KENYATAAN PEGUAM UTC

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, February 13, 2010 0 ulasan

Berikut adalah kenyataan Atty. Ulung dari Buansa (Jolo), Sulu melalui telefon pada malam 13 Feb 2010 berkenaan keputusan penjara 12 bulan 3 sebatan oleh mahkamah Kota Kinabalu terhadap rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam, Titing bin Imam Adjungan baru-baru ini.

  • "Dalam kenyataan keputusan penghakiman tersebut Titing telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Namun mahkamah masih memberi peluang untuak rayuan. UTC di Kota Kinabalu perlulah melantik peguam untuk rayuan tersebut secepat mungkin".

Penulis bertanya pada beliau berkenaan "Stateless Persons" PBB berkenaan HUMAN RIGHT (Hak Asasi Manusia) samada Malaysia perlu mematuhinya,

  • "Malaysia tidak menandatangani Konvinsyen untuk "Stateless Persons" di PBB sebab itu Perundangan Malaysia berhak tidak menerima mana-mana pihak yang tiada negara yang masuk ke wilayahnya. Walaubagaimana pun begitu, Malaysia mempunyai budi-bicara terhadap kes Orang Yang Tiada Negara seperti Titing atas dasar PERI KEMANUSIAAN serumpun dan seagama terhadap Rakyat Tausug. Lagi pun Sulu dan Sabah yang ditadbir Malaysia hari ini mempunyai sejarah unik dan istimewa dengan Bangsa Tausug sejak sekian lama. Kita merayu kepada Kerajaan Malaysia agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap Warga Tausug di Sabah".

Penulis bertanya apakah bentuk pertimbangan yang boleh diberikan oleh Malaysia mengikut konteks undang-undang,

  • "Kita boleh memohon PERTIMBANGAN KEMANUSIAAN (Humanitarian Consideration) dan Pertimbangan Politik (Political Consideration) kepada Mahkamah Kota Kinabalu agar hukuman tersebut diringankan seminimum mungkin. Juga boleh memohon kepada DYMM Sultan Agong Malayisa atau Perdana Menteri Malaysia untuk membebaskan Titing dari hukuman tersebut atas kapasiti mereka sebagai ketua negara".

Beliau menyambung lagi,

  • "Ibarat sebuah rumah, sekiranya rumah tersebut dimasuki oleh orang yang tidak diingini maka sebelum menangkap dan menghalau mereka perlulah ditanya mengapa mereka masuk tanpa izin. Disinilah perlunya pertimbangan PERI KEMANUSIAAN, sekiranya orang yang masuk itu diketahui bukannya berniat jahat malah adalah termasuk orang yang diancam dan dianiaya (diperangi dan dipaksakan kewarganegaraan Filipina keatasnya walau pun tidak diakuinya, sekadar contoh) dengan merayu BELAS KASIHAN maka WAJIBlah dibantu. Tuan rumah akan dikira ZALIM tidak berperi kemanusiaan sekiranya menangkap dengan bukan sahaja tidak menerima PERMOHONAN BELAS KASIHAN malah sebelum menghalaunya keluar orang tersebut dikurung malah diseksa dengan sebatan".

Sebelum menamatkan perbualan beliau meminta kepada semua warga Tausug di Sabah agar bersabar dan senantiasa memohon belas kasihan Allah SWT. Beliau meminta agar warga Tausug juga tidak henti-henti berdoa kepada Allah SWT mendoakan agar PEMIMPIN MALAYSIA diberi hati nurani supaya dapat memberi belas kasihan pula pada warga Tausug di Sabah.

  • "Kita merayu, kita merayu, kita merayu..... dan memohon ke hadrat Ilahi agar TAUSUG tidak disiksa dan dianiaya oleh SAUDARA mereka sendiri di Malaysia".

ASREESULU

KHURASAN ATAU SULU YANG DIJANJIKAN?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, February 12, 2010 5 ulasan



Tausug menunjukkan kekuatan perahu perangnya sebagaimana kegemilangannya di masa lalu. Bayangkan perahu Tausug Lugus dan Tausug Balangingi menelusuri lautan Nusantara sebagai peniaga dan penjaga laut.


BERMULANYA KEKUATAN DI SEBELAH TIMUR
Timur Khurasan atau Timur Sulu? Berikut adalah beberapa hadith berkenaan tajuk ini,
  • “Akan keluar sebuah kaum dari arah Timur, mereka akan memudahkan kekuasaan bagi Al Mahdi.”
  • Sebuah hadith lagi menyatakan, “Dari Khurasan akan keluar beberapa bendera hitam, tak sesuatupun dapat menahannya sampai akhirnya bendera-bendera itu ditegakkan di Iliya (Baitul Maqdis).”
  • Satu hadith lagi menyatakan, “Akan keluar manusia dari Timur yang akan memudahkan jalan kekuasaan bagi Al ‘ Mahdi.”
Sebenarnya riwayat-riwayat tersebut di atas memiliki cacat dari sisi sanad dan periwayatannya menyebabkan keabsahan Khurasan sebagai TIMUR yang dimaksudkan telah dipersoalkan. Sedangkan riwayat tentang Ashhabu Rayati Suud (kumpulan berpanji hitam) yang sampai pada derajat hasan adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh sahabat Tsauban ini :

“Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu.” Kemudian beliau saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda: “Maka jika kamu melihatnya, berbai’atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, karena dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi". Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467: Mustadrak Al-Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, “Ini adalah hadits shahih menurut syarat Syaikhain.” (An-Nihayah fit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini).

Ternyata DARI ARAH TIMUR yang dimaksudkan tidaklah disebut sebagai Khurasan tetapi disebut hanya secara umum. Apakah Sulu yang dimaksudkan?

Benarkah Sulu berada di sebelah timur dunia? Untuk mengesahkan hal ini perlu dirujuk dari tradisi lisan Bangsa Sug di Sulu berkenaan KAJA atau peristiwa bai'ah, berikut penulis perjelaskan berdasarkan catatan Adib Majul dalam bukunya Muslim in the Philipines,

"Para Makhdumin itu (Ahlul Bait Rasul SAW) datang dari negeri atas angin menuju ke negeri kami iaitu negeri di bawah angin. Makhdum mengislamkan nenek moyang kami dari laut ke darat sehingga ke perbukitan. Terwujud perjanjian (bay'ah) antara leluhur kami yang telah diislamkan oleh makhdum yang bersetia hidup mati membela makhdum dan ajaran yang dibawanya (Islam). Anak cucu wajib memperingati hari itu sebagai hari "kerja" (KAJA), maka siapa yang meninggalkannya maka murka Allah atas keturunannya...."

Orang tua-tua Tausug menisbahkan negeri Sulu sebagai negeri dibawah angin menunjukkan jauhnya Sulu ke sebelah timur. Sekiranya disebut Sulu maka yang dimaksudkan ialah dari Luzon sehingga ke gugusan kepulauan di sekitar Laut Sulu hari ini itulah yang dikenali sebagai Kepulauan Sulu sebenar. Sebelum kedatangan Spanyol tiada lagi nama FILIPINA yang ada hanyalah SULU atau SUNG-LU dalam bahasa China, kalau diterbalikkan jadilah ia LU-SUNG (LUZON).


BANGSA SULU ADALAH BANGSA BERHATI BESI
Di Nusantara, bangsa MELAYU yang masih kuat ciri-ciri kepahlawanannya ialah tinggal bangsa SULU sahaja lagi yang kita kenali sebagai Bangsa Tausug hari ini. Sejak mereka ditadbir oleh Makhdumin pada 1405 M sehingga kini, Sulu dan penghuninya masih berdiri tidak terkalahkan. Tiada satu pun sarjana samada Barat atau Timur yang mengatakan SULU telah berjaya DIJAJAH oleh Kolonialis. Ini satu kenyataan yang tidak dapat dimungkiri.

