Bhg 1: MONOTEISME ANTARA BUDDHA, SOCRATES DAN ALEXANDER THE GREAT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, April 17, 2011 0 ulasan


Bab: BUDDHA DAN AJARANNYA

PERHATIAN: Artikel ini adalah sebahagian dari kertas-kerja cadangan untuk dimasukkan ke dalam PENGAJIAN SEJARAH TAUSUG di IIS, KUALA LUMPUR. Turut dicadang kepada Kesultanan Sulu agar diterjemahkan ke bahasa Sug, dibukukan dan dijadikan sebagai mata pelajaran Sejarah Sulu di sekolah menengah atas.

Artikel ini penting untuk Tausug memahami Tauhid (Monoteisme) dan ajaran Buddha yang pernah menjadi pegangan nenek moyang mereka sebelum kedatangan Islam ke kepulauan Sulu. Dengan demikian Tausug dapat menangkis tuduhan-tuduhan liar terhadap Tasawwuf dan amalan Suluk yang pernah menjadi amalan nenek moyang mereka setelah kedatangan Islam. Hari ini ramai yang tidak mengetahui termasuk Tausug sendiri bahawa antara punca Tausug menjadi berani melawan penjajah kafir sehingga tidak terkalahkan adalah kerana kekuatan Tauhid Islam yang ditanam oleh para Ahlul Bayt Rasul SAW yang telah dimasukkan ke dalam amalan Suluk kesufian Tausug.




MUKADDIMAH:

Bismillahirrahmanirrahim,

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلاَّ نُوْحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُوْنِ
“Dan tidaklah Kami mengutus sebelummu (Muhammad) seorang rasulpun melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Aku, maka beribadahlah kalian kepada-Ku.” (Al-Anbiya`: 25).






Diriwayatkan oleh ‘Abd bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Qatadah (ketika menjelaskan firman Allah SWT):

  • “Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam” Bahawa dia berkata: “Islam adalah mempersaksikan bahawa tidak ada sesembahan yang benar melainkan Allah SWT, mengakui apa yang dibawa oleh Rasulullah dari sisi Allah SWT sebagai agama Allah SWT yang telah disyariatkan untuk dirinya, Allah SWT mengutus para rasul dan membimbing para wali-Nya dengan agama itu, dan Allah SWT tidak menerima agama selainnya, serta tidak pula akan memberi ganjaran kecuali dengannya.
  • Dan diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Adh-Dhahhak ketika menjelaskan firman Allah SWT di atas: “Tidak diutus seorang nabi pun melainkan dengan Islam.” (Ad-Durrul Mantsur, karya Al-Imam As-Suyuthi)
Berpandukan Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah SAW di atas yang kemudian para ulama' telah menghuraikannya kepada umat Islam agar tidak menyamakan Islam dengan agama lain kerana ianya bertentangan dengan Aqidah. Hal ini perlu diberi penegasan terutama kepada pembaca Tausug yang kurang asas pengetahuan Islam agar meletakkan "batu asas" Aqidah kedalam jiwa raga mereka sebelum membaca artikel ini. “Sesungguhnya agama yang benar adalah Islam.” Ali ‘Imran: 19, maka menyamakan Islam dengan agama lain yang jelas kufur itu juga sudah dikira sebagai satu kekufuran.

Apa yang mesti difahami oleh pembaca Tausug ialah perlunya mereka mengasingkan "Ajaran Islam yang benar" (menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah) dengan ajaran agama lain yang seolah-olah "mirip atau sama dengan Islam". Betapa pun agama lain itu punya persamaan sehingga 99%, namun ia tetap tidak boleh diterima kerana roh Aqidahnya jelas jauh berbeza. Istilah "Kesamaan dengan Islam" inilah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam hari ini untuk masuk menyusup merosakkan pola fikir para ilmuan Islam di mana-mana. Perkara ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT,

  • “Dan mereka menginginkan agar cahaya Allah (Islam) padam dengan lisan-lisan mereka.” (Ash-Shaff: 8)
  • “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menjadikan orang selain kalian menjadi teman. Mereka tidak henti-hentinya mencelakakan kalian dan mereka menyukai apa yang memberatkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan dalam hati mereka lebih besar lagi.” (Ali ‘Imran: 118)
Selain dari ayat di atas masih banyak lagi ayat-ayat Al-Qur'an yang sinonim. Oleh sebab itu wujudnya peraturan serta fahaman Pluralisme, Demokrasi, Liberalisme, Sosialisme, Darwinisme dan bermacam lagi "isme" yang menyimpang dari kehendak Islam adalah kerana usaha berterusan "musuh" menyusup menghancurkan Islam dari dalam seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas. Kita berdo'a kepada Allah SWT agar selama-lamanya terhindar dari terjebak ke dalam "isme-isme" kufur ini. Wal 'iyya zubillah.


Walau pun dikatakan dalam Al-Qur'an setiap kaum itu mempunyai rasul dan nabi yang pada awalnya mengajak kepada menyembah Tuhan yang SATU, namun setelah kewafatan para rasul dan nabi ini berlaku pula penyimpangan dan penyelewengan yang akhirnya menjadikan kaum tersebut pagan (menyembah batu, busut, semangat-semangat alam, nenek moyang dan patung para malaikat-dewa dll). Sebagai contoh, Hindu dan Buddha hari ini dicap oleh Islam sebagai agama sesat dan menyimpang walau pun agama tersebut mungkin dibawa oleh para rasul. Termasuk juga Kristian dan Yahudi yang pada awalnya Islam telah menjadi agama berunsur pagan kemudiannya. Oleh sebab itu kedatangan Islam yang dibawa Muhammad SAW sebagai Rasul dan Nabi terakhir telah MEMPERBAHARUI atau MEMURNIKAN semula ajaran para nabi dan rasul terdahulu yang sudah diselewengkan oleh para penganut mereka.

  • "Dan sungguh Kami telah mengutus pada setiap umat seorang rasul (setiap mereka menyeru): ‘Sembahlah Allah dan jauhilah thagut’." (An-Nahl: 63).
  • "Setiap nabi Kami jadikan untuk mereka syariat dan jalan (sendiri)." (Al-Ma`idah: 48).
  • "Dia telah mensyariatkan kepada kalian agama yang telah Dia wasiatkan kepada Nuh dan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu (Muhammad) serta apa yang kami telah wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan ‘Isa: ‘Tegakkanlah agama dan jangan berpecah belah di dalamnya’." (Asy-Syura: 13).
Buddha sebagai contoh, mempunyai kaedah sendiri dalam memurnikan fahaman dan keyakinan para penganut Hindu yang sudah jauh tersesat dan berpecah belah dari ajaran Nabi Ibrahim a.s. yang asal. Namun setelah beberapa lama kewafatan Buddha ajarannya juga turut mengalami nasib yang sama sebagaimana ajaran Hindu. Semua agama dalam dunia hari ini mempunyai satu hubungan asal iaitu ISLAM. Setiap ajaran yang dirosakkan maka akan dibaiki lagi oleh utusan Tuhan kemudiannya. Muhammad SAW adalah utusan terakhir yang memperbaharui syariat dan ajarannya, dikekalkan oleh Allah SWT untuk diikuti sehingga kiamat.


