KENYATAAN PEGUAM UTC
Berikut adalah kenyataan Atty. Ulung dari Buansa (Jolo), Sulu melalui telefon pada malam 13 Feb 2010 berkenaan keputusan penjara 12 bulan 3 sebatan oleh mahkamah Kota Kinabalu terhadap rakyat Kesultanan Sulu Darul Islam, Titing bin Imam Adjungan baru-baru ini.
Penulis bertanya pada beliau berkenaan "Stateless Persons" PBB berkenaan HUMAN RIGHT (Hak Asasi Manusia) samada Malaysia perlu mematuhinya,
Penulis bertanya apakah bentuk pertimbangan yang boleh diberikan oleh Malaysia mengikut konteks undang-undang,
Beliau menyambung lagi,
Sebelum menamatkan perbualan beliau meminta kepada semua warga Tausug di Sabah agar bersabar dan senantiasa memohon belas kasihan Allah SWT. Beliau meminta agar warga Tausug juga tidak henti-henti berdoa kepada Allah SWT mendoakan agar PEMIMPIN MALAYSIA diberi hati nurani supaya dapat memberi belas kasihan pula pada warga Tausug di Sabah.
ASREESULU
- "Dalam kenyataan keputusan penghakiman tersebut Titing telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Namun mahkamah masih memberi peluang untuak rayuan. UTC di Kota Kinabalu perlulah melantik peguam untuk rayuan tersebut secepat mungkin".
Penulis bertanya pada beliau berkenaan "Stateless Persons" PBB berkenaan HUMAN RIGHT (Hak Asasi Manusia) samada Malaysia perlu mematuhinya,
- "Malaysia tidak menandatangani Konvinsyen untuk "Stateless Persons" di PBB sebab itu Perundangan Malaysia berhak tidak menerima mana-mana pihak yang tiada negara yang masuk ke wilayahnya. Walaubagaimana pun begitu, Malaysia mempunyai budi-bicara terhadap kes Orang Yang Tiada Negara seperti Titing atas dasar PERI KEMANUSIAAN serumpun dan seagama terhadap Rakyat Tausug. Lagi pun Sulu dan Sabah yang ditadbir Malaysia hari ini mempunyai sejarah unik dan istimewa dengan Bangsa Tausug sejak sekian lama. Kita merayu kepada Kerajaan Malaysia agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap Warga Tausug di Sabah".
Penulis bertanya apakah bentuk pertimbangan yang boleh diberikan oleh Malaysia mengikut konteks undang-undang,
- "Kita boleh memohon PERTIMBANGAN KEMANUSIAAN (Humanitarian Consideration) dan Pertimbangan Politik (Political Consideration) kepada Mahkamah Kota Kinabalu agar hukuman tersebut diringankan seminimum mungkin. Juga boleh memohon kepada DYMM Sultan Agong Malayisa atau Perdana Menteri Malaysia untuk membebaskan Titing dari hukuman tersebut atas kapasiti mereka sebagai ketua negara".
Beliau menyambung lagi,
- "Ibarat sebuah rumah, sekiranya rumah tersebut dimasuki oleh orang yang tidak diingini maka sebelum menangkap dan menghalau mereka perlulah ditanya mengapa mereka masuk tanpa izin. Disinilah perlunya pertimbangan PERI KEMANUSIAAN, sekiranya orang yang masuk itu diketahui bukannya berniat jahat malah adalah termasuk orang yang diancam dan dianiaya (diperangi dan dipaksakan kewarganegaraan Filipina keatasnya walau pun tidak diakuinya, sekadar contoh) dengan merayu BELAS KASIHAN maka WAJIBlah dibantu. Tuan rumah akan dikira ZALIM tidak berperi kemanusiaan sekiranya menangkap dengan bukan sahaja tidak menerima PERMOHONAN BELAS KASIHAN malah sebelum menghalaunya keluar orang tersebut dikurung malah diseksa dengan sebatan".
Sebelum menamatkan perbualan beliau meminta kepada semua warga Tausug di Sabah agar bersabar dan senantiasa memohon belas kasihan Allah SWT. Beliau meminta agar warga Tausug juga tidak henti-henti berdoa kepada Allah SWT mendoakan agar PEMIMPIN MALAYSIA diberi hati nurani supaya dapat memberi belas kasihan pula pada warga Tausug di Sabah.
- "Kita merayu, kita merayu, kita merayu..... dan memohon ke hadrat Ilahi agar TAUSUG tidak disiksa dan dianiaya oleh SAUDARA mereka sendiri di Malaysia".
ASREESULU
|