The Fake Sultans of Sulu: Satu Pendedahan Ngeri!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, December 17, 2011 11 ulasan

Dipetik dari http://fakesulusultans.blogspot.com/ posting seorang yang bernama Mulid Sahaya bertarikh 15 Disember 2011, yang diberi tajuk "The Fake Sultans of Sulu". Blog ini telah disebar secara meluas dalam komuniti Tausug di Facebook (FB). Data dalam blog ini memang dari satu segi tidak selari dengan doktrin Tausug Global Media (TGM) yang memperjuangkan Tausug dan Kesultanan Sulu, namun perlu diakui keseluruhan faktanya amatlah benar dan mengagumkan.

Kebiasaan TGM melaporkan tentang Kesultanan Sulu tidak meletakkan nama
"& North borneo @ Sabah" selepas ayat Sultanate of Sulu, adalah kerana North Borneo itu telah pun dimaklumi. Sebagai contoh, Pulau Palawan itu telah berada dalam tangan Filipina kerana majoriti penduduknya Visaya beragama Kristian, tapi TGM tidak akan menamakannya wilayah Sultanate of Sulu & Palawan. Kerana Palawan itu telah pun dimaklumi sebagai wilayah asal Kesultanan Sulu lama sebelum kedatangan kolonialis. Data yang diberikan dibawah ini bagi saya lebih baik dari data yang saya masukkan dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu.

Ini kerana ketika saya menulis buku tersebut, maklumat tentang pengaku Sultan-Sultan Sulu mutakhir tidak begitu banyak malah tidak dapat dijumpai dalam internet. Namun setelah buku Tausug ini tersebar luas ke seluruh Nusantara malah versi bahasa Inggerisnya telah sampai ke Brunei, Amerika, Filipina, Thailand dan tempat-tempat lain di dunia maka bermunculan lah para penulis handal yang lebih mengetahui hal Kesultanan Sulu seperti saudara
Mulid Sahaya ini.

Malah ketika ini hampir setiap beberapa bulan saya mendapat maklumat berupa email, sms atau FB, dari orang-orang tertentu (yang tidak mahu perkenalkan diri) memberi maklumat secara sukarela tentang gerakan sultan-sultan Sulu palsu ini di mana-mana. Apa pun pihak TGM mengucap jutaan terima kasih kepada saudara Mulid Sahaya kerana blog beliau tersebut turut mendapat perhatian dari orang-orang Perancis (Eropah) dan tempat-tempat lain. Mari kita lihat siapakah Sultan-sultan Palsu yang dimaksudkan.


PERHATIAN:
Tambahan gambar dan penjelasan bahasa Melayu di bawah ini adalah dari saya sendiri. Harap maklum!

----------------------------------------------------------------

The Fake Sultans of Sulu

This website is to expose the Kirams who claim to be sultans of sulu but are actually dogs of the Philippines, they accept sabah money for themselves and forget the people, at the same time going together with non tausugs, preferring non people of sulu over the sulu people.


Listed below are the names of self-proclaimed sultans. As a public service, we warn the unsuspecting public, the various governments and the foreign banks that hold the deposits of the late Sultan of Sulu and North Borneo/ Sabah, not to be fooled and duped by many false sultans and self-appointed sultans who have no rights to claim the rank and title as "Sultan" as they masquerade like clowns being a laughing stock as sultans of Sulu and Sabah.


The motivations of these self-appointed sultans why they proclaimed themselves without any right to the crown and throne of Sulu and Sabah are due to personal vested interest such as:

  • to withdraw the perceived cash and gold assets of the late Sultan of Sulu and Sabah, and;
  • 2) to be paid by Malaysia to masquerade as sultans to further destabilize the Sultanate of Sulu and Sabah, to sow confusion, so that the Sultanate will have difficulty to recover Sabah from the illegal occupation of Malaysia since 1963. Indeed indications pointed out that Malaysia paid many of these self-proclaimed and false sultans. They are false sultans because they did not fulfill the Law of Succession to be Sultan of Sulu and North Borneo as stipulated in the Tartib kesultanan Sulu which was violated by the Kiram family and kept the people of Sulu in the dark, even abandoning them.

The claims of these self-proclaimed sultans are questionable and fictitious, and their so called "genealogy and family tree" are fantasies and fairy tales designed to impress and mislead the public. Their claims are just pigments of their imagination. Their claims as sultan have no foundation whatsoever.


Their acts and appointments made (such as creation of new royalty or nobility, like datuk or other awards and any authority relating to the asset recovery of the late Sultan of Sulu and Sabah in foreign banks) whether written or oral are all null and void ab initio and non-binding.


Because fraud and deception are criminal offenses. Plus prudence and wisdom will dictate that if any asset of the late Sultan of Sulu and Sabah is to be wihdrawn, the only one who can withdraw them is none other than the true and legitimate Sultan of Sulu and North Borneo/ Sabah. It is easy to recognize the true and legitimate Sultan -- the one who fulfilled the Law of Succession, and the One that is trully acknowledged and welcomed by its people.




LIST OF IMPOSTORS AND FAKE SULTANS OF SULU & SABAH :

(Datu Jamalul Dalus Kiram) Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan (Boe-tye hitam), dengan bangga bersama permaisurinya (baju merah) bergambar disisi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Sultan Negeri Sembilan). Dipetik dari malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com.

  • 1. DATU JAMALUL DALUS KIRAM -- Outsider. Not a member of the Royal blood line of succession.
  • 2. DATU ESMAIL DALUS KIRAM -- . His former name was ISMAIL but he changed it to ESMAIL to mislead the public that he is directly related to Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I. He was a candidate in his province of Sulu in the 1992 election as provincial board member but he was rejected by his own constituents as he lost that election.
  • 3. DATU AGHBIMUDDIN DALUS KIRAM -- Jamalul, Esmail and Aghbimuddin are not members of the Royal blood line of succession who are three (3) brothers who also installed themselves sultans of Sulu at the same time. No one in his/her right mind will believe that one family can have three (3) sultans of Sulu and succeed one another while the 3 are still alive at the same time, when no one died or abdicated if they were true royalty and true Sultan of Sulu. These 3 brothers are seen as clowns as they fight each other, with no respect for their own family, that they are treated with derision, disbelief and a laughing stock.

Esmail Kiram II ni adik kepada Jamalul Kiram III di atas. Mereka satu kampung mengangkat diri menjadi Sultan Sulu serentak. Walhal orang-orang Sulu maklum yang mereka ini adalah anak Punjungan, Punjungan pula adalah anak Mora Nafsa Lagayan dari suami lain yang masa itu masih dalam perut 4 bulan ketika docolek oleh Rajamuda Mawallilwasit untuk dijadikan isteri. Hairan, dimanakah maruah mereka ini sebagai TAUSUG berdarah Bajau SIMUNUL. Seolah-olah mereka tidak tahu yang rakyat jelata mengetahui DIRI MEREKA asal dari mana.


Sultan Rodinood Julaspi, mungkin ayahnya mahu "berkat" dari nama ROBEN HOOD yang suka merompak wang "kerajaan" dan dipulangkan semula kepada rakyat miskin. Namun yang berlaku ialah merompak harta kerajaan Kesultanan Sulu yang sebenarnya bukan harta pribadi tapi harta negara Sulu, lalu digunakan untuk berfoya-foya. Buktinya kalau betul dia Sultan Sulu yang kaya dan mendapat WANG PAJAKAN SABAH seperti yang beliau selalu dakwa, sudah tentu beliau dah membina istana dan mengatur gerakan rakyat di Jolo, Sulu. Apa yang lebih malang, di Malaysia beliau dikenali sebagai "penjual surat jongkong emas Kesultanan Sulu" yang kononnya berada di Bank luar negara. Inilah Modus Operandinya untuk mengumpul wang dari orang-orang kaya Malaysia. Malangnya, rakyat Malaysia tidak serik.


  • 4. RODINOOD JULASPI -- (FABRICATING HIMSELF A KIRAM). Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Not a descendant or male heir of Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). He is not from Sulu but an Ilocano from the Ilocos region of the Philippines . The grandfather of Rodinood Julaspi and Kudar Julaspi was Hadjirul, a commoner with no royal blood, who worked as a horse handler in a horse stable. There is no truth to the claims of Rodinood and Kudar and his father they are descendants of Sultan Jamalul Kiram II, as the Sultan was unfortunately impotent, and did not have any male or female offspring.
  • 5. KUDAR JULASPI -- (FABRICATING HIMSELF A KIRAM). Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Not a descendant or male heir of Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). Rodinood and Kudar Julaspi do not belong to the Royal blood line of succession who are brothers who proclaimed themselves sultans at the same time, which is an insult to the intelligence of many as no one in his/ her right mind will believe two (2) brothers can succeed each other while they are both alive. Kudar is not from Sulu but an Ilocano from the Ilocos region of the Philippines . Kudar and Rodinood are seen as 2 clowns in the Sultanate of Sulu & Sabah.


Mudarasullail ni confirm PELAWAK kerana ketika saya bersama satu bilik hotel ketika dulu beliau selalu memaparkan cerita lawak tentang dirinya (polis berjawatan DSP di Johor katanya, boleh tampar orang sesuka hati). Mau tak lawak, pada awalnya beliau mengaku Datu Muidzullail Kiram, alih-alih beliau mengubah namanya kepada Mudarasullail pula. Ustaz Hj Abdul Halim Abas Kedah dan saudara Al-Dusuni (perwira Muallaf Sabah dan pengasas Stesen Radio, CahayaFM) yang mengenali beliau, tergelak bila dengar nama barunya kerana jelas penipuan berupa lawak tersebut.


  • 6. MR. MUDARASULAIL @ DATU PAIJAL -- Descent unknown. Outsider & Commoner. Not of Royal blood . He fabricates himself to be a Kiram. Not a descendant or male heir of HM Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). The claims of this man are pure fiction and fantasy made up by his warped and distorted mind. His claim as a datu is questionable and without foundation. He lives in Sabah and works in the police in a lowly position. His claims as sultan are deliberate manipulations to further confuse and destabilize the Sultanate of Sulu.
  • 7. IBRAHIM PULALUN -- Pulalun was proclaimed using the money of Stan C. Brandenburg, a tax agent, an American claiming to be the U.S. Ambassador to Sulu and North Borneo/ Sabah, but they had a falling out and Brandenburg instead supported and installed Bahjin afterwards. Scorned Pulalun advertised on Zamboanga City newspapers that he had nothing to do with Brandenburg .
  • 8. DIGNIM PULALUN -- Another unscrupulous usurper and impostor sultan. Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. He is the son of Ibrahim Pulalun who also installed himself sultan without any lawful rights. So now you have Ibrahim and Dignim Pulalun (father and son) clowning and masquerading without rights to be sultan. These father and son are regarded as clowns in the Sultanate along with the other fake sultans listed hereto.
  • 9. AYDAL ALIUDDIN -- Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Arrested and imprisoned in Brunei for impersonating the rank and title of Sultan of Sulu.
  • 10. MUHD. YAHCUB ALIMUDDIN V -- Descent unknown. Outsider. He is an Indonesian.
  • 11. HAJI MUHD. AL SAGOV VAN ELDIK (A DUTCHMAN) -- Adopted son of the father of Kudar and Rodinood Julaspi.
  • 12. DEMETRIA OMAR KIRAM -- (FABRICATING HIMSELF A KIRAM). Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. A Zamboanga City hotel in the Philippines is looking for him for failing to pay his hotel bills up to now. He is not from Sulu.


Datu Muedzullail T. Kiram @ Sultan Muedzullail sedang bergambar dengan 3 orang penyokongnya. Sehingga hari ini beliau hanya dikenali sebagai Datu yang mengaku Sultan Sulu tapi tiada gerakan di Sulu mendekati rakyat sebab itu beliau dikenal sebagai Sultan yang tiada rakyat apatah lagi KERAJAANNYA sendiri. Beliau keluar negara memakai Passport Filipina sebagai bukti pengakuannya bahawa "Presiden Filipina" adalah SULTAN lebih tinggi darinya.


  • 13. DATU MUEDZUL-LAIL T. KIRAM -- A member of the Royal blood line but not acceptable and not proclaimed as Reigning Sultan by the Royal Datus and the Sharifs of the Sultanate of Sulu and Sabah . He is also not acceptable to the major groups of Sulu. As per his own admission Datu Muedzul-Lail accepted from Stan C. Brandenburg monthly payment of P50,000 and a Starex van, plus an additional P10 million for himself and P2 million for his mother-in-law and P3 million for his stepmother, in exchange for Brandenburg becoming Sulu Prime Minister of Datu Muedzul-Lail, but Brandenburg did not give him a cent and did not fulfill his promise to pay and instead proclaimed Bahjin twice. As a result many Sultanate leaders commented "Datu Muedzul-Lail sold his line to the Royal succession so cheaply which made him incapable and unsuitable to be Sultan of Sulu." Due to this unfit and improper conduct of Datu Muedzul-Lail, he eliminated himself to the rank and title of Sultan.
  • 14. JUAN T. DELA CRUZ (FABRICATING HIMSELF AS AMIR KIRAM) -- Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Many people are looking for him due to loss of money they gave him as he promised to recover the assets of the late Sultan of Sulu and Sabah in foreign banks but he disappeared. He is not from Sulu.
  • 15. ALAWI MOHAMMAD KARIM alias ALFONSO SAGUN BAUTISTA alias ALAWI JULKARNAIN AZAM KIRAM (FABRICATING HIMSELF A KIRAM) -- Commoner & Outsider. This man is trying to claim the assets of the late Sultan of Sulu and Sabah and now called himself a Kiram.
  • 16. ABDULLAH AZAM ATALAD -- Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. This man tried to represent himself as the Sultan of Sulu in the U.S. Congress but no one believed him and took him seriously. He lives in Mindoro . He is not from Sulu.


Sultan Mohammad Fuad Abdulla Kiram, beliau pernah bekerja dengan pihak keselamatan Filipina di Malacanang dan mungkin masih bertugas, tapi tergamak mengaku Sultan Sulu. Beliau hari ini sedang giat usahakan gerakan "menuntut Sabah" untuk diserah kepada Filipina, kerana ayah beliau Sultan Esmail Kiram I telah serahkan Sulu tanpa persetujuan Rakyat Tausug kepada Filipina. Maka Filipina pun melompat gembira hinggakan bersusah payah menuntut Sabah setelah itu (hingga hari ini), bukan untuk Kesultanan Sulu tapi untuk Filipina "yang bermimpi di siang hari". Kerana Filipina ingat Esmail Kiram I ada kuasa serahkan Sulu kepada negara Kafir? Fuad dalam bahaya kerana rakyat Tausug sudah kenal dirinya, sekiranya beliau tidak membersihkan nama Kesultanan Sulu (keluarga Kiram) dari tangan kotor Filipina maka selama-lamanya keturunan beliau (Kiram) dicaci nista dalam lipatan sejarah Tausug?


