Zamboanga City: Astana Sultan Bantilan II Diiringi Lagu Julfekar

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, June 22, 2011 0 ulasan


Lagu Tausug saudara Julfekar bernuansa MUNAJAT sesuai didendangkan mengiringi perasmian Astana Sultan Bantilan II.


Segala Foto bertarikh 22 Jun, 2011 ini disediakan oleh koresponden TGM di Zamboanga City iaitu saudara GulamurraSULU (lihat gambar) yang dihantar melalui Facebook.




POSTER: TAUSUG BANGUNLAH!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, June 19, 2011 0 ulasan



KERAJAAN CHINA MENAWARKAN PEMBIKINAN MUZIUM KESULTANAN SULU DI SHAN-DONG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, June 18, 2011 0 ulasan




TEAM TO VISIT CHINA TO SET UP MUSEUM FOR SULU LEADER
Posted on June 15, 2011 10:13:54 PM

ZAMBOANGA CITY -- Amid the "word war" between the Philippines and China over the Spratly Group of Islands, a six-man Filipino delegation, including a Moro artist and historian, is expected to visit China early next week to re-establish the Sulu Sultanate-China relations.

The group will be in Dezhou City in Shan-Dong province in eastern China for a five-day visit starting June 20 following the invitation from the Chinese government to set up a museum in honor of Sultan Paduka Batara of east Sulu State. The sultan died in China during an official visit in early 15th century.

Sulu’s first district representative Habib Tupay Loong, who was asked to form the delegation, said the group was requested to study the historical ties of the Chinese and Sulu people.
The invitation is a "sign of recognition of the sovereign power of the sultanate in the past and [the Chinese government wants] to preserve it," he said.

Officials of Dezhou City asked their Philippine counterparts to bring at least a Muslim historian and an architect to design the museum that will be built within the compound of the sultan’s tomb.

Mr. Loong said the Chinese government recognized that "there is a sultanate blood among Chinese people." "There is one sultan who died in China that is to prove that during that time, China and the Sulu Sultanate are already in a diplomatic relationship in term of recognition of the sovereign authority of the Sulu Sultanate," he told BusinessWorld.

Based on historical text complied by Sururul-Ain Ututalum and Abdul-Karim Hedjazi in the book The Geneology of the Sulu Royal Families, there are three sultans from Sulu archipelago who went to China in 1417 to pay a visit to Chinese emperor Yongle of the Ming Dynasty. One of the sultans was inflicted with a disease and died in Dezhou City.

"The Emperor Yongle was very sad at the news. He sent his minister to Dezhou to cope with the matter and granted the distinguished overseas guests a magnificent funeral that was as formal as for a Chinese king," part of the epitaph of the sultan said.

At least 10 people, including the sultan’s two sons were left behind in China to look after the tomb. As years passed, intermarriage between the sultan’s sons and Chinese locals occurred.
In 1731, during the time of Yongzheng of the Quing Dynasty, the descendants of Sultan Batara were naturalized as Chinese citizens under the surnames Wen and An, the book said.....

Penulis diperkenalkan dengan saudara Rameer Tawasil oleh Neldy Jolo di Zamboanga City. Pernah penulis aturkan Rameer membuat pameran di Balai Seni Lukis Negara di Kuala Lumpur tetapi masih tidak kesampaian sehingga hari ini.


Renowned Tausug visual artist Rameer A. Tawasil, who will design the museum, said the tomb of Sultan Batara is one of the famous tourist attractions in that part of China.

Mr. Tawasil said the group is thinking of building a museum with a design that emphasizes on the Sulu culture.

"We are still thinking of what kind of museum will it be and its size. We will also look at the area," he said.

At present, the special royal tomb of the sultan, which has two gates, is a huge compound with a mosque and impressive stone statues of horses, lions and rams, among others.

The Chinese government has proclaimed the tomb under the state’s protection in January 1988 for its valuable and symbolic recognition of the friendship between the Philippines and China. Mr. Loong said Chinese culture has been embedded in Tausug’s customs particularly in trade.

-- Darwin T. Wee


Darwin T. Wee, wartawan. Pertama kali penulis berkenalan dengan beliau ketika di Zamboanga City yang diperkenalkan oleh saudara Neldy Jolo. Beliau adalah wartawan berketurunan Visaya-China yang selalu berkata "Saya bangga bersahabat dengan Tausug kerana mereka tidak akan tinggalkan anda walau dalam keadaan apa pun".



ULASAN:

Apabila kerajaan China "mula" menghulurkan "tangan persahabatan" dengan Kesultanan Sulu maka "kenyataan Hadis Rasulullah SAW" tentang kemunculan Yakjuj Makjuj (Gog Magog, Bani Yafits bin Noh a.s.) akhir zaman di sebelah TIMUR semakin menjadi realiti.

Tausug yang tinggal dengan penuh penderitaan (dikomplot, dibunuh, dianiaya, diadu-domba dan dinafikan hak) di kepulauan Sulu hari ini tidak menyedari negara-negara di Asia Tenggara sekarang mula bergegar kepala lutut. Sebabnya ialah satu "kenyataan" yang selama ini cuba disorok, ditimbus atau disembunyikan sekarang sedang perlahan-lahan "terbuka" atau terdedah dengan sendirinya atas kehendak Allah Azza Wajalla.

KENYATAAN tersebut ialah suatu ketika dulu yakni di zaman dahulu kala "tersebutlah alkisah akan satu kerajaan besar yang memerintah maritim Asia Tenggara yang dinamakan KERAJAAN ZABAG (termasuk tanah besar China)". Hari ini kerajaan China telah mula mengatur langkah membina hubungan dengan kesultanan Sulu setelah Kerajaan U.S. melakukannya sebelum ini. Kerajaan China mungkin terlambat sedikit berbanding U.S. yang telah pun berjaya membina kem tenteranya di puncak gunung di pedalaman Jolo bermula tahun 2002 yang lalu.

(U.S. (Bangsa Gog berkulit putih) dan Republic of China (Bangsa Magog bermata sepet) sesuai dengan maksud Hadith Rasulullah SAW yang mana mereka akan mengatur strategi bermula di sebelah TIMUR bumi untuk memulakan MISI PERANG DUNIA TERAKHIR.)


ISU TUNTUTAN KEPULAUAN SPRATLY

Berbalik kepada isu "Tawaran Pembikinan Muzium Kesultanan Sulu di Shan-Dong" oleh kerajaan China sebenarnya mungkin bakal menjadi malapetaka kepada Malaysia, Filipina dan negara-negara lain di masa-masa akan datang yang sejak sekian lama "bekerja keras menuntut kepulauan SPRATLY". Banyak negara yang menuntut kepulauan Spratly (terletak di Laut China Selatan) yang bukan sahaja Malaysia, Filipina, Brunei, Vietnam dan beberapa negara lagi malah China juga turut menuntutnya. Persoalannya siapakah pemilik sebenar kepulauan itu sehingga negara-negara tersebut berebut-rebut menuntutnya?

Prof. James F. Warren telah berikan jawapan jelas bahawa ia adalah KAWASAN SULU ZONE yakni kawasan EMPAYAR KESULTANAN SULU. Di manakah had Sulu Zone tersebut? Hadnya terlalu luas sekiranya dicatat namun kenyataan Najeeb Saleeby mungkin lebih sesuai ketika ini iaitu seperti yang disebutnya dalam The History of Sulu bahawa "Sulu ialah termasuk Champa (Vietnam hingga Kemboja hari ini), Banjar (Kalimantan hari ini), Baklaya (Tanah Bugis di Sulawesi hari ini), Buranun & Taguimaha (gugusan kepulauan Sulu)".

