Bahagian 2: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, March 4, 2013 12 ulasan

PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.


Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.




PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. 

Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.

Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.

Walau pun SUARA DAMAI dan KEAMANAN dari keluarga BANTILAN itu sudah lama berkumandang di Malaysia sejak 2007 itu namun tiada siapa yang peduli, hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan Malaysia. Malah laungan DAMAI dan KEAMANAN ini terus menerobos kepulauan Sulu sehingga menjadikan keluarga KIRAM berasa terancam pula. SSDI sudah lama mengutus utusan damai kepada keluarga KIRAM sejak 2006 lagi untuk sama-sama bersatu dalam gerakan aman SSDI tanpa senjata.

Nampaknya KUASA BESAR yang sedang melabuhkan punggungnya di pulau Jolo itu itu tidak senang hati perjuangan KEAMANAN SSDI. Sehingga kita berasakan bahawa mereka telah bertindak mendokong pencerobohan di Lahad Datu itu.

Untuk mengakhiri catatan ini, ayuh kita sama-sama membaca Salawat Tafrijiyyah ini, yang mana amalan Salawat ini turut menjadi amalan harian Dato' Seri Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi (beliau berketurunan yang ada kaitan dengan Ahlulbait dari kesultanan Jogjakarta). Saya tidak menyangka, seorang Menteri Malaysia seperti beliau sangat istiqamah dalam amalan Salawat hebat ini. Tidak hairan wajah-wajah para pengamal salawat ini senantiasa tenang dan terpancar NUR barokah. Semoga Allah swt menghapuskan segala Fitnah besar yang sedang melanda ini buat kita umat Islam Malaysia dan Sulu malah Dunia amnya. berkat pembacaan Salawat Tafrijiyyah ini AMIIIIIN YA RABBAL ALAMIN.


Sila ikuti cadangan pada bahagian seterusnya....

  1. alhamdulillah alhamdulillah, apa yang saya risaukan sekarang adalah provokasi dari media Filipina dan juga provokasi pinoy di dalam Internet, mereka inginkan peperangan antara Islam , di Facebook ada pinoy mengaku sebagai Muslim dan membakar semangat perkauman agar bangsa Tausug bangkit menentang saudara seagama Islam mereka, ini yang Syaitan mahukan. Hantu Marcos sedang mempermainkan kita. Sedarlah Tausug, Sedarlah Malaysia, jangan bergaduh, kita seharusnya menentang kafir , bukannya sesama Islam.

    English version: what i'm worried now is, the provocation from filipino media and in Internet. They want a war between Islam brothers and sisters. In Facebook, there are lot of pinoy people claim to be muslim (but they are not) and they burn the racism on Tausug, so Tausug will fight their muslim brothers, this is what Syaitan want. Ghost of Marcos is playing us now. Wake up Tausug, wake up Malaysian ! dont fight ! we are muslim brothers. We must fight kafir , not our muslim brothers.

  1. Terima Kasih pencerahan... tap maaf, boleh tidak tuan jelaskan apa maksud tuan 'Kuasa Besar yg sedang berlabuh di pulau Jolo'... Adakah Gerakan kiram ini ada kemungkinan di dokong oleh kuasa besar dunia seperti USA?

  1. Alhamdulillah...semoga segalanya berakhir dengan aman dan tenteram.
    Dan yang lebih penting lagi adalah apakah langkah seterusnya daripada kedua-dua belah pihak untuk mengelakkan pencerobohan dan peristiwa seperti ini berulang lagi pada masa akan datang.
    Ini perlu diperjelaskan kepada seluruh rakyat malaysia dan rakyat sulu agar tidak ada dendam yang berpanjangan dari kedua-dua belah pihak kesan dari peristiwa ini yang melibatkan banyak nyawa terkorban.Ancaman dan anasir dari pihak luar yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasana juga perlu ditangani dgn bijak.

  1. Menurut apa yang saya dengar, terdapat kapal perang USA 'tersadai' di perariran filipina sejurus sebelum pencerobohan Kiram Laknat ni. Dikatakan, menyalur senjata kepada penjenayah arahan Kiram.

    Namun hikmah di sebalik kejadian, Allah memperdayakan Kiram demi mengangkat martabat Sultan Muhammad Muizzuddin II.

    Semoga Sultan Muhammad Muizzuddin II bertakhta dengan pengiktirafan antarabangsa, khususnya Malaysia.