  • 17. and lost but not the least but the most scandalous is Mohammad Fuoad Abdullah Kiram who is disowned by the very people of sulu who claims to be Sultan Foad., One who gets non-Tausugs and non-sulu peoples to assist him because no honorable Tausug wishes to assist him, he claims the Sabah money for himself and has forgotten the peoples of Sulu. A very irresponsible person who does nothing except appoint royal titles to Non tausugs while ignoring the people of Sulu and North Borneo.


Sebagai tambahan dari saya ialah gambar Sultan satu lagi dibawah ini yang tidak tersenarai di atas,

Menurut para Datu dan Syarif, beliau bukanlah keluarga Kesultanan Sulu malah jauh sekali dari susur galur Shakirullah (salah satu dari cabang salasilah Kesultanan Sulu, belahan dari keluarga Kiram juga). Peliknya, beliau diakui SULTAN SULU oleh seorang tua yang mengaku sebagai Pengerusi kepada "Council of Royal Datus" iaitu Datu Albi A. Julkarnain, seorang keturunan Datu Bajau dari Pulau Ubian (Tawi-Tawi). Lebih pelik lagi Datu Albi ini turut mengesahkan bahawa Dr Bahjin walau pun bukan keturunan @ kerabat Kesultanan Sulu, namun beliau berpendidikan tinggi dan boleh dijadikan "ayam sabung" demi mendaulatkan semula Kesultanan Sulu. Ayam Sabung untuk apa? Untuk kaut wang dan jongkong emas Sulu mengkayakan diri sendiri?

DATU JAMALUL KIRAM III bin DATU PUNJUNGAN BENAR DIAKUI SEBAGAI SULTAN SULU?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, December 13, 2011 0 ulasan






MNLF, MILF cari kesepakatan
Oleh Meor Hisham Zulkifli

2011/12/14

KUALA LUMPUR: Usaha pada peringkat politik supaya penduduk Islam di Selatan Filipina bersatu dipercayai dapat menghapuskan keganasan dan penculikan warga asing di rantau berkenaan dan ia mampu dicapai dengan bantuan kerajaan menerusi program pembangunan di situ.

Ini dilihat menerusi penyertaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang giat berunding dengan Manila selain mengambil kira semula pengaruh salasilah Kesultanan Sulu ke arah membentuk kerajaan autonomi serantau yang benar-benar kukuh.

Waris Kesultanan Sulu, Sultan Jamalul D Kiram III, memaklumkan kata sepakat hampir dicapai antara tiga pihak itu yang diyakini memperkukuh perpaduan penduduk Islam di Selatan Filipina sekali gus menamatkan keganasan dan penculikan yang sering dikaitkan dengan rantau itu.
“Andai semua pihak dapat bekerjasama dan saling bertolak ansur, kita yakin masyarakat Islam dapat bersatu hati bagi menangkis anasir yang sering memporak perandakan kawasan selatan.

“Selama ini, penduduk berpecah belah dan berpuak-puak mengizinkan anasir luar mengambil kesempatan dengan melakukan keganasan serta penculikan sehingga menjejas dan memburukkan imej masyarakat Islam di rantau ini,” katanya kepada wartawan Berita Harian di Manila, baru-baru ini.

Pergolakan di selatan Filipina sejak 1970-an menyebabkan pembangunan di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan kegiatan pemisah dan pelampau yang melakukan keganasan serta aktiviti melanun.

Jamalul berkata, perpaduan menjadi kunci untuk merungkai perkara lebih besar seperti usaha membangunkan Selatan Filipina yang kaya dengan hasil semula jadi menerusi kerjasama dengan beberapa negara jiran termasuk Malaysia.
“Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuk aspek persempadanan dengan Malaysia dan andai ia dapat diatasi dengan cara baik, pasti menguntungkan semua pihak selain meredakan ketegangan di kawasan sempadan yang turut sama menjejaskan keselamatan di Sabah, seperti kemasukan pendatang tanpa izin,” katanya.

Selain itu, katanya, anggota keluarga salasilah kesultanan Sulu, turut sedia membantu Malaysia dalam menyelesaikan beberapa kes penculikan selepas beberapa kumpulan kecil menjadikan perairan Sulu sebagai tempat menyembunyikan tebusan.

Ketika ini, seorang warga Malaysia, Jepun dan India masih ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina. Rakyat Malaysia berkenaan, Mohd Nazarrudin Saidin, ditahan penculik sejak Mei lalu. Penculik menuntut wang tebusan lebih RM5 juta untuk membebaskannya.

Jamalul Kiram, yang kini diiktiraf sebagai pewaris sah kerajaan kesultanan Sulu oleh kerajaan Filipina dan Amerika Syarikat, berkata andai pembangunan dapat dilaksanakan di rantau selatan, penduduk yang mendapat faedah pekerjaan tentu tidak akan bergiat dalam pelanunan dan penculikan.

----------------------

ULASAN:
Penulis artikel di atas iaitu saudara Meor Hisyam Zulkifli rasanya pernah saya jumpa beberapa bulan yang lalu di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau baru kembali dari ekspedisi "Kewartawanan" ke Sulu melalui Filipina. Tujuan ke sana ialah di samping membuat liputan tentang penculikan Mohd Nazaruddin Saidin (seorang rakyat Malaysia yang diculik oleh penculik Sulu) rasanya beliau dan rombongan mengkaji kekuatan gerakan SSDI (Kesultanan Sulu), dan seterusnya dapat digunakan untuk membantu membawa pulang mangsa culik itu.

Menurut laporan dari sahabat-sahabat SSDI di Manila, Zamboanga dan Jolo yang bekerja secara tidak rasmi kepada SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam @ UTC, Tausug Citizens), mereka mengakui memang menerima kunjungan "kewartawanan" dari Kuala Lumpur (Berita Harian). Malah salah seorang dari mereka sempat menemuramah PBMM Sultan Bantilan II (Sultan Tausug Citizens di Buansa, Jolo) dengan rakaman video sekali sebagai bukti.

Malangnya, tiada satu pun berita yang dihebahkan di akhbar perdana terutama Berita Harian sekembalinya mereka dari Sulu berkenaan SSDI (UTC). Hari ini kita lihat mereka sibuk pula mempromosikan Sultan Jamalul Kiram III bin Punjungan yang memang dikenali oleh orang kepulauan Sulu sebagai Sultan Palsu yang mengaku Sultan namun duduk dibawah ketiak Presiden Filipina. Sedih!!

Berkenaan isu MILF dan MNLF, orang Sulu secara majoriti (tidak termasuk penyokong UTC SSDI) sudah lama kecewa dengan perjuangan mahupun retorik PERJANJIAN DAMAI mereka. Bagi orang-orang Sulu sudah tamat perjuangan MILF dan MNLF memandangkan Presiden MILF sendiri, Nur Misuari telah memaklumkannya sendiri di Masjid Tulay, Jolo ketika selepas sembahyang sunat Aidil Adha baru-baru ini dengan mengatakan "Kita sudah ditipu oleh Manila, oleh sebab itu perjuangan MNLF sudah tidak efektif lagi. Maka terserah pada kalian (rakyat atau pengikut MNLF) untuk memikirkan mana yang lebih baik buat kalian". Seolah-olah ucapan kecewa.

Maka tiada jalan lain melainkan mengadakan semula perang senjata dengan Manila. Persoalannya bagaimana? Siapa yang boleh bantu dan dukung MNLF di luar negara? Perang bermakna sekali lagi Selatan Filipina bermandi darah yakni mengorbankan rakyat bawahan lebih 400,000 jiwa sekali lagi? Bagaimana anda menang? Sedangkan ketika perang 1972-1986 ketika dulu siap dengan bantuan negara-negara Arab (Libya terutamanya) namun anda tetap kalah di meja rundingan. Apa yang menjadi tanggapan Tausug dan Maguindanao ialah "perang sekali lagi" kali ini pasti akan diambil kesempatan oleh Manila kearah PEMBUNUHAN etnik secara beramai-ramai.

Menurut pemerhati, mungkin Nur Misuari mengambil kesempatan dari gerakan "menumbangkan rejim-rejim Arab" hari ini iaitu gerakan rakyat menuntut keadilan, dengan demikian Filipina terpaksa memilih antara kehancuran atau memerdekakan Selatan kepada gerakan BANGSAMORO. Seperti "malang dapat dihidu", hari ini sedang giat program mencanang perang sekali lagi secara diam-diam dikalangan rakyat di Selatan. Kita tunggu dan lihat kerana, mungkin ia sudah dirancang rapi oleh beberapa pihak yang kita tidak sangka-sangka. Sama-sama kita tunggu tahun 2012 sebagai tahun yang penuh misteri dan debaran sebagaimana tahun Y2K ketika dulu. Apakah tahun 2012 ini sama sahaja dengan tahun Y2K yang tiada apa-apa impak, yakni gimik dunya Yahudi semata-mata?

Burung Phoenix dari "GARDEN OF EDEN" MENJADI IDENTITI ASAL BANGSA PHOENICIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, December 2, 2011 1 ulasan


Saksikan pengakuan pengacara tua BBC ini tentang burung Phoenix sebagai Burung dari Syurga yang berasal dari GARDEN OF EDEN. Beliau mendakwa bahawa yang dimaksudkan GARDEN OF EDEN disebelah Timur itu ialah Papua New Guenie


Dalam catatan sejarah Eropah, Mesir Purba dan Sumeria, telah pernah mengalami penipuan oleh Bangsa Phoenisia yang datang dari Timur Bumi. Mereka membawa burung Cenderawasih dari pelbagai jenis dan warna yang mereka tangkap di Papua kemudian memotong kedua-dua kakinya dan diawetkan, lalu menjualnya kepada bangsa Mesir dengan mendakwanya sebagai burung dari langit yang ajaib. Ia dikatakan sebagai lambang keabadian dan kelahiran semula.


Mengapa Bangsa Mesir, Yunani, Bani Israel dan Sumeria Purba percaya kepada bangsa Kepulauan ini? Kerana bangsa yang meletak bulu burung di atas kepala dan mahir melebur logam (emas, tembaga, besi, timah) ini adalah bangsa yang mempunyai peradaban tinggi ketika itu. Sama seperti kita melihat Orang Kulit Putih dari barat hari ini yang datang ke negara kita yang kita anggap sebagai mempunyai peradaban (kemajuan teknologi) hebat hinggakan apa sahaja produk, malah budaya mereka kita anggap hebat.

Bayangkan hari ini manusia menyanjung Barat, tetapi ketika zaman purba yakni sebelum tulisan abjad dibawa dari timur ke Barat, bangsa Kepulauan dari Timur Bumi sangat disanjung. Kehebatan Bangsa Dari TIMUR ini yang bukan sahaja sebagai ahli pelayaran yang handal malah sebagai pahlawan yang tiada tolok bandingnya samada di darat mahu pun di laut ketika itu.

Hinggakan setiap daerah yang mereka lalui dan berasimilasi dengan penduduknya disepanjang perjalanan ke barat sehingga kini masih ingat asal usul mereka. Sehingga keturunannya pada satu masa seperti Bangsa Eropah, Mesir, Sumeria-Mesopotamia telah mengaku bahawa nenek moyang mereka berasal dari sebelah TIMUR BUMI yang dipanggil "The Garden of EDEN" yakni tempat bermulanya ADAM DAN HAWA. Ini bermakna bukan sekadar Bangsa Phoenisia yang berasimilasi dengan nenek moyang mereka malah turut maklum bahawa tempat tinggal Phoenisia di sebelah Timur Bumi itu adalah tempat asal bapa manusia terawal iatu ADAM a.s.


BLACK BOOK!! BUKU TERBARU PROF. NELSON DINO SULU (NELDY JOLO) TELAH TERBIT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, December 1, 2011 0 ulasan


The Black Book is now available. To avail please contact Ms. Sher @ Neldy Facebook.

TAHNIAH BUAT KARYAWAN TAUSUG GLOBAL MEDIA (TGM) NELDY JOLO!!

Saudara Neldy yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Sulu (MSU) selama 3 tahun dan pernah mengembara ke Jepun, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia dan Filipina menyampaikan ceramah tentang TAUSUG kini telah berjaya mencetak bukunya bertajuk MAAS NUR MISUARI.

Sebelum ini beliau hampir bersetuju untuk mencetak buku tersebut di Kuala Lumpur. Namun atas alasan tertentu beliau mengalihcetak bukunya di Zamboanga City pula. Sebelum buku ini dicetak, pelbagai pihak terutama dari Amerika Syarikat (beberapa orang Profesor), Saudi Arabia, Qatar-Bahrain, Malaysia, Filipina, Perancis telah membuat tempahan lebih awal. Kerana tidak semudah itu menulis tentang perjuangan NUR MISUARI kecuali mereka yang berpengalaman bergaul dan "masak" dengan MNLF itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang aktivis muda Nasional Tausug yang mempunyai gagasan yang berbeza dari Nur Misuari dan MNLF nya telah berjaya menulis "Novel" tentang perjuangan BANGSAMORO itu. Para ahli dan komander MNLF dan MILF totok yang mengetahui lebih awal tentang buku ini tidak sabar-sabar membacanya. Sebilangannya begitu sangsi hala tuju tulisan ini yang mereka bayangkan adalah "tulisan negatif" terhadap perjuangan MNLF dan BANGSAMORO.

"Baca dulu keseluruhan kandungan buku ini barulah komen..." Ujar Neldy kepada yang selalu bertanya samada tulisan beliau itu bernada negatif atau positif. Kesangsian terhadap tulisan Neldy itu mungkin disebabkan beliau telah dimaklumi sebagai salah seorang PEJUANG KEMERDEKAAN TAUSUG yang lebih memihak kepada mengembalikan KEDAULATAN KESULTANAN SULU berbanding kemerdekaan BANGSAMORO.