Kerajaan China mengaku mempunyai hak terhadap kepulauan Spratly kerana menurut catatan sejarah China Kesultanan Sulu telah pun menyerahkan Kepulauan Spratly kepadanya. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang catatan yang pernah dibuat oleh Kesultanan Sulu yang kita boleh rujuk hari ini menyebabkan Filipina mendabik dada kerana dakwaan kerajaan China itu tidak dapat disahkan. Maka satu-satunya pengesahan yang kerajaan China boleh lakukan ialah KEWUJUDAN IKATAN SEJARAH antara Sulu dan China di zaman purba. Antara caranya ialah mengiktiraf TINGGALAN SEJARAH SULU di China (rujuk kenyataan akhbar di atas). Hari ini, China telah menyedari pentingnya KESULTANAN SULU berdiri sendiri sebagai satu entiti yang berdaulat dengan sokongan terus dari kerajaan China.

China menyedari, U.S. sekali pun sekarang telah menduduki Kepulauan Sulu namun baginya U.S. tidak berhak menentukan hala tuju Tausug dan Kesultanan Sulu kerana U.S. baru sahaja MUNCUL sedangkan ikatan China-Sulu telah lama bermula sebelum kedatangan Spanyol lagi. Menurut China, Sulu bukan sahaja sahabat perdagangan malah adalah sebahagian dari 'darah daging' mereka beribu-ribu tahun dahulu.

Hari ini, Filipina dengan nada angkuh menyatakan kepulauan Spratly adalah kawasan Filipina kerana Kesultanan Sulu itu adalah Filipino. Satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata yang pasti suatu hari nanti akan "menampar wajah" Filipina sendiri. Filipina tidak menyedari "pakaian" FILIPINAnya semakin tertanggal satu demi satu dan semakin hilang dengan "kembali semula ke Spanyol". Buktinya, Habib Tupay Loong yang selama ini berkhidmat dalam dunia politik Filipina sudah tidak menamakan Kesultanan Sulu sebagai "Filipino" lagi.

Malah, dari hari ke sehari kuman dan virus Tausug dan Kesultanannya semakin menular ke kampung-kampung Subanun dan Visaya di seluruh Mindanao sehingga mungkin berjangkit ke Utara (Luzon). Kini Bangsa Visaya telah mula menjerit "Rupa-rupanya kami adalah TAUSUG dan nenek moyang kami sebelum kedatangan Spanyol-Filipina kami adalah ISLAM". -TGM

---------------------------------------------------------------

Lihat: http://www.atimes.com/

Kerajaan China hari ini sedang mencari Sultan Sulu sebenar yang diangkat oleh rakyat jelata Tausug kerana kes kepulauan Spratly,

"..according to our forefathers, your great-great-grandfathers had already given that island [the Spratlys] as a gift to our emperor. But we are sorry but we cannot any more claim it through words because it's not accepted by the international community. If you can certify that truly your great-grandfather had already given that island ... and you sign that certification ... the Chinese government is committed to you."

Nampaknya Kerajaan China tidak melihat Filipina sebagai pemilik kepulauan Spratly kerana China sendiri tahu Kesultanan Sulu tidak termasuk dalam "kekuasaan" Filipina sejak azali.

Police, military confirm MNLF mass recruitment in Zamboanga

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, June 15, 2011 0 ulasan

Saturday, 28 May 2011


The local police office and military unit confirmed yesterday that alleged members of the Moro National Liberation Front (MNLF) have been conducting mass recruitment for their Special Regional Security Forces (SRSF) in barangay Recodo in the west coast.

This was confirmed by city police director Sr. Supt. Edwin De Ocampo and Task Force Zamboanga (TFZ) commander Army Colonel Buenaventura
“Bay” Pascual during a phone interview.

De Ocampo told Zamboanga Today that the personal bio-data of MNLF applicants were retrieved from one of the houses in Zone 6, Barangay Recodo, this city, after a shootout with drug pushers.


Allegedly, Bangsamoro Republic, MNLF, Sawdara Freedom Fighters Battalion Executive Officer, 41st Brigade, Nirson M. Ollie occupied the said house and established an office thereat.


De Ocampo said the recovered documents were forwarded to the Intelligence Office of the local police for assessment and validation of personalities
.


Meanwhile, Pascual said that the MNLF group has been conducting a citywide campaign for mass recruitment and has already infiltrated several barangays in the city.


Pascual said that his office is constantly monitoring the group’s activities in the city and to further gather evidence for any violation of law.


Pascual asked the assistance of the local populace to help the police and military monitor the activities of the group and immediately inform the nearest police or military station if they are threats to the place especially the peace and order of the barangay.


De Ocampo said the local police office is still investigating the group for any possible violation of the law before filing appropriate charges in court.


Earlier, local police operatives have conducted a narcotics operation at Zone 6, Recodo where the group engaged in a firefight against notorious drug trafficker Margani Samla also known as Bin Laden.


The operation resulted to the wounding of a policeman identified as Police Officer 1 Aljabar Basiril assigned with the Public Safety Company.


The police recovered several drug items and paraphernalia and arrested two suspects identified as Aldrin Miranda y Hadjiri, 26, single, a caning laborer, of Isabela City, Basilan Province and Abdunnor Tammang y Atari, 20 single, a native o Luuk, Jolo, Sulu Province.


Cases of frustrated murder, illegal possession of firearms and violation of 9165, otherwise known as the Comprehensive Dangerous Drugs Act of 2002 were filed against the group of Samla in court.


By Eugene A. Lasprilla

Source: http://www.zamboangatoday.ph/index.php/news/
------------------------------

Ulasan:

Perhatikan, mengapa anggota MNLF masih tidak memahami kedudukan mereka sebagai
"harimau yang sudah pun menyerahkan kuku dan gigi taringnya kepada Filipina" pada Perjanjian Damai 1996 yang lalu, tetapi masih berasakan diri "masih mampu" memberi pukulan kepada Filipina secara sembunyi-sembunyi?

Ketika YM Sultan Bantilan II mula-mula menggerakkan United Tausug Citizens (UTC) dahulu, Baginda Sultan telah pun memaklumkan bahawa perjuangan MNLF sudah lama tamat dan bagi mereka (MNLF) yang masih mahu berjuang mendapatkan Kemerdekaan maka "Kaedah Kesultanan Sulu" adalah satu-satunya jalan yang masih ada. Ia lebih selamat dan lebih meyakinkan dari kaedah MNLF yang menggunaka peperangan senjata.

Sebagai bukti Baginda Sultan telah menunjukkan secara terang-terangan memacak bendera Kesultanan Sulu (membuang bendera Filipina), berarak di tengah Bandar Jolo (membawa kain rentang bertulis "Filipina Nyah dari Wilayah Kami Sulu!! Tempat kamu di Luzon dan Visayas"), mengadakan latihan ketenteraan, dan mengadakan perhimpunan "Deklarasi Kemerdekaan SSDI 2010" beberapa tahun lamanya semenjak tahun 2006 atau 2007 yang lalu namun kerajaan Filipina tidak sekali-kali menghalang mahupun mengganggu. Sebaliknya berlaku sekiranya MNLF melakukan perkara yang sama pasti akan ditangkap atau diperangi. Contohnya seperti apa yang berlaku pada laporan akhbar di atas.