MONOTEISME: Hanif Sebagai Ajaran Suci

Dalam artikel-artikel kami yang lepas istilah
Monoteisme telah disebut dalam beberapa bahagian dalam "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines". Istilah Monoteisme ini disebut adalah kerana berdasarkan kajian saintifik ikhlas sebilangan saintis timur dan barat bahawa generasi purba manusia terawal yang hanya muncul kemudian adalah penyembah SATU TUHAN. Paganisme muncul dari kejahilan dan kesalah-fahaman terhadap konsep "Hanif" (tumpuan dan pergantungan hanya pada-Nya yang Esa) atau Monoteisme.

  • Ḥanīf (Arab: حنيف‎, jamak ḥunafā' حنفاء) ialah perkataan Arab yang merujuk kepada agama tauhid pra Islam (bukan Yahudi atau Kristian). Atau lebih spesifiknya merujuk kepada bangsa Arab pra Islam sewaktu zaman Jahiliyah (الجهل). Golongan yang mengikuti akidah tauhid Hanif ini merupakan golongan yang menolak syirik dan penyembahan kepada banyak tuhan selain Allah. Dalam pandangan Islam, Hanif merupakan suatu kesinambungan pegangan tauhid bagi Nabi Ibrahim a.s.. Namun begitu kebanyakan ilmuan agama Yahudi dan Kristian masih bertelagah mengenai status agama tauhid Nabi Ibrahim a.s. sehinggalah ke hari ini.[01]
Istilah Hanif telah digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Qur'an, yakni lapan kali daripadanya merujuk kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai seorang yang digelar Al-Hanif. Sebelum kedatangan Islam dengan membawa Al-Qur'an, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelagah mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s. yang sebenarnya. Namun begitu turunnya ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim a.s. serta pegangan Akidah Tauhidnya:

  • "Wahai Ahli Kitab!(Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat (Torah) dan Injil (Gospel) tidak diturunkan melainkan kemudian (lewat) daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?" (Ali 'Imran: 65).
Walau pun Hanif dikatakan hanya merujuk kepada fahaman "tulen" bangsa bukan Yahudi dan Kristian namun hakikat sebenarnya mana-mana pun agama yang mengesakan Tuhan maka ia tetap dipanggil Hanif. Ajaran Hanif ini bukan sahaja dianut oleh bangsa Semitik iaitu Israel dan Arab (Bani Sem bin Noh a.s.) malah bangsa Maya Purba (Bani Yafits bin Noh a.s.) di Amerika turut tercatat bahawa nenek moyang mereka adalah menyembah "Satu Tuhan" sebelum disesatkan oleh individu yang membawa fahaman Paganisme. Hal inilah juga yang berlaku kepada bangsa India (Bani Ham bin Noh a.s.) terawal yang menganut ajaran Ibrahim a.s. turut diwarnai oleh paganisme sehingga menjadi sebagaimana Hindu hari ini. Menurut Islam Monoteisme bermaksud keyakinan terhadap "Keesaan Tuhan Yang Mutlak" yakni tidak menyengutukan Allah SWT dengan tuhan-tuhan lain kerana tiada Tuhan lain selain DIA.

  • Asas kepada Monotisme dalam Islam ialah seperti yang terdapat dalam Sūraṯ al-Ikhlāṣ (Arab: سورة الإخلاص‎) (Yang Ikhlas), atau Sūraṯ al-Tawḥīd (Arab: سورة التوحيد‎) (Monoteisme) adalah surah ke-112 dalam Al-Qur'an. Ia merupakan penyataan ringkas tauhid, keesaan mutlak Allah, yang terdiri daripada 4 ayat. Al-Ikhlas bererti "kesucian" atau "penulenan", yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme dan kemusyrikan.[02]

  • Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
  • Qul huwa Allahu ahad: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  • Allahus-samad: Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  • Lam yalid walam yulad: Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
  • Walam yakun lahu kufuwan ahad: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa (setara) denganNya.
Ikhlas sebagaimana yang ditegaskan di atas adalah pokok kepada ajaran Hanif iaitu kesucian, penulenan, pembersihan jiwa terhadap KEESAAN Maha Pencipta. Inilah yang dikatakan sebagai keyakinan SUCI manusia terawal sebagaimana yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul. Al-Qur'an memberi pengertian bahawa Hanif adalah berserah diri bulat-bulat kepada Tuhan dan ini bersamaan maksudnya dengan Islam itu sendiri.

Sebarang fahaman yang membawa kepada penyembahan berhala dan meyakini bahawa ada tuhan lain yang dapat memberi mudharat dan manfaat selain Allah swt maka kemusyrikan seperti ini bukanlah "
keyakinan yang SUCI" sebagai Hanif atau Islam. Dalam hal ini ajaran Hanif yang dilagang oleh para Nabi dan Rasul dikalangan Bani Israel terdahulu sebelum kenabian Muhammad SAW berpendirian yang sama tentang Keesaan Tuhan. Dalam kitab Perjanjian Lama versi Hebrew telah ditulis,

  • "Shema Yisrael Adonai Elohenu Adonai Eḥad" (Hear O Israel, the Lord is our God, the Lord is One (Deut. 6:4)) bermaksud "Dengarlah wahai Israel, Tuhan kita adalah Allah, Tuhan adalah Satu" (Ulangan 6:4).
Nota 1:
HANIF
(ha-na-fa) bermaksud memalingkan "to incline, to decline" (Lane 1893), Hanifiyyah bermaksud ajaran Ibrahim a.s., Tahannafah bermaksud mengelak dari sesuatu (sesembahan berhala). Dalam bahasa Sulug terdapat perkataan ANIB yang punya persamaan sifat dengan HANIF dalam bahasa Arab. ANIB dari sudut istilah bermaksud "berjaga-jaga" (i.e. Alert) dan dari sudut bahasa bermaksud "keadaan cemas kerana dirisaukan berlaku sesuatu yang merbahaya". Sebagai contoh, kalau Anib dipadankan dengan Hanif di atas akan hasilkan satu ayat "Berjaga-jaga dengan mengelak dari menyembah berhala kerana ia akan menimbulkan kemurkaan Tuhan". Sudah tentu bagi mereka yang faham dan beriman akan berasa cemas jika terjebak dengan penyembahan berhala.