"Kami generasi muda tiada pilihan lain selain KEMERDEKAAN sekali pun menggunakan flatform dari Kesultanan Sulu kerana perjuangan asal MNLF sudah menyimpang dari kehendak asal iaitu dari kemerdekaan kepada AUTONOMI... namun buku ini bukanlah menghentam semberono keatas peribadi Maas Nur Misuari, tetapi satu kenyataan sejarah MAAS dan MNLF serta saranan idea yang membina... kami generasi muda merasakan masih ada jalan keluar... inilah maksud buku ini" Ujar beliau lagi tanpa berselindung.

Grafik ihsan saudara Alyazir Rajim (TGM). Nombor telefon pada grafik ini telah ditukar ke nombor lain. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila ke Neldy Facebook.
Link

KERIS TAUSUG UNTUK DIJUAL!! HARGA BOLEH DIRUNDING!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 1 ulasan

Keris Sundang ini bukan sekadar perhiasan malah boleh dipusakakan kepada anak yang layak. Ia kepunyaan saudara Shariff Muhammad Hassan dari Banting Selangor yang meminta penulis menjualnya. Beliau membelinya di Zamboanga City, Sulu untuk koleksi peribadi ketika beliau bercuti ke kampung halaman keluarganya beberapa bulan yang lalu. Sundang Tausug yang mempunyai nilai RM10,000 ini beliau hanya menjualnya dengan harga murah kepada sesiapa yang berminat dengan sejarah Sulu sahaja.


Sundang Tausug ini penulis telah ukur tuahnya dan mendapati ia berakhir dengan "Hidup", ini bermakna ia dengan izin Allah swt akan membawa tuah kepada pemiliknya. Panjangnya sederhana yang dituang dari jenis besi keras (bukan besi spring kereta seperti kebiasaan keris replika), berlok 7 sebagai menggambarkan 7 lapis petala langit dan bumi, atau masa ke-7 hidupan flora & Fauna dicipta oleh Allah swt di muka bumi. Bilah sebelah berukir BISMILLAH manakala sebelah bilah lagi berukir LAM JALALAH berhias ALIF III.


LAM JALALAH bermaksud kalimah NAFI ISBAT (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH) menunjukkan kalimah dan zikir tertinggi dalam Islam. ALIF III pula adalah ilmu SULUK di kepulauan Sulu yang menurut tradisi lisan Tausug telah dibawa oleh Ahlul Bait Rasulullah SAW ke Sulu yang mana ilmu ALIF III ini berasal dari kitab purba Monotisme Nabi Musa a.s. yang dinamakan KITAB BAGHAWI. Kitab Baghawi menurut orang tua-tua Suluk di Kepulauan Sulu lagi adalah ilmu yang diperturunkan dari Nabi Adam a.s. sehingga kepada nabi Ibrahim a.s.

Keindahan Keris ini ada pada Lok 7 dan hiasan pada ulunya yang berukir cantik dari kulit kupang Mutiara asli. Pada sarungnya dililit indah dengan rotan halus yang tahan lasak manakala ulunya pula dianyam dengan benang keras hitam yang dipanggil BAYKASKAS. Tidak seperti Sundang Datu Tausug yang biasanya mempunyai ulu disalut ukiran perak dan bertombol kepala kakak tua, Sundang atau Kalis Tausug ini hanya dibentuk khas untuk ahli KUNTAO yang menyerang secara dekat. Kebaikan BAYKASKAS ialah walau pun berlumuran darah ia masih boleh dicengkam dan dipegang oleh tangan berbanding ulu Sundang Datu bersalut perak yang menjadi licin sekiranya berlumuran darah atau air.

Di Jolo, Keris bentuk ini adalah yang paling banyak dimiliki oleh Tausug berbanding Sundang Datu yang hanya dimiliki oleh para Datu (Pemerintah) sahaja. Keris Tausug berhias BAYKASKAS sangat diminati oleh Kaum Maranao-Iranun-Maguindanao di pulau besar Mindanao. Keris ini sebenarnya adalah hasil tempaan terbaik Maranao tanpa meletak "asang-asang". Ramai para pakar tempa keris dari kalangan Tausug telah meninggal dunia samada Syahid, mati sakit atau bersara hinggakan tempaan keris Tausug ini kebanyakannya diambil alih oleh suku kaum Maranao di Mindanao. Wallahu a'lam.


Model Cilik: Ahmad Qaradhawy bin Asree Sug & Muhammad Ato'illah bin Asree Sug, murid sekolah rendah dan pra-sekolah SK PUTRAJAYA Prsint 14 (1).

PERKAITAN ILMU SILAT MELAYU & ILMU KABBALAH SULUG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, November 15, 2011 6 ulasan

Ketua Pemuda UMNO mencium Keris Melayu tidak lama dulu. Hari ini umat Melayu Malaysia masih bersemangat meneruskan semangat kepahlawanan silam "sekalipun perlu meminta maaf setelah mencium keris sendiri". Umat Melayu memerlukan anjakan paradigma dalam meneruskan perjuangan BANGSA di NEGARA SENDIRI dalam keadaan terhimpit oleh bermacam kepentingan Politik dari suku bangsa lain hari ini.


PEMBUKA BICARA:

Institusi persilatan Melayu begitu besar peranannya dalam menentang penjajahan Inggeris dan Belanda ketika era Kolonialis dahulu. Penentangan para pahlawan-pahlawan Melayu yang sebahagian besarnya dipimpin oleh para kiyai dan syeikh tariqat telah menguasai lembaran sejarah Bangsa Melayu hari ini yang dirakam sepanjang beberapa abad lamanya. Persilatan yang wujud dengan pelbagai nama dan mazhab itu bukan sahaja baru muncul pada zaman kolonialis malah sudah lama mengakar dalam budaya Bangsa Melayu sebelum era Srivijaya lagi.


Hari ini kita boleh menyaksikan nama-nama kumpulan persilatan seperti Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Gerak Sejati, Silat Tapak Suci, Silat Budi Suci, Silat Awal, Silat Akhir, Silat Sunda, Silat Ajaib (Borneo-Bugis), Silat Gadis Cabang (Borneo-Bugis), Silat Selendang Merah, dan bermacam lagi jenis silat. Di Tanah Jawa dan Sumatera pelbagai kumpulan persilatan juga dikenali dengan begitu banyak. Boleh dikatakan setiap tahun akan ada sahaja kumpulan persilatan baru muncul.
Maka, penulis suka menyatakan bahawa, nama Melayu sekali lagi telah diangkat dan diletak sebagai yang empunya nama SILAT.

Hal ini telah diterima tanpa bangkangan oleh sebahagian pakar SILATOLOGY (pengkaji silat) dan KERISOLOGY (pengkaji keris) Nusantara. Sudah tentu ia bertitik tolak dari dominasi bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu persuratan ketika era Hindu-Buddha lagi pada abad selepas Masihi, sehingga masuknya Islam ke Nusantara abad ke-10 kedudukan bahasa Melayu semakin mengukuh sebagai bahasa rasmi penyampaian ilmu Islam. Bahasa Melayu itu berjaya menduduki tempat sebagai satu-satunya bahasa perantara yang layak ketika itu mengatasi bahasa-bahasa lain yang juga turut mendapat tempat seperti bahasa Aceh, Batak, Sunda dan lebih-lebih lagi bahasa Jawa yang pernah menjadi bahasa rasmi Istana Majapahit.

Maka tidak hairan nama Melayu sinonim dengan Islam sehingga dikatakan
"Orang Melayu itu adalah Islam dan Islam itu Melayu" sebagaimana yang diterima sehingga hari ini di Malaysia. Maka sudah seharusnya ia menjadi kebanggan Bangsa Melayu itu sendiri sebagai lambang budaya dan jati diri "ketuanannya" sampai bila-bila. Walau bagaimanapun, hari ini kedudukan bahasa dan bangsa Melayu telah mula dipersoalkan keabsahan "ketuanannya" terutama dalam konteks "politik" di Malaysia. Pertembungan kepentingan politik kaum di Malaysia, yang pada awalnya didominasi oleh Melayu, yang kemudian setelah kemerdekaan Malaysia dari kekuasaan British, kaum-kaum dari China dan India (selain Nusantara) telah berjaya mengatasi "kekuatan" Melayu itu sendiri terutama dalam menguasai ekonomi semasa NEGARA.

  • Hari ini, orang Melayu sudah dihalang MENCIUM KERIS di dalam perhimpunan mereka dan dengan itu terpaksa melancarkan program 1 Malaysia sebagai langkah kompromi demi mempertahankan kedudukan Melayu sebagai pemerintah utama. Maka secara automatik, tanpa bangkangan, konsep BANGSA MALAYSIA telah diperkenalkan sebagai langkah "pengukuhan" kepada program 1 Malaysia itu. Dengan demikian suku-suku kaum Sabah dan Sarawak akan turut merasa kebersamaan sebagai SATU BANGSA dengan orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu tanpa rasa tersisih dan curiga. Satu langkah terbaik kerajaan untuk mengekalkan kedudukan dan keamanan di Malaysia.

Aksi Silat Srikandi Melayu
"Dalam harfiah kata Pencak Silat adalah kata majemuk. Arti kata Pencak dan Silat mempunyai pengertian yang sama yaitu suatu kesenian yang bertujuan untuk keamanan dan membela diri, selain menjadi kesenian tradisional Indonesia Pencak Silat juga bagian dari kebudayaan masyarakat pribumi Asia Tenggara, (Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kamboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam)."
http://lendi-imam.blogspot.com/2011/10/pencak-silat.html


RAHSIA "ORANG SELAT" DENGAN BUDAYA SILAT
DI ALAM MELAYU

Berdasarkan catatan
Tome Peres dalam "Suma Oriental" nya yang mencatat kehadiran Orang Selat di Selat Melaka yang juga disifatkan sebagai Orang Laut itu begitu sedikit disentuh dalam Sejarah Melayu. Sebab itu dalam beberapa artikel dan kenyataan yang lepas, penulis bersama sahabat-sahabat pengkaji Budaya Sulug yang lain telah membuka jawapan kepada asal-usul Orang Selat itu iaitu di Kepulauan Nusantara Timur. Sebagaimana hari ini orang Melayu sendiri masih bingung dengan jawaban kepada persoalan "apa sebenarnya maksud Melayu?" itu maka begitu jugalah dengan "apa sebenarnya maksud SILAT?".

Dalam kajian penulis bersama rakan-rakan pengkaji Sulu, mendapati etimologi bahasa Melayu hari ini lebih banyak diketahui oleh orang-orang Sulu dari mana ia terbit atau dari mana ia mula diambil sehingga menjadi kebiasaan sebutan pada lidah orang-orang Melayu. Berdasarkan kenyataan ini, kami mengandaikan bahawa nama SILAT itu terbit dari nama "Orang Selat" itu sendiri, kerana secara semulajadinya mereka itu menjaga laut yang juga terkenal sebagai pahlawan.

Kepahlawanan mereka kadang-kadang disalah guna untuk merompak atau merampas kapal-kapal dagang yang masuk dari India ke China. Maka secara harfiah, kehebatan ilmu bela diri Orang Selat itu telah menjadi jenama kepada ilmu bela diri kemudiannya iaitu ilmu bela diri Selat yang kemudian berubah sebutan menjadi Silat.
Hari ini Silat itu difahami sebagai ilmu bela diri atau mempertahankan diri sahaja oleh orang Melayu yang didalam persilatan itu terdapatnya dua unsur utama iaitu.

  • Pertama: Unsur Fizikal, yang disebut sebagai kemahiran menumbuk, menyepak, menangkis, memukul atau seni keris dan pedang.
  • Kedua: Unsur Kebatinan, yang disebut sebagai ilmu dalaman yang berbentuk mistik atau ghaib sifatnya seperti kebal dari besi tajam, pukulan berbisa dan tahan lasak yang luar biasa.
Kedua-dua unsur di atas dirangkum oleh orang Melayu yang dinamakan SILAT atau ilmu persilatan sebagaimana yang kita biasa dengar hari ini. Tetapi bagi orang Kepulauan Sulu mereka memisahkan secara jelas istilah pada unsur pertama (Fizikal) dengan istilah pada unsur Kebatinan (Mistik) itu. Sebagai contoh Tausug menyebut unsur Fizikal itu sebagai KUNTAO dan unsur Mistik itu sebagai SILAT.

Untuk menelusuri etimologi sebenar SILAT ini penulis telah bermusafir dari Sandakan ke Lahad Datu baru-baru ini semata-mata mencari golongan tua Orang-orang Selat. Di kepulauan Sulu, Orang Selat yang sebenar ialah yang mereka sebut sebagai Kaum Samal (Bajau) Balangingi'. Balangingi' masih dalam keluarga Sulug yang menjadi Raja Laut ketika dulu sehingga menjadi mimpi ngeri kepada Nusantara kerana kekejaman mereka. Di Indonesia ketika dulu, Balangingi' adalah yang paling ditakuti sedangkan Iranun pula ditakuti di Tanah Melayu hinggakan perompak laut dipanggil LANUN yang bermaksud Perompak laut Iranun. Pada hal, Balangingi dan Iranun adalah tentera laut Sulu yang bergerak secara kontinjen.


Di Sandakan, penulis berjaya menemuramah Tuan Imam Kamlaho, 75, yang duduk di Kg. Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Beliau adalah seorang tua Balangingi' yang berpengalaman semasa mudanya dan banyak menyimpan tradisi lisan leluhurnya. Beliau penulis panggil Apo' (Datuk) kerana masih mempunyai pertalian dengan penulis dari sebelah ibu. Ketika mudanya beliau pernah bergelar Guru Kuntao yang handal. Berkenaan Silat beliau berkata,

  • "Silat dan Kuntao berbeza.... Silat ialah ilmu ghaibnya sedangkan sepak terajangnya, tumbuk dan tangkis dipanggil Kuntao"
Beliau menjelaskan maksud Silat secara lanjut,

  • "Silat adalah ilmu ghaib yang biasanya disertakan dalam Kuntao... Dengan Silat ini, kita sebagai ahli Kuntao tidak akan berasa sakit bila dipukul oleh kayu, besi dan benda tajam malah dengan izin Allah ia tak lut... Dengan ilmu Silat tumbukan atau pukulan kita akan berbisa bila mengenai musuh."
Di akhir perbualan penulis dengan Imam Kamlaho ini beliau dengan memperlahankan percakapannya menyatakan bahawa Ilmu Silat kebanyakannya adalah ilmu MAKSIAT yang dengan kata lain bermaksud Sihir. Beliau setelah belajar agama dan menjadi Imam, beliau telah membuang semua ilmu Silat dan hanya mengekalkan ilmu Kuntaonya sahaja.