Kalau pun ada yang memberi alasan kononnya penangkapan tersebut hanyalah disebabkan DADAH bukannya kerana merekrut tentera baru MNLF namun mereka sendiri tahu Filipina pasti menggunakan alasan "DADAH" untuk "menghalalkan" cara agar dapat menangkap komander MNLF yang merekrut ahli baru tersebut.

MNLF pura-pura tidak sedar dan pura-pura tidak melihat gerakan YM Sultan Bantilan II bersama UTCnya semakin laju memacu "kenderaan" mengumpul sokongan rakyat yakni semakin hampir kepada kemenangan. Mungkin MNLF menyedari dua minggu lalu pengawal-pengawal YM Sultan Bantilan II telah mula menggunakan senjata api di perkarangan Istananya di pinggir Bandar Jolo tanpa mendapat halangan dari pihak kerajaan Filipina sendiri, lantaran MNLF pun mula menggerakkan pendaftaran pemuda-pemudi MNLF untuk direkrut. Malangnya mereka semua ditangkap dengan tuduhan "tambahan" bahawa mereka menyimpan dadah yang pasti akan memberatkan lagi hukuman terhadap mereka.

MNLF bertambah bingung sekiranya mengetahui pendaftaran terkini yang dilakukan Jabatan Pendaftaran SSDI di wilayah Zamboanga mencatat lebih 700,000 pendaftaran menjadi rakyat SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) baru-baru ini. Mereka yang mendaftar kebanyakannya adalah Kristian Katolik Suba'anun dan Visaya. Juga tidak mendapat tentangan dari pihak Kerajaan Filipina. MNLF pasti terkejut beruk lagi sekiranya mengetahui kumpulan bekas Padri Katolik di Davao City yang diketuai oleh Ust. Ismail T.A. (bekas Padri) sekarang sedang giat menjalankan kempen "kembali dibawah naungan SSDI" kepada penduduk "balik Islam" di Davao.

Sekarang sedang rancak gerakan SSDI yang bakal melanda "Tsunami" tidak lama lagi ke atas Zamboanga City. Kita tunggu dan lihat. -TGM

(Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan kerja-kerja UTC dan bukakanlah setiap hijab yang menutupi perjalanan mereka. Ya Allah! Ya Jabbar! Ya Qahhar!! Ya Mutakabbir!!)

"Menulis" Atau " Melukis" Semula Sejarah Tausug?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, June 12, 2011 0 ulasan


Penulis sedang melukis di majlis (Party) Alliance Group di KLCC Convention Center pada 28 Mei, 2011 lalu. Video diambil oleh saudara Albiner Mamil (Bining). Lukisan karikatur dalam majlis ini perlu disiapkan hanya 4 ke 5 minit setiap satu kepala.

Sahabat-sahabat penulis dari Sabah sehingga ke Semenanjung Malaysia selalu bertanya apakah kerjaya sebenar penulis? PENULIS atau PELUKIS? Selalunya jawapan penulis ialah bergantung kepada situasi ketika itu. Walau bagaimanapun penulis selalunya katakan sebagai "pelukis" kartun atau karikatur berbanding "penulis buku @ blog". Bagi penulis, sebenarnya dunia seni lukis lebih susah yang terpaksa menempuh kehidupan atau pengalaman sukar untuk sampai ke puncak. Puncak seni lukis yang penulis maksudkan ialah "seorang pelukis dapat menghasilkan karya dalam majalah" atau "lukisannya dapat dipamerkan di pusat-pusat pameran" samada dalam negara mahupun di luar negara.

Berbanding penulisan buku, dunia seni lukis mempunyai "hamparan" yang lebih luas dan penerimaan khalayak begitu menggalakkan dan mendapat tempat kerana sifatnya yang VISUAL. Sebagai contoh, anak-anak tadika terlebih dahulu dididik dengan gambar yang kemudian membaca lukisan dan seterusnya melukis. Akal fikiran dan syaksiah kanak-kanak mudah dibentuk dengan menggunakan lukisan-lukisan kartun. Lukisan sangat rapat dengan muzik yang sukar dipisahkan. Seseorang yang mahir melukis biasanya mahir dengan pengolahan muzik atau lagu. Sekiranya Pelukis dan Pemuzik banyak berguru (semua jenis ilmu pengetahuan yang bermanfaat) dan menjadikan budaya "membaca" buku sebagai hobi tambahan biasanya akan menjadi penulis yang "handal".

Justeru, seorang penulis buku cerita mahupun artikel akan mempunyai daya kreativiti menulis yang luar biasa sekiranya mempunyai asas lukisan dan muzik. Seorang penulis perlu banyak membaca untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat agar memudahkannya menulis apa sahaja tajuk yang diminatinya. Lebih-lebih lagi sekiranya seorang penulis memilih sebagai "pejuang" untuk menulis semula "sejarah bangsanya".

Generasi muda Tausug hari ini perlu "dikejutkan" untuk menulis semula sejarah mereka yang "ditutupi" sejak sekian lama. Hakikatnya, yang menutup sejarah Tausug itu adalah Tausug itu sendiri dalam banyak keadaan. Maka untuk membuka "tirai penutup" itu bangsa lain tidak akan mampu melakukannya untuk Tausug kerana hanya Tausug yang mampu. Bangsa-bangsa lain hanya mampu memberi "inspirasi" dan mengajar ilmu-ilmu alat kepada Tausug.

Bukti kemampuan Tausug ialah kehebatan sejarahnya yang lalu yang ternyata tiada tandingan di mana-mana penjuru dunia. Maka tidaklah menghairankan sekiranya Rasulullah SAW "melihat" masa depan Tausug dalam Hadith Baginda SAW sebagai "Bangsa yang bakal mengangkat OBOR kebangkitan ISLAM di akhir zaman di sebelah Timur".

Maka menulis semula sejarah Tausug dan melukiskan semula peta "Kedaulatannya" adalah satu perjuangan mulia umat Tausug. Kerana "kedaulatan" Tausug itu jugalah yang akan menjadi KEDAULATAN ISLAM untuk diserahkan kepada AL-MAHDI.

Menghadiri Bengkel Pemantapan Penulis Muda di Yan, Kedah 13-18 Mei, 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, June 10, 2011 0 ulasan

Dari kiri: Asree Sug, Albiner (Bining), Sifu Hasni Abas.


Dari kiri depan: Asree Sug, Ibu ROSNANI UNTOL, Neldy Jolo (Nelson).
Muslimah (awek-awek cun) di belakang: Fikriyyah, Hassuna, Intan.



Bersambung.....

Januari 2011: U.S.A. Mula Mengajar Tenteranya dengan Bahasa dan Budaya Tausug

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 29, 2011 0 ulasan

U.S. ARMY TRAINING AND DOCTRINE COMMAND
Source: http://jobview.usajobs.gov/


Job Title:
Foreign Language Teacher (TAUSUG/DIALECTS)
Department: Department Of The Army
Agency: Army Training and Doctrine Command
Job Announcement Number: WTEY11FPSTAUSKUNI

  • SALARY RANGE: $36,430.00 - $127,042.00 /year
  • OPEN PERIOD: Friday, January 28, 2011 to Friday, January 27, 2012
About the Position: The Institute offers foreign language instruction in more than two dozen languages to approximately 3,500 students on a schedule that extends throughout the year.