Nota 2:

Al-Samad membawa maksud "
Tumpuan" tempat bergantung. Dalam Lisan al-`Arab susunan Ibn Manzur dinukilkan makna al-samad sebagai 'seorang yang tidak makan'. Dalam bahasa Sanskrit terdapat perkataan yang sama dan sinonim maksudnya iaitu "Samadh @ Samadhi" yang bermaksud "duduk tidak bergerak di satu tempat". Orang yang duduk bertafakur atau bertapa (tanpa bergerak-gerak dalam jangka masa yang lama tanpa makan dan minum) disebut dengan "orang yang sedang berSAMADHI". Dalam bahasa Melayu juga disebut "bersemadi" (kata dasar: Semadi) merujuk orang mati yang dikebumikan dalam kubur yang sudah tidak dapat makan dan minum (alam barzakh).

Penyelewengan terhadap ajaran Isa a.s. bukan sahaja mengubah atau menokok tambah kandungan Injil Isa a.s. yang asal malah menggambarkan penyeksaan dengan membuatkannya patung sehingga menjadi sesembahan pula. Ternyata Isa a.s. tidak tersalib seperti yang umat Kristian sangka kerana Baginda a.s. diangkat ke langit dan akan datang semula sebelum kiamat untuk membersihkan namanya. Figure of Jesus on the Cross at The Cloisters, C. 1150-1200. Lihat: http://www.flickr.com.


MENYUSUR ISTILAH "NABI"


Nabi (Arab:
نبي) dalam agama Islam adalah laki-laki yang diberi oleh Allah swt wahyu yang ajarannya tidak wajib disampaikan kepada umatnya. Dikatakan bahawa, jumlah nabi seramai 124 ribu orang,[03] sebagaimana disebutkan di dalam hadis Muhammad SAW. Kata "Nabi" berasal dari kata naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di tempat tinggi' semestinya mempunyai penglihatan ke tempat yang jauh (prediksi masa depan) yang disebut nubuwwah. Dalam Islam Nubuwwah bermaksud Tanda Kenabian yakni satu petanda yang dapat dilihat bahawa seseorang itu bakal menjadi Nabi. Al-Qur'an menyebut beberapa orang sebagai Nabi yang pertama adalah Adam a.s. manakala seorang Nabi sekaligus Rasul terakhir ialah Muhammad SAW yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat.

Isa a.s. yang lahir dari perawan Maryam binti Imran juga merupakan seorang Nabi.
Selain ke-25 nabi sekaligus rasul, ada juga nabi lainnya seperti dalam kisah Khidir a.s. bersama Musa a.s. yang tertulis dalam Surah Al-Kahf ayat 66-82. Terdapat juga kisah Uzayr dan Syamuil. Juga nabi-nabi yang tertulis dalam Hadis dan Al-Qur'an, seperti Yusya' bin Nun, Zulqarnain (Alexander the Great?), Iys, dan Syits. Sedangkan orang suci yang masih menjadi perdebatan sebagai seorang nabi atau hanya wali adalah Luqman al-Hakim sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an, Surah Luqman.[04]

Catatan di atas terdapat nama Zulkarnain yang dikatakan sebagai nabi dan kekeliruan terhadap Luqman al-Hakim samada beliau nabi atau sekadar wali. Di dalam perbahasan seterusnya nama-nama tersebut akan cuba ditelusuri dan dianalisis dengan kesesuaian sejarah Alexander Agung dan Socrates. Kemudian akan bersambung merungkai sejarah Buddha di Nepal kerana sebahagian ahli sejarah dan ulama' Islam mengaitkan Buddha dengan Nabi Zulkifli a.s.. Maka perbahasan seterusnya hanya berlegar pada isu KENABIAN. Untuk menjadi nabi dan rasul (i.e. pembawa atau penyampai) beberapa kriteria asas diperlukan sebagai kelayakan antaranya adalah:

  • Dipilih dan diangkat oleh Allah swt.
  • Mendapat mandat (wahyu) dari Allah swt.
  • Bersifat cerdas.
  • Dari umat Bani Adam (Manusia) i.e. bukan dari golongan Jin atau makhluk lain.
  • Nabi dan Rasul adalah seorang lelaki.[05]
Para ulama’ menjelaskan bahwa seorang rasul adalah pasti seorang nabi, namun tidak sebaliknya. Seorang nabi belum tentu seorang rasul. Sehingga, jumlah nabi lebih banyak dibandingkan jumlah rasul. Terdapat beberapa definisi tentang perbezaan nabi dan rasul, namun semuanya sepakat bahawa nabi adalah seorang laki-laki yang mendapatkan wahyu dari Allah. Beberapa definisi perbedaan antara Nabi dan Rasul itu di antaranya:

  1. Nabi diberi wahyu berupa syariat tapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada yang lain, sedangkan rasul diperintahkan untuk menyampaikan pada yang lain (definisi ini adalah dari Jumhur Ulama’).
  2. Rasul diutus dengan membawa syariat baru sedangkan nabi menguatkan / melanjutkan syariat dari rasul sebelumnya (definisi ini seperti yang dijelaskan oleh asy-Syaukani dan al-Alusi).
  3. Rasul diutus kepada kaum yang menentang, sedangkan nabi diutus kepada kaum yang sudah tunduk dengan syariat dari rasul sebelumnya (pendapat Ibnu Taimiyyah).
Adapun nabi dan rasul yang wajib dipercayai oleh Umat Islam adalah sebagai berikut :

  1. Nabi Adam AS.
  2. Nabi Idris AS
  3. Nabi Nuh AS
  4. Nabi Hud AS
  5. Nabi Saleh AS
  6. Nabi Ibrahim AS
  7. Nabi Ismail AS
  8. Nabi Luth AS
  9. Nabi Ishaq AS
  10. Nabi Yakub AS
  11. Nabi Yusuf AS
  12. Nabi Syu’aib AS
  13. Nabi Ayub AS
  14. Nabi Zulkifli AS
  15. Nabi Musa AS
  16. Nabi Harun AS
  17. Nabi Daud AS
  18. Nabi Sulaiman AS
  19. Nabi Ilyas AS
  20. Nabi Ilyasa AS
  21. Nabi Yunus AS
  22. Nabi Zakaria AS
  23. Nabi Yahya AS
  24. Nabi Isa AS
  25. Nabi Muhamad SAW

MERUNGKAI PERSOALAN:
BUDDHA SEORANG NABI?

Siapa Buddha? Benarkah Buddha seorang Pagan? Sebilangan umat Islam menjawab bahawa Buddha bukanlah seorang Pagan (penyembah semangat dan berhala) bahkan baginda adalah seorang nabi. Tetapi mengapa hari ini rata-rata kuil Buddha memperlihatkan amalan pagan penyembahan patung yang bertentangan dengan konsep Tauhid Islami?


Untuk mendapatkan jawapan jelas berkenaan Buddha dari perspektif Islam ialah dengan merujuk buku tulisan seorang ulama' tersohor dari kepulauan Carebbean (Trinidad & Tobago) iaitu Syeikh Imran Nazar Hosein, "
Islam and Buddhism in the Modern World". Satu-satunya buku kontemporari karangan ulama' Islam yang mendasari konsep "pembersihan jiwa" Buddha dan membandingkannya dengan Islam. Menurut Syeikh Imran, Buddha selama hayatnya setelah mendapat "pencerahan" tidak pernah mengambil inisiatif menulis segala ajarannya.