Dalam satu hadith yang juga diriwayatkan dari Tsauban r.a. dia berkata,
"Telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji". (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim).

Apa kata sarjana barat terhadap Tausug?

Seperti mana pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di bawah arahan General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan,
  • "Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Seorang pakar ketenteraan Amerika bernama James Dunnigan berkata dalam artikelnya Tropical Vikings pada 17 Mac 2003 bahawa:
  • “Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas…mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)…antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.”

Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap Tausug dalam tulisannya Conspiracies and Controversies bahawa,
  • “Walaupun orang Indonesia (Srivijaya dan Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”

Primo Esleyer penulis Lessons from Kidnapping dalam www.iloiloviews.com, Visayan Daily Star pada June 20, 2008 bahawa Tausug adalah hebat tetapi juga pengkhianat,
  • “Tausug adalah pelayar terbaik, kapal perang Spanyol tidak boleh mengalahkan kapal mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan tetapi adalah yang paling khianat berbanding kaum Muslimin yang lain…ramai para Jeneral (tentera Filipina) yang terperangkap dan terbunuh.”

TAUSUG DALAM WILAYAH SINIM
Dalam catatan kitab-kitab Kristian MORMON mencatatkan bahawa 10 suku kaum Bani Israel telah hilang kerana lari belayar menuju ke satu kawasan yang dinamakan "Satu Wilayah Baru Yang Dijanjikan" atau The New Promised Land buat bangsa Israel.

"...600 BCE, during the reign of Zedekiah, King of Judah. A group of Israelites (descendants of the tribe of Yehosef Joseph) left Jerusalem for a New Promised Land."

Kononnya beberapa suku kaum Israel telah meinggalkan Jerusalem untuk ke satu wilayah baru yang dijanjikan Tuhan. Dimanakah wilayah baru yang dijanjikan itu? Perkara ini dijelaskan dengan tulisan dalam kitab Perjanjian Lama (Book of Isaiah) bahawa New Promised Land yang dimaksudkan itu ialah The Land of Sin atau Sinim,

"The land of Sin (Hebrew: סִינִים‎), also known as Sinim is mentioned in the Hebrew Bible, in the Book of Isaiah 49:12: "Behold, these shall come from far: and, lo, these from the north and from the west; and these from the land of Sin."

Menurut maklumat yang tertera dalam Wikipedia cerita sebenarnya begini,

"With the ability to make tools, they used these tools to cut timber from the mountains and built a ship in quest of the Promised Land. About 597 BCE crossed the Arabian Sea, passing the Indian Ocean, Moroni Island, towards the Malacca Straits, passing thru an island they called YahVah (Java), another island they called Samathar (Sam entreated his brethren here - Sumatra), a place they called Jah Karath (covenant with Jehovah - Jakarta), Singapore, the South China Sea, and reached a group of islands they called Sinim (Sulu Archipelago). They stopped over in these islands for replenishments. They called an island, Sug (South Island - Sulu, translated into Spanish as Jolo)."

Satu persoalan, mengapa Bani Israel telah mengetahui nama-nama tempat di Nusantara termasuk Sulu dan Sug ini? Adalah kerana ketika pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. Nusantara termasuk dalam wilayah kekuasaan Baginda ketika itu sebagaimana kekuasaan Amerika Syarikat hari ini (sekadar contoh). Al-Quran telah membuktikannya,

"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)

Bani Israel sudah lama berada di Sulu melombong emas untuk kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dan Bani Israel menamakan Gugusan Kepulauan Sulu sebagai OPHIR yakni negeri yang penuh dengan kekayaan emas dan perak.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version).

Sebenarnya Bani Israel datang ke Sulu dalam 2 fasa. Pertama ialah ketika era kegemilangan kerajaan Nabi Sulaiman a.s. yang kedua ialah ketika selepas kejatuhan kerajaannya hinggakan 10 kaum Bani Israel menjadi pelarian ke Sulu seperti yang diceritakan di atas.


PERMULAAN ORANG LAUT DAN ORANG LUQUS DI SULU
Kalau diteliti disinilah munculnya suku kaum yang kita kenali Orang Laut dan Orang Luqus. Orang laut (Sama-Bajau) adalah percantuman Melayu dengan bangsa Kanaan atau Phoenecian yang menjadi pekerja dan pelayar Nabi Sulaiman a.s. manakala Orang Luqus sendiri adalah Bani Israel (penguasa) berasimilasi dengan Melayu Sulu dan mereka inilah yang akhirnya dikenali sebagai Kaum Taguimaha. Kaum Taguimaha pernah menubuhkan kerajaan di Pulau Basilan yang dikenali sebagai Kerajaan Kumalarang antara abad ke-7 hingga abad ke-11 atau lebih awal dari itu.

Orang Luqus atau kaum Taguimaha berjaya menguasai perdagangan emas-perak dan mutiara Sulu ke seluruh Nusantara sehingga ke negeri China. Mereka terlalu kaya hinggakan tercatat dalam www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm menjelaskan bahawa,

"Duarte Barbosa, wrote that the people of Malacca had described to him an island group known as the Lequios whose people were as "rich and more eminent than the Chins (Chinese)," and that traded "much gold, and silver in bars, silk, rich cloth, and much very good wheat, beautiful porcelains and many other merchandises."

Pulau yang dimaksudkan ialah kepulauan Sulu yang dikenali sebagai Pulau LUGUS hari ini berhampiran Pulau Tapul (Top-All) dan Pulau Siasi. Kaum Taguimaha sehingga hari ini telah menetap di sekitar pulau-pulau tersebut sehingga ke Melaka. Keturunan Lugus @ Taguimaha ini masih berada di sepanjang Sungai Kelang di Selangor. Merekalah yang terkenal menggunakan E pepet (sebagai contoh Kah menjadi Ke).

Duarte Barbossa turut melaporkan ketika beliau di Melaka pada 1512 terdapat 500 keluarga Orang Lugus di Melaka ketika itu. Kaum Luqus atau Taguimaha adalah penguasa dan bangsawan. Kaum inilah yang empunya bahasa yang dituturkan oleh bangsa Sulu sehingga hari ini. Bahasa Taguimaha menjadi bahasa perantara dipasar-pasar sesuai dengan kebangsawanan Taguimaha yang menjadi ikutan. Bahasanya lebih mirip dengan Bahasa Melayu Indonesia hari ini.

Kaum Taguimaha adalah terkenal dengan pelayar bersama Orang Laut (Sama-Bajau) di lautan Nusantara sehingga ke Champa-Siam. Seluruh kepulauan yang kita kenali sebagai FILIPINA hari ini adalah dibawah penguasaan Kaum Taguimaha sehingga Cebu-Visaya-Luzon.

Ketika kedatangan Sayyid Abu Bakar Al-Hussaini ke Sulu 1400 M, kaum Taguimaha sudah memang menganut Islam yang menjadi penguasa di pasar-pasar di seluruh Kepulauan Sulu dan sekitarnya. Kaum Taguimaha dikenali dengan panggilan Tuan atau Syeikh di kalangan kaum-kaum di Sulu. Kedatangan Spanyol dan usahanya menakluk serta mengkristiankan Sulu telah mengubah kehidupan Taguimaha dan Orang Laut dari defensif menjadi lebih agresif melawan Spanyol.