Courses are taught six hours per day, five days a week, with the exception of federal holidays and training holidays determined by the garrison. Teachers work on teaching teams consisting of six members and teach up to 30 students in groups of 10. The duration of courses range between 25 and 63 weeks, depending on the difficulty of the language. TAUSUG speakers have dialects in MAGUINDANAO, MARANAO, and/or SAMAL are preferred.

......................................

ULASAN: KEKUATAN USA TERLETAK PADA FREEMASON (NWO)

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat secara drastik menambahkan korikulum wajib mempelajari Bahasa Tausug di Defense Language Institute Foreign Language Center (DLIFLC); Monterey, CA. yang baru sahaja bermula awal tahun ini (Januari, 2011).

Jawatan tenaga pengajar di sekolah tentera ini tentulah akan diisi oleh Tausug (Warga USA) sendiri. Misi Amerika Syarikat untuk masuk campur dalam urusan Tausug dan Kesultanannya seterusnya dapat menguasai "Politik" Nusantara di masa-masa akan datang nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Samada negatif atau positif penerimaan terhadap program Amerika Syarikat ini nampaknya bukanlah menjadi perhatian utama kepada Kesultanan Sulu (UTC) hari ini. Malah Sulu lebih berkeyakinan bahawa "hanya kuasa besar" seperti Amerika Syarikat yang boleh membantu Kemerdekaan mereka sekali pun orang-orang Sulu tahu USA itu adalah ejen DAJJAL. Sulu terpaksa menerima apa sahaja jenis bantuan. Jangankan USA yang boleh mereka terima malah Syaitan dan Iblis pun kalau datang membawa bantuan KEMANUSIAAN pasti diterima oleh orang-orang Sulu.

Keperitan hidup masyarakat Sulu hari ini kita boleh lihat dengan wujudnya pencolekan, rompakan dan pembunuhan sehingga menjadi ketakutan kepada bangsa-bangsa lain terhadap Tausug itu sendiri. Menyalahkan Tausug secara total adalah tidak adil tanpa menuding jari kepada Filipina (yang memerangi Tausug sehingga jadi pelarian perang/ekonomi ke Malaysia), Malaysia (menangkap dan menyumbat Tausug dalam kurungan sebelum dihalau semula ke Filipina) dan Indonesia (lebih berdiam diri yang hanya membantu jadi broker perjanjian damai yang sia-sia) yang sejak sekian lama dilihat "sengaja" memanjangkan "isu penjanjian damai" yang mereka sendiri tahu perjanjian tersebut hanyalah "satu permainan". Tiga negara ini (Filipina, Malaysia, Indonesia) masih tidak menyedari "permainan" sebenar "kuasa besar" ini.

Pakar strategi ketenteraan USA sejak beberapa dekad telah mengkaji dan menganalisis kekuatan Tausug dan Kesultanannya di masa lalu yang mana mereka lihat (sejarah Tausug) boleh digunakan sebagai "Tiang Seri" menguasai Asia Tenggara di masa-masa akan datang. Maka, gerakan lebih awal perlulah dilakukan dari dalam Sulu itu sendiri.

Peringkat awal KERAJAAN RAHSIA (NWO) YAHUDI yakni yang mempelopori gerakan Freemason sedunia telah "menyuntik" gerakan Freemason ke Mindanao dan Sulu melalui kumpulan-kumpulan "Fraternity" yang bermacam-macam nama untuk membiasakan generasi muda Tausug dengan budaya MASON. Gerakan Mason di Sulu sudah lama bermula setelah termeterai Perjanjian Beats 1898 antara Amerika Syarikat dan Kesultanan Sulu ketika itu (perlu dicatat di sini bahawa USA hanya dapat berhubung dengan Kesultanan Sulu setelah USA membawa surat izin kerajaan Othmania dari Turki kepada Sultan Sulu).

Gerakan Mason yang berjaya menyusup masuk ke Sulu telah mula memainkan peranan rahsia mereka sehingga tamat perang dunia ke-2. Antara kejayaan besar mereka ialah memperdayakan Sultan Jamalul Kiram II menyerahkan Jongkong Emas 617,500 Tan Metrik ke Vatican, Italy pada tahun 1935 melalui Singapura. Dengan menggunakan khidmat Tausug yang berjaya diMASONkan seperti keluarga Hj Buto (Perdana Menteri Sultan Jamalul Kiram II) dan lain-lain maka kekuatan Jihad Tausug telah berjaya "dipondankan" setelah itu. "Kepondanan" Tausug ini lebih jelas setelah Sulu "dihumban" masuk kedalam kekuasaan Filipina tanpa dapat berbuat apa-apa. Sedar-sedar Tausug mendapati diri mereka sudah menjadi Filipino pula.

Sehingga hari ini masih terdapat perkuburan Mason di pinggir Bandar Jolo yang mempunyai pintu gerbang bertulis "Mason Cemetery 1963" yang mana Tausug Jolo sendiri tidak tahu bagaimana perkuburan Mason itu boleh berada di situ sedangkan Jolo itu telah dicap sebagai "No Man's Land" (Negeri yang tidak boleh dilawati).

Walau bagaimanapun Tausug terpaksa menerima hakikat bahawa Sulu adalah wilayah kepulauan yang paling kaya di dunia semenjak zaman purba yang menjadi igauan segala bangsa untuk ditakluki agar EMAS HITAM (Minyak) dan EMAS PERAK PLATINUM dan logam-logam berharga lain dapat disedut agar dapat dijadikan modal kepada PERANG NUKLEAR (ARMAGEDDON) akhir zaman.

Ternyata Tausug tiada apa-apa kecuali ALLAH dan RASUL sahaja lagi. Bersiaplah TAUSUG, anda takut atau tidak KEMATIAN itu pasti. Matilah dengan penuh maruah jihad dalam Islam, untuk hidup kekal abadi di NEGARA MERDEKA di Syurga Allah swt.


Ceramah Mufti Sulu, Paduka Maulana Shar'i Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab dari Jakarta buat Tausug.

Defining the Baselines of the Philippines: Issues and Challenges

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 22, 2011 0 ulasan


Held last May 13, 2011 at the Pulungang Claro M. Recto, Faculty Center, UP Diliman and brought to you by the Center for Political and Democratic Reform, Inc., the UP Diliman Department of Political Science, and the UP Third World Studies Center, this symposium features Professor Jay Batongbacal of the UP College of Law as main speaker.


Ulasan:


Para cendekiawan Filipina seperti menyedari rapuhnya "pemilikan wilayah" terhadap seluruh kepulauan yang mereka yakini sebagai FILIPINA hari ini menurut fakta sejarah yang benar telah mula mempersoalkannya. Justeru, mereka mula melancarkan kajian terperinci dan membahasnya secara umum seolah-olah akan berlaku "tsunami" yang bakal melanda kedaulatan FILIPINA yang kalau tidak ditangani segera ia pasti "memusnahkan" kewujudan Filipina di peta dunia di masa-masa akan datang.

Hal ini sebenarnya dilihat sebagai reaksi kepada program Kesultanan Sulu di kepulauan Sulu hari ini. Program kempen mengembalikan Kesultanan Sulu kembali memerintah yang tiada hentinya yang bukan sahaja di gugusan Kepulauan Sulu malah di Semenanjung Zamboanga dan kini semakin menular ke kesuluruhan Mindanao sehingga ke Manila tanpa mendapat tentangan oleh kerajaan Filipina.