"Kaum Samal Balangingi' adalah hasil persemendaan antara Tausug dan Orang Laut yang pada awalnya dipanggil Samal Lipid di Pulau Kabingaan... dari Samal Lipid muncullah Samal Balangingi' yang sangat terkenal itu" Imam KAMLAHO.

Kemudian penulis bergerak ke Lahad Datu lebih kurang 200 KM dari Sandakan untuk menemubual seorang lagi datuk penulis yang berdarah Balangingi' bernama Tuan Hj Abdul Rahman, 73. Beliau ketika zaman mudanya bekerja sebagai penyeludup barang keperluan dari Jolo ke Manila, dari Sandakan ke Zamboanga dan berkelana sehingga ke Filipina Tengah (Visaya). Beliau adalah antara penyeludup yang paling handal kerana beberapa puluh tahun sebagai penyeludup dengan kapal laut beliau tidak pernah tertangkap dan beliau juga terkenal berkawan dengan perompak laut yang handal-handal.

Beliau berkawan bukan untuk belajar ilmu Silat (Ghaib) tetapi mahu mencuba ilmunya sendiri.
Ketika penulis ajukan pertanyaan berkenaan apa pandangan beliau tentang silat dan kuntao, beliau menjawab,
  • "Silat ialah ilmu dalaman, sedangkan Kuntao adalah ilmu bela diri menggunakan anggota empat kerat kita. Ilmu silat walau pun dalam tidur dia masih boleh melawan... jangan dilontar bantal kepadanya ketika tidur, nescaya bantal akan sentiasa di udara kerana disepak dan diterajang sehingga hancur, walau pun matanya tertutup... inilah dia ilmu Silat."

"Lapu-Lapu telah bersumpah bersaudara dengan Tidung menyerang Ferdinand Magellan... kita Balangingi' adalah anak cucu Lapu-Lapu dan anak cucu Tidung pula ialah yang dipanggil YAKAN oleh Spanyol... sebab itu Yakan dan Balangingi' tidak boleh berperang sesama mereka kerana sumpah itu..." Hj Abdul Rahman.


ILMU KABELLA, KAMELLA ATAU KABBALAH?


Kemudian beliau menjelaskan lagi secara lanjut apa yang dimaksudkan Silat,

  • "Silat dengan kata lain ialah KABELLA......"
Penulis tersentak dengan perkataan KABELLA yang beliau sebut kerana Bani Israel atau Yahudi turut menyebut Kabella tapi dengan sebutan KABBALAH. Kabbalah dalam bahasa Yahudi atau Hebrew bermaksud ilmu bacaan/amalan sihir yang diluar ajaran kitab "Taurat". Penulis menyoal sekali lagi kepada beliau berkenaan sebutan "Kamella" dalam bahasa Sug yang bermaksud "Bacaan-bacaan untuk memikat wanita, atau, bacaan untuk pelaris" itu sama dengan yang beliau sebut sebagai Kabella?

  • "Bukan KAMELLA tapi Kabella... ia adalah ilmu kebal yang diamalkan untuk membela diri... samada kebal kerana tidak lut atau kebal kerana senjata musuh tidak berfungsi... jangan hairan kalau musuh anda ketika mencabut keris... yang tercabut ulunya... sedangkan kerisnya tertinggal di dalam sarung... itulah Kabella... ilmu."
Kemudian beliau bercerita pula pengalamannya bertembung dengan nahas tetapi dengan izin Allah beliau selamat,

  • "Saya pernah dirompak ditengah laut oleh seorang perompak Tausug yang paling terkenal ketika itu dia melanggar perahu saya untuk tujuan merompak sehingga bertindih cadik (Katig) perahu kami... saya ambil muncung senapangnya dan letak di kepala saya dan suruh dia tarik picu senapang... puas dia menarik picu tapi senapangnya tidak berfungsi... kemudian ketika serangan askar Filipina ke kampung kami pun begitu (perang MNLF)... ketika saya sedang panjat pokok kelapa mereka datang berlima dan langsung menembak saya (menyangka dia adalah anggota MNLF)... mereka puas menekan picu senapang tapi tidak berfungsi... sehingga mereka bebaskan saya dengan rasa hairan..."
Tuan Hj Abdul Rahman sudah tua dan tinggal di Lahad Datu hari ini. Anak-anak beliau ada yang dah berjaya bekerja sendiri dan bertugas di sektor swasta. Oleh kerana masa begitu suntuk penulis berpisah dengannya dengan rasa tidak puas hati. Sebenarnya masih banyak persoalan yang terngiang-ngiang dalam kepala penulis yang ingin ditanyakan. Penulis terpaksa pergi dan insyaAllah kalau masih dipanjangkan umur akan bertemu lagi dengan beliau tahun hadapan.



PERBAHASAN KABBALAH YAHUDI DAN KABELLA SULUG


Adakah Kabellah yang ada pada lidah Tausug hari ini berasal dari lidah Bani Israel @ Yahudi? Sekiranya kita menelusuri secara mendalam, Bani Israel atau Yahudi sendiri tidak memahami maksud sebenar KABBALLAH kecuali mereka mengaitkannya dengan Mesir Purba. Sedangkan Mesir Purba pula sangat bergantung dengan bangsa Laut Phoenesia, sebab itu untuk dapatkan jawapan asal-usul Kabbalah seharusnya pengkaji merujuk kepada bangsa Phoenesia purba itu.

Adalah satu kemungkinan yang sukar disangkal, bahawa bangsa inilah yang bawa istilah Nusantara Timur ini ke laut Mediterranean dan diadaptasi oleh Fir'aun Mesir dalam upacara Sihir mereka. Dalam Al-Quran telah disebut pertembungan mukjizat nabi Musa a.s. dengan sihir (Kabbalah) para ahli Sihir Fir'aun. Hari ini pengamal Kabbalah Mesir ini telah diteruskan oleh kumpulan Iluminati-Freemason dan orang-orang Yahudi dalam upacara-upacara rahsia mereka.


Sebenarnya sebutan Kabbalah adalah sebutan kepulauan Sulu atau Nusantara Timur. Bahasa Sulug @ Sug menyebut kulit tapak kaki atau kulit tapak tangan yang tebal dengan sebutan "Kubal". Oleh kerana sifatnya yang keras sehingga pijak bara api pun tidak terasa, maka kemungkinan sebutan ini disebut KEBAL pula oleh orang Melayu. Salah satu sebutan Sulug ialah "Kubulan" yang bermaksud "Kekebalan" kepada pahlawan yang ditetak tidak lut. KUBAL sekiranya disebut KUBALA (Kubal-la) dalam bahasa Sug adalah satu kata suruhan mengeraskan sesuatu.
Ia sama bunyi dengan Kabbala. Kalau disebut KUBALAN (Kubal-an) bermaksud "yang berkulit tebal".

Sekiranya diperhatikan yang benar-benar dimaksudkan sebagai Kabellah oleh Tausug ialah amalan bacaan yang boleh menghasilkan perkara mistik. Secara kasar, Kabellah tidaklah dilihat sebagai 100% sihir kerana sebahagian dari amalan mistik Tausug yang disebutkan sebagai Silat itu juga terkandung zikir-zikir Asma'ul Husna dan bacaan Ruqyah (jampi berdasarkan ayat-ayat Qur'an).

Kembali kepada Silat... satu kemungkinan juga ia berasal dari kata, SIRAT,

  • Sirat sekiranya disebut oleh orang Sulug ia akan berbunyi SILAT. Kebiasaan bunyi "R" menjadi "L" yang membawa maksud "Ilmu tersirat atau tersembunyi" kerana sifatnya yang rahsia atau dalaman.
Dalam bahasa Melayu, SIRAT (tersirat) dengan SELAT (laluan kecil di laut yang terhimpit antara dua pulau atau daratan) mempunya sifat yang sama. Selat disebut "Silut" dalam bahasa Sug yang bermaksud laluan laut yang sempit dengan kata lain dalam bahasa Melayu ialah "celah" atau "selit" juga mempunyai sifat yang sama. Maka SELAT atau Silut juga boleh membawa maksud "tersembunyi" disebabkan sifatnya yang sempit, bercelah yang boleh menyelit kapal-kapal kecil. Samada SIRAT, SILAT, SILUT, SELAT yang seiras bunyi dan seiras maksud juga membawa pengertian "terlindung".

"Ilmu Silat bagi Tausug ialah ilmu kebatinan yang disertakan dalam seni bela diri... Tausug membezakan maksud istilah Silat, Pansak (Pencak) dan kemahiran menumbuk dan menangkis secara fizikal (Kuntao, Kungfu dll)... kebanyakan ilmu Silat menggunakan ilmu Sihir kemudian ayat-ayat Islam dimasukkan sebagai tambahan atau menggantikan ayat-ayat sihir. Tausug biasanya menggunakan ilmu Silat berdasarkan ilmju KETUHANAN, seperti ilmu Alif 3, Junub Istinja' dan lain-lain" Abdul Hakim @ Jan, beliau seorang ahli bela diri dalam beberapa aliran dan pengkaji sejarah Sulu.


Nama SILAT diambil dari kata Sirat ini turut disokong oleh seorang pengkaji sejarah Basilan iaitu saudara Abdul Hakim @ Jan, 40, yang berketurunan Tausug Basilan, sekarang menetap di Seri Kembangan Selangor. Berkenaan nama KUNTAO juga menurut Abdul Hakim, ia terdiri dari dua kata KUN-TAO yang bermaksud Ilmu ketika dalam rahim ibu yang disebut alam KUN (penciptaan) dan Tao merujuk kepada Tuhan. Maka Kuntao boleh bermaksud "Ilmu Penciptaan oleh Tuhan".

Sudah menjadi kebiasaan bangsa di Nusantara Timur merujuk kepada bengsa mereka dengan nama TAO (i.e. orang) yang merujuk kepada TUHAN dalam pengertian yang jelas (Yunani Purba menyebut Tuhan dengan THEO, sama bunyi dengan TAO). Maka tidak hairan orang Sulu menyebut seorang lelaki yang berdarjat tinggi dipanggil sebagai TUHAN ketika dulu. Setelah kedatangan Islam ia ditukar kepada sebutan Tuan sahaja.




HUBUNGAN SILAT MELAYU DENGAN KEPULAUAN SULU

Salah seorang ahli Kuntao Tausug bernama Maas Hajan Muhammad Salleh Elaji, 56, turut menjelaskan bahawa Silat itu ialah ilmu dalaman sedangkan ilmu "bunga lima" (tumbuk, sepak dan tangkis) adalah yang disebut Kuntao, Kungfu, Dayung dan lain-lain. Penulis bertanyakan samada ada persamaan antara Silat Dayung Tausug dan Silat Gayong Melayu, beliau menjawab,

  • "Saya tidak pernah dengar nama Silat Gayong tapi kalau Silat Dayung pernah... kaedah Dayung ialah berbunga-bunga seperti mendayung kapal. Cara pukulannya melilit bertanggam... tapi kita Tausug lebih kepada pukulan Kuntao yang terus menyerang secara dekat dan membunuh...".
Beliau menambah, setiap perguruan bela diri mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun bagi beliau KUNTAO yang pernah beliau pelajari dinamakan Silat Ajaib di Pulau Basilan itu adalah yang paling sempurna. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan yang terpaksa beliau tampung dengan mempelajari satu lagi seni bela diri yang dinamakan GADIS SABANG (Gadis Cabang?). Menurut beliau yang pernah beberapa kali bertarung dengan silat lain ketika mudanya, seni bela diri berbunga dan bertanggam tidak sesuai berdepan dengan Kuntao Tausug. Ini kerana seni bela diri Tausug pelayar sejak berabad-abad lamanya yang dinamakan Kuntao itu mudah masuk dan membuat pukulan maut secepat kilat.

"Silat Dayung mempunyai pencak yang berbunga-bunga dan membuat serangan dengan melilit tanggam seperti ini... ia memang merbahaya sekiranya anda terperangkap dengannya. Tetapi bagi Kuntao Tausug, ia sangat mudah ditangkap dan dipatahkan..." Maas Hajan Muhammad Salleh Elaji.


Kuntao tidak mengutamakan PANSAK (pansak sebutan Tausug bagi PENCAK, yang bermaksud tarian atau bunga-bunga silat. "Magpansak" bermaksud "Menari" dengan tarian Silat) yang hanya menggunakan persediaan kuda-kuda "Gaya Ong Bak", sebab itu latihannya keras dan memerlukan kedua belah tangan dibiasakan hidup menggunakan barung atau keris. Maka sekiranya tangan sebelah putus, tangan sebelah lagi boleh ambil alih menetak dan membunuh. Kuntau juga sangat mengutamakan latihan cengkaman tangan untuk kekuatan memegang senjata dan sekiranya dapat menyentuh perut musuh ia boleh membawa maut. Ilmu Kuntao sangat penting bagi Tausug terutama dalam melakukan serangan-serangan di laut dan darat ketika dulu.

Berkenaan Silat Melayu mempunyai hubungan dengan kepulauan Sulu, sebenarnya tidaklah dapat disangkal kenyataan ini sebagaimana kenyataan Melayu dan Sulug adalah satu JASAD ketika dulu.
Sebagai contoh ialah kenyataan bahawa pengasas Silat Gayong Malaysia, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dari keturunan pahlawan Daeng Kuning Bugis telah pernah melantik Tun Datu Mustapha sebagai Imam Silat Gayong Malaysia. Menurut saudara Abd Samad yang juga seorang pengkaji sejarah Suluk di Facebook menyatakan,

  • "Berdasarkan kronologi itu juga disebutkan bahwa Dato' Mahaguru telah melawat Sabah pada tahun 1974. Semasa lawatan tersebut beliau telah berjumpa dengan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang ketika itu adalah Ketua Menteri Sabah. Tun Mustapha telah dilantik oleh Dato' Mahaguru sebagai Imam Khalifah Seni Silat Gayong Bagi Negara-Negara Islam.
  • Sementara itu pada Mac 1975, beliau telah melawat Tun Abdul Razak berbangsa Bugis yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan melantiknya sebagai Timbalan Imam Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantaunya.
  • Berdasarkan kronologi ini secara sekilas dapat disimpulkan bahawa penghormatan Mahaguru Dato' Meor tertinggi diberikan kepada Tun Datu Mustapha (Ketua Menteri Sabah) berbanding Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).