Mereka mula terbiasa dengan peperangan sejak itu. Orang Laut (Sama-Bajau) mula mencolek dan pemusnah kepada setiap kapal-kapal Spanyol di lautan luas. Di sinilah bermula kemunculan Kaum Bajau Balangingi di kalangan Sama-Bajau. Dilaporkan dalam Sejarah Melayu bahawa satu masa Orang Laut atau Balangingi telah diminta oleh Sultan Melaka untuk menjaga Selat Melaka dari para Perompak Laut yang selalu merompak para pedagang yang mahu berlabuh di Melaka. Perlulah diingat Bajau Balangingilah yang disebut dalam buku SULU ZONE Frances Jame Warrent sebagai bangsa PELAUT yang selalu merampas dan memusnahkan kapal-kapal Kolonialis atau yang bersekongkol dengan mereka. Orang yang mereka tangkap dijadikan hamba lalu dijual kemerata tempat di seluruh Nusantara.


KAUM YANG DITINDAS ITU AKAN BANGKIT SEMULA
Sebenarnya asas bangsa Sulu kekuatannya ada pada bangsa Israel (Taguimaha) dan Kanaan (Sama-Bajau) yang di sokong oleh Bani Arab (Ahlul Bait Rasulullah SAW) yang menjadi para Datu dan Syarif di Sulu. Namun tanpa KEKUATAN ISLAM yang menjadi aura mereka, pasti mereka tidak ubah seperti Orang Tagalog di Filipina yang telah kehilangan identiti. Walau pun mereka ditindas mereka tetap teguh mencari JALAN PULANG ke asal.

"Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka". QS. al-A'raf (7) : 137

Urutan peristiwa akhirnya,
  • Kemerdekaan Sulu akan mengubah Dunia.
  • Merekalah kemungkinan besar yang membawa panji-panji hitam. Kerana yang dimaksudkan panji hitam itu ialah panji Rasulullah SAW yang terdapat dua kalimah Syahadah atasnya.
  • Mereka bersatu Ikhwan Al-Islam SENUSANTARA kemudian memasuki Makkah menghapuskan penyelewengan agama di sana.
  • Mereka akan bercantum kekuatan dengan ikhwan dari Khurasan.
  • Menyatukan ummat Iraq menuju ke Jerusalem.
  • Mereka akan dipimpin oleh seorang ulama' Ahlul Bait yang DIBERI PETUNJUK (Al-Mahdi) serta keadilannya memenuhi bumi.
  • Dajjal dimusnahkan setelah turunnya Nabi Isa a.s.
  • Qiamat akan tiba hanya beberapa masa.
Wassalam

ASREESULU
Untuk lebih terperinci tentang Bani Israel Sulu sila rujuk http://tausug-global.blogspot.com/2009/08/tausug-adalah-ten-lost-tribe-of-israel.html

Rujukan: http://granadamediatama.wordpress.com/arsip/ashabu-rayati-sud-pasukan-panji-hitam/

Ya Allah Kasihani TAUSUG!! Ya Allah Selamatkan TAUSUG!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, February 11, 2010 0 ulasan





INDEPENDENT NATIONAL NEWSPAPER OF EAST MALAYSIA
Established since 1963



'Neither here nor there' man jailed


Published on: Thursday, February 11, 2010

Kota Kinabalu: A man who declared himself as a subject of the "Sultanate of Sulu" was jailed a year and ordered to be given three strokes of the rotan by the Session Court, Wednesday, for illegal entry.

Titing bin Imam, 29, from Kg Tambalang, was penalised under Section 6(1)(C) of the Immigration Act for failure to procure identification papers.

What he had was a small piece of laminated paper which stated that he is a "citizen of the Sultanate of Sulu".

Titing told the court he was neither a citizen of Malaysia nor Philippines but from a country called "Tausuk". He said the document he possessed served as his birth certificate, his identification card and passport.

"I am a citizen of Sulu. I am not Filipino nor Moro. My language is Sulu and my lord is the Sultan of Sulu."

Upon hearing his conviction from the High Court Deputy Registrar Zaini Fashir, Titing exclaimed: "Why my lord? I am innocent. I have produced all that I had. My nationality is that of Tausuk."

Also arrested together with him on Nov 22, 2008, were four others.

Their offence falls under Section 6 (3) of the Immigration Act and they are allowed to appeal.

Prosecuting officers Rosli Sulaiman and Jaesman Gipin of the Immigration department stated that this was the first such case they had encountered.

A similar fate awaits those who belong to a nation that does not exist.

Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=70728
-----------------------------------------------------------------------


ULASAN:
Semalam tersebarnya laporan kahbar berkenaan salah seorang Warga Tausug di Sabah telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dengan 3 sebatan kerana didapati "Berada di Sabah Malaysia tanpa keterangan diri". Siapakah beliau.

Sebenarnya mangsa (Saudara Titing bin Imam Adjungan) adalah sahabat penulis sejak tahun 2005 ketika penulis mengikuti rombongan YM Datu Ladjamura Bin Datu Wasik- Aranan membuat "Road-Show" seluruh Sabah dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Road-Show ketika itu adalah dibawah seliaan Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah iaitu masuk ke kampung-kampung Tausug di seluruh Sabah untuk berdakwah. Dalam masa yang sama YM Datu Ladjamura mahu menyedarkan Tausug tentang kewarganegaraan mereka sebagai Tausug bukan Filipino. Inilah kerja awal Pemimpin Utama kepada United Tausug Citizens ini sebelum ke Sulu membuat perarakan secara besar-besaran di Bandar Jolo.

Saudara Titing adalah pengawal peribadi YM Datu Ladjamura sepanjang Road-Show ketika itu. Beliau sangat rapat dengan pemimpin utama UTC ini hinggakan setiap keperluan YM Datu Ladjamura saudara Titing lah yang membantu menyediakannya. Saudara Titing sangat pendiam sifatnya. Sangat kurang bercakap dan selalu melelehkan air matanya kalau disebut "Jihad Fi Sabilillah" di hadapannya. Pernah suatu hari penulis tanya apa tujuannya ikut perjuangan YM Datu Ladjamura beliau hanya tersengih dengan mengatakan "Hi tuk ku in dugu' nyawa ku halaum sin parjuangan ini ha karna' Allah SWT" (Ku telah pertaruhkan darah dan nyawa ku untuk perjuangan ini kerana Allah SWT). Sejak itulah penulis mengetahui beliau diam-diam tapi penuh keyakinan dalam dadanya.

Kali terakhir penulis menemui beliau ialah sebulan yang lalu ketika beliau mula-mula dimasukkan ke Rumah Merah Menggatal Kota Kinabalu (Pusat Tahanan Sementara). Penulis telah diminta oleh isterinya yang sedang menggendong anak kecil mereka berumur 2 tahun untuk melawat suaminya di Rumah Merah Menggatal. Oleh kerana penulis bertugas sebagai Datu Paduka Wazir Sultanate of Sulu di Malaysia maka adalah tanggungjawab penulis untuk melawat dan memeriksa keadaannya di Rumah Merah.

Ketika di Rumah Merah Menggatal penulis telah diberi izin untuk bertemu saudara Titing di pejabat secara bersemuka. Penulis ditemani oleh pemimpin utama UTC Kota Kinabalu ketika itu memeriksa badan saudara Titing kalau-kalau terdapat lebam dan sebagainya. Alhamdulillah beliau sihat walafiat dan senantiasa mengukir senyuman kepada penulis kerana mungkin beliau tidak menyangka penulis yang sudah bertahun tidak bertemu beliau tiba-tiba bersua di dalam pusat tahanan.
----------------------------------------


Soaljawab penulis (P) dengan Titing (T):

P: Mengapa kamu ditahan?

T: Saya hanya tunjukkan kad ini...!! (Beliau tunjukkan Kad Sultanate of Sulu yang dikeluarkan oleh Legal Counsel di Jolo Sulu, terdapat beberapa slogan di dalamnya tanpa gambar dan tanpa cap jari) dan saya telah katakan saya tuan tiada keterangan diri kecuali ini.

P: Kamu tidak tunjukkan surat kelahiran UTC kamu?

