BERITA SSDI DI IPIL, SEMENANJUNG ZAMBOANGA, SULU

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, April 28, 2011 0 ulasan

Rabu (Arba'a), April, 27, 2011.
Zamboanga Peninsula, Sulu.


"The Subanon Tausugs of Sibugay and the Zamboanga peninsula were better organized than expected and they are fully behind the reassertion of the Sultanate of Sulu Darul Islam. 137,000 of their members pledged their allegiance to the SSDI. More of the peninsulars are joining. Zamboanga has become the bastion of SSDI nationhood... Before this occasion, more than 1,500 leaders of Zamboanga Peninsula met with SSDI leaders in Ipil town on April 9. This time, more than 2,000 of them, from the Tausug Subanons, attended the 'Meet the Sultan Session'. Behind them are 137,000 others also raring to join SSDI towards independence." Habib Zakaria "Kerry" Abdullah.


Rakyat SSDI
yang hadir di Ipil ini 90% Kristian Katolik berketurunan majoriti Tausug-Subanen dan sedikit Tausug-Visaya. Suku Tausug-Buranun juga ada tetapi amat sedikit di sini. Mereka nekad untuk kembali kepangkuan SSDI kerana moyang mereka juga adalah taat kepada SSDI sejak dahulu kala. Tradisi lisan tentang SSDI masih mereka simpan sekali pun mereka beragama Kristian. Mereka mempunyai persatuan dengan keahlian seramai 130,000 lebih di seluruh Semenanjung Zamboanga dan mereka telah pun dimaklumkan dan bersetuju menyertai SSDI kesemuanya. Mereka terdiri dari pelbagai golongan seperti petani, buruh, guru dan professional lainnya yang kebanyakannya masih bekerja dengan Kerajaan Filipina. Yang hadir ketika ini hanyalah lebih kurang 2000 wakil.

Begitu mengharukan bila melihat semangat mereka yang nekad untuk sama-sama berjuang dalam SSDI bersama Tausug-Buranun di Jolo dan Tawi-Tawi. Hal ini pasti akan memberi tamparan memalukan kepada Buranun-Filipino di Kepulauan Sulu yang masih "Bangga" sebagai rakyat Filipina kerana sejak sekian lama takut SSDI kembali memerintah. Sekarang nampaknya akan menjadi TERBALIK, yang menjadi Tausug ialah bangsa yang dianggap oleh orang-orang Tausug-Buranun sebagai bangsa "tiada guna dan penakut" sebelum ini. Maka dimasa akan datang tidak hairanlah kalau akan datang para Visaya di Utara dan beberapa sub-etnik Iranun lain serta Tagalog berbondong-bondong masuk sertai SSDI. Persoalannya apakah yang menjadi tarikan mereka masuk ke SSDI ini? Sebenarnya banyaklah faktor termasuklah faktor sejarah nenek moyang mereka sememangnya Panglima ketika dulu, namun faktor yang paling penting ialah mereka akan menjadi TAUSUG.

Di seluruh Filipina nama TAUSUG adalah nama yang menakutkan kaum-kaum lain kerana faktor budaya dan sejarah Tausug sejak sekian lama telah terkenal sebagai bangsa yang TIDAK BOLEH DITANDINGI dari semua segi. Hal ini berlaku kerana bagi mereka Tausug hanya menutur dengan bahasa Sug sedangkan mereka yang menutur bahasa Subanen, Visaya, Iranun, Tagalog dll bukanlah Tausug. Maka, semenjak kewujudan pusat kajian sejarah SSDI yang ditubuhkan oleh DYM Sultan Bantilan II sendiri pada tahun 2006 senario penggelaran Tausug itu telah dibetulkan. Hasil Kajian mendapati penutur asal bahasa Sug itu adalah suku Buranun di Jolo dan Suku Taguimaha di Basilan, maka istilah Tausug itu rupa-rupanya adalah merujuk kepada manusia yang menduduki kepulauan Sulu dibawah kuasa pentadbiran Kesultanan Sulu. Bermakna ia adalah kerakyatan yang diistilahkan kepada bangsa Sulu itu sendiri.

Masyarakat Sulu dari suku-suku lain merasa rendah diri kerana merasa diri mereka lemah berbanding Tausug, maka dengan mengembalikan mereka kepada GELARAN TAUSUG kaum-kaum ini akan mula kuat dan bersemangat. Dengan demikian asimilasi akan bermula seterusnya menukar adat budaya kaum-kaum lain menjadi Tausug yang asal sebagaimana Buranun di Jolo. Inilah kaedah ISLAMISASI Tausug zaman berzaman iaitu melalui asimilasi sebagaimana yang diajarkan kepada mereka oleh para Ahlul Bait Rasulullah SAW. Sebagai contoh kaum Tidung, Idaan dan kaum Kalibugan telah diislamkan oleh Tausug hanya dengan perkahwinan tanpa peperangan yang merugikan.

Tahukah anda kehebatan rakyat SSDI Subanen di Ipil ini? Menurut saudara Aliazer, ketika masa makan tiba mereka ingat hadirin akan bersurai untuk mendapatkan makanan mereka yang mungkin sudah disediakan di luar dewan. Apa yang berlaku sebaliknya, mereka mengeluarkan bungkusan nasi di sisi mereka dan makan. Rupa-rupanya mereka bawa bekal dari rumah mereka masing-masing. Sungguh tidak disangka hinggakan DYM Sultan Bantilan II hanya mampu geleng-gelengkan kepala tanda takjub. Sangat bijak, terancang dan teratur dalam langkah berjimat cermat tanpa menyusahkan penganjur dan kerajaan SSDI sendiri kerana mereka tahu SSDI masih miskin. Mereka datang kerana "manabang" (menolong) bukan "manaban" (ambil kesempatan). Ini satu lagi tamparan kepada Tausug-Buranun di Jolo yang hanya mahukan tambang dan makan FREE baru boleh datang ke majlis SSDI.

"Anduh manga taymanghud, landu' tuud makasipug katuh taniyu ha lupa' Sug bang kakitaan taniyu in tuyu' sin manga Subanun ini. Kari na kamu tuan baba awal pa. Ayaw subay naTAUSUG na in bukun Tausug tagna', in kita sab asal Tausug dihna umakun Tausug sabab Filipino ra man masi. MagRegister na kita niyu tuan bat naman tumampal in pagkaTAUSUG taniyu...InsyaAllah"

-Asree TGM



Foto By Aliazer Rajim
For Tausug Global Media (TGM),
Wednesday, April, 27, 2011.
Zamboanga Peninsula, Sulu.


Says Habib Kerry on the Facebook "No one can underestimate the ability of the Subanon Tausugs to discern the inner workings of the Sultanate of Sulu Darul Islam inspite of their being newly inducted into the Movement."


Penyampaian Sijil perlantikan SSDI kepada Ketua Menteri Semenanjung Zamboanga. The SSDI State Minister of Zamboanga Peninsula received the appointment certificate from PBMM Al-Sultan Bantilan Muizzuddin II.


DYM Sultan Bantilan II berkenan merasmikan pejabat Kementerian Pendidikan SSDI bagi negeri Semenanjung Zamboanga.


Bergambar dengan para pemimpin wilayah.


Bergambar dengan para pemimpin Kerajaan Sulu dan Ketua Menteri Zamboanga.

DYM SULTAN BANTILAN II dan para menterinya dikawal oleh para Pengawal Diraja Sulu sebelum meninggalkan Ipil.

Post a Comment