Potret kenangan Allahyarham Tun Datu Mustapha (Kiri) dengan Tun Sakaran Dandai (Kanan) meminta dido'akan oleh Waliullah Tuan Guru Hj Muda (tengah) di Lahad Datu. Gambar ini di pamerkan di Restoran Nur Hidayah Fajar, Lahad Datu, dimuatnaik oleh saudara Abd Samad dengan izin pemilik restoran tersebut. - Foto ihsan Bendahara Suluk melalui FB.

  • Argumentasinya adalah: Mengapa Tun Datu Mustapha dilantik sebagai Imam Khalifah Seni Silat Gayong Negara-Negara Islam sedang Tun Abdul Razak hanya sebagai Timbalan Khalifah Seni Silat Gayong Malaysia dan Serantaunya. Dari segi jawatan Tun Abdul Razak pada masa itu adalah Perdana Menteri Malaysia (1974-1976) sedang Tun Mustapha hanya Ketua Menteri Sabah (1967-1975). Seperti yang diketahui dari segi pertalian asal-usul keturunan Tun Abdul Razak adalah berbangsa BUGIS dan Tun Datu Mustapha berbangsa SULUK (i.e. Sulug). Mungkin ada link yang tidak tersambung dalam sejarah yang masih diangggap terlalu muda ini. Mungkin saja terdapat keterkaitan ilmu antara mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dengan Tun Datu Mustapha sehingga penghormatan yang begitu tinggi diberikan terhadap Tun Mustapha.
  • Seandainya demikian dimanakah dan dari siapakah Tun Mustapha mempelajari Seni Silat Gayong? Seandainya Tun Mustapha berketurunan SULUK (i.e. Sulug) mengapa dikalangan penduduk SULUK di Sabah tidak ada yang mewarisi ilmu seni silat gayong atau serupanya pada masa kini? Mungkinkah penulis terlepas pandang... Atau kita semua terlepas pandang? (Beliau PETIK DARI BLOG BUGIS, PESAN SERIBUGIS BLOGSPOT).
Jelasnya, Tausug sangat jarang mengetahui seni silat gayong atau silat Dayung itu kerana lebih mengutamakan Kuntao atau pukulan jarak dekat. Sebagai contoh, seni KALI @ ESKRIMA yang sangat terkenal di Filipina di kalangan Visaya Kristian hari ini mendakwa seni KALI tersebut berasal dari Selatan (Kepulauan Sulu). Seni KALI mempunyai gaya pukulan Kuntao TAUSUG yang mempunyai kecepatan pukulan yang luar biasa. Seni Kali sehingga hari ini menjadi pujaan suku kaum Visaya Filipina kerana dikaitkan dengan Seni Bela Diri Tausug. Hinggakan seni KALI mereka tidak lekang dengan parang BARUNG Tausug di mana-mana sebagai kebanggaan.

Seni KALI sangat terkenal di Filipina di kalangan masyarakat Visaya-Kristian sehingga menjadi kebanggaan.

Dengan bangganya mahaguru KALI memegang Barung Tausug sambil memperagakan busana ala Buranun.

Video temubual di Sandakan dan Lahad Datu nanti akan diedit dan dimasukkan ke blog sebagai tatapan tambahan para pelawat blog.

"...why Moro is never the true name of your people"?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, November 10, 2011 1 ulasan

"...why Moro is never the true name of ur people ...and why should people said Tausug Muslim?"

by Neldy Jolo on Thursday, November 10, 2011 at 8:52pm

A friend named 'aN asked me about Tausug and Moro and Sabah. Here are the questions:


'aN:
Assalamualaikum, how r u...?? lama menyepi...is everything ok..??
Hope not too late to wish u, Eid Adha.. May Allah Bless u and ur people in a good Dignity always.. amin! can i ask u something...?? based on ur status 30mnt ago..

Rayyan Makno: "Islam teaches the truth and nothing but the truth. Moro is never the true name of our people."
i agreed with the first statement.. but for the "Moro is never the true name of our people." its confusing me... can u help me to expain that...??

Dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu, "Bangsa Moro membawa maksud kesatuan semua etnik yang menganut islam...."(Bab 2, pg16).
and one of ur comment stated that Tausug-Muslim..

Tausug dalam buku pula "Bangsa ini telah gemilang dan terbilang setelah mereka KESEMUANYA menganut islam" maknanya..Tausug senonimnya beragama islam...then why Moro is never the true name of ur people..?? and why should people said TAusug Muslim..??
another thing that i can't imagine until now...

how Sabah can be part of Malaysia if yearsss back, Sabah is part of ur land...
i asked bapak, n he ask me to read about sejarah Malaysia...i know about sejarah Sabah masuk Malaysia but i want to know from ur perspectives, from ur point of view as one of perjuang kemerdekaan Tausug… sorie... im still reading this book and its hard to understand n imagine it.. its a HISTORY dude...!! huh...!! pening.. .but i promise, ill finish this book as soon as i can..

now im trying coz as i reach the middle of the book, the story become more interesting... hope i can finish by this week.. pray the best for me…


Neldy Jolo
:
hehe…thanks for the question...
let me clear it to you from the basis of history...

'aN
:
owh... pls give me the simplest way for me to understand...
why should U said thanks... im the one who asked u.. :

Neldy Jolo
:
MORO is nowadays a term given to the Muslims way back the coming of Spanish to the Sulu Archipelago (Sultanate of Sulu) and Mindanao (Sultanate of Maguindanao) in the year 1578...So Moro is not the original name for the people of Sulu and Mindanao. Moro is just to identify the Muslim from Christian called Indio and eventually became Filipino.


TAUSUG is a collective term for the people of Sulu Archipelago (Tausug means Sulu People - Tau is people, Sug is Sulu.)
North Borneo was part of the Sulu Sultanate and was leased by British North Borneo Company in 1878. North Borneo got independence on August 31, 1963 and eventually join Malaysian Federation in September 16, 1963 as State of Sabah...

Neldy Jolo
:
In the spirit of historical account, North Borneo still part of Sulu Sultanate but as Sabah it is already part of Malaysia no doubts to that. Malaysian Government pays yearly in the name of North Borneo lease to the Sultan heirs of the Sulu Sultanate based from the judgement of British Judge or North Borneo Macaskie...


Neldy Jolo
:
Yes Tausug is synonymous to Muslim but in the context of name or citizenship Tausug is name of the citizens of Sulu Archipelago (Sultanate of Sulu). Tausug is called Suluk in Malaysia...


Neldy Jolo
:
In summary:
Moro is a religious identity for the Muslim people of Mindanao and Sulu Archipelago. When you say "Moro" u would mean Muslim - refering to religious identity. Tausug is national identity of the people of Sulu Archipelago (Sultanate of Sulu). When you say "Tausug" u would mean people of Sulu Archipelago - referring to national identity...but Tausug is Muslim based from their religious identity (Moro as Spanish called them such).

'aN:
ok. thats mean, Tausug people is not 100% muslim..ist?? coz its referring to national identity... while Moro = muslim (given name by "them")..than, its mean muslim there prefer to call them Tausug Muslim, where they will get clearer identity..?and its real that Msia gov paid RM5,000 yearly to Kiram's Family..?? and where r those people (Kiram Family) stay now??


Neldy Jolo
:
Yes "Tausug" as national identity is referring not to religious identity…but if you say Tausug it is synonymous to Muslim - because before the coming of Islam to Sulu Archipelago they have been as Tausug or Sulug (Sulu People or People of the current)... Like when say Malaysian, it doesnt mean Muslim. but If you say Malay it would be Muslim in Malaysia...In Indonesia when say Malay or Melayu, it doesnt mean Muslim. Right?

Kiram Family are scattered all over the world, but the one that recieved the payment are staying either in the Philippines and Sulu Archipelago...Yes Malaysian Government paid them.


Neldy Jolo
:
When Tausug embrace Islam in 11th century their name as Tausug/ Suluk/Sulug never changed...That is why West called them Moro of Sulu or Muslim of Sulu or simply Sulus who embraced Islamic Faith...We have to identify the National Identity and the Religious Identity. Like the Word "Melayu" in the broader context doesn't mean Muslim or religious, but Racial Identity. Right? It is only in Malaysia that" Melayu" is synonymous to Muslim or Islam.


To make it more clear: Tausug is both National Identity for All of the inhabitants of Sulu Archipelago at the same time synonymous to Islam. We have to look at the different ethnics of the Sulu Archipelago as part of the collective national identity, Tausug...
Ethnics that are within Sulu Archipelago (Sulu Sultanate) collectively called Tausug are:

  • 1. Buranun (Muslim)
  • 2. Baklaya (Muslim)
  • 3 Tagimaha (Muslim)
  • 4. Banjar (Muslim)
  • 5. Sama (Muslim)
  • 6.Dampuan (Muslim)
  • 7. Yakan (Muslim)
  • 8. Subanen (Mostly Christian and No religion)
  • 9.Kalibugan (Muslim - former Subanen)
  • 10. Mulbug (Muslim)
  • 11. Jama Mapun (Muslim)
  • 12. Bisayan (Christian and some embrace Islam)
  • 13. Palawani (Muslim)
  • 14. Bangingi (Muslim)
  • 15. and many other...

'aN:
ok! cleared than.. thank u so much Mr Neldy!

Neldy Jolo
:
You are welcome…if u have clarification let me know...

-------------
Dipetik dari Facebook Prof Neldy Jolo

Sambungan Bhg 3 (Dungsun): Phoenix & Matahari Terbit

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, October 25, 2011 5 ulasan

Bangsa Phonesia menjadi pendayung dan pahlawan ketika berkhidmat dengan Raja Assyiria di Laut Mediterranean dan Teluk Farsi.


Bangsa Phoenisia mula membina kapal berskala besar muatannya di Laut Mediterranean dengan menggunakan teknologi pembuatan kapal di kepulauan sebelah Timur.


Perahu kecil Phoenisia di Laut Mediterranean tidak menggunakan cadik (i.e. katig) atau buluh pengimbang kerana mungkin kesukaran mereka mendapatkan pokok buluh. Tetapi perahu kecil di kepulauan Sulu memang bercadik dan mengukir kepala kuda di hadapan perahu sama dengan rupa bentuk perahu Phoenisia di Laut Mediterranean dan di Sulu dinamakan perahu Kuda-kuda (pelat Suluk menyebutnya Kura-kura yang kemudian berubah sebutan kepada Parakura, kemudian berubah lagi menjadi Parakkoa, dan hari ini dipanggil Palakaya sahaja). (Sumber gambar, Rujuk: http://realhistoryww.com/world_history/ancient/Canaan_1a.htm)


KAITAN DUNGSUN & PHOENIX


Semua negera-negara Asia Tenggara samada Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lainnya hari ini hanya merujuk Budaya Dong Sun @ Dung Son @ Dusun di Vietnam sebagai satu-satunya akar atau asal-usul budaya masing-masing. Ini kerana pada masa ini (500 tahun sebelum Masihi atau lebih lama dari itu) masih belum wujud negara yang dinamakan China, Melayu mahu pun Jawa, yang ada hanyalah Dungson di Vietnam sahaja. Malangnya, kalau pun ianya ada, jelas tidak ada satu catatan pun yang boleh dirujuk kecuali beberapa catatan India dan Eropah yang juga masih diselubungi kekaburan. Maka apa yang boleh dilakukan oleh para pengkaji Nusantara ialah menumpukan hipotesis asal-usul bangsa mereka kepada Dongsun di vietnam itu.


Pada catatan sebelumnya kami telah menjelaskan bahawa asal usul bangsa Phoenisia di Laut Mediterranean itu sebenarnya berasal dari Timur yang juga kita boleh rujuk kepada akar budaya Dongsun. Phoenisia tidak syak lagi adalah Bangsa Dongsun kepulauan yang bukan sahaja duduknya di Vietnam Purba itu malah sampai ke Australia, kepulauan Pasifik bahkan sampai ke Amerika. Hal ini bertitik tolak dari burung Cenderawasih yang mana bangsa Eropah Purba, Mesir, Bani Israel, Aryan dan Arab menyebutnya sebagai burung Phoenix.


Burung Cenderawasih @ Phoenix yang paling cantik dan besar hanya boleh ditemui di Australia dan sekitar pulau Papua / Irian Jaya hari ini. Kalau pun ada di Borneo dan Kepulauan Sulu Utara, tidaklah sebaik yang terdapat di Papua/Irian/Australia. Kehebatan burung Phoenix ini adalah kerana mitosnya yang luar biasa,
  • "It is also believed that the phoenix lived for more than 500 years and it could fly to great lengths. The phoenix has become a symbol of immortal life and rebirth."[01]
  • (Ia juga dipercayai bahawa phoenix boleh hidup selama lebih 500 tahun dan ia boleh terbang jarak jauh. Phoenix telah menjadi simbol kehidupan abadi dan kelahiran semula.)
Di zaman kesultanan Melayu sendiri ketika dulu walau pun ajaran Islam sudah mendarah daging dikalangan orang-orang Melayu namun menyimpan burung cenderawasih di istana (samada hidup atau mati) dianggap tuah kepada negari dan rakyatnya. Malah wujudnya mitos Burung Garuda Nusantara yang pernah menguasai dunia sastera klasik orang-orang Melayu ketika dulu sebenarnya adalah didasarkan atas kehebatan burung Phoenix itu juga.

Sekiranya ada pengkaji yang menyatakan "mitos tuah" Cenderawasih @ Phoenix itu berasal dari Eropah, Mesir, Arab dan India yang dibawa oleh para pedagang dari sana maka sudah pasti dapat disangkal dengan mudah. Ini kerana bukti-bukti jelas telah pun nyata bahawa penggunaan bulu burung pada kepala bangsa Dongsun Purba menunjukkan Asia Tenggara Timurlah permulaan kepada mitos Phoenix ini. Malah para sejarahwan Eropah sendiri kebingungan ketika menggambarkan rupa bentuk burung Phoenix dan asal-usulnya kerana mereka sendiri tidak pernah nampak kecuali apa yang diceritakan oleh orang Mesir dan yang terdapat pada lukisan-lukisan sahaja.


