BERITA SSDI: SUBA'ANUN SERTAI TAUSUG CITIZEN
Laporan dari Zamboanga City, Sabtu, 09 April 2011 melalui Tausug Global Media (TGM) di Facebook (FB) saudara Yazer Rajim:
"Assalamu Alaykum!
Manga taymanghud ampa aku hainduun naubus timag kan Datu Amran. Alhamdulillah ampa sila naubus nagmeeting iban sin manga daing ha Ipil in katag ku bihaun yadtu pa sila nangaun sung na muwi pa Iligan. Ha bayta' hi Datu Amran in taud sin himadil didtu ha Ipil manga 1,500 almost manga political leaders hadja. In agi yadtu automatic na sila nagpa take oath ha manga kiyadihilan tanggungjawab. Damikkiyan awn na napi' nila State Minister ha Zamboanga Peninsula. In nagattend daing ha Dipolog, Zambo Sur iban sin kaibanan pa. Ha bayta', in State Minister sin Z. Peninsula humadil sin paginumpung ha 17 yan ha Bongao.
In manga pihak kunuh didtu subanen, bisaya iban awn da isab bangsa ta nakalamud. Alhamdulillah in sila magad na kunuh katan ha SSDI.
Awn dasan ganap bayta' hi Datu Amran smungsung, insya'Allah."
Translasi:
"Wahai saudara-saudara, aku baru selesai berbual (telefon) dengan Datu Amran. Alhamdulillah mereka baru selesai bermesyuarat dengan penduduk Ipil dan ketika aku menelefon mereka sedang makan bersedia untuk kembali ke Iligan. Menurut Datu Amran kehadiran penduduk Ipil seramai 1,500 orang yang kebanyakannya adalah pemimpin politik sahaja. Menurut kenyataan, mereka akan automatik mengangkat sumpah kepada yang diberi tanggungjawab. Demikian juga telah ada yang terpilih sebagai State Minister di Semenanjung Zamboanga. Turut hadir ialah dari Dipolog. Zambo Sur dan lain-lain tempat. Diberitahu, State Minister Semenanjung Zamboanga akan menghadirkan diri dalam perjumpaan pada 17hb ini di Bongao.
Mereka dari pihak Subanen (Suba'anun), Bisaya dan ada juga bangsa kita yang ikut serta. Alhamdulillah bahawa mereka menyatakan akan masuk kesemuanya ke dalam SSDI.
Ada lagi yang akan diberitahu oleh Datu Amran tidak lama lagi, insya'Allah."
Nota:
Penulis akan usahakan dapatkan gambar-gambar mesyuarat semalam untuk dipaparkan dalam blog TG ini dan menurut Habib Kerry bahawa Habib Akhmad, Datu Amran, Datu Prof. Tuttuh, Hj Jamil (Perdana Menteri SSDI yang baru dilantik oleh HRH Sultan Bantilan II) sekarang sedang meneruskan Road Show mereka ke seluruh Semenanjung Zamboanga. Menurut Habib Kerry lagi kebanyakan mereka yang menghadiri mesyuarat di Ipil semalam adalah anggota MNLF dari kalangan suku kaum Suba'anun.
Foto: Wajah-wajah tipikal kaum Sungai Zamboanga mirip dengan wajah kaum Sungai Borneo Utara (Sabah) hari ini. Alhamdulillah suku kaum Suba'anun sudah kembali kepangkuan Kesultanan Sulu. Kaum Suba'anun adalah satu-satunya Kaum Sungai di Semenanjung Zamboanga. Kaum ini menurut ahli linguistik berasal dari etnik Iranun @ Ilanun @ Tau Lanun yang ketika dulu tertumpu di sungai-sungai Zamboanga. Sebelum kedatangan Spanyol mereka adalah sebahagian dari rakyat Kesultanan Sulu. Dalam konteks nasionaliti Kesultanan Sulu, mereka masih Tausug yang kalau diusul keturunan masih dalam keluarga BURANUN sehingga Yafits bin Noh a.s. (Keturunan Bani Yafits bermula dari kepulauan Sulu sehingga ke Champa-China, Jepun-Korea dan Monggolia).
|