  • Gautama Buddha mencapai 'pencerahan' pada usia sekitar tiga puluh lima tahun. Pada permulaan sehingga beliau meninggal dunia, empat puluh lima tahun kemudian, beliau mengabdikan seluruh hidupnya untuk menyebarkan doktrin agamanya. Namun, dia tidak pernah menaruh perhatian apapun untuk tugas yang begitu penting iaitu merakam ajarannya dalam bentuk bertulis secara tetap (i.e. sebagai sebuah buku / kitab). [06]
Pencerahan yang dimaksudkan di atas ialah "mendapat rahsia-rahsia ghaib berupa falsafah-falsafah hidup dan mendapat suruhan untuk menyebarkan ajarannya". Kebenaran ajaran Buddha begitu sukar untuk dipastikan kerana tidak terdapat walau satu pun ajaran beliau yang dapat ditulis ketika hayatnya menyebabkan riwayat dan ajaran Buddha hanya diketahui berpandukan tulisan-tulisan para Bikksu (Sami) setelah kewafatannya. Syeikh Imran dengan nada mencabar para penganut Buddha untuk mencari di mana ajaran asal Buddha ketika hayatnya mengatakan,

  • Gautama Buddha adalah pengasas agama Buddha. Ajaran-ajaranya adalah berwibawa dan mengikat semua umat Buddha. Penganut Buddha adalah wajib untuk mencuba dan mencari dengan mengetahui apa sebenarnya ajaran asli Buddha. Jika ia gagal dalam tugas ini, namun tetap juga menyebut dirinya sebagai penganut agama Buddha yang asli, ia harus cukup jujur ​​untuk mengakui bahawa apa yang ia percaya adalah mungkin bukan ajaran asli Buddha, - bahkan, mereka sebenarnya mungkin cukup berbeza dari apa yang Buddha ajarkan!
Maka, dari sini dapat ditanggapi bahawa ajaran Buddha yang kita lihat hari ini di kuil-kuil dengan segala patungnya berkemungkinan bukanlah dari ajaran Buddha yang sebenar. Hal ini sama dengan apa yang berlaku kepada ajaran Nabi Isa a.s. yang sejarah hidup dan ajarannya hanya dapat ditulis setelah beberapa puluh tahun kewafatannya. Yang kemudian didapati, muncul pula ajaran Kristian (Tuhan 3 dalam 1) yang mendakwa sebagai "pembawa ajaran Isa @ Jesus" yang sebenar. Tetapi setelah diselidik, ajaran ini baru bermula pada zaman Rom dimana St. Paulus [07] memasukkan fahaman pagan Hellenistik (tuhan anak dan tuhan bapa) ke dalam ajaran Nabi Isa a.s. yang asal.

Syeikh Imran Nazar Hosein. Beliau adalah seorang ulama' antarabangsa yang memperjuangkan sistem muamalat dan kewangan Islam (Dinar & Dirham), penentang ajaran Freemasonry dan Wahhabi. Sekarang beliau berada di Malaysia dan mengadakan road show, lihat jadualnya di www.imranhosein.org.

Guru Sufi kepada Syeikh Imran N. Hosein yang memberikannya ilham untuk menulis perbandingan agama tentang riwayat dan ajaran Buddha, Islam and Buddhism in the Modern World.

Syeikh Imran menyambung bahawa kritikan sejarah telah terbukti dengan cukup meyakinkan bahawa ajaran-ajaran asli Buddha tidak pernah dapat diketahui. Berkenaan hal ini Dr. Edward Conze dalam bukunya '
Buddhism, Its Essence and Development' telah mengatakan bahawa yang sebenarnya helaian tertua dari manuskrip yang ada hanya boleh dicapai dengan kesimpulan yang tidak menentu dan sekadar menduga. Hinggakan Dr. Conze mengaku berterus-terang bahawa dia tidak tahu apa sebenarnya kitab asal ajaran Buddha.

Nampaknya ajaran Gautama Buddha, menjadi seperti Injil Isa a.s., yang hanya terawet dalam kenangan murid-muridnya. Kerana tidak lama selepas kematian Buddha, sebuah Majlis Dewan diadakan di
Rajagaha untuk sepakat menentukan perkataan-Buddha yang mungkin diucapkan semasa hayatnya. Tapi dalam dewan tersebut terdapat perbezaan pendapat atau lebih tepatnya, kenangan (periwayatan) yang saling bertentangan antara Bikksu. Pada akhirnya majlis bersetuju memilih pandangan Kayshapa dan Ananda kerana mereka berdualah yang paling menonjol sebagai murid ketika Buddha masih hidup.

Maka catatan-catatan tentang riwayat Buddha yang muncul kemudian seperti yang ada pada hari ini adalah berdasarkan interpretasi
Kayshapa dan Ananda semata-mata. Syeikh Imran dalam menjelaskan ajaran Buddha tidak menekankan bahawa Buddha adalah seorang Nabi secara jelas. Apa yang beliau tekankan ialah kelebihan pembersihan jiwa yang dilagang oleh Buddha telah membina jalan penyelesaian kepada kebejatan ajaran Hindu ketika itu yang dianggap oleh Buddha sebagai "tidak berguna". Buddha tampak kecewa dengan keadaan masyarakat terutama golongan kasta atasan yang kehilangan moral menindas golongan kasta rendah disamping para Brahmin Hindu yang menganggap hanya mereka sahaja yang paling mulia.

Kemunculan Buddha yang pada asalnya seorang anak Raja yang tinggal di istana telah lari meninggalkan kebesaran istana dan hiburan nafsu menjadi biksu demi mencari ketenangan jiwa dan mendapatkan Nirvana (Nibbana).
Dari sudut lain Syeikh Imran menjelaskan hebatnya ajaran Buddha iaitu betapa pun hebat tujahan kristianisasi hari ini namun para penganut Buddha majoritinya masih bertahan dan juga betapa pun hebatnya ajaran Buddha itu, ia masih tidak dapat menandingi Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW. "Kata-kata" Tuhan yang Muhammad SAW terima telah diabadikan dalam Al-Qur'an yang berjaya dicatat ketika hayat Baginda SAW, tidak seperti Buddha yang ajarannya hanya ditulis kemudian oleh para Biksu setelah lebih 300 tahun selepas kewafatannya.