Bangsa Mesir purba telah lama mengetahui teknik pembinaan kapal laut disebabkan kontak mereka dengan bangsa Phoenisia, dibuktikan oleh "Makam Kapal" di Giza ini begitu luar biasa. Pada tahun 1950-an, telah disepakati bahawa kapal ini berusia 4,500 tahun, panjangnya ratusan kaki, telah digali dan dikeluarkan dari sebelah kanan Piramid Besar di Giza. Ekspedisi Mesir Purba ke sebelah Timur mungkin kerana ingin mendapatkan burung Phoenix semata-mata berdasarkan mitos Phoenisia sendiri. Ekspedisi Mesir purba yang pastinya ditemani oleh Phoenisia ini bukan hanya sekali malah Ratu Hatchepsut tahun 1500 SM telah menghantar ekspedisinya pula. Dikalangan bani Israel juga sama, Raja Sulaiman a.s. telah beberapa kali menghantar ekspedisinya bersama Raja Phoenisia dari Tyre (Tirus) menuju ke Nusantara Timur.

Rex Gilroy dan Dr Allan Roberts, pakar Arkeologis, sedang menyiasat tulisan Mesir Purba dan Phoenisia pada dinding batu yang lebih berupa simbol hieroglyphs Mesir berdekatan Gosford, New South Wales pada 1996. Photo copyright © Rex Gilroy 2008. Rujuk: http://www.mysteriousaustralia.com/pyramid-sequel/chapter23.html


Di Australia (New South Wales), ada stella dan tulisan dinding batu mencatat percubaan dan kerja keras dari cucu Khufu "Putera Gjes-eb", yang telah terdampar di Australia dan mati terpatuk ular. Permulaan ekspedisi hanya berlaku selepas pemerintahan Raja Khufu (dikenali dalam bahasa Yunani sebagai pembina "Cheops" ternama Piramid Agung) di antara tahun 1779 dan 2748 SM. Putera Djes-eb kemungkinan salah satu daripada anak-anak Firaun Ra Djedef, yang memerintah selepas Khufu. Rujuk: http://realhistoryww.com/world_history/ancient/Misc/Egypt/Australia.htm.




Antara mereka yang kebingungan ialah seorang sejarahwan Yunani Purba abad ke-5 sebelum Masihi bernama Herodotus yang menulis tentang gambaran orang Mesir terhadap burung Phoenix dan kaitannya dengan matahari.
  • "There is a particular feat they say the phoenix performs; I do not believe it myself, but they say that the bird sets out from its homeland in Arabia on a journey to the sanctuary of the sun, bringing its father sealed in myrrh, and buries its father there."[02]
  • (Terdapat satu gambaran yang tertentu yang mereka katakan tentang kemampuan phoenix; Saya sendiri tidak mempercayainya, tetapi mereka mengatakan bahawa burung itu telah berhijrah dari tanah asalnya di negeri Arab dalam perjalanan ke tempat selamat di matahari, dengan membawa bapanya yang dimeteraikan dalam murrh, lalu mengebumikannya di sana)
Seorang penyair Rom bernama Ovid menggambarkan berkenaan keyakinan bangsa Mesir Purba di kota Heliopolis (Greek: Sun-City) bahawa burung Phoenix setelah menetas keluar dari telurnya di atas pokok dan seterusnya ia akan terbang ke kuil Matahari di Mesir. Ini bermakna burung tersebut bukan berasal dari Mesir tetapi dari Timur (Papua/Australia) seperti yang telah disebut sebelumnya. Sebab itu mengapa kenyataan saintis genetik hari ini memberi kata putus bahawa Bangsa Phoenisia yang terkenal di Laut Mediterranean itu sebenarnya berasal dari "kawasan sebelah India", bukannya di India, Parsi mahu pun di negeri Arab.

  • "According to the Persians best informed in history, the Phoenicians began the quarrel. These people, who had formerly reached the shores of the Erythraean Sea, having migrated to the Mediterranean from an unknown origin and settled in the parts which they now inhabit, began at once, they say, to adventure on long voyages, freighting their vessels with the wares of Egypt and Assyria...."[03]
  • (Menurut orang-orang Parsi sebagai yang terbaik mendapat maklumat dalam sejarah, orang-orang Phoenisia telah mula bergaduh. Orang-orang ini, yang dahulunya telah sampai ke pantai Laut Erythraean (Laut Merah), kemudian telah berhijrah ke Mediterranean yang tidak diketahui dari mana asal-usul mereka dan menetap di bahagian-bahagian yang kini mereka mendudukinya, mengembara dalam pelayaran yang begitu jauh, telah pernah sekali, mereka berkata, kapal-kapal mereka membawa barangan kepunyaan Mesir dan Assyria ....")

Bangsa Mesir Purba sememangnya menyembah Matahari sejak sekian lama. Ia bermula dari Tauhid yang benar dan menyembah TUHAN YANG ESA yang kemudian berubah kepada penyembahan makhluk seperti Matahari itu. Mereka terbawa-bawa oleh kesesatan bani Yafits bin Noh a.s. yang pada mulanya mereka bersembahyang berkiblat ke Timur kerana berkeyakinan Nabi Adam a.s. telah dicipta di "The Garden of Eden" (Syurga) berada di sebelah Timur itu (yang dikenal sebagai SIRINDIP @ Suvarnadvipa). Di mana, disitulah juga tempat keluarnya Matahari. Maka secara lojik akal mereka, Tuhan juga sudah tentu kerajaannya berada di sana.

Malangnya, setelah ribuan tahun berlalu menyembah ke arah Timur itu, sekonyong-konyong bertukar pula kepada menyembah Matahari. Kerana secara kebetulan pula Matahari terbit dari Timur. Ini adalah persangkaan salah dari generasi kemudian yang memberi interpretasi bahawa nenek moyang mereka terdahulu menyembah Tuhan di arah matahari terbit itu menyangka sebagai menyembah MATAHARI. Lebih parah lagi anak-anak Bani Yafits merubah lagi persangkaan mereka, dari menyembah Matahari kepada menyembah Api pula kerana unsurnya yang sama iaitu Cahaya dan kepanasan. Pelopornya adalah anak-cucu Bani Yafits juga dari jalur Madai dan Magog (Makjuj) sehingga terbentuk yang disebut oleh orang Eropah sebagai Agama Zoroaster. Tetapi bangsa Arab dan Israel yang lebih mengetahui keturunan manusia, mereka tidak namakan Zoroaster tetapi mereka sebut sebagai MAJUSI.

Ia berasal dari kata Ma'juj @ Majuz (Magog). Inilah sebab utama mengapa bangsa Aryan beragama Majusi yang mana setelah beberapa ribu tahun, ajaran menyembah api ini turut menular pada ajaran Hindu dan Kristian. Hindu bukan sahaja menggunakan api untuk membakar mayat malah diadaptasi ke dalam budaya perkahwinan dan sembahyang mereka setiap hari. Demikian yang berlaku kepada ajaran Kristian, menurut beberapa sumber, St. Paul itu (arkitek kitab Perjanjian Baru) walau pun dikatakan sebagai berdarah Yahudi, namun ia turut dikenal sebagai berketurunan Aryan yang leluhurnya menganut Majusi (menyembah api).

St. Paul lebih menyokong ajaran Hellenistik bangsa Yunani-Rom digabungkan dengan ajaran Al-Masih sehingga menjadi Triniti (bapa, anak, Roh Kudus). Maka wujudlah namanya ajaran Kristian yang bermaksud ajaran menyembah Sun (Son of God) Matahari (Salib sebenarnya adalah bentuk sinar matahari). Sehingga hari ini mendiang padri-padri Kristian yang dianggap suci akan dilukiskan gambar atau patung mereka dengan diletak "Hallow" tanda bulat atas/belakang kepala yang bermaksud sinar matahari.

Sehingga hari ini bangsa Iran (Aryan) masih memperingati "Hari Api" mereka setiap tahun.



PHOENISIA DAN LOGAM (TEMBAGA @ TIMAH @ BESI @ EMAS @ PERAK)

Di kepulauan Carebbean di Laut Atlantik, masyarakatnya mempunyai sebutan purba terhadap "Copper" iaitu yang mereka sebut "TUMBAGA" (Tembaga). Sebenarnya yang bawa tembaga ini adalah bangsa Phonesia dari Asia Tenggara. Sebutan Tumbaga adalag sebutan DONGSUN kepulauan yang bermaksud "kemerahan seperti bara api". Nama tumbaga ini juga turut disebut oleh bangsa Amerika Latin ketika dulu. Sudah tentu bukanlah perkara yang menghairankan kalau dikatakan bahawa bangsa Phonesia dari Timur lah yang mula-mula melombong dan melebur besi, emas, tembaga, perak, timah malah mencampurkan logam tersebut untuk menjadi logam lain. Kemudian mereka perdagangkan ke seluruh glob.

Bagi bangsa Eropah Purba termasuk Mesir dan Bani Israel, bangsa Phoenisia adalah segala-galanya buat mereka. Kalau bukan bangsa Phoenisia yang datang membawa tulisan (abjad terawal) tidak mungkin bangsa Yunani-Rome, Mesir, Sumeria-Arab mendapat tulisan mereka seterusnya menjadi bangsa bertamadun seperti hari ini. Ketika orang Eropah hanya menggunakan batu-batu kerikil untuk mengira, Phoenisia datang bukan sahaja mengajarkan mereka kiraan matematik malah mengajar mereka mengenal warna ungu, jenis-jenis logam, emas, perak, permata, mutiara, kain, damar, dan membuat kapal layar. Yang lebih mahal buat mereka ialah BUDAYA TIMUR yang dibawa oleh Phoenisia itu telah menjadi anjakan paradigma hinggakan kota-kota penguasa yang kaya bertambah dengan pesatnya di sekitar laut Mediterranean itu.

Kemudian muncullah Tamadun Mesir Purba, Rome, Yunani, Sumeria, India dan China hasil dari tamadun bangsa Phoenisia. Begitu hebat bangsa Phoenisia ini sehingga ke hari ini masih menjadi misteri. Walau pun kita di sini sudah dikira mendapat jawapannya (menurut interpretasi kita) namun para pengkaji sejarah masih ragu menerima kenyataan ini. Bagi mereka Asia Tenggara ini sangat kompleks bukan sahaja terdiri dari banyak kepulauan yang sukar dikenal pasti malah suku kaumnya juga terlalu banyak. Sukar untuk meletakkan kata putus lokasi sebenar tempat keluarnya bangsa Phonesia kecuali semuanya mengaku sebagai tempat asal Phoenisia itu. Namun mereka sepakat bahawa wilayah Phoenisia yang asal adalah dari TIMUR tempat keluarnya matahari dan mempunyai tanah yang subur.

  • "Some of the historians working from within the cultural horizons of southernmost Sumer, where the earliest surviving non-Biblical source of the Biblical account lies, point to the quite genuine Bronze Age entrepôt of the island Dilmun (theorized by some to be Bahrain) in the Middle / Near East, described as 'the place where the sun rises' and 'the Land of the Living'."[04]
  • (Ada ahli sejarah yang bekerja mengkaji dari ruang lingkup budaya Sumer selatan, di mana terdapatnya sumber terawal bukan Bible yang masih utuh, di mana penilaian Bible terletak, iaitu titik asal permulaan zaman gangsa iaitu Pulaun Dilmun (teori oleh sesetengah orang menyatakan sebagai Bahrain) dalam Timur Tengah / Dekat, yang digambarkan sebagai 'tempat terbit matahari' dan 'Tanah Kehidupan')

Pakaian Dayak hari ini yang kita masih lihat di pentas-pentas tarian tradisional adalah gambaran sebenar budaya Dung Son beribu tahun yang lalu. Orang-orang kepulauan Sulu telah cepat menyesuaikan diri mereka mengecap kemajuan disebabkan kontak mereka dengan Eropah sepanjang beberapa ribu tahun. Budaya dan persenjataan orang Sulu pun turut berubah berkemajuan meninggalkan budaya Dung Sun purba kepada budaya TAUSUG @ Sulug yang baru.


Pembentukan Tamadun Sumer @ Sumeria (seawal 6000 ke 5000 tahun sebelum Masihi) di kawasan Iraq adalah lebih awal berbanding Tamadun Mesir Purba, dan Tamadun-Tamadun awal lain seperti Maya-Aztec-Inca di Amerika Latin dan Tamadun China. Malah India hanya mendapat kemajuan ketamadunannya setelah Arab menyusuri kapal dagang laut Phoenisia ke India. Eropah kemudiannya turut menyusur jejak kapal laut Phoenisia yang datang berulang alik ke Mediterranean dan India sehingga terbentuknya zaman percampuran ras Indo-Eropah di laut Mediterranean.

Telah menjadi tandatanya kepada pengkaji mengapa India menjadi pusat pertemuan utama antara Timur dan Barat ketika itu? Bukankah lebih baik para pedagang terus sahaja ke Nusantara? Salah satu sebab terpenting mengapa para pedagang Eropah dan Arab enggan meneruskan perjalanan ke Nusantara dan hanya tertumpu di India berabad-abad lamanya adalah disebabkan laluan kapal yang sempit merentas kepulauan yang penuh dengan perompak laut. Mereka hanya akan dapat laluan selamat sekiranya ada pemerintah yang berkuasa menjaga laluan Selat Melaka itu. Sekiranya kita teliti sejarah kemunculan SriVijaya di Selat Melaka abad ke-7 itu sebenarnya ada kaitan dengan penumpasan kepada perompak laut. Tidak hairan setelah itu, muncullah Jambi, Palembang, Kedah tua dan Melaka sebagai negeri yang maju kerana menjadi tempat persinggahan dagang yang selamat. Munculnya nama Srivijaya itu pun membawa maksud Sinar Kejayaan dan kekayaan.

Cerita Srivijaya ini sudah masuk abad setelah Masihi, sedangkan cerita peradaban purba semuanya berlaku ribuan tahun sebelum Masihi. Menurut beberapa catatan, Phoenisia berasal dari tanah DILMUN yang mana bermulanya logam Tembaga di sebelah Timur.

