Ya Allah Kasihani TAUSUG!! Ya Allah Selamatkan TAUSUG!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, February 11, 2010 0 ulasan





INDEPENDENT NATIONAL NEWSPAPER OF EAST MALAYSIA
Established since 1963



'Neither here nor there' man jailed


Published on: Thursday, February 11, 2010

Kota Kinabalu: A man who declared himself as a subject of the "Sultanate of Sulu" was jailed a year and ordered to be given three strokes of the rotan by the Session Court, Wednesday, for illegal entry.

Titing bin Imam, 29, from Kg Tambalang, was penalised under Section 6(1)(C) of the Immigration Act for failure to procure identification papers.

What he had was a small piece of laminated paper which stated that he is a "citizen of the Sultanate of Sulu".

Titing told the court he was neither a citizen of Malaysia nor Philippines but from a country called "Tausuk". He said the document he possessed served as his birth certificate, his identification card and passport.

"I am a citizen of Sulu. I am not Filipino nor Moro. My language is Sulu and my lord is the Sultan of Sulu."

Upon hearing his conviction from the High Court Deputy Registrar Zaini Fashir, Titing exclaimed: "Why my lord? I am innocent. I have produced all that I had. My nationality is that of Tausuk."

Also arrested together with him on Nov 22, 2008, were four others.

Their offence falls under Section 6 (3) of the Immigration Act and they are allowed to appeal.

Prosecuting officers Rosli Sulaiman and Jaesman Gipin of the Immigration department stated that this was the first such case they had encountered.

A similar fate awaits those who belong to a nation that does not exist.

Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=70728
-----------------------------------------------------------------------


ULASAN:
Semalam tersebarnya laporan kahbar berkenaan salah seorang Warga Tausug di Sabah telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dengan 3 sebatan kerana didapati "Berada di Sabah Malaysia tanpa keterangan diri". Siapakah beliau.

Sebenarnya mangsa (Saudara Titing bin Imam Adjungan) adalah sahabat penulis sejak tahun 2005 ketika penulis mengikuti rombongan YM Datu Ladjamura Bin Datu Wasik- Aranan membuat "Road-Show" seluruh Sabah dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Road-Show ketika itu adalah dibawah seliaan Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah iaitu masuk ke kampung-kampung Tausug di seluruh Sabah untuk berdakwah. Dalam masa yang sama YM Datu Ladjamura mahu menyedarkan Tausug tentang kewarganegaraan mereka sebagai Tausug bukan Filipino. Inilah kerja awal Pemimpin Utama kepada United Tausug Citizens ini sebelum ke Sulu membuat perarakan secara besar-besaran di Bandar Jolo.

Saudara Titing adalah pengawal peribadi YM Datu Ladjamura sepanjang Road-Show ketika itu. Beliau sangat rapat dengan pemimpin utama UTC ini hinggakan setiap keperluan YM Datu Ladjamura saudara Titing lah yang membantu menyediakannya. Saudara Titing sangat pendiam sifatnya. Sangat kurang bercakap dan selalu melelehkan air matanya kalau disebut "Jihad Fi Sabilillah" di hadapannya. Pernah suatu hari penulis tanya apa tujuannya ikut perjuangan YM Datu Ladjamura beliau hanya tersengih dengan mengatakan "Hi tuk ku in dugu' nyawa ku halaum sin parjuangan ini ha karna' Allah SWT" (Ku telah pertaruhkan darah dan nyawa ku untuk perjuangan ini kerana Allah SWT). Sejak itulah penulis mengetahui beliau diam-diam tapi penuh keyakinan dalam dadanya.

Kali terakhir penulis menemui beliau ialah sebulan yang lalu ketika beliau mula-mula dimasukkan ke Rumah Merah Menggatal Kota Kinabalu (Pusat Tahanan Sementara). Penulis telah diminta oleh isterinya yang sedang menggendong anak kecil mereka berumur 2 tahun untuk melawat suaminya di Rumah Merah Menggatal. Oleh kerana penulis bertugas sebagai Datu Paduka Wazir Sultanate of Sulu di Malaysia maka adalah tanggungjawab penulis untuk melawat dan memeriksa keadaannya di Rumah Merah.