Ketidak-upayaan Filipina menghalang program Kesultanan Sulu ini dilihat oleh para cendekiawan Filipina sebagai "benarnya dakwaan Kesultanan Sulu sebagai berdaulat dan wilayahnya tidak pernah dimiliki oleh Filipina sejak azali". Ketidak-mampuan Filipina menghalang samada dalam bentuk sabotaj atau tindakan menghalang secara terbuka menyebabkan para cendekiawan Filipina melakukan "sediakan payung sebelum hujan" sebagaimana yang kita boleh lihat pada video di atas.

Professor Dr. Jay Batongbacal (University of the Philippines College of Law, Diliman) menyatakan secara jelas dan nyata bahawa wilayah Philippines tidaklah termasuk Pulau Palawan dan Mindanao (apatah lagi gugusan Kepulauan Sulu) berdasarkan kenyataan Spanyol (Castila) sendiri yang mengakui tidak pernah menguasai wilayah tersebut.

Kenyataan ini bagi pengkaji sejarah Sulu telah didedah dan diuar-uarkan oleh cendekiawan Filipina adalah atas desakan Filipina sendiri. Filipina memerlukan fakta untuk dapat didedahkan kepada umum agar rakyat Filipina memahami bahawa Mindanao-Sulu dan Palawan bukanlah milik Filipina. Maka, sekiranya Sulu-Mindanao terpisah suatu hari nanti dari "tangan" Filipina tidaklah mengejutkan rakyat.

BHG 3: MONOTEISME ANTARA BUDDHA, SOCRATES DAN ALEXANDER THE GREAT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 21, 2011 1 ulasan


Bab: SOCRATES DAN MONOTHEISME


MUKADDIMAH:

Dari manakah perkataan Monotheisme (Mono-Theis) ini diambil? Monotheisme sebenarnya berasal dari perkataan Yunani. MONO bermaksud TUNGGAL manakala *THEOS bermaksud Tuhan. Takrifan kepada Monotheis iaitu kepercayaan bahawa Tuhan itu SATU dan berkuasa penuh atas segala-galanya. Maka siapa pula yang dikatakan Yunani? Yunani adalah satu bangsa yang menduduki Athens (Yunani-Macedonia-Rom) yang menurut para pengkaji genetik, Yunani berasal dari kata Ionia, keturunan Javan bin Yafits (Japhet) bin Noh a.s. yang menduduki tepi laut di pesisir Yunani Barat sehingga ke Timur [01] di laut Mediterranian.

Untuk menjelaskan Socrates ini tidaklah semudah yang disangka kerana melibatkan kajian-kajian terdahulu dan kini, termasuk apa yang dinyatakan oleh barat sendiri terhadap mereka. Fitnah yang melanda penganut Monoteisme ini mempunyai rentetan sejarah yang panjang yang mana bukan sahaja melanda para Nabi dan Rasul a.s. tetapi para nama-nama terkenal seperti Socrates, Alexander the Great dan yang seangkatan dengan mereka.


Penjelasan kami dalam bahagian ini penting yang bukan sahaja berusaha membersihkan nama para bintang Monoteisme ini malah lebih penting lagi ialah kenyataan benar dari langit bahawa sejak dari awal Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menurunkan fahaman Monoteisme ini kepada Adam a.s., Syith hingga Idris a.s. sehingga kepada Rasul yang pertama iaitu Noh a.s.. (Menurut para ahli sejarah Islam, Adam, Syith hingga Idris a.s. hanya bertaraf Nabi bukannya Rasul kerana mereka tiada kaum, dan kerasulan bermula pada zaman Noh a.s. kerana baginda punya kaum kerabat yang ramai berbanding para nabi sebelumnya).

Pemahaman halatuju tulisan ini dengan sendirinya akan membatalkan manusia Adam terawal bermula dari zaman batu yang kononnya berubah ke zaman-zaman lain yang lebih maju kemudiannya yang dikenali oleh ilmuan Atheis Darwinisme sebagai zaman besi dan gangsa. Harun Yahya (Adnan Oktar) dengan argumen saintifiknya telah membuktikan hal ini bahawa teori Darwinisme dan para ilmuan Atheis lainnya adalah bohong dan sengaja diada-adakan untuk bertujuan memalingkan manusia "beragama" kepada pemahaman Atheis "tanpa wujud Tuhan".

Maka demikian apa yang mereka lakukan keatas para bintang Monotheisme seperti Jesus a.s. yang mereka jadikan Tuhan, Socrates (Plato dll) sebagai pagan dan Alexander the Great sebagai Homosexual dan paganisme demi mengaburi mata manusia bahawa tiada istilah Monotheisme dalam dunia ini kecuali penyembahan berhala Dewa-dewi, zina-hedonisme dan bumi tercipta dengan sendirinya.


*NOTA 1: THEOS kata asalnya dalam bahasa Yunani ialah THEOU @ Thu @ Tu yang kalau diberi imbuhan "an" akan menjadi TUHAN (dalam bahasa Nusantara) yang mana imbuhan "an" itu berfungsi sebagai perbuatan hormat atau pengagungan kepada TU. Dalam bahasa Sulug klasik TUHAN bermaksud TUAN (lelaki yang dihormati atau diagungkan). Dalam bahasa Sulug terdapat kata U-TUH (sbt. Utu') yang bermaksud "Lelaki perkasa" (Kejantanan) yang dihormati dan istilah ini turut diguna dalam bahasa Malayu @ Melayu yang juga disebut Utuh (kukuh @ teguh). Dalam bahasa Inggeris "He" merujuk kepada Lelaki atau juga keperkasaan yang mana "He" juga diguna sebagai kata ganti nama kepada TUHAN.

SHIN-TO @ TU adalah anutan animisme bangsa Jepun klasik yang mengagungkan "Kelelakian @ Kejantanan" sebagai simbol keperkasaan dan kelangsungan zuriat sehingga membawa kepada mengkultuskan "Kemaluan lelaki" yang masih wujud hingga hari ini. SHIN-TO dalam bahasa China bermaksud "Jalan Dewa-Dewi" (Way of the gods) yang kemungkinan asalnya dari perkataan Monotheis, JALAN MENUJU KEPADA TUHAN bukan kepada tuhan-tuhan @ Dewa-Dewi yang lebih kepada paganisme. Dalam kajian bahasa China samada TO @ TU atau DO sebenarnya berasal dari kata TAO [02]. Maka sebab itu bangsa China hingga hari ini mengamalkan ajaran TAOISME yang kemungkinan mempunyai pertalian rapat dengan SHINTO @ SHINTAO dan TAO-SUG di kepulauan Sulu.

Dari kajian kami kemungkinan besar ajaran TAO berasal dari kepulauan Sulu (seluruh kepulauan Filipina hari ini) kerana orang China Purba menyebut orang Sulu sebagai TAO-PO (orang kepulauan). Terbukti hingga hari ini orang-orang Sulu menamakan bangsa mereka sebagai TAO @ TAU-SUG @ TAU-PU'. Dalam bahasa Kepulauan Timur Nusantara TAU bermaksud "Orang". Sebab itu orang Bugis di Sulawesi menamakan diri mereka sebagai TAU-UGi'. Tagalog, Visaya di Filipina turut menyebut TAU @ TAO yang merujuk kepada "orang". Maka bukanlah mustahil kalau dikatakan ilmu TAOISME dan SHINTO berasal dari kepulauan Sulu. Sekiranya dikaji secara lanjut bangsa yang menggunakan nama TAO @ TU @ TO @ THEOU hanyalah dari keturunan Yafits bin Noh a.s..