T: Saya telah tunjukkan tetapi polis tidak kenal dan bawa saya ke balai polis kemudian mereka hantar saya ke rumah tahanan ini. Saya katakan saya tuan hanya cari makan di sini untuk sesuap nasi isteri dan anak kecil saya dan saya tuan tidak buat jenayah tolong lepaskan saya.

P: Kamu di pukul? (beliau geleng kepala tanda beliau tidak diapa-apakan) Kamu kena beritahu segalanya jujur agar saya dapat tulis laporan ini.

T: Selama mereka menyoal siasat, saya hanya katakan saya adalah Tausug, rakyat Sultan Sulu bukan Filipino dan bukan Moro. Saya telah dihadapkan ke mahkamah di sini dan mereka menuliskan sesuatu untuk saya. Saya bimbang mereka menulis di kertas bahawa saya adalah Filipino tanpa pengetahuan saya.

P: Kenapa kamu tunjukkan kad UTC itu sedangkan kamu punya IMM13? Kita telah beri arahan agar Tausug yang punya IMM13 dan passport menunjukkan yang itu bukannya kad UTC ini.

T: Tuan, saya tiada IMM13, kalau ada pasti saya tunjukkan.

P: Rupa-rupanya sejak tahun 2005 di awal pertemuan kita kamu tiada apa-apa pass langsung. Jadi, selama kamu di tahan kamu pernah mengaku Filipino?

T: Tiada tuan, tidak pernah. Walau saya dibunuh sekali pun saya tidak akan mengaku sebagai Filipino (Wajahnya semakin serius).

P: Titing, kalau kamu mengaku Filipino.....(penulis terhenti seketika)..... kalau kamu mengaku Filipino dan sampai ke pengetahuan YM Datu Ladjamura di Sulu... pasti beliau menangis berdukacita kerana kamu bukannya orang lain baginya.

T: ...... (Beliau tidak bercakap lagi, air mata mula meleleh dari sebelah kelopak matanya).

Kami berdiri dan meminta izin meninggalkannya. Penulis mengatakan pada beliau untuk bersabar dan insyaAllah rakyat Tausug akan kenang beliau sebagai wira mereka yang pertama dalam Pusat Tahanan Sementara. Penulis juga katakan padanya agar jangan bimbang akan anak isterinya, UTC akan menjaga mereka. Beliau mengangguk mengukir senyuman terakhirnya.

Sebelah petang penulis bergegas ke Putrajaya Kota Kinabalu berjumpa dengan ketua penguatkuasa Immigresen Kota Kinabalu di tingkat 3 berketurunan Kadazan-Dusun beragama Kristian. Penulis hadiahkan buku Tausug dan Kesultanan Sulu lalu memohon belas ihsan beliau membebaskan Titing. Beliau berjanji akan membantu, tetapi sehingga penghakiman terakhir Titing gagal dibebaskan.

Tidak mengapa, seperti nasihat Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah agar mengharaplah kepada bantuan Allah SWT bukannya kepada manusia. Tausug bersabarlah dan tambahkan kesabaran!! Kalau sudah tiada manusia yang mahu membantu kalian janganlah bimbang. Kerana kalian masih ada Allah dan Rasul-Nya. Solat jangan ditinggal, doa, zikir dan Salawat jadikan azimat membasahi mulut dan hati mu. PASTI!! KEJAYAAN SUDAH HAMPIR!!!

Allahu Akbar!! 3 X

ASREESULU

MELAYU AKAN PUPUS: MELAYU BANGUNLAH!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Nampaknya banyak pihak yang menggeliang-geliut seperti cacing kepanasan dengan posting terbaru dalam Tausug-Global ini. Mereka merasakan bahawa tulisan-tulisan ASREESULU semakin GANAS dan KEJAM bermain dengan ISU KEMERDEKAAN SULU!! Maka sesuailah disumbat kedalam ISA buat selama-lamanya.

Sedarlah wahai bangsa ku!! Umat Melayu tidak lama lagi pupus di Nusantara Raya ini kiranya tidak dilakukan "Do Something" menyelamatkan NASIB generasi hari ini demi masa depan generasi akan datang. Manipulasi politik dan kepentingan kuasa peribadi politikus semakin kehilangan arah tujuan, bukan lagi untuk membela anak bangsa, negara dan agama tercinta.

Sungguh, Islam kalau pun manusia tidak mahu membelanya Allah SWT tetap akan menjaganya sehingga kiamat sebagaimana janji-Nya. Tetapi manusia memerlukan Islam sebagai panduan hidup agar tidak menjadi "binatang" yang hanya mementingkan perut dan nafsu serakahnya. Lihat sahaja di Malaysia, kepentingan "Undi" telah menjadi raja dalam "pakej demokrasi" hinggakan maruah, jati diri serta kepentingan bangsa dan agama tergadai.

"..pelajaran paling hampir ialah di Filipina. Tersangat hampir. Jika pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh), 50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan". Klik Sumber: http://mistisfiles.blogspot.com


MENGEKANG KECELUPARAN KAFIRIN
Amat menghairankan apabila sebilangan umat Islam Malaysia beriya-iya melarang penggunaan nama ALLAH oleh umat Kristian tetapi dalam masa yang sama gagal mengecam penghinaan lain terhadap Islam di dalam negara yang didakwa "Islam Sebagai Agama Rasmi" ini.

Sebagai contoh di negeri Sabah, papan iklan arak merata-rata terutama dipersimpangan jalan yang sibuk. Mengapa papan iklan arak yang jelas dilarang di Semenanjung Malaysia tetapi bebas di negeri Sabah? Kemungkinan besar Sarawak pun demikian. Hairannya umat Islam Sabah lebih ramai berbanding Kadazan-Dusun dan Cina yang beragama Kristian mengapa KEHENDAK ALKOHOL mereka mendapat tempat? Adakah kerana UNDI atau atas sebab syarat 20 PERKARA kemasukan Sabah/Sarawak ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963?


Malah sejak kebelakangan ini isu-isu 20 Perkara KEMASUKAN SABAH ke Persekutuan Malaysia semakin dimainkan oleh beberapa individu Sabahan yang anti-Semenanjung. Mereka inilah juga yang suka menggelar orang Semenanjung Malaysia dengan panggilan "Orang Malaya". Dari beberapa sumber termasuk yang penulis saksikan sendiri, iaitu wujudnya gerakan MEMERDEKAKAN SABAH keluar dari Malaysia.

Secara peribadi, penulis tidak bersetuju malah menentang IDEA KEMERDEKAAN SABAH ini. Orang Suluk, kaum Bajau-Iranun, kaum Bugis dan kaum Kadazan-Dusun dll yang beragama Islam perlu bersatu menghalang IDEA tidak sihat ini. Tindakan mereka mengumpul tandatangan 1,000,000 orang untuk dihantar kepada Queen Of England memohon Kemerdekaan Sabah adalah keterlaluan. Sekiranya ada umat Islam yang turut turunkan tandatangan menyokong maka ini adalah mengecewakan.

Malah baru-baru ini salah seorang dari pemimpin Politik Cina telah membangkitkan isu 20 Perkara dalam salah satu akhbar harian Sabah sebagai menjelaskan lagi kesungguhan mereka MEMERDEKAKAN SABAH. Keceluparan seperti ini pasti akan berpanjangan dan bertambah buruk sekiranya tidak dikekang sebelum pilihanraya 2012 nanti.


MERUNGKAI MASAALAH
Dalam Perlembagaan Malaysia, mana-mana peraturan yang tidak selari dengan Perlembagaan Malaysia maka undang-undang atau peraturan tersebut terbatal dengan sendirinya. Dalam 20 Perkara syarat kemasukan Sabah/Sarawak ke Persekutuan Malaysia dulu telah tidak dinyatakan AGAMA RASMI Sabah (bermakna bebas beragama maka bebaslah juga berdakwah menyebarkan agama Islam atau Kristian) serta mengekalkan peraturan Immigresen iaitu penduduk Semenanjung Malaysia sekiranya masuk ke Sabah perlu menggunakan PASSPORT.