Hal ini sudah tentu tidak lari dari penyelewengan dan tokok tambah sebagaimana yang berlaku kepada Taurat dan Injil hari ini. Buddha sendiri mengajar para Biksu untuk bersederhana namun konsep kesederhanaan itu tidak jelas berbanding kesederhanaan yang diamal dan diajar oleh Muhammad SAW.
Apa yang menarik bagi Syeikh Imran ialah setelah kedatangan ajaran Muhammad SAW, umat Buddha tidak keberatan menerima Islam sehingga boleh dikatakan dakwah para da'i ini tidak melibatkan pertumpahan darah. Sebagai contoh ialah bagaimana Islam dapat masuk ke alam Nusantara hingga sampai ke kepulauan Sulu pun tidak melibatkan pertumpahan darah. Tidak seperti yang dilakukan para kolonialis Eropah yang tidak sunyi dari pembunuhan beramai-ramai demi mengkristiankan kaum-kaum pribumi.


RINGKASAN RIWAYAT BUDDHA


Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama
Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.[08]

  • Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.
Apakah maksud sebenar istilah BUDDHA? Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir' (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Cuba lihat pada tajuk sebelumnya dan bandingkan makna Buddha
(mendapat petunjuk @ nabi) dengan makna "Nabi" dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di tempat tinggi' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai "Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung". Riwayat ringkas hidup Buddha bersambung,

  • Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak.
  • Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.
  • Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala).
  • Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.
  • Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bezakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
  • Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.
  • Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.
  • Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.
Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hinggakan tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta. Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pokok dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.

  • Setelah Siddhartha cukup usia untuk berkahwin maka beliau pun dikahwinkanlah dengan seorang puteri raja bernama Puteri Yasodhara sehingga mendapat seorang anak hasil perkahwinan mereka.
  • Sehingga waktunya sampai, Siddhartha menjadi bosan ditambah dengan semangat ingin tahunya terhadap dunia di luar istana. Beliau sentiasa diawasi dan dijaga rapi oleh pelayan-pelayan muda dan cantik. Beliau juga dihiburi oleh penyanyi, penari dan pemain muzik yang handal dan cantik kerana ayahandanya berusaha memastikan tidak ada orang tua, orang sakit, orang mati dan sami berada di kawasan istana kerana takut Siddhartha mendapat inspirasi keluar dari istana.
  • Pada akhirnya Siddhartha berjaya keluar dari istana beberapa kali dan berjaya melihat orang tua, orang sakit, orang mati dan biksu (sami) menjadikan beliau bertambah berduka dan kasihan yang teramat sangat. Hal ini menjadi pertanyaan pada dirinya sendiri betapa pun dia seorang anak raja namun dia pasti akan menjadi tua, sakit dan seterusnya mati.
  • Dengan keadaan haru biru memikirkan tentang kehidupan makhluk beliau mengambil keputusan untuk mencari jalan penyelesaiannya iaitu bagaimana boleh mengelakkan dirinya dan manusia lain dari menjadi tua, sakit dan mati. Titik perubahan yang berlaku pada dirinya setelah beliau terlihat seorang biksu (sami) yang begitu tenang, senang dan bahagia walau pun dalam keadaan miskin dan merempat.
Titik perubahan (turning point) ini berkembang menjadi permulaan kepada "pencariannya" mendapatkan jawapan yang dipanggil "pencerahan". Kerana sungguhpun Siddhartha hidup dalam kemewahan, jauh di sudut hati kecilnya dia senantiasa memikirkan hukum alam dan masalah manusia, hidup manusia, penderitaan manusia, kejahilan manusia yang menyebabkan penderitaan dan memikirkan bagaimana hukum alam dapat diatasi.

  • Siddhartha memikirkan alangkah baiknya seandainya dia boleh mencapai Pencerahan dan dapat menyatukan makhluk dengan demikian dapat menunjukkan jalan kepada mereka menuju ke arah kesempurnaan dan kemuliaan hidup. Manusia mesti dikeluarkan daripada kejahilan, memandu mereka ke arah kebebasan, kebahagiaan dan mencapai kebijaksanaan.
Sehingga beliau pada suatu malam bermimpi bertemu dengan Dewa Hrideva (Sanskrit:हरिदेव) dengan mengatakan kepadanya,

  • "Sudah sampai masanya tuan... memaklumkan kepada dunia akan kewujudan tuan. Orang yang tidak bebas tidak akan dapat membebaskan orang lain sebagaimana orang buta yang tidak dapat menunjukkan jalan kepada orang lain. Sesiapa saja yang mempunyai mata dapat menunjukkan jalan kepada yang tidak tahu. Sesiapa yang ingin membebaskan orang lain mestilah meninggalkan ikatan keduniaan seperti meninggalkan rumah, keluarga, anak-isteri, harta kekayaan dan hawa nafsu dan mengikuti hidup seperti orang alim yakni sebagai seorang sami yang sentiasa berpindah-randah."
  • Setelah itu beliau pun mengambil keputusan menjadi biksu (sami) maka untuk tujuan itu beliau mesti keluar dari istana dan memulakan "perjalanan" mendapatkan pencerahan (Nirvana).
Dalam perjalanan untuk mendapatkan PENCERAHAN, bermacam ujian beliau telah lalui. Beliau menuntut ilmu kepada beberapa mahaguru yang handal-handal namun masih tidak memuaskan hatinya. Ada guru lain yang menyarankannya berpuasa secara keras untuk mencapai apa yang dihajati tetapi setelah melakukan puasa berbulan-bulan sehingga hampir-hampir meragut nyawanya beliau pun berhenti puasa. Beliau berpandangan latihan jiwa untuk menuju kepada pencerahan mesti dilakukan secara bersederhana (jalan tengah) maka sejak itu beliau mula bersederhana dan mengambil keputusan melakukan sendiri pencarian untuk mencapai PENCERAHAN yang sempurna tanpa bimbingan guru.[09]

Sejarahnya cukup sampai di sini kerana Buddha mendapat pencerahan kemudiannya sehingga berjaya sampai ke tahap apa yang Buddha katakan sebagai Nirvana. Setelah itu barulah beliau menyebarkan ajarannya mengajak manusia mengamalkan ajarannya untuk mencapai kebahagiaan hakiki iaitu mencapai Nirvana.
Persoalannya apakah Nirvana itu?

Nota 3:
Dalam bahasa Sulug (Sug) terdapat perkataan Bud @ Bud-ha yang sinonim dengan pengertian Buddha. Bud bermaksud "Gunung" manakala Bud-ha bermaksud "di gunung" adalah dari bahasa Sug klasik kerana bahasa Sug moden menyebut "ha" di hadapan "bud" menjadi Ha-Bud.

Nota 4:
Dalam bahasa Sug juga terdapat perkataan HINDU yang membawa maksud "ajar" dan kalau ditambah imbuhan "Hindu'an" bermaksud "ajaran @ diajarkan". Tentunya Hindu itu sendiri asalnya adalah dari AJARAN Ibrahim a.s..

Sejarah Buddha dan ajarannya masih menjadi misteri kerana agama BUDDHA yang kita lihat hari ini dikuil-kuil para sami bukanlah dari ajaran buddha yang sebenar. Misteri yang melanda ajaran Buddha sama dengan misteri yang melanda ajaran Isa a.s. (Kristian).