Oleh kerana Socrates menentang penyembahan patung dewa-dewi (gods) maka beliau telah dituduh sebagai Anti-Dewa oleh para musuhnya sehingga beliau dihukum mati dengan meminum racun. Setelah itu dakwaan Anti-Dewa kepada Socrates nampaknya bertukar "nada" kepada Anti-Tuhan pula yang disebut sebagai Athies.

Wal hal sikap Socrates bukanlah Anti-Tuhan tetapi sebenarnya beliau adalah anti penyembahan berhala Hellenistic. Namun, kesalahfahaman generasi kemudiannya terhadap istilah
Clausa Prima (PENYEBAB PERTAMA yang tidak disebabkan lagi) yang dimaksudkan Socrates menjadikan beliau digelar Atheis. Clausa Prima tidak dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan kerana tiada yang mampu dapat menggambarkan rupa-Nya.

Keyakinan tidak menyerupakan Tuhan oleh Socrates dan mengajak generasi muda Athens menjauhi penyembahan dewa-dewi menjadikan dia dituduh sebagai Atheis (tidak meyakini tuhan-tuhan berhala). Akhirnya falsafah Socrates hingga hari ini dianggap sebagai falsafah Atheis yang kemudian ditunggangi oleh aliran anti-Agama (Freemason) seperti Darwinisme, Marxisme-Sosialisme dan lain-lain sebagai inti perjuangan mereka menghapuskan "rasa berTuhan" di muka bumi.



MENELANJANG KEBOHONGAN ATHEIS

Kita sangat bersyukur kepada Allah swt kerana memunculkan manusia hebat seperti Harun Yahya, Syeikh Imran N. Hosein, Syeikh Ahmad Deedat dan lainnya yang berjaya menelanjangkan kebohongan para kufar terhadap konsep beragama (Monotheisme) serta kebohongan terhadap hakikat PENCIPTAAN yang dimanipulasi oleh Atheis berabad-abad lamanya sehingga hari ini. Para Mulhid (Atheis) ini sampai kiamat berkerja keras untuk memulhidkan umat yang meyakini Keesaan Tuhan.

Harun Yahya sendiri menyatakan, betapa hebat pun pendedahan terhadap kebohongan mereka akan hakikat Tuhan dan Penciptaan namun subjek "
Manusia berasal dari beruk yang terhasil dari evolusi jutaan tahun sebelum zaman batu" masih juga diajarkan di sekolah-sekolah di seluruh Turki. Ini adalah satu cabaran buat Ummah untuk sama-sama turun tangan menghancurkan DOKTRIN FASAD yang sudah mereka tanamkan beratus-ratus tahun hinggakan sebahagian para ulama' Islam sendiri terperangkap dan masih gagal membebaskan diri dari kepompong kajian-kajian Atheis ini tanpa disedari.

Sebagai contoh, seorang ulama' Islam yang paling tersohor di Nusantara tanpa tandingan pada masa hayatnya iaitu Almarhum Prof. Dr. HAMKA (semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan beliau bersama siddiqin) dalam bukunya SEJARAH UMAT ISLAM turut menukil kajian-kajian para Atheis terhadap penemuan tulang-tulang yang dikatakan bahawa Manusia Moden berasal dari hasil Evolusi berjuta-juta tahun dahulu.

Dalam hal ini kita bersangka baik dengan Almarhum Dr. HAMKA kerana ketika beliau menyusun buku SEJARAH UMAT ISLAM pada masa hayatnya, Harun Yahya masih belum menyebarkan kajian-kajian saintifiknya ke seluruh dunia bagi menyangkal kajian-kajian para Atheis Darwinisme yang dikatakan SAINTIFIK oleh para penganutnya itu. Sudah tentu kalau Dr. HAMKA terbaca kajian-kajian Harun Yahya pasti beliau turut menyangkal teori para Atheis tersebut.



PERSAMAAN ANTARA SOCRATES DAN LUQMAN AL-HAKIM

Sejarah Monotheisme Socrates tidak akan dapat ditemui secara terus dari tulisan-tulisan barat yang pola fikir mereka sarat dengan paganisme penyembahan berhala dan Atheisme. Ia hanya dapat ditemui sekiranya diteliti tulisan asal Socrates dan menimbangnya atas neraca Monotheisme.

Dalam hal ini kita sangat bergantung kepada para pengkaji Muslim kontemporari yang ikhlas seperti
Muhammad Alexander (Wisno Sasongko, dari Indonesia) yang menulis sebuah buku yang menakjubkan bertajuk Alexander Adalah Zulkarnain (cetakan PTS, 2010). Buku ini walau pun dikritik keras oleh sebahagian pengkritik amatur namun fakta yang beliau kemukakan telah menggamit perhatian dari pihak pengkaji lain kerana bagi kami metodologi kajiannya sama dengan apa yang kami gunakan dalam kajian Sejarah Sulug.

Buku ini mendedah segala-galanya termasuk pembuktian beliau secara saintifik terhadap Alexander the Great adalah benar-benar Iskandar Zulkarnain sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur'an Al-Karim. Dalam bab ini rujukan utama kami menggunakan tulisan Wisno Sasongko di atas dan memberi sedikit interpretasi terhadap beberapa keterangan untuk disesuaikan dengan perbahasan asal kami iaitu fitnah terhadap Monotheisme dan Kenabian.


Berkenaan dengan identiti Luqman al-Hakim terdapat hadis daripada
Imam As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir r.a. bahawa Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis dhaif. Ada juga yang berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah Al-Qur'an: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu menyatakan,

  • "Kita tidak tahu adakah dia orang Habsyi, orang Arab, ataupun daripada kalangan Bani Israel. Kita juga tidak tahu nama bapanya ataupun datuknya, sebagaimana kita tidak tahu bentuk tubuhnya yang sebenarnya, sifatnya, ataupun warna kulitnya".

Di dalam tafsir
Al-Misbah, Prof. Dr. Quraish As-Shihab juga turut menyatakan identiti Luqman masih diperdebatkan. Maka menurut penulis ini (i.e. Wisno) bahawa tidaklah bersalahan sekiranya Socrates dicalonkan sebagai Luqman al-Hakim berdasarkan kreterianya yang mirip dengan apa yang dinyatakan dalam Al-Qur'an Al-Karim. Sebab itu mengapa Mohammad Hatta seorang mantan wakil Presiden di Indonesia telah menyatakan tentang Socrates dalam bukunya berjudul Alam Fikiran Yunani,

  • "Dari pandangan etika yang rasional itu, Socrates sampai kepada sikap hidup yang penuh rasa keagamaan. Menurut keyakinannya, menderita oleh kezaliman lebih baik daripada berbuat zalim. Sikap ini diperlihatkannya dengan perkataan dan perbuatan, iaitu dalam pembelaannya di hadapan hakim. Socrates adalah orang yang percaya kepada Tuhan. Susunan alam ini teratur menurut wujud tertentu. Itu, katanya, adalah tanda perbuatan Tuhan. Kepada Tuhan dipercayakannya segala-galanya yang tidak dapat diduga oleh otak manusia". (Alam Fikiran Yunani, 1941/1980. h. 84)
Berikut adalah keterangan dalam buku susunan Muhammad Alexander ( Wisno Sasongko) tentang Socrates,