Ketika di Rumah Merah Menggatal penulis telah diberi izin untuk bertemu saudara Titing di pejabat secara bersemuka. Penulis ditemani oleh pemimpin utama UTC Kota Kinabalu ketika itu memeriksa badan saudara Titing kalau-kalau terdapat lebam dan sebagainya. Alhamdulillah beliau sihat walafiat dan senantiasa mengukir senyuman kepada penulis kerana mungkin beliau tidak menyangka penulis yang sudah bertahun tidak bertemu beliau tiba-tiba bersua di dalam pusat tahanan.
----------------------------------------


Soaljawab penulis (P) dengan Titing (T):

P: Mengapa kamu ditahan?

T: Saya hanya tunjukkan kad ini...!! (Beliau tunjukkan Kad Sultanate of Sulu yang dikeluarkan oleh Legal Counsel di Jolo Sulu, terdapat beberapa slogan di dalamnya tanpa gambar dan tanpa cap jari) dan saya telah katakan saya tuan tiada keterangan diri kecuali ini.

P: Kamu tidak tunjukkan surat kelahiran UTC kamu?

T: Saya telah tunjukkan tetapi polis tidak kenal dan bawa saya ke balai polis kemudian mereka hantar saya ke rumah tahanan ini. Saya katakan saya tuan hanya cari makan di sini untuk sesuap nasi isteri dan anak kecil saya dan saya tuan tidak buat jenayah tolong lepaskan saya.

P: Kamu di pukul? (beliau geleng kepala tanda beliau tidak diapa-apakan) Kamu kena beritahu segalanya jujur agar saya dapat tulis laporan ini.

T: Selama mereka menyoal siasat, saya hanya katakan saya adalah Tausug, rakyat Sultan Sulu bukan Filipino dan bukan Moro. Saya telah dihadapkan ke mahkamah di sini dan mereka menuliskan sesuatu untuk saya. Saya bimbang mereka menulis di kertas bahawa saya adalah Filipino tanpa pengetahuan saya.

P: Kenapa kamu tunjukkan kad UTC itu sedangkan kamu punya IMM13? Kita telah beri arahan agar Tausug yang punya IMM13 dan passport menunjukkan yang itu bukannya kad UTC ini.

T: Tuan, saya tiada IMM13, kalau ada pasti saya tunjukkan.

P: Rupa-rupanya sejak tahun 2005 di awal pertemuan kita kamu tiada apa-apa pass langsung. Jadi, selama kamu di tahan kamu pernah mengaku Filipino?

T: Tiada tuan, tidak pernah. Walau saya dibunuh sekali pun saya tidak akan mengaku sebagai Filipino (Wajahnya semakin serius).

P: Titing, kalau kamu mengaku Filipino.....(penulis terhenti seketika)..... kalau kamu mengaku Filipino dan sampai ke pengetahuan YM Datu Ladjamura di Sulu... pasti beliau menangis berdukacita kerana kamu bukannya orang lain baginya.

T: ...... (Beliau tidak bercakap lagi, air mata mula meleleh dari sebelah kelopak matanya).

Kami berdiri dan meminta izin meninggalkannya. Penulis mengatakan pada beliau untuk bersabar dan insyaAllah rakyat Tausug akan kenang beliau sebagai wira mereka yang pertama dalam Pusat Tahanan Sementara. Penulis juga katakan padanya agar jangan bimbang akan anak isterinya, UTC akan menjaga mereka. Beliau mengangguk mengukir senyuman terakhirnya.

Sebelah petang penulis bergegas ke Putrajaya Kota Kinabalu berjumpa dengan ketua penguatkuasa Immigresen Kota Kinabalu di tingkat 3 berketurunan Kadazan-Dusun beragama Kristian. Penulis hadiahkan buku Tausug dan Kesultanan Sulu lalu memohon belas ihsan beliau membebaskan Titing. Beliau berjanji akan membantu, tetapi sehingga penghakiman terakhir Titing gagal dibebaskan.

Tidak mengapa, seperti nasihat Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah agar mengharaplah kepada bantuan Allah SWT bukannya kepada manusia. Tausug bersabarlah dan tambahkan kesabaran!! Kalau sudah tiada manusia yang mahu membantu kalian janganlah bimbang. Kerana kalian masih ada Allah dan Rasul-Nya. Solat jangan ditinggal, doa, zikir dan Salawat jadikan azimat membasahi mulut dan hati mu. PASTI!! KEJAYAAN SUDAH HAMPIR!!!

Allahu Akbar!! 3 X

ASREESULU

Post a Comment