  • "Dilmun (sometimes transliterated Telmun) is a land mentioned by Mesopotamian Civilizations as a trade partner, source of raw material, copper, and entrepot of the Mesopotamia and the Indus Valley Civilization trade route. Although the exact location of Dilmun is unclear, it might be associated with the islands of Bahrain, the Eastern Province of Saudi Arabia, Qatar, Oman and nearby Iranian coast in the Persian Gulf."[05]
  • (Dilmun (kadang-kadang diterjemahkan Telmun) adalah tanah yang disebutkan oleh Peradaban Mesopotamia sebagai rakan perdagangan, sumber bahan asas (pukal), tembaga, dan gudang keperluan bagi Mesopotamia serta mempunyai hubungan dagang dengan Peradaban Lembah Indus (ini bermakna DILMUN bukanlah India). Meskipun lokasi yang tepat bagi Dilmun tidaklah begitu jelas, ia mungkin dikaitkan dengan pulau Bahrain, Bahagian Timur Arab Saudi, Qatar, Oman dan berhampiran pantai Iran di Teluk Parsi.)
Kami mencadangkan nama DILMUN itu adalah salah sebutan bagi DUNGSON. Bangsa Arab tidak mempunyai perkataan "NG" (Eng) pada lidah mereka. Negeri DUNGSON @ DUNGSUN lokasinya telah pun dimaklumi dari catatan kami yang lepas sebagai lokasi asal kepada bangsa Phoenix atau Phoensia.

Suku Dayak adalah sebahagian dari suku kaum Dong Sun yang lebih menitik beratkan pertanian (Agraria). Dung Son juga dikatakan sangat mahir dengan pertanian dan penanaman buah-buahan dan dalam masa yang sama sangat handal di laut. Kemungkinan nama kebun buah-buahan yang disebut DUSUN oleh orang Melayu diambil dari nama bangsa Dung Son ini. Hal ini turut berlaku di pantai barat Sabah ketika dulu, dimana orang Brunei telah membeli tanah-tanah yang dijual oleh orang DUSUN yang sudah sedia dipenuhi dengan tanaman buah-buahan orang Dusun. Menurut sejarah orang Brunei, bangsa Dusun menjual kebun mereka kerana tidak mahu bercampur dengan orang Islam lalu naik ke gunung-gunung membawa keluarga mereka meneruskan budaya Pagan dan pertanian pindah.


KAITAN ANTARA DUNG SON DAN DUSUN DI BORNEO SERTA NUSANTARA


Kalau di Sabah terdapat satu kaum Buranun (pergunungan) yang menggelar bangsa mereka sebagai Dusun. Walau pun mereka menguasai gunung tetapi mereka juga menguasai sepanjang sungai Sugut dan Sungai Kinabatangan yang mengadap ke Laut Sulu. Bangsa Dusun yang menguasai Sungai mereka namakan sebagai Orang Sungai. Penempatan terbesar mereka di Asia Tenggara hanyalah di keseluruhan pulau Borneo.

Sesetengah mereka dipanggil sebagai Dayak Darat dan Dayak Laut yang menggunakan sejenis pedang Purba Bani Yafits (Mandao atau Kampilan dan beberapa nama lagi yang turut digunakan oleh Monggol dan Tiong Hwa) dan sumpit serta busur sebagai senjata berburu dan mempertahankan diri. Mereka juga ada di pulau Mindanao yang dipanggil bangsa Maguindanao (Maranao-Iranun) dan kepulauan Sulu Utara (Filipina: Luzon-Visaya). Mereka dikenali sebagai suku-suku bangsa Pagan pada awalnya namun kemudiannya sebahagian mereka telah masuk Islam atau pun Kristian. Kami berkeyakinan bahawa bangsa Dong Sun yang masih wujud di Borneo ialah bangsa DUSUN itu. Suku dayak dan suku-suku lain di Borneo itu hanyalah sebagai pecahan (sub-etnik) dari Dusun.


Orang-orang Sulu di kepulauan kelihatannya berada di tengah-tengah antara pulau pulau besar seperti Pulau Luzon, Pulau Mindanao, Borneo dan Sulawesi malah pulau Papua/Irian sehingga ke Australia kelihatannya turut "bersekongkol" memagar gugusan kepulauan Sulu. Kedudukan ini (Tuhan telah mengaturnya sebegitu rupa) seolah-olah ingin menjelaskan sesuatu yang penting kepada mereka khususnya yang ingin mengkaji asal-usul bangsa Phoenix @ Phoenisia yang sebenar.

Walau pun gambaran asal-usulnya telah jelas bagi sesetengah pembaca seperti yang telah kami jelaskan sebelumnya, namun masih ada yang meletak keraguan. Sesetangah pembaca akan merujuk Phoenisia sebagai Melayu, begitu juga dengan orang Jawa yang begitu optimis bahawa Phoenisia adalah dari tanah Jawa. Orang Bugis juga demikian dengan berbangga dan penuh semangat sebagai bangsa asal-usul Phoenisia Timur kerana telah pun kami jelaskan perkaitan sebelumnya.

Ada juga yang begitu gembira sehingga melelehkan air mata terharu kerana sudah menjumpai akar bangsanya yang sebenar berasal dari Dung Son Purba di Vietnam lalu turun menyebar ke Kemboja, Tanah Siam seterusnya ke Tanah Melayu dan Sumatra. Orang Filipina pun berfikiran begitu tetapi lebih cacamarba kerana berkeyakinan bahawa mereka adalah bangsa dari India yang berkasta Visya atau Srivijaya yang kemudian menjadi bangsa Visaya. Dalam masa yang sama pengkaji sejarah Filipina sendiri berkeyakinan bahawa 10 Datu yang datang dari kepulauan Sulu (Jolo)
adalah akar keturunan mereka yang asal yang kemudian menyebar ke kepulauan Sulu Utara (Luzon-Visaya).

Pelukis Filipina menggambarkan 10 orang Datu Suluk yang dikatakan datang dari Borneo sedang menaiki kapal layar mereka menuju ke Sulu Utara (Luzon-Visaya) dan membina perkampungan di sana sehingga lahirlah yang dikatakan bangsa Tagalog-Visaya dan kaum-kaum lain. Inilah juga yang disebut dalam tradisi lisan Tausug di kepulauan Sulu sehingga hari ini.


Skejap India, sekejap Sulu, bingung dan membingungkan. Maka tidak hairan pula kalau ada yang mendakwa mereka dari keturunan MAKHLUK ASING dari angkasa lepas. Inilah fahaman yang dianut oleh Freemason di Filipina hari ini. Ia memang kelihatan lucu tapi benar dakwaan seperti ini memang wujud. Malah yang mengaku nenek moyangnya dari beruk pun ada. Apa pun keadaannya terserah kepada tanggapan masing-masing. Fokus kepada bangsa Dong Sun di sebelah Timur Nusantara yang memakai bulu burung atas kepala sebagai lambang Phoenix atau Phoenisia (gelaran Eropah-Parsi), mereka dikatakan sebagai hasil dari satu peradaban termaju yang dipanggil peradaban Lemuria atau Mu bagi bangsa Jepun.

Kami mencadangkan peradaban Lemuria ini bukan sahaja telah wujud setelah banjir besar malah lama sebelum itu. Satu kemungkinan yang boleh dipertimbangkan ialah Nabi Idris a.s. lah yang membangunkan Tamadun ini malah sudah bermula seawal masa hayat Nabi Adam a.s. di negeri SIRINDIP @ Suvarnadvipa. Idris adalah sebutan Arab tetapi sebutan Eropahnya (Ibrani) ialah Enoch (Suluk: Enut, bermaksud berdikit-dikit, Anud: gerak air). Beliau adalah yang sangat mahir dalam ilmu bintang, pembinaan kapal, pertanian dan membina blok bangunan tinggi seperti Piramid. Tamadun Lemuria adalah Tamadun Dong Sun Purba yang bermula disini. Satu kemungkinan yang boleh dipertimbangkan ialah Noah a.s. sendiri membina kapalnya di sekitar laut Sulu samada di gunung Kinabalu atau pun di pergunungan Jolo.

Noah kemungkinan dari bahasa Suluk yang berubah sebutannya dari Luha (air mata) berubah kepada sebutan Nuha @ Noah. Para mufassir Islam ada yang merujuk nama Noh atau Noah itu berasal dari kata AIR MATA. Demikian juga dengan pembinaan kapal besar, ternyata hanyalah orang kepulauan dengan teknologi Phoenisia sahaja yang mampu membina kapal sebesar bahtera Nabi Noah a.s. itu dengan perintah Allah swt. Demikian dengan nama bukit JUDI tempat pendaratan bahteranya. Dengan menggunakan kaedah Antro-Linguistik, Judi dapat dihubungkan dengan bahasa kepulauan Sulu yang bermaksud "DATU". JUDI @ Djude @ Dote, Bani Israel menyebut DATU dengan sebutan DOTE atau Dath. Wisno dalam bukunya Yakju Makjuj II (cetakan PTS, 2010) menjelaskan bahawa Judi itu bermaksud "Datuk".


Salah satu jenis Jung kepulauan Sulu yang biasanya digunakan oleh tentera laut Sulu untuk MANGAYAW (meronda maritim). Jenis Jung seperti ini biasa digunakan oleh kaum Samal Balangingi' merentas laut Asia Tenggara.


Kapal laut Kura Kura (i.e. Kuda Kuda) kepulauan Sulu Utara yang dilukis oleh Spanyol. Motif pada Jung ialah bentuk Naga dengan lebih sedozen pendayung pada sebelah katig.


Saiz bahtera Laksamana Cheng Ho berbanding kapal layar Colombus yang kecil menunjukkan teknologi pembuatan kapal Phonesia Timur yang termaju di dunia ketika itu. Menurut catatan China, Orang China banyak bergantung dengan orang kepulauan untuk menyiapkan kapal-kapal laut mereka. Menurut catatan China juga antara tempat terawal yang dilawati oleh bahtera Cheng Ho ialah di Tanjung berdekatan Buansa di pulau Jolo pada tahun 1408 sebelum beliau meneruskan perjalanan merentas Selat Melaka. Menunjukkan perhubungan rapat Sulu dan China ketika itu.



ANTRO-LINGUISTIK: DUNGSON, DUNGSONG, RUSUNG, LUSUNG, LOZON


Apakah maksud DONG SUN @ DUNG SON? Untuk mengetahuinya pengkaji tidak akan menemui maknanya yang nyata tanpa merujuk kepada BANGSA KEPULAUAN SULU yang lebih banyak menyimpan rahsia tradisi lisan pulau-pulau samada besar atau kecil yang berada di sekelilingnya. Kerana pulau kecil ini walau pun hanya sekadar sebesar "tahi lalat" (sekiranya dilihat di peta dunia) namun ia telah diakui sebagai yang mempunyai aura kekuasaan purba yang tidak dapat ditandingi. Kenyataan ini mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak namun faktanya terlalu banyak sehingga tidak ada seorang pengkaji pun yang punya akal sihat dapat menolaknya.

DUNG SON dalam bahasa Sulug @ Suluk:

  • Dung Son adalah dua perkataan terpisah iaitu Dung (Depan kapal atau haluan kapal), Son (asalnya dari kata SUNG bermaksud "gerak ke hadapan"). Contoh ayat DUNG: "Pa harapun in DUNG sin kappal pa sadlupan" bermaksud "Dihadapkan depan @ haluan kapal ke arah matahari terbenam". Contoh ayat SUNG: "SUNG kamu manga taymanghud" bermaksud "Silakan (ke hadapan) wahai saudara sekalian".
Ia sama dengan nama purba Manila sebelum dinamakan Meynila oleh Spanyol. Ia dinamakan SOLUD DONG (sebutan cepatnya Selurong). SOLUD ( masuk), DONG (haluan kapal) bermaksud satu tempat untuk kapal masuk berlabuh. Dalam bahasa Suluk SOLUD hanya disebut SUD kerana kebiasaan membuang L di tengah perkataan. Kebanyakan tempat yang punya teluk memudahkan kapal berlabuh dinamakan Selurong oleh orang Suluk yang kadang-kadang disebut DONG-UN atau DUNGUN (Pelabuhan kapal). Nama Dungun ada beberapa tempat di kepulauan Sulu malah terdapat di Terengganu.
  • Kemudian Bahasa Melayu meminjam perkataan Suluk ini (Solud @ SUD-DONG @ SUDONG, lidah Suluk biasanya hurup "D" di tengah akan berbunyi "L" atau "R" dan akan menjadi SULONG dan SURONG).
  • Menjadi Sorong iaitu "menggerakkan sesuatu ke hadapan atau ke tepi".
  • Menjadi SULUNG iaitu "yang terkehadapan", terdahulu atau terawal dan juga digunakan untuk "anak yang pertama".
Dalam bahasa Suluk terdapat variasi sebutan yang mempunyai sifat yang sama namun mempunyai maksud yang berbeza. DUNG dan kaitannya dengan "kapal layar" dalam bahasa Suluk:
  • Dung sebagaimana tadi bermaksud "Haluan @ depan kapal". Satu perkataan yang sinonim ialah JUNG, yang bermaksud hujung depan kapal yang biasanya dibentuk melentik ke atas dan tajam. Sesetengah Jung diukir kepala kuda atau naga. Kapal layar besar Suluk biasanya mereka namakan A-JUNG yang kadang-kadang disebut Adjung membawa maksud hadapan kapal yang mempunyai muncung melentik ke atas. A-JUNG ini akhirnya dipinjam oleh bahasa Melayu menjadi Hadjung atau HUJUNG.
  • Kata asal TAN-JUNG juga sama, dari lidah Suluk kerana sifat TANJUNG itu ialah kawasan tepi pantai yang memanjang dan menajam hujungnya ke laut. Sehingga hari ini Melayu menggunakan nama TANJUNG sama dengan Suluk.
Menurut pakar bahasa Inggeris, kata asal "Junk" berasal dari kapal dagang Nusantara yang biasanya membawa barang dagang yang bermacam muatan (yang sesetenga barang, orang Eropah anggap sebagai barang biasa) dari China ke Eropah. Tidak syak lagi ia berasal dari lidah Suluk yang merujuk kepada kapal Adjung. Begitulah kekayaan bahasa Suluk yang sehingga hari ini masih menjadi misteri kepada orang Asia Tenggara sendiri terutama kepada orang-orang Melayu.

Nama LUSUNG yang dikenal oleh Spanyol dari lidah orang Manila itu adalah variasi sebutan dari nama Dung-Song@ DUNGSON. Menjadi kebiasaan Orang Jepun menyebutnya Rusong yang merujuk kepada pedagang kepulauan Sulu, lama sebelum kedatangan Spanyol lagi. Orang Rusung kepulauan ini juga menguasai kawasan Timur China yang dinamakan Shan-Dong hari ini. Shan-Dong berasal dari nama Son-Dung yang disebut terbalik oleh orang China dari sebutan asalnya Dung-Son. Menurut sejarah China dan Jepun, bangsa kepulauan adalah bangsa pedagang yang mahir sebagai pelayar yang dinamakan Rusung atau Lusung. Maharaja China sangat mengasihi mereka hinggakan ketika Maharaja China menutup perdagangan lautnya dari didatangi oleh pedagang Melayu, India dan Eropah, namun orang kepulauan yang dipanggil Lusung ini masih diizinkan berdagang.