HUBUNGAN ISLAM DAN BUDDHA:
SATU PENILAIAN

Banyak orang bertanya-tanya, apakah benar ada hubungan antara kedua agama ini dalam sejarah dunia? Kalau ada, bagaimanakah hubungan tersebut? Oleh karena itu marilah kita bahas pertanyaan tersebut[10]. Barangkali antara sebab mengapa dikatakan Buddha mempunyai hubungan dengan Islam adalah kerana terdapat beberapa ayat dalam Al-Qur'an yang menyatakan setiap umat telah Allah SWT utuskan seorang rasul kepada mereka sebagai pemberi peringatan,

  • "Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikit pun) tidak dianiaya". (Yunus: 47).
  • "Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul". (Al-Isra: 15).
  • "Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” Mereka menjawab: “Benar ada”, Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: “Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”. Dan mereka berkata: “Sekiranya Kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”. (Al-Mulk: 8-10)
Maka sekiranya dikatakan bahawa Gautama Buddha itu adalah seorang Rasul yang memberi peringatan kepada kaumnya maka kemungkinan itu bukanlah satu perkara yang mustahil. Hanyasanya yang perlu dilihat adakah ajaran Buddha itu mengajar Tauhid yakni mengesakan Tuhan Semesta Alam untuk melayakkannya diterima sebagai seorang rasul atau tidak. Hal ini diperjelaskan oleh Syeikh Imran bahawa ajaran Buddha tidak dapat menjelaskan konsep berTuhan kecuali yang dinamakan PENCERAHAN (enlightenment) dan Nirvana sahaja. Malah sehingga akhir hayat Buddha, istilah Pencerahan dan Nirvana itu masih kabur dan tidak difahami maksudnya. Kekaburan ini pada akhirnya Buddha sendiri telah dijadikan Tuhan oleh para penganut Buddha kemudiannya sebagai jalan penyelesaian mudah kepada kekosongan ini[11].

Ajaran Buddha yang kita boleh baca hari ini hanya terdiri dari kitab dua mazhab terbesar iaitu mazhab
Hinayana menggunakan bahasa Pali dan Mahayana pula menggunakan bahasa Sanskrit yang mana kedua mazhab saling bertentangan dan bercakaran. Kedua bahasa ini telah pun mati atau hilang hari ini, yang tinggal hanyalah berbentuk manuskrip-manuskrip yang sudah menjadi prasasti [12]. Apabila ajaran Buddha hanya tertulis dalam dua bahasa yang sudah pun pupus maka sudah tentu ia tidak sunyi dari perubahan dan campurtangan manusia sebagai mana yang berlaku ke atas ajaran Isa a.s. (Jesus) yang pada awalnya ditulis dalam bahasa Hebrew.

Lebih menyedihkan lagi ajaran Buddha hanya berjaya ditulis dalam lingkungan 400 tahun setelah kewafatan Buddha, menguatkan tanggapan bahawa ajaran Buddha yang ada hari ini bukanlah asli dari Buddha.
Kalau Kristian hari ini dikatakan bukan ajaran sebenar Isa a.s. disebabkan banyak terdapat kontradiksi dan penyelewengan fakta tentang kerasulan Isa a.s. dalam Bible maka demikian juga yang berlaku kepada ajaran Buddha yang sehingga ke hari ini tidak diketahui adakah Buddha mengaku mempunyai Tuhan atau dia sendiri yang mengangkat diri sebagai Tuhan?

Untuk membandingkan Buddha dengan Islam adalah mudah dengan hanya menggunakan analogi ajaran Kristian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk mendapatkan perbandingan antara Buddha dan Islam yang lebih terperinci kami sarankan para pembaca membaca buku
Islam and Buddhism in the Modern World karangan Syeikh Imran Nazar Hosein.


BUDDHA DALAM AL-QUR'AN?


Dr. Alexander Berzin
, adalah seorang Buddhis yang berusaha mengkaji hubungan Buddha dengan Islam. Dalam kajian beliau yang juga menggunakan kajian-kajian sarjana lain membuktikan bahawa doktrin Sufi yang wujud dalam Islam dan sejarahnya adalah berkait rapat dengan doktrin pembersihan jiwa Buddha. Sebenarnya bukan sahaja Dr. Alexander Berzin yang berusaha "menyamakan" Islam dengan Buddha malah ramai pengkaji lain dari Timur dan Barat yang anti ISLAM melakukan perkara yang sama.

Hal penyamaan ini bukanlah pelik yang sebenarnya bukan hanya dirujuk pada Buddha malah Hindu, Kristian dan Yahudi menurut mereka telah dicedok sehingga terbentuknya Islam. Dengan kata lain
"Islam bukanlah agama dari langit yang diwahyukan Tuhan" tetapi adalah cedokan dari pelbagai agama yang terdahulu. Berkenaan hal ini seorang pakar Perbandingan Agama dari India bernama Dr. Zakir Abdul Karim Naik menjawab,

  • "Sekali pun RAM dan KRISHNA itu adalah utusan (i.e. nabi/rasul) Tuhan (sebagaimana dakwaan umat Hindu), mereka hanyalah bermaksud sebagai utusan pada ketika itu yang hanya menjadi ikutan kaum mereka pada batasan masa itu sahaja. Hari ini, semua golongan manusia seluruh dunia, termasuk India semestinya hanya mengikuti utusan terakhir dan penamat KERASULAN dari Tuhan iaitu Muhammad SAW."[13]
Ini bermakna, betapa pun dakwaan bahawa Islam dicedok atau disamakan dengan agama lain ia tetap tidak akan dapat mengubah keabsahan Islam itu sendiri sebagai agama yang benar dari YANG MAHA BENAR. Sememangnya Islam itu adalah sama dari segi ROH ajaran dengan agama-agama lain adalah berdasarkan kenyataan bahawa setiap agama itu pada asalnya adalah sama datang dari Tuhan Yang Satu sebelum mereka sendiri menyelewengkannya. Islam dengan sifatnya sebagai agama terakhir yang dibawa oleh Muhammad SAW sudah tentu "kelihatan sama" dengan agama yang mereka anut sekali gus menunjukkan bahawa ajaran terawal agama mereka itu (Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian, dll) adalah 100% Monoteisme sama sebagaimana yang dibawa oleh Muhammad SAW.

Dengan kata lain Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah
"defoult setting" kepada semua agama sebelumnya yang sudah "corrupted" ditangan para perosak. Kekeliruan ini (menyamakan ajaran Sufi Islam dengan ajaran Buddha @ Hindu) turut mempengaruhi sebahagian umat Islam yang digelar ulama'. Mereka membaca kajian-kajian para musuh-musuh Islam inilah yang kemudian mereka terima sebagai benar "Sufi dicedok dari Buddha dan Hindu" hinggakan ajaran Sufi (Tasawwuf) ditanggapi sebagai ajaran bid'ah sesat yang bukan berasal dari Rasulullah SAW.