  • Pada tahun 399 SM, seorang yang berfahaman Monoteisme bernama Socrates (470-399 SM) dihukum mati dengan cara menelan racun. Ini kerana Socrates menyebarkan ajaran Tuhan adalah satu, iaitu yang menjadi penyebab pertama (causa prima) yang tidak disebabkan lagi.
  • Socrates dituduh menyebarkan ajaran baru dan tidak menghormati dewa-dewa Athens Yunani. Beliau juga dianggap meracuni fikiran generasi muda Athens. Dua pertuduhan dikenakan ke atas Socrates: - Beliau menidakkan dewa-dewa yang diakui oleh negara dan mengemukakan dewa baru. - Beliau menyesatkan dan merosakkan fikiran generasi muda.
  • Kesimpulan penulis (i.e. Wisno Sasongko), Socrates cendekiawan dari Athens adalah Luqman al-Hakim berasaskan hakikat ajaran Socrates sama dengan ajaran Luqman, iaitu Tuhan itu satu. Bagi membuktikannya, penulis menggunakan pendekatan linguistik dan persamaan peribadi antara Luqman dan Socrates. Berdasarkan Phaedo yang ditulis Plato (360 SM), Socrates dihukum mati dengan cara menelan racun. Berdasarkan fakta ini ada kemungkinan Allah menggunakan gelaran Socrates dalam Al-Qur'an dengan 'menelan' ataupun 'luqman'.
  • Secara morfologi (ilm Sharf), nama 'luqman' (akar kata 'lqmn') berbeza dengan perkataan 'laqman' daripada 'laqima' ('lqm' tanpa huruf nun), 'luqoman' (beberapa suapan), 'luqmatu' (sesuap), 'laqimun' (yang menelan). Secara fonologi (ilm ashwat), perkataan 'luqman' hampir sama bunyinya dengan 'laqman' (menelan). Jadi ada kemungkinan pada mulanya orang Arab menyebut Socrates dengan sebutan 'orang yang mati dengan menelan racun' iaitu 'laqman' (daripada perkataan 'lqm'). Kemudian dengan peredaran masa, perkataan 'laqman' menjadi 'luqman', di mana huruf 'lqm' digabungkan dengan huruf 'n' atau nun. Perkataan 'menelan' (laqman) berbeza dengan 'minum' (syariba). Perkataan 'menelan' mengandungi makna 'dipaksa makan ataupun minum sesuatu berupa cecair ataupun pepejal melalui mulut' (terjadi bukan kerana dorongan diri sendiri).
  • Hingga ke saat ini, sejak zaman Nabi Musa a.s. (1281 SM) hingga zaman Nabi Muhammad SAW (632 M), sejarah belum menemukan mana-mana cendekiawan yang dihukum mati dengan menelan racun kecuali Socrates dari Athens. Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.



SOCRATES ADALAH SEORANG NABI?


Kalau sebelum ini Buddha dikatakan adalah salah seorang Nabi yang menyampaikan hikmah keluhuran budi kepada kaumnya di India Utara maka Socrates juga dikatakan sebagai Nabi yang menyampaikan hikmah keluhuran budi pula pada kaumnya di Yunani. Apakah maksud hikmah?

  • Menurut Imam Al-Raghib, maksud asal "hikmah" adalah melarang (sesuatu) bagi mendapatkan kebaikan yakni melarang atau mencegah sesuatu pekerjaan dari berlaku agar dengan demikian mendapat kebaikan darinya.

Buddha selalu mendapat isyarat-isyarat ghaib berupa suruhan samada dari mimpi atau dari pengalaman beliau ketika mencapai pencerahan, maka demikian pula yang berlaku kepada Socrates. Socrates sering didatangi suara ghaib yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahan
Henry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan. Ini adalah tanda kenabian. Socrates berkata,

  • "Aku sering didatangi oleh suatu pengaruh suara Ilahi dan kerohanian tertentu,... Peristiwa ini sudah terjadi padaku sejak aku masih kanak-kanak, semacam ada suara yang hadir dan yang selalu mencegahku daripada melakukan perkara yang hendak aku lakukan, namun tidak pernah mendorongku supaya melakukan sesuatu. Suara inilah yang mencegahku daripada masuk dalam bidang politik" [03].
Di dalam buku Xenophon (431-354 SM) bertajuk The Memorabilia: Recollections of Socrates telah memetik kata-kata Socrates yang diterjemahkan oleh H.G. Dakyns berbunyi "Tuhan memberiku tanda" menunjukkan tanda beliau seorang nabi. Berdasarkan kenyataan ini, jelas selepas era Nabi Uzair (Ezra), nabi dari kalangan bani Israel yang berjaya menulis kembali Taurat pada tahun 499 SM, nabi tidak diturunkan kepada bani Israel selama 450 tahun. Nabi-nabi seterusnya adalah Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s. dan Nabi Isa a.s. Semasa zaman 'ketiadaan nabi' itulah muncul nabi untuk kota Athens, iaitu Socrates (Luqman Al-Hakim).

Selama ini para Nabi yang kita ketahui hanya daripada keturunan Semitik bangsa Arab dan Israel sahaja. Padahal dalam Al-Qur'an, Allah SWT menyatakan terdapat rasul bagi setiap umat manusia.

  • "Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya." (Al-Qur'an, Surah Yunus ayat 47).
  • "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah." (Al-Qur'an, Surah Ghafir ayat 78).
Walau bagaimanapun, kenyataannya kita sebagai umat Islam hanya diwajibkan meyakini 25 Nabi dan Rasul sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.


Socrates telah sampai kepada kepercayaan adanya Tuhan dan Keesaan Tuhan. Beliau memerhatikan kejadian Alam dan menyimpulkan ada keseimbangan dalam alam ini. Maka berdasarkan hukum kesimbangan itu, Socrates menetapkan adanya Tuhan. Secrates berkata "Adanya keseimbangan dalam alam dan pada peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam alam menunjukkan adanya 'akal yang mengatur'. Ia tidak lalai dan tidak tidur. Akal yang mengatur itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah". Lihat: Alexander Adalah Zulkarnain, m.s. 146.



FITNAH DI MASA HAYAT SOCRATES


Socrates juga adalah seorang yang warak dan hidup miskin yang hanya menghabiskan usianya mencari hikmah (pencerahan) kepada bijak pandai yang kemudian memberi nasihat pula kepada manusia. Nasihat-nasihat kebaikan dan keluhuran budi oleh Socrates kepada kaum Yunani Athens telah dianggap "menjejaskan keselamatan negara" pula oleh pihak pembesar negara yang berkepentingan politik sehingga pelbagai fitnah pun ditimpakan kepadanya,

  • "...wahai orang Athens! Banyak permusuhan yang telah muncul melawanku, dan permusuhan itu begitu menyedihkan dan menjengkelkan, sehingga mewujudkan bermacam-macam fitnah daripada mereka dan termasuk di sekitar mereka yang digelar sebagai orang 'bijaksana'; kerana orang yang hadir dari semasa ke semasa membayangkan aku (sebagai) bijaksana dalam segala persoalan, berkenaan dengan apa yang aku jelaskan mengenai ketidaktahuan yang lain.
  • Sesungguhnya hanya Tuhanlah yang bijaksana, wahai orang Athens! Dan bagi perkara ini dikatakan oleh Malaikat-Nya (His Oracle): "Hikmah ilmu kebijaksanaan yang dimiliki manusia [dibandingkan ilmu Tuhan] adalah kecil bahkan tidak ada;..."
  • ...oleh itu, sampai hari ini dalam khidmatku kepada Tuhan, aku masih pergi berkelana mencari dan menanyakan pelbagai hal ini [mengenai kebijaksanaan/hikmah] baik itu kepada warga kota mahupun orang asing yang aku anggap mereka bijaksana, dan ketika dia tampak olehku tidak bijaksana maka aku lebih berpihak kepada Tuhan.
  • Sebagai akibat dari pekerjaan ini, aku tidak memiliki perhatian pada jawatan negara atau pun keluargaku; bahkan aku dalam ketaatanku bagi berkhidmat kepada Tuhan, aku hidup dalam kemiskinan yang luar biasa"[04].
Kemuncak kepada fitnah yang ditimpakan keatas Socrates ialah para muridnya yang menguasai hikmah hasil pengajarannya telah berjaya mematahkan hujah-hujah para penentang. Oleh kerana kalah hujah maka Socrates telah dipersalahkan merosakkan fikiran anak-anak muda Athens pula. Antara hujah Socrates yang menyakitkan mereka ialah alasan-alasan lojik yang dilihat buruk oleh para musuh Socrates bahawa dewa-dewa bukanlah Tuhan yang berkuasa.