Mereka memerlukan PERMIT KERJA sekiranya mahu bekerja di Sabah. Tidak boleh tinggal melebihi 3 bulan, lebih sehari akan dikira sebagai MEMASUKI SABAH MELEBIHI HARI dan DIKIRA SEBAGAI TINGGAL TANPA IZIN. Dan banyak lagi perkara yang telah termaktub dalam 20 perkara tersebut yang kalau diperhalusi begitu ganjil dan menghairankan bagi mereka yang baru mengetahuinya. Bayangkan RAKYAT MALAYSIA menjadi PTI di negara sendiri?

Nampaknya PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA tidak termasuk Syarat 20 PERKARA maka sebab itulah papan iklan arak tidak dapat dihalang kerana MUNGKIN termasuk dalam 20 Perkara tersebut? Pun begitu dengan dakyah ajaran Kristian yang begitu bebas menggunakan nama Allah dalam tulisan mereka. Halangan penggunaan Allah sebenarnya hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sabah sebagaimana iklan arak ditepian jalan. Itulah istimewanya SABAH yang serba bebas. Dimanakah KUASA MELAYU ISLAM di Sabah?

Inilah yang penulis rasa perlu diberi jalan keluar demi kebaikan dan keharmonian kaum terutama buat penganut Islam. Inilah yang dikatakan SEJARAH di mana ia bermula. Penyelesaiannya ialah dengan cara sejarah jua. Kekuatan Tun Mahathir dalam arus politik tanah air yang menjadi Perdana Menteri paling lama dan paling berkuasa dalam sejarah tetapi tidak berjaya membuang atau menghapuskan mana-mana bahagian dari 20 perkara itu tadi.

Hari ini kekuatan politik Umat Islam Melayu tidak berdaya lagi. Mengharapkan "SUNTIKAN" 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan untuk memacu dan memenangi sokongan dan dokongan rakyat seolah-olah sudah terlambat. Pemikiran NAFSI-NAFSI kaum semakin dikipas-kipas seperti munculnya HINDRAF dan tuntutan kaum cina untuk jawatan Perdana Menteri serta tuntutan "Lebih Kuah" umat Kristian SARAWAK dan Sabah semakin mencekik leher.

Dijangka pilihan raya tahun 2012 ini dikatakan adalah tahun terakhir buat UMNO dan Barisan National memerintah. Untuk selamatkan keadaan UMNO memerlukan KUASA TAUSUG. Inilah salah satu ikhtiar terakhir yang perlu diberi perhatian. Populasi keturunan Sulu di Sabah adalah lebih ramai dari yang dijangka. Warganegara Malaysia sahaja sudah setanding dengan jumlah Kadazan-Dusun dan Cina sekiranya mereka dikumpul untuk mengundi.

Malangnya Tausug warganegara Malaysia majoritinya tidak kembali mengundi di Sabah, mereka yang bekerja di kilang-kilang dan carigali PETRONAS di Semenanjung Malaysia pula tidak mendaftar sebagai pengundi di kawasan mereka lagi. Setiap ada pilihan raya mereka lebih suka melepak di rumah atau merayau di bandar-bandar besar.


JALAN KELUAR
Untuk menutup mulut umat NASRANI SABAHAN yang celupar mereka perlu disedarkan dengan sejarah. Rendahnya pandangan mereka terhadap umat Islam Malaysia terutama orang-orang Sulu adalah kejahilan mereka terhadap sejarah. Salah seorang Imam Nabawan yang pernah mengislamkan beratus-ratus kaum Dusun dan Murut di pedalaman bernama Imam Ali menyatakan bahawa kaum ini pasti akan merasa malu siapa mereka sebenarnya setelah mereka mengetahui sejarah Tausug.

Dengan kemerdekaan Sulu yang akan berlaku tidak lama lagi InsyaAllah senario Sabah pasti akan berubah bergantung kepada keinginan Kerajaan Malaysia. Perhubungan dua hala MALASIA-SULU akan menguatkan kuasa politik umat Islam di Sabah dan Sarawak tanpa perlu mengorbankan MARUAH mereka. Sekiranya Syarat 20 PERKARA yang menjadi beban, Malaysia boleh memohon kepada Sultan Sulu untuk membatalkan sebahagian 20 Perkara yang dilihat menyusahkan umat Islam Semenanjung Malaysia sekiranya berkunjung ke Sabah. Hanya Kesultanan Sulu sahaja yang punya hak terhadap sebarang perjanjian.

Penulis percaya, Kesultanan Sulu walau pun Sabah termasuk dalam benderanya namun sebagai umat Islam akan memberi kelonggaran kepada Malaysia. Berkenaan isu MEMERDEKAKAN SABAH oleh individu Sabahan, Kesultanan Sulu sebenarnya tidak menghiraukan langsung kerana yakin para "pejuang" yang kononnya mahu memerdekakan Sabah itu tidak akan berjaya berbuat apa-apa memerdekakan tanah Sabah walau luas sekangkang kera sekali pun. Malaysia tetap berhak selagi Malaysia mahukan haknya!!

ASREESULU

Pesanan Buat Tausug UTC Di Sabah

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, February 10, 2010 0 ulasan


Pesanan ini penulis khususkan kepada Paduka Wazir UTC (Raja Bendahara) Negeri Sabah, Malaysia, para Paduka Daera (Paduka Bendahara), para Panglima UTC, Paduka UTC dan rakyat Tausug di seluruh Sabah.

MEMATUHI KANUN DAN TAAT KEPADA PEMIMPIN
Sepanjang perjalanan penulis bersama rombongan pendaftar dari Kota Kinabalu ke Kunak, iaitu setiap kali penulis dijemput untuk bercakap sepatah dua di hadapan warga Tausug, penulis senantiasa mengingatkan beberapa hal penting yang tidak penulis tulis dalam KANUN,

  • Bahawa, mereka yang diberi jawatan untuk menjaga dan mentadbir warga Tausug di Sabah bukanlah satu keistimewaan dan kesenangan tetapi adalah satu tanggungjawab besar kerana memikul kalimah "La ilaha illallah muhammadurrasulullah". Salah guna kuasa akan menerima padahnya dihadapan Allah SWT di Padang Mahsyar dan pasti di dunia lagi akan menerima hukumannya.
  • Sebarang permainan politik kotor dan khianat kepada Bangsa, Negara dan Agama samada dalam kepimpinan atau yang dipimpin akan diadili oleh rakyat dan Mahkamah Syari'ah iaitu pengadilan Kesultanan Sulu Darul Islam tanpa mengira mereka Keluarga Diraja atau Hamba Rakyat. Kalau bukan sekarang, dakwaan akan dikenakan setelah kemerdekaannya kelak.
  • Pemimpin yang melakukan kesilapan dan tidak diingini oleh rakyat lagi wajib "Maglupus Kawasa" (Melupuskan Kuasa) yakni turun dari jawatan untuk diganti pemimpin yang lebih layak dan bertanggungjawab tanpa perlu menunggu diturunkan oleh kuasa rakyat.
  • Bahawa, Sabah atau North Borneo adalah masih dalam tangan PEMAJAK wajib dihormati oleh Tausug dan Kesultanannya. Sekiranya menyentuh hal tuntutan, PEMAJAK dan Empunya Tanah (Kesultanan Sulu) mestilah bermesyuarat di meja rundingan secara muhibbah dan kasih sayang bukannya permusuhan dan kekerasan.
  • Bahawa, Warga Tausug Wajib mematuhi segala peraturan Malaysia di Negeri Sabah. Sekiranya mereka dianiaya tanpa hak, Tausug perlu bersabar dan jangan melakukan tindakan melanggar peraturan. Tausug perlu melaporkannya kepada Paduka UTC dan Panglima UTC mereka untuk difailkan, seterusnya pengaduan boleh dilakukan oleh Paduka Daera kepada Kerajaan Malaysia (JPM).