Hal ini pada akhirnya turut memalit amalan mulia lainnya yang diterima oleh jumhur ulama' muktabar sebagai baik telah mula disesatkan hari ini seperti amalan "
sambutan Malulidurrasul SAW" yang mereka katakan sebagai "Sunnah Abu Jahal" dan mencontohi "amalan Kristian seperti menyambut Krismas sempena kelahiran Jesus a.s."

Maka berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “
Buddha” dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;

  • "Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?

Tin
(fig) = Pohon Bodhi

Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon
Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.

Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya
Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti ia yang berasal dari Kifl. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:

  • "Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85).
  • "Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).
Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha. Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan. Berikut beberapa pendapat dan catatan sejarah para ulama' Islam terdahulu tentang Buddha dan ajarannya yang dikumpul oleh Dr. Alexander Berzin,

  • Pada abad ke-8, Khalifah al-Mahdi dan Khalifah al-Rashid mengundang para pelajar Buddha dari India dan Nava Vihara di Balkh ke “Rumah Pengetahuan” (Bayt al-Hikmat) di Baghdad. Khalifah memerintahkan para pelajar Buddhis untuk membantu penterjemahan teks-teks perubatan dan astronomi dari Sanskrit ke bahasa Arab. Hinggakan Ibn al-Nadim pada abad ke-10 M kemudian berjaya menyusun Buku Katalog (Kitab al-Fihrist), juga memberikan daftar teks-teks Buddhis yang diterjemahkan dan ditulis dalam bahasa Arab pada masa itu, seperti Kitab Al-Budd (Buku Buddha, kitab Al-Budd ini didasarkan atas kitab Jatakamala dan Buddhacarita).
  • Keluarga Barmak mempunyai pengaruh di istana Abbasiyyah sampai pada pemerintahan Khalifah Abbasiyyah yang keempat, Harun al-Rashid (r. 786-809 M) dan perdana menterinya iaitu Yahya ibn Barmak adalah cucu Muslim dari salah seorang ketua administrator Buddhis dari Nava Vihara di Balkh, Afghanistan. Yahya mengundang para pelajar Buddhis, terutama dari Kashmir untuk datang ke “Rumah pengetahuan” di Baghdad. Tidak ada kitab-kitab ajaran Buddha yang diterjemahkan dari Sanskrit ke bahasa Arab. Namun lebih fokus terhadap penterjemahan teks-teks perubatan Buddhis seperti Siddhasara yang ditulis Ravigupta.
  • Penulis Umayyad Arab yang bernama Umar ibn al-Azraq al-Kermani tertarik untuk menjelaskan agama Buddha pada penonton Islam. Pada permulaan abad ke-8 M, beliau menulis sebuah catatan yangs angat terperinci tentang Nava Vihara di Balkh, Afghanistan dan tradisi Buddhis di sana. Dia menjelaskan dengan memperlihatkan kesamaan ajaran Buddha dengan agama Islam. Maka dari itu ia mendeskripsikan vihara tersebut sebagai sebuah tempat yang di tengahnya terdapat kotak batu (stupa) yang ditutupi kain dan para penganutnya bersujud dan bernamaskara, mirip seperti Kabah di Mekah. Tulisan-tulisan Al-Kermani tersimpan dalan karya abad ke-10 M iaitu dalam “Buku Lahan(Kitab al-Buldan) yang ditulis oleh Ibn al-Faqih al-Hamadhani.
  • Pada abad ke-9 M, seorang ilmuwan Islam dari Baghdad menterjemahkan kisah Buddha ke dalam bahasa Arab iaitu dalam Kitab al-Budasaf wa BalawharBuku Bodhisattva dan (gurunya) Balawhar” yang ditulis Aban Al-Lahiki (750-815 M) di Baghdad. Teks ini kemudian diterjemahkan lagi dalam bahasa Yunani dan Georgia, terkena pengaruh Kristiani dan akhirnya menjadi Kisah St. Barlaam dan Josaphat di Eropah.
  • Sejarawan Muslim bernama Abu Ja`far Muhammad ibn Jarir al-Tabari (839-923 M), menyebutkan bahawa rupang-rupang (patung-patung?) Buddha dibawa dari Kabul, Afghanistan ke Baghdad pada abad ke-9 M. Juga dilaporkan bahawa rupang-rupang Buddha dijual di sebuah vihara Buddhis dekat masjid Makh di pasar kota Bukhara (Uzbekistan).
Abu Rayhan Al-Biruni

  • Sejarawan Muslim yang terkenal, Abu Rayhan Al-Biruni (973–1048) yang pergi ke India dan menetap di sana selama 13 tahun untuk mengenal bangsa India dan mempelajari teks-teks Sanskrit mendefinisikan Buddha sebagai seorang nabi. Pada waktu dinasti Ghaznavid, sejarawan dari Persi, Al-Biruni menemani Mahmud dari Ghazni pada abad ke-11 M di mana Mahmud menyerang India. Dalam buku Sejarah India (Kitab al-Hind) yang ditulisnya, Al-Biruni memuji Buddha dan ajarannya. Al-Biruni juga menulis sebuah teks yang menceritakan tentang ukiran Buddha di Bamiyan.
  • Ibn al-Nadim (995 M), penulis kitab Al-Fihrist, berkata:
    "Orang-orang ini (Buddhis di Khurasan) adalah yang paling dermawan di antara seluruh penghuni bumi dan semua kaum agama. Ini dikeranakan nabi mereka, Budhasaf (Bodhisattva) telah mengajarkan pada mereka bahawa dosa yang terbesar, di mana tidak diperbolehkan untuk berfikir atau melakukan, adalah perkataan “tidak”. Maka dari itu mereka bertindak sesuai anjurannya dan mereka menganggap perkataan “tidak” sebagai tindakan Syaitan. Inti ajaran agama mereka (Buddha) adalah untuk membasmi Syaitan".
  • Ibn al-Nadim juga menyebut Budhasf (Bodhisattva) sebagai nabi dari Sumaniyya (Sramana) yang bererti para bhiksu Buddhis. Sumaniyya ini dijelaskan oleh kaum Muslim sebagai masyarakat agama yang tinggal di Timur sebelum kedatangan agama-agama yang diwahyukan, yang bererti di Negara Iran sebelum kemunculan Zarathustra (Zoroaster, penyembah api), India dan Tiongkok. Agama Buddha sebagai Sumaniyya dijelaskan oleh umat Muslim pada masa itu sebagai agama penyembah berhala dan penganut paham kekekalan, kosmologi khusus dan tumimbal lahir (Tanasukh al-Arwah). Agama Sumaniyya juga dideskripsikan sebagai agama yang skeptis, menolak argumen (Nazar) dan pemikiran logis (Isitidlal). Dakwaan ini sungguh aneh, kerana agama Buddha tidak menolak argumen sama sekali, bahkan dalam agama Buddha ditekankan pemikiran yang logis.
  • Al-Ihranshahri (abad 9 -10 M) memperincikan kosmologi Buddhis namun telah hilang dan beberapa naskah darinya telah digunakan oleh Al-Biruni sebagai rujukan. Penulis Kitab Al-bad wa-‘l-ta’ rich yang ditulis pada tahun 966 M mendeskripsikan tentang ajaran Buddha dan kelahiran kembali (Ingkernasi).
  • Catatan sejarah Muslim tentang agama Buddha dapat ditemukan dalam Kitab al-Milal wa Nihal yang bererti “The Book of Confessions and Creeds” yang ditulis oleh Muhammad al-Shahrastani (1076–1153 M) di Baghdad pada masa Dinasti Seljuk. Kitab sejarah yang ditulis oleh Al-Shahrastani tersebut adalah kitab yang paling akurat dalam dunia pendidikan Muslim ketika menjelaskan agama Buddha di India. Al-Shahrastani menjelaskan agama Buddha sebagai agama “pencarian kebenaran dengan kesabaran, memberi dan ketidakmelekatan” yang “dekat dengan ajaran Sufi (Mistik Islam)”.
  • Al-Shahrastani memperbandingkan Sang Buddha dengan Al-Khidr a.s. (Eliyah), tokoh dalam Al-Qur'an, sebagai dua orang yang sama-sama mencari pencerahan. Al-Shahrastani juga membandingkan Buddha dengan Bodhisattva (Budhasf). Ia memberikan catatan yang mendeskripsikan penampilan dari para Buddhis (Asahb al-Bidada) di India dan memberikan perhatian yang lebih tentang agama Buddah di India beserta ajaran-ajarannya.
  • Catatan Kamalashri tentang agama Buddha, ada di bahagian akhir Jami al-Tawarikh atau Sejarah Dunia dari Rashid al-Din (1247 - 1318), yang mendeskripsikan secara menyeluruh, dan karya tulis ini ditulis oleh seorang Buddhis dengan menunjukkan banyak aspek-aspek legendaris[14].