  1. salam..

    mohon izin mencelah & mohon izin PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II untuk memperkatakan sesuatu berkaitan bangsa yang Baginda Sultan Bantilan II ketuai dan diamanahkan untuknya.. Memang benar, segala apa yang berlaku ada hikmahnya.. ( Wallahu 'alimun bizar tissudur.. ). Namun Allah juga memberikan kita akal fikiran hatta nafsu. Dan akal fikiran hatta nafsu ini Allah juga telah mensyariatkan kepada kita Ad-Deen yang telah sempurna pensyariatannya melalui Muhammad Rosullullah S.A.W.( inna haza siratikalmustaqimma, fattabiuni, wala tattabiuni subula.. ) Ini sahajalah jalan yang benar, ikutilah.. jangan ikuti yang selainnya..
    Dalam hal yang berlaku, jauh di sudut hati, saya berasa amat sedih, kecewa bahkan marah. Kerana pengikut Jamalul Kiram, jika dilihat pada gambar2, berkopiah, berserban, berjambang bahkan raut muka juga terserlah cahaya keislamannya. Tapi kenapa bertindak begini? Kenapa mengistiharkan 'perang' kepada kami yang juga bersyahadatain.. Kenapa perlu memerangi saudara semuslimin di zaman DUA GERHANA BERLAKU DI BULAN BARAKAH RAMADHAN ALMUBARAK. Adakah perlu mencari kebenaran pesan Nenda Muhammad S.A.W dengan cara ini? Adakah akan terbit-keluarnya HARIS AL-HARAST & SYUIB BIN SALEH dengan cara ini? Jangan kerana termakan pujuk rayu pihak musuh laknattullah termasuk sedikit habuan duniawi, maka tergamak meniitiskan darah seagama.. Kembalilah kepada Allah..
    Saya juga heran apabila melihat Kiram siap doa selamat di rumahnya di Manila dan dibelakangnya turut kelihatn anak2 berjubah, berserban - saya kira anak2 dari madrasah tahfiz quran. Mendoakan keselamatan pengikut2nya? Allahu Akbar sedih sekali... Umpamanya, kita menyuruh anak kita pergi mencuri di pasaraya. Lalu kita naik ke rumah, ambik wudhuk dan bersolat hajat mohon Allah lindungi anak kita dan membawa pulang hasil mencuri..
    Secara peribadi, hikmahnya juga, saya dapat mengenali saudara bngsa Sulu, dapat mengenali Baginda Sultan Bantilan II. Juga paling besar, dapat mengetahui bahawa JANJI ALLAH MAHA BENAR, PESAN NENDA MUHAMMAD S.A.W BENAR. Antaranya bahwa betapa ramai insan2 di ALAM TIMUR ini yang didalam tubuhnya mengalir darah suci Muhammad S.A.W.

    Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan memberikan taufik serta hidayah kepada kita semua. Amin..

    Hamba Allah
    Sayyid Al-Kelantani ( bersalasilah Sayyid Hussien Jamadil Kubro )

  1. mohon tuan ulas berkenaan ini.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_20_Perkara_Sabah

    dari : #Pemikiran Berahi Anonymous - BANkami

  1. boleh tuan jelaskan siapa pulak yang ini rumahbicarasulu.com/ahli.htm

  1. Salam maaf klu pernyataan ini menyinggung..sy baru perasan sultan kiram ini buta sebelah matanya,.mungkinkah ini jelmaan dajjal? Wallahulam

  1. Awas, orang kafir sengaja mencari peluang untuk melaga-lagakan orang Islam.Jalan damai harus dicari sesegera mungkin. Adakah Sabah yang sekarang berada di bawah kerajaan Islam Malaysia mahu diletakkan di bawah kerajaan Kristian Filipina. Fikir-fikirkan, agenda siapa sebenarnya.

  1. Sekadar luahan hati dari pelaut Malaysia, anak Islam (melayu melanau+melayu bentan). Kita umat Islam wajib bangkit untuk bersatu bawah khilafah, bukan perang sesama Islam dan sesama melayu. Sudah hampir 1 abad khilafah Islam digulingkan. Sedarlah orang-orang lama, anak-anak muda nak kamu semua jadi pemimpin kami. Cepat sedar.

  1. Apa yang keluar bila anda klik pada sejarah kesultanan sulu di dalam blog rumahbicarasulu itu ialah carta keluarga kiram yang bermula pada tahun 1800an.

    Padahal kesultanan sulu wujud hampir sama dengan kesultanan melaka.

    Mana kerabat maharaja adinda? Kerabat shakiraullah mahupun kerabat dayang meria?

    Inilah kerabat yang memalukan orang islam khususnya dan institusi diraja sulu serta kerajan beraja di nusantara amnya.

    Kesultanan perak dan johor tetap bangga dgn warisan melakanya, istana seri menanti masih bersinambung dengan istana pagaruyung, pakubuwono dan hamengkubuwono masih mengaku mereka dari keraton islam mataram. Begitu juga istana2 lain di nusantara ini.

    Tukar saja bicara rumah kiram atau the eye of kiram.

  1. semoga damai dan konflik segera selesai. Amin ya robbalalamin!

Post a Comment