Tugas & Bidang Kuasa Panglima UTC serta Paduka UTC
Seorang Panglima UTC adalah berkuasa terhadap satu-satu kampung atau mukim. Panglima UTC adalah dipilih dari kalangan pemimpin kampung atau mukim tersebut (bukan orang luar) yang persetujui rakyat dalam Mesyuarat Mukim. Panglima berhubung terus dengan Paduka Daera berkenaan masalah keselamatan dan pembangunan. Dalam Mesyuarat Mukim, panglima boleh memilih para Paduka UTC menurut persetujuan "Kawman" masing-masing (Kawman bermaksud "area" atau kawasan beberapa buah rumah yang dijaga oleh Paduka UTC)

Panglima UTC adalah pengarah kepada kutipan bulanan "Tumpung Kamahardikaan" bagi Mukim atau Kampungnya dengan bantuan para Paduka UTC. Panglima akan mengesahkan setiap kutipan bulanan yang ditandatangani oleh semua Padukanya sebelum hasil kutipan dihantar kepada Paduka Daera.

Paduka UTC yang menjaga KAWMAN yakni beberapa buah rumah dibawah jagaannya bertugas sebagai,

  • Memantau setiap rumah dibawah jagaannya. Sekiranya ada perjudian atau jenayah dan perlakuan yang mencurigakan dalam kawasannya perlu bertindak pantas melaporkannya kepada Panglima dan panglima akan melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia.
  • Menjaga kebajikan ahli keluarga KAWMAN, dengan senantiasa memeriksa kalau-kalau ada orang tua (terbiar) yang ditinggalkan anaknya, ada keluarga yang tidak ada makanan (mungkin belum dapat kerja), ada kematian, ada perkahwinan, jambatan roboh, atau ada keluarga yang suaminya ditangkap polis. Maka semua pihak tersebut perlulah dibantu.
  • Untuk dapatkan bantuan, Paduka UTC perlu melaporkannya kepada Panglima UTC yang menjaga mukim. Panglima akan buat lawatan pengesahan ketempat yang dimaksudkan sebelum adakan mesyuarat. Hasil Mesyuarat akan dihantar kepada Paduka Daera untuk tindakan susulan.
  • Sekiranya ada ahli KAWMAN Paduka UTC yang ditangkap Polis, perlulah segerah melaporkannya kepada Panglima dan Panglima perlu ke Balai Polis untuk dapatkan penjelasan penangkapan. Sekiranya tidak dapat dikeluarkan maka Panglima perlu membuat laporan kepada Paduka Daera. Paduka Daera akan memfailkan dan membuat arahan untuk memberi peruntukan bantuan kecemasan kepada keluarga mangsa tangkapan agar makan minum mereka terjaga agar tidak kebulur selama suaminya belum dibebaskan dari Pusat Tahanan Sementara (Rumah Merah).
  • Bahawa, setiap laporan yang ditanggapi sebagai PENGANIAYAAN kepada Warga Tausug, sekiranya Kerajaan Malaysia tidak bertindak untuk membantu, perlulah Paduka Daera menghantar fail kepada Council of Regents di Sulu agar dapat diteliti oleh Peguam Negara Sulu Darul Islam.
  • Setiap Paduka Daera senantiasa membuat lawatan ke setiap mukim Panglima UTC dengan mengingatkan mereka agar sentiasa bersabar agar jangan bertindak subersif atau membahayakan keselamatan Negara.
  • Bahawa setiap Paduka Daera senantiasa merapatkan hubungan dengan pemerintah Sabah (Kerajaan Malaysia) agar setiap gerak kerja dan tindakan sentiasa dalam landasan undang-undang.

Penjelasan KERAKYATAN TAUSUG

Peringatan terakhir penulis ialah, setiap warga Tausug yang memegang Surat Kelahiran UTC dan ID Hijau WAJIB membuang perkataan "Saya berasal dari Pilipin" atau "Saya di lahirkan di Pilipin" sekiranya ditanya oleh pihak berkuasa. Kerana "Rakyat Pilipin" tiada hak tinggal atau masuk ke Sabah yang ditadbir Kerajaan Malaysia tanpa "Passport Philippines" dan juga tidak berhak memegang KERAKYATAN KESULTANAN SULU DARUL ISLAM selagi jiwa dan raganya masih kasih dan sayang dengan FILIPINA.

Filipino bermaksud "Hamba Rakyat King Philipp II di Spanyol" yang beragama Kristian. Dalam sejarah Filipina, yang dimaksudkan Filipino ialah "Orang yang dilahirkan di Spanyol kemudian berhijrah ke Luzon-Visaya" dan "Anak-anak yang telah dilahirkan di Luzon-Visaya dari ibu bapa yang berasal dari Spanyol" itulah yang dimaksudkan sebagai FILIPINO. Ferdinand Marcos telah menyedari hal ini dan dilaporkan telah berusaha mengubah nama Filipina kepada MAHARLIKA tetapi gagal.

Sebab itu kaum Visaya pun tahu akan hal ini. Mereka mula membuang nama Filipino digantikan kepada Tausug. Kerana jelas dalam sejarah asal-usul kaum Luzon-Visaya (tidak termasuk warga Spanyol era kolonialis) mereka semua adalah TAUSUG. Sehingga hari ini bahasa kaum Visaya (Luzon, Cebu, Waray-waray, Hiligaynun dll) adalah bahasa SULUG @ SUG yang ditutur oleh kaum Taguimaha ketika dulu. Buktinya kaum Visaya sekiranya menganut Islam mereka digelar oleh TAUSUG sebagai Balik-Islam bermaksud kembali kepada Islam, kerana nenek moyang Kaum Visaya adalah Tausug yang beragama Islam.

ASREESULU

Bancian Di Lahad Datu & Kunak

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, February 9, 2010 0 ulasan









BANCIAN: Pendaftaran ID Percuma

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Satu cabaran buat penulis yang memikul tanggungjawab ketika menjalankan bancian kepada warga Tausug ialah Kad Pengenalan Tausug (ID Hijau) mestilah percuma, yakni tanpa bayaran. Inilah arahan Council of Regents atau Rumah Bichara Sultanate of Sulu Darul Islam kepada Jabatan Datu Paduka Wazir di Kuala Lumpur. Hampir 2 minggu penulis memerah otak bagaimana mendaftarkan warga Tausug di Sabah tanpa bayaran sesen pun. Ia tidak masuk akal.

Perbincangan telah penulis jalankan dengan sahabat-sahabat media di Kuala Lumpur dan akhirnya menemui satu kaedah efektif untuk menjayakan pendaftaran ID percuma untuk Warga Tausug di Sabah. Maka pada awal bulan Januari lalu penulis telah ke Kota Kinabalu untuk memulakannya di Sana. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan, dari Bandar Sandakan ke Bukit Garam Kinabatangan, dari Bandar Lahad Datu Ke Kunak. Kembali semula ke Lahad Datu, Bukit Garam dan terus ke Beluran sebelum kembali ke Bandar Sandakan. Perjalanan terakhir ialah menuju ke Kota Kinabalu dan kemudian kembali ke Kuala Lumpur.