KESIMPULAN TANGGAPAN


Apa pun tuduhan dan perbandingan buruk yang dilontar ke atas agama Islam namun ia tetap tidak akan dapat menjejaskan kedudukannya sebagai AGAMA YANG BENAR dan tetap akan bertahan sebagai agama kesatuan umat manusia sehingga kiamat. Al-Qur'an yang menjadi tiang utama Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW tetap akan selamat dan terjaga sebagaimana janji-Nya. Inti Al-Qur'an ialah Tauhid (Monoteisme) yang disusuri oleh hukum-hakam Syari'at sebagai panduan hidup berhubung sesama umat manusia di dunia.

Ajaran Monoteisme ini telah dibenarkan oleh Al-Qur'an sebagai ajaran para nabi dan rasul terdahulu sebelum diselewengkan oleh para penyeleweng. Hal ini turut dibuktikan oleh sejarah bangsa Maya Purba di Peru Amerika bahawa nenek moyang mereka menyembah SATU TUHAN sebelum disesatkan oleh ajaran pagan.
Malah bukanlah mengejutkan sekiranya sejarah ajaran Hindu juga mengakui bahawa ajaran Hindu moyang mereka yang awal adalah Monoteisme yakni menyembah Tuhan Yang Satu dan mengharamkan penyembahan patung.

  • "Hindu Pundit dan para ilmuwannya bersetuju bahawa ajaran Veda dan ajaran dalam kiktab-kitab Hindu lainnya melarang (i.e. mengharamkan) penyembahan patung, tetapi oleh kerana mungkin permulaan (i.e. mengingat Tuhan) itu kurang matang, maka patung digunakan sebagai cara untuk konsentrasi. Setelah fikiran dapat mencapai kesedaran maka patung sesembahan tidak diperlukan lagi untuk dapatkan konsentrasi."[15]
Ajaran Kristian juga mengalami nasib yang sama sebagaimana Hindu yang dinyatakan di atas kerana membuat patung atau gambar Jesus dan mempertuhankannya. Demikian juga yang berlaku ke atas ajaran Buddha yang ketika hayatnya tidak menggunakan patung malah tidak menyukai kesesatan yang dilakukan oleh penganut Hindu ketika itu tetapi apa yang berlaku hari ini Buddha pula yang dijadikan patung lalu disembah.

Walau pun para penganut Buddha hari ini menafikan tuduhan bahawa diri mereka menyembah Buddha tetapi pada hakikatnya dengan adanya patung dan upacara menyembah ke arah patung menunjukkan mereka benar-benar menyembah Buddha.


Akhirnya, kesimpulan yang jelas terhadap Buddha dan agama lain ialah pada asalnya adalah ISLAM (berserah diri kepada Allah SWT) yang menyembah SATU TUHAN dan yakin terhadap KEESAANNYA. Maka kesamaan amalan yang ada dalam Islam dengan agama lain bukanlah "dicedok" tetapi "itulah Islam" sejak azali.



Notakaki:


[01] http://ms.wikipedia.org/wiki/Hanif


[02] http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Ikhlas


[03] Dari
Abi Zar r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas (312)" Hadits riwayat At-Tarmizi.

[04] http://sunatullah.com/para-nabi/28.html


[05] "Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." (Al-Anbiyya’ 21:7).


[06]
Islam and Buddhism in the Modern World, Syeikh Imran Nazar Hosein, m.s. 1.

[07] St. Paulus penulis utama kandungan manuskrip Bible dengan pandangan-pandangan pribadinya hinggakan muncul nama Bible Perjanjian Baru yang kita dapat lihat hari ini. Menurut St Barnabas, St. Paulus adalah seorang pembunuh yang memihak kerajaan Rom untuk menghancurkan pengikut Isa a.s..

[08] http://dhamma-bm.tripod.com/rhb/rhb.htm


[09] http://www.what-buddha-taught.net/BM/Riwayat_Hidup_Buddha.pdf.
Lihat: http://dhamma-bm.tripod.com/rhb/rhb.htm

[10] http://edukasi4all.blogspot.com/2010/05/agama-buddha-dan-agama-islam.html


[11]
Islam and Buddhism in the Modern World, Syeikh Imran Nazar Hosein, m.s. 98.

[12]
Prasasti, adalah dari bahasa Sanskrit bermaksud "pujian" yang kemudian digunakan kepada bahan-bahan tinggalan lama (antik) yang punya nilai sejarah samada berbentuk ukiran/tulisan pada batu, kertas atau kulit dll.

[13]
10 Most Common Questions Asked by Hindus About Islam, Dr. Zakir Abdul Karim Naik, m.s. 26, terbitan Saba Islamic Media Sdn Bhd, Mei 2007.

[14] The Relation between Buddhism and Sufism: Response to Majid Tehranian, Dr. Alexander Berzin, Rujuk: http://www.berzinarchives.com/web/en/archives/study/islam/general/relation_between_buddhism_sufism.html

[15] Dr. Zakir Abdul Karim Naik,
op. cit. m.s. 2.

Post a Comment