KRITIK TERHADAP UTP & UTC

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, December 9, 2010 0 ulasan


Kota Kinabalu: Kembalinya para pelawat Tausug Sabah dari Jolo, Sulu selepas menghadiri deklarasi Kemerdekaan Sulu baru-baru ini menimbulkan beberapa persoalan di antara mereka sehingga muncul polemik pula. Beberapa pemimpin Tausug yang sebelum ini menggelarkan diri mereka UTC atau pun UTP mula kebingungan setelah apa yang berlaku di Jolo, Sulu di sepanjang berlangsungnya "mesyuarat" sebelum dan selepas deklarasi Kemerdekaan tersebut. Apakah yang berlaku di Jolo, Sulu sepanjang berlangsungnya deklarasi Kemerdekaan dan selepasnya?

Antara persoalan panas yang diajukan oleh para ahli UTC & UTP disepanjang perjalanan pulang dari Jolo ke Sabah ialah:

  • Mengapa tiada Majlis Syura atau mesyuarat rakyat?
  • Mengapa Council of Regents tidak berfungsi sebelum deklarasi?
  • Mengapa Atty. Meltino yang membacakan deklarasi?
  • Mengapa masih melantik Datu Albi sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau hingga hari ini masih FILIPINO?
  • Mengapa selepas hari deklarasi nama Atty. Meltino dan Datu Albi masih diletak di dalam Kad Pengenalan Nasional Sulu?
  • Mengapa Sultan Sulu tidak diisytiharkan pada hari deklarasi dan mengapa perlu menunggu dua bulan untuk melantik Sultan Sulu?
  • Mengapa Datu Albi melantik ahli Kabinet (Kementerian) tanpa mengangkat sumpah setelah hari deklarasi sedangkan mereka tahu tanpa "angkat sumpah" segala jawatan tersebut tidak akan diakui oleh mana-mana pihak pun?
  • Dan banyak lagi.......
Menurut Tuan Hj Zakaria "Kerry" Abdullah selaku jurucakap kepada Kesultanan Sulu di Luar Negara walau pun terdapat kemelut perbezaan pendapat di sepanjang berlangsungnya hari deklarasi kemerdekaan sulu namun keadaan masih terkawal. Menurut beliau lagi adalah perkara biasa sekiranya terdapat perbezaan pendapat dan keputusan dalam mana-mana kumpulan atau gerakan selagi ianya masih terkawal kerana ia masih bersifat masalah internal.

Walau bagaimana pun menurut Tuan Hj Kerry lagi, sepatutnya segala keputusan dalam negara seperti ini lebih-lebih lagi ketika Sultan belum dilantik tidak boleh dilakukan oleh seorang individu tetapi perlulah dibuat secara Syura. Apakah yang dikatakan Syura? Syura bermaksud "kesepakatan" dalam membuat keputusan melalui perbincangan. Tidak mungkin ia dikatakan Syura dengan hanya seorang individu naik ke atas pentas kemudian berceramah seorang diri selama dua jam dalam masa yang sama mengeluarkan pendapatnya lalu pendapat tersebut telah dikira sebagai "persetujuan" semua.

Salah seorang wakil pemimpin Tausug dari Lahad Datu, Sabah mengeluh "Nampaknya kita hanya perlu menerima bulat-bulat segala idea yang mereka sajikan di sini tanpa persetujuan kita yang sepatutnya dilakukan melalui Syura. Kita melihat kesilapan pada idea mereka di sini tetapi tidak diberi ruang untuk menegur dan membetulkannya".

Rata-rata para pengunjung atau pelawat yang juga sebagai penyokong Tausug dari luar terutamanya yang datang dari Bungao, Tawi-Tawi dan Sabah, Malaysia kecewa dengan keadaan majlis pengisytiharan yang tidak teratur tanpa perancangan rapi menyebabkan majlis berjalan tanpa agenda. Hal ini berlaku adalah kerana ketiadaan majlis Syura yang sepatutnya berfungsi dua minggu sebelum hari deklarasi kemerdekaan dibawah seliaan Datu Albi dan Atty. Meltino selaku Legal Counsel.

Bagi pemimpin utama Tausug Citizens, YM Datu Ladjamura Bin Datu Wasik Aranan berkata "Kita jangan patah semangat dan membesarkan perkara yang kecil. Segala yang berlaku hari ini ada hikmahnya untuk kita mengkaji dan menganalisis segala kesilapan untuk diperbetulkan. InsyaAllah, tiada yang mustahil untuk diperbetulkan selagi kita berada di jalan yang benar, ikhlas, sabar dan bertolak ansur..."

Saranan membina dari YM Datu Ladjamura walau pun diterima sebagai nasihat untuk menenangkan keresahan dan perasaan tidak puas hati dari kalangan penyokong Tausug yang datang dari luar itu namun masih ada sebahagian yang mempunyai pendirian yang berbeza.

Walau apa pun keadaan yang berlaku sebenarnya kesatuan Tausug Citizens itu pasti tetap teguh dan bersatu padu. Selama beberapa tahun yang lalu dengan pelbagai kemelut dan pecah belah dalam kesatuan Tausug itu namun ia tetap berdiri dan kekal menjadi tunjang kepada perjuangan mengembalikan Kesultanan Sulu Darul Islam di seluruh Sulu dan di alam maya pada ini. Atty. Meltino dan YM Datu Ladjamura serta Tuan Asarani Jurani selaku pemimpin dan pembimbing utama perjuangan Tausug Citizens masih kekal teguh di dalam kesatuan walau pun antara mereka mempunyai pandangan dan pendapat berbeza. - TG


* Perhatian: Artikel ini adalah pendedahan panas yang penulis kira sebagai kritikan membina buat UTC & UTP dengan demikian dapatlah dimuhasabah atau dikoreksi kesilapan dan kesalahan agar dapat diperbaiki seterusnya dapat menyelamatkan perjuangan Tausug kembali ke landasan perjuangan sebenar!!

Post a Comment