KELEBIHAN BANCIAN TERHADAP WARGA TAUSUG
Berikut penulis senaraikan beberapa kelebihan terhadap bancian Warga Tausug dengan mendaftarkan mereka Kad Pengenalan Tausug (ID Hijau),

  • Merapatkan semula persaudaraan Warga Tausug yang mempunyai Surat Kelahiran UTC. Menurut Pejabat Pendaftaran UTC di Buansa, Sulu bahawa registrasi Surat Kelahiran UTC yang berjumlah hampir 40,000 orang itu sebahagiannya adalah datang dari North Borneo (Sabah) iaitu berjumlah lebih 8,000 orang termasuk kanak-kanak.
  • Dengan mendaftarkan mereka Kad Pengenalan Tausug (ID Hijau) maka Surat Kelahiran UTC akan semakin dihargai oleh Warga Tausug sendiri sebelum deklarasi kemerdekaan Sulu 2010.
  • Akan menguatkan sistem kepimpinan Kesultanan Sulu seperti Datu Paduka, Raja Bendahara, Panglima dan sebagainya sebagaimana kegemilangan kesultanan Sulu di masa lalu, dengan ini akan mengembalikan kekuatan Umat Islam Melayu serumpun senusantara.
  • Dengan terdaftarnya ID Hijau kepada Warga Tausug maka untuk mengesan mereka adalah mudah dan bersistematik. Malah pendaftarannya boleh dirujuk melalui ONLINE di Internet.
  • Maka TUMPUNG KAMAHARDIKAAN (Tabungan untuk menampung hari kemerdekaan) akan berjaya dikutip secara sistematik melalui jalur Paduka Daera-Panglima UTC-Paduka UTC di seluruh Sabah, Semenanjung dan Sulu sendiri.
  • Sekiranya setiap kawasan Panglima UTC berjaya diperluaskan maka Pengedaran Dadah Syabu, Perjudian dan perlakuan jenayah lain yang dilakukan oleh masyarakat Sulu di setiap perkampungan setinggan di seluruh Sabah akan berjaya dibanteras. Hal ini akan dapat membantu pihak keselamatan Malaysia mencegah jenayah seterusnya akan menaikkan imej Warga Sulu di mata umat Islam Malaysia dan umat Islam Tausug di Sulu sendiri.
  • Modul ID Hijau Tausug di Sabah sekiranya berjaya akan diperpanjangkan ke Sulu yang akan dimulakan di Buansa, Sulu sebelum hari Deklarasi Kemerdekaan.

Berikut adalah gambaran pendaftaran di beberapa lokasi yang penulis lewati ketika Program Bancian di Sabah baru-baru ini.

Taklimat bermula di Kota Kinabalu dengan mendaftarkan beberapa perkampungan Warga Tausug UTC sehingga ke Inanam.


Bancian di Sandakan antaranya Batu 1/2, Karamunting, Bandar Leila, Batu Sapi, Kg. Bahagia, Batu 8 (Kg. Melayu), Batu 3, Batu 2 1/2, Batu 11, Batu 27 & 28, Beluran, Bukit Garam.


Program Bancian Tausug Di Seluruh Sabah 2010

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Sebulan yang lalu penulis telah berjumpa seorang sahabat yang biasa dengan urusan UNCHR di Kuala Lumpur berkenaan "Stateless Persons" dan "Pelarian Perang". Kebetulan penulis baru balik dari Jolo, Sulu menghadiri Summit pada 17 November 2009 yang lalu. Sahabat penulis yang biasa dengan urusan UNCHR ini telah penulis tanya bagaimana berurusan dengan pejabat PBB tersebut untuk menghantar laporan "Kehadiran Warga Tausug di Sabah, Malaysia" serta Deklarasi Kemerdekaan Sulu pada 2010 nanti.

Beliau bertanya kepada penulis dimana bukti kehadiran Warga Tausug di Sabah, kalau ada bukti barulah boleh berurusan dengan pejabat UNCHR di Kuala Lumpur kerana tanpa bukti mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa. Penulis menyatakan bahawa bukti telah pun ada iaitu Warga Tausug memiliki SURAT KELAHIRAN yang boleh ditunjukkan. Beliau menyatakan bahawa tanpa cap jari dan gambar, surat kelahiran Tausug tidak akan menjadi bukti sampai bila-bila.

Penulis mula menyedari perlunya Warga Tausug di Sabah dan Sulu didaftarkan semula iaitu mengambil cap jari dan gambar mereka. Mereka perlu dibantu, penulis walau pun Warganegara Malaysia namun sebagai umat Islam, telah merasakan bertanggungjawab untuk membantu mereka. Memandangkan Tausug di Sulu masih dalam kehuru-haraan, peperangan dan pembunuhan serta keganasan masih berleluasa maka membiarkan mereka berterusan seperti itu lambat laun akan memalit Malaysia.

Sebagai contoh kumpulan Abu Sayyaf di Jolo, Sulu yang rata-rata berketurunan Tausug begitu mudah diperalat untuk mencolek oleh pihak yang berkepentingan demi wang dan habuan duniawi, kerana kemiskinan dan kemelaratan. Hal ini akan berterusan selagi Sulu tidak mendapat kemerdekaannya, kerana hanya warga Sulu sahaja yang boleh mengekang mereka sekiranya dapat berkuasa.

DI MANA CADANGAN PENDAFTARAN BERMULA
Pada awal bulan Januari lalu penulis telah menghantar email rasmi kepada Council of Regents (Rumah Bichara) di Sulu iaitu YM Datu Albi Ahmad Julkarnain dan Atty. Meltino Jaujan Sibulan untuk program bancian di seluruh Sabah dan Sulu. Penulis juga telah menelefon mereka termasuk meminta pandangan dan izin dari Pemimpin Utama UTC iaitu DYMM Datu Ladjamura @ Bantilan Muhammad Muizuddin II Bin Datu Wasik-Aranan di rumah kediaman sementaranya di Zamboanga City. Baginda bersetuju lalu bermesyuarat dengan Council of Regents di Zamboanga City untuk meluluskan beberapa perkara. Arahan telah dikeluarkan kepada semua pemimpin UTC di seluruh Sabah, Malaysia agar bersedia menerima kedatangan rombongan penulis.

Oleh kerana penulis telah memegang jawatan sementara DATU PADUKA WAZIR di Kuala Lumpur oleh Council of Regents Sultanate of Sulu Darul Islam, maka penulis mempunyai kelebihan membentuk perundangan yang bersesuaian dengan konteks Malaysia. Kerana penulis ketika sebelum dilantik sebagai Datu Paduka Wazir di Malaysia, penulis memohon agar diberi kuasa untuk menggubal undang-undang bagi rakyat Tausug di Malaysia (Sabah, Sarawak, Semenanjung) dengan tidak mengatasi undang-undang Negara Malaysia itu sendiri sebagai tanda persaudaraan dengan umat Islam Malaysia.

Berikut adalah susunan kepimpinan Tausug di Malaysia,

1- Datu Paduka Wazir (Gelaran: Datu Paduka)
Bertugas sebagai Wakil Rasmi Kesultanan Sulu seluruh Malaysia.
Pejabat di Kuala Lumpur.

2- Paduka Wazir ( Gelaran: Raja Bendahara)
Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di setiap negeri
(Hanya negeri yang dihuni oleh majoriti warga Tausug sahaja seperti di Sabah)

3- Paduka Daera (Gelaran: Paduka Bendahara)
Wakil Rasmi Kesultanan Sulu di setiap daerah seperti Daerah Sandakan mempunyai seorang Paduka Daera, Lahad Datu juga punya seorang Paduka Daera.

4- Panglima UTC (Gelaran: Panglima)
Wakil kepada Paduka Daera untuk kampung atau mukim. Beliau perlu melantik beberapa Paduka UTC untuk mentadbir kampung atau mukimnya.

5- Paduka UTC (Gelaran: Paduka)
Wakil kepada Panglima UTC untuk mentadbir beberapa buah rumah dalam
satu-satu kampung atau mukim.

6- Rakyat
Taat dan patuh kepada undang-undang negara dan kepada pemimpin mereka. Rakyat boleh membuat laporan terus kepada Panglima UTC sekiranya Paduka UTC membuat salah laku. Tidak menerima mana-mana pihak tanpa arahan atau kebenaran bertulis dari Panglima UTC dan Paduka Daera. Sentiasa memberi kerjasama kepada Paduka UTC yang menjaga mereka.



