BANCIAN: Pendaftaran ID Percuma
Satu cabaran buat penulis yang memikul tanggungjawab ketika menjalankan bancian kepada warga Tausug ialah Kad Pengenalan Tausug (ID Hijau) mestilah percuma, yakni tanpa bayaran. Inilah arahan Council of Regents atau Rumah Bichara Sultanate of Sulu Darul Islam kepada Jabatan Datu Paduka Wazir di Kuala Lumpur. Hampir 2 minggu penulis memerah otak bagaimana mendaftarkan warga Tausug di Sabah tanpa bayaran sesen pun. Ia tidak masuk akal.
Perbincangan telah penulis jalankan dengan sahabat-sahabat media di Kuala Lumpur dan akhirnya menemui satu kaedah efektif untuk menjayakan pendaftaran ID percuma untuk Warga Tausug di Sabah. Maka pada awal bulan Januari lalu penulis telah ke Kota Kinabalu untuk memulakannya di Sana. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan, dari Bandar Sandakan ke Bukit Garam Kinabatangan, dari Bandar Lahad Datu Ke Kunak. Kembali semula ke Lahad Datu, Bukit Garam dan terus ke Beluran sebelum kembali ke Bandar Sandakan. Perjalanan terakhir ialah menuju ke Kota Kinabalu dan kemudian kembali ke Kuala Lumpur.
KELEBIHAN BANCIAN TERHADAP WARGA TAUSUG
Berikut penulis senaraikan beberapa kelebihan terhadap bancian Warga Tausug dengan mendaftarkan mereka Kad Pengenalan Tausug (ID Hijau),
- Merapatkan semula persaudaraan Warga Tausug yang mempunyai Surat Kelahiran UTC. Menurut Pejabat Pendaftaran UTC di Buansa, Sulu bahawa registrasi Surat Kelahiran UTC yang berjumlah hampir 40,000 orang itu sebahagiannya adalah datang dari North Borneo (Sabah) iaitu berjumlah lebih 8,000 orang termasuk kanak-kanak.
- Dengan mendaftarkan mereka Kad Pengenalan Tausug (ID Hijau) maka Surat Kelahiran UTC akan semakin dihargai oleh Warga Tausug sendiri sebelum deklarasi kemerdekaan Sulu 2010.
- Akan menguatkan sistem kepimpinan Kesultanan Sulu seperti Datu Paduka, Raja Bendahara, Panglima dan sebagainya sebagaimana kegemilangan kesultanan Sulu di masa lalu, dengan ini akan mengembalikan kekuatan Umat Islam Melayu serumpun senusantara.
- Dengan terdaftarnya ID Hijau kepada Warga Tausug maka untuk mengesan mereka adalah mudah dan bersistematik. Malah pendaftarannya boleh dirujuk melalui ONLINE di Internet.
- Maka TUMPUNG KAMAHARDIKAAN (Tabungan untuk menampung hari kemerdekaan) akan berjaya dikutip secara sistematik melalui jalur Paduka Daera-Panglima UTC-Paduka UTC di seluruh Sabah, Semenanjung dan Sulu sendiri.
- Sekiranya setiap kawasan Panglima UTC berjaya diperluaskan maka Pengedaran Dadah Syabu, Perjudian dan perlakuan jenayah lain yang dilakukan oleh masyarakat Sulu di setiap perkampungan setinggan di seluruh Sabah akan berjaya dibanteras. Hal ini akan dapat membantu pihak keselamatan Malaysia mencegah jenayah seterusnya akan menaikkan imej Warga Sulu di mata umat Islam Malaysia dan umat Islam Tausug di Sulu sendiri.
- Modul ID Hijau Tausug di Sabah sekiranya berjaya akan diperpanjangkan ke Sulu yang akan dimulakan di Buansa, Sulu sebelum hari Deklarasi Kemerdekaan.
Berikut adalah gambaran pendaftaran di beberapa lokasi yang penulis lewati ketika Program Bancian di Sabah baru-baru ini.
Taklimat bermula di Kota Kinabalu dengan mendaftarkan beberapa perkampungan Warga Tausug UTC sehingga ke Inanam.
Bancian di Sandakan antaranya Batu 1/2, Karamunting, Bandar Leila, Batu Sapi, Kg. Bahagia, Batu 8 (Kg. Melayu), Batu 3, Batu 2 1/2, Batu 11, Batu 27 & 28, Beluran, Bukit Garam.
|