Ini bermakna wilayah China Timur itu adalah termasuk wilayah purba kepulauan Sulu. Ternyata nama Shan-Dong itu lebih jelas hampirnya dengan nama Dung Son @ Rusung @ Luzun @ Lozon. Tidak hairanlah mengapa Sultan Sulu (Sultan Batara Alawaddin bin Sultan Shariful Hashim) yang mangkat tahun 1417, ketika dalam perjalanan pulang bertemu dengan Maharaja China itu dikebumikan di wilayah Shan-Dong yang seolah-olah Tuhan menunjukkan bahawa Shandong masih dikira sebagai wilayah SULU. Lojiknya ialah Maharaja China memakaikannya baju kebesaran Maharaja China (baju merah berlukis naga emas), bermain kuda dan berburu bersamanya yang kemudian setelah mangkat dikebumikan di Shandong pula siap dengan upacara Raja-raja China. Ini adalah satu pengiktirafan kekuatan LAUT SULU yang berwenang terhadap aliran dagang laut hinggakan Maharaja China menganggap Sultan Sulu sebagai setara dengannya.

Maka kita boleh membuat andaian bahawa wilayah Dung Son purba (sebelum dikuasai oleh Dinasti-dinasti China kemudiannya) itu luas terbentang bermula dari Wilayah Shan-Dong hari ini sehingga masuk ke kawasan pantai Barat Lautnya yang kita panggil Vietnam sekarang sehingga masuk ke Kemboja. Di tengahnya tersepit bandar-bandar dagang China yang disebut Shanghai dan Canton @ Kanton (Hong Kong). Kanton itu sendiri dalam bahasa kepulauan Sulu bermaksud "pusat lawatan" iaitu samada disebut Kadtuan atau Kadtuon.
Kalau didengar oleh mereka yang tidak biasa dengan sebutan Suluk, sebutannya seolah-olah berbunyi "Kantuon". Kanton dan KEDAH (i.e. Kadta-ha @ Kadtu-ha) mempunyai etimologi yang sama dalam bahasa Suluk. Kajian lain menyatakan Canton berasal dari istilah Eropah abad ke-16 yang datang kemudian, walhal nama Kanton sudah pun wujud ketika kedatangan rombongan dakwah Sa'ad bin Abi Waqqas pada abad ke-7 lagi.

Wilayah Timur China ini (dari Shandong ke Vietnam) sebenarnya adalah "Lupa' Higad" (tanah besar) bagi orang-orang Sulu. Wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah SIN atau SINIM yang asal sebagaimana yang disebut oleh Bani Israel. Pusat SINIM terletak di kepulauan yang pakar melebur berjenis-jenis logam hinggakan merekalah yang mula-mula menggunakan wang syiling perak dan emas yang orang-orang Sulu panggil SIN (bermaksud duit syiling). SIN emas ini telah disebarkan ke seluruh dunia oleh Bangsa Phoenix @ Phoenisia kepulauan Timur ini hinggakan ia mendapat gelaran wilayah atau tanah SIN dalam Kitab Perjanjian lama. Kebiasaan orang-orang Sulu membuat lubang di tengah Syiling ("Tuhugun", dicucuk dengan tali) untuk memudahkan mereka membawanya merentas lautan. Dinasti-dinasti China kemudiannya mengadaptasi dalam pemerintahan mereka.


Menurut pengkaji, bangsa yang pertama menggunakan pedang berlok seperti keris di Asia Tenggara ialah bangsa Dung Son berdasarkan penemuan artifak di Vietnam. Maka tidak hairan mengapa orang Sulu hingga hari ini menggunakan keris besar dan panjang yang dipanggil SUNDANG. Ternyata nama Sundang itu sendiri diambil dari nama Dung Son @ Dong Sun yang diterbalikkan menjadi Sun-Dong atau SUN-DANG. Ia sama dengan keterbalikan nama Viet-Nam yang disebut oleh China sebagai Nam-Viet, sekadar kebiasaan sebutan lidah atau pertuturan. Perlulah digaris bawahi, orang Suluk hanya menukar bentuk pedang Bani Yafits (Mandao atau Kampilan) mereka yang besar dan panjang itu kepada bentuk keris Sundang, sudah tentu ia tetap besar dan panjang.



PERSEPSI SALAH
TENTANG ISTILAH LUSUNG DAN LOZON

Penjelasan nama DUNG SON dengan menggunakan Antro-Linguistik (usul kajian bahasa) dapat memberikan kita pencerahan bahawa DUNG SON dan SOLOK atau SULUG atau pun juga SUG itu adalah nama yang sama dan sinonim dengan
"perjalanan kapal laut yang mengikut atau menyongsang arus". Para pencatat dan pengkaji sejarah Eropah sendiri telah mengakui bahawa nama LOZON itu adalah sebuah pulau kecil sahaja yang terletak antara pulau Mindanao dan Borneo. Spanyol dengan bangganya menamakan pulau SOLUD-DONG (Selurong, Manila) sebagai LUZON sebenarnya adalah satu kesilapan.

Samada DUNG SON, DUNGSUN, RUSUNG atau LUSUNG ia masih membawa maksud kapal laut yang sudah tentu pergantungan utamanya kepada laut untuk dapat belayar itu telah diakui oleh para pengkaji. Seorang pengkaji dari China,
Siuala ding Meangubie telah menjelaskan dalam kajiannya bertajuk "A Preliminary Investigation Into its Role in East Asian history" menyatakan,
  • "The Spaniards, unfamiliar with this native concept of territory, naturally thought that Lusung referred to land instead of water. Thus when they conquered Lusung in 1571 AD, they mistakenly thought they had conquered the entire island. Taking after the Spaniards' mistake, geographers up to the present refer to the entire northernmost major island of the Philippine archipelago as Luzon {Lusung}."
  • (Sepanyol, yang tidak biasa dengan konsep pribumi wilayah ini, dengan sendirinya berpendapat bahawa Lusung disebut sebagai tanah dan bukannya air. Kemudian, apabila mereka menakluk Lusung (pulau Luzon sekarang) dalam 1571 Masihi, mereka tersilap kerana menyangka mereka telah menakluki seluruh kepulauan. Berdasarkan kesilapan Sepanyol itu, para ahli goegrafi sehingga hari ini telah menamakan kepada pulau utama di keseluruhan utara kepulauan Filipina sebagai Luzon {Lusung}.)

Pulau Sulu Utara itu bukanlah pusat LOZON kerana kekuatan Bangsa LOZON itu tertumpu di sebuah pulau kecil sahaja di tengah Laut Sulu (menurut sejarahwan, sebelum kedatangan Kolonialis laut Selebes itu sebenarnya adalah Laut Sulu). Ia dinamakan Jolo (Holo @ Hulu) kerana sifatnya sebagai pusat kekuasaan (penghulu) kepulauan sesuai dengan kenyataan Al-Biruni dan sejarahwan Arab lainnya yang merujuk Sirindip sebagai hanya pulau dan penguasa pulau-pulau.

Peter Schreurs telah menulis tajuk khusus berkenaan Voyage of Ferdinand Magellan dalam buku Philippine Quarterly of Culture and Society, Vol. 28, March 2000, No. 1, yang diterbitkan oleh San Carlos Publications, bahawa Charlotte Gastaldi (1561 M), Gerardus Mercator (1569 M) dan Abraham Ortelius dalam Theatrum Orbis Terrarum (Theatre of the World) iaitu pada tahun 1570 mereka telah memberitahu berkenaan pulau kecil yang berada berdekatan pulau Basilan (Barat Laut) itulah sebenarnya yang dinamakan Lozon.

  • "This tiny island of Lozon in the Sulu Sea disappeared from the maps after the Spaniards had occupied the northern Philippines, and it was replaced by the real Luzon".
  • (Pulau kecil Lozon ini yang berada di Laut Sulu, telah hilang dari dalam peta-peta iaitu selepas Sepanyol telah menduduki utara Filipina, dan ia telah digantikan oleh Luzon sebenar (yang dikenal hari ini)).
Dalam buku Thomas Suárez “Early Mapping of Southeast Asia”, dia mengatakan bagi merujuk kenyataan tepat Gastaldi tentang Lozon ialah pulau Jolo,
  • "Pigafetta was told that ‘two days from Chippit (near Basilan) to the northwest is a large island called Lozon’…thus Gastaldi, in 1561, with nothing more than Pigafetta’s second-hand mention of the island to go on, introduced the first definitive reference to Luzon on a western map…Gastaldi simply judged a two-day sail to the northwest of one of his Quipits (near Basilan), engraved an island and labeled it Lozon."
  • (Pigafetta telah diberitahu bahawa 'dua hari dari Chippit (berhampiran Basilan) di barat laut adalah sebuah pulau besar yang dipanggil Lozon' ... dengan itu, Gastaldi pada tahun 1561, ia tidak lebih hanya sekadar menurut kenyataan daripada Pigafetta berkenaan pulau itu untuk pergi ke sana, inilah pertama kalinya diperkenalkan secara muktamad sebagai rujukan kepada Luzon di dalam peta barat ... Gastaldi sekadar membuat keputusan belayar dua hari ke barat laut satu Quipits (berhampiran Basilan), mengukir sebuah pulau dan dia labelkannya Lozon.)

Peta dengan taburan suku kaum di seluruh kepulauan Sulu (Filipina hari ini). Peta perjalanan Ferdinand Magellan yang pertama dengan menggunakan khidmat penunjuk jalan Phoenisia iaitu Hendry the Black tanpa singgah di pulau Jolo. Nampaknya Hendry the Black telah maklum keadaan pulau Jolo yang kecil itu dengan memesongkan perjalanan Magellan. Kedatangan Magellan kali kedua, beliau menemui ajal di Cebu (Sugbu) dibunuh oleh Salip Lapu-Lapu. Hendry the Black dilaporkan meminta untuk tinggal di Cebu.


Persoalannya dari mana Pigafetta mendapat maklumat tentang nama dan lokasi Lozon (DUNG SON) itu berada di Laut Sulu iaitu di barat laut pulau Basilan? Telah dijelaskan dalam buku yang sama iaitu Pigafetta sendiri telah bertemu dan bercakap dengan orang Lozon.

  • "Pigafetta himself actually met and spoke with a native of Luzon. Leaving Borneo on 29 July 1521, the Spanish believe they were being ambushed, attacked some junks and capture the “son of the king of Lozon” who was the captain general of the King of Brunei. Pigafetta explained that the man from Lozon “had come with the junks from a great city called Lao” which was at the end of Borneo facing (in other words, the southwest coast), which they claimed to have just sacked…The Magellan crew also met with the traders from Lozon when they put into Timor".
  • (Pigafetta sendiri sebenarnya bertemu dan bercakap dengan pribumi Luzon. Dengan bergegas meninggalkan Borneo pada 29 Julai 1521, kerana Sepanyol percaya mereka sedang diserang hendap, (disebabkan) berlaku serangan beberapa jung dan menangkap "anak raja Lozon" yang pernah menjadi ketua pasukan tentera Raja Brunei. Pigafetta menjelaskan bahawa orang dari Lozon itu "telah datang dengan jung dari sebuah bandar yang hebat yang dipanggil Lao" yang terletak pada hujung Borneo menghadap (dalam erti kata lain, di pantai barat daya), yang mereka dakwa baru sahaja dipecat... anak-anak kapal Magellan juga bertemu dengan peniaga-peniaga dari Lozon apabila mereka memasuki pulau Timor).
(Cerita Pigafetta di atas kemungkinan berkenaan orang Sulu yang sedang dalam ekspedisi pembalasan terhadap Sultan Brunei yang memecat mereka atau anak Raja mereka yang ditangkap sebelumnya oleh Brunei.)

Bangsa Eropah telah diberi amaran lebih awal oleh bangsa Arab berkenaan kekuatan pulau kecil itu. Sebab itu Inggeris dan Belanda tidak pernah mencabar Suluk berperang kecuali Spanyol kerana Spanyol menganggap dirinya lebih kuat dan canggih dari orang-orang Sulu yang ketinggalan zaman. Ternyata, selama beberapa abad Spanyol menyerang Sulu, tidak pernah dicatat bahawa Spanyol telah menang melainkan menjadi miskin papa kedana disebabkan serangan-serangan balas oleh orang Sulu terhadap kedudukan mereka di Filipina. Kolonialis yang menjadi kaya raya hanyalah Inggeris dan Belanda kerana memilih tidak berperang dengan Sulu.

Inggeris dan Belanda telah mengetahui bahawa kejatuhan mendadak Empayar Majapahit hanyalah kerana Majapahit memilih BERSETERU dengan Sulu. Mungkin Belanda dapat banyak maklumat kekuatan Suluk adalah dari lidah orang-orang Bugis manakala Inggeris pula kemungkinan dapat maklumat tentang Suluk setelah mereka datang ke Tanah Melayu. Mungkin orang-orang Melayu memberitahu tentang kekuatan Solok, malah Inggeris masih sempat melihat kekuatan maritim Solok di sekitar Selat Melaka dan Laut China selatan ketika era Sulu Zone.




Tajuk akan datang!!
  • LAMPIRAN 1: Sejarah Perbalahan Bangsa Dusun dengan Kaum Karagang (Kadazan @ Dusun Bandar) di zaman Tun Fuad Donald Stephen.
  • KEDATANGAN ANAK-ANAK IBRAHIM a.s. (Bani Israel & Bani Arab) KE TIMUR NUSANTARA: Menjelaskan gelombang kedatangan mereka dan sejauh mana kekuatan budaya dan bahasa Bani Israel dapat merubah bahasa dan budaya bangsa DUNGSUN @ Sulug.
  • Membahas hubungan Raja Wanita dari Saba' dengan Raja Sulaiman a.s.


Notakaki:

[01] http://www.cooltattoofinder.com/bird-tattoos/myth-of-phoenix-bird-tattoo-art


[02] Herodotus. The Histories. Trans. R. Waterfield. Oxford: Oxford UP, 1998. Book 2, Chapter 73.p. 123.


[03] http://www.nationmaster.com/encyclopedia/Phoenicia
[04] http://en.wikipedia.org/wiki/Garden_of_Eden [05] http://en.wikipedia.org/wiki/Dilmun