIN MANGA TAUSUG DI' MAGHAMBUUK... WAYRA GUNA MAGPA AUN SIN KARAJJAN SULU...
Nakapa ka in na baha in ngan Tausug Hambuuk Atai?
mang biahayan in... in problema niya yan amura saan kalna sin way Sultan amun pangannal sin Rakyat, Sultan madayau, amun kapangandulan... Subai aun Sultan ta... pasal in tausug ini di' mag hambuuk mang way Sultan, Kita ini tausug. Bisan bihaadtu, kita ini saptun bia' kaabau hihiukutan in lunghag ilung. mang way hukut, taantu in kaabau dumagan palau gulangan. sulay kunu, mang hiuhukutan ini ilung niya sin hukut mapagun... makadagan baha siya palaum gulangan? Bihadtu da san in manusia, khususnya Tausug.... in bangsa ta ini, mang way nakura'.... mapulakkanat!.... subay pag duura un niyu in Nakura(Sultan) iban ra'yat. mang aun na dua ini, na, ampa kita magpatindung sin Rumah Bichara... Subay da isab in Rumah Bichara ini patindugun daing ha hambuuk bissara daing ha kataan kauman- kawa'a niyu in trust sin ra'yat.
malingkat in sa'bu niyu nag declare sin kamahardikaan adlaw yadtu, .. mapatut tuud aun Sultan nakaa agad... mang haat wakil sajja... di' san intausug magkahagad 100%... paling2 makawa' kamu 50% trust daing ha tausug.. salabih niya, MNLF iban manga kaibanan haad magkatawa kanniyu...
makaulung bro in bangsa ta mang biihan... andu' tuan, dihili sila panduan.. hinangun contoh in Malaysia.... Ukaba kunu magbalik in sejarah sin malaysia, daing zaman hi tunku Abdul Rahman...
Bukunkah in nag tagna, sin hula,. amuna ini ra'yat nag hambuuk atai iban Sultan nila?, laagipun in nag paragan sin kamahardikaan nila, amuna in Sultan kandii(mang aku di' mala ung) naa..ampa in ra'yat magkahagad 100%... pagubus yadtu ampa kita manglaag company, companyhan(Bagai un) ta in Malaysia muna-muna, pagubus Indonesia... ampa yadtu mara ug ta in Phillipines... bukun bihadtu bro?
mang aun sa' , maap dakumaan Bro....
DAULAT SULU!