KANUN PERUNDANGAN UTC DI SABAH, MALAYSIA
Pada 17 November 2009 ketika permesyuaratan rakyat di Kapitol, Jolo Sulu telah sebulat suara bersetuju dengan melantik Council of Regents atau Rumah Bichara sebagai pemerintah sementara Negara Sulu Darul Islam. Kanun dan undang-undang yang telah pun lama dirangka akan mula dikuatkuasakan berperingkat-peringkat sebelum hari deklarasi Kemerdekaan Sulu pada 2010.

Rumah Bichara telah membahagikan dua bentuk peraturan atau undang-undang iaitu yang pertama “Peraturan Tausug Sulu” dan yang kedua “Peraturan Tausug Sabah”. Peraturan Sabah atau North Borneo masih tertakluk kepada kedaulatan undang-undang Sabah dalam konteks Perundangan di bawah Perlembagaan Malaysia. Berikut dijelaskan PERATURAN TAUSUG SABAH,

1. Bahawa Tausug UTC ketika berada dalam negeri Sabah yang sekarang di bawah pentadbiran dan kekuasaan Negara Malaysia wajib mematuhi segala peraturan dan undang-undang Negara Malaysia.

2. Bahawa Malaysia adalah negara umat Islam yang Kesultanan Sulu percaya kerajaannya akan dapat memberi keadilan kepada Tausug UTC sebagai saudara serumpun dan seagama.

3. Kesultanan Sulu masih meletakkan perjanjian pajakan 1878 yang menyatakan “Walau North Borneo (SABAH) telah dipajakkan namun rakyat Sultan Sulu bebas keluar masuk” mengikut peraturan Kesultanan Sulu dan hak Pemajak yang dipersetujui bersama.

4. Belas ihsan Malaysia sangat diharapkan oleh Kesultanan Sulu dan Tausug UTC agar tidak berlaku penganiayaan kepada umat Islam Tausug UTC kerana mereka tidak mengaku sebagai FILIPINO, maka sebarang tekanan untuk memaksakan KERAKYATAN FILIPINA terhadap TAUSUG UTC oleh mana-mana negara maka ia adalah satu penganiayaan dan melanggar hak asasi manusia terhadap TAUSUG UTC.

5. Bahawa TAUSUG UTC boleh dikenali dengan menunjukkan keterangan diri berupa surat kelahiran TAUSUG CITIZENS atau Kad Keterangan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana wakil Kesultanan Sulu.


6. Kad Keterangan diri yang punya dua cap jari dan gambar sebagai pengenalan, telah dikeluarkan oleh pejabat wakil Kesultanan Sulu dengan biaya Tausug UTC sendiri atas persetujuan bersama tanpa menyusahkan kerajaan Sabah Malaysia.

7. Surat Kelahiran TAUSUG CITIZENS mempunyai nombor siri yang boleh dirujuk atau disahkan kepada mana-mana wakilnya di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau di Sulu sendiri.

8. Pihak Kerajaan Malaysia boleh mendapatkan salinan Surat Kelahiran UTC dan Kad Pengenalan Diri dari mana-mana wakil Kesultanan Sulu di Sabah sebagai langkah keselamatan sekiranya perlu.

9. Sekiranya ada ahli UTC yang melakukan jenayah dan kesalahan-kesalahan berat maka pesalah berhak ditangkap dan dihukum oleh Undang-undang Malaysia, dan UTC wajiblah membantu dan memberi kerjasama dengan pihak keselamatan Malaysia.

10. TAUSUG UTC mempunyai badan agama dan kehakimannya yang dilantik untuk mengurus dan menyelesaikan urusan nikah kahwin dan perceraian serta sebarang pertikaian sesama Tausug UTC, badan agama dan kehakiman ini akan berkerjasama dengan Jabatan Agama dan Jabatan Polis sekiranya perlu untuk kemaslahatan dan keharmonian bersama.

11. Surat menyurat dan sebarang urusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tausug UTC dapat diterima dan dijalin dengan pihak berkuasa Malaysia di negeri Sabah yang difahami serta dipersetujui bersama.

12. Pencegahan jenayah dan Amar Makruf Nahi Mungkar adalah wajib bagi Tausug UTC dan memberi penuh kerjasama kepada Jabatan Agama Islam serta Pihak Keselamatan Negeri Sabah Malaysia demi kemanan dan keharmonian kaum.

13. Selama Negara Sulu Darul Islam belum mendapat pengiktirafan sebagai negara MERDEKA dari deklarasi Kemerdekaannya, Kesultanan Sulu mengharapkan Tausug UTC diizinkan tinggal sementara di satu-satu kawasan yang difikirkan perlu beserta Surau dan Sekolah Agama sementara untuk kemudahan Tausug UTC. Surau penting untuk rumah ibadat melurus dan membetulkan Tausug serta Sekolah Agama perlu untuk pendidikan anak-anak Tausug agar terhindar dari buta huruf dan kebodohan, dengan itu negara akan turut aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.

14. Undang-undang ini tertakluk kepada semua bangsa Tausug selama mana mereka mengakui sebagai RAKYAT SULU atau HAMBA RAKYAT KESULTANAN SULU yang mempunyai surat kelahiran dan Kad Pengenalan Diri United Tausug Citizens (UTC).

15. Maka, semua yang termaktub dalam surat rang undang-undang UTC ini maka jelaslah bahawa Tausug UTC mahu merendah diri membantu Kerajaan Malaysia dan dalam masa yang sama mengharapkan bantuan dari Kerajaan Malaysia pula agar Rakyat Sultan Sulu Darul Islam dapat diiktiraf seadanya atas dasar serumpun dan seagama kerana Allah SWT dan Rasul-Nya.


Begitulah fasal 15 perkara yang telah dikanunkan yang menjadi undang-undang Tausug UTC di Sabah Malaysia seterusnya dapat menyatukan kekuatan umat Islam saling bantu membantu kerana Allah dan Rasul-Nya. Inilah kanun yang telah disusun dan terima berdasarkan mesyuarat Tausug UTC di Kota Kinabalu Sabah Malaysia pada tahun 2009 yang lalu dan sebulat suara menyatakan “Perlunya UTC berkerjasama dengan negara-negara lain lebih-lebih lagi negara yang majoritinya umat Islam” demi kemerdekaan Negara Sulu Darul Islam pada 2010.

Bahawa salinan rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Council of Regents atau Rumah Bichara di Jolo, Sulu Darul Islam secepat mungkin agar dapat diluluskan atas persetujuan para Datu, Paduka dan Panglima di seluruh Sabah. Salinan juga telah diserahkan kepada Pemimpin Utama UTC iaitu YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan untuk makluman beliau. (Kanun ini telah dipersetujui dan disahkan oleh Rumah Bichara serta dibenarkan oleh pemimpin utama United Tausug Citizens UTC, YM Datu Ladjamura Bin Datu Wasik Aranan).

Semua susunan kanun adalah hasil dari mesyuarat Tausug UTC di Kota Kinabalu yang dipimpin oleh Paduka Wazir Jul Bin Lutian, PWS, bersama para Paduka Wilayah dan para Panglima-panglima seluruh Sabah, Malaysia.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, BANGSA DAN AGAMA TERCINTA”




Diperjelas dan disahkan,


------------------------------------------------------
Datu Paduka Wazir Julasri bin Hajad, DPWS
Official Representative for Malaysia Affairs,
Sultanate of Sulu Darul Islam,
di Kuala Lumpur, Malaysia.

http://tausug-global.blogspot.com
http://taymanghud.blogspot.com
http://theislandsofpearls.blogspot.com