  • "Socrates bersalah kerana merosakkan generasi muda dan tidak percaya pada dewa-dewa yang diakui oleh kota [Kota Athens], tetapi, sebagai gantinya, memperkenalkan ajaran-ajaran kerohanian baru [agama baru]" [05].


SOCRATES DI HUKUM MATI

Sekiranya kita membaca sejarah hidup Socrates dan menghayati ajaran-ajaran hikmah falsafah hidupnya kita pasti mendapati bahawa Socrates telah mengorbankan seluruh hidup dan masanya semata-mata untuk Tuhan yang penuh dengan kesedihan dan penderitaan demi membetulkan akhlak anak bangsanya. Hidup yang sarat dengan bakti dan pekerti luhur untuk disebarkan dan diamalkan oleh generasi mudanya sehingga beliau dihukum meminum racun. Apa yang lebih penting ajaran Socrates yang mengajak generasi muda Athens untuk berlepas diri dari menyembah dewa-dewa dan mengekalkan diri dalam ajaran Monotheisme (Hanif).

Berikut adalah penjelasan Socrates kita diadili di hadapan hakim,

  • "Aku adalah orang yang diberikan oleh Tuhan untuk kota ini, kamu semua dapat tahu daripada kenyataan ini; pada masalah ini tidak seperti manusia biasa bagi melakukannya, di mana aku mengabaikan segala keperluanku sendiri, dan dapat bertahan mengabaikan keluargaku sendiri sepanjang tahun-tahun yang berlalu, dan aku secara terus-menerus lebih memerhatikan kepentingan kamu semua, mengunjungi kamu satu persatu secara peribadi, seperti seorang bapa, ataupun saudara tua, mengajak kamu supaya memerhatikan kebajikan (virtue).
  • Dan seandainya aku memperoleh keuntungan daripada pengajaranku ini, dan telah menerima bayaran bagi ajakanku ini (dakwahku ini), maka tentu ada alasan-alasan atas tindakanku; tetapi sekarang kamu lihat sendiri penuduhku, yang tanpa mempunyai rasa malu memfitnahku dalam segala hal yang tidak aku lakukan, tidak memiliki rasa malu bagi menuntutku dengan hal ini, dan bagi membawa para saksi yang membuktikan aku pernah memeras ataupun meminta penghargaan. Dan aku berfikir aku membawa bukti kuat aku membicarakan kebenaran [tidak meminta bayaran atas dakwahku ini], iaitu, kemiskinanku?"
Socrates mengetahui waktu kematiannya sudah tiba setelah terputusnya bisikan-bisikan ghaib ke atas dirinya. Beliau telah dinasihatkan untuk larikan diri ketika peluang untuk lakukannya terbuka luas, namun Socrates tetap membela dirinya dihadapan para hakim.

  • "Kepadaku kemudian, wahai hakim-hakimku! Dan dalam memanggil kamu semua sebagai hakim, semoga aku menyebut kamu dengan benar - sesuatu yang menakjubkan baru sahaja terjadi padaku. Hingga saat ini, suara-suara kenabian (prophetic voice) daripada Tuhan yang menjagaku dalam setiap kesempatan yang terdahulu, bahkan masih terus aktif mencegahku bagi persoalan kecil, hingga mencegahku jika aku berbuat sesuatu yang salah; tetapi sekarang sejak sesuatu telah menimpaku yang kamu sendiri lihat [iaitu pergi ke pengadilan dan dijatuhi hukuman mati],
  • ...namun suara daripada Tuhan [dalam teks yunani 'theou semeion' theou = Tuhan; semeion = tanda] ini tidak mencegahku sama sekali, baik ketika aku berangkat dari rumah pagi tadi, mahupun ketika aku berdiri di sini di tempat pengadilan, ataupun dalam penyampaianku ketika aku mahu mengatakan sesuatu dalam pembelaanku; namun dalam pembicaraan yang lain, suara Tuhan itu sering menghentikanku di tengah-tengah pembicaraanku. Walau bagaimanapun, kini, suara itu tidak pernah menentangku pada waktu apa pun, pada apa yang telah aku lakukan dan aku katakan. Apa yang kemudian dapat ku berikan pada masalah ini (diamnya suara Tuhan ini)? Aku akan memberitahu kamu semua: Apa yang menimpaku ini nampaknya adalah suatu berkat kebaikan."[06]
  • "Dan apa yang menimpaku ini [hukuman mati] bukan kebetulan, tetapi sudah sangat jelas bagiku sekarang yang kematian itu baik bagiku, hingga disingkirkan daripada kesusahanku. Itulah sebab mengapa tanda Ilahi itu tidak datang mencegahku."[07]
Ketika Socrates selesai diberi minum racun dan racun semakin sampai ke jantungnya beliau sempat memberi wasiat pada muridnya Crito,

  • "Crito, aku berhutang seekor ayam kepada Aesculapius, jangan lupa membayarnya kembali"[08] Crito menjawab "Hutang itu akan dibayar, adakah pesan yang lain?" Socrates membalas "Tidak ada". Tidak lama sesudah itu pelayan penjara datang membuka kain yang menutup muka Socrates. Matanya terbuka dan tidak lagi bercahaya dan Crito menutupkan mulut dan matanya."
  • Plato sebagai sahabat dan murid Socrates berkata "Inilah penghabisan hidup kawan kami, yang benar-benar dapat aku sebut sebagai orang yang paling bijak, paling adil, dan terbaik antara semua orang yang aku kenal sampai sekarang."[09]



LUQMAN AL-HAKIM DALAM AL-QUR'AN


Surah Luqman ayat 12-20:
  • 12. Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
  • 13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
  • 14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
  • 15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
  • 16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala yang tersembunyi.
  • 17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
  • 18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
  • 19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
  • 20. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Notakaki:


[01]
Alexander Adalah Zulkarnain, Muhammad Alexander (Wisno Sasongko), m.s. 133. Terbitan PTS (Islamika) 2010.

[02] http://en.wikipedia.org/wiki/Shinto


[03]
The Apology of Socrates, Plato (360 M), terjemahan oleh Henry Cary, M.A. no. 19.

[04]
Ibid, no. 9.

[05]
Ibid, no. 11.

[06] Ibid, no. 31.

[07]
Ibid, no. 33.

[08]
Inilah tradisi orang-orang mulia termasuk para Nabi dan Rasul yang mengekalkan hubungan mulia dengan sesama manusia (hablun minannas).

[09]
Phaedo or The Immortality of the Soul, Plato (360 M), terjemahan oleh Henry Cary, M.A., no.153.